dato’ abdul fattah abdullah presiden … · dato’ abdul fattah abdullah presiden angkasa majlis...
Post on 05-Apr-2018
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN
DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS MENANDATANGANI MOU
JALINAN KERJASAMA ANGKASA DAN
2
XIDDIG CELLULAR COMUNICATION
SDN BHD
19 JULAI 2017, AUDITORIUM
ANGKASA, KELANA JAYA
____________________________________
Bismillahhirrahmanirrahim
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Terima Kasih Kepada Pengacara
Majlis
Salam Sejahtera
4
Salam 1 Malaysia
Salam 1 Koperasi
His Excellency Mr. Khalid S.
Halawani, Kaunselor Komersial,
Kedutaan Diraja Arab Saudi, Kuala
Lumpur
5
YBhg. Dato’ Hj. Abdul Fattah Hj.
Abdullah, Presiden ANGKASA
YBhg. Dato’ Sri Hj. Abdul Rashid Hj.
Abdul Abdul Rahim, Pengerusi
Eksekutif XiddiG Cellular
Communications Sdn Bhd
6
YBrs. Tuan Hj. Mutadho Bahri,
Timbalan Presiden ANGKASA
YBhg. Naib-Naib Presiden ANGKASA
• Datuk Mohamad Ali bin Hasan
• Dato’ Hj. Kamaruddin Ismail
• Dato’ Aliasak Hj Ambia
• Tn Hj. Mohamad Azmi Omaruddin
7
YBrs. Tn Hj. Nasir Khan Yahaya, Ketua
Pegawai Eksekutif ANGKASA
Pegawai-Pegawai Kanan ANGKASA
dan XiddiG, Datuk-Datuk dan Datin-
Datin, Dif-dif Jemputan, Wakil-Wakil
Koperasi, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
8
Para Hadirin, Hadirat dan Wakil-Wakil
Media yang saya hormati sekalian.
____________________________________
1. ALHAMDULILLAH… kita amat
bertuah dapat hadir ke majlis yang
amat bermakna pada hari ini
9
dengan segala berkat dan limpah
kurnia Allah S.W.T.
2. Dalam kesempatan ini, saya
mengalu-alukan kehadiran Mr.
Khalid S. Halawani, Kaunselor
Komersial, Kedutaan Diraja Arab
10
Saudi, Kuala Lumpur ke
ANGKASA. Welcome to ANGKASA!
3. Majlis Menandatangani MOU
Jalinan Kerjasama Antara
ANGKASA dengan XiddiG Cellular
Comunications Sdn Bhd bagi
11
Mempertingkatkan
Pembangunan Gerbang Internet
Antarabangsa Malaysia (Enhanced
Malaysia International Internet
Gateway - EM- IIG). Ini merupakan
satu tanda kejayaan baru
terhadap pencapaian ANGKASA
12
dalam mencipta satu lagi sejarah
baru dalam pembangunan industri
telekomunikasi tempatan
berkelajuan tinggi untuk
dimanfaatkan sektor koperasi.
13
4. Jelas sekali, kejayaan pihak
ANGKASA dengan usahasama dari
syarikat XiddiG Cellular
Comunications Sdn Bhd untuk
mewujudkan Penyelesaian terbaik
kepada semua pengguna internet
berkelajuan tinggi di seluruh
14
Malaysia yang penting untuk
kemakmuran ekonomi dan sosial
masa depan Malaysia. Ini penting
untuk menyampaikan
penyelesaian jalur lebar
Berkelajuan Tinggi yang paling
sesuai untuk semua pengguna,
15
memaksimumkan faedah dengan
cara yang kos efektif merentasi
perniagaan dan masyarakat
dalam negara khususnya
KOPERASI dan ahli-ahli koperasi
seluruh Malaysia menggunakan
infrastruktur dan teknologi yang
16
akan disediakan oleh XiddiG
Cellular Communication Sdn Bhd
melalui projek Enhanced Malaysia
International Gateway
merupakan sesuatu yang amat
membanggakan yang akan
meningkatkan keupayaan
17
telekomunikasi dan bandwith
internet di seluruh negara.
5. Projek ini mempunyai sokongan
dan kelulusan yang amat
menggalakkan daripada Kerajaan
Persekutuan dan Menteri
18
Multimedia dan Komunikasi YB
Senator Datuk Seri Panglima Dr
Mohd. Salleh Bin Tun Said Keruak
untuk seluruh Malaysia dan
penting bukan sahaja untuk
pertumbuhan ekonomi masa
depan, tetapi juga untuk
19
memastikan perniagaan domestik
dan antarabangsa sedia ada
kekal kompetitif sekali gus
mengurangkan kebergantungan
semata-mata kepada penyedia
tunggal iaitu Telekom Malaysia.
20
6. Tuan-tuan dan puan-puan serta
para hadirin yang dihormati
sekalian, saya difahamkan di
antara manfaat utama projek ini
kepada pihak koperasi dan ahli-
ahli koperasi adalah seperti berikut
:-
21
a. 8 juta ahli koperasi berpeluang
menjadi pengguna dalam
perniagaan ini melalui peluang-
peluang baru yang bakal
diwujudkan melalui projek ini.
22
b. 1.7 juta ahli yang ada potongan
ANGKASA telah dikenalpasti oleh
pihak Xiddig yang berpeluang untuk
melabur dalam kerjasama ini melalui
projek EM-IIG yang dijangka
membina 3 pengkalan data bertaraf
Tier-4 yang pertama di rantau ini di
23
atas tapak seluas 23 ekar di Bintulu,
Sarawak, Kota Belud, Sabah, Batu
Kawan, Pulau Pinang.
c. Xiddig telah mengenalpasti nilai
potensi pelaburan sebanyak 5 billion
24
yang boleh dimanfaatkan oleh
sektor koperasi dalam projek ini.
7. Dengan Bandwidth Berkelajuan
Tinggi di seluruh Malaysia yang akan
memberikan sumbangan terbesar
25
meningkatkan pertumbuhan
ekonomi melalui;
• Mempercepatkan pertumbuhan
GVA dalam ekonomi tempatan
Perniagaan yang menjangkau
pelanggan dengan cara yang baru
26
dan inovatif, meningkatkan khidmat
pelanggan, memperkemas amalan
operasi dan mencapai produktiviti
yang lebih besar.
• Menyokong perniagaan kecil luar
bandar, menggunakan sebahagian
27
besar tenaga kerja tetapi
mengalami perkhidmatan internet
lambat kerana lokasi luar bandar
mereka.
• Menyokong pengekalan dan
pertumbuhan perniagaan kecil,
terutamanya dalam industri yang
28
intensif dan pengetahuan yang
intensif.
• Mengekalkan dan meningkatkan
pekerjaan dengan meningkatkan
dan memodenkan tahap kemahiran
dan pencapaian.
29
• Memecah kitaran 'upah rendah /
kemahiran rendah / produktiviti
yang lebih rendah'
8. Saya menyeru koperasi untuk
meneliti potensi yang bakal
dimanfaatkan melalui
30
projek ini. Dalam hal membangun
perniagaan koperasi,
ANGKASA
bertanggungjawab meransang
perniagaan koperasi melalui
jalinanan kerjasama sama
ada dengan syarikat swasta atau
31
koperasi yang berpotensi
memberi impak yang besar
kepada perolehan koperasi.
Namun saya ingin
menegaskan, dalam meneliti setiap
projek menjadi
tanggungjawab koperasi
32
untuk menilainya sebaik mungkin
bergantung kepada
kemampuan koperasi.
9. Saya mengharapkan
kerjasama ini akan
membuahkan hasil yang
33
membanggakan untuk
koperasi dan ahli-ahli koperasi
menceburi sektor telekomunikasi
yang merupakan industri
yang paling berpotensi dan
berjaya pada hari ini.
34
10. Akhir kata saya mengucapkan
berbanyak terima kasih
kepada pihak XiddiG yang
menaruh kepercayaan tinggi
kepada ANGKASA dan
gerakan koperasi dalam
menjalin kerjasama ini. Terima
35
kasih juga kepada wakil-wakil
koperasi yang dapat hadir
pada majlis ini.
Sekian, Wabillah Hataufik
WalhidayahAssalamu’alaikum
warahmatullah Hiwabarakatuh.
top related