dimensi penyelidikan
Post on 19-Jun-2015
551 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Dimensi Penyelidikan
Penyelidikan sosial boleh dibahagikan kepada dua:
Penyelidik yang mengambil pendekatan yang objektif, akademik
Penyelidik yang mengambil pendekatan yang lebih praktikal
Ini bukan satu pemisahan yang rigid namun tujuan penyelidikan dan kumpulan yang menggunakan hasil kajian berbeza dalam kedua-dua pendekatan
Empat dimensi
Penyelidikan asas atau gunaan
Tujuan membuat penyelidikan
Dimensi masa
Teknik pengutipan data
Penyelidikan asas (basic research)
Membantu memperkembangkan pengetahuan asas tentang dunia sosial.
Fokus kepada menyokong atau menolak teori yang menerangkan bagaimana dunia social beroperasi.
Punca utama idea-idea saintifik dan cara kita memahami dunia sosial.
Penyelidikan asas sering dikritik kerana ada kalanya penyelidikan jenis ini tidak mempunyai kegunaan praktikal.
Penyelidikan asas boleh membantu kita memahami tingkahlaku sosial dan seterusnya ini boleh digunakan secara praktikal.
Penyelidikan gunaan
Penyelidikan yang khusus yang bertujuan untuk menangani sesuatu isu atau masalah. Tidak cuba untuk memberi pemahaman yang umum tentang sesuatu perkara.Bertujuan mencari penyelesaian yang boleh digunakan dalam masa terdekat.
Sering digunakan dalam membuat keputusan khususnya dalam perniagaan atau membentuk polisi.
Jenis-jenis penyelidikan gunaan
1. Penyelidikan penilaian
2. Penyelidikan tindakan
3. Penyelidikan penilaian impak sosial
Penyelidikan penilaian
Sering digunakan untuk menilai program, polisi, strategi pemasaran
Cuba mengukur keberkesanan polisi, strategi, program.
Terdapat dua jenisFormatif – penilaian berterusan
Sumatif – penilaian yang dibuat pada akhir program
Penyelidikan tindakan
Bukan sekadar penyelidikan tetapi juga melibatkan tindakan sosial.
Cuba membawa perubahan sosial
Menggunakan pengetahuan dan penemuan untuk memperbaiki kehidupan orang yang dikaji.
Penyelidikan penilaian impak sosial
Mengkaji tentang kesan-kesan yang mungkin timbul akibat daripada satu perubahan yang dirancang.
Penyelidikan sedemikian boleh digunakan untuk memilih polisi yang sesuai atau membuat perancangan.
Tujuan penyelidikan
Penyelidikan penerokaan (Exploratory research )
Bagi isu-isu yang baru.
Isu-isu yang tidak banyak diketahui.
Apa itu???
Penyelidikan deskriptif
Menggambarkan sesuatu fenomena sosial menggunakan perkataan atau nombor
Siapa yang terlibat?
Bila sesuatu perkara berlaku
Explanatory research
Bertujuan menjelaskan sesuatu fenomena sosial.
Mengapa fenomena itu berlaku?
Dimensi masa
Kajian keratan lintang (cross sectional)
Kajian dibuat sekali pada satu masa tertentu.
Boleh digunakan untuk penyelidikan penerokaan, deskriptif atau explanatory.
Penyelidikan longitudinal
Kajian dibuat pada beberapa masa.
3 jenisSiri masa
Panel
Cohort
Siri masa
Kajian dilakukan pada kumpulan yang berbeza pada masa yang berbeza-beza.
Boleh membantu penyelidik mengkaji trend atau perubahan yang berlaku.
Kajian panel
Kajian dilakukan pada kumpulan yang sama pada masa-masa yang berbeza.
Lebih sukar dijalankan jika dibandingkan dengan kajian siri masa.
Kajian cohort
Mengkaji kumpulan yang mempunyai pengalaman yang sama.
Contohnya, orang yang lahir pada tahun tertentu, kahwin pada tahun tertentu.
Kajian kes
Kajian dilakukan ke atas kumpulan yang kecil secara mendalam.
Data boleh dikutip untuk beberapa bulan, tahun, dekad.
Teknik pengutipan data
KuantitatifEksperimen
Tinjauan
Penyelidikan bukan reaktif
KualitatifKajian lapangan
Kajian perbandingan bersejarah
top related