dokumen sebutharga 71-2011
Post on 08-Mar-2016
94 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
1
Ruj. Kami: LPKM 1/107/2/5 Tarikh: 24hb November 2011 Tuan, SEBUTHARGA BIL : 71/2011 SEBUTHARGA BAGI PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL, SISTEM PENAPISAN/KESELAMATAN WEB LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa syarikat tuan adalah dipelawa untuk menyertai tawaran sebutharga seperti di atas. Tawaran sebutharga di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: 1. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang berkenaan. (Sila
majukan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya untuk rujukan MTIB).
2. Tempoh sahlaku minima tawaran sebutharga adalah selama 60 hari dari tarikh tawaran sebutharga.
3. Sila nyatakan tempoh serahan bekalan / tempoh siap kerja dalam tawaran yang
dimajukan.
4. Tawaran sebutharga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi perkhidmatan di Dokumen Sebutharga.
5. Sila majukan profail syarikat, Borang 24 dan 49 (Akta Syarikat/Perakuan Pendaftaran
Perniagaan (Ordinan) untuk rujukan kami.
6. Sila majukan maklumat tentang pengalaman syarikat tuan dalam menjalankan kerja-kerja sebegini. (Nyatakan nama agensi/syarikat yang sedang melanggan atau pernah melanggan perkhidmatan tuan untuk rujukan kami).
Dimaklumkan sekali lagi agar pihak tuan meneliti dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti diatas bagi mengelakkan tawaran sebutharga tuan ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.
-
2
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai perkara diatas, sila berhubung terus dengan Pn. Nurul Wahidah Mohamad Kadir (Unit Teknologi Maklumat) di talian 03-92822235 sambungan 1345. Tawaran sebutharga ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup dan mestilah sampai ke MTIB selewat-lewatnya sebelum atau pada 5hb Disember 2011 (Isnin) jam 12.00 tengahari untuk perhatian Unit Perolehan seperti di alamat berikut: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA TINGKAT 13-17, MENARA PGRM, NO. 8, JALAN PUDU ULU, CHERAS, 56100 KUALA LUMPUR (U.P: Unit Perolehan) Sila catitkan nombor bilangan tawaran sebutharga di sebelah kiri (atas) sampul surat tawaran. Sebarang sebutharga yang diterima lewat daripada masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, . EMY ZULIKA DZULKIFLY Bahagian Khidmat Pengurusan b.p Ketua Pengarah s.k: 1. Jawatankuasa Pembuka Sebutharga 2. Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat)
-
3
DOKUMEN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA
MENYENGGARA FIREWALL, SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA
PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
NO RUJUKAN SEBUTHARGA: 71/2011
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
-
4
KANDUNGAN
PENGENALAN SEBUTHARGA
KENYATAAN SEBUTHARGA
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
ITEM PERKARA MUKA SURAT
1 ARAHAN AM 9
2 BIDANG KERJA PENYEBUTHARGA 9
3 KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUTHARGA 10
4 KANDUNGAN SEBUTHARGA 10
5 PENYERAHAN SEBUTHARGA 11
6 KOS SEBUTHARGA 13
7 HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU 13
8 HAK KEBENARAN MTIB UNTUK MENERIMA ATAU
MENOLAK SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUTHARGA
13
9 PERJANJIAN KONTRAK 14
10 BON PELAKSANAAN 14
11 PENERIMAAN SEBUTHARGA 15
12 PERALATAN SAMPINGAN 15
13 TEMPOH PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN
PERALATAN
15
14 JADUAL PELAKSANAAN 16
15 TEMPOH JAMINAN 16
16 KHIDMAT SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN 16
17 PENERIMAAN SEMENTARA 17
18
19
PENERIMAAN AKHIR
JADUAL BAYARAN
18
18
20 TEMPOH KONTRAK 19
21 TARIKH TUTUP 19
-
5
SISTEM RANGKAIAN ICT SEMASA DI MTIB
1. PENGENALAN 20
2. KEMUDAHAN ICT SEMASA 20
KEPERLUAN PELAKSANAAN PROJEK
1. KEPERLUAN 28
2. CADANGAN PELAKSANAAN DAN PASUKAN 30
PROJEK
SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
1. SAMPUL TEKNIKAL 34
2. SAMPUL KEWANGAN 35
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1: JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI 36
TEKNIKAL
LAMPIRAN 2: JADUAL HARGA 52
LAMPIRAN 3: JADUAL PENGALAMAN PEMBEKAL 53
LAMPIRAN 4: SENARAI AHLI PASUKAN PROJEK 55
LAMPIRAN 5: SURAT AKAUN PEMBIDA 56
LAMPIRAN 6: CONTOH PERJANJIAN 57
LAMPIRAN 7: CONTOH BORANG JAMINAN BANK UNTUK 66
BON PELAKSANAAN
LAMPIRAN 8: SURAT JAMINAN PEMBEKAL 68
LAMPIRAN 9: SURAT NIAT 70
LAMPIRAN 10: SURAT SETUJU TERIMA 71
-
6
PENGENALAN SEBUTHARGA
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
PERINGATAN :
1. Penyebutharga-penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami
keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan
tawaran.
2. Pastikan dokumen sebutharga adalah lengkap di semua muka surat.
Sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi
tanggungjawab penyebutharga untuk mendapatkan penjelasan daripada
Unit Perolehan, MTIB.
3. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan sebutharga mengikut format
maklumbalas yang telah ditetapkan.
-
7
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
KENYATAAN TAWARAN
1. Sebutharga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 210104, 210105 dan 210106
(yang berkuatkuasa) untuk membuat tawaran bagi kerja-kerja seperti berikut :
NO. SEBUTHARGA : 71/2011
Sebutharga bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah serta
Menyenggara Firewall Sistem Penapisan/ Keselamatan Web, Link Load
Balancer dan Perkhidmatan Terurus Sistem Rangkaian Persendirian Maya
(MPLS) di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
2. Dokumen sebutharga boleh dimuat turun bermula 23 November 2011 (Rabu)
sehingga 2 Disember 2011 (Jumaat) menerusi Portal Korporat MTIB
www.mtib.gov.my. Tarikh tutup sebutharga adalah pada 5 Disember 2011 (Isnin).
3. Dokumen tawaran sebutharga yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
Peti Sebutharga yang ditetapkan di Unit Perolehan, Bahagian Khidmat
Pengurusan, Tingkat 14, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, 56100 Cheras,
Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 2 Disember 2011 (Jumaat).
Sebutharga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
-
8
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA,
TINGKAT 14, MENARA PGRM,
NO.8, JALAN PUDU ULU,
CHERAS, P.O. BOX 10887,
50728 KUALA LUMPUR.
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
.............................................................................
Tuan/Puan,
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Nombor Sebutharga : 71/2011
-
9
1.0 ARAHAN AM
1.1 Sebutharga adalah dipelawa dari pembekal-pembekal bagi
Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah serta
Menyenggara Firewall Sistem Penapisan/ Keselamatan Web, Link
Load Balancer dan Perkhidmatan Terurus Sistem Rangkaian
Persendirian Maya (MPLS VPN) di Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (MTIB).
1.2 Penyebutharga yang dijemput adalah tertakluk kepada syarat-
syarat dan arahan-arahan yang terdapat dalam dokumen ini.
Arahan-arahan dan syarat-syarat yang dinyatakan hendaklah
disifatkan sebagai syarat kontrak. Sebutharga yang tidak
mengikut syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan
dipertimbangkan.
2.0 BIDANG KERJA PENYEBUTHARGA
2.1 Membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah serta
menyenggara sehingga tamat tempoh jaminan perkakasan dan
perisian seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen ini.
2.2 Memasang, serta mengkonfigurasi firewall, sitem penapisan/
keselamatan web dan link load balancer bagi memastikan
keseluruhan sumber ICT MTIB dapat diakses atau digunakan
dengan baik.
2.3 Mengkonfigurasi semula sistem keselamatan rangkaian MTIB
berdasarkan keperluan dan teknologi semasa.
2.4 Memasang, mengkonfigurasi Perkhidmatan Terurus MPLS VPN dan
penyelesaian menyeluruh rangkaian di MTIB.
-
10
2.5 Memastikan peralatan dan perisian rangkaian berfungsi dengan
sempurna dan meenpati aras perkhidmatan yang ditetapkan.
2.6 Memberi perkhidmatan professional termasuk kepakaran teknikal ke
atas penyelesaian menyeluruh yang ditetapkan.
2.7 Menyediakan latihan teknikal dan penggunaan kepada personel
MTIB dalam penggunaan dan pengurusan sistem keselamatan
rangkaian, perkakasan dan perisian.
2.8 Menyediakan dokumen lengkap bagi kaedah penyelenggaraan dan
sokongan teknikal dalam tempoh satu tahun kepada MTIB.
3.0 KEPERLUAN KELAYAKAN PENYEBUTHARGA
3.1 Sebutharga adalah dipelawa kepada semua penyebutharga
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih sah
laku di bawah kod 210104, 210105 dan 210106 .
3.2 MTIB berhak untuk membatalkan perlantikan pembekal sekiranya
perkhidmatan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan/ tawaran yang
dipersetujui seperti dalam dokumen sebutharga.
4.0 KANDUNGAN SEBUTHARGA
4.1 Penyebutharga perlu mengisi dan menghantar dokumen ke dalam Peti Sebutharga mengikut susunan seperti di bawah:
4.1.1 Sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan;
4.1.2 Surat rasmi dari syarikat yang mengambil bahagian dengan
keterangan mengenai nombor telefon, faksimili dan nama pegawai untuk dihubungi;
4.1.3 Borang Akuan Sebutharga yang ditandatangani;
4.1.4 Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 1
4.1.5 Jadual Harga seperti di Lampiran 2;
-
11
4.1.6 Jadual Pengalaman (track record) Pembekal dalam perbekalan peralatan seperti di Lampiran 3; dan
4.1.7 Senarai Ahli Pasukan Projek seperti di Lampiran 4; dan
4.1.8 Lain-lain kenyataan yang boleh menyokong tawaran seperti
laporan pemberitahuan dan risalah mengenai perkhidmatan syarikat.
5.0 PENYERAHAN SEBUTHARGA
5.1 Tawaran hendaklah diberikan kepada semua butiran yang
dinyatakan pada Jadual Spesifikasi.
5.2 Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat
berlakri (sealed) iaitu:-
i) Sampul surat pertama (Sampul A) sebanyak dua (2) set
salinan mengandungi:-
Salinan Pendaftaran Syarikat;
Salinan Bank Statement 3 bulan;
salinan Sijil-sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan;
Jadual Harga (LAMPIRAN 2);
Surat Jaminan Pembekal (LAMPIRAN 7); dan
Keterangan Mengenai Pembekal.
Serta ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan
perkataan SAMPUL KEWANGAN.
ii) Sampul surat kedua (Sampul B) sebanyak dua (2) set salinan
mengandungi:-
Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (LAMPIRAN 1);
Jadual Pengalaman Pembekal (LAMPIRAN 3);
Senarai Ahli Pasukan Projek (LAMPIRAN 4)
Katalog dan Risalah sekiranya berkaitan
Serta ditandakan di sudut sebelah atas kiri sampul surat dengan
perkataan SAMPUL TEKNIKAL.
-
12
Kedua-dua sampul surat ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu
sampul surat yang berlakri (sealed) dan Membekal, Menghantar,
Memasang, Menguji, Mentauliah serta Menyenggara Firewall
Sistem Penapisan/ Keselamatan Web, Link Load Balancer dan
Perkhidmatan Terurus Sistem Rangkaian Persendirian Maya (MPLS
VPN) di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
5.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga
yang disediakan di:-
Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia,
Tingkat 14, Menara PGRM,
No. 8, Jalan Pudu Ulu,
Cheras, 50728 Kuala Lumpur.
(u.p : Unit Perolehan)
5.4 MTIB tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak
langsung, jika berlaku kelewatan, kehilangan atau lain-lain
sebut harga dihantar. Sebut harga yang diterima selepas tarikh
tutup tidak akan dipertimbangkan.
5.5 Pembekal adalah dilarang untuk mencatatkan atau melabelkan
nama syarikat di mana-mana Jadual Spesifikasi dan Pematuhan
Teknikal, Jadual Pelaksanaan, risalah dan katalog yang
dikembarkan.
5.6 Penyebutharga mestilah menanggung sendiri semua kos
berkaitan dengan penyediaan dan penghantaran sebutharga.
MTIB tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.
-
13
6.0 KOS SEBUTHARGA
6.1 Penyebutharga mestilah menanggung sendiri semua kos
berkaitan dengan penyediaan dan penghantaran sebutharga. MTIB
tidak akan bertanggungjawab ke atas kos-kos tersebut.
7.0 HARGA DAN TEMPOH SAH LAKU
7.1 Hargayang ditawarkan hendaklah dalam RINGGIT MALAYSIA
(RM). Jadual harga yang dikemukakan mestilah dinyatakan dalam
angka yang tepat bagi unit harga dan jumlah harga serta merupakan
harga bersih (termasuk semua diskaun dan kos tambahan) bagi
setiap item dan berdasarkan kepada format yang disediakan.
7.2 Harga yang disebutkan dalam sebutharga hendaklah sah laku
di dalam tempoh tidak kurang dari 60 hari dari tarikh tutup
sebutharga.
8.0 MTIB BERHAK UNTUK MENERIMA ATAU MENOLAK
SEBAHAGIAN ATAU SEMUA SEBUTHARGA
8.1 MTIB tidak terikat untuk menerima tawaran sebutharga yang
terendah atau mana-mana sebutharga yang diterima.
8.2 MTIB juga berhak untuk menerima sebahagian atau keseluruhan
cadangan dalam tawaran sebutharga.
8.3 Keputusan MTIB adalah muktamad dan MTIB tidak akan teragak-
agak untuk memberi apa-apa alasan bagi penolakan mana-mana
sebutharga.
-
14
9.0 PERJANJIAN KONTRAK
9.1 Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki mengikat
perjanjian kontrak dengan MTIB bagi Membekal, Menghantar,
Memasang, Menguji, Mentauliah serta Menyenggara Firewall
Sistem Penapisan/ Keselamatan Web, Link Load Balancer dan
Perkhidmatan Terurus Sistem Rangkaian Persendirian Maya (MPLS
VPN) di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Denda akan
dikenakan dalam kontrak jika tidak memenuhi syarat-syarat kontrak.
Berdasarkan perjanjian kontrak, penerimaan MTIB disertai dengan
pengesahan pembekal yang berjaya akan terikat dengan kontrak di
antara MTIB dengan penyebutharga tanpa mengambilkira perjanjian
kontrak disediakan/ dilaksanakan atau tidak dilaksanakan.
9.2 Penyebutharga yang berjaya mesti menanggung sendiri risiko
berkenaan kontrak mengikut syarat-syarat, spesifikasi dan jadual
sebahagiannya mestilah menurut status, peraturan atau melalui
undang-undang dan keperluan mana-mana kebenaran.
10.0 BON PELAKSANAAN
10.1 Penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon
Pelaksanaan dengan kadar peratus yang ditetapkan mengikut
Perjanjian Setuju Terima seperti di bawah:
10.2 Nilai lebih dari RM200,000.00 sehingga RM300,000.00, Bon
Pelaksanaannya adalah sebanyak 2.5% ke atas jumlah harga
tawaran. Manakala, bagi nilai lebih RM300,000.00 tetapi tidak
melebihi RM500,000.00. Bon Pelaksanaan sebanyak 5%
dikenakan ke atas jumlah harga tawaran.
10.3 Bon Pelaksanaan hendaklah di dalam bentuk Jaminan bank.
-
15
10.4 Bon Pelaksanaan akan dipulangkan kepada Penyebutharga selepas
12 bulan selepas tarikh tamat kontrak dengan syarat Kerajaan
berpuashati bahawa syarat-syarat kontrak telah dipenuhi.
11.0 PENERIMAAN SEBUTHARGA
11.1 MTIB akan memberi notis bertulis kepada penyebutharga yang
berjaya apabila sebutharganya disetujuterima. Notis ini boleh
mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan kepada
syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini dan sekiranya demikian
sebutharga ini tidaklah boleh dipertimbangkan sehingga syarat
tambahan ini dipersetujui oleh Penyebutharga yang berjaya.
12.0 PERALATAN SAMPINGAN
12.1 Penyebutharga boleh mencadangkan aksesori tambahan yang
boleh digunakan dalam perkakasan yang ditawarkan atau bagi
menyempurnakan konfigurasi sistem atau yang dicadangkan atau
memberikan penyelesaian menyeluruh. Item ini mesti dinilaikan
dengan harga yang berasingan. Bagaimanapun, MTIB berhak untuk
mencadangkan samada aksesori tambahan ini perlu dibeli dan
melihat pula kepada keperluan yang berkaitan.
13.0 TEMPOH PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PERALATAN
13.1 Peserta sebutharga adalah dikehendaki menyempurnakan kerja
dalam tempoh 6 minggu daripada tarikh surat setuju terima
ditandatangani (tidak termasuk penerimaan sementara dan
penerimaan akhir). Ini termasuk penghantaran peringkat pertama 2
minggu, peringkat kedua 3 minggu, peringkat ketiga 3 minggu,
pengujian 4 minggu, penerimaan akhir 4 minggu.
-
16
14.0 JADUAL PELAKSANAAN
14.1 Penyebutharga dikehendaki menyediakan satu Jadual Pelaksanaan
Pembekalan peralatan yang terperinci dan lengkap bagi tujuan
penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan bagi
peralatan yang dicadangkan kepada MTIB .
15.0 TEMPOH JAMINAN
15.1 Perkakasan dan perisian keselamatan rangkaian yang ditawarkan
hendaklah dilitupi dengan tempoh jaminan iaitu 1 tahun daripada
tarikh penerimaan akhir.
15.2 Dalam tempoh jaminan ini semua khidmat baikpulih,
penyenggaraan, penggantian peralatan yang rosak dan kos buruh
hendaklah diberi secara percuma.
16.0 KHIDMAT SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN
16.1 Sebarang kerosakan kepada perkakasan dan perisian semasa
tempoh jaminan hendaklah ditanggung oleh pihak pembekal
daripada segi peralatan, perkhidmatan, pertukaran, kewangan dan
lain-lain yang bersangkutan. Alat ganti sementara (on-loan item)
perkakasan yang rosak, hendaklah disediakan sehinggalah
perkakasan dibaiki atau diganti.
16.2 Semasa dalam tempoh jaminan, jika berlaku kerosakan kepada
perkakasan atau perisian, pembekal yang berjaya hendaklah
memberi maklumbalas dalam tempoh tidak melebihi 2 jam dari
masa menerima laporan daripada MTIB. Tempoh yang diambil
untuk membaiki kerosakan hendaklah tidak melebihi 2 jam. Jika
kerosakan tidak dapat dibaiki dalam tempoh berkenaan,
penggantian peralatan hendaklah dilaksanakan atau menyediakan
-
17
alat ganti sementara (on-loan item) agar pengguna tidak
menghadapi masalah atas kekurangan peralatan tersebut.
16.3 Sokongan peringkat pertama adalah daripada pembekal dan
peringkat kedua daripada pihak pengilang.
16.4 Jika diperlukan, pembekal adalah dikehendaki menyedia dan
memberikan khidmat penyenggaraan dan sokongan selepas tamat
tempoh jaminan dengan pihak MTIB berasaskan suatu perjanjian
penyenggaraan yang akan ditentukan kemudian. Walau
bagaimanapun MTIB mempunyai hak untuk memilih sebarang
pembekal lain untuk memberikan khidmat penyenggaraan.
16.5 Penyebutharga hendaklah mengemukakan maklumat terperinci
sebagaimana maklumbalas yang berkenaan, mengenai
penyenggaraan dan perkhidmatan sokongan terlibat untuk
kegunaan penilaian oleh MTIB.
17.0 PENERIMAAN SEMENTARA
17.1 Penyebutharga dikehendaki membenarkan MTIB menjalankan ujian
ke atas peralatan yang dibekalkan untuk tempoh tiga puluh (30)
hari dari tarikh siap pemasangan. MTIB akan memaklumkan secara
bertulis tarikh penerimaan sementara sekiranya peralatan tersebut
berfungsi dengan sepenuhnya dan sistem down time tidak melebihi
5%. Sistem down time bermaksud tempoh apabila peralatan tidak
dapat berfungsi kerana sistem breakdown.
17.2 MTIB mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian bagi
penerimaan sementara sekiranya terdapat sebarang peralatan
yang tidak berfungsi kerana kesilapan/kelemahan dalam
pemasangan, mutu kerja (workmanship) atau kecacatan pada
peralatan.
-
18
18.0 PENERIMAAN AKHIR
18.1 MTIB akan menggunakan peralatan yang dipasang untuk tempoh
tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan sementara. Dalam
tempoh tersebut, pembekal bertanggungjawab membetulkan
sebarang kelemahan yang dikesan. MTIB akan memaklumkan
secara bertulis tarikh penerimaan akhir sekiranya dalam tempoh
berkenaan peralatan tersebut berfungsi dengan sepenuhnya dengan
sistem downtime tidak melebihi 1 %.
18.2 Sekiranya peralatan tersebut gagal memenuhi ciri-ciri yang
dikehendaki walaupun kerja-kerja pembaikan telah dijalankan oleh
pembekal dalam tempoh yang telah dinyatakan, MTIB berhak
mendapatkan gantian. Sekiranya peralatan tersebut perlu diganti
dengan yang lain, pihak Penyebutharga hendaklah menanggung
segala kos yang terlibat.
18.3 MTIB mempunyai hak untuk melanjutkan tempoh ujian sekiranya
terdapat sebarang peralatan yang tidak berfungsi kerana kesilapan
atau kelemahan dalam pemasangan, mutu kerja (workmanship)
atau kecacatan pada peralatan.
19.0 JADUAL BAYARAN
19.1 Pembayaran berperingkat kepada pembekal berjaya dibuat
(berdasarkan jadual harga pada Lampiran 2) seperti berikut :
i. Bayaran pertama :
Semasa Penghantaran Perkakasan Perisian serta Perkhidmatan terurus Wilayah Tengah
80% daripada harga perkara 1 dan 2
ii. Bayaran kedua :
Penghantaran Perkhidmatan Terurus WAN Wilayah Utara, Timur, Pahang,
80% daripada harga perkara 3
-
19
Johor dan Sabah serta IDC
iii. Bayaran ketiga :
Penghantaran Perkhidmatan
80% daripada harga perkara 4
iv. Bayaran keempat :
Semasa Penerimaan Sementara
10% daripada harga kontrak
v. Bayaran kelima :
Semasa penerimaan akhir/ pentauliahan
10% daripada harga kontrak
19.2 Pembayaran untuk setiap fasa tidak akan dikeluarkan sehingga fasa
sebelumnya disempurnakan dan diluluskan oleh MTIB.
20.0 TEMPOH KONTRAK
MTIB berhak menentukan tarikh permulaan kontrak dan tarikh tamat
kontrak.
21.0 TARIKH TUTUP
Tarikh tutup sebutharga adalah jam 12.00 tengahari pada 5 Disember
2011 (Isnin). Sebutharga-sebutharga hendaklah dikemukakan kepada
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia pada atau sebelum waktu dan
tarikh tersebut. Sebutharga-sebutharga yang lewat tidak akan
dipertimbangkan.
-
20
SISTEM RANGKAIAN ICT SEMASA DI MTIB
1.0 Pengenalan
MTIB memberikan perkhidmatan kepada pelanggan menerusi ibu pejabat, 8
pejabat Wilayah/Negeri/Cawangan, 1 Pusat Latihan dan 8 Stesen
Pemeriksaan di seluruh Malaysia. Pelbagai perkhidmatan dilaksanakan
menerusi perkhidmatan atas talian yang ditempatkan di ibu pejabat.
Prasarana ICT MTIB adalah merangkumi sistem rangkaian setempat (LAN),
kemudahan internet dan peralatan komputer di semua lokasi. Pusat Data
adalah terletak di ibu pejabat.
2.0 Kemudahan ICT Semasa
2.1 Pusat Data
Pusat Data yang menempatkan 20 komputer server dan peralatan
utama rangkaian MTIB adalah terletak di ibu pejabat MTIB.
2.2 Rangkaian Setempat (LAN)
Rangkaian di ibu pejabat telah dipertingkatkan dengan kemudahan
clustering/ redundancy dan tersedia dengan IPV6. Bilangan
pengguna dalaman keseluruhan MTIB dianggarkan 550 orang (300
daripadanya adalah di ibu pejabat).
2.3 Kemudahan keselamatan ICT
Penggunaan sumber ICT di Ibu Pejabat MTIB dikawal menerusi
kemudahan firewall dan IDS menerusi Fortigate 400A, Sophos
-
21
WS1000 Web Security and Control, PRISMA serta Desktop
Management System (DMS). Semua komputer server dan
pengguna dilengkapi dengan kemudahan antivirus dan anti-Spam
untuk emel.
2.4 Akses aplikasi/ sumber rangkaian
Semua aplikasi diakses secara atas talian menerusi internet oleh
pengguna luaran manakala sebilangannya oleh pengguna dalaman.
2.5 Akses internet
Ibu pejabat MTIB dilengkapi dengan kemudahan akses internet
talian suwa TM Direct 2.0 dan terbaharu ditambah dengan Metro-E
TIME 4.0. Pejabat-pejabat lain dibekalkan sebilangan besarnya
dengan kemudahan DSL (Streamyx Broadband) dan 1 lokasi VSAT.
Terdapat juga DSL di beberapa lokasi yang dikhususkan untuk
kegunaan Video Conferencing System. Setiap pejabat juga
dibekalkan dengan seunit Celcom 3G untuk mengakses aplikasi
kritikal MTIB seperti MCS sekiranya terdapat masalah seperti
gangguan atau kecurian talian. Maklumat Rangkaian dan
Kemudahan Akses Internet Semasa MTIB adalah seperti di
Jadual 1.
Ibu Pejabat
1. Akses internet
a. Lease Line
(TM/Direct)
b. MetroE (TIME)
Kelajuan (Up/Down)
Kegunaan/Catatan
2.0 Mbps
4.0 Mbps
Talian utama mengakses sistem atas talian.
Mengadakan video conference bersama cawangan (kekerapan sebulan sekali)
Mengakses sumber internet
280 pengguna
1. EG*Net
a. Lease Line (TM/Direct )
2.0 Mbps
Aplikasi EG ( HRMIS,SPP2)
2. Peralatan Rangkaian (yang berkaitan)
Firewall dan url filtering
-
22
a) Firewall , IDS ( Fortinet 400A) b) URL Filtering
( Sophos WS100) c) Anti-SPAM (emel)
- mengikut pengguna di LAN/ ibu pejabat sahaja.
Anti-Spam filtering mengikut jumlah pengguna emel.
Pejabat Wilayah/Negeri/Stesen Pemeriksaan
a) Pejabat Wilayah Tengah (Klang)
1) Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
Kelajuan (Up/Down)
Kegunaan/Catatan
1.0 Mbps/384 Kbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 20 Pengguna
b) WISDEC Banting,Selangor
1.Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
b) Satelit Broadband TIME
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 30 pengguna
2.0 Mbps/ 512 Kbps
c) FIDEC Banting,Selangor
1.Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mpbs/ 384Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 25 pengguna
-
23
d) Pejabat Wilayah Utara (Butterworth)
1.Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
2.0 Mbps/ 512 Kbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 20 pengguna
e) Stesen Pemeriksaan Bukit Kayu Hitam, Kedah
1.Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 6 pengguna
f) Stesen Pemeriksaan Ipoh
1.Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 8 pengguna
g) Pejabat Negeri Kuantan
1. Akses internet
a) Streamyx SDSL TM
1.5 Mbps/1.5 Mbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
-
24
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 12 pengguna
h) Stesen Pemeriksaan Pelabuhan Kuantan
1.Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 8 pengguna
i) Pejabat Negeri Terengganu
1.Akses internet
a) Streamyx SDSL TM
1.5 Mbps/1.5 Mbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 10 pengguna
j)Pejabat Wilayah Timur
(Kota Bharu)
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
2.0 Mbps/ 512 Kbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 15 pengguna
k) Stesen Pemeriksaan Rantau Panjang
-
25
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 8 pengguna
l) Pejabat Negeri Johor Bharu
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/384 Kbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 15 pengguna
m) Stesen Pemeriksaan Pasir Gudang, Johor
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 8 pengguna
n) Stesen Pemeriksaan Bagunan Sultan Iskandar,Johor
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 6 pengguna
o) Stesen Pemeriksaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
-
26
3) 6 pengguna
p) Stesen Pemeriksaan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/ 384 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
2) Mengakses sumber internet.
3) 6 pengguna
q) Kota Kinabalu dan
WISDEC, Sabah
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.0 Mbps/384 Kbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 30 pengguna
r) Tawau
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
1.5 Mbps/ 1.5Mbps
1) Mengadakan Video Conference bersama HQ. (kekerapan sebulan sekali)
2) Mengakses sistem aplikasi
-
27
b) Streamyx SDSL TM
1.0Mbps/ 384 kbps
atas talian.
3) Mengakses sumber internet.
4) 10 pengguna
o) Sandakan
1. Akses internet
a) Streamyx ADSL TM
2.0 Mbps/ 512 Kbps
1) Mengakses sistem aplikasi
atas talian.
2) Mengadakan Video
Conference bersama HQ.
(kekerapan sebulan sekali)
3) Mengakses sumber internet.
4) 10 pengguna
Jadual 1: Senarai Kemudahan Akses Internet Semasa di MTIB
2.6 Isu atau masalah semasa
Sokongan ke atas Firewall akan tamat tempoh pada hujung tahun.
Kajian adalah perlu untuk menyambung perkhidmatan atau
mempertingkatkan keupayaannya. Kemudahan Web Filtering
semasa adalah terhad daripada segi teknologi berbanding ancaman
serta keperluan penapisan dan keselamatan web pada masa ini
khususnya Web 2.0.
Kemudahan Firewall, Keselamatan Web dan kawalan menerusi
DMS adalah terhad kepada pengguna ibu pejabat saja. Pengguna-
-
28
pengguna di pejabat-pejabat lain terpaksa melalui internet cloud
untuk mengakses aplikasi MTIB dan tidak dapat menggunakan
aplikasi sensitif/ dalaman intranet MTIB disebabkan faktor
keselamatan rangkaian. Pengurusan sumber ICT di pejabat-pejabat
tersebut sukar dilaksanakan menerusi kemudahan sedia ada.
KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROJEK
1.0 Keperluan
1.1 Objektif projek
a) Mempertingkatkan keberkesanan kawalan capaian web dan
rangkaian ICT MTIB seterusnya mengurangkan risiko
pencerobohan.
b) Memudahkan pengurusan sumber ICT MTIB
c) Meningkatkan perkhidmatan akses internet dengan mengadakan
kemudahan redundancy/ backup minimum secara automatik.
d) Mewujudkan Rangkaian Persendirian Maya MTIB.
1.2 Senarai keperluan secara ringkas adalah seperti berikut:
a) Peningkatan Sistem Keselamatan Rangkaian
Membekal, memasang, mengkonfigurasi dan menguji satu
unit peralatan firewall bercirikan generasi akan datang yang
turut mengandungi fungsi IPS dan keselamatan/ penapisan
web.
Konfigurasi adalah berdasarkan polisi firewall dan sistem
penapisan web sedia ada serta dikemaskinikan dengan
mengoptimumkan keupayaan sistem yang dibekalkan
berdasarkan amalan dan penyelesaian terbaik.
Mewujudkan pelan peralihan daripada sistem sedia ada
dengan downtime yang minimum.
-
29
b) Perkhidmatan Terurus: Rangkaian Persendirian Maya MPLS
VPN MTIB
Membekal, memasang mengkonfigurasi dan menguji 1 unit
Link Load Balancer di ibu pejabat MTIB. Konfigurasi
penyelesaian adalah berdasarkan amalan terbaik global bagi
membolehkan talian internet TM Direct dan Metro-E TIME
dapat dioptimumkan penggunaannya secara active-active.
Membekal, memasang mengkonfigurasi dan menguji
penyediaan perkhidmatan terurus MPLS VPN MTIB
melibatkan semua lokasi yang ditetapkan. Sambungan
daripada VPN ke ibu pejabat adalah menggunakan minimum
2X2MB leased line (active-active) atau Metro-E.
Melaksanakan perkhidmatan redundancy/ hybrid dan bonding
ke atas lokasi yang bersesuaian berdasarkan bilangan
pengguna dan tahap penggunaan.
Penyelesaian yang dicadangkan perlu mengambil kira mudah
untuk pengembangan (contohnya dengan tambahan kapasiti
DSL, leased line/ metro-E).
Akses pengguna di semua pejabat kepada sumber ICT MTIB
adalah menerusi MPLS VPN.
Internet gateway: Akses internet pengguna ibu pejabat
adalah secara terus. Akses internet pengguna di pejabat-
pejabat lain adalah menerusi VPN ke ibu pejabat atau
menerusi Internet Data Centre (IDC) yang ditadbir pembekal.
c) Perkhidmatan Lain-lain
Perkhidmatan profesional bagi pelaksanaan menyeluruh
projek. Ini termasuk
o Merekabentuk dan mencadangkan rangkaian ICT
keseluruhan MTIB,
o pemasangan, pengkonfigurasian, pengujian dan
pentauliahan (termasuk pengkabelan dan peralatan
yang terlibat)
-
30
o Pasukan projek khusus
Sokongan dan penyelenggaraan berdasarkan SLA network
availability, utilization, 24X7X365. Mempunyai sokongan dan
personel secara standby berhampiran di setiap lokasi
perkhidmatan.
Latihan teknikal dan penggunaan ke atas penyelesaian
menyeluruh yang ditawarkan.
1.3 Spesifikasi minimum keperluan sistem firewall, penapisan/
keselamatan web, link load balancer dan Perkhidmatan Terurus
Sistem Rangkaian Persendirian Maya (MPLS VPN) - Sila rujuk
Lampiran I bagi maklumat peralatan dan perisian and servis yang
perlu dipatuhi.
2.0 Cadangan Pelaksanaan dan Pasukan Projek
2.1 Penyebutharga dikehendaki menyediakan cadangan projek/
pelanpelaksanaan (write up) dan pasukan projek yang
komprehensif bagi melaksanakan projek ini.
2.2 Penyebutharga dikehendaki mengemukakan Jadual Pelaksanaan
Projek dan aktiviti-aktiviti lain yang terlibat dalam bentuk Gantt-
Chart. Penyebutharga hendaklah memastikan bahawa tempoh
pelaksanaan projek adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan
oleh MTIB.
2.3 Penyebutharga hendaklah memastikan bahawa tempoh
pelaksanaan projek ini adalah selama dua belas (12) Minggu dari
tarikh surat setuju terima dikeluarkan oleh MTIB seperti berikut:
-
31
Perkara Mula Tamat
i) Mesyuarat Permulaan Projek, Penyediaan Tapak
Minggu 1 Minggu 2
ii) Rekabentuk penyelesaian Menyeluruh
Minggu 1 Minggu 2
iii) Penghantaran Perkakasan dan Perisian (Firewall, IPS dan Keselamatan Web serta Link Load Balancer)
Minggu 2 Minggu 3
iv) Penghantaran Perkhidmatan Terurus MPLS VPN (HQ dan Wilayah Tengah)
Minggu 2 Minggu 4
v) Penghantaran Perkhidmatan Terurus MPLS VPN (Wilayah Utara, Timur, Pahang, Johor dan Sabah serta IDC).
Minggu 4 Minggu 6
vi) Pengujian dan Penerimaan Awal (PAT)
Minggu 4 Minggu 6
vii) Latihan
Minggu 4 Minggu 8
viii) Pengujian Penerimaan Akhir (FAT)
Minggu 8 Minggu 12
2.4 Sebarang kelewatan yang dihadapi dalam tempoh perkhidmatan,
Penyebutharga hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada
pihak MTIB dengan penjelasan yang sewajarnya untuk
pertimbangan sewajarnya.
2.5 Penyebutharga perlu melaksanakan pemasangan, konfigurasi dan
pengujian bagi perkara berikut:
Perkakasan dan Perisian:
a) Firewall Sistem Penapisan/ Keselamatan Web
b) Link load balancer
Perkhidmatan Terurus MPLS VPN Peringkat 1
a) WAN HQ (2 X 2Mb Leased Line)
b) WAN Wilayah Tengah
-
32
Perkhidmatan Terurus MPLS VPN Peringkat 2
a) WAN Wilayah Utara, Timur, Pahang, Johor dan Sabah (8
lokasi)
b) IDC (1 MB)
2.6 Penyebutharga perlu menyediakan dan membekalkan minima dua
(2) set dokumentasi yang lengkap mengenai pemasangan,
penggunaan dan penyeliaan ke atas setiap peralatan dan perisian
yang dipasang. Dokumen mestilah diserahkan dalam bentuk
hardcopy dan softcopy. Dokumentasi yang perlu dibekalkan ialah
user guides, technical reference manuals, installation documents,
system documents dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
2.7 Penyebutharga tidak boleh mencatatkan nama syarikat di mana-
mana pun dalam dokumen Cadangan Teknikal. Kegagalan
Penyebutharga mematuhi syarat ini boleh menyebabkan tawaran
penyebutharga ditolak.
2.8 Penyebutharga dikehendaki memberi khidmat sokongan sepanjang
1 (satu) tahun yang merangkumi peralatan dan perisian firewall,
Sistem Penapisan/ Keselamatan Web, link load balancer dan
Sistem Rangkaian Persendirian Maya (MPLS VPN) serta tenaga
kerja bagi lokasi di MTIB.
2.9 Penyebutharga perlu menyediakan satu mekanisme sokongan
teknikal yang melibatkan kakitangan sokongan teknikal syarikat
Penyebutharga dan syarikat prinsipal yang berkaitan bagi
menjamin sokongan berterusan terhadap operasi perisian sistem
firewall yang dibekalkan.
2.10 Penyebutharga dikehendaki menyatakan dengan lengkap jenis
perkhidmatan yang disediakan serta syarat dan terma terma yang
terlibat seperti penyediaan perkhidmatan helpdesk, telephone and
online support dan tempoh maklumbalas (response time).
-
33
2.11 Penyebutharga hendaklah mengemukakan senarai kakitangan
sokongan teknikal yang terlibat bersama sijil kelayakan berkaitan
dan pengalaman seperti didalam LAMPIRAN 3.
2.12 Penyebutharga hendaklah mengemukakan senarai kakitangan
sokongan teknikal yang terlibat bersama sijil kelayakan berkaitan
dan pengalaman seperti didalam LAMPIRAN 3.
-
34
SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
SEBUT HARGA 71/2011
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Arahan kepada Penyebut Harga: 1. Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disediakan. 2. Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di
luar sampul SAMPUL TEKNIKAL. 3. Nama syarikat tidak dibenarkan untuk dicetak di mana-mana helaian
di dalam Sampul Teknikal. SAMPUL TEKNIKAL 1. Bahagian 1 Cadangan Teknikal Daripada Penyebut Harga
a) Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 1.
2. Bahagian 2 Jadual Pelaksanaan. (Di sediakan oleh penyebutharga)
3.
Bahagian 3 Jadual Pengalaman Penyebut Harga seperti di Lampiran 3
4 Senarai Ahli Pasukan Projek di Lampiran 4
5 Katalog dan risalah berkaitan
-
35
SENARAI SEMAK (CHECKLIST)
SEBUT HARGA 71/2011
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Arahan kepada Penyebut Harga: 1. Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disediakan. 2. Pastikan senarai semak ini diisi dengan lengkap dan dikepilkan di
luar sampul SAMPUL KEWANGAN. SAMPUL KEWANGAN
1. Bahagian 1 Keterangan Mengenai Penyebut Harga
a) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dengan Kementerian
Kewangan
b) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dengan
Kementerian Kewangan, jika ada
c) Salinan Penyata Bank untuk 3 Bulan terakhir
d) Surat rasmi daripada syarikat yang mengambil bahagian dengan
keterangan mengenai penyebut harga
e) Surat Jaminan Penyebut Harga seperti di Lampiran 6 & 7.
f) Keterangan mengenai Pembekal
g) Borang Jaminan Bank untuk Bon Perlaksanaan seperti di
Lampiran 6.
h) Jadual harga seperti di Lampiran 3.
-
36
LAMPIRAN 1
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM
RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
1.0 UMUM
1.1 Sila sertakan gambarajah lengkap logikal dan fizikal
rangkaian yang lengkap berdasarkan penyelesaian yang
dicadangkan.
W
1.2 Penyebutharga dikehendaki mengisi ruang kosong
dibawa dengan lengkap berserta cadangan catatan/
keterangan lain.
W
1.3 Semua butir-butir di dalam lampiran ini hendaklah diisi
dengan betul dan lengkap. Kemudahan lampiran
tambahan, jika ruang tidak mencukupi.
W
-
37
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
1.4 Sila nyatakan jenama, model dan sertakan brosur produk
yang ditawarkan.
W
1.5 Penyebutharga bertanggungjawab memastikan
kesesuaian antara peralatan dan perisian tanpa kos
tambahan tersembunyi
W
1.6 Peralatan rangkaian dan perisian hendaklah fleksibel
untuk peningkatan dan pengembangan pada masa
hadapan.
W
1.7 Penyebutharga hendaklah mengemukakan cadangan
spesifikasi peralatan dan penyelesaian menyeluruh
sistem yang bersesuaian berdasarkan spesifikasi
minimum teknikal yang diperlukan atau yang lebih
baik.
W
1.8 Penyebutharga hendaklah menyenaraikan semua
perisian termasuk perisian pihak ketiga yang digunakan
untuk melaksanakan cadangan penyelesaian menyeluruh
yang dicadangkan kepada MTIB.
W
1.9 Penyebutharga digalakkan mencadangkan konfigurasi, W
-
38
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
rekabentuk dan penyelesaian menyeluruh terbaik kepada
MTIB.
1.10 Penyebutharga juga hendaklah menyediakan
gambarajah logikal dan fizikal yang dicadangkan selepas
pengujian dan pentauliahan.
W
2.0 FIREWALL (1 unit)
2.1 Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji,
Mentauliah dan Menyenggara firewall, IPS dan
keselamatan web di MTIB.
W
2.2 Menyediakan pelan peralihan daripada peralatan firewall
dan keselamatan web semasa kepada firewall, IPS dan
keselamatan web yang baru.
W
2.3 Migrasi polisi firewall semasa kepada firewall baru dan
dikemaskini berdasarkan amalan terbaik.
W
2.4 Application:
Must support App-ID and describe how the gateway will accurately identify the applications
W
-
39
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
Must support multiple mechanisms based on below for classifying applications, please describe them - Application Signatures - SSL Decryption - Application Protocol Decoding - Heuristics
Must be able to handle unknow
applications and please desribe it.
Must support custom application signatures.
Describe in detail how SSL traffic identified, inspected, and controlled (forward / reverse proxy or other technology)
Application Database must have dynamic update features.
Must be able to submit an unknown application
Can policy controls be implemented for all supported applications? Please describe.
Can policy controls be implemented for specific users? Please describe.
Can port-based controls be implemented for all applications? Please describe.
2.5 Firewall Perfomance
Support min 15,000 Connections per second - app override
Support min 500Mbps Throughput UDP Support min 500Mbps Throughput - IPv6
Support min 500Mbps Throughput - TCP/HTTP
Support min 200Mbps IPSec VPN Throughput
W
-
40
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
IPSec VPN Tunnel - up to 1,000
Support SSL Decryption
SSL Inbound Certificates - up to 25
Support SSL forward proxy
Support SSL inbound inspection
SSL VPN Tunnel - up to 500
Support min 200Mbps Threat Prevention throughput
Support min 200Mbps of Anti-Virus and Anti-Spyware Throughput
2.6 Security Services
Support up to 40 Security zone
Security rulebase Policies - up to 2,500
Security rule schedules - up to 256
SSL decryption rulebase - up to 250
Application ID exception rulebase - up to 250
Support self-signed certificate
Support admin-installed certificate
Support URL category-based decryption policy
Custom Application Signature - up to 6,000
Support Vulnerability Protection
Support Client vulnerabity protection
Support Server vulnerability protection
Support Custom vulnerability signatures
Support Packet capture
Support Anti-Spyware and Anti-Virus
W
-
41
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
Support Per-application scanning options
Support Per-category scanning options
Support Phone-home detection/blocking
Support Malware site blocking
Support Per-application scanning options
Support URL Filtering
Support Integrated URL filtering engine
Support Dynamic URL filtering
Support Category-based URL filtering policy
Support Block list
Support Allow list
Allow list/Block list & Custom list - Min 25,000 entries
Min custom categories - up to 50
Dataplane cache size for URL filtering - up to 10,000
Control plane dynamic cache size - up to 1,000,000
Support File-type based file blocking
2.7 Interfaces
Min 12 ports of 10/100/1000
Min 2 ports of SFP
802.1q tags per device - up to 4094
802.1q tags per physical interface - up to 4094
Max interfaces - up to 2048
Support Aggregate Interfaces (802.3ad) Support dedicated management interface
W
-
42
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
2.8 Vitual Systems
Base virtual systems - up to 1
Max virtual systems - up to 6
Max connections per second per virtual system- up to 15,000
Support User-definable max capacity for all capacities above
Support Syslog, SNMP, URL filtering per virtual system
Support Local user database per virtual system
Support Remote user auth per virtual system
Max virtual Wires - up to 10
Max virtual routers - up to 10
W
2.9 Networking
Support Static routing
Forwarding table size (entries per device) - up to 2,500
Forwarding table size (entries per VR) - up to 2.500
Support ARP table size per device - up to 1,000
Support ARP table size per Broadcast Domain - up to 1,000
Support MAC table size per Broadcast Domain - up to 1,000
Support VLAN translation
Support IPv6, Layer 2 and Layer 3
Support Dual stack of IPv4/IPv6
W
-
43
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
Max sessions with IPv4 - up to 125,000
New sessions per second - up to 15,000
Max sessions with IPv6 - up to 125,000
Support NAT rulebase
NAT rule capacity - up to 1,000
Max NAT rules (static) - up to 1,000
Max NAT rules (DIP) - up to 1,000
Max NAT rules (DIPP) - up to 200
2.10 Management Interface
Support Local console
Support CLI
Support Web interface (HTTP/HTTPS)
Support Telnet
Support SSHv2
Permitted IP restrictions - up to 128
Support Configurable source interface
Support Software management - Rollback - TFTP
SCP
W
2.11 Logging Interface
Support Local logging
Support Syslog
Support SNMP traps
Support Email
W
-
44
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
2.12 Support CLI/Web Interface Authentication: -
Root, read/write, readonly users
Virtual system root, r/w, ro users
Local authentication
Radius authentication
Remote checked first before local
Min password length
History limit
Min. length
Max. length
Min. complexity
Account lockout after x failed attempts
Custom auth banner
Customize timeout
W
2.13 Support NTP
NTP Multiple servers
NTP MD5 authentication
Daylight savings time
Configurable DST for WW use
W
2.14 Warranty 1 year (24 X 7 X 2)
W
3.0 LINK LOAD BALANCER (1 unit)
3.1 Nominal Throughput: up to 50 Mbps W
-
45
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
3.2 Recommended user : up to 1000 users W
3.3 Support at least 3 WAN ports W
3.4 Intelligent failover W
3.5 USB Port: On front panel W
3.6 Inbound and outbound traffic W
3.7 Management interface W
3.9 Support IPv6 W
3.10 Warranty: 1 year (24 X 7 X 2) W
4.0 PERKHIDMATAN TERURUS MPLS VPN
4.1 Membekalkan perkhidmatan dan penyelesaian
menyeluruh Perkhidmatan Terurus MPLS VPN di MTIB.
W
4.2 Membekal, memasang mengkonfigurasi dan menguji 1
unit Link Load Balancer di ibu pejabat MTIB. Konfigurasi
W
-
46
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
penyelesaian adalah berdasarkan amalan terbaik global
bagi membolehkan talian internet TM Direct dan Metro-E
TIME dapat dioptimumkan penggunaannya secara
active-active.
4.3 Membekal, memasang mengkonfigurasi dan menguji
penyediaan perkhidmatan terurus MPLS VPN MTIB
melibatkan semua lokasi yang ditetapkan.
Sambungan daripada VPN ke ibu pejabat adalah
menggunakan minimum 2X2MB leased line (active-
active) atau Metro-E.
W
4.4 Melaksanakan perkhidmatan redundancy/ hybrid
dan bonding ke atas lokasi yang bersesuaian
berdasarkan bilangan pengguna dan tahap
penggunaan.
W
4.5 Penyelesaian yang dicadangkan perlu mengambil
kira mudah untuk pengembangan (contohnya
dengan tambahan kapasiti DSL, leased line/ metro-
E).
W
-
47
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
4.6 Akses pengguna di semua pejabat kepada sumber
ICT MTIB adalah menerusi MPLS VPN.
W
4.7 Internet gateway: Akses internet pengguna ibu
pejabat adalah secara terus. Akses internet
pengguna di pejabat-pejabat lain adalah menerusi
VPN ke ibu pejabat atau menerusi Internet Data
Centre (IDC) yang ditadbir pembekal.
W
5.0 PERKHIDMATAN PROFESSIONAL
5.1 Membekal, menghantar, memasang, menguji, mentauliah
serta menyenggara Firewall, IPS, Web Security, Load
Balancer dan Perkhidmatan Terurus MPLS VPN di MTIB.
W
5.2 Kerja-kerja rekabentuk, pemasangan, konfigurasi,
pengujian, pentauliahan dan khidmat sokongan serta
penyelesaian menyeluruh hendaklah dilaksanakan
menerusi khidmat professional personel-personel
bertauliah (certified) dalam bidang berkenaan.
W
-
48
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
5.3 Menyediakan dokumentasi keseluruhan sistem termasuk
rekabentuk, pelan pelaksanaan dan dokumen berkaitan.
W
6.0 PERKHIDMATAN SOKONGAN DAN PENYENGGARAAN
6.1 Sokongan dan penyelenggaraan hendaklah diberikan
sehingga tempoh jaminan satu (1) tahun selepas
penerimaan akhir (pentauliahan) ke atas semua sistem
perkakasan yang dibekalkan.
W
6.2 Perkakasan dan perisian komputer yang dicadangkan
dan dibekalkan hendaklah boleh disenggarakan dalam
masa satu (1) tahun tersebut. Alat ganti berkenaan
hendaklah boleh diperolehi dalam tempoh tersebut.
W
6.3 Sebarang kerosakan kepada perkakasan dan perisian
semasa tempoh jaminan hendaklah ditanggung
sepenuhnya oleh pihak pembekal.
W
6.4 Semasa dalam tempoh jaminan, jika berlaku kerosakan
kepada perkakasan atau perisian, penyebutharga yag
berjaya hendaklah memberi maklumbalas dalam tempoh
W
-
49
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
tidak melebihi dua (2) jam dari masa menerima laporan
dari MTIB. Tempoh yang diambil untuk membaiki
kerosakan hendaklah tidak melebihi dua (2) jam. Jika
kerosakan tidak dapat dibaiki dalam tempoh berkenaan,
penggantian peralatan hendaklah dilaksanakan atau
menyediakan on-loan item agar pengguna tidak
menghadapi masalah atas kekurangan peralatan
tersebut.
6.5 Selepas tempoh jaminan, penyebutharga hendaklah
bersetuju menjalankan kontrak penyenggaraan jika
dikehendaki oleh MTIB.
W
6.6 Maklumat tambahan yang berkaitan dengan sokongan
dan penyenggaran, jika ada.
W
7.0 LATIHAN (Min. 5 pax)
7.1 Penyebutharga dikehendaki mencadangkan strategi
latihan dan pemindahan pengetahuan/teknologi (TOT)
bersesuaian untuk wargakerja teknikal dan pengguna
W
-
50
BIL SPESIFIKASI TEKNIKAL TARAF
(W/U)
PEMATUHAN
(YA/TIDAK)
KETERANGAN TERPERINCI (WAJIB
DIISI)
MTIB.
7.2 Kursus dan latihan sokongan di pusat latihan bertauliah
dan di MTIB daripada segi teori dan hands-on
berhubung pengurusan dan penggunaan Firewall, Web
Security, Link Load Balancer dan Perkhidmatan Terurus
MPLS VPN (penyelesaian menyeluruh) perlu disediakan
oleh penyebutharga.
W
7.3 Latihan sokongan ini perlu kerana Firewall, Web
Security, Link Load Balancer dan Perkhidmatan Terurus
MPLS VPN tersebut akan dikendalikan oleh personnel
teknikal IT dan wargakerja MTIB.
W
7.4 Penyebutharga perlu menyertakan carta perjalanan
latihan seperti nama, objektif latihan atau kursus,
kandungan, tempoh latihan, bilangan peserta untuk
kursus adalah 5 orang.
W
-
51
Nota:
1) W - Wajib :
Iaitu mesti dipatuhi atau dipenuhi sekurang-kurangnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan TAWARAN yang lebih tidak akan memberi kelebihan dari segi penilaian.
2) U - Umum :
Iaitu mesti dipatuhi atau dipenuhi sekurang-kurangnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan TAWARAN yang lebih akan memberi kelebihan dari segi penilaian.
3) Tanda '*' : Pilih salah satu
-
52
LAMPIRAN 2
JADUAL HARGA
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH
SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD
BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA
(MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Perkara Bil Harga Seunit (RM)
Harga (RM)
1. Perkakasan dan Perisian
a. Firewall, IPS dan Keselamatan Web 1 unit
b. Link Load Balancer 1 unit
Jumlah
2. Perkhidmatan Terurus MPLS VPN
a. WAN HQ (2X 2 MB Leased line) 1lot
b. WAN Wilayah Tengah (3 lokasi) 1lot
Jumlah
3. Perkhidmatan Terurus MPLS VPN
a. WAN Wilayah Utara , Timur, Pahang, Johor dan Sabah (8 lokasi)
1lot
b. IDC (1Mb) 1lot
Jumlah
4. Perkhidmatan dan Lain-lain (sila nyatakan jika ada)
a. Latihan 1lot
b. Perkhidmatan Profesional bagi penyelesaian menyeluruh
1lot
Jumlah
Jumlah Keseluruhan
-
53
LAMPIRAN 3
JADUAL PENGALAMAN PEMBEKAL SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA 1. Sila nyataan kerja dalam tangan atau projek yang masih dikendalikan yang melibatkan nama
organisasi, jenis kerja/ bekalan dan tarikh bekalan. Ringkasan seperti jadual di bawah:
Bil. Jabatan/Agensi Jenis Bekalan Nilai (RM)
Tarikh Bekalan
Pegawai Rujukan Jabatan (Contact
Person)
Nota : Borang ini hendaklah diisi sepenuhnya dan disertakan bersama tawaran sebutharga
-
54
2. Senarai pengalaman kerja-kerja seumpamanya yang telah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) tahun ke belakang.
-
55
LAMPIRAN 4
SENARAI AHLI PASUKAN PROJEK
Penyebutharga hendaklah mengemukakan maklumat berkenaan ahli-ahli pasukan projek ini dengan lengkap. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan Curriculum Vitae (CV) bagi setiap ahli pasukan projek yang disenaraikan di dalam pasukan projek ini.
Bil Nama Personel
Kelulusan Tempoh Pengalaman
Bekerja Dalam
Bidang ICT
Tempoh Pengalaman
Dalam Bidang
Berkaitan
Peranan dan Tanggungjawab Dalam
Projek Ini
1.
2.
3.
4.
-
56
LAMPIRAN 5 SURAT AKAUN PEMBIDA
BAGI
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI,
MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS
SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (SEBUTHARGA BIL: 71/2011)
Saya, nombor K.P. ..yang mewakili (Nama Wakil Syarikat) nombor pendaftaran.... (Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) atau mana-mana individu lain, sebgai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat diatas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, Nama: No. KP: Tarikh: Cop Syarikat:
-
57
LAMPIRAN 6
CONTOH PERJANJIAN
SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH SERTA MENYENGGARA FIREWALL SISTEM PENAPISAN/ KESELAMATAN WEB, LINK LOAD BALANCER DAN PERKHIDMATAN TERURUS SISTEM RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA (MPLS VPN) DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
SATU PERJANJIAN dibuat pada haribulan 2011 di antara . yang beralamat di (kemudian daripada ini disebut sebagai Kontraktor di mana sebutan ini meliputi wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan pemindah-pemindah haknya) bagi satu pihak dengan KERAJAAN MALAYSIA yang diwakili oleh LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA, TINGKAT 13-17, MENARA PGRM, NO. 8, JALAN PUDU ULU, 56100 CHERAS, KUALA LUMPUR. (kemudian daripada ini disebut sebagai Kerajaan) bagi pihak yang satu lagi. BAHAWASANYA Kerajaan bersetuju untuk membeli barang-barang masing-masing mengikut jenis, perihal kadar-kadar dan harga yang dinyatakan dalam Sebutharga MTIB 71/2011, Jadual Harga (kemudian daripada ini disebut Barang-barang) daripada Kontraktor dan Kontraktor dengan ini bersedia dan bersetuju untuk membekal, menghantar, memasang, menguji dan memperaku Barang-barang tersebut kepada Kerajaan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:- PERJANJIAN UNTUK BEKALAN
Adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut:-
1. INTERPRETASI
1.1 Perkataan tapak hendaklah bererti suatu kawasan atau tempat di mana barang-barang itu akan dipasang.
1.2 Perkataan tarikh pemasangan hendaklah bererti tarikh pemasangan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9.1.
1.3 Perkataan penerimaan hendaklah bererti penerimaan barang-barang itu selepas tempoh percubaan minima selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pemasangan.
1.4 Perkataan tarikh penerimaan hendaklah bererti hari di mana Kerajaan mengesahkan secara bertulis yang barang-barang itu diterima.
1.5 Perkataan tarikh penghantaran hendaklah bererti tarikh penghantaran seperti yang dinyatakan dalam Fasal 5.1.
1.6 Perkataan memperaku hendaklah bererti barang-barang itu telah pun diuji dan akhirnya diterima dan siap sedia untuk digunakan oleh Kerajaan.
-
58
2. SPESIFIKASI, HARGA DAN KUANTITI
2.1 Kontraktor akan membekal, menghantar, memasang, menguji dan memperakukan
barang-barang tersebut mengikut spesifikasi, harga dan kuantiti yang ditentukan dalam Sebutharga MTIB 71/2011.
2.2 Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini mestilah barang-barang keluaran semasa, baru dan bebas daripada sebarang kerosakan serta mengikut kehendak-kehendak spesifikasi dan Kontraktor akan mengesahkan semasa menghantar barang-barang tersebut bahawa barang-barang yang telah dibekal adalah barang-barang keluaran semasa, baru dan bebas daripada sebarang kerosakan serta mematuhi kehendak-kehendak spesifikasi di dalam Sebutharga MTIB 71/2011.
3. DEPOSIT CAGARAN
3.1 Kontraktor adalah dikehendaki mengemukakan deposit cagaran yang irrevocable
bernilai Ringgit Malaysia (RM..) iaitu bersamaan dengan 2.5% daripada jumlah sepenuhnya harga Kontrak di dalam bentuk Gerenti Bank daripada bank yang berdaftar dan diluluskan di Malaysia, Deraf Bank atau mana-mana cara yang dipersetujui oleh Kerajaan. Deposit Cagaran ini hendaklah terus menerus berkuatkuasa mulai daripada tarikh Perjanjian ini sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh Kontrak ini tamat. Deposit cagaran ini hendaklah diperbaharui sekiranya Kontrak dilanjutkan dan tempoh sahlakunya hendaklah dua belas (12) bulan selepas tempoh lanjutan itu tamat. Sekiranya Kontrak ini ditamatkan lebih awal maka tempoh sahlakunya hendaklah di dalam tempoh dua belas (12) bulan selepas penamatan tersebut.
3.2 Sekiranya deposit cagaran ini tidak dikemukakan kepada MTIB sepertimana yang dikehendaki di dalam Fasal 3.1. di atas, MTIB mempunyai hak menamatkan Perjanjian ini.
3.3 Nilai deposit cagaran ini adalah tertakluk kepada pembaharuan harga barang-barang.
4. PEMERIKSAAN
4.1 Kontraktor hendaklah membenarkan pegawai-pegawai MTIB memasuki kawasan-kawasan/bangunan-bangunan di mana barang-barang itu sedang diperbuat atau disimpan bagi maksud pemeriksaan, pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pegawai tersebut.
5. PENGHANTARAN
5.1 Barang-barang hendaklah dibekal, dipasang, diuji dan diperakukan di tapak yang disediakan oleh MTIB dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Perjanjian(selepas dari ini disebut tarikh penghantaran).
5.2 Sekiranya tempoh penghantaran telah ditetapkan dan tempoh ini tidak dilanjutkan dengan persetujuan secara bertulis oleh Kontraktor dan MTIB, maka Kontraktor hendaklah membuat penghantaran di dalam tempoh yang ditetapkan.
-
59
6. HAK MTIB APABILA BARANG-BARANG LEWAT DIBEKALKAN
6.1 Sekiranya Kontraktor lewat membekal, menghantar, memasang, menguji dan memperakukan barang-barang tersebut di dalam tempoh yang ditetapkan, MTIB boleh sama ada:- 6.1.1 Menolak barang-barang tersebut dan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal
23; atau 6.1.2 Menolak barang-barang yang dipesan daripada Kontraktor dan membekal
barang-barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain. Dalam hal sedemikian, jika kos memperolehi barang-barang itu daripada punca-punca lain melebihi harga dalam Perjanjian ini, Kontraktor hendaklah membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada Kerajaan; atau
6.1.3 Setujuterima barang-barang tersebut dan Kontraktor akan dikenakan bayaran penalti sebanyak 1% daripada nilai harga Perjanjian itu setiap hari kelewatan sebagai pampasan kepada Kerajaan.
6.2 Sekiranya MTIB menolak barang-barang tersebut seperti yang diperuntukan seperti Fasal 6.1 di atas, Kontraktor hendaklah mengalihkan barang-barang tersebut di dalam tempoh masa satu (1) minggu. Sekiranya barang-barang tersebut tidak dialih dalam tempoh masa tersebut MTIB berhak mengalih barang-barang tersebut dan menuntut kos daripada Kontraktor kerana mengalih barang-barang tersebut.
7. HAK MTIB APABILA BARANG-BARANG GAGAL DIBEKALKAN.
7.1 Sekiranya barang-barang tersebut tidak dibekalkan oleh Kontraktor di dalam tempoh
masa yang ditetapkan, MTIB boleh menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 23 dan seterusnya menuntut gantirugi ke atas apa-apa kerugian yang dialami dan ditanggung oleh MTIB akibat daripada penamatan tersebut.
8. SET OFF/TOLAKAN
8.1 MTIB boleh memotong mana-mana wang yang kena dibayar oleh Kontraktor mengikut
peruntukan dalam Perjanjian ini daripada apa-apa wang yang MTIB terhutang kepada Kontraktor. Jika wang yang Kerajaan terhutang kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan MTIB, MTIB boleh menuntut baki wang itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran selewat-lewatnya sebulan selepas menerima notis tuntutan itu.
9. PEMASANGAN
9.1 Tarikh pemasangan barang-barang tersebut adalah tarikh barang-barang yang dipasang beroperasi dan berfungsi dengan baik dan lancar mengikut kehendak-kehendak spesifikasi yang ditetapkan oleh MTIB. Untuk tujuan fasal ini Kerajaan adalah berhak menentukan sama ada barang-barang tersebut disifatkan telah beroperasi dan berfungsi dengan baik dan lancar.
9.2. Kontraktor akan memberi nasihat dan bantuan di dalam tempoh yang bersesuaian sebelum tarikh pemasangan bagi membolehkan MTIB menyediakan tapak dan suasana yang sesuai untuk tujuan pemasangan barang-barang tersebut.
-
60
9.3. Kontraktor dan MTIB akan bersama-sama memeriksa tapak berkenaan. Kontraktor akan memaklumkan kepada Kerajaan jika apa-apa perubahan perlu dibuat kepada tapak tersebut.
9.4. MTIB akan membenarkan Kontraktor, tertakluk kepada keperluan keselamatan, memasuki tapak dan Kontraktor akan dengan perbelanjaan sendiri memasang barang-barang tersebut ditapak dan membuat kerja-kerja yang berkaitan bagi memastikan barang-barang tersebut beroperasi dan berfungsi dengan baik dan lancar.
10. PENERIMAAN
10.1. Kontraktor akan membenarkan MTIB menggunakan barang-barang tersebut untuk percubaan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh pemasangan. Sekiranya di dalam tempoh percubaan tersebut barang-barang tersebut beroperasi dan berfungsi mengikut spesifikasi di dalam Perjanjian ini, barang-barang tersebut akan diterima oleh MTIB.
10.2. Sekiranya barang-barang tersebut gagal memenuhi tahap perjalanan selepas tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pemasangan, MTIB berhak menambah tempoh percubaan tersebut atau menuntut penggantian barang-barang tersebut atau menamatkan Perjanjian ini. Sekiranya barang-barang tersebut dipulangkan kepada Kontraktor, Kontraktor akan menanggung kos-kos yang berkaitan.
10.3. Tarikh penerimaan akan diakui oleh MTIB secara bertulis (selepas dari ini disebut tarikh penerimaan).
11. PEMBAYARAN
11.1. Jumlah harga Perjanjian ini sepertimana yang ditetapkan dalam sebutharga MTIB 71/2011, Jadual Harga hendaklah termasuk kos-kos penghantaran, pemasangan, pengujian dan perakuan di tapak yang ditetapkan oleh Kerajaan dan ianya juga adalah termasuk semua cukai-cukai yang berkaitan.
11.2. Pembayaran barang-barang tersebut akan dibuat oleh MTIB dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh penerimaan dari invois diterima daripada Kontraktor.
12. PERUBAHAN TERHADAP SPESIFIKASI-SPESIFIKASI YANG DIKEHENDAKI
12.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari masa ke semasa spesifikasi-spesifikasi yang terkandung
di dalam Perjanjian ini. Mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh MTIB. barang-barang yang
dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
12.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran atau perubahan ke atas tempoh pengeluaran dan penghantaran maka harga Perjanjian dan masa
penyerahan bagi barang-barang yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan
persetujuan kedua-dua pihak.
-
61
13. PAMPASAN
13.1 Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada MTIB daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan, belanja, gantirosak, tanggungan, kerugian dan pembicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat yang langsung atau tidak langsung dari perlanggaran Perjanjian ini oleh Kontraktor.
13.2 Kontraktor hendaklah memberi pampasan kepada MTIB terhadap apa-apa juga tindakan tentang perlanggaran Surat Jaminan Hak atau Rekabentuk Berdaftar (yang disiarkan pada tarikh Perjanjian ini) kerana mengguna atau menjual mana-mana juga Barang-barang atau bahan yang dibekalkan oleh Kontraktor di bawah Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak yang MTIB mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran itu atau yang Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu.
14. RISIKO TERHADAP KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN BARANG-BARANG
14.1 Kontraktor akan dengan perbelanjaan sendiri menginsurankan barang-barang tersebut daripada risiko terhadap kehilangan atau kerosakan barang-barang untuk tempoh sebelum tarikh penerimaan.
14.2 MTIB akan bertanggungjawab untuk semua risiko terhadap kehilangan atau kerosakan ke atas barang-barang tersebut selepas tarikh penerimaan.
15. HAK KE ATAS BARANG-BARANG
15.1 Kontraktor mempunyai hak ke atas barang-barang tersebut sehinggalah keseluruhan harga barang-barang berkenaan dibayar oleh MTIB.
15.2 Selepas pembayaran keseluruhan harga barang-barang tersebut, MTIB akan mempunyai hak ke atas barang-barang tersebut bebas daripada sebarang tuntutan (lien) dan halangan (encumbrances).
16. WARANTI
16.1 Kontraktor memberi jaminan bahawa barang-barang tersebut akan berfungsi dan beroperasi mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta menjamin bahawa barang-barang tersebut adalah bebas daripada sebarang kerosakan bahan (materials), mutu hasil kerja (workmanship) dan pelan (design).
16.2 Tempoh waranti bagi barang-barang tersebut adalah dua belas (12) bulan mulai dari tarikh penerimaan.
16.3 Sekiranya dalam tempoh waranti tersebut MTIB mendapati bahawa prestasi barang-barang tersebut tidak memuaskan atau rosak dan ianya bukan disebabkan kecuaian MTIB, Kontraktor hendaklah membaiki dan jika perlu mengganti mana-mana alat atau alat-alat yang tidak berfungsi dengan memuaskan dalam tempoh waranti tersebut tanpa apa-apa bayaran tambahan. Laporan-laporan mengenai kerosakan itu termasuk kerja-kerja pembaikan dan penggantian hendaklah dikemukakan kepada MTIB.
16.4 Kontraktor adalah dikehendaki di dalam tempoh waranti ini membuat servis penyelenggaraan berjadual dan penyelenggaraan dari masa ke semasa setelah diberitahu oleh MTIB apabila berlakunya kerosakan.
-
62
16.5 Sekiranya Kontraktor gagal membaiki atau mengganti barang-barang yang tidak berfungsi dengan memuaskan, maka MTIB boleh sama ada:- a) Mendapatkan mana-mana orang berkelayakan bagi membaiki barang-barang
tersebut atau membaiki peralatan barang-barang itu di mana semua kos yang dikenakan bagi tujuan tersebut hendaklah ditanggung oleh Kontraktor; atau
b) Memulangkan barang-barang tersebut dan Kontraktor hendaklah membayar denda, pampasan dan kos-kos yang terlibat dengan pemulangan tersebut; atau
c) Menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 23. 16.6 Tempoh waranti tiap-tiap bahagian atau peralatan yang diganti atau diperbaiki oleh
Kontraktor akan disambung selama dua belas (12) bulan lagi bermula dari tarikh penggantian atau pembaikan tersebut.
16.7 Waranti yang diperuntukan di dalam Fasal ini tidak menghalang MTIB daripada menggunakan lain-lain waranti yang wujud melalui kuatkuasa undang-undang.
17. LATIHAN PENGENDALIAN
17.1 Kontraktor hendaklah apabila dikehendaki oleh MTIB memberi latihan kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang mana tempat, jangkamasa dan bilangan pegawai-pegawai akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
17.2 Kontraktor hendaklah dalam masa latihan tersebut mengajar pegawai-pegawai Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan, penyelenggaraan dan
cara-cara memperbaiki barang-barang tersebut tanpa mengenakan apa-apa bayaran.
18. PERBELANJAAN PERJALANAN DAN LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN
18.1 Kontraktor akan mengadakan tenaga kerja dan menanggung semua perbelanjaan perjalanan dan lain-lain kos yang berkaitan di dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini.
19. IKLAN
19.1 Iklan-iklan mengenai Perjanjian ini tidak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau lain-lain cara pengiklanan tanpa kelulusan bertulis daripada MTIB.
20. PEMAJAKAN DAN SUB KONTRAK
20.1 Kontraktor tidak boleh memajak atau mengsubkontrak Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada MTIB.
21. PEMBERIAN MILIK
-
63
21.1 Kontraktor tidak boleh memberi milik Perjanjian ini atau mana-mana bahagiannya atau memberi milik, menggadai janji, menggadai atau mempertanggungkan apa-apa juga daripada wang yang kena dibayar atau yang telah genap masanya untuk dibayar di bawah Perjanjian ini dan apa-apa faedah yang terlibat dari atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada MTIB.
22. FORCE MAJEURE
22.1 Tiada pihak yang bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan obligasi-obligasi di bawah Perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan seperti rusuhan, kekacauan awam, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab atau bahaya-bahaya seumpama yang di luar kawalan mana-mana pihak. Dalam keadaan sedemikian, mana-mana pihak yang terlibat dengan force majeure ini hendaklah memberitahu pihak yang satu lagi dengan kadar yang segera sebab-sebab ketinggalan atau kegagalan tersebut dan seterusnya meminta satu penambahan masa diberikan bagi melaksanakan obligasi-obligasi di bawah Perjanjian ini.
23. PENAMATAN PERJANJIAN
23.1 MTIB boleh dengan memberi empat belas (14) hari notis bertulis kepada Kontraktor menamatkan Perjanjian ini jika:-
23.1.1 Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang terdapat di dalam Perjanjian ini; atau
23.1.2 Kontraktor meluluskan suatu ketetapan, atau mahkamah membuat satu perintah bahawa syarikat itu digulung (bukan sesuatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan), atau jika seorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang si pemiutang dilantik, atau jika timbul keadaan-keadaan memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan; atau
23.1.3 MTIB mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau berpindah bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukan perbuatan rasuah atau melibatkan diri di dalam aktiviti yang salah disisi undang-undang.
23.2 Dengan penamatan Perjanjian ini apa-apa wang yang telah dibayar oleh MTIB kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini akan dikembalikan oleh Kontraktor kepada MTIB.
23.3 Penamatan Perjanjian ini oleh MTIB tidak akan melepaskan Kontraktor daripada obligasi-obligasinya di bawah Perjanjian ini atau daripada apa-apa bayaran yang tertunggak (jika ada) pada tarikh penamatan tersebut.
23.4 Walau apapun yang tersebut di dalam Fasal 23.1 di atas, MTIB adalah sentiasa berhak menamatkan Perjanjian ini tanpa memberikan apa-apa sebab dengan memberikan tiga puluh (30) hari notis bertulis kepada Kontraktor.
24. RAMPASAN DEPOSIT CAGARAN
-
64
24.1 Sekiranya Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini atau sekiranya Kerajaan menamatkan Perjanjian ini mengikut Fasal 23.1, deposit cagaran seperti yang disebut di dalam Fasal 3 atau apa-apa bahagian daripadanya yang MTIB fikirkan patut bolehlah dirampas oleh MTIB.
25. PINDAAN-PINDAAN
25.1 Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
26. NOTIS
26.1 Jika menurut peruntukan-peruntukan di dalam Perjanjian ini, satu notis diperlukan, ia hendaklah diberi secara bertulis dan dihantar dengan pos berdaftar atau diserahkan dengan tangan ke alamat seperti berikut:-
Untuk MTIB:
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA,
TINGKAT 14, MENARA PGRM,
NO.8, JALAN PUDU ULU,
CHERAS, P.O. BOX 10887,
50728 KUALA LUMPUR.
Untuk Kontraktor:
27. UNDANG-UNDANG
27.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang Malaysia.
28 DUTI SETEM
28.1 Apa-apa duti setem yang harus dibayar berkenaan dengan Perjanjian ini akan ditanggung oleh Kontraktor.
29. Dokumen-dokumen berikut hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca serta
-
65
ditafsirkan sebagai penting daripada Perjanjian ini, iaitu:-
(a) Dokumen No. Sebutharga MTIB Bil. 71/2011 (b) Syarat-Syarat Am dan Lain-Lain Syarat (c) Jadual Harga (d) Spesifikasi Peralatan (e) Surat Setuju Terima Tawaran (f) Jaminan Bank
PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meterai mereka pada hari dan tahun yang mula-mula tertulis di atas.
Ditandatangani oleh.)
....) .
Untuk dan bagi pihak KONTRAKTOR ) (T/tangan Pegawai Yang Diberi Kuasa)
No. K/P:..)
Jawatan Rasmi:..)
Meteri/Cop Syarikat: Di hadapan: Nama:..)
No. K/P:..) ....... (T/tangan Saksi)
Jawatan Rasmi:..)
Ditandatangani oleh..)
..) ..
Untuk dan bagi pihak MTIB ) (T/tangan Pegawai Yang Diberi Kuasa)
No. K/P:.)
Jawatan Rasmi:.)
Di hadapan: Nama:...)
No. K/P:...)
(T/tangan Saksi)
Jawatan Rasmi:.)
Alamat:..) ...)
-
66
Lampiran 7 CONTOH
BORANG JAMINAN BANK UNTUK BON PELAKSANAAN
(KONTRAK BEKALAN)
Sebagai balasan kepada Kontrak No. yang dibuat antara MTIB, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai MTIB) dan .., (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Kontraktor) bagi Memberi Perkhidmatan Sokongan Dan Penyelenggaraan Untuk Peralatan Dan Perisian Rangkaian Di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Wilayah Persekutuan Putrajaya, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Kontrak) kami yang bertandatangan di bawah, (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Penjamin) atas permohonan Kontraktor, mengaku janji yang tak boleh batal untuk memberi Jaminan kepada Kerajaan ke atas pelaksanaan yang sepatutnya Kontrak tersebut mengikut cara sebagaimana yang terdapat kemudian daripada ini. MAKA Penjamin dengan ini bersetuju dengan MTIB seperti berikut: 1. Apabila MTIB membuat tuntutan bertulis, maka Penjamin hendaklah dengan serta merta membayar kepada MTIB nilai yang ditentukan di dalam tuntutan tersebut tanpa mengira sama ada terdapat apa-apa bantahan atau tentangan daripada Kontraktor atau Penjamin atau mana-mana pihak Ketiga yang lain dan tanpa bukti atau bersyarat. Dengan syarat sentiasanya bahawa jumlah tuntutan yang dibuat tidak melebihi sebanyak Ringgit Malaysia . (RM..) dan bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan di bawah Perjanjian ini tidak melebihi nilai tersebut di atas. 2. MTIB berhak untuk membuat apa-apa tuntutan separa jika dikehendakinya dan jumlah kesemua tuntutan separa itu hendaklah tidak melebihi nilai Ringgit Malaysia . (RM) dan liabiliti Penjamin untuk membayar kepada MTIB jumlah yang disebutkan terdahulu hendaklah dikurangkan dengan perkadaran yang bersamaan dengan apa-apa bayaran separa yang telah dibuat oleh Penjamin. 3. Penjamin tidak boleh dibebaskan atau dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang
perkiraan yang dibuat antara Kontraktor dan MTIB sama ada dengan atau tanpa persetujuan
Penjamin atau oleh sebarang perubahan tentang kewajipan yang diaku janji oleh Kontraktor
atau oleh sebarang penangguhan sama ada dari segi pelaksanaan, masa, pembayaran atau
sebaliknya.
4. Jaminan ini adalah Jaminan yang berterusan dan tak boleh batal dan berkuat kuasa sehingga (kemudian daripada ini disebut Tarikh Mati Asal) (Initial Expiry Date) iaitu dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat Kontrak atau selepas penghantaran terakhir mengikut mana yang terkemudian atau di dalam keadaan di mana Kontrak dibatalkan, satu (1) tahun selepas tarikh Kontrak dibatalkan. Penjamin hendaklah melanjutkan Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) Jaminan ini untuk tempoh tambahan selama tidak melebihi satu (1) tahun daripada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) (kemudian daripada ini disebut Tarikh Mati Lanjutan) (Extended Expiry Date) apabila diminta oleh MTIB dan Jaminan ini adalah dengan ini dilanjutkan. Jumlah agregat maksimum yang Kerajaan
-
67
berhak di bawah Perjanjian ini mestilah sentiasa dipastikan tidak melebihi jumlah Ringgit Malaysia (RM.). 5. Apa-apa tanggungjawab dan tanggungan Penjamin di bawah Perjanjian ini hendaklah
luput apabila Perjanjian ini tamat pada Tarikh Mati Asal (Initial Expiry Date) atau Tarikh Mati
Lanjutan (Extended Expiry Date) melainkan jika sebelumnya Kerajaan telah meminta secara
bertulis kepada Penjamin untuk membayar sejumlah wang tertentu yang masih belum
dijelaskan mengikut peruntukan kontrak.
6. SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN JAMINAN INI, JIKA ADA, MESTILAH DITERIMA OLEH
top related