ebook surah al-fatihah
Post on 09-Dec-2015
307 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kami mengharapkan manfaat ebook ini
tersebar.
Mohon kerjasama anda untuk berkongsi
dengan rakan anda yang lain melalui
email atau kongsikan pautan untuk
mereka muat turun ebook ini.
Ebook ini ialah sebahagian kandungan yang dibincangkan dalam program PERMATA al-QURAN.
Layari www.akademisinergi.com
Formula B5KB
1. Bismillah setiap kali memulakan pekerjaan
2. Bersyukur atas setiap pencapaian
3. Berfikir positif kepada Sang Pencipta
4. Berorientasi Akhirat
5. Beribadah dan berdoa
6. Konsisten dalam komitmen
7. Bercermin
Mukadimah Pengarang
“Selaku seorang muslim, saya sangat meyakini bahwa firman Allah SWT adalah sumber berpijak yang paling kokoh dalam merumuskan idea-idea besar buat pembaikan nurani manusia.” Ustaz Harjani Hafni
al-Fatihah Untuk Orang yang Hidup
Dalam teori komunikasi, hal yang selalu diulang-ulang biasanya dengan mudah menjadi kebiasaan (habit), namun untuk Al Fatihah, kebanyakan kita hanya membacanya di lidah tanpa meninggalkan pengaruh sama sekali—apalagi menjadi kebiasaan. Atau yang lebih disayangkan, Al Fatihah lebih sering dibacakan untuk orang mati sementara surat ini Allah turunkan untuk orang hidup.
al-Fatihah amat hebat
Diriwayatkan oleh Tirmidzi, Rasulullah bersabda, “Allah tidak pernah menurunkan di dalam Taurat maupun Injil seperti Ummul Quran. Ia adalah tujuh ayat yang berulang (assab’ul matsani), ia terbagi dua, antara Allah dengan hamba-Nya, dan bagi hamba-Nya tergantung apa yang dia minta.”
Tabiat 1: Bismillah setiap kali memulakan pekerjaan
Tambahan Memulai setiap pekerjaan dengan bismillah merupakan kunci kebiasaan pertama. Mereka yang selalu memulai pekerjaan dengan bismillah tak akan pernah melakukan perbuatan buruk.
Muslim mana yang mahu membaca bismillah sebelum korupsi, mencuri, menghisap ganja, minum alkohol, berzina, menonton pornografi?
Maka, dengan komitmen membaca bismillah setiap awal kerja mampu menjadi perisai pertama menjauhi dosa.
Tabiat 1
Mulakan sesuatu kerja dengan basmallah
حمن للا بسم حيم الر الر Satu amalan yang kita dapat lakukan daripada ayat di atas adalah sentiasa mulakan sesuatu kerja dengan membaca للا بسم
Banyak kebaikan yang sering dikaitkan dengan membaca للا بسم ketika mahu memulakan sesuatu kerja, antaranya adalah kerja
tersebut akan dimudahkan oleh Allah swt dan sebagainya. Namun, hikmah yang paling utama dalam membaca للا بسم
bukanlah mengharapkan kerja kita dimudahkan Allah, kerana boleh jadi, walaupun kita telah membaca للا بسم , kerja yang kita
lakukan itu tetap terasa susah. Hal ini kerana apa yang kita rasa sebagai mudah tidak sama dengan apa yang Allah telah
mudahkan bagi kita.
Contohnya, apabila kita pergi ke temu duga, yang mudah bagi kita adalah selepas temu duga, kita mendapat pekerjaan
tersebut. Maka dengan membaca للا بسم , kita pun melangkah masuk ke bilik temu duga. Namun keputusan akhirnya, kita
tidak mendapat jawatan yang kita mahukan itu. Kemudian kita terpaksa bersusah payah mencari peluang lain lagi, adakah
pada waktu itu, kita rasa Allah telah menyusahkan kita? Hakikatnya tidak, boleh jadi, jika kita kerja di situ, kita terpaksa
terikat dengan beban kerja sehingga kehidupan kita menjadi tidak teratur di kemudian hari. Semua itu adalah rahsia yang
hanya diketahui Allah.
Tabiat 1
Atau, boleh sahaja memang Allah sengaja tidak memberi kemudahan terhadap kerja-kerja kita atas kehendak dan hikmahNya.
Mungkin untuk melatih kita menjadi lebih matang dan gigih berusaha. Semua itu adalah hikmahNya yang tidak dapat kita
sangkal.
Maka mengharapkan kemudahan dalam sesuatu kerja hasil membaca للا بسم bukanlah satu keutamaan. Meletakkan
pengharapan itu tidak salah, tetapi ianya bersifat eksternal, bergantung kepada kehendakNya sama ada mahu menunaikan
hajat kita pada waktu itu atau tidak. Bahkan, jika tidak kena caranya, kita mungkin tertipu dengan syaitan sehingga kita rasa
Allah berhutang dengan kita kerana kita telah membaca للا بسم .
Sebaliknya, membaca للا بسم ketika mahu memulakan satu kerja adalah justifikasi kita terhadap diri sendiri bahawa kita ini
adalah makhluk yang hidup bertuhankan Allah. Kadang kala, kita terlalai, dalam kita beragama jadi tidak bertuhankan Allah.
Maka semasa kita menyokong perjuangan Palestin contohnya, kita mencarut di laman sosial. Semasa kita belajar agama,
kita kafirkan orang lain. Semasa kita solat, kita mengumpat imam kerana bacaannya tidak sedap!
Tabiat 1
Maka للا بسم adalah peringatan kepada diri kita sendiri, apa yang kita mahu lakukan adalah perbuatan seorang hamba yang
bertuhankan Allah. Allah yang Maha Melihat. Allah yang Maha Mendengar. Allah yang Maha Dekat. Apa saja pekerjaan
yang kita lakukan adalah sebagai tanggungjawab seorang hamba kepada Penciptanya. Jika tidak kerana Allah, kita tidak
akan melakukan pekerjaan tersebut. Pergi temu duga, kerana kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba
Allah. Menyiapkan tugasan di pejabat, kerana tanggungjawab kita kepada Allah. Maka jadilah kita sebagai hamba yang
sentiasa beribadah kepadaNya. Sama ada pekerjaan kita itu mudah ataupun susah, kita dalam sentiasa bertuhankan Allah.
Tabiat 2: Bersyukur atas segala nikmat
“Menakjubkan sekali perkara orang mukmin itu,” ucap Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan Muslim,
“bahwa perkara mereka seluruhnya adalah baik. Hal ini tak akan dimiliki siapapun kecuali orang mukmin. Jika
kebaikan mendatangi, mereka bersyukur; hal tersebut baik buat mereka. Dan jika keburukan menghampiri,
mereka bersabar; itupun baik buat mereka.”
Mindset ini jauh lebih hebat dari think win win oleh Stephen R Covey. Untuk berbahagia tentunya menuntut
alasan yang kuat dan logis. Mereka yang beriman saja yang memiliki alasan berpikiran sebenar-benar think win
win, sebab, mereka percaya pada setiap kebaikan bahkan keburukan, selalu ada peluang menang (win).
Malah win-win utama ialah dengan ‘memenangkan’ Allah pada dia dan saya.
Tabiat 2
Syukuri segala nikmat
العالمين رب لل الحمد Amalan harian yang wajar kita teladani daripada ayat di atas adalah berusaha mensyukuri segala nikmat dalam hidup kita. Syukur
adalah satu perbuatan yang mudah untuk diungkapkan tetapi lazimnya sukar untuk diamalkan. Kesukaran ini berpunca daripada
sukarnya kita untuk melihat satu-satu nikmat.
Sebagai contoh, seorang petani dalam perjalanan pulang daripada sawah, berjalan di atas batas diikuti oleh isterinya
bersama-sama 5 orang anak-anaknya. Petani itu membawa beberapa ekor ikan keli yang baru sahaja ditangkap di
sawahnya tadi. Dalam perjalanan, matanya melihat sebuah kereta Mercedes yang sedang dipandu di atas jalan raya. Dalam
kereta tersebut ada seorang lelaki yang seusia dengannya di tempat duduk belakang. Ada budak anak lelaki dalam kereta
sedang main telefon pintar. Di sebelah lelaki itu ada seorang perempuan yang cantik. Kereta Mercedes itu dipandu seorang
pemandu yang berpakaian kemas.
Tabiat 2
Dalam hati petani itu, dia berkata, “untungnya jadi orang kaya macam itu, tak macam aku, miskin. Nak ke mana-mana pun ada
orang hantar, kereta pun berbumbung, mesti sejuk je dalam tu ada aircond. Aku naik basikal buruk je. Isterinya pun cantik,
bulu mata lentik, rambut ikal maya, kulit putih melepak, pinggang ramping. Isteri aku ni muka pun masam, kulit gelap asyik
bersidai tengah panas, badan pun besar. Tengok anak dia, senyap je buat kerja sendiri, anak pun sorang, senang nak jaga.
Anak aku, dah la berderet-deret, selalu buat bising pulak tu, aku nak rehat pun susah.”
Lelaki dalam kereta itu juga memerhatikan petani itu. Dalam hati, dia berkata, “untung jadi macam petani tu, beras dapat
makan fresh, ikan keli tu pun mesti baru tangkap, balik tu karang mesti isteri dia masak lemak. Aku nak makan masakan
isteri aku, sebulan sekali pun belum tentu, sibuk memanjang dengan persatuan dia. Menghadap lauk bibik je la. Anak dia tu
sampai lima orang, tu baru betul ada anak. Isteri aku tak nak lebih daripada satu, nak jaga body. Dah la tu, asyik berkepit
dengan iphone. Anak-anak petani tu, mesti lasak-lasak belaka, boleh tangkap ikan, panjat pokok, barulah gaya anak lelaki.”
Tabiat 2
Dua-dua tidak bahagia. Jadi orang miskin tak bahagia, jadi orang kaya pun tak bahagia. Sebabnya, gagal mata kedua-dua
mereka untuk melihat nikmat yang ada pada diri masing-masing tetapi mata mereka sibuk melihat nikmat apa yang mereka
tiada.
Maka, untuk berbahagia dengan hidup, kena sentiasa bersyukur. Untuk mampu bersyukur, maka mata kita mesti mampu
melihat nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Kita dapat membaca buku ini adalah kerana limpahan beberapa nikmat
daripada Allah. Kita dapat baca buku ini kerana kita boleh melihat dan pandai membaca. Kita juga dapat membaca dan
memahami kandungan buku ini kerana kita ada kemahiran kognitif. Di samping itu, kita dapat membaca sekarang kerana
kita ada masa untuk membacanya dan kita masih hidup. Berapa ramai agaknya orang lain yang mahukan nikmat-nikmat
tersebut, tetapi Allah kurniakan kepada kita? Maka bukankah sewajarnya kita bersyukur dan berbahagia dengan kehidupan
kita sekarang?
لشديد عذابي إن كفرت م ولئن لزيدنك م شكرت م لئن ربك م تأذن وإذ “Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi
nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
Tabiat 3: Berfikir positif terhadap Allah SWT.
Seorang yang mengimani Allah sebagai Yang Maha Pengasih dan Penyayang tidak akan berpikiran negatif juga pesimis. Meyakini ayat ini
secara benar akan membawa kita untuk tetap optimis. Pada bab ini, penulis memberikan 6 tips berpikiran positif yang mampu membawa
kita menjadi pribadi proactive, yaitu:
1. Latih diri membaca kasih sayang Allah di sekitar kita.
2. Latih jiwa menghadapi kehilangan atau kepergian seseorang.
3. Tanamkan keyakinan bahwa dalam kesulitan ada kemudahan.
4. Hilangkan penyakit-penyakit mental yang menghalang kemajuan.
5. Baca kelebihan yang ada pada diri.
6. Jangan ragu; bertawakkallah kepada Allah.
Tabiat 3
Positifkan fikiran terhadap Allah
حمـن حيم الر الر Dalam ayat ini, Allah memperkenalkan kepada kita bahawa Dia adalah ar-Rahman dan ar-Rahim. Tuhan yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Pengajaran penting dalam ayat ini adalah kita mestilah sentiasa berfikiran positif terhadap Allah. Segala
apa yang berlaku dalam hidup kita, sama ada yang kita rasa susah ataupun senang, adalah tidak lain tidak bukan, tanda kasih
sayang Allah.
Tabiat 3
Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas daripada banyak dugaan dan cabaran. Contohnya, kita mahu balik ke kampung,
dalam perjalanan, kereta rosak dan perlu dihantar ke bengkel beberapa hari. Duit terpaksa dibelanjakan, hasrat balik ke
kampung terpaksa dibatalkan. Pada pandangan kasar, ianya adalah satu keburukan, sudahlah terpaksa batalkan balik
kampung, duit pula terpaksa dibelanjakan. Namun, hakikatnya, pada hikmah Allah, itu adalah satu bentuk kasih sayang
kepada kita. Boleh jadi jika perjalanan diteruskan, kita akan kemalangan jalan raya. Boleh jadi lebih banyak duit yang
terpaksa dikeluarkan untuk membaiki kerosakan akibat kemalangan tersebut.
Ibaratnya, jika kita mempunyai bayi kecil. Bayi kita terjumpa sebatang pen atas lantai, dikutipnya pen tersebut dan mahu
dimasukkan ke dalam mulut. Sebagai ibu bapa yang penyayang, kita akan halang bayi kita daripada memasukkan pen
tersebut dalam mulut kerana bimbang tercekik, terluka, dan pelbagai mudarat lagi yang boleh kita jangkakan. Begitulah
Allah mengaturkan kehidupan kita. Kadangkala kita ada cita-cita besar yang mahu dicapai, tetapi terdapat halangan-
halangan yang Allah datangkan, sedangkan cita-cita itu adalah cita-cita yang baik. Tetapi kita kena sentiasa konsisten
dalam memikirkan bahawa semua halangan tersebut adalah kasih sayangNya.
Tabiat 3
Janganlah kita menjadi seperti golongan yang dinyatakan dalam ayat berikut:
ا أكرمن ربي فيق ول ونعمه فأكرمه ربه ابتاله ما إذا اإلنسان فأم
ا أهانن ربي فيق ول رزقه عليه فقدر ابتاله ما إذا وأم “Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia
tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku! Dan
sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta
merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!”
(al-Fajr, 89:15-16)
Tabiat 4: Berorientasi akhirat.
Inilah kebiasaan begin with the end of mind yang sesungguhnya. Membina legasi. Hal apa lagi yang menjadi lebih akhir berbanding akhirat?
Berorientasi akhirat memberikan kita kesedaran tentang terbatasnya hidup, singkatnya dunia, menjauhi panjang angan-angan, memperbanyak ingat kematian, mengoptimumkan usia muda, memanfaatkan waktu sihat dan senggang, memperhatikan kondisi iman, teliti terhadap rezeki, giat menggali ilmu, mewaspadai dosa dan fokus kepada satu dari dua pilihan saja: syurga atau neraka.
Tabiat 4
Hidup berorientasikan akhirat
ين يوم مالك الد Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa Allah adalah penguasa hari akhirat. Pada waktu itu, tidak ada lagi sesiapa pun
yang berkuasa dan mampu memberi apa-apa kebaikan ataupun mudarat kecuali Allah. Kita wajar mengambil iktibar daripada
ayat tersebut bahawa kita sebagai Muslim, hendaklah hidup berorientasikan alam akhirat. Hidup dengan berorientasikan alam
akhirat mempunyai hikmah yang sangat besar dalam hidup kita di dunia ini, terutamanya dalam memberi sumber kekuatan dalam
menghadapi fitnah yang pelbagai.
Bayangkan, ada seorang pembunuh yang telah membunuh 100 orang kanak-kanak di kejiranan kita. Selepas disabitkan
kesalahan di mahkamah, dia akan dijatuhkan hukuman. Apakah hukuman yang kita rasa berpatutan pada seorang
pembunuh kejam seperti itu? Di akhirnya, pembunuh tersebut cuma dapat dibunuh sekali sahaja di dunia ini, sedangkan dia
telah membunuh 100 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Keadilan tersebut tidak lain tidak bukan hanya akan dapat
didapati jika kita yakin akhirat adalah tempat Tuhan yang Maha Adil menjalankan keadilanNya yang hakiki.
Tabiat 4
Hidup di dunia ini, kita tak akan dapat lari daripada dizalimi ataupun ditindas. Ada masanya kita tidak mendapat keadilan
seperti yang sepatutnya. Namun, dengan hidup berorientasikan akhirat, kita tahu, di hujungnya, kita pasti mendapat
pembelaan pada hari tiada siapa pun yang dapat menindas kita. Hidup berorientasikan akhirat akan sentiasa memberi
harapan kepada kita untuk tidak berputus asa dengan fitnah dunia.
Hidup berorientasikan akhirat juga bukan bermaksud meninggalkan kehidupan di dunia ini. Jika kita hidup berorientasikan
akhirat, kita patut tahu mereka yang telah dijamin kehidupan di syurga bukanlah orang yang hidupnya di dunia ini biasa-
biasa. Mereka adalah Rasulullah sallallahu alayhi wassalam dan para sahabat radiallahu anhum. Pada waktu mereka hidup,
mereka adalah individu-individu yang berperanan dalam komuniti mereka. Maka, jika kita mahu ditempatkan bersama
mereka di akhirat kelak, kita juga mestilah hidup dengan berperanan di dunia ini. Kitalah yang sepatutnya ke depan
menyumbang kepada masyarakat dan berperanan memimpin ummah.
Tabiat 5: Beribadah dan berdoa.
Ibadah dan doa merupakan jalan terbaik yang membawa kebahagiaan. Kebahagiaan, sebagaimana telah umum ketahui, tidak terletak pada materi, namun di hati. Dan, Allah-lah yang membolak-balikkan hati manusia. Maka, memperbanyak mengingatnya benar-benar menenangkan hati.
Tabiat 5
Berbahagia dengan ibadah dan doa
نستعين وإياك نعب د إياك Ayat di atas adalah ungkapan yang selayaknya bagi kita sebagai seorang hamba kepada Allah sebagai Tuhan, iaitu “hanya
kepadaMu aku beribadah dan hanya kepadaMu aku berdoa”.
Sebagai manusia, adalah menjadi fitrah kita untuk bertanya, apakah tujuan hidup kita? Persoalan ini penting kerana ianya
akan menentukan arah tuju kehidupan kita. Tanpa arah tuju yang jelas, kehidupan kita hakikatnya tidak bermakna dan kita
tidak akan menemui kebahagiaan hakiki. Hal ini kerana masa dan tenaga kita akan disia-siakan untuk mengejar perkara
diingini nafsu kita semata-mata. Nafsu akan menjadi agama. Kita akan terpesona dengan sedikit kegembiraan, tetapi
hakikatnya kita tidak akan ketemui kebahagiaan.
Tabiat 5
Perkara inilah yang telah diterangkan oleh Allah dalam al-Quran:
ي رجع و وإليه وكرها طوعا والرض السماوات في من أسلم وله يبغ ون الل دين أفغير “Patutkah sesudah itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di
langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.”
(Al-Imran, 3: 83)
Maka, bahagiakan hidup kita dengan ibadah dan doa kepada Allah, kerana kedua-dua itulah bukti kita ini hidup sebagai hamba.
Kerana mengabdikan diri kepadaNya adalah tujuan hidup kita. Dengan itu, kita akan menemui kebahagiaan yang hakiki seperti
yang difirmankan oleh Allah:
بذكر ق ل وب ه م وتطمئن ءامن وا الذين بذكر أل الل الق ل وب تطمئن الل “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan dzikrullah itu, tenang
tenteramlah hati manusia.”
(Ar-Ra’d, 13:28)
Tabiat 6: Konsisten dalam komitmen.
Meminta hidayah membawa kesan untuk menjaganya juga. Bab ini memberikan beberapa kaedah merawat hidayah: [1] Meluruskan akidah, [2] Interaksi dengan Quran dan perbanyak dzikir, [3] Meningkatkan mutu ibadah, [4] Sinergi dengan dakwah, tarbiyah, kisah perjuangan para Nabi dan meminta nasihat orang
shaleh; [5] Memiliki lingkungan yang baik, [6] Ber-Islam yang wasath(pertengahan) dan [7] Mengenali segala penyakit yang merusak hidayah. Pada akhirnya, mereka yang terbiasa merawat hidayah akan terbiasa pula untuk konsisten
dalam setiap komitmen.
Tabiat 6
Istiqamah dengan hidayah
راط اهدنــــا ستقيم الص الم Dalam ayat di atas, kita memohon kepada Allah untuk memberikan hidayah supaya kita dapat berada pada jalan yang lurus
(siratul mustaqim). Namun, untuk terus istiqamah dengan hidayah tersebut memerlukan satu mujahadah yang besar. Berkenaan
dengan istiqamah, terdapat satu hadith yang menarik, pada suatu hari Abu Bakr berkata, wahai Rasulullah, “aku melihat engkau
telah beruban?” Jawab baginda, “aku telah diubankan oleh Surah Hūd, al-Wāqi’ah, al-Mursalãt dan ‘Amma Yatasā’alūn.”
Bahagian surah Hud yang memberi tekanan kepada baginda sallallahualayhi wassalam adalah pada ayat ke 112 hingga 115.
Tabiat 6
بصير تعمل ون بما إنه تطغوا ول معك تاب ومن أ مرت كما فاستقم
وا الذين إلى تركن وا ول ن لك م وما النار فتمسك م ظلم ون ل ث م أولياء من الل د ون م ت نصر
لفا النهار طرفي الصالة وأقم ن وز للذاكرين ذكرى ذلك السيئات ي ذهبن الحسنات إن الليل م
حسنين أجر ي ضيع ل الل فإن واصبر الم Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan
kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah
kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung
kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya,
sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu
tidak akan mendapat pertolongan. Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang
berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah
Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak
akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan
Tabiat 6
Berdasarkan ayat-ayat di atas, boleh kita fahami, untuk istiqamah, ada empat rukun.
Rukun yang pertama adalah jangan melampau dalam beragama. Iaitu melakukan sesuatu amalan lebih daripada apa yang
dituntut oleh Allah. Kita sangkakan berlebih-lebihan itu adalah tanda bertaqwa, hakikatnya tidak. Contohnya berpuasa dan
tidak mahu berbuka, solat malam dan tidak mahu tidur, dan sebagainya. Perbuatan ini dilarang oleh Rasulullah sallallahu
alayhi wassalam.
Rukun yang kedua adalah jangan cenderung kepada orang zalim. Orang yang zalim adalah orang yang melampau,
meletakkan sesuatu perkara bukan pada haknya. Sama ada melampau dalam aspek beragama, seperti mereka dalam
rukun pertama, ataupun melampau dalam aspek keduniaan, seperti menindas hak orang lain dan salah guna kuasa. Maka,
kita dilarang untuk menyokong dan redha dengan mereka yang zalim ini.
Rukun yang ketiga adalah dirikanlah solat. Istiqamah sangat bergantung pada perlaksanaan solat. Solatlah yang menjadi
penghubung antara kita dengan Allah secara terus menerus. Setiap hari, pada waktu siang dan malam, solat menjadikan
kita sedar, kita ini hamba yang bertuhankan Allah. Orang yang bercinta sanggup berbual berjam-jam dengan kekasihnya.
Jika kita terbeban dengan solat, bermakna kita terhijab daripada cintakan Allah.
Rukun keempat adalah bersabar. Dengan bersabar, kita boleh menundukkan diri daripada berlebih-lebihan dalam beremosi
sehingga jadi golongan yang melampau. Sabar juga menghalang kita daripada tertipu dan bongkak dengan ilmu yang
dipelajari, harta yang diusahakan, dan kuasa yang didapati. Tanpa sabar, ilmu akan menjadi alat memecahbelahkan orang
lain, harta akan menjadi sebab mengambil hak orang lain, kuasa akan menjadi alat menindas orang lain.
Tabiat 7: Bercermin
Kebiasaan ini mengajak kita mengaca kepada sejarah yang bisa dikelompokkan kepada dua jenis umat manusia: mereka yang menjadi tokoh ikutan (alladzîna an’amta alaihim) dan mereka yang harus dihindari (maghdûb ‘alaihim wa dhâllîn).
Tabiat 7
Hidup sebagai cermin
الين ول عليهم المغض وب غير عليهم أنعمت الذين صراط الض Kita dan mereka di sekeliling kita adalah cerminan kepada diri masing-masing. Mereka di sekeliling kita adalah cerminan
kehidupan kita. Dan kita adalah cerminan mereka yang berada di sekitar kita. Mereka yang bergaul dalam kehidupan kita sama
ada kehidupan di luar atau di dalam talian juga merupakan cermin bagi kehidupan kita.
Jika kita rasakan kita sudah komited dengan Islam, tetapi rakan terdekat kita suka mencarut, rakan dalam lingkungan media
sosial kita suka bercakap tentang perkara yang sia-sia, kita sendiri pun gemar ke laman-laman sosial yang tidak berfaedah,
bermakna kita kena berhati-hati dengan keIslaman kita. Boleh jadi, kita rasa kita sudah selamat dalam beragama, tetapi
hakikatnya tidak.
Tabiat 7
Orang Islam sepatutnya mempunyai cerminan kehidupan mereka yang tersendiri, sama ada dari segi akhlak, pergaulan, dan
cara bersosial. Jika akhlak kita tidak berbeza dengan akhlak orang Nasrani dan Yahudi, bermakna kehidupan mereka
mencerminkan kehidupan kita. Maka tergolonglah kita dalam golongan yang mencerminkan mereka yang dimurkai Allah dan
mereka yang ternyata sesat.
Oleh itu, kita kena bermuhasabah dengan siapa kita bersosial dan bagaimana kita bersosial. Terutamanya dengan kemajuan
teknologi sekarang yang membuka ruang sosial yang jauh lebih luas dengan kita berselindung di sebalik peralatan canggih
kita. Boleh jadi di alam luar talian, kita malu untuk bercakap benda-benda lucah dengan kawan-kawan kita, tetapi di alam
dalam talian, kita bertukar menjadi orang lain. Semasa bergaul di luar talian, kita bercakap dengan sopan, tetapi dalam
talian, kita hilang rasa malu daripada mencarut dan bercakap kasar.
Jika ini biasa terjadi bagi kita, maka bermuhasabahlah, jangan teruskan kehidupan kita mencerminkan kehidupan golongan
yang dimurkai Allah dan golongan yang sesat.
Ebook ini ialah sebahagian kandungan yang dibincangkan dalam program PERMATA al-QURAN.
Layari www.akademisinergi.com
Info Lanjut
Kami komited untuk membina legasi berteraskan wahyu.
Pelbagai ebook dihasilkan oleh Akademi Sinergi.
Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak ebook dan bahan untuk menguruskan kehidupan, anda
boleh layari Portal Akademi Sinergi di www.portal.akademisinergi.com
Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada info@akademisinergi.com
Jika anda ingin menjemput tim kami untuk sebarang sesi ceramah, training atau coaching, boleh
hubungi 012-223 0782
top related