emcee perpisahan persaraan
Post on 24-Jul-2015
176 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS PENGACARA KEM RABBANI
TIME/CUE TEXT MISC
General
announcement
*Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis kita berjalan dengan lancar, hadirin diingatkan
agar berada dalam keadaan senyap dan teratur semasa berada di dalam
dewan ini.
*Apabila diumumkan ketibaan
Yang diraikan………………………………………………………
…………………………………………………………………………
diiringi dif-dif kehormat masuk ke dewan, hadirin diminta untuk berdiri
dan kemudian menyanyikan lagu Negaraku
*kerjasama para hadirin amat dihargai.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan ………………………………..
diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke dewan. Semua hadirin
diminta berdiri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis
……………………………………………………………………………
sempena persaraan
………………………………………………………………………….,
Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita kumandangkan
suara untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu bangsa johor dengan
iringan muzik. Dipersilakan hadirin untuk berdiri.
Majlis merakamkan ribuan terima atas nyanyian itu tadi.
Salutasi
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Yang Berhormat,
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Yang Berbahagia,
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Yang Berbahagia,
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Yang Berbahagia,
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Yang Berbahagia,
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Yang Dikasihi dan Diraikan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Yang Berusaha,
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Yang Berusaha,
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Yang Dihormati,
Dif-dif jemputan,
Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan
Mata pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Barisan guru-guru, murid-murid,
hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang
ke :
Majlis
…………………………………………………………………………..
sempena persaraan
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
_______________________________________________________
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bacaan doa
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz
…………………………………………………………………………….
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Ustaz …………………………………………………………...
atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan
Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Wakil
Pelajar. Untuk itu, dipersilakan
…………………………………………………………………………….
untuk menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan ucapan terima kepada Ketua Pelajar SMK Tun
Sardon atas ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati
…………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………
Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih ………………. atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang
Berbahagia,
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati
…………………………………………………………………………
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadhirin Yang dihormati Sekalian
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan
yang disempurnakan oleh Yang Diraikan
……………………………………………………………………………
sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Persembahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang
biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan
…………………………………………………………………………..
Marilah kita sama-sama saksi dan hayati persembahan multimedia ini.
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang
Diraikan ………………………………………………... Mudah-
mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu
persembahan daripada …………………………………………………..
sebagai kenangan dihalwa telinga untuk kita khusunya untuk yang
diraikan. Sama-sama kita saksikan persembahan
……………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan
…………………………………………………………………………….
Sekalung penghargaan diucapkan.
Ucapan yang
diraikan
Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan ……………………………………………….. Majlis dengan
segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan tuan untuk
memberikan ucapan.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Diraikan …………………………………….. atas ucapan itu tadi.
Penyampai
cenderamata
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan …………………………………………(pentadbir)
untuk mengiringi Yang Diraikan …………………………………….
bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian
cendermata………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
Seterusnya,
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dipersilakan
……………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….
Dan yang terakhir Majlis mempersilakan (pelajar) ……….
Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan
khusus untuk Yang Diraikan ………………………………………….
Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda
ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi
memoir indah dalam dakapan ……………………………………….
Penutup
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan …………………………………………….. kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam
kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
………………………………………. ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Dipersilakan …………………………………….. untuk bersalaman
dengan para tetamu.
top related