erna binti tunda · abstrak satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar...
Post on 30-Nov-2019
1 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MOTIVASI PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN PELAJAR TINGKATAN IV
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KOTA TINGGI, JOHOR.
SATU TINJAUAN
ERNA BINTI TUNDA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOTIVASI PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN PELAJAR TINGKATAN IV
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KOTA TINGGI, JOHOR.
SATU TINJAUAN
ERNA BINTI TUNDA
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
DEDIKASI
Buat……
Ibu dan ayah tercinta,
• Ginalung Binti Omar
• Tunda Bin Dalampun
Kakak, abang-abang dan adik-adik yang terkasih,
• Fiji & Keluarga (Rubinah, Obed, Oliver dan Cermalita)
• Wasti & Bro. Sabdee
• Boaz
• Helmih
• Didi
• Kurniadi
• Rayeborthron
• Juesah Ros
• Ana Nita
• Dido
Istimewa juga kepada saudara dan saudari seiman yang telah menghulurkan bantuan.
Yang terbaik adalah kerana sokongan serta pengorbananmu.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengembalikan segala pujian ucapan syukur hanya bagi Tuhan kerana
segala sesuatu yang diberikan olehNya dan yang disediakanNya bagi saya. Syukur atas
kasih setiaNya sepanjang saya menghasilkan projek ini.
Penghargaan buat penyelia saya Encik Asnul Dahar Bin Minghat kerana
bimbingan dan tunjuk ajarnya yang penuh sabar dan dedikasi. Saya menghormati segala
jerih lelahnya, kebaikan dan kemurahan hatinya didalam segala hal sehinggalah projek ini
siap.
Terima kasih saya ucapkan kepada bekas pensyarah saya, Tn. Hj. Kandar B.
Selamat diatas segala input dan bantuan yang diberikan ketika diperlukan. Saya turut
mengagumi kebaikan dan sikap rendah hatinya.
Saya tidak lupa kepada rakan saya Edward diatas perhatiannya dan sokongan dari
keluarganya buat saya sehingga sekarang ini. Terima kasih untuk segala sesuatu. Kepada
teman-teman sepelayanan terutama Radical Youth Tmn. U, saya diberkati dengan kasih
yang kamu semua tunjukkan. Nama kamu terlalu ramai untuk saya tulis satu persatu
tetapi percaya satu hal bahawa kamu pasti tidak akan kehilangan upahmu.
Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peribadi-peribadi yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menghasilkan projek
penyelidikan ini. Saya menghargai kamu semua.
Terima Kasih.
ABSTRAK
Satu kajian deskriptif berkaitan dengan motivasi pencapaian pelajar terhadap mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal/Awam/Elektrik) telah dilaksanakan. Dalam
kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti tahap motivasi pencapaian pelajar berdasarkan
kepada tiga aspek dalaman iaitu tahap ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran
pembelajaran, tahap pelajar membuat perancangan matlamat dalam pembelajaran dan
tahap kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kejayaan. Untuk tujuan ini, 60 orang
pelajar telah menjadi sampel kajian. Mereka merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Empat
aliran teknik (Mekanikal/Awam/Elektrik) di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi,
Johor. Data diperolehi menggunakan set soal selidik dan seterusnya dianalisis secara
manual bagi mendapatkan nilai peratus dan skor min. Hasil daripada kajian ini mendapati
bahawa tahap pelajar dalam membuat perancangan matlamat dalam pembelajaran adalah
tinggi. Manakala tahap ketabahan dan tahap kebimbangan pula berada dalam tahap yang
sederhana disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
ABSTRACT
One descriptive research related to motivation achievement among the student
against engineering subject (Mechanical/Civil/Electrical) has been done. In this research,
investigator identified three aspect of motivation achievements that is perseverance level
to face studies challenging, aims planning level among students in their study and worries
level in relation to get successful achievement. For this motif, sixty students were used
as the research sample. There are the form four-technique stream
(Mechanical/Civil/Electrical) students from Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi,
Johor. Data was taking by using a questionnaire’s set and has been done manual
analysing to acquiring the percentage value and score min. As the result of this research,
found that aims’ planning is in the high level among the students in their studies.
Likewise aspect perseverance and worries was in medium level because of certain reason.
i
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
ii
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Daftar Istilah Kajian 8
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Teori Tentang Motivasi 10
2.2.1 Teori Behaviouristik 11
2.2.2 Teori Keperluan 11
2.2.3 Teori Humanistik 12
2.3 Motivasi Pencapaian 12
2.3.1 Aspek Ketabahan Pelajar 16
2.3.2 Aspek Perancangan Matlamat 17
2.3.3 Aspek Kebimbangan Pelajar
Terhadap Kejayaan 19
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
iii
3.3 Tempat Kajian 22
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Prosedur Kajian 24
3.7 Kajian Rintis 24
3.8 Analisis Kajian 25
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA KAJIAN
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Biadota Responden 29
4.2.1 Butiran Diri Responden Mengikut
Jantina 29
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun 29
4.3 Analisis Motivasi Pencapaian Pelajar
Terhadap Mata Pelajaran Kejuruteraan 30
4.4 Aspek Yang Mempengaruhi Motivasi
Pencapaian Pelajar Mengikut Objektif 31
4.4.1 Motivasi Pencapaian Berdasarkan
Tahap Ketabahan Pelajar Dalam
Menghadapi Cabaran Pembelajaran 32
4.4.2 Motivasi Pencapaian Pelajar
Berdasarkan Tahap Perancangan
Matlamat Dalam Pembelajaran 35
iv
4.4.3 Motivasi Pencapaian Pelajar Mengikut
Tahap Kebimbangan Terhadap
Pencapaian Kejayaan 38
4.5 Penutup 41
BAHAGIAN LIMA
BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Rumusan Dapatan 42
5.3 Perbincangan 44
5.4 Kesimpulan Kajian 47
5.5 Cadangan 49
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 50
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI 51
v
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
Lampiran A 54
Lampiran B 59
vi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan Dalam
SPM (2001 & 2002) 5
1.2 Pencapaian Ujian Bulanan (Mac 2003) Pelajar Aliran
Teknik Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan 6
3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel Kajian 22
3.2 Taburan Item Mengikut Item Dalam Soal Selidik 23
3.3 Pengkelasan Skala Likert 24
3.4 Tahap Analisa Min 26
3.5 Item-item Negatif Bagi Setiap Persoalan Kajian
Yang Diubahsuai Kedudukan Skor 27
4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Jantina 29
4.2 Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Pelajar
Kejuruteraan Aliran Teknik Bagi Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan 30
4.3 Kekerapan Dan Skor Min Mengenai Tahap Ketabahan
Pelajar Dalam Menghadapi Cabaran Pembelajaran 33
4.4 Kekerapan Dan Skor Min Mengenai Tahap Pelajar Dalam
Membuat Perancangan Matlamat Pembelajarannya 36
4.5 Kekerapan Dan Skor Min Mengenai Tahap Kebimbangan
Pelajar Terhadap Pencapaian Kejayaan 39
vii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
RRJP3 - Rangka Rancangan Jangka Panjanag ke-3
BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam
PKE - Pengajian Kejuruteraan Elektrik
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional
% - Peratus
viii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 54
B Markah Ujian 59
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 62
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 dengan jelas menyatakan hasrat dan impian negara iaitu
menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun sepenuhnya menjelang abad ke-
21. Menurut Abu Bakar (1994) dalam bukunya yang bertajuk “Reformasi Pendidikan
Dalam Menghadapi Cabaran 2020”, ada menyatakan bahawa Wawasan 2020 merupakan
satu-satunya matlamat baru yang menentukan jangkaan bagi menjadikan negara ini
sebagai sebuah negara industri. Dengan itu, sebagai negara perindustrian kita
memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan pakar dalam bidang perindustrian (Shahril @
Charil dan Habib, 1999).
Dasar Pembangunan Malaysia turut mementingkan pembinaan masyarakat yang
produktif, bersikap positif, progresif serta mahir menggunakan sains dan teknologi
moden. Berdasarkan pelunjuran dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-3
(RRJP3), negara memerlukan seramai hampir 470, 000 tenaga professional dan separa
professional dalam pelbagai bidang kejuruteraan menjelang 2010 nanti (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001). Sejajar dengan sasaran tersebut, setiap warganegara
Malaysia melalui Pembangunan Pendidikan 2001–2010 mendapat peluang seluas-luasnya
bagi memperolehi kemudahan pendidikan yang berkualiti.
Justeru itu, sistem Pendidikan Negara telah menggariskan arah tuju atau proses
aktiviti pendidikan yang mencerminkan pemikiran dan hasrat masyarakat dan negara
melalui matlamat pendidikan. Matlamat pendidikan menjadi teras ideologi dan aspirasi
masyarakat negara ini. Matlamat pendidikan di negara ini ialah melahirkan insan yang
baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab (Abd Rahim,
2001). Salah satu ciri yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang dilahirkan nanti
ialah berilmu pengetahuan, progresif, mahir dan cekap agar dapat melaksanakan tugas
secara produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan kepada kemajuan dan
pembangunan negara (Abdul Rahim, 2001).
Jika kita teliti kehidupan mereka yang menjalankan perniagaan sama ada
perniagaan itu kecil atau besar, mereka merupakan pejuang yang tercatat dalam sejarah
negara. Orang-orang seperti itu juga menjadi keperluan dalam sejarah tanah airnya.
Umumnya, ahli perniagaan yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang tidak
pernah menuntut ilmu ekonomi atau ilmu yang berhubungan dengan perniagaan di mana-
mana universiti atau institut pengajian tinggi. Mereka pada mulanya hanya mempunyai
kemahuan, kepercayaan kepada diri sendiri, keberanian untuk mencuba, kegigihan dan
kesabaran (Mokhtar, 1998). Jika dilihat sebaliknya, kebanyakan graduan-graduan
ekonomi, ilmu perusahaan, perdagangan dan sebagainya menjadi pekerja kepada ahli-ahli
perniagaan yang berjaya iaitu yang tidak menuntut di institut pengajian tinggi. Apakah
daya penggerak dalaman yang wujud dalam diri setiap individu usahawan tersebut?
Kembali kepada konteks pendidikan, nilai-nilai positif seperti motivasi yang
disemai di sekolah memberi dorongan besar ke arah kemajuan serta perubahan dalam diri
individu dan masyarakat. Aspek motivasi adalah penting sebagai penggerak yang
mendorong seseorang itu ke arah kejayaan. Institusi pendidikan khususnya sekolah juga
diseru agar meningkatkan lagi nilai kejayaan bagi mendorong perubahan individu. Abd
Rahim (2001) turut menekankan bahawa motivasi yang tinggi merupakan asas penting
dalam menentukan kejayaan dan pencapaian akademik pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia memainkan peranan konstruktif
serta positif dalam melakukan perubahan dinamik melalui reformasi pendidikan. Usaha
ke arah perubahan tersebut dilakukan dalam sistem pendidikan dan persekolahan agar
selaras dengan wawasan negara, dasar-dasar pembangunan negara dan perubahan bagi
menentukan masa depan masyarakat dan negara (Abd Rahim, 2001). Menjelang tahun
2000, pendidikan di Malaysia telah memainkan peranan penting membentuk warganegara
yang mempunyai jati diri, berhemah tinggi, berdedikasi, rajin berusaha, cekal, bersih,
cekap dan amanah, optimistik terhadap perubahan dan cabaran, toleransi, mencintai ilmu
pengetahuan, berrfikiran terbuka dan rasional. Menurut beliau, satu peranan mencabar
dalam institusi pendidikan khususnya sekolah ialah untuk mensosialisasikan individu
atau pelajar itu sendiri mengikut kehendak dan jangkaan masyarakat.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 1964 lagi telah
menubuhkan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang juga merupakan
salah satu daripada 20 bahagian yang terdapat dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
BPTV bertujuan untuk memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di
peringkat pendidikan menengah termasuk sekolah menengah vokasional dan politeknik.
Dengan perkembangan corak pendidikan yang lebih ke arah mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi, BPTV merupakan bahagian yang
penting dalam menyediakan prasarana bagi mewujudkan tenaga mahir dalam bidang
teknikal dan industri (Yaakub, 1996).
Namun untuk mencapai tahap kualiti dan kecemerlangan dalam prasarana dalam
bidang pendidikan ini bukanlah satu usaha yang mudah, lebih-lebih lagi prasarana
pendidikan yang disediakan itu berkait rapat dengan pembangunan manusia. Ini kerana
manusia itu sendiri dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang selalunya di luar kawalan.
Tetapi menurut Hussein (1993), setiap individu terutamanya individu pelajar itu sendiri
boleh diajar, boleh belajar dan boleh mencapai kejayaan. Beliau percaya bahawa dengan
adanya keyakinan ini, sebahagian daripada cabaran yang dihadapi sudah pasti akan dapat
diatasi. Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan mahupun kegagalan yang diperolehi
dalam bidang pendidikan tidak harus dikaitkan dengan faktor latar belakang sosio-
ekonomi, budaya pelajar, faktor kaum dan bukan juga pada faktor lokasi mahupun saiz
sesebuah sekolah itu. Ini bermakna, setiap pelajar tidak kira kaum, tempat tinggal dan di
manapun lokasi sekolahnya tetap mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam
pelajaran. Inilah salah satu cabaran yang harus dihadapi di dalam bidang pendidikan.
Menurut Abdul Rahim (2001) pula, peranan dalam membentuk masyarakat
supaya menjadi masyarakat yang dinamik, progresif dan berwawasan ialah sekolah.
Masyarakat yang dinamik, progresif dan berwawasan ini merupakan sebuah masyarakat
yang sedia untuk berubah ke arah kemajuan, berpandangan jauh, bermatlamat dan
berjaya. Bagaimanakah kita dapat mengetahui sejauh mana tahap pembentukan di
sekolah terhadap masyarakat negara kita kini? Kita boleh perhatikan melalui pencapaian
pelajar dalam pelajaran mereka. Berikut ini merupakan perbincangan mengenai
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan. Mata pelajaran
pengajian kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah menengah
teknik bagi pelajar yang mengambil kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM),
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
(PKE).
Jika dikaji dari segi pencapaian akademik pelajar-pelajar aliran teknik secara
keseluruhannya dalam peperiksaan SPM pada tahun 2001 dan 2002 (Rujuk Jadual 1.1),
didapati bahawa setiap pengkhususan mempunyai prestasi yang baik dengan adanya
peningkatan sebanyak 0.1 % bagi mata pelajaran PKA dan 1.3 % bagi mata pelajaran
PKE. Walaupun mata pelajaran PKM mengalami penurunan sebanyak 4.2 %, ia masih
dikategorikan berprestasi baik. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia turut berpendapat
bahawa keputusan SPM tahun 2002 sangat memuaskan. Beliau tidak menafikan bahawa
para guru dan para pelajar telah menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan melakukan usaha yang gigih dalam mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
Jadual 1.1 : Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan dalam
SPM ( 2001 – 2002)
Prestasi (%) Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mengikut Pengkhususan 2001 2002
Peningkatan / Penurunan
(%)
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) 93.0 88.8 - 4.2
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) 96.2 96.3 0.1
Peng. Kej. Elektrik & Elektronik (PKE) 97.2 98.5 1.3
(Sumber: http://www.edu.gov.my, 26 Feb 2003)
Jadual 1.2 pula menunjukkan pencapaian pelajar-pelajar Tingkatan Empat aliran
teknik di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor dalam satu ujian bulanan bagi
mata pelajaran pengajian kejuruteraan iaitu PKM, PKA dan PKE (Rujuk Lampiran B).
Jika diperhatikan pencapaian pelajar PKM dalam mata pelajaran pengajian, didapati
bahawa pelajar yang tahap pencapaiannya sederhana iaitu 80.5 % lebih ramai berbanding
pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
PKM telah menunjukkan pencapaian yang sederhana dalam ujian bulanan tersebut. Bagi
pelajar-pelajar PKA pula, peratusan pelajar cemerlang dan sederhana adalah hampir sama
iaitu masing-masing 45.9 % dan 43.2 %, manakala hanya 8.1 % pelajar yang lemah. Ini
bermakna pelajar PKA mempunyai peratusan lulus yang tinggi dalam mata pelajaran
pengajian kejuruteraan awam. Lain pula halnya bagi pelajar PKE kerana didapati pelajar
yang lemah pencapaiannya lebih ramai berbanding pelajar yang cemerlang dan sederhana
iaitu 56.3 %.
Jadual 1.2 : Pencapaian Ujian Bulanan (Mac 2003) Pelajar Aliran
Teknik Bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Bilangan Pelajar (%)
Mengikut Pencapaian Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mengikut Pengkhususan Cemerlang
(80 - 100)
Sederhana
(50 - 79)
Lemah
(1 – 49)
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) 8.3 80.5 5.6
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) 45.9 43.2 8.1
Peng. Kej. Elektrik & Elektronik (PKE) 3.1 37.5 56.3
(Sumber: Unit Peperiksaan Bahagian Teknikal, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, Johor.)
Berdasarkan perkara-perkara di atas, kita dapati bahawa wujudnya satu perbezaan
prestasi ataupun perbezaan tahap pencapaian dikalangan pelajar. Persoalannya sekarang
ialah apakah yang menyebabkan terdapatnya pelajar yang cemerlang, sederhana dan
lemah? Apakah aspek yang mendorong pencapaian pelajar tersebut? Adakah aspek
motivasi wujud dalam diri individu pelajar itu? Dari sini saja kita dapat tahu bahawa
dengan adanya motivasi dalam diri pelajar, maka pastilah pencapaiannya dalam pelajaran
membuahkan hasil yang membanggakan. Menurut Sharifah Alwiah (1986),
kecenderungan yang wujud dalam diri seseorang berupaya menimbulkan daya usaha
yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara. Semiawan (1986) mengemukakan
pendapatnya iaitu motivasi dalam diri merupakan keinginan dasar yang mendorong
individu tersebut untuk mencapai dan memenuhi segala keperluannya.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, maka didapati bahawa terdapat pelajar-
pelajar yang pencapaian akademiknya tinggi dan ada juga yang menghadapi masalah
pencapaian akademik yang rendah. Mengapa ada pelajar yang tinggi pencapaiannya dan
dalam masa yang sama ada pula pelajar yang rendah pencapaiannya? Apakah motivasi
yang wujud dalam diri pelajar itu? Persoalan-persoalan seperti inilah yang telah menarik
minat penyelidik untuk menjalankan kajian bagi meninjau serta mengenalpasti tahap
motivasi pencapaian pelajar-pelajar aliran teknik.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah :
a. Mengenalpasti tahap ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran.
b. Mengenalpasti tahap pelajar membuat perancangan matlamat dalam
pembelajarannya.
c. Mengenalpasti tahap kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kejayaan.
1.5 Persoalan Kajian
Menurut Sivachandralingam (2001), persoalan kajian merupakan aspek dimana
penyelidik harus menyatakan persoalan yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, terdapat
tiga persoalan utama yang hendak dikaji iaitu:-
a. Apakah tahap ketabahan pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran?
b. Apakah tahap pelajar membuat perancangan matlamat dalam pembelajarannya?
c. Apakah tahap kebimbangan pelajar terhadap pencapaian kejayaan?
top related