esei tugasan 1.docx
Post on 02-Jun-2018
299 Views
Preview:
TRANSCRIPT
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 1/31
1
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
PERAKAUNAN AWALAN (PAF3023)TUGASAN 1
ETIKA PERAKAUNAN SATU ELEMEN YANG
DIKETEPIKAN. BINCANGKAN
Nama Pelajar : MOHD ZAKARIA BIN MOHD SAID
No Matrik : D20102040320
Program : PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU
Kumpulan : UPSI 01 ( SEMESTER 4 )
Nama Pensyarah : PROFESOR MADYA KHALID BIN ISMAIL
No. Tel : 019-5471062
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 2/31
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 ETIKA 3
3.0 KOD ETIKA 5
4.0 PERAKAUNAN 6
5.0 BADAN PERAKAUNAN DI MALAYSIA 7
6.0 KOD ETIKA PERAKAUNAN 9
7.0 FUNGSI KOD ETIKA PROFESIONAL 10
8.0 AMALAN TIDAK BERETIKA DIKALANGAN
AKAUNTAN PROFESIONAL
13
9.0 ISU BERKAITAN ETIKA PERAKAUNAN 18
9.1 KES 1 18
9.2 KES 2 19
9.3 KES 3 120
9.4 KES 4 21
9.5 KES 5 23
10.0 TERAS ETIKA DALAM MENYELESAIKAN
MASALAH SALAHLAKU
25
11.0 KESIMPULAN 29
12.0 BIBLIOGRAFI 30
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 3/31
3
1.0 PENGENALAN
Perakaunan merupakan suatu bidang profesional bagi
membantu perniagaan menyediakan maklumat kewangan dan
seterusnya membantu membuat keputusan dengan baik.
Kes-kes salahlaku yang berlaku melibatkan golongan
profesional seperti akauntan sering dilaporkan. Ia juga sering
melibatkan amaun yang banyak. Ini menyebabkan terdapat salah
tanggapan orang ramai kepada akauntan.
Kes salahlaku ini memperlihatkan seolah-olah kurangnya
kawalan terhadap profesion ini. Salah tanggapan ini juga
menyebabkan profesion ini memperlihatkan kebolehpercayaan yang
rendah pada penyata kewangan yang disediakan.
Ia juga memperlihatkan etika yang rendah digalangan
akauntan. Walaupun ia melibatkan sebahagian daripada akauntan
tetapi ia turut mencemarkan nama baik semua akauntan dan badan-
badan perakaunan.
2.0 ETIKA
Etika bermaksud ukuran dan piawaian yang digunakan bagi
membezakan kelakuan individu sama ada baik ataupun buruk,
menyenangkan atau tidak menyenangkan.
Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos
yang membawa maksud perangai, cara hidup ataupun adat resam.
Oleh itu etika boleh ditakrifkan sebagai kajian sains berkenaan
kelakukan manusia dalam masyarakat. Ia adalah bidang pentafsiran
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 4/31
4
tingkah laku manusia sebagai benar atau pun salah, baik ataupun
buruk dan patut atau pun sengaja.
Etika daripada perspektif Islam dikenali sebagai akhlak, berasal
daripada perkataan Arab, jamak kepada perkataan khuluq.
Pengertian akhlak menurut bahasa bermaksud tabiat, adat maruah,
sifat semulajadi dan gambaran batin individu.
Dari segi istilah, akhlak bermaksud keadaan jiwa yang
menerbitkan tingkahlaku dan perbuatan manusia.
Begitu juga Al Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang
tertanam dalam jiwa yang membentuk perbuatan dengan mudah dan
tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Ahli falsafah membahagikan etika kepada beberapa bahagian
iaitu etika deskriptif, etika individu, etika sosial, etika kerja etika
meta, etika normatif, etika gunaan,
Etika kerja adalah panduan tingkahlaku dalam menguruskan
kehidupan secara sistematik. Ia penting bagi memastikan urusan
yang dijalankan mengikut perancangan yang ditetapkan dalam
sesebuah organisasi. Pekerja yang mengamalkan etika kerja memiliki
sifat yang murni. Ini dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan
berdaya maju supaya lebih cemerlang. Amalan etika kerja perlu
menjadi amalan seharian disamping menjalankan tugas bagi
mewujudkan organisasi yang stabil dan berwawasan.
Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan
organisasi. Ia dapat memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan
sikap bertanggungjawab dan prihatin pada kebajikan masing-masing.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 5/31
5
Ia juga dapat memantapkan kestabilan, seterusnya meningkatkan
produktiviti, meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin
perkembangan yang berterusan.
3.0 KOD ETIKA
Etika kerja adalah norma budaya yang menggalakkan pekerja
menjalankan kewajipannya bekerja dengan penuh rasa
tanggungjawab.
Kod etika juga dikenali sebagai Code of Conduct diwujudkan
bagi mengatasi konflik etika semua pekerja dalam bidang profesional.
Kod etika yang dijulang mencerminkan nilai-nilai seperti
intergriti, kompentensi, tanggungjawab dan kefahaman serta
menghormati kepelbagaian dalam budaya masyarakat. Ia bersifat
kontrak sosial, berdasarkan sikap saling menghormati dan percaya
mempercayai. Kod etika juga adalah bersifat perjanjian dua hala.
Disatu pihak masyarakat menghormati kuasa autonomi dan memberi
kepercayaan penuh kepada organisasi dan sebaliknya semua ahli
dalam organisasi tersebut bertindak secara beretika dalam
menyediakan perkhidmatan profesional. Kod etika ini seharusnnya
menjadi rujukan dan disanjung tinggi oleh semua ahli dalam
organisasi.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 6/31
6
4.0 PERAKAUNAN
Perakaunan merupakan aktiviti perkhidmatan yang melibatkan
penyediaan maklumat kewangan tentang sesuatu aktiviti sesebuah
unit ekonomi.
Perakaunan boleh dianggap sebagai suatu unit bahasa
perniagaan. Seseorang yang ingin menggunakan maklumat yang
dihasilkan oleh perakaunan, terlebih dahulu perlu mempelajari dan
membiasakan diri dengan perbendaharaan istilah perakaunan,
prinsip dan konsep perakaunan serta membina kemahiran
menyediakan, memahami atau menggunakan bahasa kewangan.
Perakaunan melibatkan penggunaan simbol, angka dan
ungkapan dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat kewangan
kepada pengurus, pelabur dan pemiutang dan pembuat keputusan
yang lain. Maklumat berkenaan disampaikan dalam bentuk penyata
ataupun laporan.
Perakaunan bukan hanya mengendalikan proses pengumpulan
dan perekodan data kewangan, tetapi juga menyediakan laporan data
kewangan tersebut. Matlamat akhir perakaunan adalah untuk
melaporkan maklumat kewangan kepada para penggunanya, sama
ada pengguna dalaman atau pengguna luaran untuk digunakan
dalam membuat keputusan.
Peranan perakaunan meliputi proses perekodan dan
penyampaian data perakaunan. Proses penyampaian merupakan
proses teknikal yang memerlukan latihan yang mencukupi ,
pengalaman dan pertimbangan profesional oleh akauntan.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 7/31
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 8/31
8
badan perakaunan yang diberi kuasa undang-undang untuk
mengawal profesion perakaunan di Malaysia.
IAM dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan undang-
undang seperti berikut:
a) Untuk menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi ahli.
b) Memberi latihan, pelajaran, dan peperiksaaan melalui
institut dan badan lain kepada seseorang yang mengamalkan
atau berhasrat untuk mengamalkan profesion perakaunan.
c) Mengenakan peraturan terhadap amalan profesion
perakaunan di Malaysia.
d) Mempromosi dengan apa cara yang sesuai untuk
kepentingan profesion perakauan di Malaysia.
IAM melaksanakan berbagai-bagai aktiviti dan projek untuk
meningkatkan perkembangannya dalam profesion perakauan. Antara
ahli jawatankuasa utamanya ialah:
a) Accounting and Auditing Standards Committee
b) Displinary Committee
c) Ethics Committee
d) General Purpose and Finance Committee
e) Membership Affairs Committee
f) Government Affairs Committee
Melalui ahli jawatankuasa ini, IAM menjaga perkara-perkara
dan isu-isu berhubung dengan ahli-ahli dan profesion perakaunan.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 9/31
9
6.0 KOD ETIKA PERAKAUNAN
Demi meningkatkan kebolehpercayaan kepada maklumat
perakaunan yang disampaikan, seseorang akauntan itu bukan sahaja
perlu melaksanakan tugasnya-tugasnya mengikut tatacara
perakaunan yang betul, tetapi tingkahlakunya juga perlu beretika
tinggi.
Satu standard profesional telah dibentuk oleh badan-badan
berkanun sebagai satu garis panduan dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya.
Di Malaysia, Institut Akauntan Malaysia(IAM) telah
mengeluarkan garis panduan atau standard asas mengenai etika dan
kelakuan profesional kepada ahli-ahlinya. Ini meliputi intergriti
objektiviti, konflik kepentingan dan profesionalisme.
Sebagai seorang yang profesional, seorang ahli IAM itu mestilah
pada sepanjang masanya mempunyai intergriti dan objektif dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasnya. Beliau juga perlu
menjalankan tugas-tugasnya secara profesional dengan menggunakan
teknik perakaunan yang betul sepanjang masa dan sentiasa
berkelakuan seperti yang diharapkan. Sebagai seorang ahli IAM,
beliau juga tidak boleh menerima dan melaksanakan tugas yang
beliau sendiri tidak berkeupayaan untuk melaksanakannya
melainkan dengan mendapatkan nasihat dan bantuan dari mereka
yang lebih arif. Selain daripada itu, ahli IAM juga perlu
bertimbangrasa dan berbudi pekerti mulia dalam menjalankan tugas-
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 10/31
10
tugasnya selaras dengan panduan etika yang telah digariskan oleh
institut dan sentiasa berkelakuan selari dengan reputasi baik yang
telah ditunjukkan oleh profesion perakaunan.
7.0 FUNGSI KOD ETIKA PROFESIONAL
Kod etika profesional merupakan satu ‘alat kawalan’ sosial ya ng
digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri
kearah yang lebih beretika. Secara asasnya kod etika ini berfungsi
sebagai :
a) Inspirasi dan panduan
Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku
yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan
tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam
menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik.
Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika
boleh memandu dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai
keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya
apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
b)
Pencegahan Dan Disiplin
Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan
professional sebagai asas untuk menyiasat sebarang
penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan
diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan
penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat
serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesbuah organisasi
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 11/31
11
atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan
maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk
kepentingan diri sendiri.
c) Memelihara Maruah Profesyen
Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak
tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli terikat
dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu
panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan
mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen
masing-masing.
Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan
bahawa setiap ahlinya perlu menggunakan segala ilmu
pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan
manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan,
masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan
yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.
d) Memelihara Keharmonian
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus
dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua
pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum.
Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati
dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 12/31
12
bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan,
kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya
e) Sokongan
Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain
tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod
etika untuk menyokong tindakannya dalam memberi sokongan
akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut
yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi
undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan.
Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan
yang bertentangan dengan etika professional syarikat berkenaan.
Etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan
sokongan kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang
kepakaran masing-masing. Etika professional lebih menumpukan
kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku
yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang professional.
Semua etika professional yang diguna pakai diseluruh dunia
dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan,
perakaunan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama.
Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan
masyarakat amnya.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 13/31
13
8.0 AMALAN TIDAK BERETIKA DIKALANGAN AKAUNTAN
PROFESIONAL
Ahli-ahli profesional seperti akauntan dalam tugas-tugas
seharian mereka berurusan dengan pelbagai pihak. Tidak kira dengan
siapa mereka berurusan, ianya mempunyai implikasi undang-undang
yang luas.
Namun begitu dari semasa ke semasa, pelbagai jenayah kolar
putih yang melibatkan ahli profesional telah diketengahkan Ini
menggambarkan perbuatan-perbuatan yang tidak beretika di
kalangan para ahli profesional termasuklah akauntan.
Kebanyakan daripada mereka ini beranggapan bahwa etika
adalah semata-mata untuk menyekat serta mengongkong kehidupan
mereka. Mungkin pada masa sekarang ini ramai yang beranggapan
bahawa tidak perlu lagi etika dalam kerja mereka kerana ianya akan
menghadkan 'pergerakan' mereka dalam organisasi tersebut. Di
bawah ini adalah sebahagian contoh perbuatan tidak beretika :
i. Salah Guna Kuasa
Pada masa ini banyak kes berhubung dengan salah guna
kuasa oleh akauntan dilakukan.. Jenayah ini berlaku demi
menjaga nama dan maruah seseorang itu dari dikenakan
tindakan undang-undang daripada jenayah yang telah
dilakukan.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 14/31
14
Kuasa dan pangkat juga digunakan untuk menjatuhkan
seseorang. Ianya juga digunakan untuk menipu dan memberi
rasuah. Jikalau dilihat dari segi agama ia secara terang
ditentang kerana ianya dianggap tidak bermoral dan tidak
berlaku adil kepada mereka lain. Mereka yang terlibat dalam
penyalah gunaan kuasa dianggap sebagai mementingkan diri
sendiri dan mengetepikan norma-norma masyarakat. Mereka
juga menggunakan kuasa untuk menyalah gunakan maklumat
untuk tujuan memberi keuntungan kepada keluarga dan rakan-
rakan dalam pemberian kontrak atau dalam menguruskan
pinjaman atau subsidi.
ii. Rasuah
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai "ganjaran atau imbuhan
yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang
tidak sepatutnya dilakukan". Rasuah bukan sahaja boleh diberi
atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam
bentuk material. Rasuah adalah satu jenayah kolar putih yang
paling tinggi dilaporkan di Malaysia. Sungguhpun begitu
hukuman yang dikenakan pada masa sekarang bagi mereka
yang telah melakukan jenayah ini adalah tidak mencukupi. Ini
kerana jumlah denda yang dikenakan adalah amat rendah
berbanding jumlah nilai barangan atau bahan yang dirasuah.
Jikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdosa dan
amat berat hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 15/31
15
penerima tetapi kepada juga kepada pemberi dan juga saksi-
saksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan
jenayah tersebut.
Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan
tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang
profesional yang dikira beretika dalam semua hal.
Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat
keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan
dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada
pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan
barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi
spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus
menghapuskan persaingan terbuka dan sihat.
Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem
ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti
barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak
mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau
pun projeknya diluluskan.
Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati
pada sesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka
percaya bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil
dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan.
iii. Penipuan
Penipuan boleh dianggap sebagai suatu perkara yang
biasa di'amal'kan oleh mana-mana pihak sama ada profesional
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 16/31
16
ataupun tidak. Penipuan biasanya berlaku secara senyap dan
tidak dapat dikesan. Ianya berlaku dalam keadaan sedar dan
mereka yang bersekongkol dalam penipuan tersebut dan
mereka tahu akan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Penipuan mempunyai pelbagai tujuan. Penipuan
dilakukan untuk menyembunyikan kesalahan yang telah
dilakukan dari pengetahuan umum. Terdapat pelbagai penipuan
boleh dilakukan dan antaranya adalah pemalsuan dokumen
dan maklumat, pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan dan
lain-lain. Yang biasa kita lihat adalah penipuan dalam
pengiklanan barangan dan rumah kediaman. Penipuan boleh
dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan sepertiman yang telah
diterangkan pada (a dan b) di atas.
iv. Penipuan merendahkan integriti dan maruah seseorang itu di
martabat masyarakat. Ini akan menghakis kepercayaan rakyat
kepada mereka yang terlibat.
Golongan profesional seperti akauntan adalah golongan yang lebih
banyak terdedah dengan perlakuan tidak beretika atau jenayah kolar putih.
Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai keadaan dan orang pelbagai
peringkat dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi pangkat dan jawatan
disandang, maka lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka
hadapi.
Tindakan pertama melangkah batas-batas etika akan membawa diri
seseorang itu terus terjebak dalam kancah yang tidak beretika dan amat
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 17/31
17
sukar sekali apabila seseorang itu telah mula terlibat dengan etika yang
tidak bermoral ini ingin keluar daripada apa yang telah 'biasa' mereka
lakukan.
Kesimpulannya, walaupun seorang profesional itu terikat dengan
undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka
yang melakukan amalan yang tidak sihat ini.
Persekitaran juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk
melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Ini dilakukan demi
menjaga reputasi dan periuk nasi mereka - walaupun mereka mengetahui
apa yang mereka lakukan adalah salah disisi undang-undang.
Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika ini adalah ibarat penyakit
barah yang sekiranya tidak dirawat akan memudaratkan seluruh anggota
badan sehingga menyusahkan orang. Penyakit ini hanya dapat diubati
dengan perlaksanaan undang-undang yang ketat. Dalam erti kata lain,
pelaksana undang-undang juga tidak boleh bersekongkol dengan mereka.
Selain perlaksanaan undang-undang, kesedaran individu itu adalah
sangat penting kerana ianya dianggap sebagai perisai utama diri dari
melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Namun begitu, apa pun
penyelewengan yang mereka lakukan adalah salah dan bertentangan
dengan agama, kod etika profesional dan undang-undang serta norma-
norma masyarakat amnya.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 18/31
18
9.0 ISU BERKAITAN ETIKA PERAKAUNAN
9.1 KES 1
Akhbar Berita Harian melaporkan seorang akauntan
diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen terhadap
pertuduhan pecah amanah membabitkan RM 250,000 sepuluh tahun
lalu.
Mengikut pertuduhan, Subramaniam, 51, didakwa melakukan
pecah amanah beberapa cek yang kesemuanya bernilai RM 250,000
yang diamanahkan kepadanya, apabila gagal membuat pembayarann
cukai pendapatan Syarikat Cashflow Horizon Sdn Bhd kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri(Cawangan Wilayah Persekutuan).
Beliau di dakwa di mahkamah pada 14 Oktober 2009 dituduh
melakukan kesalahan itu di Syarikat Cashflow Horizon Sdn. Bhd,
Wisma Pantai, No 5 Jalann 4/83A, disini antara 30 Ogos hingga13
Disember 2002. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua
tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh
dikenakann denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira
Sariaty Zainal dengan mengemukakan lapan saksi disepanjang
perbicaraan bermula pada 15 Julai 2011.
Cashflow ialah sebuah syarikat yang mengusahakan produk
kecantikan dengan jenama ‘O’lynn’
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 19/31
19
9.2 KES 2
Bernama melaporkan seorang bekas akauntann syarikat
petroleum mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen terhadap
tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih 13 juta antara
tahun 1999 hingga 2001.
Lee Ee Teong, 46, didakwa melakukan kesemua kesalahan
tersebut di BJ Oilwell Sdn Bhd di D-8-2 Megan Evanue 1, 189, Jalan
Tun Razak pada 9 Nov 1999 dan 3 Sept 2001.
Jumlah wang yang terlibat dalam kes ini ialah antara
RM1,020,200; RM9,612,610 dan RM3,045,010.
Lee yang diwakili peguam V.Sithambaran, didakwa mengikut
Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
sehingga 20 tahun, dan denda, dan sebatan jika disabitkan
kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery
Ong memberitahu mahkamah bahawa kesalahan tertuduh tidak boleh
dijamin tetapi beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah
untuk memutuskannya. Beliau mencadangkan jaminan RM1.3 juta
bagi ketiga-tiga pertuduhan. Harris turut memaklumkan bahawa
syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat antarabangsa yang
melibatkan kepentingan pelaburan dari luar negara.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 20/31
20
Sithambaran memaklumkan mahkamah yang anak guamnya
telah memulangkan kembali RM13 juta tersebut kepada pengadu
menerusi sepucuk surat yang diserahkan kepada pihaknya.
Sebelum ini, Lee turut menghadapi 202 pertuduhan melakukan
pengubahan wang haram membabitkan RM21.8 juta di tiga buah
mahkamah berbeza iaitu di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Johor
Baharu dan Kuala Lumpur.
9.3 KES 3
Di Johor Baharu seorang bekas eksekutif perakaunan sebuah
syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini
terhadap 20 pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan lebih
RM8.16 juta.
M. Suresh, 38, dari Taman Zamrud di Ulu Tiram, didakwa
melakukan semua kesalahan itu antara 11 Dis 2007 hingga 10 Dis,
2008 semasa bekerja untuk Serimax Welding Services (M) Sdn Bhd di
Pasir Gudang. Dia didakwa memindahkan wang syarikat itu melalui
20 transaksi ke dalam akaun empat syarikat Modus Perintis Sdn Bhd;
Shanghai Fortune Machinery Co Ltd; Mac Warners (Singapore) Pte Ltd;
China National Electronics Import and Export Shenzen Company.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan atau
denda, jika sabit kesalahan.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 21/31
21
Suresh didakwa telah memindahkan melalui pemindahan
telegraf ke dalam akaun Modus Perintis sebanyak RM15,000 pada 11
Dis 2007; RM120,010 (29 Feb 2008); RM180,000 (11 Mac 2008);
RM7,000 (21 April 2008); RM10,000 (20 Mei 2008); RM12,000 (6 Jun
2008); RM400,000 18 (Jun 2008); RM60,000 (4 Julai 2008);
RM320,000 (15 Julai 2008); RM10,000 (15 Okt 2008); dan RM30,000
(6 Nov 2008).
Dia juga didakwa memindahkan wang syarikat dengan cara
yang sama ke dalam akaun Shanghai Fortune Machinery sebanyak
USD50,000 pada 8 Ogos 2008; USD400,000 (14 Ogos 2008);
USD420,000 (22 Sept 2008); USD450,000 (20 Okt 2008); USD30,000
(6 Nov 2008); USD30,000 (6 Nov 2008); dan USD375,000 (10 Dis
2008).
Dia juga didakwa memindahkan sebanyak USD120,000 ke
dalam akaun Mac Warners pada 14 Dis 2007 dan USD124,000 ke
dalam akaun China National Electronics Import and Export Shenzen
Company pada 26 Feb 2008.
9.4 KES 4
Di Shah Alam seorang akauntan sebuah pusat bersalin dijatuhi
hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas
mengaku bersalah terhadap 40 pertuduhan memalsukan tanda
tangan pada cek dan satu pertuduhan pecah amanah tahun lepas.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 22/31
22
S.Paramjothy, 60, yang juga pentadbir pusat bersalin
berkenaan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap
pertuduhan memalsukan tanda tangan dan hukuman penjara
setahun bagi kesalahan pecah amanah.
Hakim Mohd Fadhir Harun memerintahkan hukuman itu
berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 3 Nov
2011. Mahkamah bagaimanapun tidak menjatuhkan hukuman
sebatan kerana mengambil kira usianya.
Paramjothy mengaku bersalah terhadap 40 pertuduhan
memalsukan tanda tangan bagi 37 keping cek UOB dan tiga keping
cek Hong Leong Bank Berhad yang kesemuanya bernilai RM354,950
dengan niat menyebabkan kerugian kepada Syarikat Sri Damodaram
(M) Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di premis
syarikat berkenaan di Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Telok
Gadong, Klang dekat sini, antara 1 Okt 2010 hingga 28 Dis 2010.
Mengikut fakta kes, Paramjothy bekerja di syarikat itu sejak 14
Jun tahun lepas dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan antara
tugasnya ialah menyimpan buku cek.
Perbuatannya terbongkar apabila pada 18 Feb lepas, pengadu
kes itu iaitu pemilik syarikat berkenaan Dr K.Damodaram, menerima
panggilan daripada UOB dan Hong Leong Bank memaklumkan
bahawa syarikatnya tidak cukup wang untuk menjelaskan bayaran.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 23/31
23
Terdahulu, Paramjothy yang tidak diwakili peguam, memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan isterinya
baru meninggal dunia tiga minggu lepas kerana menghidap kanser.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairus Ismail yang
mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan
hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.
9.5 KES 5
Di Kuala Lumpur seorang pegawai akaun di sebuah syarikat
pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen
di sini terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan wang gaji
pekerja berjumlah lebih RM11,000.
Tuhul Muntako Wasito, 25, dari Kg Padang Balang, Sentul
didakwa melakukan pecah amanah wang tunai gaji pekerja Syarikat
Anirass Gaya Security Services Sdn Bhd di No 2C, Jalan Pahang
Barat, Sentul antara 6 Julai hingga 7 Julai 2012 yang berjumlah
RM11,449.
Dia, yang ditangkap, dituduh melakukan kesalahan itu
mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh didenda,
jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli menawarkan
jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 24/31
24
tidak diwakili peguam memohon jaminan itu dikurangkan kepada
RM1,000 kerana dia tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.
Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat
jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
10.0 TERAS ETIKA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
SALAHLAKU
Etika seharusnya menjadi teras dalam menyelesaikan masalah
salahlaku dikalangan ahli profesional seperti akauntan. Ciri- ciri
dibawah seharusnya menjadi sebahagian daripada nilai yang perlu
diterapkan ke dalam diri seorang pekerja:
a. Cemerlang
Seorang pekerja yang bekerja dengan cemerlang tidak
akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya
tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu
rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya
akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh. Prestasi
kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan
semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha
mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia
tidak mudah patah hati atau mengaku kalah. Untuk mencapai
tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 25/31
25
diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan
baik dalam semua keadaan.
b.
Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka
yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh
keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu
dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan
berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan
memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali
akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam
bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang
beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk
meningkatkan prestasi syarikat di mana mereka bekerja.
c. Niat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa
bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan
mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya.
Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti
kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.
Seseorang yang ingin bekerja dengan baik mestilah
bekerja dengan niat yang ikhlas tidak kerana riak, menunjuk-
nunjuk, kerana terpaksa atau kerana tujuan lain. Kerja atau
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 26/31
26
amalan yang kita lakukan bukan kerana niat yang betul akan
mengurangkan kualiti kerja yang dilakukan.
Oleh itu, setiap kerja yang ingin kita lakukan hendaklah
ikhlas. Ikhlas itu bermaksud murni atau bersih, tidak ada
campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih tanpa campuran
daripada lain-lain bahan seperti perak, tembaga dan
sebagainya. Maksud bersih di sini ialah, bersihnya sesuatu
pekerjaaan dari campuran motif atau tujuan seperti ingin dipuji
orang, ingin mendapat nama dan sebagainya.
d. Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab
terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan
semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada
masyarakat dan alam sekitar.
e. Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah
institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Jika
seseorang akauntan tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak
akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi
atau syarikat tersebut.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan
menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang akauntan yang baik.
Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 27/31
27
membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Akauntan seharusnya
patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan
baik.
f. Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya
yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan
perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat
komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau
khidmat yang cemerlang. Akauntan yang komited dapat menghasilkan
kerja yang bermutu dan boleh dipercayai.
g. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional.
Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang akauntan menjadi lambang
ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Akhlak buruk di sini
contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan
tidak komited dalam kerja.
h. Jujur
Di dalam bidang pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat
membentuk hubungan yang sihat di antara akauntan dan majikan dan
sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan
tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak
wasangka dan tipu daya atau pun dusta.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 28/31
28
i. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan
keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat
bahawa keuntungan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah.
Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang
bermaksud
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada
kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
j. Pengurusan Masa
Dalam menyelesaikan pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal
pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan
adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap
dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan
segala urusan kerja.
Firman Allah yang bermaksud:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat
(nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan
kesabaran."
(Surah Al-Asr Ayat 1-3)
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 29/31
29
k. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan
keburukan yang telah dilakukan. Seseorang akauntan perlu senantiasa
menilai kembali apa yang telah dilakukannya dan senantiasa berusaha
meningkatkan mutu kerja dan kebolehpercayaan majikan dan
masyarakat terhadapnya.
11.0 KESIMPULAN.
Etika perakaunan merupakan satu bentuk kaedah untuk
memastikan kes-kes salahlaku dapat dikawal. Kod etika perakaunan
digubal bagi memastikan adanya satu alat kawalan dalam
memastikan seseorang akauntan menjalankan tugasnya dengan
sebaik-baiknya.
Seseorang akauntan mempunyai akauntabiliti yang sangat
besar dalam memastikan akaun yang disediakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kod etika perakaunan serta etika diri sendiri yang tinggi perlu
bagi memastikan akauntan senantiasa mempunyai disiplin diri yang
tinggi.
Akauntan perlu senantiasa berfikir dengan waras dan tidak
membuat sesuatu perkara yang akhirnya akan menjejaskan diri
mereka sendiri.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 30/31
30
12.0 BIBLIOGRAFI
1.0 Sopan : Dari Perspektif Penurusan Organisasi, M.Z.Azmie, ,
Utusan Publication and Distributor Sdn Bhd, 2008, Kuala
Lumpur.
2.0 Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, Abd Jalil Othman,
Hala Tuju Pengurusan Sumber Manusia & Kerjaya, 2006, Kuala
Lumpur, Utusan Publication and Distributor Sdn Bhd.
3.0 Jurnal, Suraya Ishak, Penerapan Etika Dalam Kawalan
Korporat, 2009
4.0 Bernama, Perakaunan : Etika Dan Profesionalisme, 2007, My
Star Online.
5.0 http://kosmo.com.my/ .
6.0 http://berita.shibidoo.com
7.0 http://simung.wordpress.com/2010/07/06/akauntabiliti-dan-
integriti-dalam-pengurusan-kewangan/
8.0 Akauntan, Mohd Yahya Mohamed Ariffin, Utusan Publication &
Distributers Sdn. Bhd, 2007, Kuala Lumpur
9.0 Learning Organisation : Membentuk Budaya Belajar Dalam
Organisasi, Muntaz Began Abdul Kadir, PTS Profesional
Publishing Shd. Bhd. 2009, Kuala Lumpur
10.0 Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam: Konsep Dan Amalan,
Asmawati Suhid, Utusan Publication & Distributers Sdn. Bhd,
2008, Kuala Lumpur
11.0 Bausch & Lomb, Berpegang Teguh Pada Satu Visi, 2008,
Malaysia.
8/10/2019 ESEI TUGASAN 1.docx
http://slidepdf.com/reader/full/esei-tugasan-1docx 31/31
12.0 Penting Akauntan Beretika, 2010, Utusan Malaysia.
13.0 Business & Professional Ethics, Leonard J. Brooks, Paul Dunn,
2010, South-Western Cengage Learning, USA.
14.0 Accounting Ethics, Ronald Duska, Brenda Shay Duska and
Julie Anne Ragalz, Wiley-BlackWell, 2011, U.K
15.0 Accounting & Business Ethics, Ken McPhail and Diane Walters,
Simutaneously Published, 2009, New York.
16.0 Mumtaz Begam Abdul Kadir, Learning organisation: Membentuk
Budaya Belajar Dalam Organisasi, 2008, Kuala Lumpur, PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
17.0 Aziz Yusof, Mengurus Perubahan, 2008, Selangor, Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.
top related