faktor-faktor penyumbang tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan … · 2005-02-05 ·...
Post on 09-Jun-2018
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR PENYUMBANG TEKANAN YANG DIHADAPI OLEH
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM PEMBELAJARAN MATA
PELAJARAN FIZIK
DI DAERAH KOTA SETAR
LIM SAW YONG
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer
Serta Pendidikan ( Fizik )
Fakulti Pendidikan
Universiti teknologi Malaysia
Februari, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : __________________________
Nama Penulis : LIM SAW YONG__________
Tarikh : __________________________
iii
DEDIKASI
Buatmu ayah (LIM LEAN KIAT) dan ibu (CHEW WAT FOO) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuangan dalam kehidupan ini …..
Buatmu adik ( HENG YEONG, HENG GIAP, HENG WOEI) yang disayangi,
Mu amat bermakna dalam diri ini,
Kejayaanku, kejayaanmu jua …..
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan
tidak akan kulupai …..
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
Akan kukenangi selamanya …..
iv
PENGHARGAAN
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan
peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua
pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama
ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan iklas ini kepada penyelia tesis, Encik
Lokman Bin Mohd Tahir atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama daripada pihak pengetua dan guru-guru
Fizik terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat keluarga tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat
dihargai. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan tinjauan bagi mengetahui faktor-faktor
penghubung tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima dalam
pembelajaran mata pelajaran Fizik di daerah Kota Setar. Objektif kajian bertujuan
mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan di kalangan pelajar dari segi
akedemik, sosial dan psikologi. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengetahui
perbezaan jantina pelajar berhubung dengan tekanan yang dihadapi semasa pembelajaran
dalam mata pelajaran Fizik. Kajian ini telah melibatkan 170 orang pelajar Tingkatan
Lima dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Setar, Kedah sebagai sampel
kajian. Soal selidik yang berskala Likert digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data
kajian dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif seperti peratus, mod dan frekuensi
dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi
11.5. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan pelajar menghadapi tekanan
dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik dan faktor psikologi dari aspek penghargaan
diri yang rendah merupakan faktor utama dalam menimbulkan tekanan pelajar. Hasil
analisis juga menunjukkan dalam faktor jantina, jantina perempuan pelajar mengalami
tekanan yang lebih berbanding dengan jantina lelaki dalam pembelajaran mata pelajaran
Fizik. Cadangan juga dikemukakan dan menjadi harapan penyelidik agar pihak keluarga,
sekolah, dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil berat dan membendung
isu yang memberikan kesan kepada proses pembelajaran pelajar.
vi
ABSTRACT
The objectives of this descriptive study are to identify the factors stress that
affecting student’s performance in Form Five in studying of Physics. The objectives of
this research are to identify the factors of stress from the aspects of academic, social and
psychology. Besides focusing in the factors, research will looks into the different genders
affected by stress during the studying of Physics. This research involves 170 Form Five
students from 3 different secondary schools in the Kota Setar district, Kedah, as samples
for this research. Data were collected from respondents through questionnaires using
Likert scale items. Data’s are then analyzed by the SPSS (Statistical Package for the
Social Science) software, version 11.5, using simple statistics such as percentages, mod
and frequencies. Overall, the result shows that students do face stress during the studying
of Physics and factor psychology for aspect low self esteem proves to be the main factor
in correlation with stress. The results also show that female respondents are keener to
stress compared to male respondents during the studying of Physics. Suggestions also
forwarded by the researcher which is hope that parents, schools and the Ministry of
Education will look more seriously at this psychological effects to students learning
process.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL xv
BAB I PENDAHULUAN MUKA SURAT 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Tekanan 13
1.8.2 Dihadapi 14
1.8.3 Pelajar 14
1.8.4 Tingkatan 15
1.8.5 Pembelajaran 15
1.8.6 Fizik 16
1.8.7 Sekolah Menengah 16
1.8.9 Emosi 16
1.9 Penutup 17
BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 18
2.2 Faktor Akademik Dalam Tekanan 22
Pembelajaran Pelajar
2.2.1 Aspek Pembelajaran 22
2.2.2 Aspek Pengajaran Guru 23
2.2.3 Aspek Kekangan Masa 24
2.2.4 Aspek Prestasi Akademik 25
Rakan Sebaya
2.3 Faktor Sosial Dalam Tekanan 26
Pembelajaran
2.3.1 Aspek Keluarga 26
2.3.2 Aspek Jantina 27
2.4 Faktor Psikologi Dalam 28
Tekanan Pembelajaran
2.4.1 Aspek Penghargaan Kendiri 28
2.5 Penutup 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Lokasi Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Analisis Data 37
3.8 Prosedur Dan Tatacara Kajian 38
3.9 Penutup 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Latar Belakang 41
Responden
4.2.1 Jantina 41
4.2.2 Keputusan Percubaan Sijil 42
Pelajaran Malaysia (SPM)
4.3 AnalisisPersoalan Kajian 43
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 45
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 47
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 48
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 50
4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 52
4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian 6 53
4.3.7 Dapatan Persoalan Kajian 7 55
4.3.8 Dapatan Persoalan Kajian 8 56
4.4 Peratus Setuju Bagi keseluruhan Persoalan 57
Kajian
4.5 Penutup 60
BAB V RUMUSAN, CADANGAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan Kajian 61
5.3 Cadangan Kajian 63
5.4.1 Cadangan Kepada Kementerian 64
Pendidikan Malaysia
5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 64
5.4.3 Cadangan Kepada Ibu Bapa 65
5.4.4 Cadangan Kepada Para Pelajar 65
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 65
5.6 Penutup 66
RUJUKAN 67
LAMPIRAN A – F 73 - 91
LAMPIRAN TAJUK
A. Borang Soal Selidik
B. Surat Pengesahan Soal Selidik
C. Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia
D. Surat Akuan Universiti Teknologi Malaysia (UTM )
E. Jadual Penentuan Saiz Sampel
F. Analisis Persoalan Kajian Lima Skala
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Gejala Tekanan Mental 3
3.1 Pembahagian Item Mengikut Objektif Kajian 35
3.2 Tahap Pencapaian Tekanan Yang Dialami 38
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Keputusan Mata Pelajaran Fizik Dalam 42
Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM)
4.3 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, 45
Peratus Dan Mod Bagi Faktor Pembelajaran
4.4 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 47
Dan Mod Bagi Faktor Pengajaran Guru
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi,Peratus Dan 49
Mod Bagi Faktor Kekangan Masa
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 50
Dan Mod Bagi Faktor Prestasi Akademik Rakan Sebaya
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus Dan 52
Mod Bagi Faktor Keluarga
4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan 54
Peratus Bagi Faktor Perbezaan Jantina
4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus 55
Dan Mod Bagi Faktor Penghargaan Diri Yang Rendah
4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan Mod 56
Bagi Penilaian Prestasi Keseluruhan Terhadap
Tekanan Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Fizik.
4.11 Peratus Setuju Bagi Maklumbalas Responden 57
SENARAI SIMBOL
n - bilangan sampel
f - frekuensi
% - peratus
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan bukan sahaja diharapkan akan mengeluarkan generasi pelajar
yang berpengetahuan, berdisiplin, bermaruah, berkemahiran dan berkeupayaan
menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat, tetapi juga mampu berkerjasama
membina kemajuan dan kemakmuran yang berpanjangan kepada Negara ( Ramlan, 1999
). Oleh kerana terdapat permintaan dalam pendidikan, sistem pendidikan ini akan
menyebabkan tekanan dan seterusnya mungkin menyebabkan punca masalah tingkah
laku ( Caspari, 1996 ).
Satu aspek yang penting dalam pengalaman persekolahan ialah proses menduduki
ujian atau peperiksaan yang diadakan pada setiap bulan, setiap penggal dan setiap tahun.
Markah yang diperolehi menjadi maklumat dan bahan tanggapan terhadap diri sendiri. (
Abu Bakar dan Salbiah, 1991 ) Hal ini berlaku kerana pelajar-pelajar biasanya
membanding-bandingkan markah yang diperolehi dengan markah yang diperolehi oleh
rakan-rakannya. Pelajar juga akan membandingkan markah yang diperolehi dengan satu
tahap yang diingini dan dijangkakan.
Seorang pelajar yang sering memperolehi pencapaian akademik yang baik akan
berasa bangga terhadap sekolahnya, sentiasa gembira bila berada di sekolah dan
beranggapan bahawa pelajaran yang diajar oleh guru mudah untuk difahami. Pelajar ini
akan mempunyai sikap positif terhadap persekolahan ( Bloom, 1976 ), khususnya ia
mempunyai sikap positif terhadap sesuatu mata pelajaran, terhadap sekolah dan terhadap
diri ( Husen, 1967 ). Sebaliknya, pelajar yang mendapat pencapaian rendah merasa
dirinya serba kekurangan, pelajarannya dianggap susah untuk difahami, sering
mempunyai perasaan cemas bila berhadapan dengan guru dan rakan-rakan dan mereka
merasa tidak gembira bila berada di sekolah ( Atkinson dan Litwin, 1960). Pelajar ini
yakin tentang kekurangan dirinya dan bersikap negatif terhadap sesuatu mata pelajaran,
khususnya mengalami tekanan semasa pembelajaran.
Menurut Esa ( 2003 ), tekanan membawa dua maksud iaitu perkara yang
menyebabkan seseorang itu berasa tertekan atau dikenali sebagai stressaurs. Tekanan
juga boleh membawa reaksi indivudu apabila berhadapan dengan perkara yang
mendatangkan tekanan yakni melibatkan perubahan pada sistem autonomic seperti
pertambahan gerak jantung, perubahan sistem endokrin seperti pertambahan hormon
adrenalina dan juga perubahan pada kesan psikologikal seperti berasa diri dibelenggu.
Antara peristiwa yang boleh menyebabkan seseorang remaja mengalami tekanan
ialah :
I. Persaingan mengejar tempat dalam dunia akademik.
II. Keresahan dalam mendapatkan pasangan hidup.
III. Tekanan dan himpitan pengaruh rakan-rakan.
IV. Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
V. Kekaburan dan kekeliruan matlamat hidup.
VI. Ibu bapa yang sering bergaruh dan menghadapi krisis.
Sebenarnya, tekanan bukan perkataan yang menjijikkan malah perkataan ini
memotivasikan. Tekanan didefinisikan sebagai penukaran pada fizikal dan minda akibat
permintaan dan perubahan kehidupan. Ini disebabkan oleh hasil interaksi antara
peristiwa-peristiwa persekitaran dengan individu ( Brecht, 1996 ).
Tekanan mungkin berlaku dari tiga faktor utama : fizikal anda, minda dan sosial
atau alam persekitaran ( Abd Fatah, 2001 ).Ada beberapa gejala yang menandakan mental
anda tertekan. Antara gejala tekanan mental adalah :
Jadual 1.1 : Gejala tekanan mental
Perubahan Fizikal
Berpeluh pada tangan dan badan
Sering rasa dada berdebar
Menggeletar,kering mulut dan
kerongkong
Mudah merasa letih
Kerap kecing
Sukar untuk tidur
Masalah menghadzaman seperti loya,
muntah, cirit-birit, sembelit
Sakit kepala dan leher
Sakit-sakit sendi dan badan
Mudah diserang penyakit
Tingkah Laku
Tabiat merokok yang meningkat
Penggunaan alkohol dan dadah sebagai
cara mendapat mengurangkan masalah
Hilang selera makan atau makan
berlebihan
Mudah cuai dan sering terbabit dalam
kemalangan
Mudah terkejut
Bertindak secara impulsif dan agresif
Perasaan
Merasa bimbang
Merasa cepat marah
Merasa lemah semangat
Merasa tidak tenteram dan gelisah
Fikiran
Bimbang terhadap masa depan
Kurang daya tumpuan
Menjadi mudah lupa
Fikiran tertumpu pada masalah tempat
kerja
Takut gagal
Rendah harga diri
Sosial atau Alam Persekitaran
Keadaan tempat yang sangat sibuk dan
bising
Pergaulan dalam masyarakat yang tidak
menggalakkan
Perkara yang boleh menakutkan
keselamatan diri
( Terbitan Bulanan Untuk Promosi Kesihatan Mental, Hospital Bukit Pandang)Mental ,
Hospital Bukit
Walau bagaimanapun, kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah,
dihapuskan atau dikurangkan. Sehubungan dengan itu sekolah, ibu bapa dan masyarakat
perlu sehaluan dan bergabung tenaga dalam menangani masalah tekanan pelajar.
Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana
yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang
kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi perketi yang luhur ( Mahathir, 1991 ).
1.2 Latar Belakang Masalah
Kejayaan Yap Sui Lin mendapat 16 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
( SPM ) adalah satu sejarah. Inilah kali pertama sebegitu banyak subjek diambil oleh
seorang pelajar dan kesemuanya mencatat gred A. Selama beberapa hari, media-media
utama memuatkan berita pelajar Sekolah Perempuan Kuen Cheng, Kuala Lumpur itu.
Ramai yang tersentuh dengan kesungguhan dan kisah luar biasa Sui Lin. ( Mohd Zuki,
2003 )
Namun di tengah-tengah kegembiraan ada duka yang melanda J.Leethumy, juga
seorang pelajar yang baru memperoleh keputusan SPM, dijumpai mati tergantung dalam
bilik di rumahnya, dipercayai membunuh diri. Dia dikatakan berduka kerana mendapat
sekadar lulus bagi kertas Bahasa Melayu. Sebenarnya keputusan Lecthumy tidak buruk.
Dia mendapat A1 bagi Bahasa Inggeris dan Matematik manakala bagi subjek lain dia
mendapat kredit ( Mohd Zuki, 2003 ).
Mati dan tertekan kerana SPM? Ia satu tragedi, sebenarnya. Dunia hari ini hanya
menyukai yang menang dan yang tewas langsung tidak diterima. Kita telah sampai ke
peringkat yang mana telah ditetapkan bahawa tidak sesiapa sepatutnya membuat
kesilapan dan orang yang membuat kesilapan pastinya menerima hukuman.
Sistem pendidikan dunia kini sudah bertukar, anak-anak dididik bukan untuk
tujuan yang bersifat moral, tetapi lebih atas alasan ekonomi. Mereka dilatih untuk
menjadi “mesin pencetak wang” belaka. Situasi ini memberi tekanan hebat. Malah,
bilangan pelajar-pelajar sekolah yang membunuh diri di Jepun dilaporkan kian meningkat
berikutan gejala ini ( Mohd Zuki, 2003 ).
Semasa di Tingkatan Satu hingga Tiga, pelajar mempelajari sains secara umum,
iaitu sains adalah satu mata pelajaran yang terdiri daripada kombinasi Fizik, Kimia dan
Biologi. Tetapi dalam Tingkatan Empat dan Lima, pelajar aliran sains akan mempelajari
sains tulen, iaitu mempelajari Fizik, Kimia dan Biologi sebagai satu-satu mata pelajaran
berasingan ( Frank dan Tamby Subahan,1982).
Mata pelajaran Fizik merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh
dua tahun untuk murid Tingkatan Empat dan Lima. Ia dirancang untuk membolehkan
murid memahami konsep dan prinsip Fizik dengan lebih mendalam serta aplikasinya
dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran ini menyediakan murid dengan asas
pendidikan Fizik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik dan bidang yang
berkaitan dengan Fizik di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu murid mendapat
persediaan untuk membolehkan mereka menceburi diri dalam berbagai bidang kerjaya
yang berorientasikan sains dan teknologi ( Huraian Sukatan Pelajaran Fizik KBSM,
2001 ).
Dalam ketiga-tiga mata pelajaran sains tulen ini, sifat ilmu Fizik yang abstrak ini
telah diperkaitkan dengan kesulitan mempelajari Fizik ( Khalijah, 1998 ). Oleh itu,
keseriusan dalam proses membina kemahiran berfikir dalam ilmu Fizik ini dikatakan
telah menimbulkan tekanan pelajar dalam mempelajari ilmu Fizik.
Yang lebih mendatangkan masalah ialah tekanan ini turut digunakan ke atas
pelajar-pelajar dari kelas pertengahan yang dikategorikan sebagai sederhana sahaja
pencapaiannya. Ramai di kalangan ibu bapa daripada golongan ini menaruh harapan
tinggi dan mendesak anak-anak untuk menjadi cemerlang dengan menghantar mereka ke
pusat-pusat tuisyen. Namun, harapan yang terlampau tinggi serta tekanan persekitaran
akan menyebabkan banyak masalah lain muncul. Pelajar berkenaan mungkin akan
berjaya mencapai tahap keputusan peperiksaan yang diharapkan tetapi emosinya amat
tertekan.
Ada kemungkinan juga, pelajar berkenaan gagal mencapai seperti yang dicita-
citakan dan dia mungkin bertindak buruk kerana terlampau kecewa. Tidak mustahil ada
pelajar yang sanggup membunuh diri apabila berdepan dengan situasi ini.
Selepas 46 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan di negara
ini sudah banyak berubah. Adakah sistem yang ada ketika ini cukup sempurna dalam
melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam jasmani, emosi, intelek dan rohani? Ini
merupakan perkara yang perlu diprihatin oleh semua pihak.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Mcquade dan Aikman ( 1987 ), stress yang menghantui masyarakat kita
adalah stress yang subjektif. Ia bukan merupakan “pistol” yang mengacu ke arah kita tapi
kitalah yang merasa cemas akan ditodong. Ia bukan merupakan rasa takut akan
persaingan yang nyata tetapi sebuah memo bernada tajam yang beredar ke seluruh badan,
kita bukan takut akan gejala-gejala difteria yang timbul tetapi kita merasakan suatu
kecemasan terhadap anak kita yang sedang urak-urakan di luar rumah dan dengan
demikian mengundang kehancuran baginya. Masalah-masalah tersebut tidak dapat kita
lawan dengan respons badaniah, tetapi secara terus menerus kita mengadakan perlawanan
dan akibatnya kita tidak saja tercekik oleh persoalan-persoalan tetapi juga terlibat oleh
respons kita. Adakah kita dapat mengubah respons kita itu? Dalam kajian ini, penyelidik
ingin mengkaji faktor-faktor penyumbang tekanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
Tingkatan Lima dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik. Penyelidik cuba meninjau
tanggapan pelajar-pelajar terhadap tahap tekanan yang dialami. Tahap tekanan yang
dialami dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik adalah berkaitan dengan faktor-faktor
seperti akademik, sosial dan psikologi.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor penyumbang tekanan yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar di Tingkatan Lima dalam pembelajaran Fizik dan perkara
yang berkaitan dengan masalah ini. Untuk tujuan tersebut, beberapa persoalan telah
diberi keutamaan dan akan cuba dijawab oleh responden.
Persoalan-persoalan tersebut ialah :
Faktor akademik :
i. Adakah aspek pembelajaran menjadi punca tekanan pelajar dalam pembelajaran
Fizik ?
ii. Adakah aspek pengajaran guru menjadikan pelajar itu tertekan ?
iii. Adakah aspek kekangan masa menjadi punca tekanan pelajar dalam pembelajaran
Fizik ?
iv. Adakah aspek prestasi akademik rakan sebaya menjadikan pelajar tertekan?
Faktor sosial :
v. Adakah aspek keluarga menjadi punca tekanan pelajar dalam pembelajaran Fizik
?
vi. Adakah terdapat apek perbezaan jantina berhubung dengan tekanan yang dialami
oleh pelajar-pelajar?
Faktor psikologi :
vii. Adakah aspek penghargaan diri yang rendah dalam bidang akademik telah
menyebabkan pelajar itu tertekan ?
top related