faktor yang mempengaruhi kecemerlangan · pdf fileyang tabah menghadapi perpisahan buat...
Post on 02-Mar-2018
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PENCAPAIAN
PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH
MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.
AZHAR BIN HUSSIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH MENENGAH
AKADEMIK DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.
AZHAR BIN HUSSIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ijazah
penganugerahan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iv
DEDIKASI
Buat isteri yang tercinta, Salwatty Bt Mohd Saad
Jua anak-anakku
Mohamad Faris Nabil, Afiq Aiman dan Muhamad Haziq
Yang banyak berkorban dan bersabar,
Yang tabah menghadapi perpisahan buat seketika,
Untukku menimba ilmu di muka bumi Allah ini
Jua buat semua ahli keluarga dan keluarga mertua
Yang banyak memberi sokongan moral
Buat ibu yang dikasihi, Lijah Bt Samat serta
Untuk Arwah ayah dirindui, Allahyarham Hussin Bin Daud
Jasa dan pengobanan kalian
Tetap dalam ingat selamanya
Kejayaan ini kejayaan kita semua.
v
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya
menyiapkan penyelidikan saya ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Mohd Mohsin Bin Uzir yang telah sudi
memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta buah fikiran disepanjang tempoh saya
menyiapkan penyelidikan saya ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada Encik Zulkurnain Bin Abdul
Rahman yang telah sudi membuat penyemakan dan pengesahan soal selidik. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu mengeluarkan
pendapat dan berkongsi pengetahuan untuk menghasilkan penyelidikan ini.
Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua dan guru-
guru sekolah yang telibat dengan kajian ini kerana telah memberi kerjasama dalam
menjayakan penyelidikan ini.
Akhir sekali untuk isteri yang tercinta, serta anak-anak yang tersayang yang
mana banyak berkorban untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Jasa kalian
semuanya akan tetap dikenang buat selama-lamanya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.
Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat di Daerah Pontian
Johor yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta. Terdapat empat buah sekolah
menengah yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta. Responden kajian ini adalah
seramai 144 orang pelajar. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati, faktor guru, kemahiran dan
persekitaran memberi pengaruh yang besar dalam meningkatkan kecemerlangan
pencapaian pelajar. Sementara itu terdapat dua faktor yang boleh meningkatkan lagi
kecemerlangan pencapain pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta iaitu fakor minat dan
dorongan ibu bapa perlu ditingkatkan lagi. Beberapa cadangan telah diberikan kepada
pihak-pihak berkenaan iaitu pelajar, guru Reka Cipta, ibu bapa, pengurusan sekolah dan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan pelajar
dalam mata pelajaran Reka Cipta.
vii
ABSTRACT
The purpose of the research is to identify the factors that influence the excellence
of student achievement in Innovation subject. The research carried out to form four
students in Pontian District, Johor who is currently studying Innovation subject. There
were four secondary schools which offered this subject. The respondents in this research
were 144 students. In order to show the frequencies, percentages and mean, the data
obtain was analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) version
11.5. From the survey, it was found that teacher, skill and environment were the main
factors that influence the excellence student achievement. Besides, two factors that could
improve excellent student achievement in Innovation subject were student interest and
parent’s motivation. Suggestions have been made to students, teacher, parents, the
school administration and Ministry of Education to improve the excellence in Innovation
subject.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
ix
1.6 Rasional Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan kajian dan Skop Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.10 Penutup 14
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Faktor Minat 16
2.3 Faktor Persekitaran 17
2.4 Faktor Kemahiran 18
2.5 Faktor Guru 20
2.6 Faktor Dorongan Ibu Bapa 21
2.7 Penutup 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Kajian Rintis 31
3.8 Kaedah Analisis Data 31
3.9 Penutup 33
x
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Bahagian A 35
4.3 Rumusan Bahagian A 38
4.4 Analisis Bahagian B 38
4.4.1 Faktor Minat 38
4.4.2 Faktor Kemahiran 39
4.4.3 Faktor Persekitaran 39
4.4.4 Faktor Guru 39
4.4.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa 39
4.4.6 Persoalan kajian Pertama 40
4.4.7 Persoalan Kajian Kedua 43
4.4.8 Persoalan Kajian Ketiga 45
4.4.9 Persoalan Kajian Keempat 48
4.4.10 Persoalan Kajian Kelima 51
4.5 Penutup 52
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Perbincangan Kajian 54
5.2.1 Latar Belakang Responden 54
5.2.2 Faktor Minat Dalam Mempengaruhi 54
Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Reka Cipta.
5.2.3 Faktor Persekitaran Dalam Mempengaruhi 56
Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata
xi
Pelajaran Reka Cipta.
5.2.4 Faktor Kemahiran Dalam Mempengaruhi 58
Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran
Reka Cipta.
5.2.5 Faktor Guru Dalam Mempengaruhi Pencapaian 61
Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta.
5.2.6 Faktor Dorongan Ibu Bapa Dalam 62
Mempengaruhi Pencapaian Cemarlang Pelajar
Dalam Mata Reka Cipta.
5.3 Rumusan Kajian 64
5.4 Cadangan-Cadangan 67
5.4.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 67
5.4.2 Pihak Pengurusan Sekolah 68
5.4.3 Pihak Ibu Bapa 68
5.4.4 Pihak Guru 69
5.4.5 Pihak Pelajar 69
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 69
5.6 Penutup 70
BIBLIOGRAFI 71
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.2 Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil 4 Pelajaran Malaysia 2002 bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah di Daerah Pontian, Johor.
3.1 Analisis menunjukkan jumlah pelajar tingkatan 27
empat dan nama sekolah yang menawarkan mata
pelajaran Reka Cipta di Daerah Pontian, Johor
3.2 Hubungan persoalan kajian dengan bilangan item 28
di dalam soal selidik.
3.3 Skala Likert 29
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 32
3.5 Perubahan markat dan skala 32
3.6 Markat skala penyelidik 33
4.1 Taburan responden mengikut sekolah 35
4.2 Taburan responden mengikut jantina 35
4.3 Taburan responden mengikut bangsa 36
xiii
4.4 Taburan responden mengikut elektif KHB 36
4.5 Taburan responden mengikut keputusan KHB PMR 37
4.6 Taburan responden mengikut kursus pilihan 37
4.7 Analisis faktor minat 40
4.8 Analisis faktor persekitaran 43
4.9 Analisis faktor kemahiran 45
4.10 Analisis faktor guru 48
4.11 Analisis faktor dorongan ibu bapa 51
5.1 Kedudukan persoalan kajian mengikut min 66
yang tertinggi
xiv
SENARAI SINGKATAN
RC - Reka Cipta
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences
MINDS - Malaysia Innovation and Design Society
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
CAD - Computer Aided Drafting and Design (Reka Bentuk Bantuan
Komputer)
ABM - Alat Bantuan Mengajar
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran BPPDP Kementerian Pendidikan Malaysia
C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor
D Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
E Analisis Data Kajian Rintis
F Jadual Populasi Krejcie & Morgan
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Reka Cipta adalah satu komponen baru dalam bidang mata pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Menengah Atas. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif,
inovatif dan inventif serta boleh menyumbangkan kepada pembangunan teknologi dan
bukan hanya sebagai pengguna teknologi semata-mata.
Antara pembaharuan kurikulum dan projek yang telah dilaksanakan pada tahun
1995 adalah penyediaan sukatan mata pelajaran Reka Cipta (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1995). Mata pelajaran Reka Cipta ditawarkan sebagai mata pelajaran Elektif
Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi). Sebagai permulaan mata pelajaran ini telah
diperkenalkan di 14 buah sekolah pada tahun 1995 (op – cit).
Kurikulum Reka Cipta menekankan pemikiran analitik, kritikal, lateral dan
inventif ke arah menghasilkan sesuatu reka cipta yang berguna dalam bentuk konkrit dan
berfungsi. Kurikulum ini juga menekankan kesedaran keagungan Tuhan, pemupukan
nilai murni, pengalaman etika Reka Cipta, semangat keusahawanan dan semangat
kewarganegaraan.
2
Menurut de Bono (1989), Reka Cipta termasuk semua hasil aktiviti mental dan
fizikal yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Hasil itu boleh bersifat
konkrit mahupun abstrak. Secara amnya Reka Cipta adalah ciptaan akal berbentuk
konkrit ataupun abstrak. Reka Cipta yang dimaksudkan oleh penulis di dalam kajian ini
adalah projek atau ciptaan konkrit yang diusahakan oleh setiap pelajar di Sekolah
Menengah Atas.
Pengenalan mata pelajaran Reka Cipta diharapkan dapat melahirkan pelajar yang
lebih kreatif dan dapat menghasilkan sesuatu projek yang dapat membantu mereka
dalam kehidupan seharian. Ini berdasarkan mata pelajaran Reka Cipta yang
mementingkan penghasilan projek barangan atau produk pengubahsuaian dalam bidang
teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum,1996). Melalui mata pelajaran Reka Cipta
ini, pelajar dapat membuka minda mereka dengan lebih kreatif dan inovatif dengan
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian mereka
sehingga terbentuk suatu produk yang dapat mengatasi masalah tersebut.
Melalui Reka Cipta ini pelajar dapat mengasah minda mereka ke arah pemikiran
kreatif dan inovatif. Mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah supaya satu
alternatif yang benar-benar baik terhasil. Produk yang direka cipta ini seharusnya
menitikberatkan nilai-nilai komersial, selaras dengan perkembangan teknologi pada
masa ini.
Dari segi perkembangan intelek, KBSM menyediakan peluang untuk pelajar
memperkembangkan lagi keupayaan mereka cipta dan menjadi kreatif (Shahril atau
Chairil et. al, 1993). Bersesuaian dengan matlamat KBSM untuk melahirkan individu
yang kreatif, Pusat Perkembangan Kurikulum telah meningkatkan usaha-usaha untuk
memperkukuhkan dan memantapkan lagi kurikulum sekolah melalui program perubahan
dan pembaharuan kurikulum.
3
Menurut Ainon dan Abdullah (1994), reka cipta konkrit ialah penghasilan atau
pengubahsuaian sesuatu barang manakala Reka Cipta abstrak pula merupakan
penghasilan idea, rancangan dan pengurusan bagi mengatasi atau mengurangkan sesuatu
masalah. Ini bermakna reka cipta konkrit terbentuk apabila adanya Reka Cipta abstrak.
Produk ini mestilah bersifat inovatif dan bernilai komersial yang harus
diilhamkan daripada idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Melalui
proses reka cipta pengalaman sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan dan reka
bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing merupakan
potensi yang baik dalam pembentukan diri murid sebagai seorang pereka. Pengetahuan
tentang harta intelek termasuk peten dan strategi pemasaran membolehkan murid
bersedia menghasilkan produk bagi tujuan tersebut. (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2002).
Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan pelajar analitikal,
kritikal, lateral dan kreatif serta boleh menyesuaikan diri dengan pembahuruan dan
perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi
penyumbang kepada pembangunaan teknologi negara (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1994). 1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Laporan Jabatan Pendidikan Negeri Johor terdapat empat buah sekolah
yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta tingkatan empat pada tahun 2003 di
Daerah Pontian dengan jumlah pelajar seramai 223 orang pelajar (Jabatan Pendidikan
Negeri Johor, 2003). Mata pelajaran Reka Cipta hanya ditawarkan kepada pelajar–
pelajar Sekolah Menengah Akademik sahaja (Lembaga Peperiksaan, 1995).
4
Mata pelajaran Reka Cipta yang diperkenalkan sejak 8 tahun dahulu telah
memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menimba ilmu dalam
bidang mereka cipta. Pelajar dikehendaki menggunakan reka ciptaannya yang dibuat
dalam suasana kehidupan biasa dan bukan dalam suasana peperiksaan untuk dinilai
(Lembaga Peperiksaan, 1995).
Jadual 1.2 : Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
2002 bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah di Daerah Pontian, Johor
Jumlah calon mendapat pangkat Bil.calon &
% 1 2 3 4 5 6 7 8 9 TH
Jumlah
lulus
%
lulus
120 29 22 12 34 13 4 0 1 0 5 115 100
100 25 19 10 30 11 4 0 1 0 100 100
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2003).
Berdasarkan jadual 1.2 di atas yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri
Johor (JPN) dapat disimpulkan memang terbukti bahawa terdapat keputusan yang
memberangsangkan dalam mata pelajaran Reka Cipta iaitu sebanyak 100% telah lulus
pada tahun 2002 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malyasia (SPM) bagi empat buah
sekolah di daearah Pontian. Peringkat cemerlang seramai 51 orang daripada 120 pelajar
memperolehi pangkat 1 dan 2 iaitu 44%, manakala peringkat kepujian seramai 63 orang
iaitu pangkat 3, 4, 5, dan 6 mendapat 55% dan peringkat lulus pula mendapat 1%. Ini
menunjukkan bahawa pencapaian bagi mata pelajaran Reka Cipta di Daerah Pontian
adalah memuaskan. Jadi, satu tinjauan perlu dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor
yang mempengaruhi kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka
Cipta.
5
Penyelidik ingin mengenalpasti faktor yang mungkin menyumbangkan kepada
kecemerlangan pencapaian peperiksaan mata pelajaran Reka Cipta 100% ini adalah
kerana minat yang mendalam pelajar terhadap mata pelajaran Reka Cipta, persekitaran
atau suasana pembelajaran, kemahiran yang sedia ada pada pelajar, faktor dorongan
daripada ibu bapa atau keluarga serta startegi pengajaran guru telah menyebabkan
kebanyakan pelajar mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Reka Cipta.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kenyataan melalui latar belakang tersebut, maka penyelidik ingin
menjalankan kajian tentang faktor yang menyumbangkan kepada kecemerlangan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta. Di sini penyelidik ingin
mendapatkan kepastian sama ada terdapat masalah dari segi lima faktor iaitu faktor
minat, faktor persekitaran, faktor dorongan ibu bapa, faktor strategi penyampaian guru
dan kemahiran yang dapat mempengaruhi pencapaian kecemerlangan pelajar dalam mata
pelajaran Reka Cipta.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan persoalan kajian yang telah dipilih, penyelidik cuba menggariskan
beberapa objektif yang dikira mampu menjadi landasan dan panduan semasa
menjalankan kajian ini. Objektif kajian ialah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Reka Cipta yang boleh
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.
6
1.4.2 Mengetahui faktor persekitaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Reka Cipta.
1.4.3 Mengenalpasti kemahiran asas yang ada dalam diri pelajar dapat meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.
1.4.4 Mengetahui kaedah pengajaran guru dapat membantu pelajar meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.
1.4.5 Mengenalpasti dorongan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap pelajar dalam
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan lima persoalan kajian merujuk
kepada objektif yang dikehendaki. Persoalan ini bertujuan untuk mengetahui faktor
kecemerlangan pelajar Sekolah Menengah Akademik di Daerah Pontian terhadap mata
pelajaran Reka Cipta. Secara amnya pula ingin menjawab persoalan seperti berikut:
1.5.1 Sejauh manakah minat pelajar mempengaruhi pencapaian kecemerlangan mata
pelajaran Reka Cipta?
1.5.2 Sejauh manakah faktor persekitaran mempengaruhi pencapaian kecemerlangan
mata pelajaran Reka Cipta?
1.5.3 Adakah kemahiran asas yang dimiliki pelajar dapat mempengaruhi pencapaian
kecemerlangan mata pelajaran Reka Cipta?
1.5.4 Adakah kaedah dan strategi pengajaran guru dapat mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta?
1.5.5 Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi pencapaian kecemerlangan dalam mata
pelajaran Reka Cipta?
top related