fakulti pengurusan maklumat universiti teknologi …ir.uitm.edu.my/id/eprint/15210/1/td_zuraimin...
Post on 17-Jul-2020
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Projek Akademik:
"Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (let) Dikalangan Pelajar
Fakulti Pengurusan Maklumat Di Perpustakaan Uitm Puncak Perdana"
Disediakan oleh:
Zuraimin Bin Zahari
(2005601259)
Fakulti Pengurusan Maklumat
Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
Mei 2007
ABSTRAK
Kajian ini mendedahkan tentang trend pelajar pada masa kini yang menggunakan
teknologi didalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Penggunaan teknologi
membolehkan mereka melakukan sesuatu kerja dengan lebih cepat dan pantas dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Penggunaan teknologi pada masa
kini dikalangan pelajar adalah sangat meluas. Kebanyakan tugasan yang dilakukan
termasuk mencari maklumat adalah dengan menggunakan teknologi iaitu mengakses
maklumat melalui internet. Keadaan ini berbeza dengan suasana pelajar pada masalalu
yang mana sumber maklumat hanya boleh diperolehi dalam bentuk bercetak sahaja.
Melalui kajian ini juga akan didedahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
ketika menggunakan perkhidmatan ICT didalam perpustakaan UiTM Puncak Perdana.
Dengan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi, perpustakaan akan dapat mengubah
atau memperbaiki kelemahan yang ada didalam memberikan pekhidmatan kepada pelajar
atau pengguna yang lain. Cadangan-cadangan yang diberikan dapat menolong
perpustakaan memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien.
i
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah swt dengan izinNya penyelidikan ini telah berjaya disiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan. Sepanjan tempoh menyiapkan penyelidikan ini, banyak
rintangan dan cabaran dihadapi. Namun, dengan azam dan semangat yang kuat,
penyelidikan ini telah dapat disiapkan dengan jayanya.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat bagi memastikan
penyelidikan ini dapat disiapkan dengan sempurna sama ada yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Setinggi-tinggi penghargaan kepada responden yang
sudi untuk menjawab borang selidik bagi memastikan data dapat dikutip.
Tidak dilupakan, penghargaan ini juga ditujukan kepada penasihat projek akademik ini
yang memberi komitmen yang penuh bagi memastikan penyelidikan ini dapat disiapkan
pada waktu yang ditetapkan. Tanpa bantuan daripada beliau, penyelidikan ini mungkin
tidak dapat disiapkan dengan sempurna.
Semoga kerjasama yang diberikan itu diberkati Allah s.w.t.
ii
KANDUNGAN PENYELIDIKAN MUKA SURAT
ABSTRAK i
PENGHARGAAN ii
SENARAI KANDUNGAN iii
BAB 1 PENGENALAN
1.1. Pendahuluan 1 -2
1.2. Objektifpenyelidikan 3
1.3. Kepentingan penyelidikan 3
1.4. Pernyataan masalah 3-4
1.5. Definisi 4
1.6. Pembatasan penyelidikan 5
BAB 2 ULASAN KESUSASTERAAN 6-8
BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 9-15
BAB 4 DAPATAN 16-51
BAB 5 DISKUSI, CADANGAN DAN KESIMPULAN 52-60
RUJUKAN
LAMPIRAN
iii
BAB 1
top related