format membuat rumusan
Post on 19-Jun-2015
11.068 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Nota Intensif Kertas 2 - Rumusan
Modul Intensif Rumusan
Rumusan (Soalan 1) Pendahuluan – 2 MarkahIsi Tersurat + Isi Tersirat – 16 MarkahKesimpulan – 2 MarkahBahasa – 10 Markah Jumlah 30 Markah
1. Membina pendahuluan melalui petikan soalan. Punca = Faktor-faktor, sebabMasalah = Kekangan, halangan, kesulitan dan
kerumitan.Kesan = Akibat, implikasi, natijahLangkah = Cara-cara, usaha-usaha, pendekatan,
tindakan, strategi, mekanismeKepentingan = Faedah, manfaat, kebaikan,
kelebihan.Peranan = Tugas, tanggungjawab
Contoh : Tulis satu rumusan tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa.
Pendahuluan : Petikan membincangkan peranan ibu bapa mendidik anak-anak...
Contoh : Tulis satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan bahasa inggeris dan manfaatnya kepada pelajar-pelajar.
Pendahuluan : Petikan membincangkan cara-cara meningkatkan penguasaan bahasa inggeris...
2. Mengesan isi tersurat (Maksimum 12 Markah)- Lazimnya petikan rumusan – 3 atau 4 perenggan.- Kebiasaannya – isi tersurat berada
i) Pada akhir perenggan pertama.ii) Pada perenggan 2 atau 3.iii) Pada permulaan perenggan akhir.
- Kaedah menyalin perenggan. Berikan tumpuan kepada perenggan kedua @ ketiga. Cara:
o Tulis permulaan ayat isi tersurat” Kepentingannya ialah Caranya ialah Masalahnya ialah Kesannya ialah Puncanya ialah Peranannya ialah
- Kemudian salin perenggan petikan kedua@ ketiga @ keempat
- Membuang perkataan/ayat-ayat dalam petikan (untuk mengurangkan jumlah perkataan) Panduan:
o Buang ayat yang bermula dengan perkataan misalnya, seperti dll sehingga akhir ayat.
o Buang ayat huraian yang bermula dengan perkataan yang, supaya, agar, bagi sehingga akhir ayat.
o Dan perkataan-perkataan lain yang difikirkan perlu dibuang.
3. Isi Tersirat (Maksimum 4 markah)- Mencari jawapan berdasarkan arahan kedua
dalam soalan.
4. Kesimpulannya (2 Markah)- Kesimpulannya kerajaan hendaklah........... ........supaya..............- Selepas perkataan hendaklah, wajar diikuti oleh
salah satu perkataan berikut:o Mengatasio Membanteraso Menanganio Memajukano Meningkatano Memelihara/mengawal.memantau
- Contoh – Kesimpulannya kerajaan hendaklah memelihara terumbu karang di Malaysia supaya....(Berdasarkan soalan arahan pertama)
Contoh soalan rumusan: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan terumbu karang di Malaysia dan kaedah pemuliharaan. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.Pendahuluan = Rumusan membincangkan kebaikan terumbu karang di Malaysia.
Isi Tersurat = Kepentingan terumbu karang (1 Isi = 2 markah – maksimum 12 markah)
Isi Tersirat = Kaedah pemuliharaan (1 Isi = 2 markah – maksimum 4 markah)
Penutup = Kesimpulannya, kerajaan hendaklah menjaga dan memelihara proses pembiakan terumbu karang di Malaysia supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.
Disediakan oleh Cikgu Md Hasrul (UPSI)
Peribahasa: Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau tidak dia akan kerugian.
top related