frasa nama dalam bahasa melayu
Post on 13-Dec-2015
71 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
Frasa Nama
Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa nama ialah
frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata
ganti nama.
Dalam binaan frasa nama ini, terdapat dua jenis binaan iaitu :
Binaan inti + penerang
Binaan inti + inti
(a) Binaan inti + penerang.
Binaan jenis ini terdiri daripada kata nama yang menjadi inti hadir di depan,
manakala penerangnya hadir pada kedudukan selepas inti. Jadi, kata nama yang
diterangkan (inti frasa) hadir dahulu dan kata yang menerangkan atau penerang hadir
kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan dipanggil hukum D-M, yakni hukum
Diterangkan – Menerangkan ( Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga )
Contoh :
Inti (D) Penerang(M)
pisang goreng
Namun, dalam hukum D-M ini terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa frasa
nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran, bilangan bukan
ordinal, kehadiran kata naïf dan kebiasaan. Contoh kekecualian boleh dilihat dalam jadual di
bawah.
Frasa
CatatanPenerang (M) Inti (D)
Tiga orang murid Kata penjodoh bilangan
Beberapa buah kereta Kata penjodoh bilangan
Bukan persoalan Kata naïf
Sang Kancil Gelaran/panggilan
Berdasarkan kehadiran inti + penerang dalam frasa nama, terdapat bentuk-bentuk
frasa nama yang terhasil, iaitu
Penerang mendahului inti
Contoh : Tiap-tiap hari
Inti mendahului penerang
Contoh : Gunung berapi
Penerang terpisah/terbahagi
Contoh : seorang dua / beberapa biji durian yang dijual
a) Binaan inti + inti
Susunan frasa nama bagi binaan inti + inti ini ialah kedua-dua kata inti sama-sama
mendukung makna dan tidak ada unsur penerang dalam binaan tersebut. Binaan kata
majmuk dan simpulan bahasa adalah termasuk dalam binaan jenis ini. Contoh binaan frasa
inti + inti terdapat dalam jadual di bawah.
Inti Inti
Kerusi Meja
Makan Angin
Selain itu, binaan frasa ini juga mendukung makna yang sama erti dan makna yang
bertentangan. Contoh bagi makna yang sama erti ialah hamba abdi dan hutan rimba. Bagi
makna yang bertentangan pula ialah anak cucu, ibu bapa dan kerusi meja.
Dalam pembentukan ayat, frasa nama ini boleh dikategorikan kepada beberapa
fungsi. Fungsi-fungsi tersebut dapat di lihat dengan jelas dalam jadual di bawah.
Frasa Nama Berfungsi Sebagai : Ayat
subjek Vinod sedang tidur.
predikat Ibu saya doktor.
objek Saya menjerang air.
Klausa
Perbezaan Antara Klausa Bebes Dengan Klausa Tidak Bebes
Perbezaan antara klausa dengan ayat ialah jika klausa tidak diucapkan dengan
intonasi (suara) yang sempurna, iaitu intonasi berdasarkan maksud ayat, maka klausa itu
belum menjadi ayat. Ayat terbentuk apabila klausa dilafazkan dengan intonasi yang
sempurna.
Ada dua jenis klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa tak bebas
tidak berupa ayat, kerana tanpa hadir di belakang klausa bebas, klausa tak bebas tidak
dapat berdiri sendiri. Klausa bebas ialah jenis klausa yang mengandungi subjek dan
predikat, manakala klausa tak bebas mungkin bersubjek dan mungkin tidak bersubjek,
mungkin berpredikat dan mungkin tidak predikat, serta ada kata hubung yang terletak di
hadapan klausa tak bebas.
Contoh klausa bebas:
1. saya berenang
2. dia pelajar terpandai
3. ibu membeli sayur-sayuran
Jika klausa-klausa bebas diucapkan dengan suara naik turun yang sesuai
berdasarkan makna dalam ayat, maka timbullah ayat.
Klausa bebas yang berubah kepada ayat:
1. (a) Saya berenang.
2. (a) Dia pelajar terpandai.
3. (a) Ibu membeli sayur-sayuran.
Bilangan ayat dalam bahasa Melayu tidak terhad seperti ayat 1 hingga ayat 5 sahaja.
Ayat-ayat yang biasa kita tulis dan katakan lebih panjang daripada ayat di atas. Jadi, dalam
kebanyakan keadaan, klausa tak bebas akan ditambah di belakang klausa bebas sebagai
keterangan. Klausa tak bebas ini ialah ayat keterangan yang saya selalu sebut.
Jika klausa tak bebas, iaitu klausa keterangan ditambah di belakang ayat 1(a) hingga
ayat 3 (a) di atas, wujudlah ayat 1 (b) hingga 3 (b) di bawah:
1. (b) Saya berenang pada waktu petang.
2. (b) Dia pelajar terpandai di kelas saya.
3. (b) Ibu membeli sayur-sayuran daripada Pak Ahmad.
Dalam ayat 1 (b) hingga 3 (b) di atas, klausa keterangan, iaitu klausa tak bebas
adalah seperti dalam ayat 1 (c) hingga 3 (c) di bawah:
1. (c) pada waktu petang. (keterangan waktu)
2. (c) di kelas saya. (keterangan tempat)
3. (c) daripada Pak Ahmas. (keterangan tempat)
Jelas kelihatan bahawa klausa tak bebas dalam klausa 1 (c) hingga klausa 3 (c) tidak
dapat berdiri sendiri tanpa kewujudan klausa bebas. Selain itu, klausa tak bebas ada banyak
jenis keterangan, seperti keterangan waktu (pada waktu petang), tempat (di kedai buku),
tujuan (bagi meningkatkan pencapaian dalam sukan), harapan (agar ia dapat mengahwini
isteri yang cantik), penyertaan (dengan guru-guru dan rakan-rakan) dan cara (dengan
pisau).
top related