gadaian 2016 (rb-lampiran-v4-042015 (pihak1&3) 2016 (rb... · 2.2 apabila dua pihak atau lebih...
Post on 03-Mar-2019
224 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 1
LAMPIRAN
Pihak yang diperihalkan di dalam Seksyen 1(a) Jadual Pertama (“Penggadai”) telah pada hari ini
menggadai hartanah yang diperihalkan di dalam Jadual Gadaian dan di dalam Seksyen II Jadual
Pertama (“Hartanah”) kepada AmBank (M) Berhad (No. Syarikat: 8515-D) (“Bank”) sebuah
syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan mempunyai lesen di bawah Akta Perbankan dan
Kewangan 1989 (kemudiannya dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan
mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja
Chulan, 50200 Kuala Lumpur tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat kemudian dari ini
dinyatakan di dalam Gadaian.
RESITAL
1. Penggadai adalah pemilik berdaftar dan benifisial Hartanah.
2. Peminjam telah memohon dan Bank bersetuju menyediakan dan/atau terus
menyediakan Pinjaman kepada Peminjam tertakluk kepada terma-terma dan syarat-
syarat terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman.
3. Sebagai balasan tersebut di atas, Penggadai bersetuju menandatangani Gadaian
berpihak kepada Bank, berkaitan dengan Hartanah untuk menjamin pembayaran
semula dan pembayaran Keterhutangan Peminjam kepada Bank.
MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:-
1.0 Definisi
1.1 Di dalam Gadaian ini, perkataan-perkataan berikut hendaklah mempunyai makna
dinyatakan terkandung kemudian ini:-
“Kumpulan AmBank” semua syarikat berhubungkait dan syarikat
mempunyai kaitan dengan Bank dan syarikat
pemegangannya.
“BNM” Bank Negara Malaysia, subsidiarinya, agensi dan
biro yang ditubuhkan olehnya.
“Kadar Asas” kadar rujukan yang ditentukan oleh Bank dari masa
ke masa bagi penetapan harga kadar terapung
pinjaman/kemudahan pembiayaan, dan pengiraan
mengikut penetapan oleh Bank Negara Malaysia
sebagaimana yang boleh dikenakan dari semasa ke
semasa atau mana-mana pihak berkuasa lain yang
mempunyai bidang kuasa ke atas Bank di Malaysia.
“Peminjam” bermaksud pihak yang telah diperihalkan di dalam
Seksyen 1 (b) Jadual Pertama kemudian ini.
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 2
“Gadaian” Gadaian ke atas Hartanah di bawah Kanun Tanah
Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/Ordinan Tanah
Sabah (mengikut sebagaimana terpakai) di dalam
bentuk sebagaimana yang dikehendaki seperti
dinyatakan sebelum ini di dalam undang-undang dan
termasuk di dalam Gadaian, untuk ditandatangani
oleh Penggadai berpihak kepada Bank sebagai
jaminan Keterhutangan.
‘Penggadai’
pihak dinyatakan di dalam Seksyen 1(a) Jadual
Pertama yang menggadai Hartanah kepada Bank
untuk pembayaran / pembayaran semula
Keterhutangan;
“Kejadian Kemungkiran”
kejadian-kejadian kemungkiran dinyatakan di dalam
Klausa 5.0 Gadaian.
‘Pinjaman’
kemudahan pembiayaan dinyatakan di dalam
Perjanjian Pinjaman.
“Perjanjian Pinjaman”
Perjanjian Pinjaman ditandatangani di antara Bank
dan Peminjam berkenaan dengan Pinjaman,
sebagaimana diperihalkan di dalam Seksyen III
Jadual Pertama.
“CBP” bermakna apa-apa cukai yang perlu dibayar ke atas
pembekalan barangan, perkhidmatan atau perkara
lain mengikut peruntukan Undang-undang CBP.
“Undang-undang CBP" bermakna Akta Cukai Barang dan
Perkhidmatan 2014, perundangan subsidiari, perintah
berkanun dan peraturan yang terpakai bagi
permohonan CBP, sebagaimana yang dipinda dari
masa ke masa.
“Keterhutangan” mana-mana jumlah amaun terhutang oleh Peminjam
kepada Bank (sama ada sebagai prinsipal/penjamin
termasuk prinsipal, faedah, faedah dipermodalkan,
faedah dikompaun, fi, kos, caj-caj lain) di bawah
Perjanjian Pinjaman, Gadaian ini dan/atau lain-lain
Dokumen Sekuriti.
“Pengurusan Perbadanan ”
bermakna Pengurusan Perbadanan seperti dinyatakan
di bawah Akta Strata 1985.
‘Hartanah’
hartanah yang diperihalkan butir-butirnya di dalam
Seksyen II Jadual Pertama terkemudian dari itu.
‘Dokumen Sekuriti’
secara kolektif semua dokumen sekuriti untuk
Pinjaman, termasuk Gadaian.
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 3
‘Penjual’
sebagaimana terpakai, mana-mana satu atau lebih
dari pihak-pihak berikut:-
(a) pemaju yang memajukan Hartanah;
(b) pemilik yang memiliki Hartanah;
(c) Penjual yang menjual Hartanah kepada
Peminjam;
(d) Kontraktor yang membina dan membaikpulih
Hartanah;
(e) Pembiaya yang memberi kemudahan
pembiayaan kepada Peminjam.
“Perjanjian JualBeli”
Sebagaimana terpakai, mana-mana satu perjanjian
yang ditandatangani oleh Penggadai, seperti:-
(a) perjanjian jualbeli dengan pemaju dan/atau
pemilik/penjual untuk pembelian Hartanah;
(b) perjanjian pembinaan/pembaikpulih dengan
kontraktor untuk membina/membaikpulih
Hartanah;
(c) kemudahan pembiayaan/perjanjian pinjaman
dengan pembiaya jika Hartanah diletakkan
sebagai jaminan kemudahan diberi kepada
Peminjam.
1.0 Interpretasi Dan Pentafsiran
2.1 Rujukan kepada jantina maskulin hendaklah termasuk termasuk jantina feminine
dan jantina neuter dan sebaliknya dan rujukan kepada perkataan tunggal
hendaklah merangkumi majmuk dan sebaliknya.
2.2 Apabila dua pihak atau lebih memberi ungkapan dan/atau akujanji sebagaimana
dikehendaki, ungkapan dan akujanji hendaklah boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-
pihak tersebut sama ada secara bersesama atau berasingan.
2.3 Mana-mana terma berkaitan dengan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang tidak
ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut amalan
umum perniagaan dan perdagangan industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia.
2.4 Perkataan yang merujuk kepada individu adalah termasuk mana-mana pihak, orang
persendirian, syarikat, perbadanan, persatuan, korporat, firma/ usahasama/ selainnya dan
sebaliknya.
2.5 Rujukan kepada 'undang-undang' hendaklah merangkumi tanpa limitasi: perundangan-
perundangan / statut di Malaysia, enakmen negeri, perundangan subsidiari, undang-
undang kecil, garis panduan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan di
bawahnya dan mana-mana enakmen seperti perundangan / enakmen negeri.
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 4
2.6 Jadual 16A atau Memorandum Gadaian hendaklah menjadi sebahagian penting kepada
Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan ditafsir sebagai bahagian penting kepada
Perjanjian ini.
2.7 Apa-apa rujukan kepada "Gadaian" hendaklah termasuk segala pindaan penambahan /
perjanjian tambahan yang dibuat dari masa ke masa di antara Bank dan Peminjam.
2.8 Tajuk-tajuk kepada Seksyen Perjanjian ini adalah dimasukkan untuk tujuan memudahkan
sahaja dan tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada interpretasi / pentafsiran
Perjanjian ini.
2.9 Kecuali sebagaimana konteks memerlukan dan melainkan terma-terma Gadaian ini
menyatakan dengan nyata, semua perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan
ditafsirkan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah mempuyai makna yang sama apabila
digunakan/dirujuk di dalam Gadaian.
2.10 Semua peruntukan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah dianggap dimasukkan ke
dalam dan adalah sebahagian dari Gadaian (sama ada peruntukan tersebut adalah diulang
di sini atau tidak) tertakluk kepada pemindaan atau perubahan jika perlu untuk
memastikan peruntukan Perjanjian Pinjaman tidak bercanggah dengan peruntukan
Gadaian.
2.11 Sekiranya berlaku mana-mana konflik atau perselisihan antara peruntukan Perjanjian
Pinjaman dan Gadaian, peruntukan Perjanjian Pinjaman hendaklah mengatasi bagi tujuan
mentafsirkan dan melaksanakan Gadaian.
3.0 Gadaian
3.1 Sebagai jaminan untuk pembayaran dan pelepasan Keterhutangan di bawah Perjanjian
Pinjaman, Penggadai dengan ini menggadai Hartanah kepada Bank di atas terma-terma
dan syarat-syarat Gadaian.
3.2 Gadaian hendaklah menjadi jaminan yang berterusan sehingga pembayaran penuh
Keterhutangan oleh Peminjam kepada Bank di bawah Perjanjian Pinjaman.
4.0 Representasi, Waranti, Akujanji Dan Wa’ad oleh Penggadai
4.1 Penggadai mengakui bahwa Bank telah menerima Gadaian di atas kebergantungan penuh
terhadap representasi, waranti dan akujanji dibuat oleh Peminjam seperti berikut:-
4.1.1 bahawa Gadaian adalah obligasi-obligasi diwujudkan mengikut undang-undang,
sah dan mengikat Penggadai;
4.1.2 bahawa Perjanjian JualBeli yang telah ditandatangani oleh Penggadai adalah sah
dan mematuhi undang-undang;
4.1.3 bahawa penandatangani penyerahan dan pelaksanaan Gadaian oleh Penggadai:-
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 5
(a) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan undang-undang atau
peraturan-peraturan atau mana-mana perintah atau dekri mana-mana
pihak berkuasa, agensi atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
ke atas Penggadai;
(b) tidak akan melanggar mana-mana peruntukan mana-mana gadai-janji,
kontrak atau akujanji atau instrumen yang mengikat Penggadai sebagai
pihak berkontrak;
(c) tidak akan menyebabkan kewujudan atau mana-mana obligasi untuk
mewujudkan atau mengenakan mana-mana gadai-janji, lien, pajak atau
gadaian atas mana-mana aset Penggadai atau pendapatan mengikut
peruntukkan mana-mana gadai-janji, kontrak atau akujanji lain atau
instrumen.
4.1.4 bahawa semua kebenaran, kelulusan atau pemberikuasaan mana-mana pihak
berkuasa relevan berhubung dengan menandatangani, penghantaran,
pelaksanaan, kesahan dan penguatkuasaan Gadaian telah diperolehi dan mana-
mana syarat-syarat terkandung didalam atau sebaliknya terpakai telah dipatuhi;
4.1.5 bahawa Penggadai adalah tidak melanggar mana-mana perjanjian yang
ditandatangani olehnya sebagai satu pihak berkontrak dan tiada litigasi, timbang
tara atau prosiding pentadbiran boleh memberi kesan kepada kesolvenan
Penggadai dan menjejaskan keupayaan Penggadai untuk melaksanakan obligasi-
obligasi Penggadai kemudian dari ini.
4.1.6 bahawa Penggadai mempunyai kuasa penuh dan muktamad, hak dan otoriti untuk
menandatangani Gadaian dan bahawa tiada pihak lain hendaklah mempunyai
keutamaan melebihi Bank berhubung dengan Hartanah;
4.1.7 bahawa semua butir-butir dan deklarasi yang diberi, disediakan atau dibuat oleh
Penggadai adalah benar, tepat dan betul;
4.1.8 bahawa Penggadai adalah berhak sepenuhnya ke atas Hartanah dari tarikh
terkemudian dari ini, bebas dari mana-mana bebanan, dan tuntutan-tuntutan
bahawa:
(a) tiada pelanggaran mana-mana undang-undang masih berterusan yang
akan memberi kesan secara material atau kesan buruk terhadap nilai
Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;
(b) Penggadai telah mematuhi dengan dan hendaklah mematuhi segala
kelulusan dikehendaki berkenaan Hartanah;
(c) tiada pihak ketiga mempunyai kepentingan, hakmilik atau manafaat ke
atas Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;
(d) Penggadai belum memasuki mana-mana perjanjian atau perkiraan (sama
ada secara lisan atau bertulis) di mana Penggadai bersetuju untuk
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 6
memindah hak, memindah milik, menyerah hak, menggadai atau
mewujudkan mana-mana bebanan ke atas Hartanah atau mana-mana
bahagian darinya;
(e) semua syarat-syarat kegunaan tanah (secara nyata atau tersirat)
berhubung dengan Hartanah dan semua undang-undang lain, kaedah-
kaedah, peraturan-peraturan, telah dan akan dipatuhi;
(f) semua cukai tanah dan lain-lain perbelanjaan yang berkaitan dengan
Hartanah telah dan hendaklah dibayar sepenuhnya oleh Penggadai;
(g) tiada notis atau pengambilan tanah wajib berhubung dengan Hartanah
atau mana-mana bahagian darinya telah diterima oleh Penggadai;
(h) jika Hartanah (atau mana-mana bahagian darinya) adalah dibangunkan,
semua kelulusan yang diperlukan berhubung dengan pembangunan telah
diperolehi dan adalah berterusan semasa permulaan dan sepanjang masa
pembangunan hartanah atau mana-mana bahagian darinya;
4.1.9 jika Penggadai adalah pihak selain dari Peminjam, adalah bermanafaat kepada
Penggadai untuk menandatangai dan melaksanakan Gadaian.
4.1.10 semua representasi dan waranti seperti dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman
(sebagaimana terpakai) hendaklah mengikat Penggadai.
4.2 Penggadai dengan ini berwa’ad dan bersetuju bahawa sepanjang keberterusan Gadaian,
Penggadai hendaklah:-
4.2.1 membenarkan Bank mempunyai jagaan atau milikan geran hakmilik kepada
Hartanah selagi Gadaian masih belum dilepaskan;
4.2.2 menghuni Hartanah sebagai pemegang lesen Bank dan hendaklah memberi
milikan kosong Hartanah kepada Bank atau pihak atau pihak-pihak sebagaimana
Bank boleh arahkan sekiranya lesen menghuni Hartanah telah dibatalkan melalui
notis bertulis oleh Bank;
4.2.3 mematuhi semua syarat-syarat, sekatan-sekatan dan kategori kegunaan tanah
secara nyata atau tersirat yang dikenakan ke atas atau memberi kesan kepada
Hartanah atau jika Hartanah tertakluk kepada mana-mana peruntukan mana-mana
Akta Parlimen Ordinan atau Enakmen pada masa ia berkuatkuasa dan mana-
mana kaedah atau peraturan atau perintah dibuat terkemudian darinya;
4.2.4 tidak akan menggunakan Hartanah atau membenarkan Hartanah digunakan untuk
tujuan-tujuan selain dari mengikut tujuan ia dibina dengan khusus atau
meletakkan atau membawa ke atas Hartanah mana-mana bahan-bahan khas
mudah menyala, mudah terbakar atau sifat bahaya atau membuat atau
membenarkan apa-apa perkara dibuat atas sebab olehnya mana-mana polisi atau
polisi-polisi insuran boleh dijadikan terbatal atau boleh batal;
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 7
4.2.5 membayar cukai tanah, taksiran, caj-caj penyelenggaraan, kadar-kadar, cukai-
cukai dan semua perbelanjaan pasti lain kepada kerajaan atau pihak berkuasa
atau badan statutori atau kepada Perbadanan Pengurusan dari semasa ke semasa
berhubung dengan Hartanah sebagaimana ianya hendaklah menjadi kena dibayar
dan berbayar dan akan memberi kepada Bank apabila dituntut semua resit-resit
bayaran tersebut;
4.2.6 memberi indemniti kepada Bank terhadap semua tuntutan, tindakan, denda,
penalti dan perbelanjaan-perbelanjaan yang ditanggung, dialami atau sebab tiada
pembayaran cukai hartanah, kadar-kadar, caj-caj, belanja pasti dan belanja
dikenakan berhubung dengan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya atau
pelanggaran atau kegagalan melaksanakan wa’ad, obligasi-obligasi dan
perjanjian-perjanjian terkandung kemudiannya;
4.2.7 memastikan mana-mana bangunan, struktur atau lekapan sekarang atau pada bila-
bila masa kemudian dari ini dibangunkan atau dilekapkan ke Hartanah di dalam
keadaan pembaikan dan sesuai untuk disewakan dan membenarkan Bank pada
masa-masa munasabah memasuki Hartanah untuk melihat dan memeriksa
keadaan Hartanah. Jika gagal kemudiannya, ianya hendaklah sah tetapi tidak
wajib ke atas Bank untuk melakukan membaik pulih sebagaimana Bank
merasakan perlu di atas kos dan perbelanjaan Penggadai dan semua jumlah
amaun yang dibelanjakan hendakah dibayar semula oleh Penggadai apabila
dituntut berserta dengan faedah yang ditentukan oleh Bank DENGAN SYARAT
WALAUPUN Bank melaksanakan pembaikan pulih dan ia hendaklah tidak
bertanggungjawab sebagai penerima hak dalam milikan.
4.2.8 menyediakan untuk Bank salinan-salinan kepada atau dari semua otoriti kerajaan
berkenaan berhubung dengan Hartanah tidak lebih dari tujuh (7) hari dari tarikh
notis diberi atau notis-notis oleh atau ke atas Penggadai dan mematuhi dengan
semua keperluan kerajaan dan lain-lain keperluan undang-undang dan notis-notis
atau sebaliknya berhubung dengan Hartanah;
4.2.9 memaklumkan kepada Bank jika Hartanah atau mana-mana bahagian darinya
hendaklah pada bila-bila masa menjadi hal perkara di dalam mana-mana notis,
notifikasi atau deklarasi berhubung dengan atau bersabit dengan perolehan oleh
kerajaan atau mana-mana otoriti kerajaan atau apa-apa pertanyaan atau prosiding
berkait dengan perkara sama. Berhubung dengan perolehan tersebut:
(a) Penggadai hendaklah memajukan kepada Bank salinan-salinan mana-
mana notis, notifikasi atau deklarasi sebaik sahaja ianya dihantar atau
diserahkan ke atas Penggadai.
(b) Bank hendaklah berhak di atas perbelanjaan Penggadai untuk
mendapatkan khidmat penasihat-penasihat dan ejen-ejen (termasuk
peguamcara dan penilai) sebagaimana difikirkan sesuai manafaat untuk
tujuan menghadiri atau menasihati jika ada apa-apa pertanyaan atau
prosiding berkaitan atau berhubung dengan mana-mana perolehan.
(c) semua jumlah amaun diterima atau dibayar sebagai ganti rugi untuk
mana-mana perolehan Hartanah atau mana-mana bahagian hendaklah
digunakan untuk pelepasan atau pembayaran Keterhutangan dan
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 8
Penggadai mengesahkan bahawa Bank boleh menerima dan membuat
pelepasan untuk semua jumlah amaun diteirma oleh Bank.
(d) jika Penggadai menerima jumlah amaun untuk perolehan dari pihak
berkuasa kerajaan, Penggadai hendaklah memegang semua jumlah
amaun sebagai amanah untuk Bank dan akan membayar Bank dengan
serta merta apabila menerima jumlah amaun untuk membayar
Keterhutangan yang dijamin oleh Gadaian , Penggadai bersetuju:
4.2.10 melaksanakan, mengamal, melepaskan dan mematuhi semua dan setiap
kewajipan, tanggungjawab, liabiliti, obligasi dan wa’ad dikenakan ke atas
Penggadai oleh Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/Ordinan
Tanah Sabah/Akta Strata 1985 atau undang-undang kecil atau mana-mana
peraturan-peraturan, resolusi atau undang-undang kecil diluluskan oleh
Perbadanan Pengurusan, berhubung dengan hak-hak Penggadai, penggunaan dan
menikmati Hartanah dan hartanah umum dan tidak akan atau menyebabkan apa-
apa perkara bertentangan atau bercanggah dengan kewajipan-kewajipan seperti
dinyatakan sebelum ini, tanggungjawab-tanggungjawab, liabiliti-liabiliti dan
wa’ad-wa’ad berhubung dengan penggunaan, menikmati dan hak-hak Penggadai
berkaitan dengan Hartanah dan hartanah umum oleh Penggadai.
4.2.11 (a) memastikan Hartanah diinsurankan terhadap sebarang kehilangan atau
kerugian oleh kebakaran dan risiko-risiko lain sebagaimana Bank boleh
menghendaki sehingga nilai insuran penuh dengan syarikat insuran yang
dibenarkan dan Bank dinamakan sebagai penerima pembayaran tunggal
bayaran polisi dan akan meletakkan polisi insuran dengan Bank dan akan
dari semasa ke semasa membayar premium kemudiaannya dan memberi
resit-resit pembayaran kepada Bank.
(b) jika berlaku kemungkiran, Bank hendaklah bebas tetapi tidak
bertanggungjawab untuk mengekalkan atau memperbaharui mana-mana
insuran berhubung dengan Hartanah terhadap risiko insuran sebagaimana
Bank fikirkan sesuai pada kos dan perbelanjaan Penggadai;
4.2.12 hendaklah membayar sumbangan, langganan, tanggungan dan perbelanjaan
kepada tabung pengurusan, dalam gaya dan pada masa sebagaimana ditentukan
oleh Perbadanan Pengurusan, untuk tujuan mengekalkan, mengawal, mengurus
dan mentadbir hartanah umum, membayar sewa, kadar, taksiran, caj pengurusan,
cukai dan premium insuran dan melakukan mana-mana obligasi lain dipihak
Perbadanan Pengurusan. Sekiranya ada kemungkiran, ia hendaklah tidak
bersalahan dengan undang-undang tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk
membuat pembayaran atau mana-mana bahagian darinya dan pembayaran
tersebut hendaklah dianggap hutang berbayar dari Peminjam kepada Bank dan
hendaklah sebahagian dari jumlah amaun yang dijamin dengan faedah dikenakan
oleh Bank dan hendaklah atas semua tujuan menjadi berbayar serta merta
apabila dituntut; dan
4.2.13 hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Bank mengenai apa-apa
perubahan berkenaan alamat Penggadai, kegagalan berbuat demikian akan
memberi hak kepada Bank untuk melepaskan dari segala liabiliti-liabiliti dengan
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 9
menghantar mana-mana notis ke alamat terkini dan/atau nombor terdapat di
dalam rekod Bank.
4.3 Selagi Gadaian masih berkuatkuasa, Penggadai hendaklah tidak, tanpa kebenaran Bank:-
4.3.1 memindah, menjual, menggadai atau berurusan dengan Hartanah atau mana-
mana bahagian darinya/membiarkan ia tertakluk kepada apa-apa tanggungan,
gadaian, liabiliti atau lien/membuat apa-apa permohonan untuk perubahan
kegunaan tanah atau untuk membuat kegunaan tanah di bawah kategori kegunaan
tanah yang baru berhubung dengan Hartanah atau untuk membatalkan,
pemindahan atau pindaan mana-mana syarat atau sekatan berhubung dengan
Hartanah.
4.3.2 memajak/menyewa/ memberi apa-apa lesen atau melepaskan pemilikan atau
membuat atau menerima penyerahan mana-mana pajakan berhubung dengan
Hartanah atau mana-mana lekapan atau struktur atau mana-mana bahagian
kemudian dari ini kepada mana-mana pihak ketiga. Dalam hal ini, Seksyen 251
Kanun Tanah Negara atau peruntukan yang relevan di dalam Akta-Akta yang
terpakai hendaklah tidak terpakai terhadap Gadaian ini.
4.3.3 merubah/merobohkan/mengubahsuai/mengalih mana-mana binaan, struktur atau
lekapan pada masa ini atau pada bila-bila masa kemudian ini dibina atau
dilekatkan ke atas Hartanah dan hendaklah kemudian dari itu menggantikan atau
membaik pulih sekiranya ubahsuai dibuat;
4.3.4 membenarkan mana-mana individu atau pihak selain dari Penggadai untuk
mendiami Hartanah dan sekiranya Hartanah dijual di Lelongan Awam mengikut
peruntukan terkandung dari ini atau suatu perintah Mahkamah atau Pentadbir
tanah, Penggadai hendaklah apabila dikehendaki oleh Bank pada kos Peminjam
dan perbelanjaan menyerahkan milikan kosong Hartanah kepada Bank atau
kepada mana-mana pihak sebagaimana Bank boleh arahkan;
4.3.5 melaksanakan atau mengekalkan mana-mana insuran terhadap apa-apa risiko
berhubung dengan Hartanah bersama dengan mana-mana lekapan atau struktur di
atasnya jika Bank telah melaksanakan atau mengekalkan apa-apa insuran seperti
dinyatakan sebelum ini.
4.4 ADALAH DIPERSETUJUI bahawa sekiranya Penggadai mengingkari pematuhan
dengan perjanjian dan akujanji yang terkandung di dalam Gadaian ini, Bank boleh tetapi
tidak wajib memperbetulkan pelanggaran dan mana-mana wang yang telah dibayar atau
dibelanjakan oleh Bank bersama-sama dengan faedah selepas itu pada kadar ditentukan
oleh Bank dari tarikh pembayaran hendaklah apabila dituntut dibayar kepada Bank dan
sehingga pembayaran dibuat, hendaklah dianggap sebagai jumlah didahulukan oleh Bank
kepada Peminjam dan hendaklah menjadi sebahagian wang yang dijamin.
4.5 Representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan hendaklah berterusan dan terpakai
terhadap penandatangani serta pelaksanaan Gadaian dan penggunaan kemudahan
Pinjaman. Penggadai hendaklah disifatkan mewakili, memberi waranti, mengakujanji dan
berwa’ad dengan Bank bahawa representasi, waranti, akujanji dan wa’ad dinyatakan di
sini adalah benar dan betul di dalam segala aspek dan akan terus disifatkan sedemikian
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 10
selagi mana-mana wang masih berbayar di bawah Perjanjian Pinjaman dan Gadaian
seolah-olah ia diulang dengan merujuk kepada situasi semasa.
4.6 Bank hendaklah bersetuju menyediakan dan berterusan menyediakan kemudahan
Pinjaman kepada Peminjam di atas kebenaran dan kesahihan representasi, waranti,
akujanji dan wa’ad dinyatakan di sini. Sekiranya mana-mana representasi, waranti,
akujanji dan wa’ad terdahulu hendaklah pada bila-bila masa kemudian ini didapati tidak
benar dan/atau tidak tepat, Bank kemudiannya hendaklah diatas budi bicara mutlaknya
menangguh penggunaan atau pengeluaran atau menyemak atau menamatkan kemudahan
Pinjaman dan/atau melaksanakan hak-hak dan remedi di bawah Gadaian.
5.0 Pelanggaran Perjanjian
5.1 Bank hendaklah berhak untuk menamatkan keseluruhan kemudahan Pinjaman (prinsipal
dan faedah) yang tertunggak, bersama dengan kesemua wang yang dijamin akan dibayar
oleh Peminjam; sekiranya:
(a) Peminjam/Penjamin gagal membayar mana-mana amaun yang perlu dibayar pada
tarikh ia perlu dibayar/ apabila dituntut, sekiranya ia berbayar;
(b) Peminjam/mana-mana Pihak Sekuriti gagal mematuhi/melaksanakan mana-mana
perjanjian, wa’ad, stipulasi, akujanji, terma dan syarat untuk
dipatuhi/dilaksanakan di bawah Gadaian, Perjanjian Penjual/Dokumen Sekuriti;
(c) Peminjam/Pihak Sekuriti mengubah/memaklumkan perubahan/sifat/skop
perniagaan;
(d) Peminjam/Pihak Sekuriti melakukan tindakan kebankerapan/menjadi
bankerap/mati/menjadi gila/dipenjarakan (terpakai untuk Peminjam individu);
(e) Peminjam/Pihak Sekuriti adalah digulung/memasuki mana-mana
komposisi/pengurusan dengan pemiutang/membenarkan mana-mana
penghakiman tidak diselesaikan/memohon kepada Mahkamah untuk mana-mana
perintah sekatan/telah melantik penerima ke atas aset (terpakai sekiranya
Peminjam adalah syarikat);
(f) kemudahan Pinjaman adalah digunakan/dimanafaatkan untuk mana-mana tujuan
selain dari tujuan dinyatakan di dalam Surat Tawaran;
(g) mana-mana representasi didapati tidak benar, tidak tepat/diingkari pada waktu
material;
(h) mana-mana matlumat dan dokumen dibekalkan kepada Bank oleh
Peminjam/Pihak Sekuriti untuk permohonan Pinjaman kemudiannya didapati
tidak benar, tidak sahih, tidak tepat, diubah/dipalsukan;
(i) mana-mana Keterhutangan Peminjam/Pihak Sekuriti, sama ada kepada
Bank/Kumpulan AmBank, menjadi berbayar sebelum tarikh matang;
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 11
(j) mana-mana tindakan undang-undang diambil terhadap Hartanah oleh mana-mana
individu/pihak;
(k) mana-mana litigasi/timbang tara dimulakan terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti
yang pada pandangan Bank adalah memberi kesan kepada keupayaan
Peminjam/Pihak Sekuriti untuk melaksanakan obligasi di bawah Gadaian/mana-
mana Dokumen Sekuriti;
(l) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh
Peminjam/Pihak Sekuriti terhadap Bank, sama ada berhubung dengan
Pinjaman/sebaliknya; dan
(m) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh mana-
mana pihak ketiga terhadap Bank berhubung dengan kemudahan
Pinjaman/Hartanah.
5.2 Setelah berlakunya Pelanggaran, Bank hendaklah selepas itu berhak melaksanakan
semua/mana-mana remedi tersedia ada sama ada melalui Gadaian dan/Dokumen
Sekuriti/melalui undang-undang.
5.3 Bagi mengelak ketidakpastian, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua remedi
tersedia ada secara serentak, termasuk memulakan remedi melalui penjualan
Hartanah/prosiding penutupan/pemilikan mengikut Gadaian dan/atau Dokumen Sekuriti
dan prosiding sibil untuk mendapatkan keterhutangan yang kena dibayar dan berbayar.
6.0 Remedi Bank
6.1 Setelah dituntut dan/atau kejadian mana-mana Kejadian Kemungkiran sebagaimana
dinyatakan didalam klausa 5.0, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua atau
mana-mana hak dan kuasa berikut:-
6.1.1 memasuki ke dalam dan/atau mengambil milikan Hartanah;
6.1.2 menyewa, memberi pajak Hartanah atau mana-mana bahagian atau bahagian dari
itu di atas terma-terma sebagaimana dianggap sesuai oleh Bank;
6.1.3 menuntut dan menerima wang sewa terhadap Hartanah dari pemilik semasa
dan/atau menamatkan sewaan;
6.1.4 menjual dan menyerahhak Hartanah sebagai pemilik tanpa bebanan pada harga
dan dalam keadaan sebagaimana Bank hendaklah di atas budibicara mutlaknya
fikirkan sesuai;
6.1.5 bagi tujuan menjual Hartanah (atau menawarkannya untuk jualan), membaiki,
menggantikan dan membangun Hartanah dan memohon untuk mana-mana
permohonan yang sesuai, lesen atau kebenaran pada kos dan perbelanjaan
Penggadai dan/atau Peminjam;
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 12
6.1.6 membuka mana-mana lekapan atau struktur/bahagian boleh alih dari Hartanah
dan menjualnya berasingan dari Hartanah sekiranya Bank sifatkan perlu;
6.1.7 memberi notis kepada pemiutang-pemiutang Penggadai lain;
6.1.8 hak-hak dan remedi Bank sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang.
6.2 Apabila Hartanah dijual, Bank akan menggunapakai hasil penjualan di dalam cara
berikut:-
PERTAMA Untuk pembayaran mana-mana caj, perbelanjaan pasti, cukai
dan perbelanjaan berbayar kepada pihak berkuasa berkenaan
berhubung dengan Hartanah atau jika pembayaran telah dibuat
oleh Bank; didalam membayar balik Bank bagi pembayaran
yang telah dibuat;
KEDUA Untuk pembayaran mana-mana yuran, kos dan perbelanjaan
ditanggung atau akan ditanggung oleh Bank kepada
peguamcara (atas asas peguamcara-klien), pelelong, penilai
dan ejen-ejen yang dilantik oleh Bank untuk pelaksanaan atau
dikatakan untuk pelaksanaan Gadaian.
KETIGA Untuk atau terhadap kesemua faedah yang terakru dan masih
belum dibayar berhubung dengan Pinjaman atau baki
terkemudian dari itu yang masih terhutang.
KEEMPAT Untuk atau terhadap pembayaran amaun prinsipal tertunggak
di bawah kemudahan Pinjaman.
KELIMA Untuk atau terhadap pembayaran lain-lain keterhutangan
Penggadai terhutang dan berbayar kepada Bank.
DENGAN SYARAT BAHAWA Bank boleh pada budibicara mutlaknya mengubah susunan
pembayaran di atas atau menyimpan wang di dalam akaun tangguh tanpa faedah.
Walaubagaimanapun, perubahan mengikut susunan pembayaran atau pembayaran ke dalam
akaun tangguh hendaklah tidak memprejudiskan hak Bank untuk menerima amaun penuh yang ia
sepatutnya berhak terima sekiranya susunan pembayaran telah dipatuhi atau mana-mana amaun
yang kurang dan diperolehi dari sekuriti mencukupi sebagai pembayaran. Mana-mana lebihan
setelah pembayaran sepenuhnya kesemua liabiliti Peminjam di bawah Perjanjian Pinjaman dan
Penggadai dibawah Gadaian hendaklah dibayar kepada atau mengikut arahan susunan Penggadai
atau pihak pada masa itu berhak terima.
6.3 Sekiranya amaun diperolehi oleh Bank hasil dari penjualan Hartanah adalah kurang dari
amaun perlu dibayar kepada Bank, Peminjam hendaklah mempunyai liabiliti untuk
membayar kepada Bank perbezaan di antara amaun perlu dibayar dan amaun diperolehi
sehingga pembayaran dan akan juga membayar faedah atas baki pada kadar ditentukan
oleh Bank.
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 13
6.4 Bagi mengelakkan ketidakpastian, Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua
remedi tersedia ada secara serentak termasuk memulakan remedi melalui penjualan
Hartanah/prosiding penetupan/pemilikan mengikut Gadaian dan/atau Dokumen Sekuriti
dan prosiding sibil untuk mendapatkan Keterhutangan yang perlu dibayar dan tertunggak
kepada Bank.
7.0 Pindaan Dan Kelonggaran
7.1 Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa-apa cara memberi kesan kepada
sekuriti yang diwujudkan dan tanpa notis terdahulu kepada Penggadai:-
7.1.1 menetapkan, mempelbagaikan, meminda, menstruktur, mengurang/menambah
kemudahan Pinjaman;
7.1.2 memberi kepada Peminjam, Penggadai atau pihak sekuriti lain/penjamin mana-
mana kelonggaran;
7.1.3 mengurus mengenai pertukaran pelepasan atau meminda atau menahan dari
menyempurnakan atau melaksanakan mana-mana sekuriti atau jaminan lain atau
hak yang boleh pada masa sekarang atau pada bila-bila masa kemudian dari ini
dari atau terhadap Penggadai atau pihak lain; berurus dengan, menukar,
melepaskan, meminda/menahan dari menyempurnakan/melaksanakan mana-
mana sekuriti/lain-lain jaminan/hak ia boleh atau dari semasa ke semasa ada
dari/terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti.
8.0 Pendedahan Maklumat
8.1 Penggadai memberikan kebenaran kepada Bank untuk mendedah, atas budi bicara Bank,
kesemua/mana-mana maklumat dan dokumen berhubung dengan Gadaian:-
8.1.1 waris terdekat/pentadbir/wasi/benefisiari kepada Penggadai yang meninggal
dunia/peguamcara bertindak bagi pihak mereka bertujuan memohon suatu
perintah mahkamah/pihak yang telah memohon perintah mahkamah berhubung
dengan estet Penggadai yang meninggal dunia;
8.1.2 BNM/pihak berkuasa lain bertindak di bawah kuasa yang diberi oleh mana-mana
undang-undang terpakai;
8.1.3 penginsurer, broker, pengadjust kerugian mengikut mana-mana tuntutan akan
dibuat oleh Bank di bawah polisi insuran berhubung dengan kemudahan
Pinjaman;
8.1.4 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan terhadap Bank oleh
mana-mana pihak ketiga berhubung dengan kemudahan
Pinjaman/Gadaian/Hartanah;
8.1.5 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan oleh Bank terhadap
mana-mana pihak ketiga untuk mendapat wang bagi menanggung kerugian
dibawah Gadaian/kemudahan Pinjaman/Hartanah;
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 14
8.1.6 pihak polis/pihak berkuasa penyiasat lain, bagi tujuan siasatan terhadap mana-
mana jenayah (termasuk mana-mana pengubahan wang haram dan aktiviti
pembiayaan keganasan) sama ada oleh Peminjam/Penggadai/sebaliknya;
8.1.7 pihak polis/pihak berkuasa penyiasat lain, untuk tujuan membuat lapuran
berkenaan oleh Bank dan siasatan kemudiannya, sekiranya Bank adalah
berpandangan bahawa jenayah telah dilakukan/mencegah/mendapatkan wang
menampung kerugian oleh Bank/mencegah jenayah;
8.1.8 mana-mana pihak yang ingin mendapatkan Hartanah menerusi
lelongan/jualan/mana-mana pihak yang ingin mendapatkan kepentingan Bank,
aset dan liabiliti dibawah Gadaian/Keberhutangan/Hartanah;
8.1.9 mana-mana pihak pada masa hadapan boleh menyatakan niatnya untuk
mendapatkan mana-mana kepentingan/pegangan syer di dalam Bank/mengikut
mana-mana cadangan susunan, komposisi, gabungan, pemerolehan/penstrukturan
diantara Bank dan pihak-pihak berkenaan;
8.1.10 penasihat professional luaran pihak Bank dan Kumpulan AmBank Group.
8.2 Dalam kejadian mana-mana prosiding undang-undang dimulakan oleh Bank terhadap
Penggadai di bawah Gadaian untuk mendapatkan Keterhutangan atau mengikut hak-hak
dan remedi di bawah Gadaian, Penggadai memberikan kebenaran kepada Bank untuk
mendedahkan butiran, matlumat berhubung dengan Penggadai dan suratcara kausa
bersabit dengan prosiding undang-undang kepada mana-mana agensi laporan kredit di
Malaysia.
9.0 Notis
9.1 Penggadai hendaklah dengan segera memaklumkan Bank secara bertulis akan mana-
mana perubahan di dalam alamat Penggadai, kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan Bank dilepaskan dari kesemua liabiliti dengan menghantar mana-mana
notis kepada alamat terkini dan/atau nombor yang tertulis di dalam rekod Bank.
9.2 Tiada perubahan terhadap alamat Penggadai walaubagaimanapun hendaklah
berkesan/mengikat Bank sehingga notis rasmi mengenai perubahan alamat diterima dan
diakui oleh Bank.
9.3 Kesemua notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah diserahkan kepada cawangan
Bank ditempat kemudahan Pinjaman dikekalkan.
9.4 Tertakluk kepada Gadaian, Bank boleh memberi notis sebagaimana perlu diberi kepada
Peminjam dengan menghantar notis melalui pos biasa/serahan persendirian kepada
alamat Peminjam sebagaimana terdapat di dalam rekod Bank. Notis hendaklah disifatkan
telah diserahkan kepada pemegang akaun pada hari kelima selepas ianya dihantar secara
pos atau sekiranya diserahkan secara tangan, pada hari ianya diserahkan.
9.5 Di dalam mana-mana prosiding berhubung dengan Gadaian, surat tuntutan, notis,
penyata, peringatan atau sijil iaitu:-
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 15
(a) ditandatangani oleh pegawai atau peguamcara atau ejen lain yang dilantik oleh
Bank;
(b) dalam bentuk dokumen cetakan komputer dari Bank tanpa keperluan ianya
ditandatangani;
hendaklah dianggap muktamad dan mengikat Penggadai sebagai bukti muktamad
Keterhutangan di dalam mahkamah undang-undang, kecuali terdapat mana-mana
kesilapan nyata.
10.0 Resolusi Pertikaian
10.1 Semua aduan daripada Penggadai terhadap Bank berkenaan dengan Perjanjian ini akan
dihantar secara bertulis kepada: POBOX 12617 GPO Kuala Lumpur, 50784 Kuala
Lumpur / Nombor Fax: 03-21713171 / Alamat E-mel: customercare@ambankgroup.com.
10.2 Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia
dan dalam menguatkuasakan Perjanjian ini, Bank adalah bebas untuk memulakan dan
mengambil tindakan / prosiding terhadap Penggadai di mana-mana Mahkamah di
Malaysia yang Bank fikirkan patut.
10.3 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang
dimulakan oleh Bank terhadap Penggadai di bawah Perjanjian ini hendaklah
disampaikan melalui kediri / pos biasa ke alamat Penggadai seperti yang terdapat di
dalam rekod Bank.
10.4 Semua suratcara pemula untuk saman terhadap apa-apa prosiding undang-undang yang
dimulakan oleh Penggadai terhadap Bank di bawah Perjanjian ini hendaklah disampaikan
secara kediri / A.R pos berdaftar kepada alamat berdaftar Bank, yang pada masa material
adalah Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala
Lumpur. Penggadai bersetuju untuk tidak menyerahkan suratcara pemula untuk saman ke
cawangan Bank. Penyampaian sedemikian tidak boleh disifatkan sebagai penyampaian
sah kepada Bank. Penggadai bersetuju tanpa syarat untuk menyerahkan dan ditadbir di
bawah bidang kuasa mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia,
berkenaan dengan semua prosiding undang-undang yang difailkan oleh Penggadai
terhadap Bank.
11.0 Hak Penolakan
11.1 Dalam keadaan Penggadai gagal membayar mana-mana fi, caj, perbelanjaan pasti
(termasuk mana-mana faedah kemudian ini) berhubung dengan Hartanah (‘Bayaran
Ingkar’), Bank hendaklah berhak membekukan baki tersedia ada didalam akaun deposit
Penggadai dengan Bank/AmBank Group yang bersamaan dengan Bayaran Ingkar dan
memberi notis kepada Penggadai untuk menyelesaikan Bayaran Ingkar dibawah Gadaian.
11.2 Dalam keadaan Penggadai gagal menyelesaikan bayaran fee, caj, perbelanjaan pasti
berkait dengan Hartanah dalam tempoh notis, Bank hendaklah berhak menolak dengan
mutlak bahagian dari baki didalam akaun deposit Penggadai dengan jumlah keseluruhan
perlu dibayar kepada Bank dibawah Gadaian.
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 16
11.3 Bagi mengelak ketidakpastian, hak Bank untuk membuat penolakan boleh dilaksanakan
oleh Bank:
11.3.1 terhadap akaun deposit Penggadai dipegang oleh Penggadai secara bersama
dengan pihak lain;
11.3.2 terhadap kejadian Penggadai meninggal dunia, kebankerapan/insolvensi,
komposisi dengan pemiutang/mana-mana prosiding undang-undang terhadap
Penggadai.
12.0 Terma Umum
12.1 Tiada apa-apa jua terkandung di sini hendaklah memprejudiskan mana-mana lien yang
mana Bank berhak atau mana-mana sekuriti lain yang boleh dipegang oleh Bank pada
bila-bila masa untuk atau atas akaun wang dengan ini dijamin dan tiada apa-apa
hendaklah terkandung disini dianggap seperti akan bergabung atau memprejudiskan atau
memberi kesan kepada mana-mana bil, nota, jaminan, gadaijanji atau sekuriti lain yang
mana boleh dipegang oleh Bank pada masa ini untuk mana-mana wang yang
dimaksudkan dengan ini atau sebaliknya dijamin atau mana-mana hak atau remedi Bank
kemudian dari ini.
12.2 Setelah pembayaran kepada Bank akan keterhutangan dan kesemua wang dijamin
dibawah Gadaian, bersama dengan kesemua faedah diatasnya pada kadar dinyatakan,
Penggadai hendaklah berhak atas kos dan perbelanjaan (termasuk kos peguamcara untuk
pelepasan Gadaian dan prosiding undang-undang oleh Bank) untuk mendapatkan
pelepasan gadaian dan pelepasan Hartanah dari Bank, pelepasan tersebut adalah di dalam
bentuk dan kandungan sebagaimana Bank hendaklah dalam keadaan tersebut
menganggap sebagai wajar.
12.3 Tiada kegagalan / kelewatan oleh Bank dalam melaksanakan apa-apa hak, kelayakan,
kuasa / kuasa diberikan kepada Bank di sini akan dianggap bahawa Bank telah
membenarkan pengecualian dari melaksanakan apa-apa hak, kelayakan, kuasa/kuasa
Bank.
12.4 Semua caj dan perbelanjaan kos ditanggung / yang diberikan oleh Bank di bawah
Perjanjian ini / Dokumen Sekuriti, sama ada secara tersurat / tersirat akan dibayar oleh
Peminjam kepada Bank atas permintaan Bank dan akan dikenakan faedah ke atasnya jika
tidak dibayar pada tarikh ia perlu dibayar.
12.5 Bank boleh menyerah hak dan / atau memindahkan hak dan obligasi di bawah Perjanjian
ini / mana-mana bahagian daripadanya, mengikut budi bicara yang dianggap wajar,
kepada pemegang serah hak / penerima pindahan hakmilik. Penggadai tidak boleh
menyerah hak mana-mana hak Penggadai di bawah Perjanjian ini.
12.6 Mana-mana terma / syarat / ketentuan / peruntukan / perjanjian / aku janji / representasi
yang terkandung dalam Perjanjian ini yang diputuskan sebagai tidak sah, dilarang / tidak
boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana tribunal / mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa berwibawa hendaklah menjadi tidak efektif setakat menyalahi undang-undang,
keterbatalan, larangan / tidak boleh dikuatkuasakan, tanpa membatalkan peruntukan-
peruntukan di dalam Perjanjian ini.
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 17
12.7 Bank hendaklah tidak bertanggungjawab untuk mana-mana kegagalan pada pihaknya
untuk melaksanakan mana-mana obligasi disini diakibatkan secara lansung oleh tindakan
atau tiada tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau tempatan, atau mana-
mana mogok, boikot, sekatan, perbuatan Tuhan, gangguan awam atau sebab diluar
kawalan Bank.
12.8 Perjanjian ini hendaklah mengikat Penggadai dan penerima hak Penggadai dan boleh
dikuatkuasakan oleh Bank dan penguatkuasaannya hendaklah untuk kepentingan Bank
dan penerima hakmilik Bank.
12.9 Masa di mana dinyatakan di dalam perjanjian ini hendaklah menjadi intipati perjanjian
Gadaian.
12.10 Sejauh mana undang-undang hendaklah membenarkan pemakaian Seksyen 244(2) Kanun
Tanah Negara dan peruntukan yang bersamaan dengan Akta-Akta berkaitan hendaklah
dihadkan kepada keadaan jika mana-mana dokumen perlu bagi tujuan mana-mana
tindakan atau perkara dimulakan atau dibuat oleh kerajaan atau mana-mana pihak
berkuasa kerajaan dan ianya tidak terpakai jika dokumen tidak diperlukan bagi apa-apa
tujuan atau memberi kesan kepada urusan transaksi atau dimulakan oleh Penggadai DAN
Bank hendaklah dianggap tidak memberi kebenaran (sama ada secara nyata atau tersirat)
terhadap mana-mana tindakan atau transaksi menurut kuasa di dalam Seksyen 244(2)
atau peruntukan yang bersamaan.
12.11 Perjanjian Gadaian ini mungkin menyebabkan Penggadai hilang milikan atau kawalan ke
atas Hartanah apabila Bank melaksanakan hak-haknya di bawah Gadaian ini terhadap
Hartanah. Oleh yang demikian, Penggadai adalah dinasihatkan supaya mendapatkan
khidmat nasihat undang-undang yang bebas berkaitan dengan perjanjian Gadaian ini
sebelum menandatangi perjanjian Gadaian ini.
12.12 Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam Gadaian ini, pihak-pihak bersetuju bahawa yuran
dan wang lain yang kena dibayar daripada penyediaan apa-apa yang dibekalkan oleh
Bank di bawah Gadaian ini dan Dokumen Sekuriti adalah tidak termasuk GST
sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang GST dan GST tersebut
hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
12.13 Perjanjian Pinjaman, Gadaian, dan lain-lain Dokumen Sekuriti adalah instrumen yang
digunakan untuk menjamin kesemua wang atau liabiliti termasuk faedah kemudian dari
itu sepertimana sekarang atau dari masa ke semasa perlu dibayar dan terhutang dibawah
Perjanjian Pinjaman sebagaimana dimaksudkan didalam Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949
(Digabung dan Disemak, 1988). Bagi maksud Seksyen tersebut, Perjanjian Pinjaman
adalah disifatkan sebagai instrumen utama atau instrumen prinsipal dan Gadaian, dan
lain-lain Dokumen Sekuriti adalah disifatkan sebagai tambahan atau instrumen sekunder.
(baki halaman ini sengaja ditinggalkan kosong)
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 18
DALAM MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT Penggadai dan wakil Bank dengan ini
melaksanakan Perjanjian ini pada hari, bulan dan tahun yang tertulis di atas
DITANDATANGANI oleh ) AmBank (M) Berhad
Dan ) oleh wakilnya:-
Sebagai wakil untuk dan bagi pihak )
)
di hadapan ) ……………………………..
(jika Penggadai adalah seorang individu)
Ditandatangani oleh )
Penggadai )
di hadapan ) …………………………….
(jika Penggadai adalah sebuah syarikat)
Meterai Rasmi daripada )
Penggadai telah mengecap pada lampiran )
mengikut seperti )
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )
di hadapan ) .…………. ..……………
Pengarah Pengarah/
Setiausaha
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 19
JADUAL PERTAMA
(hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting kepada Perjanjian ini)
SEKSYEN
PERKARA
BUTIRAN
I(a).
Penggadai
No. K/P
Alamat
I(b).
Peminjam
No. K/P
Alamat
II.
Perihal Hartanah
III
Tarikh Perjanjian
RB-Lampiran-V4-04/2015 (Pihak1&3) 20
WA’AD OLEH PEMINJAM
(terpakai untuk Gadaian Pihak Ketiga)
Saya/Kami, Peminjam sebagaimana diperihalkan di dalam Seksyen 1(b) Jadual Pertama, dengan
ini mengakui, bersetuju, berwa’ad dan mengakujanji bahawa saya/kami hendaklah mematuhi,
melaksanakan dan mengikat dengan kesemua terma-terma dan syarat-syarat dinyatakan di dalam
Gadaian dan wa’ad selanjutnya untuk mendapatkan pematuhan dengan terma-terma oleh
Penggadai:-
DITANDATANGANI oleh Peminjam )
)
)
)
di hadapan ) ……………………………..
Meterai Rasmi daripada )
Peminjam telah mengecap pada lampiran )
mengikut seperti )
kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan )
di hadapan )
.…………….. ……………………
Pengarah Pengarah/Setiausaha
top related