garis panduan pelaksanaan program kerjasama …ipgkpt.edu.my/dokumen/garis panduan program kerjasama...
Post on 02-Apr-2019
270 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Disediakan Oleh: PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2015
DRAF
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 1
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan program kerjasama yang melibatkan kementerian, agensi atau
institusi dalam dan luar negara bukan sahaja memberi impak kepada imej Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK)
tetapi juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru, semua
program kerjasama IPG KPM perlu dirancang rapi dan dilaksanakan dengan lebih
profesional agar ianya memberi hasil yang berkualiti dan impak yang positif
kepada IPG KPM.
2.0 DEFINISI
2.1 Program Kerjasama IPG KPM
2.1.1 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan kementerian,
agensi, institusi, Universiti Awam dan Universiti Swasta di dalam
dan luar negara
2.1.2 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan sebarang proses
menandatangani dokumen kerjasama seperti pemeteraian
Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian
(MoA), Surat Hasrat (Letter of Intent) dan sebagainya
2.1.3 Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan Bahagian-
bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
2.1.4 Program kerjasama yang melibatkan penyertaan dan sumbangan
IPG KPM yang berkesan kepada pertubuhan dalam dan luar
negara
2.1.5 Program yang melibatkan jaringan dan kolaborasi dalam bidang
latihan guru dengan agensi dan institusi latihan dalam dan luar
negara
2.1.6 Contoh program kerjasama adalah kursus pengajian, program
latihan, penyelidikan, seminar, persidangan, lawatan, Training of
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 2
Trainers(TOT), program pertukaran pelajar, program kerjasama
melalui Mesyuarat Joint Working Group (JWG) dalam Bidang
Pendidikan, dan sebagainya.
2.1.7 Program kerjasama tersebut mempunyai kriteria seperti berimpak
tinggi (outcome-based), mempunyai kebolehcapaian (doable),
mempunyai peruntukan yang mencukupi (budgetary readiness)
dan mempunyai nilai timbal balik yang setara (return on
investment).
2.2 Penyelaras Program Kerjasama IPGK
2.2.1 Penyelaras tersebut bertindak sebagai pegawai penghubung
antara IPGK dan IPGM apabila terdapat sebarang urusan
berkaitan program kerjasama yang melibatkan mana-mana pihak
dari kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara.
2.2.2 Turut berperanan sebagai focal point bagi tujuan mengumpulkan
maklumat berkaitan semua program kerjasama yang melibatkan
semua jabatan dan unit di IPGK.
3.0 TUJUAN
Garis Panduan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM ini bertujuan untuk:
3.1 memaklumkan ketetapan IPGM tentang dasar sesuatu program
kerjasama dilaksanakan di peringkat IPG KPM;
3.2 menyediakan panduan mengenai prosedur pelaksanaan sebarang
program kerjasama di peringkat IPG KPM;
3.3 menyediakan maklumat tentang perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila merancang
sebarang program kerjasama IPG KPM.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 3
4.0 PUNCA KUASA
4.1 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 April 2004 -
perenggan 4.1.4 iaitu cadangan kementerian/agensi Kerajaan
mengadakan persidangan antarabangsa dan juga persidangan, seminar,
bengkel serta mesyuarat yang melibatkan peserta luar negara
memerlukan pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.
4.2 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mei 2006 perenggan
4.1.1 bilangan (7) iaitu cadangan Kerajaan menandatangani perjanjian
atau memorandum persefahaman (MoU) atau memorandum perjanjian
(MoA) dengan pihak asing perlulah dikemukakan untuk pertimbangan
dan persetujuan Jemaah Menteri.
4.3 Berdasarkan Cabutan Minit Mesyuarat Ketua Bahagian Kementerian
Pendidikan Malaysia Bil. 9/2015 pada 1 Julai 2015 yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM:
(i) keterangan YBhg. Tan Sri Dr. Pengerusi bahawa secara umumnya,
program pengantarabangsaan yang dilaksanakan oleh pelbagai
bahagian, institusi pendidikan dan sekolah telah memberi impak yang
amat baik dan positif terhadap sistem pendidikan negara;
(ii) saranan YBhg. Tan Sri Dr. Pengerusi bahawa semua pihak perlu
sentiasa mematuhi tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan
terutamanya melibatkan peraturan dan pekeliling yang sedang
berkuat kuasa seperti berikut:
a. setiap bahagian mesti bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada semua agensi, institusi dan sekolah di bawah seliaan
masing-masing berkenaan peraturan dan prosedur yang
berkuatkuasa berkenaan program pengantarabangsaan;
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 4
b. bahagian, agensi, institusi dan sekolah tidak boleh
menandatangani sebarang dokumen komitmen seperti
Memorandum of Understanding (MOU), Memorandum of
Agreement (MOA), Letter of Engagement (LOE) dan
sebagainya. Kelulusan untuk menandatangani dokumen
tersebut dengan mana-mana pihak luar adalah tertakluk kepada
kelulusan kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri;
c. bahagian, agensi, institusi dan sekolah adalah
bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Bahagian
Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA), Sektor Pelajaran
(SP) dan Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA), Sektor
Pendidikan Tinggi (SPT) berkenaan semua program kerjasama
antarabangsa yang dilaksanakan termasuk program yang
dikendalikan oleh kedutaan asing;
d. bagi penganjuran seminar antarabangsa atau jemputan
penceramah luar negara, Arahan Setiausaha Jemaah Menteri
Bilangan 1 Tahun 2008 telah menjelaskan bahawa semua
penganjuran seminar antarabangsa perlu mendapatkan
kelulusan Jemaah Menteri manakala jemputan penceramah luar
pula perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Luar
Negeri (KLN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta
agensi lain yang berkaitan; dan
e. prosedur dan dasar lawatan antarabangsa ke luar negara perlu
diteliti sebaik-baiknya terutamanya melibatkan negara destinasi
yang memberikan ancaman kepada pelajar seperti penularan
fahaman ekstrimis serta wabak penyakit contohnya di Republik
Korea.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 5
5.0 PROSEDUR KERJA
5.1 Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM memerlukan perancangan
yang teliti. Perancangan awal harus mengambil kira jangkamasa yang
diperlukan untuk pembentangan kertas cadangan di peringkat Mesyuarat
IPGM, KPM mahu pun Jemaah Menteri.
BIL PROSES KERJA
SENARAI SEMAK TINDAKAN
1
Merancang Program
Kerjasama IPG KPM
a) IPG KPM memohon kebenaran
secara bertulis daripada Rektor IPGM
untuk pelaksanaan program kerjasama
IPG KPM dengan menyertakan
maklumat berkenaan program
berkenaan.
b) Mengenalpasti sumber kewangan
untuk melaksanakan program
kerjasama IPG KPM.
IPG KPM Rujuk Lampiran 1 (sekiranya berkaitan)
2
Menyediakan Kertas
Cadangan Pelaksanaan
Program Kerjasama IPG KPM
a) IPG KPM perlu menyediakan kertas
cadangan bagi tujuan mendapatkan
kebenaran melaksanakan program
kerjasama IPG KPM.
b) Bagi IPGK, kertas cadangan tersebut
perlu dibentangkan dan mendapat
kelulusan pengarah IPGK terlebih
dahulu di Mesyuarat Majlis
Profesional, Pengurusan dan
Pentadbiran (M3P) di peringkat
kampus.
Rujuk Lampiran 9 bagi
Format dan Contoh
Kertas Cadangan
Penyelaras Program
Kerjasama IPGK
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 6
BIL PROSES KERJA
SENARAI SEMAK TINDAKAN
3
Mendapatkan Kelulusan
Penganjuran Program
Kerjasama IPG KPM
a) Kertas cadangan pelaksanaan
program kerjasama IPG KPM
berkenaan dihantar ke IPGM untuk
semakan.
b) Kertas cadangan dibentangkan untuk
kelulusan di mesyuarat peringkat
IPGM (Mesyuarat Profesional IPGM/
Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran
IPGM/ Mesyuarat Pengurusan
Pendidikan Guru atau mana-mana
mesyuarat IPGM yang sesuai)
c) Sekiranya kertas cadangan tersebut
perlu mendapatkan kelulusan pihak
Pengurusan Tertinggi KPM mahu pun
sehingga peringkat Jemaah Menteri,
prosedur pembentangan dan
kelulusan kertas cadangan
berkenaan akan diuruskan oleh Pusat
Penyelidikan, Pembangunan dan
Inovasi (PPPI) IPGM.
IPGM
Pengarah Pusat/
Sektor/ Jabatan/ Unit
IPGM atau wakil
Pengarah IPGK atau
wakil IPGK
Pegawai Meja PPPI
IPGM
4
Menyelaras Persediaan/ Pelaksanaan
Program Kerjasama IPG KPM
a) Penyelaras Program Kerjasama IPGK
akan memastikan proses persediaan
dan pelaksanaan program kerjasama
di IPGK berjalan lancar.
Penyelaras Program Kerjasama IPGK
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 7
BIL PROSES KERJA
SENARAI SEMAK TINDAKAN
b) Pegawai IPGM akan ditugaskan
untuk memantau dan membantu,
proses persediaan dan pelaksanaan
program kerjasama di IPGK.
c) Semua pihak yang terlibat perlu
memastikan program kerjasama IPG
KPM berjalan lancar dan segala isu
berkaitan diatasi dengan segera.
IPGM Semua pihak yang terlibat
5.2 Terdapat juga Program Kerjasama IPG KPM yang memerlukan pensyarah
atau pegawai IPGK bertugas di luar seperti menjalankan latihan kepada
guru-guru atau pegawai-pegawai dari agensi atau institusi dalam negara.
Pensyarah atau pegawai IPGK berkenaan boleh dipertimbangkan bertugas
di luar selagi ianya tidak menjejaskan tugas dan tanggungjawab hakiki.
Kebenaran tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran Pengarah IPGK.
Selain daripada itu, perlu juga dipastikan bahawa program tersebut tidak
melibatkan sebarang implikasi kos terhadap IPG KPM. Sekiranya program
itu melibatkan pembayaran saguhati kepada penceramah atau bayaran lain,
ianya adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan yang sedang
berkuatkuasa.
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 8
5.3 Prosedur berkaitan jemputan yang melibatkan tetamu kenamaan dalam dan
luar negara serta pelibatan penceramah dan peserta luar negara harus
dititikberatkan. Selain daripada itu, pelaksanaan Program Kerjasama IPG
KPM yang melibatkan pembentangan kertas kajian/ kertas kerja/ kerja
ilmiah di dalam atau luar negara perlu mematuhi garis panduan yang
ditetapkan oleh KPM.
BIL PROSES KERJA
SENARAI SEMAK TINDAKAN
1
Permohonan Kelulusan
Penceramah Luar Negara
a) Kelulusan Tapisan Keselamatan oleh
Kementerian Luar Negeri (KLN) dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
diperlukan bagi penceramah luar
negara.
b) Permohonan perlu dikemukakan
kepada KLN dan KDN tidak kurang
daripada 30 hari bekerja sebelum
program berlangsung.
c) Dokumen yang diperlukan untuk
dikemukakan kepada Kementerian
Luar Negeri dan Kementerian Dalam
Negeri :
i) Surat permohonan kelulusan
(cover letter)
ii) Surat jemputan kepada
penceramah
iii) Salinan passport
iv) Curriculum Vitae /
Resume Penceramah
v) Atur cara program
IPGM
Surat permohonan
kelulusan dan surat
jemputan kepada
penceramah
ditandatangani oleh
Rektor IPGM
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 9
BIL PROSES KERJA
SENARAI SEMAK TINDAKAN
2
Program Kerjasama
IPG KPM yang melibatkan dokumen perjanjian
a) Kelulusan untuk menandatangani
dokumen MOU/ MOA dengan mana-
mana pihak luar adalah tertakluk
kepada kelulusan kabinet dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri.
b) Sebarang perjanjian bertulis (Letter of
Intent/ Letter of Cooperation/ Letter of
Exchange dan sebagainya) dengan
mana-mana pihak dalam negara perlu
dirujuk kepada Penasihat Undang-
undang (PUU) KPM manakala bagi
urusan dengan mana-mana pihak
luar negara perlu dirujuk kepada
BDHA.
IPGM perlu merujuk
terlebih dahulu kepada
PUU KPM dan BDHA
bagi memastikan
perkara dasar dan
hubungan dua hala
antara Malaysia dan
negara luar tidak
menjejaskan imej KPM
dan negara Malaysia.
3
Pembentangan
kertas
kajian/kertas
kerja/kerja
ilmiah
peringkat
antarabangsa
di dalam atau
luar negara
a) Penilaian dan kelulusan perlu
diperoleh daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP) sebelum
dikemukakan kepada Bahagian
Kewangan.
b) Kertas ilmiah perlu dikemukakan
kepada Jawatankuasa Kawalan Kualiti
Kertas Ilmiah (JKKKI) di BPPDP bagi
mendapatkan kelulusan sekurang-
kurangnya 30 hari bekerja sebelum
tarikh persidangan.
Rujuk Lampiran 4
Semua pegawai yang
layak, diberikan
kebenaran sebagai
menjalankan tugas
rasmi bagi menghadiri
pembentangan kertas
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 10
BIL PROSES KERJA
SENARAI SEMAK TINDAKAN
c) Semua permohonan perjalanan tugas
rasmi ke luar negara yang lengkap,
mesti dikemukakan ke Bahagian
Kewangan untuk kelulusan Pegawai
Pengawal tidak kurang daripada 21
hari bekerja sebelum tarikh
perjalanan dan tidak kurang daripada
35 hari bekerja bagi permohonan
yang memerlukan kelulusan khas
Kementerian Kewangan.
ilmiah di luar negara
jika mendapat
kelulusan Ketua
Jabatan, Ketua
Perkhidmatan dan
Pegawai Pengawal
5.4 Terdapat juga permohonan program kerjasama IPG KPM yang memerlukan
kelulusan Ketua Jabatan, Ketua Perkhidmatan dan Pegawai Pengawal,
terutamanya yang melibatkan perjalanan ke luar negara. Perjalanan yang
dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
1
Lawatan
Rasmi Ke Luar
Negara
a) Semua tugasan/lawatan rasmi yang
melibatkan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, perakuan/sokongan
Ketua Pengarah masing-masing
hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
b) Bagi pegawai dan kakitangan bukan
guru perlu mendapat perakuan Ketua
Jabatan sebelum dikemukakan
kepada Pegawai Pengawal untuk
Rujuk Lampiran 2, 3,
5, 8, 10 dan 11
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 11
BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
kelulusan.
c) Laporan Keberkesanan Program
melalui Sistem e-Lawatan
Antarabangsa (e-LA) di alamat
http:apps.moe.gov.my/ebdha/
hendaklah dikemukakan selepas
menghadiri program tersebut kepada
Bahagian Dasar dan Hubungan
Antarabangsa (BDHA) dalam masa
14 hari bekerja selepas perjalanan
dibuat.
Rujuk Lampiran 7
2
Program
Khusus
Bertugas
Rasmi di Luar
Negara
a) Permohonan peruntukan Program
Khusus Bertugas Rasmi di Luar
Negara bagi semua
Jabatan/Bahagian di KPM hendaklah
dikemukakan kepada Bahagian-
bahagian yang dilantik sebagai
penyelaras mengikut jenis program.
b) Semua permohonan Program Khusus
Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang
lengkap mesti dikemukakan ke
Bahagian Kewangan untuk kelulusan
Pegawai Pengawal tidak kurang
daripada 21 hari bekerja sebelum
tarikh perjalanan dan tidak kurang
daripada 35 hari bekerja bagi
permohonan yang memerlukan
kelulusan khas Kementerian
Rujuk Lampiran 8 bagi
Senarai Bahagian-
bahagian yang dilantik
sebagai penyelaras
mengikut jenis
program.
Permohonan
seperti lawatan
penanda aras,
program latihan dan
sebagainya (yang
melibatkan
peruntukan KPM),
memerlukan
pembentangan kertas
cadangan di peringkat
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 12
BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
Kewangan.
c) Semua permohonan Program Khusus
Bertugas Rasmi ke Luar Negara yang
menggunakan peruntukan Akaun
Amanah/Kumpulan Wang Amanah
mesti dikemukakan ke Bahagian
Kewangan tidak kurang daripada 51
hari bekerja sebelum tarikh
perjalanan untuk mendapatkan
persetujuan Pegawai Pengawal
sebelum diangkat untuk kelulusan
Perbendaharaan.
IPGM dan KPM bagi
mendapatkan
kelulusan Pegawai
Pengawal
3.
Bertugas
rasmi ke luar
negara
menggunakan
peruntukan
sendiri,
tajaan oleh
penganjur/
badan-badan
bukan
kerajaan atau
persatuan dan
bukan syarikat
swasta
Permohonan kelulusan dikecualikan
daripada kelulusan khas Kementerian
Kewangan tetapi hendaklah mendapat
kelulusan Pegawai Pengawal.
Rujuk Lampiran 3 Contoh permohonan ini adalah seperti program lawatan penanda aras secara berkumpulan tetapi menggunakan peruntukan sendiri
4.
Program
Kerjasama IPG
KPM yang
melibatkan
guru pelatih
ke luar negara
Permohonan mengadakan lawatan ke
luar negara secara persendirian atau
berkumpulan oleh guru pelatih perlu
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan
Rujuk Lampiran 1 (sekiranya berkaitan)
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 13
BIL PERKARA TINDAKAN CATATAN
Luar (SHEPHL), IPGM.
6.0 CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Ya
IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan program kerjasama IPG KPM
IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor IPGM untuk melaksanakan program kerjasama IPG KPM dengan menyertakan maklumat berkenaan program kerjasama berkenaan.
Kertas cadangan dihantar ke IPGM untuk semakan.
Sekiranya kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi KPM/ Jemaah Menteri diperlukan:
Prosedur pembentangan dan kelulusan kertas cadangan berkenaan akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM.
Mula
Perancangan Pelaksanaan
Program Kerjasama IPG KPM
Kertas cadangan IPGK perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan Pengarah IPGK terlebih dahulu di Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus.
Pembentangan kertas cadangan
untuk kelulusan di mesyuarat
peringkat IPGM
Persiapan Pelaksanaan Program Kerjasama
IPG KPM
Tidak TAMAT
Pelaksanaan Program Kerjasama
IPG KPM
Pegawai IPGM akan ditugaskan untuk memantau dan membantu, proses persediaan dan pelaksanaan program kerjasama di IPGK
Laporan dihantar ke IPGM (sekiranya berkaitan) sebagai rekod dan rujukan untuk pelaksanaan di masa akan datang.
Pelaporan Program Kerjasama
IPG KPM
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 14
7.0 SURAT ARAHAN, SURAT EDARAN DAN SURAT PEKELILING YANG BOLEH
DIJADIKAN RUJUKAN
7.1 Surat Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia
-Bagi tahun semasa, boleh dimuat turun di laman sesawang KPM
7.2 Lampiran 1
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 6 Jun 2014
berkaitan Tatacara Penyediaan Kemudahan Pakej Majlis/ Acara
Rasmi Kerajaan dan Latihan Serta Aktiviti Murid/ Pelajar di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
7.3 Lampiran 2
Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 8 Januari 2014
berkaitan Pindaan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012
Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas Urusan
Persendirian
7.4 Lampiran 3
Surat Edaran Bahagian Kewangan bertarikh 10 Julai 2013 berkaitan
Perubahan Tatacara Pengurusan Permohonan Bertugas Rasmi Ke
Luar Negara Bagi Semua Pegawai Awam di Kementerian Pendidikan
Malaysia
7.5 Lampiran 4
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2013
bertarikh 12 Jun 2013 berkaitan Garis Panduan Pembentangan Kertas
Ilmiah Peringkat Antarabangsa di Dalam atau Luar Negara
7.6 Lampiran 5
SELESAI
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 15
Pekeliling Perbendaharaan 1PP/ P.B 3.1/2013 mengenai Garis
Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal
Perbelanjaan Awam
7.7 Lampiran 6
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 bertarikh 1 Oktober 2012
berkaitan Peraturan Perjalanan Pegawai Awam Ke Luar Negara Atas
Urusan Persendirian
7.8 Lampiran 7
Pelaporan Maklum Balas Berkaitan Program Hubungan
Antarabangsa Secara Atas Talian bertarikh 15 Mei 2012
7.9 Lampiran 8
Surat Edaran Bahagian Kewangan bertarikh 13 April 2012 berkaitan
Garis Panduan Permohonan Bertugas Rasmi di Luar Negara Bagi
Semua Penjawat Awam di KPM
7.10 Lampiran 9
Panduan Penyediaan Kertas Cadangan dan Kertas Makluman Serta
Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Profesional Kementerian
Pelajaran Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, KPM.
7.11 Lampiran 10
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2010 Pindaan kepada SPK
Bil. 4 Tahun 2009 bertarikh 14 April 2010 berkaitan Peraturan
Perjalanan Tugas Rasmi ke Luar Negara Kementerian Pelajaran
Malaysia
7.12 Lampiran 11
Surat Pekeliling Am Bil 1 Tahun 1984 bertarikh 1 Mac 1984 berkaitan
Menghadiri Persidangan/ Kursus/ Lawatan Rasmi/ Lawatan
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA IPG KPM
Institut Pendidikan Guru Malaysia 16
Persendirian Ke Luar Negeri Badan-badan Berkanun dan Kuasa-
kuasa Tempatan
8.0 RUMUSAN
8.1 Garis panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling
dan Surat Arahan yang berkaitan
8.2 Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat memberi panduan kepada
semua warga IPG KPM terutamanya dalam proses mendapatkan
kelulusan Pegawai Pengawal di samping memudahkan kawalan
peruntukan kewangan
top related