garis panduan pengurusan dan penanaman sawit
Post on 30-Jun-2015
271 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT DI KAWASAN TANAH GAMBUT
1.0 PENGENALAN
Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan
keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang
diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan
tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda
bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan
tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam
dan lain-lain.
Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan
tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik
pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan
teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman
sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan
tanah liat mineral.
2.0 TAKRIF TANAH GAMBUT
Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan
lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang
melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang
mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran.
Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh
dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta
berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan
2
pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan
agronomi tanaman sawit di tanah gambut.
Jadual 1 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasar Jenis dan Tahap Pereputan Bahan Organik
Klasifikasi
Ciri
Fibric Berwarna kecoklatan, sebahagian besar bahan organik belum mereput dan mudah dikelapasti. Ketumpatan pukal tanah sangat rendah (< 0.1 g/cc) dan keupayaan pegangan air tinggi
Hemic Sederhana sifatnya iaitu berada di antara sifat Fibric dan Sapric
Sapric Berwarna gelap, bahan organik telah mereput. Ketumpatan pukal tanah tinggi (> 0.2 g/cc) dan keupayaan pegangan air rendah
Sumber: Paramananthan, 2000
Tanah gambut Jenis Fibric Tanah gambut Jenis Sapric
3
Jadual 2 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasarkan Kedalaman Lapisan Bahan Organik1 Serta Kesesuaian Agronomi2
Klasifikasi
Kedalaman (sm)
Kesesuaian Agronomi
Cetek
50 - 100
Sangat sesuai
Sederhana dalam
100 - 150
Sesuai
Dalam
150 - 300
Sesuai
Tersangat dalam
> 300
Marginal
Sumber: 1 = Paramananthan et al., 1984
2 = Fairhurst et al., 1998
Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal
soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang
rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang
tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit
adalah:
• kepadatan pukal tanah rendah
• keronggaan tanah berlebihan
• susutan/kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal
pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan
pokok sawit tumbang mengakibatkan banyak bahagian akar
terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak
• paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam)
• pH rendah (< 3.5)
• kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan
P dan nutrien mikro
4
• pengikatan unsur zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam
gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan
• keupayaan penampanan tanah tinggi
3.0 PENANAMAN SEMULA POKOK SAWIT 3.1 Teknik Penanaman Semula Pokok Sawit
Penanaman semula di tanah gambut boleh dilaksanakan menggunakan
berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut:
• Teknik pembakaran sempurna – pokok sawit tua ditumbangkan
beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar.
• Teknik pembakaran separa – pokok sawit tua yang mati diracun,
ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian
yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang
ditanam.
• Teknik pembakaran sifar – mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan
dari segi teknikal dan ekonomi.
• Teknik tanam bawahan – anak sawit ditanam antara barisan pokok
lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 12-
24 bulan selepas anak benih ditanam.
5
Teknik pembakaran separa
Teknik pembakaran sifar Teknik tanam bawahan
Teknik pembakaran sempurna
6
Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula
sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam
pemilihan tersebut:
i. Tumbesaran pokok sawit di kawasan pembakaran sifar adalah
sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna.
Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran
BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di
kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam
kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K)
daripada kawasan pembersihan sempurna
ii. Pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah
gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga
mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik,
nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah
selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah
iii. Pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak
dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam
Sekitar – kawalan Udara Bersih Tahun 1978
iv. Teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak
dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil
rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan
pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan
v. Di kawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan
sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan
vi. Bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang
pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia
berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit RPB
7
21
43
Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit
7 8
65
8
3.2 Teknik Pengurusan Biojisim Inovatif Semasa Penanaman Semula Sawit
Kajian MPOB pada tahun 2001 telah memperkenalkan teknik pengurusan
biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit. Dalam teknik ini
langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan:
• Pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan
jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket
• Batang dan pelepah diracik 5 – 10 sm tebal dan pada sudut
45 – 60o supaya ianya reput dengan cepat manakala
pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya
dikambus semula
• Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang
lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi
dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang
tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter
• Disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan
rata 3 – 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati
dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok,
mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi
tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang
dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan
masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman
semula
9
3.3 Sistem Parit Ladang
Sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air
ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi
pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping
mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal
paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air
bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan
pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan
ladang.
Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi
setiap 40 – 50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau
bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras
yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang
diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan
dikambus.
Jadual 3 - Spesifikasi dan Justifikasi Sistem Parit Ladang
Spesifikasi &
Justifikasi Parit Besar Parit Utama Parit Pengumpul Parit Ladang
Fungsi
Menurunkan paras air sebelum kerja pembangunan dimulakan
Menyalir keluar air berlebihan dari ladang ke parit besar
Menyalir keluar air berlebihan dari blok tanaman ke parit utama
Menyalir keluar air berlebihan dari dalam blok ke parit pengumpul
Saiz (m) Lebar atas
Lebar bawah Dalam
4.0 – 6.0 2.0 – 3.0 3.0 – 4.0
3.0 – 5.0 1.5 – 2.0 2.0 – 2.5
1.5 – 2.5 0.5 – 1.0 1.5 – 2.0
1.0 – 1.5 0.5 – 1.0 0.5 – 1.0
Intensiti
(m/hektar)
Mengikut keperluan
10 - 15
45 - 50
150 - 300
10
3.4 Sistem Jalan Ladang
Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan
spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan
peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina
selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan
dan parit ialah 2 hingga 4 meter:
• Jalan utama : selari dengan parit utama dengan ukuran lebarnya
4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar.
• Jalan ladang : selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya
3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar.
Pintu air Parit utama
Parit pengumpul Parit ladang
11
3.5 Kepadatan Tanaman
Secara umumnya kepadatan atau jarak tanaman sawit bergantung
kepada tahap kedalaman lapisan gambut. Kepadatan tanaman yang
tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan
yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB)
Jadual 4 - Syor Kepadatan Tanaman Sawit di Tanah Gambut
Jenis Tanah Gambut
Kepadatan Tanaman (bil. pokok/hektar)
Jarak (m)
Antara pokok Antara baris
Cetek 148 8.83 7.65
Sederhana dalam 160 8.50 7.36
Dalam 160 8.50 7.36
Jalan ladang
12
3.6 Teknik Penanaman
• Gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman
lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang
besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil
• Gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan – teknik
penanaman lubang biasa
• Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah
gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS
kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas
lorong laluan dalam ladang.
Lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di
tanah gambut dalam
13
3.7 Penyediaan Lorong Tuai
• Paras air tanah dan kepadatan pukal tanah rendah menyukarkan
pelaksanaan sistem mekanisasi operasi ladang
• Penyediaan lorong tuai dengan menambak bahagian tengah lorong
tuai menggunakan tanah gambut membolehkan sistem mekanisasi
ladang dijalankan termasuk semasa kerja menanam
Lorong tuan secara cambering membolehkan sistem mekanisasi operasi ladang dilaksanakan
Teknik penyediaan lorong tuai yang salah memberi kesan terhadap arah kecondongan pokok sawit
14
3.8 Tanaman Kacang Penutup Bumi
• Kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi Mucuna
bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding
tanaman penutup bumi yang lain
• Keistimewaan tanaman ini ialah ianya tahan lindungan,
kemarau, penyakit dan perosak di samping pertumbuhan cepat
Mucuna bracteata
15
4.0 PENUTUP
Penanaman sawit di kawasan tanah gambut terus berkembang
melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah
mendapat pulangan yang memuaskan. Program penyelidikan dan
pembangunan (R & D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus
dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan
penghasilan di tanah mineral.
Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan
agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan
kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama
menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan
dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian.
Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di
lapangan dalam mengurus penanaman sawit di tanah gambut oleh
pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun
kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok
condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan
cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.
Disediakan oleh
Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat RISDA
16
5.0 RUJUKAN:
1. Esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah
Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.
2. Hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan
Tanah Gambut
top related