garis panduan - sehat.perkeso.gov.my guideline.pdftahun pencen ilat ncd kematian ncd 2010 6,279...
Post on 29-Feb-2020
19 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GARIS PANDUANPROMOSI
KESIHATAN DI TEMPAT
KERJA
Diterbitkan Bersama olehPertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
DanLembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySIHAT)
Cetakan Pertama/First Printing, 2016
Hak cipta / Copyright © 2016Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) & Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat).
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada PERKESO atau MySihat terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means,
electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without
written permission from PERKESO or MySihat.
Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) & Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
5
Prakata Ketua Pegawai Eksekutif MySihat 4Prakata Ketua Eksekutif PERKESO 5Jawatankuasa Teknikal 6Panel Penyunting 8Penghargaan 9
1.0 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang 12 1.2 Objektif 21 1.3 Elemen-elemen Pelaksanaan Program 22
2.0 PELAKSANAAN PROGRAM 2.1 Komitmen Organisasi 24 2.2 Penglibatan Pekerja 27 2.3 Penilaian Keperluan 28 2.4 Aktiviti Intervensi dan Pelaksanaan Aktiviti 31
2.4.1 Saringan Kesihatan 312.4.2 Makan secara sihat 312.4.3 Hidup yang aktif (aktiviti fizikal) 322.4.4 Pengurusan berat badan yang unggul 322.4.5 Tidak merokok 332.4.6 Tidak Mengambil Alkohol 332.4.7 Penyalahgunaan Dadah 342.4.8 Kesihatan dan Keseimbangan Mental 342.4.9 Penalti dan Insentif 35
2.5 Pewujudan Persekitaran Sihat 36 2.6 Promosi dan Publisiti 37 2.7 Saringan Kesihatan 38 2.8 Pemantauan dan Penilaian 40
3.0 LAMPIRAN 3.1 Apa itu Blue Ribbon 46 3.2 Fit & Cool 47 3.4 Fact Sheet Program Saringan Kesihatan PERKESO 48 3.4 Fact Sheet NHMS 2015 50 3.5 Borang Saringan Kesihatan 52
Situasi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD1) Di MalaysiaPenyakit tidak berjangkit (NCD) yang juga dikenali sebagai penyakit kronik yang disebabkan oleh amalan gaya hidup manusia yang tidak sihat. Antara penyakit tidak berjangkit yang banyak dihidapi oleh pekerja ialah diabetes, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan mental. Diabetes menyumbang kepada 1.5 juta kematian di seluruh dunia2. Manakala penyakit darah tinggi merupakan punca utama kematian di peringkat global iaitu sebanyak 18%. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke IV (NHMS IV) (2015) menunjukkan bahawa kelaziman diabetes di kalangan masyarakat Malaysia terus meningkat iaitu 17.5%.
Peningkatan pendapatan serta perubahan tingkah laku turut meningkatkan lagi risiko kesihatan dalam kalangan pekerja negara ini. Gaya hidup tidak sihat, stress, pemakanan tidak sihat, pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau merupakan antara faktor risiko yang boleh mendedahkan mana-mana pekerja kepada penyakit NCD.
Keadaan ini memberikan implikasi kepada kos penjagaan kesihatan serta meningkatkan lagi permintaan terhadap rawatan dan pemulihan jangka panjang yang mahal. Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan tren peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases – NCD) sebagaimana dipaparkan seperti berikut.
1513
Statistik ini menunjukkan kadar prevelen bagi berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan orang dewasa di negara ini meningkat berbanding 5 tahun yang lalu.
PRE OBES (CPG 2004) BMI 23.0 – 27.5 kg/m2 (18 tahun ke atas)
OBESITI (CPG 2004) BMI > 27.5kg/m2 (18 tahun ke atas)
14
Kadar penyakit diabetes dalam kalangan orang dewasa di negara ini juga meningkat berbanding dengan penemuan NHMS 2011.
KENCING MANIS
KOLESTEROL TINGGI
Apa yang membimbangkan, didapati statistik kadar kolestrol dalam darah bagi golongan pekerja swasta menunjukkan peningkatan yang sangat ketara iaitu sebanyak 10.2%.
1715
Statistik ini menunjukkan kadar penyakit darah tinggi masih lagi tinggi iaitu melebihi 30% di kalangan orang dewasa di negara ini.
Impak Penyakit Tidak BerjangkitDengan meningkatnya bilangan pesakit NCD ini, ia juga telah meningkatkan kos ubat untuk rawatan NCD di fasiliti awam dan juga swasta sebagaimana di bawah:
TEKANAN DARAH TINGGI
16
*Sumber: IMS Analysis Manager updated Q4 2015 & Pharmaceutical Services Division, MOH (Pharmaceutical Sales Data)
n=146,000
Beban penyakit akibat NCD juga semakin meningkat iaitu dianggarkan NCD menyumbang terhadap 73% kematian di negara ini.
36%
15%7%
16%
3%
12%
11%
Kanser
Penyakit Berjangkit, Bersalin dan Nutrisi
Kecederaan
Penyakit Jantung
Penyakit Paru-paru
Diabetes
Lain-lain NCDs
Kos Ubat untuk Rawatan NCD
NCD dan Sebab Kematian di Malaysia
Sumber: World Health Organization - Non-Communicable Disease (NCD) Country Profile 2014
1917
Kesan NCD Kepada PekerjaGolongan pekerja adalah terkesan oleh NCD yang menyebabkan kematian atau keilatan (tidak mampu bekerja lagi disebabkan oleh penyakit). Berdasarkan statistik oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), bilangan pekerja yang meninggal dunia atau mendapat keilatan adalah tinggi dan meningkat setiap tahun.
Bilangan Kes Pencen Ilat dan Kematian yang Dilaporkan Disebabkan oleh Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Tahun 2010–2015
TAHUN PENCEN ILAT NCD KEMATIAN NCD
2010 6,279 4,130
2011 6,264 4,233
2012 6,541 4,509
2013 8,166 5,095
2014 8,912 5,554
2015 9,143 6,030
*Sumber: PERKESO
18
Bukan itu sahaja, penyakit NCD ini juga turut membebankan negara yang mana berdasarkan anggaran bebanan NCD kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menunjukkan bebanan yang tinggi dan dianggarkan meningkat setiap tahun.
Tahun KOS (USD)
2010 11.5 billion
2015 16.3 billion
2020 22.5 billion
2025 30.4 billion
2030 40.3 billion
*Sumber: VISES estimates (APEC)
Manfaat Promosi Kesihatan di Tempat KerjaMewujudkan tempat kerja yang sihat untuk pekerja dan mencegah penyakit-penyakit NCD, adalah salah satu cara di mana organisasi dapat memenuhi harapan pekerja, di samping meningkatkan produktiviti dan daya saing. Promosi Kesihatan di Tempat Kerja dapat membawa manfaat kepada organisasi/majikan dan juga pekerja.
�
�
�
�
�
�
�
�
2119
Promosi Kesihatan di Tempat Kerja dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994Keperluan penjagaan kesihatan kepada pekerja juga adalah terangkum di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Guidelines on Occupational Health Services 2005 yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut menyenaraikan promosi kesihatan sebagai salah satu aktiviti bagi kesihatan pekerjaan yang perlu dijalankan oleh setiap majikan.
20
1.2 OBJEKTIF
Penyakit-penyakit NCD, sekiranya tidak dikawal boleh membawa kepada komplikasi yang teruk. Walaubagaimanapun, penyakit-penyakit NCD tersebut boleh dikawal dengan mengubah cara hidup dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, pemakanan sihat, berhenti merokok, dan berhenti minum alkohol. Sehubungan itu, satu Garis Panduan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja yang memberi penekanan kepada modifikasi tingkah laku diwujudkan sebagai panduan kepada majikan.
Program ini boleh dilaksanakan oleh majikan ditempat kerja dan dapat memperkasakan pekerja mengenai amalan gaya hidup sihat.
Objektif Garis Panduan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja diwujudkan adalah untuk:
a)
b)
c)
d)
2321
1.3 Elemen–Elemen Pelaksanaan Program
Garis Panduan Promosi Kesihatan di Tempat Kerja ini mempunyai beberapa elemen bagi melaksanakan program tersebut.
22
2.1 KOMITMEN ORGANISASI
Komitmen setiap organisasi adalah amat penting di dalam menjayakan wawasan tempat kerja yang mempunyai ekosistem yang menggalakkan kesihatan pekerja. Untuk itu, pengurusan tertinggi perlu memberikan komitmen kepada program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja. Bentuk komitmen yang diperlukan mestilah dijelaskan di peringkat awal perancangan program, yang mana boleh merangkumi komitmen dalam pembentukan polisi/ dasar, masa dan sumber.
Bagi menjayakan program ini, satu bentuk pengurusan program yang formal perlu diwujudkan. Ini penting untuk mengelakkan program-program yang dirancang menjadi program-program yang ‘ad-hoc’ tanpa sasaran organisasi yang jelas. Pengurusan program ini boleh dibuat di dalam beberapa bentuk, diantaranya;
�
�
�
�
24
watankuasa “Promosi Kesihatan di Tempat Kerja”
Jawatankuasa Promosi Kesihatan di tempat kerja boleh terdiri daripada pengerusi, wakil-wakil ketua jabatan dan wakil pekerja. Wakil pengamal perubatan juga boleh dilantik sebagai penasihat kepada perkara-perkara yang berkaitan.
PENGERUSI
Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan/ Lain-lain Pengurusan Tertinggi.
WAKIL-WAKIL PENGURUSAN
Penting bagi memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar melalui pengurusan sumber manusia, kewangan, kesihatan dan persekitaran bagi aktiviti-aktiviti yang dirancang.
WAKIL-WAKIL PEKERJA
Wakil pekerja adalah penting bagi mendapatkan input, kerjasama di kalangan semua pekerja. Wakil pekerja boleh terdiri dari pada wakil kesatuan sekerja atau individu yang bekerja di dalam organisasi.
PENASIHAT KESIHATAN
Contohnya dalam kalangan doktor panel, doktor kesihatan pekerjaan, jururawat pekerjaan, pegawai perubatan terutamanya di kalangan klinik-klinik yang berdekatan.
b) Fungsi Jawatankuasa
2725
c) Tanggungjawab Majikan dan Pekerja
Sepertimana termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
26
2.2 PENGLIBATAN PEKERJA
Penglibatan pekerja adalah penting untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja. Pekerja harus dilihat sebagai pihak berkepentingan atau rakan yang penting di dalam pelaksanaan program ini. Kejayaan program ini akan memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu majikan atau organisasi secara menyeluruh, dan seseorang pekerja itu secara individu. Oleh itu penglibatan pekerja perlulah di setiap peringkat, bukan sahaja sebagai penerima atau pengguna kepada program yang dirancang. Penglibatan pekerja boleh dalam bentuk berikut:
i)
ii)
iii)
2927
Penilaian Keperluan
Perancangan program bagi menyokong kesihatan pekerja perlulah berdasarkan kepada situasi dan maklumat yang diperoleh daripada tempat kerja itu sendiri. Ini adalah penting bagi mengelakkan program yang di rancang tidak menepati sasaran. Proses penilaian keperluan di tempat kerja juga akan dapat memberikan dorongan tentang kepentingan penjagaan kesihatan pekerja. Bagi menjalankan penilaian keperluan, data-data sedia ada di organisasi tersebut perlulah dianalisa. Manakala aktiviti-aktiviti tambahan boleh dijalankan untuk mendapatkan lebih maklumat.
2.3.1 Data Sedia Ada Berkenaan Kesihatan Pekerja
a) Rekod Cuti Sakit
Rekod cuti sakit dapat memberikan indikator berkenaan keadaan kesihatan pekerja. Alasan cuti sakit juga boleh dianalisa bagi melihat sejauh mana punca-punca yang menyebabkan pekerja tidak dapat bekerja secara optimal. Rekod cuti sakit semasa juga boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan program.
b) Rekod Ketidakhadiran
Selain daripada cuti sakit, rekod ketidakhadiran juga memberikan petunjuk (indication) mengenai tahap kesihatan pekerja. Ini termasuk cuti kecemasan yang diambil akibat keletihan, stress atau penyakit di mana pekerja tidak memohon cuti sakit sebaliknya menggunapakai cuti mereka sendiri.
c) Pembiayaan Kos Perubatan
Keadaan kesihatan pekerja merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kos pembiayaan perubatan ditempat kerja. Analisis kepada kos perubatan perlu merangkumi kos ubat-ubatan untuk penyakit NCD dan boleh digunakan untuk mengukur impak kepada program.
28
d) Insurans Perubatan
Laporan daripada agen insurans kesihatan juga merupakan satu sumber penilaian tahap kesihatan pekerja dan mengenalpasti punca-puncanya. Sepertimana data kos perubatan, analisis kos perubatan juga boleh digunakan untuk mengukur impak kepada program.
e) Rekod Kesihatan Pekerja
Bagi organisasi yang mempunyai akses kepada rekod kesihatan pekerja, ia juga boleh digunakan bagi mengukur permasalahan kesihatan di kalangan pekerja. Rekod kesihatan pekerja atau laporan keseluruhan kesihatan pekerja boleh didapati daripada rekod Bahagian Sumber Manusia, pembekal perkhidmatan saringan kesihatan ataupun klinik-klinik panel. Walau apa pun sumber rekod kesihatan ini, kerahsiaan maklumat mestilah sentiasa dipatuhi. Analisa atau laporan hendaklah secara umum dan bukan secara individual.
f) Rekod Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan
Sebarang kemalangan di tempat kerja atau penyakit pekerjaan hendaklah disiasat di peringkat pengurusan. Analisa boleh dijalankan dari segi punca kemalangan dan pengurusan kemalangan yang bersangkutan dengan keadaan kesihatan pekerja secara umum. Contohnya kemalangan yang berlaku disebabkan mengantuk, pitam, stres ataupun penyakit pekerjaan.
2.3.2 Saringan Kesihatan
Saringan kesihatan boleh dijalankan kepada semua anggota sebagai langkah awal bagi program intervensi. Maklumat daripada program saringan kesihatan ini dapat membantu dalam menilai tahap kesihatan pekerja secara keseluruhan, mengenalpasti anggota yang perlu menjalani program-program tertentu dan digunakan untuk mengukur impak kepada program.
2.3.3 Soal Selidik
Soal selidik juga boleh dijalankan kepada semua anggota sebagai langkah awal bagi program intervensi. Maklumat daripada soal selidik ini dapat membantu dalam penilaian tahap kesihatan pekerja, mengenalpasti anggota yang perlu menjalani program dan digunakan untuk mengukur impak kepada program. Antara soal selidik yang boleh dijalankan adalah berkaitan kepuasan kerja, stres dan ergonomik.
3129
2.3.4 Aduan/ MaklumanSebarang aduan atau makluman daripada pekerja berkenaan kesihatan di tempat kerja turut boleh digunakan sebagai sumber rujukan. Di antara sumber aduan yang berguna adalah pemerhatian keselamatan dan kesihatan pekerjaan, laporan nyaris ataupun makluman daripada peti aduan kakitangan sekiranya ada.
2.3.5 Pemeriksaan Tempat KerjaPemeriksaan tempat kerja boleh dijalankan bagi mengenal pasti permasalahan ataupun persediaan bagi strategi intervensi yang akan dirancang. Ini termasuklah mengenalpasti laluan atau ruang untuk aktiviti fizikal, lawatan dan pemeriksaan kafeteria dan tempat-tempat merokok serta kebersihan kawasan sekeliling.
2.3.6 Demografi PekerjaDemografi pekerja seperti taburan umur, jantina, tempat tinggal dan sebagainya digunakan bagi merancang aktiviti dan bentuk sokongan yang sesuai untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pekerja.
30
2.4 Aktiviti Intervensi dan Pelaksanaan Aktiviti
2.4.1 Saringan Kesihatan
2.4.2 Makan Secara Sihat
Saringan kesihatan adalah penting untuk pengesanan awal penyakit dan faktor risiko NCD. Adalah dicadangkan aktiviti saringan dijalankan sekurang-kurangnya setahun sekali melibatkan semua majikan dan pekerja. Kes-kes yang dikesan berisiko perlulah dirujuk ke klinik panel.
Pemakanan yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan individu. Pemakanan sihat ditempat kerja termasuklah penyediaan Kafeteria Sihat, hidangan menu sihat, penandaan kalori dan sebagainya.
3331
2.4.3 Hidup yang Aktif (Aktiviti Fizikal)
2.4.4 Pengurusan berat badan yang unggul
Pekerja yang cergas dan cerdas akan meningkatkan produktiviti organisasi. Adalah digalakkan setiap tempat kerja menyediakan kemudahan untuk menjalankan aktiviti fizikal. Majikan perlu memberi galakan serta kelonggaran kepada pekerja untuk melakukan aktiviti fizikal.
Obesiti merupakan faktor risiko kepada pelbagai jenis penyakit. Selain itu, obesiti juga menyukarkan pergerakan dan boleh mengganggu produktiviti bekerja. Majikan digalakkan mengenalpasti mereka yang obes dan menawarkan program pengurusan berat badan kepada mereka. Contohnya, Fit & Cool, Toward The Right Size dan lain-lain.
32
2.4.5 Tidak merokok
2.4.6 Tidak Mengambil Alkohol
Tempat kerja adalah kawasan larangan merokok (Peraturan 11, PPKHT 2004). Adalah menjadi tanggungjawab majikan memastikan premis adalah bebas asap rokok. Contoh, Kempen Blue Ribbon dimana ia memberi penghargaan kepada majikan yang mematuhi peraturan bebas asap rokok.
Pengambilan alkohol boleh menyebabkan kemalangan di tempat kerja, ketidakhadiran dan tidak fokus pada tugasan yang diberi. Majikan boleh mengadakan program-program kesedaran dan pencegahan alkohol atau mewujudkan polisi alkohol ditempat kerja.
3533
2.4.7 Penyalahgunaan Dadah
2.4.8 Kesihatan dan Keseimbangan Mental
Ketidakseimbangan kesihatan mental juga boleh menyebabkan kemalangan di tempat kerja, ketidakhadiran dan tidak fokus pada kerja. Ini boleh berlaku disebabkan tekanan ditempat kerja, masalah kewangan seperti keberhutangan yang serius dan lain-lain. Majikan boleh menjalankan program-program menangani stres, kaunseling, pengurusan kewangan dan program kerohanian yang sesuai.
Penyalahgunaan dadah boleh menjejaskan kestabilan sosial, keharmonian masyarakat malah boleh menggugat kestabilan negara. Adalah menjadi tanggungjjawab masyarakat khususnya golongan pekerja bersama-sama pihak majikan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan
dadah. Majikan boleh mengadakan program-program kesedaran dan pencegahan pengambilan dadah
atau mewujudkan polisi penyalahgunaan dadah ditempat kerja. Semua program ini dapat membantu
menyediakan tenaga kerja yang sihat, berkualiti, berilmu, berwawasan dan pemikiran kreatif.
34
2.4.9 Penalti
Pihak majikan juga boleh mengambil langkah yang lebih agresif seperti mengenakan denda atau mewujudkan sistem potongan elaun/gaji bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan seperti merokok di tempat kerja.
menyediakan tenaga kerja yang sihat, berkualiti, berilmu, berwawasan dan pemikiran kreatif.
Langkah sebaliknya yang menggalakkan promosi kesihatan seperti pemberian insentif kepada pekerja yang berjaya mencapai dan mengekalkan berat badan unggul juga boleh digunapakai. Namun, perlu ditekankan bahawa sebarang denda atau insentif yang ingin diambil ini perlulah dipastikan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada.
Insentif
3735
2.5 PEWUJUDAN PERSEKITARAN SIHAT
Persekitaran kerja yang sihat adalah tempat kerja yang sentiasa mencipta dan memperbaiki persekitaran sosial dan fizikal yang membolehkan pekerja saling menyokong satu sama lain dalam menjalankan tugas-tugas mereka dan mengolah keupayaan ke peringkat maksima.
Oleh itu, mana-mana tempat kerja boleh menjadi persekitaran kerja yang sihat tanpa mengira tahap kesihatan terkini, tetapi apa yang diperlukan adalah komitmen untuk mempertingkatkan kesihatan di tempat kerja. Persekitaran tempat kerja memberi impak secara langsung kepada kesihatan pekerja. Ini kerana kebanyakan pekerja meluangkan lebih kurang 60% masa aktif mereka setiap hari di tempat kerja. Bagi tujuan itu, tempat kerja merupakan tempat yang terbaik untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan hendaklah selamat seperti:
a)
b)
c)
d)
e)
36
2.5 PEWUJUDAN PERSEKITARAN SIHAT 2.6 PROMOSI DAN PUBLISITI
Bagi memastikan program kesihatan yang dirancang berjalan lancar, promosi dan publisiti program perlulah dilaksanakan secara berterusan menerusi kaedah dan medium yang bersesuaian mengikut aktiviti intervensi. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
3937
2.7 SARINGAN KESIHATAN
2.7.1Proses Saringan Kesihatan dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun. Antara maklumat yang diperlukan semasa saringan kesihatan adalah:
� Sosio Demografi
� Sejarah Penyakit
� Sejarah Penyakit Dalam Keluarga
� Sejarah Pekerjaan
� Lain-lain maklumat
2.7.2 Manakala komponen-kompenan saringan kesihatan yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
KOMPONEN SARINGAN
Berat, Tinggi dan BMI
Ukur Lilit Pinggang
Peratusan Lemak Badan**
Tekanan Darah
Kolestrol Dalam Darah
Kandungan Gula Dalam Darah
Kandungan Karbon Monoksida**
Ujian Air Kencing
Status Merokok dan Alkohol
Pemeriksaan Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS)
Lain-lain (pemeriksaan mata, hati, pap smear, payudara)**
Nota: ** Pilihan
38
2.7.3 Aktiviti saringan kesihatan boleh dilaksanakan dengan kaedah:
� Pelantikan panel yang mana Jawatankuasa/ Pihak Majikan perlu menggalakkan pekerja menjalani ujian saringan
� Menganjurkan program saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.
� Adalah digalakkan pihak majikan melantik sekumpulan sukarelawan yang dilatih untuk menjalankan aktiviti saringan di kalangan pekerja.
2.7.4 Profil kesihatan hasil saringan yang dicadangkan ialah:
� Peratusan pekerja yang dikategorikan sebagai pre-obes dan obes
� Peratusan pekerja yang mempunyai paras glukos darah yang berisiko
� Peratusan pekerja yang mempunyai paras tekanan darah yang berisiko
� Peratusan pekerja yang mempunyai tahap stres, anxiety dan kemurungan teruk
� Peratusan perokok di kalangan pekerja
� Peratusan pekerja yang kurang cergas
2.7.5 Pengumpulan data saringan perlu dibuat untuk tujuan rekod dan analisa data.
2.7.6Hasil daripada keputusan saringan boleh dianalisa dan dibincang supaya program intervensi yang bersesuaian dapat dijalankan oleh pihak majikan.
4139
2.8 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
INDIKATOR PROSES
●
●
●
●
INDIKATOR IMPAK JANGKA PENDEK
●
●
●
●
●
INDIKATOR IMPAK JANGKA PANJANG
40
●
●
●
●
KAMI SEDIA MEMBANTU
BIL AGENSI DAN MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI RUJUKAN
1. LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA (MYSIHAT)Aras 9, 11 & 12, Menara Prisma, Persiaran Perdana, Presint 3,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62675 Wilayah Persekutuan PutrajayaNo. Tel: 03-8888 7700No. Fax: 03-8888 7400Laman Web: www.mysihat.gov.my FB: Malaysian Health Promotion Board
�
�1) Modul Promosi Kesihatan di Tempat
Kerja
2) Modul Kanser
3) Modul Aktiviti Promosi Kesihatan Melalui Kebudayaan
4) Modul Pencegahan Obesiti
5) Modul Asas Promosi Kesihatan
6) Modul Aktiviti Fizikal
7) Modul Makan Secara Sihat
8) Modul Diabetes
�
�
�
�
�
2. Unit Pencegahan & Promosi KesihatanPertubuhan Keselamatan SosialTingkat 15, Menara PERKESO281 Jalan Ampang50538 Kuala Lumpur
No. hotline: 03-42645089Email: hsp@perkeso.gov.myWebsite: sihat.perkeso.gov.my
�
�
�
4341
BIL AGENSI DAN MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI RUJUKAN
3. Cawangan NCDBahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
No. hotline: 03-8000 8000Email: kkm@moh.gov.my Website: www.moh.gov.my
�
� �
4. Unit Kawalan Tembakau & FCTCBahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia
No. hotline: 03-8000 8000Email: kkm@moh.gov.myWebsite: www.moh.gov.my
� �
5. Bahagian PemakananKementerian Kesihatan Malaysia
No. hotline: 03-88924503/4556Email: kkm@moh.gov.myWebsite: nutrition.moh.gov.my
�
�
� � �
�
� �
�
�
6. Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
No. hotline: 03 88834500Email: infosihat@moh.gov.myWebsite: www.infosihat.gov.my
�
� � �
42
BIL AGENSI DAN MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI RUJUKAN
7. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
No. hotline: 03-2616 7766Website: www.akpk.org.my
�
8. Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH)
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, MalaysiaTel: +603 8769 2100 Email: general@niosh.com.my
�
�
�
�
�
4543
PENGENALAN
Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)
@KSI MYKOMUNITI – “FIT & COOL”, YES I CAN MAKE IT!
KRITERIA PELAKSANAAN
selama tiga (3) bulan
aktiviti fizikal, pemakanan dan psikologi.
Jisim Berat Badan (Body Mass Index – BMI)
OBJEKTIF PROGRAM
–
dapat menurunkan 10 % daripada berat badan asal
dapat melaksanakan aktiviti fizikal 5 kali seminggu iaitu sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap sesi
dapat mengamalkan makan secara sihat
@KSI MYKOMUNITI
Malaysian Health Promotion Board
MULANYA DI SINI : Sesi Suai Mesra Maklumat mengenai Amalan Gaya Hidup Sihat 36 sesi aktiviti fizikal yang akan dikendalikan oleh
instruktor yang diiktiraf (3 kali seminggu) 6 sesi runding cara pemakanan secara individu
bersama Pakar Pemakanan Sesi runding cara bersama Pakar Perubatan Saringan Kesihatan sebanyak dua (2) kali T-Shirt Hadiah Yang Lumayan (Pelbagai Kategori) Program Akhir Bersama MySihat dan peserta
4947
The SOCSO Health Screening Program 2013 - 2015
Distribution and Usage
The total number of health screening vouchers distributed throughout 2013, 2014 and 2015 were 2,397,933. Until December 2015, the total number of employees used their health screening vouchers were 446,815.
DATA ANALYSIS
The following analysis is based on the total number of workers who underwent the health screening over a period of 36 months from January 2013 to December 2015. A total of 428,985 subjects were available for analysis at the time of writing.
HIGHLIGHTS
Sociodemography ●
●
¡ Malay: 36.5%
¡ Chinese: 45.2%
¡ Indian: 11.9%
¡ Bumiputera Sabah: 2.5%
¡ Bumiputera Sarawak: 2.9%
¡ Others:1.0%
●
¡ 40-44: 30.1%
¡ 45-49: 26.4%
¡ 50-54: 22.3%
¡ 55-59: 13.1%
¡ 60-64: 5.3%
¡ 65 and above: 2.8%
Cardiovascular Diseases and Risk Factors
●
(based on venous plasma glucose)
¡ Normal: 74.5%
¡ IFG/IGT: 16.1%
(further tests required) ¡ Diabetes: 9.4%
(CPG Mgt Type 2 Diabetes Mellitus 2009)
BACKGROUND
The Social Security Organization of Malaysia (SOCSO) had launched the HSP in the year 2013. The program was aimed at increasing the awareness of non-communicable diseases among workers in Malaysia. This was done by providing eligible employees with health screening vouchers to undertake the first step in taking care of their health; by knowing their own health status!
OBJECTIVES OF THE PROGRAM
The program objectives are:
●
●
●
●
●
HSP METHODOLOGY
All employees who’re registered with SOCSO, aged 40 years and above were given the health screening vouchers through their employers. The vouchers enable them to undergo health screening at participating private clinics in the country. The screening involves general health screening and risk of cardiovascular diseases, with added screening for cervical and breast cancer for females via pap smear and mammogram examinations. All information are entered by the clinics, laboratories or mammogram centres into a database. Attendance to the health screening are voluntary. Confidentiality of the medical information is assured.
48
●
¡
¡
¡
¡
¡
¡
(CPG Mgt Hypertension 2013)
●
¡
¡
¡
Nutritional Status ●
¡
¡
¡
¡
¡
¡
(CPG Mgt Obesity 2004)
Cigarette
●
¡
Yes: 30.2% 1.5%
No: 69.8% 98.5%
Have Had Previous Health Screening ¡
Female Cancer Screening (Analysis data up to 31 Dec
2014)
●
¡
¡
¡ - Six (6) were found with carcinoma in situ.
- 139 with high grade squamous or glandular lesion.
●
¡
¡
¡
¡
- 168 with findings highly suggestive of malignancy.
(CPG Mgt Breast Ca 2010)
REFERENCES
●
●
●
●
●
FACT SHEET
5149
BACKGROUND AND OBJECTIVE The National Health and Morbidity Survey (NHMS) is a
nationally representative survey of population in
Malaysia. It was first initiated in 1986 and has been an
important platform for monitoring the health of the
population in Malaysia. Its objectives were to supplement
community-based data on the pattern of common health
problems, health needs and expenditure on health in the
community to enable the Ministry of Health to review
priorities and activities of programmes, plan future
allocation of resources and evaluate the impact of
strategies. The interval of NHMS has been shortened from
every 10 years to a 4 yearly cycle with annual data
collection since 2011 to ensure timely information is
obtained for planning of health programs. The main
scopes in the NHMS 2015 were health care demands, non-
communicable diseases and non-communicable diseases
risk factors.
METHODOLOGY NHMS uses a standard methodology for a household
survey. A multi-stage stratified sampling method was
used in NHMS 2015 to produce a nationally
representative data. It covered both urban and rural
areas and canvassed all states in Malaysia. Data collection
was by face to face interview using structured
questionnaires as well as self-administered method.
Clinical assessment and biochemistry tests were
performed based on the modules. Survey information
was collected electronically using handheld devices.
About 10,000 randomly selected living quarters (LQ) were
visited and 30,000 population responded to the survey
with the overall response rate of 86.4%.
NHMS 2015 HIGHLIGHTS CARDIOVASCULAR DISEASES
DIABETES MELLITUS
17.5% (3.5 million) of adults 18 years and above have diabetes
8.3% are known diabetes 9.2% are previously undiagnosed with diabetes
HYPERTENSION
30.3% (6.1 million) of adults 18 years and above have hypertension
13.1% are known to have hypertension 17.2% are previously undiagnosed with
hypertension
HYPERCHOLESTEROLEMIA
47.7% (9.6 million) of adults 18 years and above have hypercholesterolemia
9.1% are known to have hypercholesterolemia 38.6% are previously undiagnosed with
hypercholesterolemia
NUTRITIONAL STATUS & DIETARY PRACTICE NUTRITIONAL STATUS
Adults 18 years and above, based on WHO 1998 Classification o 30.0% (5.6 million) are pre obese o 17.7% (3.3 million) are obese
Adults 18 years and above, based on CPG 2004 Classification o 33.4% (6.3 million) are pre obese o 30.6% (5.7 million) are obese
Children below 18 years, based on BMI for age status (WHO 2006) o 11.9% (1.0 million) are obese
DIETARY PRACTICE
Only 6.0% (1.2 million) of adults 18 years and above consumed 5 serving or more fruits or vegetables per day
PHYSICAL ACTIVITY
66.5% (14.0 million) of adults 16 years and above are physically active based on IPAQ definition.
Institute for Public Health Ministry of Health Malaysia
INSTITE FOR PUBLIC HEALTH
50
TOBACCO USE
43.0 % of men, 1.4% of women, and 22.8% overall (5.0 million) currently smoked tobacco.
HEALTH CARE DEMAND
HEALTH SEEKING BEHAVIOR
27.5% experienced health problem in the last two weeks; only 40.6% seek treatment or advice from a healthcare provider.
COMMUNITY PERCEPTION
Choice of preferred provider More than half (51.4-78.2%) of the adult (18 years and above) population preferred government facilities when they have minor illness, major illness, minor surgery, major surgery, dental treatment and for delivery/ birth.
Perceived cost for government and private care Perceived cost in getting treatment at private facilities were several times more expensive compared to government for:
i. Minor illness: 10 times ii. Major illness: 8 times
iii. Minor surgery: 8 times iv. Major surgery: 6 times v. Dental treatment: 11 times
vi. Childbirth: 13 times
Perception on government/private Healthcare Delivery System The population had a positive overall impression (good or excellent) towards government clinics & hospitals, with 77.8% and 79.6% of the population rated either good or excellent respectively.
HEALTH CARE UTILISATION
Inpatient o 7.6% (2.2 million) of population experienced
hospital admission in the last one year o 76.7% of total utilisation was in government
facilities o Overall mean travel time and distance to health
facility were 41 minutes and 23.5 km respectively
Outpatient o 9.0% (2.6 million) of population reported to
received outpatient care in the last two weeks o 60.1% of total utilisation was in government
facilities o Overall mean travel time and distance to health
facility were 21 minutes and 10.0 km respectively
Oral Healthcare o 5.2% (1.5 million) of population had oral health
problems in the last two weeks preceding the survey with only 26.6% has sought treatment or advice from the healthcare provider
o Only 27.8% (8.1 million) of population had a dental visit in the last one year
o 37.0% (7.8 million) of population had never received oral healthcare
o 70.1% of the total utilisation was in the government facilities
Institute for Public Health Ministry of Health Malaysia
INSTITE FOR PUBLIC HEALTH
MENTAL HEALTH PROBLEMS, ADULTS
(16 YEARS AND ABOVE)
29.2% (4.2 million) of adults 16 years and above were suspected as having mental health problems ALCOHOL CONSUMPTION
7.7% (1.7 million) individuals aged 13 years and above currently consumed alcoholic beverages such as shandy, beer, stouts, wine, whisky, samsu and others
MENTAL HEALTH PROBLEMS, CHILDREN
(FIVE TO BELOW 16 YEARS)
12.1% (0.6 million) of children five to below 16 years were suspected as having mental health problems
5351
Page 1 of 2
Temporary Form for HSP Screening (For Clinics)
Please use this temporary form before entering the report into the HSP Portal (if required)
Patient Name: IC Number: Address (Line 1): Address (Line 2): Postcode: Town: State: Telephone:
Gender Male Female Date of Birth Ethnic Malay Chinese Indian Bumiputera Sarawak
Bumiputera Sabah Others - Specify: _________________________
Waist Circumference: (CM)
Weight: (KG) Height: (Metres)
Pulse:
Blood Pressure: (Sys/Dia)
1 Is patient a smoker? Yes No 2 Does the worker have any previous medical
diseases? Yes No If Yes, specify:
3 Does the worker know about his/her health condition before this screening?
Yes No
4 Have the worker ever done a health screening prior to SOCSO’s Health Screening Programme?
Yes No
5 Does the worker have any disability? Yes No If Yes, specify:
6 Does any of the worker’s family members (first degree) suffer from Ischemic Heart Disease?
Yes No
7 Does any of the worker’s family members (first degree) suffer from Renal Disease?
Yes No
8 Does any of the worker’s family members (first degree) suffer from Diabetes?
Yes No
9 Does any of the worker’s family members (first degree) suffer from Hyperlipidemia?
Yes No
10 Does any of the worker’s family members (first degree) suffer from any cancer?
Yes No
Occupation (Job Title) Occupational Classifications Please select one:
(Continue on next page) (Continue from previous page)
Managers Professionals Technicians and Associate Professionals Clerical Support Workers Service and Sales Workers Skilled Agricultural, Forestry and Fishery Workers
- Sample Form
52
top related