garis panduan taman awam - townplan.gov.my · petroleum,gas asli, emas, timah, zink, kuprum dan...
Post on 07-Mar-2019
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
DRAF
Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Simpanan Mineral & Bencana Geologi
Pemuliharaan Dan Pembangunan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
Simpanan Mineral & Bencana Geologi
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
2014
Cetakan Pertama 2014 © Hakcipta
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta Terpelihara
Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara,
sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu
Diterbitkan di Malaysia
oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Pemberitahuan Garis panduan ini mengandungi 12 garis panduan yang perlu dibaca secara bersama iaitu-
GP007-A(1) : Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan (GPPPP) Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(KSAS) – Pengenalan GP007-A(2) : GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut
(akan diterbitkan pada 2014);
GP007-A(3) : GPPPP KSAS Persisiran Pantai; GP007-A(4) : GPPPP KSAS Tadahan Air dan Sumber Air Tanah;
GP007-A(5) : GPPPP KSAS Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik Dan Sungai;
GP007-A(6) : GPPPP KSAS Simpanan Mineral dan Bencana Geologi;
GP007-A(7) : GPPPP KSAS Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal; GP007-A(8) : GPPPP KSAS Kawasan Pertanian Makanan;
GP007-A(9) : GPPPP KSAS Habitat Hidupan Liar; GP007-A(10) : GPPPP KSAS Hutan Simpan Kekal; GP007-A(11) : GPP Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi
(telah diterbitkan pada 2009); dan GP007-A(12) GPPPP KSAS Warisan Kebudayaan dan Warisan Semulajadi.
Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama undang-undang, dasar Persekutuan dan Negeri,
Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi
yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2009 dan MNKT Ke 62 pada 17 September 2009, GP Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau
dan Taman Laut yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 1 November 2013 serta lain-lain keperluan pelbagai agensi teknikal berkaitan.
Garis Panduan ini juga disediakan untuk menyokong garis panduan sedia ada jabatan-
jabatan Kerajaan dan agensi-agensi lain.
2014
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN i KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN I : SIMPANAN MINERAL
1. SKOP 1
2. LATAR BELAKANG 3
2.1 Isu dan Masalah 3
2.2 Kepentingan Pengawalan Perlombongan Mineral 5
3. DEFINISI SUMBER MINERAL DAN TERMINOLOGI YANG BERKAITAN 6
4. PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN 6
5. GARIS PANDUAN UMUM 11
6. GARIS PANDUAN KHUSUS 12
BAHAGIAN II : BENCANA GEOLOGI
7. LATAR BELAKANG 15
7.1 Kawasan Bencana Geologi Sebagai KSAS 15
7.1.1 Lubang Benam (Sinkholes) 15
7.1.2 Amblesan Tanah (Land subsidence) 19
7.1.3 Hakisan (Erosion) 21
7.1.4 Tanah Runtuh 23
8. GARIS PANDUAN UMUM 26
9. GARIS PANDUAN KHUSUS 31
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN ii KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
SENARAI FOTO
Foto 1: Kerja menggerudi untuk menghasilkan blok batuan granit batu dimensi. 5
Foto 2: Contoh lombong arang batu Di Kapit Sarawak. 5
Foto 3: Bekas tapak perlombongan pasir tanpa permit yang yang menjadi kolam besar
dan memusnahkan kedudukan asal tanah di Kampung Tanjung, Bukit Changgang, Dengkil. 7
Foto 4: Contoh geo-warisan bukit batu kapur di Bukit Panching, Kuantan yang kini mengalami ancaman. 9
Foto 5: Contoh lubang benam yang berlaku di Kimberly Hole, Afrika Selatan, yang
mempunyai kedalaman 1,097 meter dan garisan tengah lubang sepanjang 463 meter, kesan daripada aktiviti perlombongan. 16
Foto 6: Contoh lubang benam yang berlaku di Kem Rejimen Askar Jurutera Diraja (Kem Oran), Perlis pada 19 oktober 2000. 18
Foto 7: Contoh lubang benam yang berlaku di Kem Rejimen Askar Jurutera Diraja
(Kem Oran), Perlis dilokasi yang sama pada Jun 2004. 18
Foto 8: Contoh amblesan tanah yang berlaku di Pandan Mewah Height, Kuala Lumpur yang berlaku pada Mei 2012 yang berpunca dari hakisan tanah di tebing saliran berhampiran 21
Foto 9: Contoh kejadian amblesan tanah akibat aktiviti pengambilan pasir di Sungai Linggi, Kampung Permatang Pasir, Seremban, Oktober 2009 21
Foto 10: Contoh kejadian amblesan tanah yang berlaku di KM 77, Kampung Semukoi, Kuching, Sarawak, menghala ke Sri Aman. Kejadian amblesan ini mengakibatkan kerosakan disepanjang 100 meter panjang dan kedalaman
lebih kurang 3 meter di jalan raya berkenaan 21
Foto 11: Contoh hakisan tanah yang berlaku di lereng bukit 23
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN iii KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
SENARAI JADUAL
Jadual 1: Aktiviti yang dibenar dan tidak dibenarkan 13
Jadual 2: Faktor-faktor tanah runtuh 25
Jadual 3: Garis Panduan Khusus Pengurusan Kawasan Berisiko Bencana 31
Jadual 4: Garis Panduan Khusus Pembangunan Kawasan Berisiko Bencana 32
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Jenis-jenis sumber mineral dan contoh-contohnya 4
Rajah 2(a): Konflik pembinaan dan pembekuan simpanan pasir dan lempung 10
Rajah 2(b): Konflik antara pengkuarian dan kediaman tetap 10
Rajah 3(a): Contoh retakan dalam batu kapur. 17
Rajah 3(b): Menunjukkan tindakan hidrostatik. 17
Rajah 3(c): Menunjukkan pembentukan lubang benam yang lebih cepat akan berlaku. 17
Rajah 4: Gambarajah yang menerangkan pelbagai jenis ambelasan tanah 20
Rajah 5: Gambarajah rajah menunjukkan aliran air yang menjadi punca utama
hakisan dan tanah runtuh 22
Rajah 6: Jenis-jenis tanah runtuh dan tanah runtuh 24
Rajah 7: Contoh Peta Geohidrologi (JPS) yang dapat menggambarkan potensi
kawasan berisiko bencana 26
Rajah 8: Contoh Peta Kawasan Potensi Hakisan 27
Rajah 9: Contoh pelan subjek pengezonan kawasan risiko hakisan tanah dan kegagalan cerun 27
Rajah 10: Contoh pelan subjek pengezonan kawasan risiko hakisan tanah dan kegagalan cerun 28
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 1 KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
1. SKOP
Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan
Kawasan Alam Sekitar (KSAS) Kawasan Simpanan Mineral dan Bencana Geologi
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu-
Bahagian I – Garis Panduan Perancangan KSAS Simpanan Mineral;
dan
Bahagian II – Garis Panduan
Perancangan KSAS Bencana Geologi.
Garis Panduan KSAS Simpanan Mineral dalam garis panduan ini meliputi mineral
berlogam (metallic minerals) dan agregat batuan.
Garis Panduan KSAS Bencana Geologi, memfokuskan kepada bencana yang diakibatkan oleh aktiviti perlombongan
dan pengorekan tanah untuk mendapatkan mineral iaitu lubang
benam, amblesan tanah dan juga hakisan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
BAHAGIAN I
SIMPANAN MINERAL
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 3 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2. LATAR BELAKANG
KSAS simpanan sumber mineral
merupakan KSAS nilai sokongan hidup. Sumber mineral perlu diberi perhatian
kerana sumber ini adalah terhad dan hanya boleh dijumpai di kawasan tertentu sahaja dan ia tidak boleh
diganti. Bekalan sumber mineral untuk kegunaan pembinaan bertujuan supaya
sumber ini boleh digunakan pada masa hadapan.
Setiap sumber mineral yang dicarigali atau
dieksplotasi mempunyai pelbagai kegunaan seperti -
a) sebagai bahan pengerak atau bahan bakar bagi kenderaan bermotor dan berenjin;
b) untuk kegunaan pelbagai sektor sektor industri pembuatan,pembinaan,
makanan. Sebagai contoh, besi, agregat batuan dan pasir amat
penting dalam industri pembinaan dan pembuatan, pembinaan jalan raya dan bangunan; dan
c) aktiviti perdagangan dan sumber pendapatan.
2.1 Isu dan Masalah
Isu dan masalah berkenaan dengan
simpanan mineral di Malaysia adalah-
i. merupakan sumber semula jadi yang
terhad dalam kerak bumi dan tidak dapat diperbaharui. Ini kerana proses kejadian sumber ini mengambil masa
yang lama sebelum pembentukannya. Oleh yang demikian, pembangunan
atau pengeluaran sumber mineral secara berterusan menyebabkan sumber mineral ini semakin
berkurangan. Sekiranya sumber-sumber ini digunakan secara
berterusan pada kadar sekarang, kebanyakan sumber seperti petroleum,gas asli, emas, timah, zink,
kuprum dan sebagainya dianggarkan akan kehabisan;
ii. kekurangan bahan mentah dan sumber tenaga menyebabkan sektor
perindustrian dan pembinaan akan terjejas; dan
iii. isu pembaziran sumber ini berlaku
disebabkan oleh amalan dalam memajukan sumber di peringkat
mengeluar, memproses, dan menggunakan sumber disebabkan oleh kelemahan teknologi atau
kekurangan modal bagi membangunkan teknologi dan
kemudahan infrastruktur.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 4 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Menurut Rees (1985), sumber mineral dikenali juga sebagai sumber stok
kerana ia terdapat di dalam perut bumi dan akan mengalami kehabisan apabila
digunakan secara kerap dalam jangka masa yang lama. Dengan kata lain, jumlah kuantiti fizikal sumber mineral di dalam
perut bumi adalah dalam jumlah yang tetap dan tidak bertambah dengan jelas.
Ini bermakna pertambahan jumlah fizikal sumber tersebut boleh berlaku melalui masa yang lama, tetapi pada kadar yang
amat perlahan. Contoh yang dapat dilihat melalui pembentukan petroleum, bijih
timah, emas, arang batu bauksit, dan sebagainya yang mana pembentukkannya mengambil masa berjuta-juta tahun
melalui pereputan fosil-fosil flora dan fauna serta sebagainya.
Sumber mineral dapat dibahagikan kepada dibahagikan kepada tiga (3) jenis mengikut
sifatnya seperti di Rajah 1.
Sumber mineral sama ada bagi kegunaan bahan api ataupun bukan bahan api
merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Walaubagaimanapun, bagi tujuan garis panduan ini, skop garis panduan akan menyentuh mineral bukan logam
sahaja.
Rajah 1: Jenis-Jenis Sumber Mineral dan Contoh-contohnya
Agregat batuan merujuk kepada bahan
batuan yang dipecahkan menjadi batu hancur dalam pelbagai saiz kecil sehingga
25cm. Pelbagai jenis batuan boleh dijadikan batu agregat seperti granit, batu kapur, kuarzit, batu pasir, tuf, diorit dan
sebagainya.
Proses pengolahan agregat batuan
tergolong kepada dua iaitu agregat batuan alam dan filler. agregat batuan alam
merupakan batuan terbentuk secara alami, terbentuk berdasarkan kepada aliran air sungai dan degradasi. Contohnya kerikil
dan pasir.
Agregat buatan terhasil daripada proses
pemecahan batuan ke pelbagai saiz yang dikehendaki.
Jenis Sumber Mineral
- Petroleum
- gas asli - arang batu
- bijih timah
- bijih besi
- bauksit
- manganese
- bauksit
- emas
- tembaga
- tanah liat
- pasir
binaan
- lempung
- pasir silika
- agregat batuan
Mineral Bukan
Logam
Mineral Berlogam
Mineral Tenaga
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 5 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
2.2 Kepentingan Pengawalan Perlombongan Mineral
Aktiviti perlombongan dan pengkuarian merujuk kepada sebarang aktiviti
pengorekan dan pengeluaran hasil bumi bagi mendapatkan bijih mineral atau batuan berharga menggunakan
jentera mahupun tenaga manusia. Seterusnya ia diolah, diproses dan
disiapkan menjadi produk akhir yang mempunyai nilai tertentu berdasarkan pasaran semasa.
Dalam konteks KSAS, kawasan simpanan mineral merupakan “KSAS Bernilai
Sokongan Hidup”, kerana sumber mineral dan agregat batuan merupakan keperluan asas untuk kesinambungan
kesejahteraan manusia untuk memenuhi keperluannya seperti perumahan,
pendidikan, pengangkutan dan sebagainya, yang mana memerlukan sumber mineral
sebagai bahan asas dalam pembinaan penempatan dan infrastruktur seperti lempung, pasir, agregat batuan (kelikir)
dan batu kapur untuk pembuatan simen.
Foto 1: Kerja menggerudi blok batuan granit
untuk menghasilkan batu dimensi.
Foto 2: Contoh lombong arang batu di
Sarawak.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 6 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
3. DEFINISI SUMBER MINERAL DAN TERMINOLOGI YANG BERKAITAN
“Sumber mineral” ialah sumber bahan semulajadi yang perlu dilombong bagi
mendapatkannya sama ada secara pengerudian, perlombongan dan sebagainya. Sumber mineral juga adalah
sumber atau bahan yang tidak boleh diperbaharui (non-renewable) kerana
ia terbentuk dalam jangka waktu yang sangat panjang iaitu mungkin berjuta-juta tahun dan akan habis apabila
dikeluarkan.
Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta
525] mentakrifkan mineral adalah apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang
terbentuk dengan cara semula jadi hasil daripada perlombongan samada
di daratan (atas tanah atau bawah tanah) atau lautan (dalam laut atau
bawah laut) atau tertakluk kepada sesuatu proses geologi tetapi tidak termasuk air dan bahan batuan.
Definisi bagi beberapa terminologi yang berkaitan dengan sumber mineral yang
berkait digunakan di dalam garis panduan ini adalah seperti Lampiran 1.
4. PRINSIP-PRINSIP
PERANCANGAN
Prinsip- prinsip perancangan KSAS sumber
mineral adalah seperti berikut:
i. Mengekal dan Mengisytiharkan
Kawasan Sumber Mineral
Kawasan sumber mineral perlu dikekalkan melalui pengisytiharannya sebagai
kawasan rizab mineral dan dihadkan pembangunan di kawasan ini. sebagai
contoh, Enakmen Mineral Selangor 2000, (Bab 3, Bahagian III Seksyen 17) telah
mencadangkan perkara ini.
Walau bagaimanapun, sebelum suatu kawasan dapat diisytiharkan sebagai rizab
mineral, kajian terperinci termasuk penggerudian perlu dilakukan untuk
menentukan bahawa kawasan berkenaan mengandungi mineral dengan saiz dan gred yang mencukupi untuk dilombong.
Kawasan yang tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tidak boleh diisytiharkan
sebagai kawasan rizab mineral tetapi boleh dikelaskan sebagai kawasan berpotensi mineral sahaja.
ii. Sumber Mineral Seperti Agregat Batuan, Pasir dan Lempung Harus
Diberi Status KSAS Sokongan Hidup
Walaupun agregat batuan dan pasir tidak dinyatakan dengan spesifik dalam Enakmen Mineral Negeri, ianya harus
diberikan keutamaan seperti mineral yang lain. Kawasan di mana sumber agregat
batuan dan pasir ini wujud mesti diberikan status sebagai KSAS Sokongan Hidup.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 7 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Sumber lempung yang digunakan dalam sektor pembuatan seperti bata, seramik
dan produk berstruktur (paip pembentung) hendaklah diberikan status yang sama
seperti pasir dan agregat batuan. Ini kerana sumber agregat batuan, pasir dan lempung tidak boleh didapati di semua
tempat dan hanya boleh diperolehi di kawasan tertentu sahaja.
Apabila pembangunan dibenarkan di atas kawasan-kawasan seperti ini, sumber bahan mentah pembinaan yang ada akan
dimajirkan.
iii. Aktiviti Perlombongan Hanya
Dibenarkan Dengan Kebenaran Kerajaan Negeri
Pengusaha hasilan mineral sepatutnya diberikan keutamaan daripada
pembangunan-pembangunan lain di kawasan yang dikenal pasti mempunyai mineral. Aktiviti perlombongan perlu
mendapat kebenaran dari Kerajaan Negeri bukan sahaja di tanah rizab kerajaan dan
hutan simpan tetapi merangkumi tanah hakmilik persendirian.
Pembebasan mineral (mineral clearance)
perlu dijalankan ke atas semua kawasan yang mempunyai potensi mineral (meliputi
semua jenis) khususnya, sebelum sesuatu kawasan dibangunkan bagi tujuan pembangunan kekal misalnya empangan
yang melibatkan kawasan hutan melebihi 200 hektar [Majlis Mineral Negara].
Tempoh masa pajakan lombong yang akan diberikan tidak melebihi 21 tahun dan pajakan boleh disambung sepanjang hayat
perlombongan selagi simpanan mineral masih ada.
Aktiviti selain daripada perlombongan mineral di kawasan yang telah dikenalpasti
mempunyai rizab mineral hanya dibenarkan bagi projek berkepentingan negara sahaja .
Foto 3: Bekas tapak pengekstratan pasir
tanpa permit yang yang menjadi kolam besar
dan memusnahkan kedudukan asal tanah di
Kampung Tanjung, Bukit Changgang, Dengkil.
iv. Perlu Memulihara Kawasan Selepas
Tamat Perlombongan
Selepas aktiviti perlombongan tamat,
penerima pajakan perlu melakukan pemuliharaan kawasan yang dilombong.
Penerima pajakan perlu menyumbang kepada Kumpulan Wang Pemulihan Lombong yang ditubuhkan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 8 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
v. Perlu Menyelesaikan Konflik
Kawasan Mineral, Agregat Batuan, Dan Pasir
Kadang-kala, penggunaan tanah untuk
perusahaan sumber mineral, agregat batuan dan pasir kadang-kadang
membawa konflik dengan kegunaan tanah yang lain. Beberapa keadaan yang boleh
menimbulkan konflik adalah seperti berikut:
a) Sumber Mineral dan Pelaksanaan
Pembangunan
Kemungkinan konflik berlaku apabila
kawasan greenfield telah dicadangkan untuk pembangunan (pertanian atau lain-lain) dan
didapati kawasan tersebut berkemungkinan mengandungi
mineral penting. Konflik ini boleh diselesaikan jika pencadang pembangunan menjalankan kajian
pembebasan mineral .
Jika sumber mineral penting
tersebut dapat dikesan, ia mesti diisytiharkan sebagai “Kawasan Pembangunan Sumber Mineral”.
Perlombongan mesti dikendalikan dahulu sebelum pembangunan
dibenarkan.
Konflik akan wujud jika kawasan simpanan pasir dan lempung
dibangunkan untuk pembangunan fizikal dan ini akan memajirkan
sumber tersebut (Rajah 2(a)).
Konflik yang biasanya wujud adalah apabila projek pembinaan
pembangunan penempatan dilulus terlalu hampir dengan kuari yang
masih aktif (Rajah 2(b)).
Semua projek pembangunan melibatkan kawasan melebihi 200
hektar seperti pembukaan tanah baru untuk pertanian, empangan,
penempatan, dan sebagainya perlu mendapat surat pembebasan mineral (mineral clearance) daripada
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
b) Kawasan Batu Kapur dan Batuan-Batuan Lain Sebagai Sumber Mineral atau Warisan Geologi
Batu kapur merupakan sumber bagi agregat batuan dan juga penting
sebagai bahan batuan mentah untuk industri pembuatan simen seperti
simen, terazo, serbuk batu kapur dan batu dimensi.
Oleh itu, konflik kegunaan kawasan
batu kapur sebagai KSAS Warisan atau KSAS Sokongan Hidup akan
wujud dari kegunaan kawasan batu kapur yang bertentangan.
Walaupun kegunaan batu kapur
sebagai sumber bahan mentah kepada industri pembinaan, perlu
diutamakan. Namun terdapat juga beberapa kawasan batu kapur yang mempunyai nilai warisan yang unik
dan tersendiri.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 9 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jika keadaan ini berlaku, kawasan KSAS Warisan batu kapur ini mesti
diberikan keutamaan daripada kegunaan yang lain seperti Gua
Runtuh (Perak Man), Lenggong, Perak; Gua Cha, Kelantan; Gua Tempurung, Kinta, Perak; Gunung
Rapat (Taman Geologi), Kinta, Perak dan Gunung Senyum, Pahang.
Walaupun demikian, bukan semua kawasan batu kapur menunjukkan nilai warisan yang unggul. Kawasan
atau bukit batu kapur yang tidak mempunyai nilai warisan (nilai
saintifik, estetik atau budaya) boleh digunakan untuk menghasilkan bahan mentah bagi industri
pembuatan simen, , terazo, serbuk batu kapur dan lain-lain.
Batu kapur terdapat di kawasan berbukit, tanah pamah dan di bawah
permukaan. Batu kapur didapati di bawah permukaan pada jarak kedalaman dari beberapa meter
sehingga puluhan meter.
Kaedah untuk mengusaha hasilan
sumber bahan mentah batu kapur bawah permukaan adalah berbeza dan melibatkan kos yang tinggi
kerana tanah lanar yang meliputinya mesti dikorek sebelum aktiviti kuari
dapat diteruskan.
Selain itu, air yang terkumpul di bawah permukaan lombong kuari
terbuka perlu sentiasa dipam keluar supaya aktiviti kuari boleh dijalankan
dengan senang dan selamat.
Pencemaran yang wujud dari kuari bawah permukaan adalah kurang
dibandingkan dengan kuari biasa yang beroperasi di kawasan bukit.
Aktiviti kuari bawah permukaan bagi batu kapur amat digalakkan kerana ini dapat mengelakkan pemusnahan
bukit batu kapur yang mungkin mengandungi ciri-ciri warisan dan ia
juga dapat mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi.
Sebagai contoh, lebih kurang 12%
daripada kawasan batu kapur di Lembah Kinta, Perak, wujud sebagai
bukit manakala lebih kurang 88% wujud sebagai batu hampar di bawah permukaan bumi.
Foto 4: Contoh geo-warisan bukit batu kapur
di Bukit Panching, Kuantan yang kini
mengalami ancaman (Wan Zuhairi Yaacob (2010),
“Sumber Mineral dan Alam Sekitar”, UKM).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 10 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KSAS Simpanan Pasir dan Lempung biasa
terdapat di kawasan pamah yang sesuai
juga bagi pembinaan dan pembangunan tetap.
Ini akan mengakibatkan pemajiran simpanan pasir dan lempung
KSAS yang mengandungi simpanan dua bahan pembinaan penting ini perlu dikenal
pasti dan diisytiharkan.
KSAS Simpanan Agregat biasa terhad
pada ketinggian bukit yang berbatu
antara 50m hingga 300m.
Semua operasi kuari perlulah terletak
sekurang-kurangnya 500m dari kawasan kediaman.
Jika pengisytiharan KSAS Simpanan Agregat dilakukan, pembangunan yang
diluluskan perlu mempunyai Zon Penampan tidak kurang dari 500m.
Rajah 2(a): Konflik pembinaan dan pembekuan simpanan pasir dan lempung
Rajah 2(b): Konflik antara pengkuarian dan kediaman tetap
PEMBINAAN BERSKALA
BESAR
PEMBINAAN YANG AKAN
MEMAJIRKAN
ZON PENAMPAN SEKURANG-
KURANGNYA
KILANG
BATU
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 11 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
vi. Mematuhi Dasar dan Aspek
Perundangan Sedia Ada
Dasar-dasar sedia ada yang berkaitan dengan simpanan mineral dan bencana
geologi adalah seperti berikut:
a) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56];
b) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
c) Akta Pembangunan Mineral 1994 [Akta 525]
d) Akta Pemuliharaan Tanah 1960 [Akta
385]; e) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta
127] ; f) Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 [Akta
129];
g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]; dan
h) Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
5. GARIS PANDUAN UMUM
Garis panduan umum kawasan simpanan mineral dan agregat batuan adalah seperti
berikut:
a) Kawasan KSAS Sumber Mineral hendaklah dikenalpasti, dipetakan dan
dizonkan dalam rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan
daerah.
b) Permohonan pengisytiharan kawasan KSAS Mineral boleh dijalankan oleh
agensi yang bertanggungjawab. Permohonan individu atau NGO mesti
melibatkan agensi kerajaan sebagai pemohon bersama.
c) Permohonan untuk mengambil atau membangunkan kawasan khazanah
geologi dan kawasan batu kapur yang bernilai warisan serta memerlukan pemeliharaan adalah tidak dibenarkan.
d) Pertimbangan kelulusan pemohonan mesti mengambil kira aspek
pemeliharaan kawasan tersebut.
e) Kajian pemetaan geologi dan teknik perlombongan yang bersesuaian perlu
dijalankan di kawasan yang diisytiharkan sebagai KSAS Sumber
Mineral.
f) Hanya pembangunan yang sesuai (iaitu tidak membekukan mineral sediada)
boleh dibenarkan.
g) Pertimbangan kelulusan pemohonan
mesti mengambil kira aspek pemeliharaan kawasan tersebut.
h) Permohonan untuk mengambil atau membangunkan kawasan khazanah geologi dan kawasan batu kapur yang
bernilai warisan serta memerlukan pemeliharaan adalah tidak dibenarkan.
i) Dokumen permohonan mestilah memenuhi kehendak Pihak Berkuasa Negeri mengikut undang-undang dan
peraturan yang berkuatkuasa pada masa itu.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 12 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
6. GARIS PANDUAN KHUSUS
a) Zon penampan perlu disediakan dan
ditandakan atas pelan -
i. 500m dari sempadan bagi KSAS
Sumber Batuan Agregat, pasir, lempung dan tanah;
ii. 500m dari sempadan atau 3 kali
ganda jarak ketinggian tebing tegak bukit batu kapur tersebut
bagi KSAS Sumber Batuan Agregat Batu Kapur; dan
iii. Pembangunan di kawasan batu kapur perlu mengikut garis
panduan Demarcation of Safety Zones in the Vicinity of Limestones
Hills oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).
Aktiviti yang dibenar dan tidak dibenarkan
adalah seperti di Jadual 1.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 13 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jadual 1: Aktiviti yang dibenar dan tidak dibenarkan
KSAS/ Kategori
Ta
ha
p
Kes
en
sit
ifa
n
Aktiviti Dibenarkan dengan syarat Aktiviti tidak
dibenar-kan
Catatan / GP
Aktiviti Syarat
KSAS Sumber Mineral dan
Agregat yang Dikenalpasti
2
(Supaya tidak
memajirkan sumber batuan
untuk menghasilkan
agregat batuan)
Rekreasi
Penyelidikan;
Eko-pelancongan;dan
Aktiviti yang tidak memajirkan
simpanan
batuan untuk menghasilkan agregat batuan
Tidak dibenarkan
struktur kekal.
-
Semua aktiviti mesti berhenti apabila
perlombongan/kuari bermula.
Semua struktur pembinaan ringan perlu bersifat sementara.
Zon penampan 500m
perlu disediakan bagi
aktiviti yang melibatkan peletupan.
Zon Penampan 500 meter
yang mengelili-ngi kawasan yang dikenal-pasti
3
(Supaya pembangu-nan
dan aktiviti dicadangkan
tidak terdedah kepada risiko
daripada operasi
perlombongan/ kuari)
Penyelidikan;
Pertanian;
Eko-
pelancongan;
Ternakan; dan
Rekreasi.
Sebara-ng pembi-naan
baru.
Semua aktiviti mesti berhenti apabila operasi
perlombongan/kuari bermula.
Nota: Tahap kesensitifan: KSAS Tahap 1: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan
alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
BAHAGIAN II
BENCANA GEOLOGI
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 15 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
7. LATAR BELAKANG
Garis Panduan KSAS Bencana Geologi,
memfokuskan kepada bencana yang diakibatkan oleh aktiviti perlombongan
dan pengorekan tanah.
Kegiatan perlombongan mineral telah menyebabkan kawasan hutan dibuka,
tumbuh-tumbuhan asal ditebang sehingga mengakibatkan ekosistem kawasan
terganggu. Pembersihan kawasan hutan juga mendedahkan kawasan perlombongan tersebut kepada hakisan dan runtuhan. Ini
kerana, tumbuhan berfungsi menyerap air hujan dan akarnya mengikat butir-butir
tanah daripada proses hakisan tidak berlaku. Keadaan ini menyebabkan hakisan dan gelongsoran atau runtuhan tanah serta
hilang keseluruhan.
Sebagai contoh, lombong bijih timah yang
menggunakan kaedah pam kelikir yang memancutkan air ke tebing bukit yang
mengandungi timah akan melonggarkan struktur tanah dan menyebabkan berlaku runtuhan. Manakala aktiviti perlombongan
bawah tanah seperti perlombongan arang batu berisiko mewujudkan tanah runtuh.
Bencana menurut Majlis Keselamatan Negara [Arahan MKN No. 20] adalah sesuatu kejadian yang berlaku secara
mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa,
kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.
Menurut Geological Society Of Malaysia Geo-Bencana pula merupakan proses
semulajadi bumi yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa,
kemalangan jiwa, kerosakan harta benda dan ekonomi serta menjejaskan kualiti alam sekitar. Antara jenis geo-
bencana atau bencana alam yang sering kita dengar dari serata dunia
termasuklah gempabumi, tsunami, tanah runtuh, letusan gunung berapi, banjir, banjir lumpur, hakisan, tanah
mendap, kebakaran hutan dan sebagainya. Kini rekod menunjukkan
kejadian geobencana semakin kerap terjadi dan keamatannya semakin tinggi.
7.1 Kawasan Bencana Geologi Sebagai KSAS
7.1.1 Lubang Benam (Sinkholes)
i. Smith, (1999), lubang benam
(sinkhole) didefinisikan sebagai -
“pembentukan lubang pada saiz
tertentu dari atas permukaan tanah hingga ke dasar dengan kedalaman dan diameter tertentu.
Ianya terbentuk bermula dari pembentukan lohong atau gua di
bawah tanah di kawasan yang didasari oleh batu kapur.”
ii. Lubang benam biasanya berlaku di
kawasan formasi kars batu kapur
(limestone karst formation) iaitu tanah beban (overburden) akan jatuh memasuki ruang kosong / rongga dan
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 16 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
alur hakisan (erosion channel) yang terbentuk di permukaan bawah batu
kapur.
iii. Lubang benam juga boleh berlaku di
kawasan perlombongan dan di rongga-rongga / ruang kosong yang dihasilkan
oleh aktiviti manusia seperti perlombongan berlian di Afrika Selatan
(Foto 5) .
Foto 5: Lubang benam yang terbentuk di
Kimberly Hole, Afrika Selatan, dengan
kedalaman 1,097 meter dan berdiameter 463
meter, akibat aktiviti perlombongan
(http://kakiheboh.com/pictures/tempat/lubang_dalam/
lubang_dalam%20(19).jpg)
iv. Kebanyakan lubang benam berlaku secara setempat akibat penurunan
paras air tanah dan faktor gegaran Sebab utama pembentukan lubang benam ialah terlarutnya batuan kapur
oleh air berasid. Air hujan yang menyerap karbon dioksida di udara,
akan membentuk larutan asid karbonik yang akan tertapis melalui celah-celah
rekahan, juga termasuk batuan dasar.Proses ini secara perlahan akan
melarutkan batu kapur. Melalui peredaran masa geologikal, apabila
kadar larutnya batu kapur di sepanjang zon ini tinggi, rekahan-rekahan akan terbentuk. Ini juga termasuklah batuan
dasar dan tanah-tanih di atas rekahan-rekahan tersebut yang akan terjatuh ke
dalam rongga-rongga ini Rajah 3 (a).
v. Sekiranya paras permukaan air bawah
tanah adalah tinggi, tekanan hidrostatik ke bahagian atas akan
menghalang berlakunya tanah runtuh. Sebaliknya apabila paras permukaan air bawah tanah rendah, maka
runtuhan tanah ke dalam rongga-rongga ini akan berlaku seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3 (b). Ini akan mempercepatkan lagi proses runtuhan tanah yang akan membentuk
lubang benam seperti Rajah 3 (c) (Chow, 1995).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 17 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Rajah 3 menunjukkan proses kejadian lubang
benam. Rajah 3 (a) contoh retakan dalam batu
kapur, Rajah 3(b) menunjukkan tindakan
hidrostatik, manakala Rajah 3(c) menunjukkan
pembentukan lubang benam yang lebih cepat
akan berlaku, hasil daripada proses di rajah
3(b). (ganti rajah?)
Rajah 3(a): Contoh retakan dalam batu
kapur (MS, Sa'adiah (2006).
Rajah 3(b): Menunjukkan tindakan hidrostatik (MS, Sa'adiah (2006).
Rajah 3(c): Menunjukkan pembentukan lubang benam yang lebih cepat akan berlaku (MS, Sa'adiah (2006).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 18 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Foto 6 dan 7 menunjukkan contoh kejadian lubang benam yang berlaku di dalam Negara.
Foto 6: Contoh lubang benam yang berlaku di Kem Rejimen Jurutera Diraja (Kem Oran), Perlis pada
19 Oktober 2000 (Mohd. Saat, Sa'adiah (2006).
Foto 7: Contoh lubang benam yang berlaku di Kem Rejimen Jurutera Diraja (Kem Oran), Perlis
dilokasi yang sama pada Jun 2004 (http://dalifejusbegin.blogspot.com).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 19 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
7.1.2 Amblesan Tanah (Land subsidence)
a) Amblesan adalah suatu keadaan penurunan paras tanah daripada suatu
paras asal. Ianya terjadi akibat daripada pelbagai faktor geologi seperti pelarutan batu kapur bawah tanah,
penyesaran (faulting), aktiviti perlombongan bawah tanah,
pengepaman gas asli, pengepaman air tanah dan perubahan musim basah-kering.
b) Amblesan juga boleh berlaku di kawasan kecil setempat seperti
kawasan yang berlaku penyahairan (dewatering) semasa pengorekan tanah bagi aktiviti pembinaan.
c) Amblesan boleh menyebabkan penurunan bahan bumi yang akan
merosakkan harta benda dan mengganggu ketenteraman awam
serta mengakibatkan impak alam sekitar.
Rajah 4 menunjukkan beberapa jenis
amblesan tanah yang boleh berlaku akibat daripada pengekstrakan minyak dan gas,
perlombongan mineral, pemecahan batu kapur dan aktiviti mendapatkan air tanah dan kesannya.
Foto 8, 9 dan 10 menunjukkan contoh kejadian amblesan tanah yang berlaku di
dalam negara
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 20 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Rajah 4: Pelbagai faktor dan mekanisme yang menyebabkan ambelasan tanah
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Ambelasan)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 21 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Foto 8: Contoh amblesan tanah yang berlaku
di Pandan Mewah Height, Kuala Lumpur yang
berlaku pada Mei 2012 yang berpunca dari
hakisan tanah di tebing saliran berhampiran
(gambar kurang tepat-tanah runtuh)
(http://www.selangorku.com)
Foto 9: Contoh kejadian amblesan tanah
akibat aktiviti pengambilan pasir di Sungai
Linggi, Kampung Permatang Pasir, Seremban,
Oktober 2009 (gambar kurang tepat-hakisan)
(Jabatan Audit Negara)
Foto 10: Contoh kejadian amblesan tanah
(gambar kurang tepat-hakisan) yang berlaku di
KM 77, Kampung Semukoi, Kuching, Sarawak,
menghala ke Sri Aman. Kejadian amblesan ini
mengakibatkan kerosakan disepanjang 100
meter panjang dan kedalaman lebih kurang 3
meter di jalan raya berkenaan (The New Straits
Times, 29 Disember 2011)
7.1.3 Hakisan (Erosion)
i. Hakisan difahami sebagai pemusnahan
muka bumi oleh agen yang sekaligus mengangkut bahan yang telah
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 22 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
termusnah. Yakni hakisan oleh agen air didefinisikan sebagai erosi atau hakisan
air (Ibrahim Komoo, 1987)-semak balik.
ii. Hakisan juga boleh berlaku disebabkan aktiviti manusia seperti aktiviti kerja
tanah (earthwork) di tapak pembinaan, pertanian pindah, pembalakan,
perlombongan dan sebagainya. Aktiviti perlombongan yang dijalankan secara besar-besaran mengakibat tumbuh-
tumbuhan musnah dan secara tidak langsung telah membawa kepada
kerosakan ekosistem.
iii. Lazimnya, hakisan mengakibatkan
kehilangan tanah dan masalah pemendakan kelodak sehingga berlakunya banjir serta kesan alam
sekitar yang lain.
iv. Kejadian hakisan yang serius boleh
mengakibatkan bencana tanah runtuh.
Rajah 5 menunjukkan aliran air yang
menjadi punca utama hakisan, manakala Foto 11 adalah contoh hakisan yang
berlaku dilereng bukit.
Rajah 5: Gambarajah rajah menunjukkan aliran air yang menjadi punca utama tanah runtuh (http://berkeleynaturally.files.wordpress.com/2010/01/kinds-of-landslides.jpg)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 23
KSAS BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Foto 11: Contoh tanah runtuh yang berlaku di
lereng bukit.
7.1.4 Tanah Runtuh (masukkan Definisi)
a) Tanah runtuh boleh berlaku di mana
sahaja terutama di kawasan bercerun dan berisiko dengan gempa bumi dan
letusan volkano. Ia berpunca darpada tanah atau batuan yang lemah dan kedudukannya tidak stabil.
b) Jenis gerakan tanah runtuh boleh dikelaskan sebagai runtuhan (falls),
gelinciran (slides), dan aliran (flow).
c) Bahaya tanah runtuh bergantung juga
pada jenis dan saiz bahan yang mengalami kegagalan serta kepantasannya berlaku.Perbezaan
bahan tanah runtuh yang dibawa juga memberi kesan dan impak yang
berlainan. Rajah 6 menunjukkan jenis-jenis tanah runtuh yang kerap berlaku, menurut Varnes D.J, 1978. (selaraskan
kenyataan dengan rajah 6)
d) Faktor yang berpotensi menyumbang
kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor manusia, seperti di Jadual 2.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 24
KSAS BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Rajah 6: Jenis-jenis tanah runtuh dan tanah runtuh (gantikan dengan rajah British Geological Survey-BGS)
Sumber: http://pubs.usgs.gov/fs/2004/3072/fs-2004-3072.html
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 25
KSAS BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jadual 2: Faktor-faktor tanah runtuh (reword-JMGM)
FAKTOR ALAM FAKTOR MANUSIA
a) Kebolehan hujan
Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan lebat menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah
menjadi banyak. Tanah akan menjadi longgar kerana
wujud ruang larian air dalam tanah. Tanah menjadi lemah dan mudah runtuh. Pergerakan tanah akan berlaku
di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak.
a) Pembangunan di kawasan tanah
tinggi Pembinaan hotel, perumahan dan
pembinaan bangunan secara tidak
terancang. Aktiviti pemotongan dan
penambakan yang tidak mengambil kira faktor- faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan,
darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan
tumbuhan.
b) Pemotongan cerun
Anak sungai dan sungai berliku akan memotong cerun pada bahagian lengkung.
Dalam kawasan air pasang, ombak dan arus akan memotong cerun bahan tak
kukuh. Hakisan tebing yang berlaku perlahan
tetapi berterusan. Proses hakisan akan
melemahkan kestabilan cerun dan seterusnya membawa kepada tanah
runtuh
b) Pembalakan secara berterusan
Penebangan hutan untuk tujuan pembalakan menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan.
Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau
tanaman penutup bumi menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
c) Kebolehan runtuhan tanah
Berlaku di kawasan yang kurang mempunyai tanah liat dan kadar resapan yang rendah.
Kawasan yang banyak mengandungi tanah pasir berbanding tanah liat
mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
Berlaku juga di cerun yang curam.
Berat yang melampau di permukaan cerun ini akan menyebabkan
berlakunya tanah runtuh
c) Pengubahsuaian cerun
Bukit-bukit ditarah/dipotong untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan.
Pemotongan cerun akan melemahkan kestabilan cerun
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 26 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
FAKTOR ALAM FAKTOR MANUSIA
d) Gempa bumi/letusan gunung berapi Menghasilkan gegaran yang boleh
menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan
d) Aktiviti pertanian tanah tinggi. Pokok-pokok akan ditebang untuk
aktiviti pertanian.
Penebangan pokok akan menyebabkan kestabilan
terganggu. Akar-akar tumbuhan akan
mengurangkan kestabilan cerun
yang mengikat zarah-zarah tanah. Sokongan tanah akan menjadi
longgar dan memudahkan berlakunya tanah runtuh
8. GARIS PANDUAN UMUM
i. Peta Risiko Bencana perlu disediakan
untuk setiap bencana geologi. Peta tersebut boleh dijadikan sebagai alat
pengurusan, pengawalan dan perancangan pembangunan semasa peringkat perancangan mahupun di
peringkat pelaksanaan. Contoh-contoh peta risiko bencana yang
boleh disediakan adalah seperti Rajah 6, 7, 8 dan 9.
Rajah 7: Contoh Peta hidrologi (JPS) yang dapat menggambarkan potensi
kawasan berisiko berpotensi bencana (replace)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 27 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Rajah 8: Contoh Peta Kawasan
Potensi Hakisan (replace)
Rajah 9: Contoh pelan subjek pengezonan kawasan risiko hakisan
tanah dan kegagalan cerun (replace)
ii. Perancangan, pengawalan dan
pemantauan perlu dilakukan secara berkala, terutamanya di kawasan yang
menjadi pusat tumpuan penduduk, kerana kawasan bekas tapak lombong yang ditebusguna berisiko mengalami
mendapan tanah, lubang benam, hakisan dan tanah runtuh. Langkah ini
merupakan langkah awal bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada musnah.
iii. Penyelidikan yang bersifat kebangsaan perlu dijalankan oleh Jabatan-Jabatan
seperti JPS, JMG, JAS dan sebagainya, supaya pelan risiko ini dapat diterjemahkan di dalam pelan-pelan
perancangan yang lain.
iv. Di peringkat perancangan, Kajian
Geologi Terperinci bagi mengenalpasti risiko bencana dan langkah tebatan,
Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) atau Laporan EIA (bagi aktiviti perlombongan) perlu disediakan.
v. Peringkat Daerah, Majlis Keselamatan Negara serta Pihak Berkuasa Tempatan
perlu merekodkan kejadian bencana. Rekod sejarah harus disimpan secara sistematik kerana ia merupakan salah
satu rekod utama bagi pihak berkuasa terlibat untuk menentukan kejadian
bencana dan bertindak ke atasnya.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 28
KSAS BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Rajah 10: Contoh pelan subjek pengezonan kawasan risiko hakisan tanah dan kegagalan cerun (replace)
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 29
KSAS BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
vi. Garis Panduan Umum pemeliharaan dan pembangunan kawasan bencana
geologi mengikut kategori adalah seperti berikut:
a) Lubang Benam
Penyiasatan geologi untuk mengenalpasti potensi kawasan
lubang benam di kawasan formasi kars hendaklah dijalankan oleh ahli
geologi berkelayakan.
Pemaju hendaklah mengemukakan laporan kestabilan tanah dan
kaedah pengawalan terhadap kawasan lubang benam kepada
Jabatan Mineral dan Geosains.
Pemaju harus mematuhi prosedur penyediaan pendasaran yang
sempurna dan penambakan yang mengikut spesifikasi kejuruteraan
yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.
Bagi kawasan yang dikesan, kerja-kerja penggalian perlu dibuat untuk mengenalpasti rongga di dalam
lapisan batu kapur tersebut.
Penyediaan Peta Bencana diperlukan
bagi kawasan lubang benam dengan menunjukkan keratan rentas dan data yang terlibat seperti bangunan,
jalan raya dan perimeternya.
b) Amblesan (Land Subsidence)
Kawasan yang cenderung berlaku
amblesan ialah di kawasan di mana aktiviti penyahairan (dewatering)
untuk jangka masa pendek perlu dicaj semula. Manakala di kawasan berlaku pengeluaran air (extraction)
sehingga boleh mengakibatkan penurunan paras air tanah secara
kekal, perlu diberi penekanan tegas terhadap aktiviti tersebut.
Penyiasatan geologi untuk
mengenalpasti potensi kawasan amblesan hendaklah dijalankan oleh
ahli geologi berkelayakan.
Pemohon juga hendaklah mengemukakan laporan kestabilan
tanah dan kaedah pengawalan terhadap kawasan amblesan tanah.
Dengan bantuan penyiasatan geoteknikal, peta bencana boleh
dihasilkan dan pengawalan pembangunan yang lebih khusus perlu diperkenalkan terutamanya
berkaitan dengan pengekstrakan dan penurunan paras air bawah tanah di
kawasan sekeliling.
Pemaju harus mematuhi prosedur penyediaan pendasaran yang
sempurna dan penambakan yang mengikut spesifikasi kejuruteraan
yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 30 KSAS SIMPANAN MINERAL
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
c) Hakisan (Erosion)
Hakisan biasanya wujud semasa
peringkat pembinaan dijalankan. Kawalan ketat perlu dibuat ke atas
operasi kerja-kerja tanah dan memerlukan usaha untuk mengekalkan tumbuh-tumbuhan di kawasan
tersebut. Contoh kawalan kerja-kerja tanah seperti berikut:
menghalang pemotongan / pembuangan tumbuh-tumbuhan;
pemadatan (compaction) yang
cukup untuk kawasan tambakan (fill area);
pemulihan awal tumbuh-tumbuhan bagi kawasan pemotongan dan penambakan (cut
and fill areas).
klausa kawalan hakisan dalam
kerja-kerja tanah di dalam kontrak perlu dijadikan satu mandatori bagi
memastikan kerja tanah tidak mengakibatkan hakisan yang
serius;
kerja tanah lebih sesuai dijalankan
pada musim kering dan hendaklah dijadualkan secara berperingkat bagi mengelakkan pendedahan
tanah kepada proses hakisan; dan
kebenaran untuk melakukan
kerja–kerja tanah perlu dimasukkan juga keperluan menyediakan kawalan kelodak (silt
control) dan penanaman rumput (turfing) dengan penekanan
penguatkuasaan yang ketat.
d) Tanah Runtuh
Pelaksanaan pembangunan perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan
Bukit dan Tanah Tinggi (2009) oleh KPKT.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 31 KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
9. GARIS PANDUAN KHUSUS
Jadual 3: Garis Panduan Khusus Pengurusan Kawasan Berisiko Bencana (rujuk
RMK11)
Garis Panduan Khusus Pemuliharaan
Lubang Benam
(Sinkholes)
Penurunan paras air bawah tanah tidak dibenarkan melebihi 1 meter.
Zon penampan 1000m dari kawasan lubang benam yang dikenalpasti perlu
diadakan untuk kerja-kerja kawalan.
Amblesan
(Land
subsidence)
Contohnya, kriteria yang ditetapkan supaya penurunan satu meter
(1 m) boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada keadaan.
Pemetaan geologi terperinci dan penilaian semula risiko amblesan tanah
hendaklah diteruskan sehingga ke peringkat pembinaan. Pengawasan
geologi dan geoteknikal hendaklah dijalankan semasa kerja-kerja
pembinaan.
Peringkat pelaksanaan kerja-kerja asas bangunan dan pemuliharaan tanah
hendaklah dikawal dengan kaedah mitigasi yang bersesuaian.
Hakisan
(Erosion)
Struktur-struktur pemuliharaan tanah diperlukan seperti berikut:
o Parit dan laluan air dengan dinding parit hendaklah ditanam dengan
rumput;
o Perangkap kawalan kelodak (silt/pits);
o Teres-teres bagi menyekat laluan air; dan
o Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam.
Amalan agronomi digalakkan di kawasan pertanian yang bercerun untuk
mengawal hakisan. Amalan agronomi termasuklah:
o Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah;
o penanaman rumput (turfing) di kawasan tebing;
o Penanaman tanaman penutup bumi seperti kekacang;
o Penanaman secara mengikut kontur; dan
o Penanaman tanaman padat yang dapat melindungi permukaan tanah.
Tanah Runtuh
(Land slide)
Langkah-langkah pemuliharaan adalah sama seperti pengawalan hakisan.
Bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan bukit dan tanah
tinggi, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam Garis
Panduan Perancangan Bukit dan Tanah Tinggi (2009) oleh KPKT.
Tsunami
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 32 KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jadual 4: Garis Panduan Khusus Pembangunan Kawasan Berisiko Bencana
KSAS/Topik-topik
Tahap
Kesen-sitifan
Aktiviti* Dibenarkan dengan syarat*
Aktiviti*
tidak dibenarkan
Catitan / Lokasi / Buffer
Aktiviti* Syarat
a) Lubang Benam (Sinkholes)
i) Kawasan yang terjadi lubang benam secara semulajadi
2
Kawasan lapang
Papan tanda peringatan hendaklah ditempatkan di kawasan strategik
Bangunan
Kejadian berlaku di kawasan batu kapur dan kawasan lombong bawah tanah lama.
Zon penampan tidak diperlukan
Proses nyah-air dan gegaran semasa kerja pembinaan boleh menyebabkan lubang benam
ii) Kawasan yang
terjadi lubang benam akibat aktiviti pembangunan
3 Bangunan EMP diperlukan
semasa fasa pembinaan
b) Amblesan
(Land subsidence)
i) Tanah Rendah (serap air); GWL: 0 - 2m
2
Peng-ekstrakan Air
Bangunan
Tertakluk kepada kelulusan JMG
EMP diperlukan semasa fasa pembinaan
Semua kerja pengekstrakan air bawah
tanah hendaklah mendapat kelulusan JMG dan persetujuan daripada Pihak Berkuasa Air Negeri.
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemohon. Kerja-kerja penilaian sumber air tanah dan cadangan kerja pengambilan air tanah hendaklah dibuat oleh Orang Yang Berkelayakan sebagaimana Seksyen 8 Akta Penyiasatan Kajibumi 1974.
Semua aktiviti kerjatanah hendaklah disertakan dengan langkah melindungi tanah dari hakisan semasa pembinaan dan setelah diduduki.
Perancangan dan pembinaan perlu mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling:-
1. Akta kualiti Alam Sekeliling 1974
2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
ii) Tanah Rendah (kalis air); GWL: 0 – 2m
3 Bangunan EMP diperlukan semasa fasa pembinaan
iii) Ketinggian
sederhana; GWL: > 2m
3
Bangunan EMP diperlukan
semasa fasa pembinaan
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN 33 KSAS SIMPANAN MINERAL & BENCANA GEOLOGI
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KSAS/Topik-topik
Tahap
Kesen-sitifan
Aktiviti* Dibenarkan dengan syarat*
Aktiviti*
tidak dibenarkan
Catitan / Lokasi / Buffer
Aktiviti* Syarat
c) Hakisan
(Kerja tanah)
i) Kawasan tambak
3
Bangunan
EMP diperlukan semasa fasa pembinaan
Tiada
Semua aktiviti kerjatanah hendaklah
disertakan dengan langkah melindungi tanah dari hakisan semasa pembinaan dan setelah diduduki.
Perancangan dan pembinaan perlu mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengurangkan impak kepada alam sekeliling:
1) Akta kualiti Alam Sekeliling 1974
2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
4) Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) JPS
ii) Kawasan
potong dengan tanah terhakis
3 Bangunan EMP diperlukan
semasa fasa pembinaan
iii) Kawasan potong dengan tanah kurang terhakis
3
Bangunan
EMP diperlukan semasa fasa pembinaan
Tiada
iv) Kawasan
terlindung hakisan
3 Bangunan EMP diperlukan
semasa fasa pembinaan
Nota: Tahap kesensitifan:
KSAS Tahap 1:
Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi aktiviti
perlancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.
KSAS Tahap 2: Tiada pembangunan atau pertanian . Pembalakan secara mampan dan pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat
KSAS Tahap3: Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
BIBLIOGRAFI
Akta Fi 1951 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia), 2003. Akta 635, Akta Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan), 2004. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960 (Akta 385).
Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Akta 127). Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).
Akta Perikanan, 1985 (Akta 317). Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Act 716). Akta Perhutanan Negara, 1984 (Pindaan 1993).
Akta Taman Negara, 1980 (Akta 226). Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 (Akta 129).
Dasar Alam Sekitar Negara (2002). Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK) 1998. Dasar Bio-Teknologi Negara, 2005.
Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) Garis Panduan Eko Pelancongan Kebangsaan.
JPBD, Kajian Garis Panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, 2008. JPBD, Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Persisiran Pantai 1997. JPS, Garispanduan Pembangunan Melibatkan Sungai dan Rizab Sungai, 2011.
Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56). Marine Parks Malaysia Order, 1994.
National Integrated Coastal Zone Management Policy, 2005, Unit Perancang Ekonomi. Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) Perintah Kualiti Alam Sekitar 1987 (Penilaian Kesan Alam Sekitar – Aktiviti yang
Ditetapkan). Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010-2015).
Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (2010). Mohd. Saat, Sa'adiah (2206) Analisis untuk mengenalpasti risiko kejadian lubang benam
menggunakan sistem maklumat geografi. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia,
Faculty of Computer Science and Information System.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
LAMPIRAN I
TAFSIRAN-TAFSIRAN BERKAITAN KAWASAN TADAHAN DAN SUMBER AIR TANAH
a) “Agregat” ialah apa-apa batuan,
batu marmar, kelikir, pasir, tanah laterit, lom, lempung, tanih,
lumpur, turf, gambut, batu karang, cangkerang atau guano di dalam atau di atas mana-mana tanah dan
termasuklah apa-apa batu-bata, kapur, simen atau barangan lain
yang diperbuat daripadanya (Sumber: Warta Kerajaan Kaedah-kaedah Kuari Selangor, 2003).
b) “Pasir” atau agregat batuan halus terdiri daripada batu-batu hancur
yang mempunyai saiz maksimum tidak melebihi 5mm. Biasanya,
pasir digunakan untuk campuran konkrit bagi bahagian dinding atau lantai bangunan (Sumber: British
Standard 882, 1983).
c) “Lempung” di dalam klasifikasi
jabatan Mineral dan Geosains (JMG) termasuk lempung biasa, lempung bebola (ball clay), lempung
tahanapi (refractory clay or fire clay) dan syal (shale). Kebanyakan
mineral lempung telah diusahakan untuk pembuatan batu-bata yang digunakan untuk pembinaan. Ada juga
beberapa jenis lempung dan syel telah diguna sebagai sebahagian bahan
mentah dalam pembuatan simen portland.
d) Mineral perindustrian (industrial
minerals) ditakrifkan sebagai bahan geologi yang dilombong atau
dikuari kerana nilai komersilnya, ia bukan mineral bahan bakar dan bukan mineral sumber logam. Ia digunakan
dalam keadaan asalnya atau selepas proses peningkatan mutu
samada sebagai bahan mentah atau sebagai bahan penambah (additive) bagi pelbagai kegunaan.
(Sumber JMG Johor.
Contoh mineral perindustrian dan
kegunaannya adalah -
Pasir- Pembuatan konkrit;
Pasir silika- Pembuatan kaca; Batu agregat- Pembinaan jalanraya;
Batu dimesi- Jubin granit;
Batu kapur- Pembuatan simen;
Kaolin/tanah liat putih - Pembuatan seramik; dan
Barit- Lumpur gerudi.
e) Bahan geologi ditakrifkan sebagai sebarang batuan (contoh: granit,
marmar) atau hasil luluhawa batuan (contoh: kaolin, lempung bebola, pasir)
atau mineral (contoh: kuarza, mika, batu permata).
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
LAMPIRAN II
DASAR DAN PERUNDANGAN BERKAITAN DENGAN SIMPANAN MINERAL & BENCANA
GEOLOGI
Dasar semasa berkait dengan simpanan mineral adalah-
a) Agenda 21 (Bab 21)
Mencadangkan longgokan (atau endapan) mineral (termasuk bijih dan agregat
batuan) perlu dikenal pasti sebagai KSAS berasaskan kepentingan keperluannya dan sumber yang terhad. Agenda 21 telah
mencadangkan kajian terperinci dijalankan ke atas sesuatu kawasan berpotensi untuk
perlombongan dan pengkuarian agar kawasan ini tidak dibekukan untuk pembangunan lain seperti perumahan dan
sebagainya. Kawasan yang berkemungkinan mengandungi mineral
penting perlu dikenal pasti lebih awal dan diambil kira dalam perancangan yang melibatkan pengurusan sumber mineral.
b) Dasar Mineral Negara
Memberi fokus terhadap pembangunan
yang mampan dan penggunaan sumber mineral secara optima, mempromosikan penerajuan terhadap alam sekitar,
mempertingkatkan daya saing dan kemajuan sektor mineral di arena global,
mempromosikan penggunaan mineral tempatan dan memajukan penghasilan
produk-produk berasaskan mineral dan menggalakkan perolehan, kitar semula dan penggunaan semula logam dan mineral.
Terdapat dasar dan undang-undang yang
menjadi tonggak ke arah pelaksanaan
operasi kuari dan lombong yang lestari dan
mapan. Antara dasar dan undang-undang
tersebut ialah:
a) Dasar Mineral Negara 2
b) Akta Pembangunan Mineral 1994
c) Enakmen Bijih Mineral (Johor) 1924
d) Kaedah Kuari Negeri
c) Akta Pembangunan Mineral 1994
Suatu akta yang menggariskan pelbagai panduan kepada pelombong mengikut
kehendak undang-undang bagi mewujudkan suasana kondusif dalam
menjalankan aktiviti perlombongan mineral sekaligus memberi manfaat kepada pihak industri, pekerja dan juga orang awam.
Tanggungjawab pengurus lombong, keselamatan operasi dan kesihatan
pekerjaan, pengurusan alam sekitar dan pemulihan pasca-melombong antara aspek penting yang digarapkan di dalam akta ini
bagi memastikan pelaksanaan operasi lombong tidak menimbulkan sebarang
kemudaratan.
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
d) Enakmen Bijih Mineral (Johor) 1924
Enakmen ini digubal bagi membolehkan individu / syarikat yang memenuhi syarat
untuk menjalankan urusan jualan & pembelian bijih mineral di dalam negeri Johor.
Lesen Bijih Mineral akan dikeluarkan kepada pemohon dengan dikenakan
bayaran pada kadar tertentu dan tempoh lesen adalah selama satu tahun kalendar berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
e) Kaedah Kuari Negeri
Kaedah dan peraturan kuari telah lama
digunakan di negeri Perak dan Kelantan. Ia dilaksanakan bagi mengawal dan mengwujudkan aktiviti pengkuarian mapan
selaras dengan kehendak undang-undang dan dasar sedia ada.
Walaupun kaedah ini masih belum diterima pakai di beberapa negeri, namun beberapa
aspek penekanan dan pendekatan terancang telah diambil terutama dari
sudut pemulihan muka kuari, aktiviti peletupan terkawal di kuari dan juga peletupan di bandar (urban blasting).
Skop Kaedah Kuari ini meliputi beberapa bidang seperti berikut:
a) Pengawalseliaan operasi pengkuarian b) Keselamatan dan kesihatan pekerjaan c) Kawalan aktiviti peletupan yang
terancang d) Rancangan perlindungan terhadap alam
sekitar e) Langkah pemuliharaan dan
pemeliharaan pasca pengkuarian (post
quarrying) f) Kaedah pembuangan bahan buangan
dari kuari.
Akta/Perundangan Berkaitan
Akta / Undang-Undang Agensi
Kanun Tanah Negara 1965 Pejabat Tanah dan Galian
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 PBPT
JPBD
Akta Pemuliharaan Tanah 1960 Pejabat Tanah dan Galian
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Jabatan Alam Sekitar
Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 JMG
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 PBPT
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 PBPT
Sumber : Kajian GP Pemuliharaan KSAS, JPBD (2004).
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Tel: 03-2081 6000
Faks: 03-2094 1170 Laman web: www.townplan.gov.my
mytownnet.blogspot.com
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur
ISBN 978-983-41729-5-4
top related