gaya keibubapaan dan hubungannya dengan profil personaliti ... · pdf file3 gaya keibubapaan...
Post on 06-Feb-2018
303 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2
3
GAYA KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA
DENGAN PROFIL PERSONALITI REMAJA ANAK
DALAM KELUARGA IBU TUNGGAL:
KAJIAN DI SMK DATO’ USMAN AWANG, JOHOR BAHRU
SYUAIBATUL ISLAMIAH BINTI ROESWARDHI
MP091374
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Bimbingan dan Kaunseling)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2012
4
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………SYUAIBATUL………………………
Nama penuh : SYUAIBATUL ISLAMIAH BINTI ROESWARDHI
Tarikh :……………5 JULAI 2012……………………….......
5
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan Nya
dapatlah saya menyempurnakan kajian ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling).
Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan Dr.
Faizah bt. Abd. Ghani selaku penyelia dan juga pensyarah saya di atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, idea serta teguran yang telah diberikan kepada saya
sepanjang melaksanakan projek ini. Ucapan penghargaan ini juga saya ucapkan
kepada semua pensyarah di UTM yang telah mencurahkan ilmu yang tidak ternilai
harganya sepanjang pengajian saya ini. Tanpa panduan dan didikan yang diberikan
tidak mungkin saya akan sampai hingga ke tahap ini.
Terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor, pengetua, guru-guru serta para pelajar sekolah SMK Dato’ Usman
Awang yang telah memberi kerjasama serta terlibat dalam menjayakan kajian ini.
Akhir sekali tidak lupa kepada keluarga yang sentiasa memberi dorongan dan
memahami serta berkorban masa membantu menjaga anak-anak ketika saya sibuk
dengan pembelajaran saya iaitu suami yang tercinta Mohd. Khafiz b. Bachok serta
permata hati Muhammad Hazeeq dan Muhammad Haiqal, kalianlah penguat
semangat Umi. Tidak dilupakan juga semua ahli keluarga yang lain serta kawan
seperjuangan yang turut sama memberi semangat serta membantu dalam
menyempurnakan kajian ini. Terima kasih semua.
6
DEDIKASI
Istimewa untuk arwah ayah dan ibu yang tercinta,
Walaupun tidak sempat melihat anakmu menggenggam kejayaan ini,
Namun ku tahu doa darimu akan sentiasa mengiringi,
Doa restumu serta nasihat selama ini,
Menjadi panduan dan azimat dalam hidupku ini...
Untuk suami yang tercinta, Mohd. Khafiz b. Bachok,
Berkat sokongan dan doronganmulah aku disini,
Bakal menggenggam segulung ijazah yang diidami,
Terima kasih atas segala doa, kesabaran dan pengorbananmu selama ini…
Buat permata hati Umi, Muhammad Hazeeq dan Muhammad Haiqal,
Kamulah cinta hati dan penyeri hidup Umi,
Semoga menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat nanti...
Untuk ibu dan bapa mertua serta adik beradik yang disayangi,
Terima kasih atas doa dan juga sokongan selama ini,
Semoga doa restu kalian akan sentiasa melindungi diriku ini...
Buat pembimbingku Dr. Faizah bt Abd Ghani ,
Dikaulah lilin yang membakar diri,
Segala jasa dan bakti tak mungkin ku lupai,
Semoga akan dibalas dengan ganjaran yang baik daripada Ilahi...
Untuk rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat,
Segala jasa baik serta sokongan kalian amat dihargai.
7
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya keibubapaan serta
hubungannya dengan profil personaliti remaja anak ibu tunggal di Sekolah
Menengah Dato’ Usman Awang, Taman Perling, Johor Bharu. Kajian ini melibatkan
sebanyak 82 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kelas Peralihan
hingga tingkatan 5. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan
mengandungi 3 bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden
dan juga ibu mereka, bahagian B adalah soal selidik Parental Behavior Inventory
(PBI) yang mengukur gaya keibubapaan ibu tunggal, manakala bahagian C pula
merupakan soalselidik tentang profil personaliti menggunakan Big Five Personality
Test (BFI). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social
Science (SPSS 16.0). Analisis deskriptif digunakan untuk menjawab objektif 1 dan 2
dengan menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai, manakala Analisis
Inferensi digunakan untuk menjawab objektif ketiga dengan kaedah korelasi.
Dapatan kajian menunjukkan gaya keibubapaan yang paling banyak diamalkan
dalam keluarga ibu tunggal ialah gaya keibubapaan autoritatif dengan M=1.33 atau
39.70% diikuti dengan autoritarian dengan M=1.03 atau 30.75% dan permisif dengan
M=0.99 atau 29.55%. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan personaliti
Agreeableness adalah personaliti yang paling dominan dengan M=2.99 atau 21.27%
diikuti oleh personaliti Extraversion dengan M=2.80 atau 20.33% dan Openness to
Experience dengan M=2.79 atau 20.26%. Hasil analisis juga mendapati hanya gaya
keibubapaan autoritarian yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan profil
personaliti Openness to Experience dan Conscientiousness. Walaubagaimanapun,
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya keibubapaan ibu tunggal
autoritatif dan permisif dengan semua profil personaliti yang lain.
8
ABSTRACT
This study aims to identify the parenting style and its relationship with the
personality profile of adolescents in single mothers’ families in Sekolah Dato 'Usman
Awang, Taman Perling, Johor Bharu. This study involved a total of 82 respondents
from the Remove to form 5 classes. The questionnaire used in this study contains
three parts. Part A covers the background of the respondents and their mother; part B
is a questionnaire on Parental Behavior Inventory (PBI) which measures the
parenting style of single mothers, while the part C is a questionnaire about
personality profile using the Big Five Personality Test (BFI). Data were analyzed
using Statistical Package For The Social Science (SPSS 16.0). Descriptive analysis is
used to answer the objectives 1 and 2 by using frequency, percentage, mean and
standard deviation, while the inferential analysis is used to answer the third objective
of the correlation method. The findings showed that parenting style which most
widely practiced in single-parent families is the authoritative parenting style with M
= 1.33, or 39.70%, followed by authoritarian with M = 1:03 or 30.75% and
permissive with M = 0.99 or 29.55%. In addition, the study also showed
Agreeableness personality is the most dominant personality with M = 2.99, or
21.27%, followed by Extraversion personality with M = 2.80, or 20:33% and
Openness to Experience with M = 2.79, or 20:26%. The analysis also reveals that
authoritarian parenting style has a significant relationship with Openness to
Experience and Conscientiousness personality profiles. However, there is no
significant relationship between authoritative and permissive parenting style of single
mothers with all other personality profile.
9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN i
TAJUK ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
DEDIKASI v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI LAMPIRAN xx
1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 6
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipothesis Kajian 12
1.7 Kerangka Konsep Kajian 13
1.8 Kepentingan Kajian 14
10
1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.9 Batasan Kajian 17
1.10 Definisi Konsep dan Operasional 17
1.10.1 Ibu Tunggal 18
1.10.2 Gaya Keibubapaan 19
1.10.3 Profil 20
1.10.4 Personaliti 20
1.10.5 Remaja 21
1.11 Kesimpulan 22
2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 23
2.2 Konsep Ibu Tunggal 23
2.2.1 Ibu Tunggal Dalam Perspektif Islam 25
2.3 Rangka Teori Personaliti 26
2.3.1 Teori Psikoanalisis 27
2.3.2 Teori Jenis 27
2.3.3 Teori Psikodinamik 28
2.3.4 Teori Psikoanalisis Sosial dan Budaya 29
2.3.5 Teori Perspektif Trait 29
2.3.6 Teori Humanistik 30
2.3.7 Personaliti Dalam Perspektif Islam 30
2.3.8 Teori Tret 32
11
2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.4 Lima Faktor Utama Ciri Personaliti
(Big-Five Personality Traits)
33
2.4.1 Openness To Experience 33
2.4.2 Conscientiousness 34
2.4.3 Extraversion 35
2.4.4 Agreeableness 36
2.4.5 Neuroticism 37
2.5 Gaya Keibubapaan 37
2.5.1 Autoritatif 38
2.5.2 Autoritarian 39
2.5.3 Permisif 39
2.5.4 Tidak Terlibat 40
2.6 Gaya Keibubapaan Dalam Perspektif Islam 41
2.7 Kajian-kajian Luar Negara 41
2.8 Kajian-kajian Lepas di Malaysia 44
2.9 Kesimpulan 47
3 METODOLOGI MUKA SURAT
3.1 Pengenalan 48
3.2 Rekabentuk Kajian 49
3.3 Populasi 50
3.4 Sampel Kajian 50
3.5 Tempat Kajian 51
3.6 Instrumen Kajian 53
12
3 METODOLOGI MUKA SURAT
3.6.1 Bahagian A 53
3.6.2 Bahagian B 56
3.6.3 Bahagian C 57
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 59
3.8 Prosedur Kajian 59
3.9 Analisis Data Kajian 62
3.10 Kesimpulan 63
4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 64
4.2 Profil Responden 65
4.2.1 Jantina 65
4.2.2 Umur 66
4.2.3 Bangsa 66
4.2.4 Agama 67
4.2.5 Bilangan Adik-beradik 68
4.2.6 Status Ibu 68
4.2.7 Umur Ibu 69
4.2.8 Kelayakan Akademik Ibu 70
4.2.9 Pendapatan Ibu 71
4.2.10 Aliran Akademik Pelajar 72
4.3 Analisis Persoalan Kajian 72
4.3.1 Kajian Deskriptif Mengenalpasti Jenis Gaya Keibubapaan
Ibu Tunggal Remaja
73
13
4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.3.2 Kajian Deskiptif Jenis Personaliti Remaja Dalam
Keluarga Ibu Tunggal
80
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti
Extraversion Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal
81
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti
Agreeableness Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal
83
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti
Conscientiousness Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal
84
4.3.6 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti
Neuroticism Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal
86
4.3.7 Taburan Responden Mengikut Profil Personaliti Openness
to Experience Remaja Dalam Keluarga Ibu Tunggal
87
4.4 Mengenalpasti hubungan yang signifikan diantara gaya keibubapaan
(Autoritarian, Autoritatif, Permisif) dengan profil personaliti remaja
(Openness to Experience, Conscientiousness, Extrovert,
Agreeableness dan Neuroticism) dalam keluarga ibu tunggal.
89
4.4.1 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat
autoritarian dengan anak berpersonaliti Openness to
Experiences
89
4.4.2 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat
autoritarian dengan anak berpersonaliti Conscientiousness
90
4.4.3 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat
autoritarian dengan anak berpersonaliti Extraversion
91
14
4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.4.4 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat
autoritarian dengan anak berpersonaliti Agreeableness
91
4.4.5 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat
autoritarian dengan anak berpersonaliti Neuroticism
92
4.4.6 Hubungan antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat
autoritatif dengan anak berpersonaliti Openness to
Experience
93
4.4.7 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif
dengan anak berpersonaliti Conscientiousness
94
4.4.8 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif
dengan anak berpersonaliti Extraversion
94
4.4.9 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif
dengan anak berpersonaliti Agreeableness
95
4.4.10 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat autoritatif
dengan anak berpersonaliti Neuroticism
96
4.4.11 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif
dengan anak berpersonaliti Openness to Experiences
96
4.4.12 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif
dengan anak berpersonaliti Conscientiousness
97
4.4.13 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif
dengan anak berpersonaliti Extraversion
98
4.4.14 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif
dengan anak berpersonaliti Agreeableness
99
4.4.15 Hubungan gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat permisif
dengan anak berpersonaliti Neuroticism
99
4.5 Kesimpulan 100
15
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN MUKA SURAT
5.1 Pengenalan 102
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 103
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden dan Ibu Tunggal 103
5.2.2 Perbincangan Gaya Keibubapaan Dalam Keluarga Ibu
Tunggal
106
5.2.3 Perbincangan Profil Personaliti Remaja Dalam Keluarga
Ibu Tunggal
108
5.3 Analisis Hubungan Antara Gaya Keibubapaan Dengan Profil
Personaliti Remaja Anak Ibu Tunggal
110
5.4 Cadangan 112
5.4.1 Cadangan Tindakan 113
5.4.1.1 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga 113
5.4.1.2 Sekolah 114
5.4.1.3 Masyarakat 115
5.4.1.4 Kementerian 116
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 117
5.5 Rumusan 119
RUJUKAN 120
LAMPIRAN
A- Soal Selidik 131
B- Surat Pengesahan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
141
16
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V.dan Morgan, D.W. 51
3.2 Skor Bagi Faktor Demografi Responden dan Ibu 54
3.3 Nombor-nombor Item 3 Jenis Gaya Asuhan 56
3.4 Skala Perbezaan Semantik 56
3.5 Item Berdasarkan Setiap Dimensi Personaliti “Big-Five” 57
3.6 Pemeringkatan Skala 4 Mata 58
3.7 Klasifikasi Nilai Skor Min Soal-selidik Personaliti “Big-Five” 62
3.8 Klasifikasi Nilai Skor Min Soal-selidik Parental Behavior Inventory (PBI) 62
3.9 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 63
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 65
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 66
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 66
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Agama 67
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Bilangan Adik Beradik 68
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Status Ibu 68
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Umur Ibu 69
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Kelayakan Akademik 70
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Pendapatan Ibu 71
4.10 Taburan Responden Berdasarkan Aliran Akademik Pelajar 72
4.11 Taburan Responden berdasarkan jenis gaya 73
keibubapaan ibu tunggal
17
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.12 Taburan Responden berdasarkan jenis gaya keibubapaan 74
autoritarian ibu tunggal
4.13 Taburan responden berdasarkan jenis gaya keibubapaan 76
autoritatif ibu tunggal
4.14 Taburan Responden berdasarkan jenis gaya keibubapaan 78
permisif ibu tunggal
4.15 Jenis personaliti remaja dalam keluarga ibu tunggal 80
4.16 Jenis personaliti Extraversion remaja dalam keluarga ibu tunggal 81
4.17 Jenis personaliti Agreeableness remaja dalam keluarga ibu tunggal 83
4.18 Jenis personaliti Conscientiousness remaja dalam keluarga ibu tunggal 84
4.19 Jenis personaliti Neuroticism remaja dalam keluarga ibu tunggal 86
4.20 Jenis personaliti Openness to Experience remaja dalam 87
keluarga ibu tunggal
4.21 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 89
dengan anak berpersonaliti Openness to Experience
4.22 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 90
dengan anak berpersonaliti Conscientiousness
4.23 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 91
dengan anak berpersonaliti Extraversion
4.24 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 92
dengan anak berpersonaliti bersifat Agreeableness.
4.25 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritarian 92
dengan anak berpersonaliti Neuroticism.
4.26 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 75
dengan anak berpersonaliti Openness to Experience
18
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.27 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 94
dengan anak berpersonaliti Conscientiousness
4.28 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 95
dengan anak berpersonaliti Extraversion
4.29 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 95
dengan anak berpersonaliti Agreeableness
4.30 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Autoritatif 96
dengan anak berpersonaliti Neuroticism
4.31 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 97
dengan anak berpersonaliti Openness to Experience.
4.32 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 97
dengan anak berpersonaliti Conscientiousness.
4.33 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 98
dengan anak berpersonaliti bersifat Extraversion
4.34 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 99
dengan anak berpersonaliti Agreeableness
4.35 Korelasi di antara gaya keibubapaan ibu tunggal bersifat Permisif 100
dengan anak berpersonaliti bersifat Neuroticism.
19
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Konsep Kajian 13
3.1 Kerangka Operasi Kajian 61
20
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
BFI - Big Five Inventory
Bil - Bilangan
H - Hipotesis
Ha - Hipotesis Alternatif
Ho - Hipotesis Nol
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
r - Pekali Korelasi
SMKDUA - Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Usman Awang
21
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 131
B Surat Pengesahan Bahagian Perancangan 141
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
22
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Perkahwinan merupakan ikatan suci antara lelaki dan wanita dan ianya amat
dituntut oleh setiap agama di dunia. Menurut Ismail (2001), terdapat banyak rahsia
dan keistimewaan perkahwinan. Antaranya, perkahwinan dianggap sebagai salah
satu daripada sunnah para nabi dan rasul. Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang meninggalkan pekahwinan kerana takut kemiskinan maka ia
bukanlah daripada golonganku.”
Selain itu juga, perkahwinan ialah kurniaan Alllah SWT kepada hamba-
hambanya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman
dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT. Perkahwinan juga
dianggap sebagai satu ibadah yang dapat menyempurnakan setengan daripada agama
23
seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan yang suci dan
diredhai. Al-Bahaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud:
“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi
separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum
disempurnakan lagi.”
Menurut Kamus Dewan (2005:654), perkahwinan berasal daripada perkataan
akar ‘kahwin’yang bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan
menjadi suami isteri, nikah. Perkataan perkahwinan itu sendiri pula bermaksud
perihal berkahwin atau pernikahan. Menurut Afzalur (2003), dalam Islam
perkahwinan adalah satu-satunya hubungan sah antara lelaki dan wanita untuk
membentuk keluarga dan membolehkan mereka mengambil dan memenuhi
tanggungjawab sosial mereka secara berhemat dengan kasih sayang dan keikhlasan.
Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan
intim yang sah di sisi undang-undang dan agama. Perkahwinan juga merupakan asas
kehidupan berkeluarga dan juga bermasyarakat (Papalia, 2009).
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut
mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak
langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semulajadinya (Ismail,
2011). Firman Allah SWT dalam Surah Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-
pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu
cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah
menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu
terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.”
24
Melalui perkahwinan maka akan terbentuklah sesebuah keluarga di mana
keluarga asas terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak (Papalia, 2009). Menurut
Afzalur (2003), Islam tidak hanya menganggap hidup berkeluarga sebagai memenuhi
keinginan, tetapi dianggap suci dan sebagai ibadah. Islam tidak suka akan
pembujangan dan menggesa orang-orang muda untuk memikul tanggungjawab sosial
hidup berkahwin. Keluarga merupakan organisasi terpenting untuk kehidupan
manusia dan ia bukan sahaja berfungsi sebagai penyokong kepada kehendak-
kehendak asas kemanusiaan tetapi juga merupakan tonggak kepada perkembangan
personaliti, emosi dan juga menjadi benteng utama masalah sosial (Abd. Rahim,
2006).
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis bentuk keluarga telah wujud.
Berdasarkan kepada Rice (2000) dalam Azizi (2009), terdapat beberapa jenis
keluarga yang wujud pada masa kini, iaitu keluarga ibu atau bapa tunggal (a single-
parent family), keluarga nuklear atau keluarga asas, keluarga luas (extended family),
keluarga ‘binuclear’ terbentuk akibat perceraian dimana sebuah keluarga asal
terbahagi dua, keluarga ‘communal’ (komunal atau bersama) juga keluarga ‘gay’
atau ‘lesbian’ yang mengandungi orang-orang dewasa yang sama jantina dan yang
terakhir ialah keluarga bersekedudukan (cohabiting family). Oleh itu, menurut Azizi
(2009), perkataan “keluarga” tidak lagi sinonim dengan keluarga nuklear atau
keluarga asas dengan kepelbagaian jenis-jenis keluarga. Disebabkan oleh perbezaan
atau kepelbagaian keluarga dari segi struktur dan komposisi, maka pengaruh
keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak juga adalah berbeza.
Dalam menjamin keharmonian dalam berumahtangga, Islam telah
menetapkan tanggungjawab bagi setiap suami dan juga isteri. Menurut Ismail (2011),
antara tanggungjawab utama suami ialah memberi sara hidup kepada isteri seperti
makanan dan tempat tinggal, memberi nafkah batin termasuk menggauli isteri
dengan baik, menyara anak-anak serta melindungi isteri dan anak-anak dari segi
keselamatan dan kesihatan. Sementara tanggungjawab utama isteri pula antaranya
25
ialah dengan menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada dirumah, patuh
terhadap suruhan suami dan sentiasa suka melayan suami lahir dan batin,
menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak serta menjaga
amanah dan harta suami.
Sekiranya wujud pengabaian terhadap terhadap tanggungjawab suami atau
isteri ini memungkinkan rumahangga tersebut mudah goyah dan berdepan masalah
penceraian. Menurut Ismail (2011), antara sebab kepincangan sesebuah keluraga itu
antaranya melibatkan masalah nafkah, pergaulan bebas di luar rumah, dan tidak ada
rasa hormat antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan kajian oleh Maznah, Zaki,
Norhayati et al (2002) tentang kesan pendapatan ke atas kadar penceraian di
kalangan masyarakat Melayu di Kelantan yang mendapati terdapat hubungkait yang
ketara diantara pendapatan dan penceraian. Kajian ini telah menumpukan terhadap
20 peratus sampel daripada fail-fail Mahkamah Syariah di seluruh jajahan negeri
Kelantan dimana dapatan kajian ini adalah pasangan yang berpendapatan rendah
merupakan golongan teramai terlibat dalam penceraian.
Dalam era globalisasi masa kini yang penuh dengan cabaran dan dugaan,
sesebuah keluarga itu pasti menghadapi pelbagai cabaran yang memungkinkan
insitusi kekeluargaan tersebut mudah goyah dan terbabit dalam penceraian. Itulah
realiti yang terpaksa ditempuh oleh segelintir kaum wanita yang berumahtangga
dimana rumahtangga yang diharap akan berkekalan hingga ke akhir hayat akhirnya
terputus ditengah jalan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dari tahun 1997 hingga tahun 2007, kadar
penceraian pada tahun 1997 ialah sebanyak 11,777 dan meningkat sebanyak 20,529
kes pada 2007 yang mana perceraian paling tinggi didaftarkan di negeri Selangor
iaitu sebanyak 3,722 kes (Mingguan Wanita, Mei 2008).
26
Selain daripada penceraian, ada juga antara wanita ini yang hilang tempat
bergantung akibat kematian suami yang menyebabkan mereka terpaksa mendapat
status panggilan baru iaitu ibu tunggal, balu atau pun janda. Menurut Utusan
Malaysia 6 Mac 2000, bilangan ibu tunggal di seluruh negara kini mencecah 3.4 juta
dengan nisbah seorang daripada enam orang wanita termasuk dalam golongan
tersebut. Berdasarkan laporan bancian tahun 2000, terdapat seramai 620, 389 ibu
tunggal yang berbilang kaum di negara ini. Seramai 529,701 daripadanya adalah balu
dan 90,688 merupakan mereka yang bercerai hidup atau bercerai mati. Jumlah ibu
tunggal tertinggi ialah di Selangor sebanyak (16,748 orang ); Perak seramai (15,969
orang ) dan Johor (14,790 orang) (Thuaibah et.al, 2004).
Portal Ibu Tunggal Selangor (2011) pula mencatatkan pendaftaran sebanyak
26,000 ibu tunggal sejak tahun 2008, yang mana dipercayai jumlah mereka yang
masih belum mendaftar adalah lebih besar lagi. Statistik online terbaru melalui Portal
Informasi Ibu Tunggal Selangor (2011) ini pula telah mencatatkan jumlah sebanyak
331 ibu tunggal telah mendaftar daripada bulan Januari hingga Mei. Status baru yang
diterima oleh wanita inilah yang amat berat untuk mereka terima bukan sahaja
kerana persepsi dan tanggapan buruk yang dilemparkan oleh masyarakat kepada
mereka juga kerana tanggungjawab berat baru yang perlu mereka pikul sebagai ketua
keluarga.
Fenomena ibu tunggal bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita.
Dengan tanggungjawab baru yang terpaksa dipikul seorang diri, keluarga yang
diketuai oleh ibu tunggal menghadapi tiga masalah besar iaitu pendapatan tidak
mencukupi, kesusahan dalam kawalselian untuk anak-anak mereka dan perumahan
(Devaraj, 2011). Selain itu, ramai daripada anak-anak lelaki keluarga ibu tunggal ini
yang tercicir sekolah sebelum sampai umur 15 tahun dan mula bekerja separuh masa
dan meronda dengan kawan-kawan mereka. Mereka di luar kawalan ibu mereka dan
ramai daripada mereka mudah dipengaruhi serta terlibat dalam aktiviti sosial dan
budaya yang negatif. Bagi anak-anak perempuan pula, ada ramai yang jatuh cinta
27
dan melarikan diri dengan teman lelaki dan satu lagi pusingan kemiskinan dimulakan
begitu sahaja.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun pula, antara isu yang sedang diteliti oleh pihak
kementerian antaranya adalah tentang kesihatan fizikal dan mental ibu tunggal,
bagaimana cara mereka hendak menyara kehidupan anak-anak dan juga masalah
perundangan (Berita Harian Online, 2009 Mei 18). Dengan pendedahan tentang
cabaran-cabaran kehidupan ibu tunggal tersebut, maka kajian tentang masalah ibu
tunggal ini dijalankan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran ibu tunggal sebagai ketua keluarga adalah amat berat kerana mereka
perlu menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus serta pendidik
anak-anak. Menjadi ibu tunggal merupakan satu pengalaman hidup yang traumatik
bagi mereka (Gulati, 2008). Antara cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh
ibu-ibu tunggal ialah masalah kewangan, masalah tekanan emosi, psikologi dan
fizikal, masalah dalam memberikan pendidikan serta kasih sayang kepada anak-anak
dan juga stigma negatif masyarakat tehadap mereka.
Menurut kajian oleh American Association of Retired person (AARP),
kehilangan sumber kewangan adalah punca utama kebimbangan ibu tunggal yang
berumur dalam lingkungan empat puluhan (Montenegro, 2004). Masalah ini
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya perkembangan dalam pendidikan atau
pekerjaan mereka tertangguh kerana anak-anak, mereka hilang sumber pendapatan
daripada suami tetapi mendapat hak penjagaan anak-anak, mereka tidak mendapat
28
sokongan anak-anak atau mendapat gaji yang tidak berpatutan kerana diskriminasi.
(Cherlin, 1992; Rind, 1991; McLanahan dan Sandefur, 1994). Dibandingkan dengan
keluarga yang mempunyai ibu dan juga bapa, ibu tunggal tidak hanya mempunyai
sumber kewangan yang kurang, juga hanya separuh daripada masa yang orang
dewasa lain ada (Craig, 2005).
Di Malaysia juga golongan ibu tunggal ini kebanyakannya menghadapi
masalah kewangan yang sukar. Utusan Online (Oktober 23, 2011) mendedahkan
tentang seorang ibu tunggal Hatijah Musa di Yan, Kedah yang terpaksa menyara 6
orang anak dan juga menantunya yang tidak bekerja dengan keadaan rumahnya yang
uzur. Dengan pendapatan bulanan hanya RM600, beliau tidak mendapat mana-mana
bantuan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM). Menurut Wan Halim
(1995), keluarga ibu tunggal hidup susah kerana tidak ada sokongan ekonomi
daripada bapa. Oleh itu, anak-anak daripada keluarga ibu tunggal kurang makan dan
minum, tidak berpakaian kemas dan tidak ada wang saku ke sekolah. Biasanya anak-
anak dari keluarga ibu tunggal mudah berhenti sekolah dan mencari kerja untuk
membantu keluarganya.
Selain daripada masalah kewangan, tekanan hidup juga adalah antara cabaran
yang dihadapi oleh kebanyakan ibu tunggal. Ini kerana ibu tunggal memikul pelbagai
tanggungjawab yang sangat berat meliputi menyediakan kewangan, mengurus
rumahtangga dan juga membesarkan anak-anak (Rani, 2006). Menurut Hittner
(1998), ibu tunggal yang bekerja dibebani oleh terlalu banyak tanggungjawab dalam
memenuhi keperluan hidup. Mereka bergegas ke tempat kerja, mengambil anak
di tempat asuhan dan membuat pelbagai kerja rumah yang tidak berkesudahan
hingga waktu tidur di tengah malam. Ini merupakan perjalanan hidup bagi hampir
semua ibu tunggal di seluruh dunia.
Ibu tunggal juga kebanyakannya menghadapi tekanan emosi pada tahap ini
kerana mereka juga memerlukan teman hidup untuk berkongsi kasih dan sayang
29
(Nor Ainun; 1997). Kajian terbaru menyatakan bagi tujuan kesihatan mental, bantuan
kaunseling dan professional diperlukan oleh ibu tunggal dua atau tiga kali lebih
kerap daripada biasa (Cairney, Boyle, Lipman, and Racine; 2004). Menurut Halim
(1995), ibu tunggal khususnya janda yang diceraikan suami mengalami kekecewaan
dan tekanan dalam diri. Bagi mengatasi kekecewaan, mereka lebih suka melancong
dan juga melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. Mereka memandang rumahtangga
sebagai tidak bermakna lagi, lantas mereka mempunyai potensi yang tinggi untuk
melupakan anak-anak mereka. Anak-anak diberikan kepada datuk, nenek atau sedara
mara untuk dijaga dan diasuh.
Selain daripada masalah kewangan dan tekanan, ibu tunggal juga perlu
memikul tanggungjawab dalam memberi pendidikan dan kasih sayang terhadap
anak-anak. Menurut Zahazan (2006), ibu memainkan peranan penting dalam
mentarbiah atau memberi pendidikan awal kepada anak-anak disebabkan jalinan
darah dagingnya dengan anaknya. Walaubagaimanapun, hasil kajian Nor Ainun
(1997) mendapati bahawa kemampuan ibu tunggal memberi pendidikan kepada
anak-anak adalah ditahap rendah. Kebanyakan anak-anak ibu tunggal kurang berjaya
dalam hidup disebabkan tekanan-tekanan yang dihadapi. Hasil kajian beliau juga
menunjukkan bahawa hubungan ibu tunggal dengan anak-anak adalah ditahap
sederhana. Menurut Papalia (2008), kajian di USA menunjukkan bahawa anak-anak
dalam keluarga ibu tunggal agak ketinggalan daripada segi sosial dan pendidikan
berbanding anak-anak yang mempunyai ibu bapa.
Pandangan negatif daripada masyarakat juga merupakan antara masalah
utama yang dihadapi oleh ibu tunggal. Hal ini bertepatan dengan pandangan Wan
Halim (1995) dalam seminar Ibu Tunggal Kebangsaan yang menggariskan bahawa
antara prasangka buruk yang terpaksa dihadapi oleh golongan ibu tunggal ini ialah
keluarga ibu tunggal ialah keluarga yang pincang kerana tiada bapa yang
mendisiplinkan anak-anak. Anak-anak ini menjadi liar dan mudah menjadi nakal
dan membuat perkara buruk seperti berjudi, minum arak, menagih dadah, mencuri
dan pelacuran. Selain itu, keluarga ibu tunggal khususnya yang wujud daripada
30
penceraian ialah keluarga yang gagal dan berpecah (broken). Anak-anak daripada
keluarga ibu tunggal mempunyai perasaan rendah diri kerana mereka tidak ada bapa,
tidak seperti anak-anak normal yang mempunyai bapa yang menyara dan
membimbing mereka. Perasaan rendah diri menyebabkan anak-anak berkenaan
mengasingkan diri, tidak suka berkawan dan tiada keyakinan dalam pelajaran.
Seterusnya, menurut Wan Halim (1995) lagi, keluarga ibu tunggal khususnya
akibat daripada penceraian, tidak ada ciri keselamatan (security) kerana ia mudah
berpecah jika ibunya meninggal dunia atau jika ibunya berkahwin lagi dan
meninggalkan anak-anaknya. Ketiadaan ciri keselamatan menyebabkan anak-anak
dari keluarga begini berasa takut kepada kegagalan, kehampaan dan tindakan kasar.
Keluarga ibu tunggal, khususnya akibat penceraian ialah keluarga yang tidak
harmoni kerana keluarga begini ialah lambang putusnya ikatan kasih sayang antara
suami dan isteri. Oleh itu, sebagai manifestasi ketiadaan keharmonian, anak-anak
daripada keluarga ibu tunggal sentiasa bertengkar dan bergaduh sesama mereka.
Cabaran-cabaran hebat yang perlu ditempuhi dan juga stigma negatif
daripada masyarakat terhadap ibu tunggal ini mampu menyebabkan tekanan terhadap
ibu tunggal daripada segi emosi mereka seterusnya memberi impak negatif kepada
diri dan personaliti anak-anak. Pepatah Melayu ada mengatakan ”Tangan Yang
Menghayun Buaian Mampu menggoncang Dunia”. Oleh itu, kesan masalah ibu
tunggal ini mampu memberi kesan terhadap gaya keibubapaan ibu tunggal
seterusnya memberi impak negatif terhadap perkembangan sosial dan psikologi
anak-anak mereka.
31
1.3 Pernyataan Masalah
Secara umumnya, anak-anak daripada keluarga ibu tunggal dianggap anak-
anak yang bermasalah kerana tidak cukup kasih-sayang, sumber kewangan,
pendidikan dan perhatian. Menurut Lumann-Billings & Emery (2000) dalam
Moreno (2010) pula menjelaskan bahawa anak dalam keluarga yang bercerai-berai
didapati mengalami banyak tekanan, dan peningkatan risiko dalam penyesuaian diri,
pencapaian, dan hubungan yang sukar. Menurut Noorfizah Abdul Malek (2001)
dalam Azizi (2005), kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang
rendah selalunya mengalami gangguan mental.
Gaya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
tingkahlaku, sosial dan emosi anak. Gaya keibubapaan yang berbeza boleh
membawa kepada tingkahlaku yang berbeza bergantung kepada personaliti dan
temperamen anak (Abd Rahim, 2006). Menurut Azizi (2009) pula, perbezaan atau
kepelbagaian keluarga dari segi struktur dan komposisi, menyebabkan pengaruh
keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak juga adalah berbeza. Oleh
itu, apakah gaya keibubapaan yang diamalkan oleh golongan ibu tunggal di negara
ini? Apakah pula hubungan gaya keibubapaan tersebut terhadap profil personaliti
anak remaja mereka?
Oleh itu, kajian ini akan melibatkan kajian tentang gaya keibubapaan serta
hubungannya dengan profil personaliti dikalangan remaja keluarga ibu tunggal di
sebuah sekolah menengah di Taman Perling.
top related