gaya kognitif dan pola penyelesaian masalah kimia … · “saya akui karya ini adalah hasil kerja...
Post on 03-Aug-2019
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GAYA KOGNITIF DAN POLA PENYELESAIAN MASALAH KIMIA
PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS
NORAINI BINTI NASIKIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NORAINI BINTI NASIKIN
Tarikh : 9 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat suami tersayang
Yang banyak membantu untuk menyiapkan tesis ini.
Tidak lupa untuk mak abah yang banyak berkorban dan
Memberi sepenuh kepercayaan...
Jutaan terima kasih diucapkan..
Dan buat yang telah pergi...
Terima kasih diatas semangatmu..
Kehadiranmu walaupun sementara,
Banyak memberikan diri ini semangat dalam menghasilkan tesis ini..
Saat- saat bersamamu amat bermakna,
Dalam mengajarku erti pengorbanan seorang ibu...
Semoga dirimu berbahagia Di Sana..
Al- Fatihah...
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan-Nya dapatlah saya menjayakan projek sarjana muda ini dengan jayanya.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah bimbingan bagi
projek sarjana muda ini, Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof Hj Arshad kerana
dengan bimbingan dan nasihat yang diberikan. Tidak lupa kepada pihak sekolah-
sekolah yang terlibat dan memberikan kerjasama dalam perlaksanaan kajian ini.
Selain itu, ucapan ribuan terima kasih saya tujukan istimewa buat suami
dan kedua ibu bapa saya yang tidak henti memberikan dorongan sama ada dari
segi mental mahupun fizikal. Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada
rakan- rakan seperjuangan dan kepada individu yang terlbat secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti taburan gaya kognitif pelajar tingkatan
empat dan pola penyelesaian masalah antara gaya kognitif pelajar dengan
keupayaan penyelesaian masalah kimia. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini adalah Group Embedded Figures Test (GEFT) yang digunakan untuk
mengumpulkan maklumat mengenai gaya kognitif sampel dan Ujian Penyelesaian
Masalah Kimia (UPMK) yang digunakan untuk mengenalpasti pola penyelesaian
masalah antara gaya kognitif pelajar dengan keupayaan penyelesaian masalah
kimia. Sampel kajian terdiri daripada 110 orang pelajar dari daerah Skudai dan
Muar. Hasil dapatan kajian yang diperoleh adalah diproses secara manual dengan
menggunakan SPSS version 11.0. Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar
pelajar adalah Field Independent (54.4%), manakala pelajar bergaya kognitif
perantaraan (30.0%) dan diikuti pelajar Field Dependent (15.5%). Terdapat
beberapa perbezaan pola penyelesaian masalah kimia diantara gaya kognitif yang
pelbagai. Beberapa cadangan telah dikemukakan diakhir laporan ini dalam
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
This research was to identify the cognitive styles and patterns of chemistry
problem solving of different types cognitive styles of form four secondary schools
students in Skudai and Muar. The Group Embedded Figures Test (GEFT) was
used to determine the students’ cognitive styles and UPMK was used to identify
the pattern of solving chemistry problems. The samples consist of 110 students.
The collected data were analyzed manually by using SPSS version 11.0 for
Windows software. The finding showed that most students was Field Independent
(54.4 %), followed by Intermediate (30.0 %) and Field Dependent (15.5 %).
There were some differences in pattern of problem solving of FI and FD students.
Several recommendations were made at the end of the report to enhance the
process of teaching and learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
viii
a) Gaya Kognitif
b) Pelajar Field Independent
c) Pelajar Perantaraan
d) Pelajar Field Dependent
11
11
12
12
1.9 Rumusan 12
2 SOROTAN PENULISAN
14
2.0 Pengenalan 14
2.1 Definisi Gaya Kognitif
2.2 Implikasi gaya kognitif kepada pendidikan
2.3 Kepentingan gaya kognitif kepada sekolah
2.4 Kepentingan gaya kognitif kepada mata
pelajaran kimia
14
20
21
22
2.5 Perbezaan individu Field Independent dan
Field Dependent
24
2.6 Penyelesaian Masalah Kimia 27
2.7 Rumusan 28
3 METODOLOGI
29
3.0 Pengenalan 29
3.1 Reka bentuk kajian 29
3.2 Persampelan dan tempat kajian 30
3.3 Instrumen kajian
3.3.1 Bahagian B (Group Embedded
31
31
ix
Figures Test, GEFT)
3.3.2 Bahagian C (Ujian Penyelesaian
Masalah Kimia, UPMK)
32
3.4 Kajian rintis 33
3.5 Prosedur Kajian 34
3.6 Analisis data 34
3.7 Rumusan 36
4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
37
4.0 Pengenalan 37
4.1 Taburan gaya kognitif pelajar 38
4.2 Pola penyelesaian masalah UPMK
4.2.1 Pola penyelesaian masalah UPMK
pelajar FI
4.2.2 Pola penyelesaian masalah UPMK
pelajar perantaraan
4.2.3 Pola penyelesaian masalah UPMK
pelajar FD
4.2.4 Rumusan pola penyelesaian masalah
UPMK antara pelajar FI, perantaraan
dan FD
42
43
49
50
56
4.3 Cadangan modul pengajaran
4.3.1 Modul Pengajaran Inkuiri
4.3.2 Modul Pengajaran Nyata
4.4 Rumusan
57
57
59
62
x
5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
63
5.1 Kesimpulan Kajian
5.1.1 Kesimpulan taburan gaya kognitif
pelajar
5.1.2 Kesimpulan pola penyelesaian
masalah kimia diantara setiap
gaya kognitif
63
63
64
5.2 Implikasi kajian kepada proses pengajaran
dan pembelajaran
64
5.3 Cadangan kajian lanjutan 67
5.4 Rumusan 67
RUJUKAN 69
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
Jadual 2.1 : Perbezaan antara pelajar FI dan FD
25
Jadual 2.2 : Cara dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran kepada
pelajar FD dan FI.
26
Jadual 3.1 Nama sekolah dan bilangan pelajar
yang terlibat dalam kajian
30
Jadual 3.2 Format soalan UPMK 33
Jadual 3.3 Tahap keupayaan pelajar
menyelesaikan UPMK
35
Jadual 3.4 Skema penilaian UPMK 36
Jadual 4.1 Taburan Gaya Kognitif Responden
Kajian
38
Jadual 4.2 Taburan responden FI, Perantaraan dan
FD yang dapat menjawab item dengan
betul berdasarkan setiap item
39
Jadual 4.3 Contoh penstrukturan maklumat pelajar
FD bagi item 4
51
Jadual 4.4 Hubungan antara Gaya Kognitif FI, FD
dan perantaraan dengan tahap
keupayaan penyelesaian UPMK
56
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
Rajah 4.1 Contoh lakaran struktur atom pelajar
FI
44
Rajah 4.2 Lakaran maklumat struktur atom pelajar
FI
44
Rajah 4.3 Lakaran maklumat tambahan pelajar FI
mengenai atom
44
Rajah 4.4 Contoh penyelesaian pelajar FI bagi item
4
45
Rajah 4.5 Lakaran pelajar FI yang menggunakan
teknik penghapusan unit
47
Rajah 4.6 Lakaran jawapan pelajar FI bagi item 10 47
Rajah 4.7 Lakaran jawapan pelajar FI bagi item 10
yang mendapat 1 markah
48
Rajah 4.8 Lakaran pelajar FI bagi pengaplikasian
kimia dalam kehidupan
48
Rajah 4.9 Lakaran pelajar perantaraan yang
melakukan kesilapan pengiraan
50
Rajah 4.10 Lakaran pelajar FD mengenai struktur
atom yang tidak lengkap
51
Rajah 4.11 Lakaran pelajar FD bagi item yang
memerlukan penstrukturan maklumat
52
Rajah 4.12 Lakaran pelajar FD yang melakukan
kesilapan unit
53
Rajah 4.13 Lakaran jawapan pelajar FD mengenai 54
xiii
sifat kimia logam alkali
Rajah 4.14 Lakaran jawapan pelajar FD bagi
pengaplikasian kimia dalam kehidupan.
55
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Surat Kebenaran Kajian daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP)
76
B Surat Kebenaran Kajian daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Johor
77
C Skema Jawapan UPMK 78
D Jadual markah responden mengikut gaya
kognitif bagi setiap item UPMK
79
E Instrumen Kajian Group Embedded
Figures Test (GEFT)
80
F Instrumen Kajian Ujian Penyelesaian
Masalah Kimia (UPMK)
81
BAB 1
PENGENALAN
Aspirasi Negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia mencapai taraf sebuah Negara maju menjelang 2020 merupakan satu cabaran
yang perlu disahut oleh rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia kerana mereka
adalah pewaris generasi akan datang. Dalam menuju ke arah Wawasan 2020, salah satu
unsur penting yang perlu dititik beratkan adalah bidang pendidikan. Setiap institusi
pendidikan memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan hasrat negara menuju
Wawasan 2020 dan menghasilkan generasi muda yang berkualiti, berdaya saing,
intelektual, berketerampilan dan berhemah tinggi. Cabaran keenam daripada sembilan
cabaran dalam Wawasan 2020 adalah
“...mewujudkan masyarakat sainstifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang kehadapan yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan...”
Tujuan utama mengalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat
untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat
dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar
2
pembangunan sosio ekonomi negara. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengatur strategi dalam menjayakan hasrat negara dengan mengenalkan Pelan Induk
Pembangunan Pembelajaran (PIPP) 2006-2010 yang mengandungi enam teras iaitu
yang membina Negara Bangsa, membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni, memperkasakan
sekolah kebangsaan, memartabatkan profession keguruan bagi memastikan profesion
ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan
dalam pembinaan generasi masa depan, merapatkan jurang pendidikan antara lokasi
dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh
negara dan yang keenam melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan
membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan
sukan atau bidang-bidang khusus yang lain.
Tindak balas daripada perkembangan kemajuan dan matlamat negara ini, telah
menggalakkan para pendidik yang sedang rancak dalam melaksanakan kajian-kajian
bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Kebelakangan ini, muncul
minat kajian dalam bidang psikologi sebagai asas kepada proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P). Hal ini dapat membantu dalam membuat keputusan tentang cara
pengajaran yang berkesan (Lourdasamy, 1994). Sehubungan dengan itu, minat yang
mendalam terhadap bidang psikologi sebagai asas mampu membantu pendidik
membuat keputusan tentang pengajaran mereka. Bidang tersebut adalah bidang sains
kognitif yang mengkaji perbezaan gaya kognitif individu dan implikasinya kepada
proses pengajaran dan pembelajaran (Winnie, 2004).
Dalam kajian ini, penumpuan dibuat dalam modul pengajaran yang bersesuaian
mengikut gaya kognitif setiap individu tersebut. Witkin et al. (1971) menakrifkan gaya
kognitif sebagai ciri-ciri cara berfungsi kendiri yang tetap yang ditunjukkan oleh
seseorang individu dalam aktiviti persepsi dan inteleknya. Gaya kognitif ini ialah cara
seseorang individu menyusun dan memproses maklumat secara konsisten. Menurut
3
Messick dan rakan-rakannya (1976) menerangkan 19 jenis gaya kognitif di dalam buku
mereka yang bertajuk Individuality and Learning. Bagi kajian ini, pengkaji mengambil
satu gaya kognitif yang paling dikenali iaitu Field Independece (FI) dan Field
Dependence (FD).
Menurut Winnie (2004), proses pembelajaran di dalam bilik darjah mempunyai
hubungan yang amat rapat dengan gaya kognitif seseorang pelajar. Ini adalah
disebabkan di dalam sesuatu proses pembelajaran, apabila sesorang guru
menyampaikan maklumat kepada pelajar atau mengadakan sesi perbincangan, para
pelajar perlu menyusun dan memproses maklumat mengikut gaya kognitif masing-
masing. Proses ini amat penting bagi pelajar untuk memahami dan mengaplikasikan
setiap konsep sesuatu mata pelajaran. Sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam matlamat kurikulum kimia seperti di bawah:
“Kurikulum Kimia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justeru,
murid mempunyai landasan kimia untuk melanjutkan pelajaran di samping
mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat
ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi
penciptaan alam...”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
Berdasarkan kepada matlamat kurikulum kimia di atas, dapat dirumuskan
bahawa pendidik iaitu guru berperanan penting dalam menjayakan setiap matlamat
untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran dan mampu mengaplikasikan setiap
konsep yang dipelajari. Sehubungan itu, pelbagai cadangan aktiviti pembelajaran yang
4
diusulkan bagi mendorong pelajar untuk berfikir dan memperkembangkan minda
mereka dalam proses pembelajaran konsep sains serta mengaplikasikan pengetahuan
sains dan teknologi.
Dengan mengkaji gaya kognitif yang berbeza bagi setiap pelajar dan modul
pengajaran yang bersesuaian mengikut gaya kognitif setiap individu (pelajar), proses
pengajaran dan pembelajaran boleh diperbaiki ke arah pembelajaran yang optimum
kerana setiap gaya kognitif mempunyai kelebihan yang tersendiri dan guru seharusnya
memainkan peranan dalam memanfaatkan setiap kelebihan yang ada pada pelajar.
1.1 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran kimia adalah bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran,
sikap saintifik dan nilai-nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting dalam
memastikan objektif pembelajaran berjaya dicapai. Oleh itu, kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah merupakan salah satu pendekatan yang terbaik dalam
memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan
kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Walau bagaimanapun,
kegagalan pelajar untuk mengabstrak sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru
boleh menyebabkan timbul masalah “kurang minat” terhadap subjek kimia.
Senario di dalam bilik darjah sekarang adalah guru sering mengajar
menggunakan Liquid Crystal Display (LCD) dan laptop dalam menyampaikan isi
pengajaran dan bagi menunjukkan ilustrasi eksperimen dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, setiap pelajar mempunyai gaya kognitif mereka yang tersendiri.
Kecenderungan mereka dalam memproses maklumat dan menyelesaikan masalah
5
adalah berbeza dengan rakan yang lain di mana keupayaan pelajar dalam memproses
maklumat dan menguasai sesuatu konsep itu adalah bergantung kepada kecenderungan
gaya kognitif mereka. Fenomena ini dapat dilihat apabila ada pelajar yang gagal
menumpukan perhatian dalam kelas kerana mereka gagal untuk mengikuti pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Menurut Messick et al. (1976), hasil penyelidikan Witkin
dan rakan-rakan jelas menerangkan implikasi terhadap kebergantungan antara gaya
kognitif dan tahap penguasaan sesuatu konsep. Perbezaan ketara antara FD dan FI
adalah dari segi kebolehan menganalitik seperti tanggapan dan pemikiran mereka dalam
mengenalpasti sesuatu gambarajah mudah yang tertanam disebalik latar belakang lain
Group Embedded Figures Test (GEFT) dan penstrukturan semula masalah. Cronbach
(1967) menyatakan bahawa cara terbaik untuk menangani perbezaan individu ialah
dengan menggunakan teknik pengajaran bersesuaian dengan gaya kognitif seseorang
pelajar. Penekanan gaya kognitif ini juga telah dijelaskan oleh Witkin et al. (1977)
yang menyatakan premis asas iaitu gaya pengajaran seseorang ditentukan oleh gaya
kognitif seseorang itu. Oleh itu, jika seseorang pelajar diajar dengan kaedah dan bahan
pengajaran yang tidak sepadan dengan gaya kognitif mereka, pelajar tersebut akan
menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran (Winnie, 2004).
Dapatan kajian Kannan (1996) menunjukkan bahawa wujud perbezaan dalam
gaya pemprosesan maklumat oleh setiap individu. Terdapat individu yang memproses
maklumat dengan cepat dan ada yang sebaliknya. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti
gaya kognitif pelajar dan memainkan peranan dalam memanfaatkan setiap kelebihan
yang ada pada gaya kognitif masing-masing.
Dalam proses mempelajari kemahiran penyelesaian masalah kimia, golongan
pendidik harus menyedari bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang berlainan
dalam memproses maklumat. Mengikut teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner (1983),
setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza dalam fitrahnya dan potensi. Pusat
Perkembangan Kokurikulum (2001) juga menyatakan bahawa kecerdasan pelajar harus
6
diketahui oleh pihak guru mahupun ibu bapa supaya guru dapat mengambil kesempatan
dan melakukan aktiviti khas yang berpadanan dengan kecerdasan murid. Dalam
mempelajari mata pelajaran kimia, pemahaman konsep kimia dan keupayaan
penyelesaian masalah adalah sangat penting. Untuk menyelesaikan masalah dengan
betul, pelajar memerlukan aplikasi kedua- dua pengetahuan konsepsi dan pengetahuan
algoritma (Gabel & Bunce, 1994). Kajian Alan Ka- Fai Szeto (2003) dan Niaz (1995)
menunjukkan bahawa gaya kognitif pelajar dan pola penaakulan adalah sangat penting
dalam penyelesaian masalah. Perbezaan pelajar dalam proses penaakulan dan
pemprosesan maklumat perlu dititik beratkan dalam menambah baikkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Pernyataan Masalah
Setiap individu memproses maklumat dengan cara yang berlainan. Justeru itu,
kepelbagaian dalam berfikir ini akan mempengaruhi pelajar untuk bertindak terhadap
bahan pengajaran guru. Kesesuaian pelajar mengikuti suatu pakej pembelajaran banyak
dipengaruhi oleh gaya kognitif. Kegagalan dalam mengenalpasti gaya kognitif bagi
setiap pelajar boleh mengakibatkan kegagalan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau taburan gaya
kognitif pelajar dan mengenalpasti hubungan antara gaya kognitif Field Independent/
Field Dependent dengan pola penyelesaian masalah kimia.
7
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk:
a) Mengenalpasti taburan gaya kognitif pelajar tingkatan empat sains (kimia).
b) Mengenalpasti pola penyelesaian masalah antara gaya kognitif pelajar
dengan keupayaan penyelesaian masalah kimia.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara gaya kognitif pelajar
tingkatan empat aliran sains dengan pola penyelesaian masalah kimia pelajar. Kajian ini
juga akan mencadangkan modul yang sesuai bagi setiap gaya kognitif (FI dan FD). Di
samping itu, kajian ini juga ingin menjawab persoalan-persoalan berikut:
a) Apakah taburan gaya kognitif pelajar tingkatan empat sains (kimia)?
b) Apakah pola penyelesaian masalah antara gaya kognitif pelajar dengan keupayaan
penyelesaian masalah kimia?
top related