gema mukminin 2nd edition
Post on 14-Mar-2016
253 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
2
KETUA EDITOR : TAUFIK SHAHAROL
PENULIS : AISHA
ANIS SU
ANUAR
MUNA
SHA
LAYOUT DAN GRAFIK : ABID
IKRAM
MEDIA SOSIAL : WWW.FACEBOOK.COM
Search GEMA MUKMININ
EMEL : GEMAGALWAY@GMAIL.COM
DARI MEJA
KETUA EDITOR
ASSALAMUALAIKUM WBT
SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
WARGA GALWAY.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT
Majalah GEMA MUKMININ edisi kedua
telah berjaya diterbitkan dan diharap dapat
mencapai objektif kami iaitu untuk menyam-
paikan maklumat berita disamping menjadi
medium santapan rohani dan juga saluran untuk
menambah imu pengetahuan. InshaAllah.
Edisi kedua Gema Mukminin mengangkat tema
Jihad dalam diri pelajar dalam usaha menuntut
ilmu. Allah swt telah menawarkan perdagangan
yang akan menguntungkan kepada kita salah
satu caranya melalui jihad, seperti yang
terdapat dalam al quran iaitu :
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku
tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh me-
nyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak ter-
peri sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah
dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan
diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi
kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya). ( 61 :10 dan 11)
Setinggi tinggi ucapan terima kasih jugak diucapkan
kepada team GEMA MUKMININ yang telah ber-
tungkus lumus untuk menghasilkan yang terbaik un-
tuk warga Galway.
Semoga semua pembaca dapat mengambil input dan
ibrah daripada penghasilan majalah ini. InshaAllah.
JOM LAKUKAN PERDAGANGAN YANG
MENGUNTUNGKAN!
3
Menarik bulan ini!! Isu April 2012
MURABBI! [4-5]
RISALAH IJAZAH ATAU KEDUA-DUANYA?
KEMUSYKILAN AGAMA! [6]
BULAN ISLAM! [7]
JAMADILAWAL GALWAY’S GOT TALENT! [8]
JOM BELAJAR BAHASA! [9]
FOKUS UTAMA! [10-11]
JIHAD MENUNTUT ILMU! LAGU PILIHAN! [12]
DNT ! [13]
NEWS! [14-15]
RESIPI! [16]
JEJAK BLOG! [17]
MOTIVASI! [19]
BREAK! [20-21]
4
VSVSVS Risalah
Ijazah
Mana satu perlu dipilih?
Mana satu lebih utama?
MURABBI! [4]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
5
J ika diberi pilihan, risalah dan ijazah, mana satu yang menjadi pilihan? Bukan satu perkara pelik kalau yang kedua itu lebih ditekankan. Lebih diberikan perhatian.
Segulung ijazah, sama ada perubatan, kejuruter-aan, atau perakaunan, cukup dipandang tinggi da-lam masyarakat. Seseorang yang tidak mempunyai ijazah dalam kehidupan, diibaratkan seperti sebuah kehidupan yang masih belum sempurna. Layaknya seakan seekor burung yang tidak mampu terbang. Gagal dalam hidup. Risalah? Ahh itu bukan kerja aku. Aku bukan ustaz nak lecture-lecture orang ni. Jauh dari bidang kuasa aku. Tak pun, tunggulah bila rambut dah makin putih, kulit muka mula berkedut baru aku akan turut serta. Mungkin. Lagi pun aku tak punya ilmu yang cukup lagi, banyak dosa pulak tu. Waktu-waktu sekarang ni, muda lagi, malah muda cuma sekali so kita enjoy! Kenapa aku diciptakan? Pernah tak kita berfikir se-jenak tujuan penciptaan kita? Adakah untuk hanya belajar bersungguh sungguh, capai cita-cita, berkeluarga, berkereta besar dan akhirnya mati. Sia-sia! Allah swt pasti tidak akan menciptakan kita tanpa tujuan, pasti akan ada agenda yang perlu dilaksanakan, yang perlu disampaikan ketika masih bernafas di muka bumi ini.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepa-
daKu. (Surah Ad Zariyat, 56)
Ibadat itu Luas
Beribadat di sini bukan hanya terbatas dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa, bersedekah dan sebagainya. Malah lebih luas daripada itu. Dalam erti kata lain, bekerja untuk Allah swt. Selain diberi tanggungja-wab untuk memakmurkan bumi ini, terdapat satu lagi amanah yang cukup penting untuk dijalankan iaitu untuk menyampaikan risalah kepada mereka yang masih belum mengetahui.
Kita selalu mendengar dua nikmat yang paling besar di dunia iaitu nikmat islam dan juga iman. Namun harus diingatkan, nikmat ini akan disoal dengan teliti kelak, malah ramai juga yang akan menuntutnya di akhirat nanti. Jadi untuk selamat daripada soalan tersebut, nikmat nikmat ini pelu-lah didakwahkan, disebarkan kepada semua manusia. Tidak akan berkurangnya dua nikmat tersebut sekiranya kita sebarkan dan kongsikan dengan orang lain, malah akan bertambah dan semakin kukuh pula. InshaAllah
Konklusi
Namun, ianya tidak bererti dengan menumpukan perhatian kepada risalah, ijazah diketepikan. Dalam era globalisasi moden hari ini, ilmu merupakan salah satu elemen yang penting untuk meneruskan kehidupan. Jadi apa yang terbaik, se-bagai seorang pelajar kita pelulah bijak untuk membahagikan kedua dua perkara ini dengan sebaiknya. Disamping mengejar ijazah, kita sam-paikan risalah. Barulah osem!
Risalah, Ijazah atau kedua duanya?
MURABBI! [5]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
6
Q: Bolehkah kita makan makanan di hotel /kedai di luar
negara yang disediakan oleh mereka? Bagaimana kah
dengan peralatan yang digunakan spt pinggan/mangkuk?
Bolehkah kita menggunakannya?
A: Kebanyakan orang apabila ke luar negara mereka lebih
cenderung untuk mengamalkan mazhab yang lain atau yang
tidak menjadi halangan dalam perkara yang dibenarkan oleh
syarak. Seumpama menggunakan pinggan mangkuk selama
mana tidak ada daging/ bahan haram di dalamnya maka
mereka akan menggunakannya. begitu juga dengan makanan
yang digunakan selama mana tidak dari sumber yang haram
mereka akan memakannya seperti ikan, telur dll. Perbuatan
seumpama ini adalah dibenarkan di dalam Islam. Mengelak
pengambilan daging yang tidak diketahui sumbernya adalah
sesuatu yang mesti dilakukan. Sikap berhati-hati adalah tanda
keimanan sebagaimana anjuran Nabi S.A.W.
Q: Saya nak bertanya apakah hukum membeli
minuman yang berada dengan air arak di dalam
satu peti ais? Bolehkah di jelaskan dengan terang.
Terima kasih
A: Jika minuman tersebut tidak bercampur dengan air
arak yang terdapat di dalam peti sejuk tersebut, mem-
belinya adalah diharuskan. Walau bagaimanapun,
perbuatan meletakkan minuman keras dengan minu-
man yang halal pada satu tempat/peti sejuk boleh
menimbulkan keraguan dan fitnah.
Ringkasnya, minuman halal tidak boleh diletakkan di
tempat yang berhampiran dengan minuman yang ha-
ram kerana ia boleh menimbulkan keraguan dan turut
memberi peluang kepada pihak-pihak yang tertentu
untuk mengambil kesempatan.
KEMUSYKILAN AGAMA *6+
Q: Saya mendapat tahu, jika ada alkohol yang dicampur
dalam masakan dan tidak mendatangkan kesan mabuk
dihalalkan. Benarkah begitu?
A: Hukum memakan masakan yang dicampur dengan sedikit
alkohol adalah haram walaupun ia tidak memabukkan. Ini
kerana pada kebiasaannya alkohol yang dicampur ke dalam
masakan tersebut adalah arak yang bertujuan untuk melazatkan
makanan tersebut bukan untuk tujuan tertentu.
Sumber :http://www.muftiselangor.gov.my
Islam GRID
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
7
JAMADIL AWAL 24 Mac 2012 – 22 April 2012
Jamadil Awal merupakan bulan kelima dalam kaledndar Islam. Jamadil Awal
memberi erti permulaan musim sejuk. Dari segi bahasa, ia bermaksud kering
atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan
tersebut orang Arab pada zaman dahulu mengalami kekeringan air atau air
menjadi beku. Pada ketika itu parit, sumur, sungai dan lembah menjadi kering.
Peperangan "Al-'Ashirah" pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda s.a.w. Tidak berla-ku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah s.a.w. dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda s.a.w. bersama sahabat kembali ke Madinah.
Peperangan "Zat Ar-Riqa`" pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda s.a.w. Ianya di satu kawasan di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha`labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan pepe-rangan yang berlaku, ianya dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai
cebisan kain) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Najd.
BULAN ISLAM! [7]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
8
Fikrah Sang Mutarabbi.
Coretan Musim Bunga…
Bismillah.
Musim bunga telah datang! Dengan terik sinaran matahari yang memen-
uhi atmosfera, pandangan kita dihiasi dengan kuntuman mekar indah.
Kuning, hijau, merah, violet, semua itu lahir dari spektrum berbeza, tapi
sunnahnya tetap sama; mereka adalah bukti kekuasaan Ilahi. Pohon-
pohon yang langsung bogel tidak dilitup oleh dedaunan ketika musim
luruh dan musim sejuk, kini kembang megah dengan litupan gaun yang
baru, dan kelopak-kelopak indah berwarna warni seolah-olah menari me-
raikan gaun baru itu. Mereka berdansa keriangan. Fuhh.
Dan mereka tidak angkuh dengan kecantikan itu, kerana keriangan itu
dikongsikan bersama sang makhluk yang lain. Kupu-kupu, lalat, semut-
semut malah sang manusia sendiri terkesima dengan keindahan ini. Lihat
sahaja ramai antara kita yang keluar berdampingan dengan pohon-
pohon bunga ini, beristirahat dan bergambar bersama kelopak-kelopak
mekar, baik sang teruna mahupun dara, semuanya riang bergambar dan
bergembira. Maksud saya, ehem, di Dunaras sendiri, ya kan kalian? Oh
kalian mula tersenyum kerana itu yang kalian lakukan. Tak
apa...bergembiralah dengan nikmat ini, dan bersyukurlah. Alhamdulillah.
Pun begitu, kalian, keindahan itu usah kita lihat hanya pada pandangan
sepasang mata yang fana. Lihatlah dengan mata jiwa, mata hati dan
dengan pandangan menghadap Ilahi. Mari kita mentadabbur keindahan
ini.
Kalian, musim sejuk itu baru berlalu, dan musim bunga ini datang
melengkapkan kitaran ekuinoks bumi. Dan kita tahu, bahawa putaran
bumi yang membawa rencana ini. Di kutub sebelah sini musim bunga
yang mendatang, dan di kutub sana musim luruh pula yang menjelma.
Itulah geografi dan sainsnya. Tapi bersedihlah kita andai hanya itu yang
bermain di fikiran, andai hanya percaturan pusingan bumi pada paksinya
mengelilingi matahari lantas terbentuklah musim-musim ini, hanya itu
yang sampai ke benak fikiran kita. Bersedihlah dan Insaflah kerana baha-
wasanya kita telah lupa, bahawa pohon-pohon yang kembali berdaun,
kelopak bunga yang galak memukau mata, semua itu bukanlah aturan
sains semata-mata. Ya kalian, pohon itu, debunga dan bunga-bungaan
itu, bumi yang berputar, sang mentari terik itu juga, mereka bukanlah
hamba kepada aturan sains dan kitaran alam, kerana hakikatnya, semua
itu adalah percaturan Allah, sunnatullah. Sains itu adalah wadahnya.
Semoga kalian dan saya tidak lupa akan hakikat itu. InsyaAllah.
GALWAY’S GOT TALENT! [8]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
9
LETS SPEAK FRENCH! English French Pronunciation
Yes/No Oui/Non wee/nong
Yes, please/No, thank you
Oui, s'il vous plaît/Non, merci
wee, seel voo play/nong, mair-see
Please S'il vous plaît seel voo play
Thank you Merci mair-see
You're wel-come
Il n'y a pas de quoi
eel nyah pah der kwah
Hello/Good morning/afternoon
Bonjour bong-zhoor
Hello/Good evening
Bonsoir bong-swahr
Goodbye Au revoir oh rer-vwahr
Good night Bonne nuit bonn nwee
How are you? Comment allez-vous?
kommahng tahlay voo
Very well, thanks
Très bien, merci tray byang mair-see
Excuse me Excusez-moi ex-kewzay mwah
Do you speak English?
Est-ce que vous parlez anglais?
essker voo pahrlay ahng-glay
Can you help me?
Est-ce que vous pouvez m'aider?
essker voo poovay may-day
I don't under-stand.
Je ne comprends pas.
zher ner kong-prahng pah
I don't know. Je ne sais pas. zher ner say pah
Sorry Désolé(e) day-zo-lay
Where? Où? oo
When? Quand? kahng
How? Comment? kommahng
Why? Pourquoi? poor-kwah
Who? Qui? kee
Which? Lequel?/Laquelle? ler-kell/lah-kell
Where is...? Où est...? oo ay
How much? Combien? kong-byang
How many? Combien? kong-byang
What's that? Qu'est-ce que c'est? kessker say
I'd like... Je voudrais... zher voodray
I want... Je veux... zher ver
I like it. Ça me plaît. sahm play
I don't like it. Ça ne me plaît pas. sah ner mer play pah
OK/Agreed. Ça va/d'accord. sah vah/dah-korr
That's fine. C'est bien. say byang
Goodbye Au revoir oh rer-vwahr
Good night Bonne nuit bonn nwee
English French Pronunciation
JOM BELAJAR BAHASA! [9]
10
Daripada Anas r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:“Barangsiapa keluar
mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di
jalan Allah sehingga dia kembali”.
[Hadis Riwayat At Tirmizi]
Sepertimana yang kita sedar, tanggungja-
wab utama kita sebagai pelajar di sini adalah un-
tuk membawa segulung ijazah yang sarat dengan
ilmu pengetahuan dan ilmu teknologi yang boleh
membawa kebaikan kepada manusia sejagat, teru-
tama negara kita yang tercinta, Malaysia. Tetapi,
adakan segulung ijazah itu cukup untuk memba-
wa kita ke taman syurga Allah? Jawapannya su-
dah tentulah TIDAK! Mahukah kita pulang ke
tanah air dengan status "another mediocre medi-
cal graduate"? Ilmu kurniaan Allah itu luas, oleh
itu, janganlah mengehadkan ilmu kita setakat
ilmu Anatomy dan perubatan sahaja. Carilah ilmu
kehidupan yang ada disekeliling kita. Berjihadlah
dalam menuntut ilmu. Jika kita mengikhlaskan
niat kita dalam menuntut ilmu kerana Allah, pasti
segala penat lelah kita tidak akan sia-sia! Insya-
Allah.
JihadkuJihadkuJihadku
B ismillahirrahmaanirrahim. Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani.
Apa khabar iman rakan-rakan? Semoga
ianya senantiasa dalam keadaan bertaqwa.
Sepertimana warga-warga Galway tahu, bulan
Mac dan bulan April adalah antara bulan-bulan
kegemaran kita bukan? Bulan-bulan dimana be-
bunga dan dedaun hidup, mekar kembali,
menghiasi pemandangan, setelah melalui musim
sejuk membeku. Ana pasti, kita semua pasti
sedang teruja menanti kedatangan musim panas
pula.
Bulan April juga bukan calang-calang
bulan. Pada bulan ini jugalah, seluruh pelajar
yang menuntut di NUI, Galway akan bertarung
di medan jihad. Jihad apakah yang ana mak-
sudkan? Suatu medan jihad yang tidak melibat-
kan bom atomik, senapang mahupun pisau ram-
bo. Medan jihad yang tidak menyebabkan
penumpahan darah. Medan jihad yang wajib ke
atas seluruh umat Islam. Apakah medan tersebut?
Mari kita kupas selanjutnya.
Menuntut Ilmu
FOKUS UTAMA! [10]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
11
Oleh itu, hargailah
masa-masa kurniaan Allah
yang berharga ini. Ayuh tingkat-
kan ibadah menuntut ilmu agama dan
juga ilmu alam, demi mendokong cita-cita
Islam dan negara dalam pengukuhan ummah.
Janganlah cepat berputus asa jika kita gagal
mencapai target yang ingin dicapai, kerana
Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik
buat makhluk ciptaanNya. Usaha itu tangga
kejayaan, dan orang yang tidak putus usahan-
ya, Insya-Allah, akan diberikan berkat atas
usahanya itu, dari Allah.
Akhir kata, semoga semua pelajar
beriltizam tinggi dan bertawakkal kepada
Allah atas segala usaha yang telah dilabur-
kan. Mari kita berjuang di medan jihad
peperiksaan! Bittaufiq wannajah!
Pernahkah saudara-saudari terfikir,
mengapa kita yang dipilih, bukan orang
lain? Dan adakah kita benar-benar layak
untuk berada di sini berbanding beribu-
ribu pelajar lain di Malaysia? Buktikan-
lah kepada diri kita sendiri yang kita
mampu mengharungi medan jihad
dengan sukses dan carilah redha Allah
sepanjang perjalanan hidup kita, kerana
redha Allah itu teramat penting dalam
hidup kita.
Daripada Abu Darda’ r.a
berkata:
Aku telah mendengar Nabi
s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang men-
jalani satu jalan ilmu ber-
erti ia telah menjalani suatu
jalan daripada jalan-jalan
syurga. Sungguhnya para
malaikat menghamparkan sayapnya
kerana redha bagi orang yang
menuntut ilmu. Dan sesungguhnya
orang yang ada diseluruh lapisan
langit dan bumi meminta ampun bagi
orang yang alim sehingga ikan yang
ada di laut. Dan sesungguhnya kelebi-
han orang yang alim atas orang yang
abid seperti kelebihan bulan purnama
atas sekalian bintang-bintang. Dan
sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi
-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya
tidak mewariskan dinar (wang emas)
dan dirham (wang perak) tetapi yang
diwariskan oleh mereka ialah ilmu.
Maka barangsiapa mengambil ilmu
bererti ia telah mengambil habuan
yang paling sempurna”.
Daripada Anas r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:“Barangsiapa keluar
mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia
kembali”.
[Hadis Riwayat At Tirmizi]
FOKUS UTAMA! [11]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
12
Mendua - Hampir Ke Situ
lyrics
Aku sadar bukan mudah Untuk mengejar mimpi indah Pernah suatu ketika dulu ku punya Harapan besar Kini aku tak pasti Dapatkah ku miliki Sudah jauh kita temu Kekalkanlah impian lalu Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan Biar nanti kecewa Setidak-tidaknya cuba Jika halangan menduga Perjalanan kita Janganlah kau putus asa Kerna ku ada di sisi Setia menemani Andai semangat mu gugur Genggamlah tanganku Kita hampir ke situ Adakala ku terasa Ketabahan tak setegah Tetapi apakan andainya Berhenti separuh jalan Percayalah padaku Aku yakin kita mampu Biar orang katakan Rapuhnya harapan Bukan mereka tentukan tapi Kau atau aku Tandaku punya kamu Apa telah akhirnya Tetap bersama…
Penat…Lelah..stress…fed up.. Ahhhh exam…penatkan :( Banyak je cubaan..banyak je halangan.. Tapi macam yang terdapat dalam bait bait lagu ni.. Kita jangan pernah putus asa untuk impian kita kerana sejak dari kecil kita tanam impian tersebut. Mungkin bila ujian datang..kita stress, kita rasa ahhh aku tak boleh..mampukah aku utk terus berjuang?Kita sentiasa tanya benda tu dalam diri kita bila ada ujian… Tapi ingatlah yang sebenarnya kita kat sini kita ada sahabat yang dekat yang sedia menghulurkan tan-gan kalau kita jatuh..ada family yang jauh tapi senti-asa mengirimkan doa dan paling penting kita ada Allah yg berkuasa untuk semua..Percayalah yang sebenarnya kita mampu dan sangat kuat untuk hadapi semua ujian sebab kan Allah kata yang Allah tidakk akan bebankan seorang hamba degan beban yang tidak boleh ditaggung..jadi percayalah dengan janji Allah tu sebab janjiNya tu kan pasti Ingatlah jugak yang pelangi hanya akan hadir selepas hujan.Cuma yang beza mungkin hujan renyai dan mungkin ribut taufan..Tapi apa-apa pun yang terjadi pelangi pasti akan kembali mewarnai.. :)
LAGU PILIHAN! [12]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
13
WORDS OF THOUGHT
1. Most of non muslims are more sensible than the muslims. Why is that so? 2. Non muslims practicing more islamic values in their
life than the muslims.
3. There are many people called themselves as friends,
but only some of them are really care about us
4. Ask, don assume
5. Although some of the assumptions are true, but it
does make difference when you ask.
6. Word 'understand/faham' does make different espe
cially when someone is in confusion or despair
7. Pretending you know about someone or something is
ain't cool at all
8. Change of heart does happen
9. To face the world after a big failure is not as easy as
what you think
10. You dont know others feeling unless you experience
it yourself
11.Just a simple word showing you care about
her/him will change her/his world
12. Sometimes words are not enough to ex-
press what is hidden inside the heart
13. Only He knows what is inside someone's
heart
14. Never ever let anger in your heart
15. Positive thinking
16. Face the world and encourage others to
do that as well
17. World is a small place, compare to heaven
18. Allah, the Most POWERFUL
19. Watch your mouth
20. Love and appreciate people around you.
lastly, LOVE ALLAH,
HIS MESSENGER,
MUMMY,PAPA, SISTERS,
BROTHERS, TEACHERS
AND FRIENDS.
Rasullullah SAW bersabda: "Mukmin yang kuat adalah lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah.."(HR Muslim)
BY : HUMAIRA
DNT ! [13]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
14
1 April 2012 - Dunaras Village telah diceriakan
dengan kemeriahan dan gelak tawa warga Malaysia
di bumi Galway. PPIMG di bawah penyeliaan Lajnah
Kebajikan telah dengan jayanya menganjurkan Pasar
Malam Galway. Aktiviti yang telah lama tidak
diadakan ini telah dihidupkan kembali dan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh
warga Galway termasuklah keluarga-keluarga chef,
doktor dan orang luar yang telah memeriahkan lagi
acara ini. Penganjuran Pasar Malam ini bertujuan
untuk mengeratkan ukhwah antara semua warga
Malaysia di sini dan menghidupkan bumi Galway ini
dengan budaya masyarakat kita.
Bakat terpendam pelajar perubatan NUIG dalam
bidang masakan dan perniagaan terserlah pada hari
ini kerana gerai yang dibuka oleh mereka rata-
ratanya mendapat keuntungan yang amat mengga-
lakkan. Pelbagai gerai istimewa terdapat pada pasar
malam kali ini antaranya gerai yang menjual juadah-
juadah tradisional, gerai tudung dan gerai barangan
dapur khas dibawa dari Malaysia. Buat julung kalinya
juga sistem rumah sukan telah digunapakai untuk
memeriahkan lagi acara ini. Rata-rata ahli Azzuro,
Bianco, Giallo dan Rosso bersemangat mempromosi-
kan juadah jualan mereka. Antara juadah jualan yang
menarik dan jarang sekali didapati di Galway terma-
suklah ikan keli, pulut kuning, sate, mee kungfu,
ayam percik, nasi dagang dan macam-macam lagi.
Pada hari tersebut Rosso dan Azzuro masing-masing
telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori Menu
Paling Menarik dan Gerai Paling Meriah, sekaligus
memberi sumbangan mata bagi rumah sukan mere-
ka. Chef-chef dan para doktor juga amat kagum
melihat semangat pelajar-pelajar NUIG yang
berhempas pulas bagi menjayakan acara ini.
NEWS! [14]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
15
Acara ini dapat diadakan dengan jayanya dengan kerjasama yang diberikan semua warga Galway.
Terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dan kepada semua yang memberi sokongan bagi
memastikan acara ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah kita jumpa lagi di Pasar Malam Galway
akan datang!
NEWS! [15]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
16
INGREDIENTS
4 ripe bananas 3/4 cup of brown sugar 1 cup of caster sugar
2 1/2 cup of flour 2 eggs 1/2 cup of butter (melted) 1 pinch of salt 1/4 cup of milk 1 teaspoon of vanilla ex-tract 1 tablespoon of baking so-da 1/2 cup of ground almonds
INSTRUCTIONS
1.Preheat the oven (180 degrees celcius). 2.Mix in the dry ingredients : flour, salt and baking soda. 3.Mix in the butter, sugar and eggs, in a separate bowl.
4.Mash the bananas and add it into the batter mixture of butter, sugar and eggs. 5.Add in a teaspoon of vanilla extract and 1/4 cup of milk into the batter mixture. 6.Mix in the flour mixture into the batter mixture. 7.Add in ground almonds. 8.To make the cake more spongy, mix the batter a little longer, about 5 minutes. 8. Ready to Bake! Bake it for approximately 30-45mins. 9.To make it more moist, immediately place the cake in the fridge to cool down!
IMPORTANT!! Use non-stick pan/pyrex glass tray, and brush butter
all throughout the pan, to ensure that the cake does
not stick to the pan. :) HAPPY TRYING!!
RESIPI! [16]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
17
DI MANA
KUNCI ITU?
Assalamualaikum readers =)
Sihat tubuh badan? Harap-harap sahabat-sahabat
semua sihat hendaknya. Kita selalu bertanya
tentang keadaan kesihatan fizikal namun kita
seringkali lupa sesuatu yang jauh lebih penting
tapi acap kali dilupakan. Bagaimana keadaan
iman? InshaAllah sama-sama kita berusaha me-
nyihatkan dan 'memfitkan' iman kita dengan
melakukan ibadah wajib sesempurna mungkin
Segalanya berpasangan di dunia.
Lelaki perempuan. Hitam putih, suka
duka dan pelbagai lagi. Begitu juga keadaan kita
sekarang, sama ada berdosa atau berpahala.
Tiada di tengah antaranya. Jadikan setiap saat
kita di dunia ini sebagai berpahala. Maksudnya,
kita sama-sama berusaha supaya setiap saat
kehidupan kita di dunia ini bermanfaat. Con-
tohnya, niatkan segala amal perbuatan kita
kerana Allah sewaktu makan, mandi, tidur dan
sebagainya.
dan juga meningkatkan ibadah sunat..Ceritanya,
nak berkongsi sesuatu bersama readers sekalian.
Kehidupan kita di dunia ni sekejap je. Tak lama.
Kita tak tahu bila kita akan meninggalkan semua
ni. Mungkin hari ini, esok atau... Hanya Allah
yang tahu. Jangan lupa tanggungjawab kita
sebagai abid dan juga khalifah di muka bumi ini.
Sesungguhnya Allah telah memilih dan mem-
berikan amanah kepada kita di muka bumi ini
dan janganlah kita abaikan tanggungjawab kita.
Manusia boleh berubah. Semua orang tahu
perubahan itu bukan sesuatu yang mudah, Na-
mun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Biarkan perubahan itu kecil namun dilakukan
secara istiqamah, pasti akan memberikan impak
yang besar suatu hari nanti. Ibarat air yang
menitis perlahan-lahan di atas batu namun
berterusan pasti akan mampu menghakis batu
yang keras tersebut. Jadikan ibadah majoriti da-
lam kehidupan seharian kita.
JEJAK BLOG! [17]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
18
Segalanya berpasangan di dunia. Lelaki
perempuan. Hitam putih, suka duka dan pel-
bagai lagi. Begitu juga keadaan kita sekarang, sa-
ma ada berdosa atau berpahala. Tiada di tengah
antaranya.
Jadi, dimana kunci perubahan itu?
Benar, diri sendiri, itulah kuncinya. Kita yang
perlu menggerakkan diri kita sendiri. Bukan dia,
bukan mereka. Mereka mungkin boleh mengga-
lakkan perubahan dalam diri anda, namun ingat
anda yang memegang kuncinya.
Islam pasti akan kembali gemilang satu hari
nanti. Sama ada kita turut serta atau tidak Islam
pasti akan menang kembali. Jadi takkan tak nak
turut serta berjuang ? Sama-samalah kita be-
ramal dan saling mengingati antara satu sama
lain. Peringatan ini juga ditujukan kepada saya
yang kerdil dan juga semua readers. InshaAllah
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri. ( 13:11)
Artikel dipetik daripada :
tfkshhrl.blogspot.com
JEJAK BLOG! [18]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
19
Pandanglah wajah orang yang paling kita
sayangi. Sama ada ibu, bapa, suami, isteri,
anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan
berpisah suatu hari nanti. Detik itu asti akan
datang. Sejauh mana kita lari, sejauh mana
kita cuba elak pasti tetap datang. Itulah janji
dari sang pencipta. Kita dan dia pasti akan
berpisah pabilanya datangnya Kematian.
Kekadang, masih belum lagi puas bermanja
dengan ibu ayah. Tiba-tiba sahaja mereka
dipanggil pergi. sebuah pemergian yang
tidak ada tanda untuk kembali. Kelu, gelap,
sayu pasti akan menyelebungi hati kecil ini.
Insan yang tersayang pergi dan menjadi
sebuah perpisahan yang mendukakan.
Sekiranya saat itu kita diuji dnegan ke-
matian, ditinggalkan oleh yang tersayang.
Maka kenangkanlah akan hidup kekasih
Allah, Rasulullah s.a.w
Jika kematian boleh mencabut kebahagian,
belajarlah dari Rasulullah. Kematian seolah-
olah menjadi mainan hidup bagi kekasih
Allah ini. Bermula dari alam rahim, baginda
telah ditinggalkan oleh ayahnya, Abdullah.
Kemudian ibunya yang tercinta pergi untuk
selamanya. Tinggalah baginda bersama da-
tuknya walaupun hanyalah untuk seketika
cuma. Semasa masih lagi dahagakan kasih
saying, pergi pula bapa saudaranya yang
menjadi tempat perlindungan. itu tidak ter-
masuk lagi pemergian isteri tercintanya, Siti
Khadijah sehingga tahun itu digambarkan
sebagai tahun kesedihan. Namun baginda
tetap tabah menghadapi segala yang terjadi
dan teguh menegakkan agama Islam agar
menjadi agama yang agung.
Begitulah bagaimana baginda
menghadapi saat perginya insan ter-
sayang. Lalu Bagaimana pula ketika
baginda sendiri disaat itu? Ketika bag-
inda meninggalkan insan-insan ter-
sayang? Sejarah menceritakan
bagaimana ketika baginda terbaring di
hamparan yang telah tua, berse-
limutkan kain kasar manakala minyak
pelitanya yang hampir kehabisan. Keti-
ka itulah baginda menyebut : rafiqil
a’ala. Rafiqil a’la (teman daerah tinggi
(Allah)
Dalam ‘kamus’ kehidupan para
muqarabin, tercatatlah bahawa mati
itu adalah syarat untuk menemui cinta.
Menemui sebuah cinta yang agung
dan sejati. Sebuah pemergian untuk
menemui sang pencinta. Rasulullah
amat menunggu saat itu. Saat
bertemu dengan teman daerah
tinggi. Satu saat yang sangat
dirindui.
Baginda pergi dengan tenang
walaupun sakitnya ketika itu
amatlah perit untuk ditanggung.
Sehingga ada yang mengatakan
sakitnya rasulullah itu melebihi sakit
manusia biasa.
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah
SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak
pernah baginda berkata atas apa yang
aku kerjakan: “Mengapa engkau
kerjakan?” Tidak pernah pula baginda
berkata atas apa yang aku tidak ker-
jakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?”
Tidak pernah baginda berkata pada ba-
rang yang ada: “Mengapa ada pula ba-
rang ini?” Tidak pernah baginda berkata
pada barang yang tidak ada:”Alangkah
baiknya kalau barang itu ada.” Kalau
terjadi perselisihan antara aku dengan
ahli keluarganya, baginda akan berkata
kepada keluarganya: “Biarlah, kerana
apa yang ditakdirkan Allah mesti ter-
jadi!”
Quoted from : Genta Rasa
MOTIVASI! [19]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
20
1 Imam Ghazali = " Apakah yang paling
dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru
Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang
paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah,
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati (Surah Ali-
Imran :185).
2 Imam Ghazali = " Apakah yang paling
jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan"
Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling
benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kender-
aan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang
lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok
dan hari-hari yang akan da-
tang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama".
3 Iman Ghazali = " Apa yang paling besar di
dunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung " Murid 2 =" Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar, tapi yang besar
sekali adalah HAWA NAFSU. Maka kita harus hati-
hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa
ke neraka."
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam
banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi)
tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat
dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai tel-
inga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang
yang lalai. (Surah Al A'raf:
179)
4 Imam Ghazali = " Apa yang paling
tajam sekali didunia ini"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali
di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan
melukai perasaan saudaranya sendiri.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Teka-teki
BREAK! [20]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
21
5 Imam Ghazali = " Apakah yang paling berat di
dunia?”
Murid 1 = " Baja"
Murid 2 = " Besi"
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat
adalah MEMEGANG
AMANAH Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat
semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka men-
jadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal me-
megang amanah."
Sesungguhnya Kami telah
kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada
langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk mem-
ikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan
bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikul-
nya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persedi-
aan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia
adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula
membuat perkara-perkara yang tidak patut dik-
erjakan.
(Surah Al-Azab : 72 ).
6 Imam Ghazali = " Apakah yang paling
ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang
paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN
SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita
tinggalkan solat "
Imam Al Ghazali
BREAK! [21]
EDISI APRIL 2012 / JAMADILAWAL 1433
22
top related