gurindam 12 fasal yang keenam

Post on 07-Jul-2015

15.451 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Rangkap 1:- Carilah seorang sahabat yang boleh dijadikan penawar yang menyenangkan hati dan boleh dijadikan ubat apabila menghadapi sesuatu masalah.

Rangkap 2:- Carilah seorang guru yang pakar berkaitan ilmu yang diajarnya.

Rangkap 3:- Carilah seorang isteri yang boleh berbakti.

Rangkap 4:- Carilah seorang kawan sejati.

Tema- memberikan nasihat dan pengajaran yang berguna kepada murid.

Persoalan- Mencari kawan yang baik.- Perlu berguru yang berilmu.- Mencari isteri yang baik.- Mencari kawan biarlah seorang yang setia.

Anafora- Pengulangan di awal baris pada baris pertama dan keempat iaitu penggunaan perkataan “chari”.

Sinkope- “Cahari olehmu akan sahabat”

Kejujuran- Sahabat yang baik akan jujur dalam berkawan.

Tanggungjawab- Guru mengajar dengan penuh dedikasi.

Ketaatan- Isteri akan taat kepada suami.

Kita hendaklah mencari seorang sahabat yang boleh membantu kita.

Kita perlulah berguru pada guru yang betul.

Kita hendaklah mencari calon isteri yang baik.

Kita hendaklah mencari kawan yang setiakawan.

top related