hardcore
Post on 11-Jul-2016
221 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS CADANGANKEM PEMANTAPAN KENDIRI 2007SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANDAS21820 AJIL, TERENGGANU
1. Rasional
Kem Pemantapan Kendiri ini perlu diadakan untuk meningkatkan kekuatan diri dari segi emosi, fizikal dan mental pelajar serta menanam, memupuk dan menyuburkan rasa istimewa dan keunikan yang ada pada diri remaja supaya penghargaan kendiri remaja dapat ditingkatkan agar mampu menghadapi cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan
2. Matlamat
Kem Pemantapan Kendiri ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang positif, mempunyai perasaan, cita-cita, bertanggung jawab dan berinspirasi untuk membangunkan dan memajukan diri sesuai dengan kehendak diri, keluarga, masyarakat negara dan agama.
3. Objektif
Di akhir kursus ini diharapkan dapat:
3.1. Menimbulkan kesedaran terhadap kelemahan-kelemahan dan kelebihan-kelebihan diri bagi diperkembang kelebihan serta kekuatan diri supaya lebih peka terhadap peranan diri kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
3.2. Membina sikap, pemikiran serta perwatakan positif dan dinamik untu berusaha, sanggup berdikari dan bekerjasama sebagai satu kumpulan.
3.3. Mempertingkat dan mengukuhkan rasa persaudaraan.
3.4. Membina daya tahan dan daya saing supaya mampu menghadapi dan berada dalam sebarang keadaan.
3.5. Menyuburkan semangat kecintaan terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan agama.
5. Jangka masa Kem
Kem ini akan dijalankan selama dua hari satu malam pada 4 – 5 September 2007 ( Selasa dan Rabu)
6. Tempat.
Kem Bari, Setiu Terengganu
7. Kumpulan Sasaran.
40 orang pelajar Lelaki yang berisiko untuk semua tingkatan
JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM
PENASIHAT BERSAMA
En. Zulkifle b. SulongPENGETUA SMK LANDAS
Puan Hajjah Fatimah bt YusofPENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Puan Kamariah bt AbdullahPK HAL EHWAL MURID (HEM)
En. Mat Nasir b, IbrahimPENOLONG KANAN KO KURIKULUM
PENYELARASPuan Rohani bt YaakobKaunselor
SETIAUSAHAEn. Mohd Azman b. Abdul Manan
KEM KOMANDAN(KK)Encik Abdul Hanan bin TaibPenasihat Unit Beruniform BOMBA
URUSETIAMohd Azman bin Abd Manan – Kecemasan & MakananNor Syahidatul Akma bt Kassim - LDK dan TetamuJohar b. Musa -Siaraya dan Pengangkutan
JAWATANKUASA:Unit Pendidikan Islam(UPI)Ustaz Maliaman bin Kassim
Unit Pendidikan Jasmani Kesihatan (UPJK)En. Khairul Anuar bin MohamedEn. Alimien bin Muda
Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)Puan Rohani bt. Yaakob.
10. PENDEKATAN
Kursus ini menggunakan pendekatan yang lebih praktikal dengan menggabungkan perkembangan mental, jasmani, rohani untuk mencapai kesedaran kendiri.
11. KAEDAH
11.1. Ceramah yang meliputi tajuk-tajuk yang khusus tentang moral dan motivasi.11.2. Kaedah pembelajaran praktikal melalui penyertaan aktif semua peserta dalam Jungle Trekking, Orienteering dan Jejak Spora.11.3. Kuliah Subuh dan Kuliah Maghrib serta solat-solat berjamaah yang menitik-beratkan nilai-nilai dan intipati falsafah yang terkandung dalam agama Islam.11.4. Latihan Fizikal –Absailing, Flying Fox, Ikatan tali, River crossing.
12. Jadual Kem
TENTATIF PROGRAM KEM PENINGKATAN JATI DIRISMK LANDAS 2007
Tarikh : 5 – 6 hb September 2007Tempat : Kem Latihan Bari, Setiu, Terengganu.
04/09/08
SELASA
0800-1000AM
1000-1030AM
1030-1230 AM
1230-0100PM
0100 -0200 PM
0200 -0400PM
0400- 0500 PM
0500 – 0630 PM
0630-0715 PM
0715-0930 PM
0930 -1100 PM
1100- 0100 AM
Pendaftaran&Bertolak ke Kem Bari(U)
TAKLIMAT(Kem Komandan)&Minum( U)
LDK 1 :-PEMANTAPAN SOLAT-Pengujian
(UPI)
LDK 2:-ICE BREAKING( UBKL)
Makan Tengah hari(U)&SOLAT ZOHOR(UPI)
LDK 3PEMANTAPAN SOLAT:-Pemulihan & Pengukuhan
(UPI)
SOLATASAR(UPI)&Minum Petang(U)
FIZIKAL FITNESSKawat Kaki(UPJK)
Makan malam
(U)
-SOLAT MAGHRIB-SLOT MOTIVASI-ISYAK-SOLAT HAJAT( FASI JEMPUTAN)
LDK 4 :-
PENGURUSAN MASA
(UBKL)
SOLO JOURNEY(UPJK)
05/09/08
RABU
0500 – 0630AM
0630 – 0800AM
0800-0830
AM
0830 -1030AM
1030 -1100AM
1100 -1230AM
1230 -0200 PM
0200- 0300PM
0300 – 0500PM
Solat SubuhBacaan YasinTazkirah(UPI)
Fizikal Fitness:-Jogging(UPJK)
Minum Pagi( U)
LDK 5 :-PEMANTAPAN SOLAT:-Sembahyang Beriman( UPI)
Minum(U)
CERAMAHPOLIS / AADK:
Jenayah @ Narkotik(Jemputan)
Makan Tengah hari(U)&Solat Zohor(UPI)
Majlis Perasmian Penutup:-PENGETUA(U)
Minum Petang dan Bertolak Pulang(U)
Catatan : (U) Urusetia, (UBKL)-Unit Bimbingan dan Kaunseling, (UPI) Unit Pendidikan Islam , (UPJK)- Unit Pendidikan Jasmani Kesihatan13. KEWANGAN
A. ANGGARAN PERBELANJAAN
BILPERKARAPERINCIAN
JUMLAH1Makan:PelajarGuru
40 X RM 12.00 X 2Hari10x RM15.00 x 2hari
RM960.00RM300.00
RM1260.002PengangkutanRM350 sehari x 2 hari
RM700.002Bahan40 X RM 7.00
RM280.003Imbuhan Fasilitator:
Fasilitator DalamanFasilitator jemputan
18 jam X 8 X RM 20.00 RM 200 x 2orang
RM2880.00RM400.00
RM3280.004Penginapan:Asrama pelajarChalet GuruDewan BesarDewan Makan
4 buah x RM150.003 buah x RM80.001 buah x RM150.001buah xRM100.00
RM600.00RM240.00RM150.00RM100.00
RM1090.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 6610.00
14. Penilaian
14.1. Berdasarkan penglibatan dan minat peserta dalam setiap aktiviti.14.2. Ulasan, pemerhatian dan pendapat para jurulatih dan penceramah.
15. Penutup
Adalah diharapkan para peserta kursus yang tamat mengikuti kursus ini akan celik akal tentang falsafah dan nilai yang sepatutnya ada pada diri seorang pelajar. Ini diharap akan membimbing mereka untuk berdikari dalam merancang masa depan masing-masing dengan lebih tepat dan berkesan serta bergerak dengan penuh rasa persaudaraan.
Disediakan oleh; Disahkan Oleh :
(ROHANI BT YAAKOB) (ZULKIFLE B. SULONG,PJK)Kaunselor Pelajar PengetuaSekolah Menengah Kebangsaan Landas Sekolah Menengah Kebangsaan LandasHulu Terengganu Hulu Terengganu
top related