hubungan kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang … · allah subhanahu wataala melalui surah...
Post on 16-Sep-2019
31 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN KEPIMPINAN KERJA BERPASUKAN KETUA BIDANG
DENGAN KEERATAN AHLI PANITIA JABATAN SAINS DAN
MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PONTIAN, JOHOR.
ISMADAFAIE BIN SELAMAT
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandantangan : ........................................................
Nama Penulis : ISMADAFAIE BIN SELAMAT
Tarikh : ........................................................
iii
DEDIKASI
Khas buat Allahyarhamah Normah Binti Patik
dan ayahanda, Selamat Bin Hj Wahir
yang dikasihi..
Terima kasih atas sokongan dan doamu..
Semoga Allah memberkati kalian..
Buat kakanda dan adinda yang disayangi....
Abg Long, Abg Man, Kak Leha, Kak Eton, Kak Nida, Kak Ning,
dan Adik Ijan,
Terima Kasih Di atas Sokongan dan Dukungan Kalian....
Buat penyeliaku yang dikasihi...
Tn.Hj Mohd Anuar Abdul Rahman,
Jutaan terima kasih diucapkan..
Di atas segala pertolongan dan tunjuk ajar..
Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah diberikan..
Ku mohon maaf jika terdapat kesilapan...
Dalam usaha menyiapkan tesis ini
Buat sahabat seperjuangan yang diingati...
Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.
Semoga kalian terus cemerlang mengharungi layar kehidupan di dunia dan
dirahmati kehidupan di akhirat.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi
junjungan, Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-
Nya, dapat juga akhirnya penulis menyiapkan projek sarjana muda ini.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia
projek sarjana muda, Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Rahman atas bimbingan dan
dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek sarjana muda ini.
Banyak informasi dan maklumat yang diberikan kepada penghasilan projek sarjana
muda ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, penulis tidak mampu untuk menyiapkan projek
penyelidikan ini.
Ribuan terima kasih kepada ketua-ketua panitia Sains dan Matematik di
daerah Pontian, Johor atas kerjasama yang telah diberikan dan kesudian mereka
menjawab soalselidik kajian ini. Penglibatan mereka amat bermakna dan sangat
dihargai.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang disayangi atas sokongan
dan semangat yang diberikan. Tanpa mereka, penulis sukar untuk menyiapkan kajian
ini. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan meninjau hubungan kepimpinan
kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan ahli panitia Sains & Matematik.
Selain itu, kajian ini juga ingin melihat tahap kepimpinan ketua bidang, tahap
keeratan ahli panitia dan mengenalpasti elemen kerja berpasukan yang paling
dominan diamalkan oleh ketua bidang. Seramai 40 ahli ketua panitia Sains &
Matematik daripada 13 sekolah menengah gred A di Daerah Pontian, Johor dipilih
sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini menggunakan soalselidik berdasarkan
Teamwork KSAs oleh Diane L. Miller (2001) dan Chin (2004). Nilai keboleh
percayaan alat kajian yang diperolehi daripada kajian rintis adalah α = 0.82. Analisis
kajian ini adalah menggunakan perisian Statistical Package Science Social (SPSS
13.0) dan secara manual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara kepimpinan kerja berpasukan ketua bidang dengan keeratan ahli
panitia Sains & Matematik. Bagi tahap kepimpinan ketua bidang dan tahap keeratan
ahli panitia pula berada pada tahap yang tinggi. Komunikasi dipersepsikan sebagai
elemen paling dominan, manakala penyelesaian konflik pula merupakan elemen
kurang dominan dalam kepimpinan kerja berpasukan.
vi
ABSTRACT
The aim of this descriptive study is to seek the relation between leadership of
head Science and Mathematic department with cohesiveness of Science &
Mathematic panel’s. Beside that, it also aims to look the leadership level of head
Science & Mathematic Department and the level of cohesiveness Science &
Mathematic panel’s and to identify the most dominant teamwork element practised
by head of Science & Mathematics department. 40 Science & Mathematic panel’s
from 13 grade A secondary school in Daerah Pontian, Johor were selected as sample
of this study. The instrument of this study is questionnaire based on Teamwork KSA
by Diane L. Miller (2001) and Chin (2004). The alpha Cronbach coefficient
reliability obtained from the pilot study was α = 0.82. Data analysis was done by
using the SPSS 13.0 and it was also manually analyzed. Based on the finding, it
showed that there was a significant correlation between leadership and Science &
Mathematic panel’s cohesiveness. The level of leadership and level of cohesiveness
are at high level. The study also found that the communication element is the most
dominant and conflict solving element is less dominant in teamwork leadership.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Kerangka Kajian 9
1.10 Definisi Termonologi 9
1.10.1 Jabatan Sains dan Matematik 9
viii
1.10.2 Ketua Bidang 10
1.10.3 Ketua Panitia 10
1.10.4 Kerja Berpasukan 11
1.10.5 Kepimpinan dalam Kerja Berpasukan 11
1.10.6 Penyelesaian Konflik 12
1.10.7 Penyelesaian Maslah Secara Kolaboratif 12
1.10.8 Komunikasi 12
1.10.9 Penetapan Matlamat dan Pengurusan 13
Prestasi
1.10.10 Perancangan dan Penyelarasan Tugas 13
1.10.11 Keeratan 14
1.11 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengurusan Bidang Mata Pelajaran di Sekolah 15
2.2.1 Panitia Mata Pelajaran 16
2.3 Pasukan Kerja 19
2.3.1 Pasukan Kerja yang Efektif 20
2.3.2 Kepimpinan Dalam Kerja Berpasukan 22
2.3.3 Kepimpinan Pasukan Kerja Ketua Bidang 23
2.4 Keeratan Ahli dalam Kerja Berpasukan 31
2.5 Kajian-Kajian Lepas Berhubung Dengan 36
Pasukan Kerja Di Sekolah
2.6 Penutup 36
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Populasi dan Sampal Kajian 38
3.4 Instrumen Kajian 38
3.5 Kajian Rintis 40
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Kaedah Manganalisis Data 41
3.8 Penutup 42
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Latar Belakang Responden 43
4.2.1 Jantina 44
4.2.2 Bangsa 44
4.2.3 Pengalaman Mengajar 45
4.2.4 Pengalaman Menjadi Ketua Panitia 45
4.3 Persoalan Kajian Pertama 45
Tahap Kepimpinan Kerja Berpasukan
Ketua Bidang
4.4 Persoalan Kajian Kedua 46
Elemen Kepimpinan Kerja BerpasukanPaling
Dominan Diamalkan Oleh Ketua Bidang
4.4.1 Komunikasi 47
4.4.2 Penetapan Matlamat dan Pengurusan 48
Prestasi
4.4.3 Perancangan dan Penyelarasan Tugas 50
4.4.4 Penyelesaian Masalah Secara Kolaboratif 51
4.4.5 Penyelesaian Konflik 52
x
4.5 Persoalan Kajian Ketiga 53
Tahap Keeratan Ahli Panitia Sains dan
Matematik
4.6 Hipotesis Kajian 54
4.6.1 Hipotesis Kajian Pertama 55
4.6.2 Hipotesis Kajian Kedua 55
4.7 Penutup 56
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Rumusan 57
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 58
5.3.1 Tahap Kepimpinan Kerja Berpasukan 58
Ketua Bidang
5.3.2 Elemen Kepimpinan Kerja Berpasukan 59
Paling Dominan Diamalkan Oleh
Ketua Bidang
5.3.3 Tahap Keeratan Ahli Panitia 63
Sains dan Matematik
5.3.4 Hubungan Kepimpinan Kerja Berpasukan 64
Dengan Keeratan Ahli Panitia Sains dan
Matematik
5.3.5 Perbezaan keeratan ahli dalam panitia 65
berdasarkan jantina ketua panitia.
Panitia Sains Dan Matematik Berdasarkan
Jantina
5.3.6 Kesimpulan Perbincangan 65
5.4 Cadangan Kajian 66
5.4.1 Cadangan Tindakan 66
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.5 Penutup 68
xi
BIBLIOGRAFI 70
LAMPIRAN 74
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Susunan Item dalam Soal Selidik 39
3.2 Tahap Analisis Min 41
3.3 Klassfikasi Kekuatan Kolerasi (Rowntree, 1981) 42
4.1 Latar Belakang Responden 44
4.2 Kepimpinan Kerja Berpasukan Secara 46
Keseluruhan
4.3 Elemen –elemen kepimpinan kerja berpasukan 47
Mengikut Kedudukan Paling Dominan
4.4 Item Komunikasi 48
4.5 Item Penetapan Matlamat dan Pengurusan 49
Prestasi
4.6 Item Perancangan dan Penyelarasan Tugas 50
4.7 Item Penyelesaian Masalah secara Kolaboratif 51
4.8 Item Penyelesaian Konflik 53
4.9 Item Keeratan 54
4.10 Analisis Korelasi Antara Kepimpinan Kerja 55
Berpasukan Ketua Bidang Dengan Keeratan
Ahli Panitia
4.11 Ujian-T Terhadap Perbezaan Keeratan Ahli 56
Berdasarkan Jantina
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Kajian 9
2.1 Kedudukan Ketua Panitia Sains dan 17
Matematik dalam Organisasi Sekolah
2.2 Perbezaan Berkerja secara Individu dengan 20
Berpasukan
2.3 Perbezaan Jenis Konflik 24
2.4 Komunikasi dan Interaksi Pelbagai Arah 27
Dalam Organisasi
2.5 Proses Komunikasi Dalam Pasukan Kerja 28
2.6 Tiga Kawasan yang Diperlukan dalam 33
Kerja Berpasukan
2.7 Keeratan Pasukan Kerja: Sebab dan Akibat 35
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran daripada Kementerian 74
Pendidikan Malaysia
B Surat Kebenaran daripada Pejabat Pendidikan 75
Daerah Pontian
C Surat Pengesahan Diri daripada Fakulti 76
Pendidikan
D Borang Soal Selidik 77
E Hasil Analisis Kajian Dengan SPSS 84
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kerja berpasukan telah lama dijadikan budaya kerja dalam tamadun manusia,
baik di Barat atau di Timur, dengan sasaran utamanya untuk membolehkan mereka
bekerjasama di antara satu sama lain sebagai satu unit yang harmoni.Sejarah budaya
kerja ini sebenarnya mula diamalkan di British sejak awal tahun 1940 lagi dan
berkembang ke Amerika Utara pada sekitar tahun 1970 ( George dan Wilson, 1997 ).
Malah pepatah melayu ada mengatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,
begitu juga dengan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh telah menggambarkan
budaya atau konsep kerja berpasukan ini juga telah lama bertapak dan diguna pakai
dalam masyarakat Melayu. Sehingga ke hari ini, budaya kerja ini masih lagi
diamalkan di seluruh dunia dalam pelbagai bidang. Kepentingan kerja berpasukan
atau kerja bersama-sama memang amat digalakkan dalam Islam. Ini ditegaskan oleh
Allah Subhanahu Wataala melalui Surah At-Taubah, ayat 71 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain".
(At-Taubah, ayat 71)
Menurut Sulaiman (1991) pula, kejayaan sesebuah organisasi bergantung
pada seberapa baiknya pekerja yang dapat bekerja secara berpasukan. Ini jelas
menunjukkan bahawa kepentingan kerja berpasukan ( team work ) tidak boleh di
2
sangkal lagi. Dalam konteks sebuah organisasi, khususnya Jabatan Kerajaan
kemampuan untuk sentiasa bersedia berkerjasama di kalangan pihak pentadbiran,
rakan sejawatan dan kakitangan bawahan amatlah mustahak. Untuk mencapai
matlamat ini, ciri-ciri berfikiran terbuka, bertolak ansur, sedia mendengar dan
memahami orang lain perlu dijadikan budaya kerja di dalam agensi. Bersedia
menerima kesilapan dan menjaga hubungan silaturahim akan berjaya menambah
anggota pasukan, serta sekaligus mewujudkan pasukan yang kuat.Pasukan yang kuat
di dalam organisasi akan berjaya menerapkan nilai-nilai Islam yang diakui sebagai
nilai-nilai seperti amanah, ikhlas, tekun dan sanggup berkorban. Di sini di lihat
bahawa pengaruh keeratan ahli antara pengaruh yang penting dalam mewujudkan
suatu kerja berpasukan yang kuat dan mantap.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dunia pendidikan Negara sekarang melalui pelbagai rombakan selaras
dengan peredaran zaman yang semakin mencabar dan bersifat global bagi
melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang sering dilaungkan
oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri Negara kita.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan Matematik dan Sains pada tahun
2003, antara salah satu rombakan besar yang di buat bagi melahirkan generasi baru
yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Bagi merealisasikan matlamat
ini para guru adalah orang yang bertanggungjawab menyiapkan diri dengan pelbagai
aspek samada dari segi fizikal, mental mahupun rohani supaya dapat memenuhi
hasrat bekas perdana menteri kita untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
tercapai. Tidak dapat dinafikan Sains dan Matematik sememangnya merupakan teras
utama dalam membentuk sebuah negara maju yang banyak diaplikasi dalam bidang
perindustrian dan teknologi. Guru Sains dan Matematik seharusnya tidak perlu
memandang dan memikirkan perubahan yang di buat sebagai beban kerja sebaliknya
semua guru hendaklah berganding bahu membentuk satu kerja berpasukan yang kuat
bagi menjayakan misi ini menjadi tidak mustahil.
3
Kenapa perlunya kerja berpasukan? Persoalan ini akan terungkap dengan
hujah yang di kemukakan oleh Mokhtar (1999), kerja berpasukan diperlukan kerana
itu sahaja cara kita bekerja ( the only way to work ) dimana ahli-ahli sosiologi
mengatakan manusia ialah makhluk ( homo sapien ) sosial dan tidak ada manusia
yang boleh hidup sendirian. Kita saling memerlukan antara satu sama lain, malah
kita juga memerlukan identiti kumpulan seperti;
a. kekeluargaan ( the family )
b. teman sepermainan ( peer group )
c. ahli jemaah masjid ( the congregation group )
d. ahli kelab
e. kumpulan kerja dan sebagainya.
Dalam organisasi sekolah juga, mempunyai identiti kumpulan tertentu yang
terdiri daripada pelbagai jabatan termasuklah jabatan Sains dan Matematik yang
bertindak sebagai merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan mata pelajaran matematik dan sains. Jabatan Sains dan Matematik
sebenarnya terdiri daripada tujuh ahli panitia iaitu Matematik, Matematik Tambahan,
Fizik, Kimia , Biologi, Sanis dan Sains Tambahan. Ahli -ahli panitia Matematik dan
Sains telah dipertanggungjawab dengan tugas bagi jurusan masing-masing. Namun
secara rutin harian yang dibebani dengan pelbagai tugas menyebabkan ahli panitia
berhadapan dengan tekanan atau ketegangan. Oleh itu, kerja berpasukan amat
mustahak dalam panitia Sains dan Matematik bagi mengurangkan ketegangan
tersebut. Ketua bidang Sains dan Matematik hendaklah mempengaruhi ahli panitia
lain bekerja bagi mencapai matlamat organisasi dan mengekalkan hubungan mesra
antara ahli-ahli dalam pasukan ini. Hubungan keeratan atau kejeleketan haruslah
diwujudkan agar ahli-ahli dapat bersatu dan saling bergantungan antara satu sama
lain.
Menurut Mokhtar (1999) lagi, kerja berpasukan diperlukan kerana organisasi
moden lebih kompleks. Setiap organisasi mempunyai dua unsur iaitu :
a) Sistem : struktur organsasi peraturan dan undang-undang, ‘ hardware’ dan
‘software’
b) Orang : Untuk mengurus dan menjayakan sistem.
4
Sistem dan orang sentiasa saling bergantung antara satu sama lain. Orang
tidak boleh menyumbang dengan berkesan di dalam sistem yang tidak teratur atau
yang tidak di urus dengan baik. Sistem tidak berkesan jika tidak jelas, tidak difahami
dan tidak dipersetujui sama oleh orang.Wawasan ( vision), matlamat ( goals) dan
objektif , sering kali mengalami perubahan dari semasa ke semasa yang lebih
mencabar. Dalam konteks organisasi sekolah, kedua-dua unsur ini terdapat dalam
institusi sekolah di mana sistem merujuk kepada organisasi sekolah yang mempunyai
peraturan dan undang-undang, manakala orang pula merujuk kepada guru-guru yang
bertindak mengurus dan menjayakan organisasi tersebut. Oleh itu, kerja berpasukan
amat diperlukan dalam institusi sekolah bagi mencapai wawasan, matlamat dan
objektif sesebuah sekolah.
Menurut Shamsuddin (2002), menyatakan bahawa amalan pengurusan
sekolah masih kurang berpusatkan kepada pasukan kerja. Malah menurut beliau lagi,
pasukan kerja yang wujud di sekolah berbentuk pasukan fungsi yang diwujudkan
kerana memenuhi tuntutan organisasi itu sahaja. Ini juga disokong oleh Pushpalata
(2003), dalam kajiannya menyatakan bahawa walaupun guru-guru bekerjasama
dalam panitia ada kala mereka hanya menjadi pelaksana arahan tanpa komitmen dan
kerelaan sendiri.
Untuk mengerakkan jentera kerja berpasukan ia memerlukan kepimpinan
yang berkaliber yang mampu memimpin panitia mencapai matlamat untuk
melahirkan generasi alaf baru yang cemerlang dalam bidang Sains dan Matematik.
Mengikut Maimunah (1985) dalam Chin (2004), intipati proses kepimpinan ialah
bagaimana tiap-tiap individu saling bekerjasama dalam sesuatu kumpulan supaya
kumpulan itu mempunyai identitinya sendiri, berasa puas dengan prestasi pasukan
dan yang paling penting pasukan itu dapat mencapai matlamatnya.
Rahmad dan Noraini ( 1995 ) dalam seminar Kebangsaan Pendidikan Guru
(Ke 10) pula, telah membentang beberapa masalah antaranya ialah isu kekurangan
guru yang semakin serius dan gawat di Malaysia. Ia membincangkan tentang faktor
menyebabkan guru sekolah meninggalkan profesion keguruan atau mengambil
pesaraan awal adalah kerana perasaan ketidakpuasan hati telah menjalar di sanubari
5
guru sekolah. Keadaan ini berpunca disebabkan kekurangan keeratan antara ahli
panitia mengakibatkan mereka meninggalkan panitia tersebut.
Suberi (1998) telah membuat satu kajian untuk meninjau persepsi guru
terhadap faktor penentu kejayaan kerja berpasukan dalam organisasi sekolah di
daerah Kulim, Kedah. hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat kesedaran di
kalangan guru tentang perlunya pasukan kerja, namun hanya responden dari
kumpulan pengurusan sahaja yang mempunyai tahap kesedaran tinggi tentang
perlaksanaan kerja berpasukan di sekolah.Kajian tersebut juga mendapati bahawa
dalam menjayakan pasukan kerja di sekolah, faktor kepimpinan pasukan merupakan
faktor yang paling dominan(89.2%) diikuti oleh pengendalian konflik (78.4%) dan
faktor komunikasi (67.5%).
1.3 Penyataan Masalah
Menurut Gray & Starke dalam M. Viveknanda (1999), kelemahan
pengurusan akan terlindung sekiranya pekerja-pekerja bersatu hati menyokong
pengurusan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kerja berpasukan di kalangan
jabatan Sains dan Matematik. Walau bagaimanapun, kekuatan sesuatu pasukan boleh
ditentu oleh sejauh mana keeratan atau kesepaduan ahli-ahli dalam pasukan tersebut.
Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sama ada wujudnya hubungan
kepimpinan kerja berpasukan dengan keeratan ahli dalam jabatan Sains dan
Matematik di sekolah menengah. Secara tidak langsung kajian ini juga dapat
meninjau tahap kepimpinan kerja berpasukan, elemen kerja berpasukan paling
dominan diamalkan oleh ketua bidang dan tahap keeratan ahli dalam jabatan.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif kajian. Antara
objektif kajian ini ialah :
1.4.1 Melihat tahap kepimpinan kerja berpasukan jabatan Sains dan
Matematik.
1.4.2 Mengenal pasti elemen kerja berpasukan yang paling dominan
diamalkan oleh ketua bidang.
1.4.3 Melihat tahap keeratan kerja berdasarkan kepada persepsi ahli ( ketua
panitia) Sains dan Matematik.
1.4.4 Melihat hubungan kepimpinan kerja pasukan ketua bidang dengan
keeratan ahli panitia Sains dan Matematik.
1.4.5 Melihat jika terdapat perbezaan keeratan ahli panita berdasarkan
jantina ketua panitia.
1.5 Persoalan kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian yang dikemukakan di atas, antara
persoalan kajian ini ialah :
1.5.1 Apakah tahap kepimpinan kerja berpasukan ( ketua bidang ) jabatan
Sains dan Matematik?
1.5.2 Apakah elemen kerja berpasukan yang paling dominan diamalkan
oleh ketua bidang Sains dan Matematik?
1.5.3 Apakah tahap keeratan ahli dalam Jabatan Sains dan Matematik?
7
1.5.4 Apakah terdapat hubungan antara kerja berpasukan dengan keeratan
ahli dalam Jabatan Sains dan Matematik?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan keeratan ahli panitia berdasarkan jantina
ketua panitia?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis yang ingin diuji dalam kajian ini ialah seperti berikut :
1.6.1 H 0 : Tidak terdapat hubungan antara kerja berpasukan dengan
keeratan ahli dalam panitia Sains dan Matematik.
H 1 : Terdapat hubungan antara kerja berpasukan dengan keeratan ahli
dalam panitia Sains dan Matematik.
1.6.2 H 0 : Tidak terdapat perbezaan keeratan ahli dalam panitia Sains dan
Matematik yang signifikan berdasarkan jantina ketua panitia.
H 1 : Terdapat perbezaan keeratan ahli dalam panitia Sains dan
Matematik yang signifikan berdasarkan jantina ketua panitia.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kepimpinan kerja berpasukan
dengan keeratan guru-guru panitia Sains dan Matematik. Berikut adalah antara
kepentingan kajian ini dijalankan :
a) Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai maklum balas kepada Pejabat
top related