hubungan punca stres dan tahap stres di kalangan
Post on 14-Aug-2015
97 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUBUNGAN PUNCA STRES DAN TAHAP STRES DI KALANGAN
GURU-GURU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR
BAHRU
Oleh
Helen Malaka
Rojiah Abdullah
Nor’azian Binti Rohani
Eldrana Augustin Daniel
Mustafa Kamal Mohammad
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk meninjau tahap dan punca stress di
kalangan guru-guru di salah sebuah sekolah Menengah Agama di Daerah Johor
Bahru.
Prihalan antara faktor-faktor demografi terhadap tahap stress juga diperlihatkan.
Seramai 35 orang responden yang terdiri dari kesemua guru sekolah terbabit
telah di
ambil sebagai sampel kajian. Data-data yang dikumpulkan telah dianalisa
mengguna
perisian computer Program Statistical Package of Social Science (SPSS) for
Window
11.0 . Dapatan dari hasil kajian secara keseluruhannya menunujukkan bahawa
tahap
stress di kalangan guru-guru sekolah ini adalah rendah iaitu sebanyak 94.3
peratus.
Manakala 5.7 peratus mengalami tahap;stress yang sederhana dan tiada
responden yang
mengalami tahap stress yang tinggi. Secara khususnya keadaan kelas yang
bising, tiada
masa memeriksa buku pelajaran dan tidak mempunyai cukup masa berehat di
antara
waktu mengajar merupakan punca utama stress di kalangan guru sekolah ini.
Secara
umum faktor beban tugas merupakan punca stres primer dan faktor peraturan
sekolah
merupakan faktor skunder. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan
signifikan
antara faktor peraturan sekolah dan hubungan interpersonal dengan tahap stress
guruguru
sekolah ini. Beberapa alasan telah diberi keatas keputusan yang diperolehi.
Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan atas keputusan yang
diperolehi.
Cadangan-cadangan kajian susulan juga dinyatakan untuk memperbaiki dan
memperkembangkan lagi hasil dapatan yang diperolehi.
Abstract
The main purpose of the study was to find out the stress and stressors (sources
of stress)
among teachers in one religion secondary school in Johor Bahru. The relation
between
the demographic factors with the level of stress the correlation between stressor
factors
and the level of stress were studied. A total of 35 teachers were used as
samples. Data
collection were analyzed by statistical package of Social Science (SPSS) version
11.0.
The finding showed that the level of stress was low ( 94.3 % ). Others 5.7%
experience
a moderate level of stress. It was identified that noisy students, the lack of time
for
checking student’s exercise and lack or rest between classes were very common
stressors amongst the teachers. Generally, work load was a main factor and
school
factor was the second factor of stressors. There were significant correlation
between
regulation and interpersonal relation with the level of stress. It is recommended
that
further studies to be carried out in this area.
Muka surat 2/12
1.0 PENGENALAN
Stres pekerjaan di kalangan guru telah mendapat perhatian di negara barat sejak
dua dekad yang lepas. Ini boleh dibuktikan dengan banyak kajian stres telah
dijalankan
ke atas guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1977, 1978, 1979; Gmelch et al. 1984; Mc
Cormik dan Solman, 1992). Di Malaysia, kajian mengenai stres pekerjaan di
kalangan
guru telah menarik ramai pengkaji akhir-akhir ini (Siti Radziah, 1982; Chang Fui
Chin,
1996; Ahmad Shakri, 1998; Malakolunthu, 1994). Namun demikian, kajian
mengenai
stres guru-guru di sekolah Agama masih kurang dan perlu dilakukan
memandangkan
prestasi sekolah Agama agak menggalakkan, walaupun beban tugas guru
semakin
bertambah.
Bukti-bukti daripada kajian stres ke atas guru ini juga menunjukkan betapa
seriusnya
masalah ini. Guru-guru menyedari bahawa stres yang biasa dapat memberi
kesan yang
mendalam terhadap prestasi serta kebajikan. Tetapi stres yang berlebihan akan
mengurangkan prestasi dan menjejaskan kesihatan guru di mana guru akan
berhadapan
dengan tekanan. Menurut Zainal (1983) dan McCormick et al. (1992) dalam
(Noriah,
1994), guru-guru yang tidak dapat mencapai harapan yang tinggi daripada
masyarakat ,
pentadbir dan ibu bapa akan merasa kecewa dan seterusnya mengakibatkan
mereka
mengalami ketegangan (stres) pekerjaan.
Kajian ini bertujuan:
1. Untuk mengenal pasti tahap stres berdasarkan faktor-faktor
demografi guru.
2. Untuk mengenalpasti punca-punca stres sama ada ia berkaitan
pentabdiran atau peraturan sekolah, ciri-ciri tugas, hubungan
interpersonal atau masalah murid.
3. Untuk mencari hubungan antara punca stres dengan tahap stres
guru-guru sekolah menengah agama yang dikaji.
Hipotesis Kajian
1) Hipotesis 1
Terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan interpersonal dengan tahap
stres guru-guru.
2) Hipotesis2
Terdapat hubungan yang signifikan antara pentadbiran/peraturan sekolah
dengan
tahap stres guru-guru.
3) Hipotesis 3
Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah murid dengan tahap stres
guru-guru.
4) Hipotesis 4
Terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tugas dengan tahap stres
guru-guru.
Muka surat 3/12
2.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah rekabentuk kajian
kes di mana semua populasi merupakan responden. Sejumlah 35 orang guru
semuanya
di salah sebuah Sekolah Agama Di Johor Bahru yang dijadikan sampel.
Tatacara kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan soalselidik. Instrumen ini
mempunyai 73 item yang terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut, bahagian
A
merupakan demografi subjek, Bahagian B merupakan punca-punca yang boleh
membawa kepada stres terdiri dari beban tugas, peraturan sekolah, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar dan Bahagian C pula merupakan ujian tahap
stres.
Alat ukur ini telah digunapakai oleh ramai pengkaji sebelum ini dengan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach melebihi 0.7. Berikut adalah pengkaji-
pengkaji yang
telah menggunakan alatukur ini dengan kebolehpercyaan ( alpha ) yang didapati;
Jadual 1: Nilai Alpha alat ukur pengkaji lepas
Pengkaji IPT Sampel Alpha
Noriah (1994 ) UKM 180 0.9575
Kiwamuddin UTM 192 0.8110
Zulkifli UTM 189 0.780
A.Azahari( 1998 ) UTM 246 0.7734
A. Shakri UTM 189 0.8405
Sebelum instrumen diedarkan pengkaji telah mengadakan tinjauan dan temubual
untuk melihat dan memahami situasi sekolah yang menjadi kajian kes ini juga
untuk
menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu
dalam
soalselidik dan meninjau masalah sebelum kajian sebenar dijalankan.
Kajian rintis telah dilakukan dengan mengedar soalselidik kepada 13 responden
yang bukan guru-guru sekolah terbabit kerana semua sampel disekolah itu nanti
akan
digunakan untuk kajian sebenar. Didapati instrumen ini mempunyai nilai alpha
( cronbach ) melebihi 0.6 di mana bolehlah dianggap instrumen ini mempunya
nilai
kebolehpercayaan yang tinggi . Jika dirujuk kepada analisis pengkaji-pengkaji
lepas
tidak dinafikan bahawa instrumen ini boleh diterimapakai dan kebolehpercayaan(
realibiliti ) yang tinggi . Sila rujuk jadual 1 dan 2
Muka surat 4/12
Jadual 2: Nilai Alpha alat ukur pengkaji
Item Nilai Alpha
Punca Stres 0.7881
Stres 0.8270
Tatacara Analisisis Data
Program Statistical package of Social Science ( SPSS ) for Window 10.0
digunakan untuk tujuan penganalisaan. Bagi analisa deskriptif:
• taburan Frekuensi Demografi Responden dan persilangannya
( crosstabulation )
dengan tahap stres.
• Taburan Frekuensi setiap item min ( Mean ) dan Sisihan piawai ( SP )
• taburan frekuensi tahap stres dan punca Stres
Bagi analisa Infrensi:
• Mencari pekali pearson ( r ) untuk melihat perhubungan antara tahap stres dan
punca stres.
Jadual 3: Skor Indeks Punca Stres
Komponen IPK Bil. Item Min Skor Penengah
Mak Min
a. Beban tugas
b. Peraturan sekolah
c. Hubungan Interpersonal
d. Masalah pelajar
13
11
15
8
5
5
5
5
1
1
1
1
3.0
3.0
3.0
3.0
Jadual 4: Taburan Soalan dalam instrumen kajian
PEMBOLEHUBAH NO. ITEM
A. DEMOGRAFI
A1 Umur
A2 Jantina
A3 Status
A4 Bilangan Anak
A5 Kelayakan Akademik
A6 Pengalaman mengajar
A7 Tugas-tugas Khas
1
2
3
4
5
6
7
Jumlah 7
Muka surat 5/12
B. PUNCA STRES Positif Negatif
B1 - B11 (Peraturan sekolah)
B12 - B24 (Beban tugas)
B25 - B39 (H. interpersonal)
B40 - B47 (M.Pelajar)
1,6,7,9
14,16,18,20, 23, 25
26,28,29,31,32, 34 ,36,39
40,42,45,47
2,3,4,5,8,10,11
12,13,15,17, 19,
21,22,24
27,30,33,35,37,38
41,43, 44,46
Jumlah 47
C. TAHAP STRES
C1 - C19 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19
Jumlah 19
Jumlah Keseluruhan 73
3.0 DAPATAN KAJIAN
Taburan Frekuensi Punca dan Tahap Stres Mengikut Item
Item yang memberi punca stres yang lebih dengan nilai min tiga terendah.
No Item Min
B45 Kelas bising tidak mengganggu pengajaran anda. 2.143
B22 Anda mempunyai cukup masa untuk memeriksa buku
pelajaran murid
2.286
B21 Anda mempunyai cukup masa berehat di antara
waktu mengajar
2.686
Item yang memberi tahap stres yang lebih dengan nilai min dua tertinggi.
No Item Min
C04 Adakah anda cepat marah? 1.914
C14 Pernahkah anda berfikir untuk meletak jawatan dan
memulakan hidup baru dalam suasana berbeza?
1.771
Muka surat 6/12
Faktor-faktor Punca Stres
Secara keseluruhannya faktor beban tugas menjadi punca primer kepada stres
guru-guru
sekolah ini dengan nilai min yang terendah dan diikuti dengan faktor peraturan
sekolah
:
1) Peraturan Sekolah Min = 3.24
2) Beban Tugas Min = 3.2
3) Hubungan Interpersonal Min = 3.68
4) Masalah Pelajar Min = 3.38
Hubungan Antara Tahap Stres dan Punca Stres
Analisa ini adalah untuk melihat samada terdapat perhubungan yang signifikan
antara faktor-faktor punca stres dengan tahap stres responden. Perhubungan ini
dapat
dilihat dari jadual di bawah:
Jadual menunjukkan hubungan korelasi antara pembolehubah punca stres
dengan tahap stres responden. Alias Baba ( 1992 ) meletakkan anggaran
kekuatan
perhubungan antara dua pembolehubah dengan nilai pekali pearson ( r ) 0.00 -
0.20
sebagai lemah dan boleh diabaikan, 0.21 - 0.40 dianggap hubungan yang
rendah, 0.41 -
0.60 sebagai hubungan yang sederhana, 0.61 - 0.80 sebagai hubungan yang
tinggi dan
0.81 - 1.00 sebagai hubungan yang sangat tinggi.
Jadual 5: Analisis Hubungan Korelasi skor Punca Stres (Peraturan sekolah,
Beban tugas, Hubungan Interpersonal dan Masalah Pelajar) dengan
skor stres
Pembolehubah Punca stres Tahap stres (Nilai Korelasi (r)
Peraturan sekolah 0.285
p = 0.097
Beban tugas
0.175
p = 0.192
Hubungan interpersonal
0.238
p = 0.168
Masalah pelajar
-0.157
p = 0.367
** Signifikan pada aras p ≤ 0.05 (2- tailed)
Muka surat 7/12
Hasil dapatan adalah seperti berikut:
1) Hubungan di antara peraturan sekolah dengan stres.
Hipotesis H0 1 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara peraturan sekolah dengan
stres
di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah
peraturan
sekolah dan stress adalah lemah iaitu r= 0.285 pada nilai signifikan 0.097 (2
tailed). Ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peraturan
sekolah
dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.
2) Hubungan di antara beban tugas dengan stres.
Hipotesis H0 2 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor punca stres beban
tugas
dengan tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah beban
tugas
dan tahap stress adalah sangat lemah iaitu 0.175 pada nilai signifikan p = 0.314
(2
tailed). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
beban
tugas dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.
3) Hubungan di antara hubungan interpersonal dengan stres.
Hipotesis H0 3:
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara hubungan interpersonal
dengan
stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah
hubungan
interpersonal dan stress adalah lemah iaitu r = 0.238 pada nilai signifikan 0.168
(2
tailed). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
hubungan
interpersonal dengan stres. Dengan ini hipotesis nol ditolak.
4) Hubungan di antara punca stres masalah pelajar dengan tahap stres.
Hipotesis H0 4 :
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor masalah pelajar dengan
tahap stres di kalangan guru-guru sekolah ini.
Dari jadual 5 diatas di dapati pekali korelasi Pearson bagi pembolehubah
masalah
pelajar dan stress adalah tersangat lemah iaitu r= -0.157, dengan nilai signifikan
p=0.367. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara
masalah pelajar dengan stres. Dengan ini hipotesis nol gagal ditolak.
Muka surat 8/12
Terdapat hubunngan yang signifikan antara peraturan sekolah dan hubungan
interpersonal dengan tahap stres dikalangan guru-guru sekolah ini. Pada
keseluruhannya
tahap stres guru-guru sekolah ini adalah rendah. Perihalan antara faktor
demografi
dengan tahap stres tidak menunjukkan perbezaan yang ketara kerana peratusan
responden yang mempunyai tahap stres yang sederhana terlalu kecil jika
dibandingkan
dengan responden yang mengalami tahap stres yang rendah. Secara
keseluruhannya
faktor primer yang merupakan punca stres di kalangan guru-guru sekolah ini
adalah
faktor beban tugas, manakala faktor sekunder adalah faktor peraturan sekolah.
Secara khususnya item yang kerap memberikan kesan stres kepada guru-guru
adalah kelas bising kerap mengganggu pengajaran guru, tidak mempunyai
cukup masa
untuk memeriksa buku pelajaran murid dan tidak mempunyai cukup masa
berehat di
antara waktu mengajar merupakan punca utama stres di kalangan guru sekolah
ini.
4. 0 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhan tahap stres
yang
dialami adalah rendah. Ini mungkin disebabkan faktor-faktor lain yang dapat
mengawal
keadaan stres yang tinggi di kalangan guru-guru. Dari segi faktor-faktor
demografi,
kajian memperlihatkan dua responden lelaki yang bujang dan berumur bawah 25
tahun
mengalami tahap stress yang sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan
faktor
punca beban tugas yang menjadi punca utama stres memberikan kesan stres
yang
sederhana kepada guru-guru sekolah tempat kajian. Dapatan kajian turut
menunjukkan,
faktor peraturan sekolah juga sebagai faktor skunder yang memberikan kesan
stres yang
sederhana kepada guru-guru
Kemungkinan pihak yang terbabit boleh berpuashati dengan keadaan guru-guru
yang kebanyakannya mempunyai kelebihan dalam pengawalan diri dalam
menangani
stres dan berwawasan. Namun demikian, pihak yang terbabit tidak boleh
memandang
ringan kebajikan guru dan kemungkinan punca stres supaya keadaan yang sedia
ada
kekal dan bertambah baik. Pihak pentadbir perlu menambahkan tenaga pengajar
dan
turut memberi insentif sebagai motivasi kepada guru dalam menjalankan tugas
yang
berlebihan. Pihak pentadbiran perlu mengambil inisiatif memanjangkan dapatan
kajian
untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja guru-guru dengan
memberikan
latihan-latihan khusus seperti pengurusan masa, latihan assertif, pengurusan
stres dan
kursus-kursus motivasi.
Implikasi dari dapatan kajian ini memperlihatkan hubungan interpersonal yang
baik antara guru-guru dengan pihak pentadbiran dan guru-guru dengan pelajar
telah
menyumbang kepada tahap stres yang rendah di kalangan guru-guru. Implikasi
dari
kajian juga dapat digunapakai oleh pihak Kementerian Pendidikan yang terbabit
dalam
menentukan polisi dan arah pendidikan negara. Pihak kementerian dapat
mengambil
nilai-nilai pengurusan yang baik dari sekolah persendirian yang cemerlang dari
segi
sahsiah dan akademik pelajar untuk diaplikasikan kepada sekolah-sekolah
bantuan
penuh kerajaan.
Muka surat 9/12
Hasil dari kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru untuk menilai dan
melihat dalam diri mereka sendiri, apa tujuan dan matlamat hidup mereka, apa
yang mereka telah lakukan sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar yang
memerlukan tunjuk ajar dan kasih sayang dari mereka.
5.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya tahap stres yang dialami oleh guru-guru sekolah ini adalah
pada tahap yang rendah. Punca stres yang dikenalpasti sebagai punca yang
primer
adalah beban tugas, ikuti oleh peraturan sekolah. Masalah pelajar memberikan
punca
yang sedikit manakala hubungan interpersonal memberikan stres yang terendah
di
kalangan guru-guru sekolah ini. Masalah kelas bising, kurang masa memeriksa
buku
pelajar dan kurang masa rehat antara watu mengajar merupakan item punca
stres yang
memberikan tekanan kepada kebanyakan responden.
Dari segi perhubungan pula di dapati terdapat hubungan yang lemah dan
signifikan oleh faktor peraturan sekolah dan faktor hubungan interpersonal
dengan
tahap stres guru sementara faktor beban tugas , masalah pelajar tidak terdapat
hubungan yang signifikan.
BIBLIOGRAFI
Ahmad Mahdzan Ayob (1991). "Kaedah Penelidikan Sosioekonomi. Satu
Pengenalan". 3th. ed. Hulu Klang Selangor: Dewan Bahasa & Pustaka.
Ahmad Shakri (1998). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Di negeri Perlis". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Azhari Sarr (1998). ""Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan
Guru-guru
Sekolah Menengah Di Johor Bahru". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Alias Baba (1992). "Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial".
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anisah Hashim (1999). "Hubungan Antara Tekanan Kerja dan Tekanan
Rumahtangga
Dengan Komitmen Terhadap Kerjaya Di Kalangan Pensyarah Wanita Di
Maktab Perguruan Kuala Terengganu". ". Kertas Projek Ijazah Sarjana
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Anuar Mohd. Som (2000). "Tahap dan Punca Stres di Kalangan Guru-guru
Elektirik
Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. ". Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.
Barry A.Farber (1991). "Crisis In Education, Stress and Burnout In The American
Teachers". San Francisco, Oxford, Jossey: Bass Publishers.
Muka surat 10/12
Borg, M.G. & Falzon, J.M. (1988). "Sources of Teachers' Stress in Maltese
Primary's School", Research In Education.46; 44 - 49.
Cates, W.M. (1985). "A Practical Guide to Education Research". 1st Ed.
Englewood
Cliffs, N.Y: Prentice - Hall.
Cormier, L.S. & Hacney, H. (1993). "The Professional Counselor". 2nd. Ed.
Boston,
London, Toronto, Sydney, Tokyo, and Singapore: Allyn and Bacon.
D.M. Pestonjee (1988). "Second Handbook of Psychological and Social
Instruments".
New Delhi: Concept Publishing Company.
Epstein,J.L.(1990).”Scholl and Family Connections: Theory, Research and
Implications for Intergrating Sociologies of Education and Family” in Marriage
and Family Review, Vol. 21 Issues 1-2, p 99-126.
Esah Munji (1991)." Ke arah Kesejahteraan Mental: Pengurusan Stress- Satu
Panduan
Untuk pelajar Di IPT". Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Fauziah Salam (2000)." Stres Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama
Johor
Bahru" Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling):
Universiti Teknologi Malaysia.
Grant, D.(1989)." Learning Relations" London: p 133.
Habibah Elias, Noran Fauziah (1997)."Psikologi Personaliti". Kuala Lumpur:
Dewan
Bahasa & Pustaka.
Hamidah Othman (1996). "Correlates of Stress Among Secondary
SchoolTeachers in
Penang". Kertas Projek Master: Universiti Utara Malaysia
J. Supranto (1986). "Kaedah Penyelidikan, Penggunaannya Dalam Pemasaran".
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jerrold S. Greenberg (1996). " Your Personal Stress Profile And Activity
Workbook".
United State of America: Times Mirror Higher Education Group.
Joyce M.Hawkins (1994). " Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Inggeris - Melayu,
Melayu - Inggeris". Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamus Dewan.Kuala Lumpur.DBP (1999).
Kiwamuddin Othman (1996). "Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan
Pelajar
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta pendidikan. Satu Kajian Kes". Kertas
Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan: Universiti Teknologi
Malaysia.
Kyriacou, C dan Sutcliffe, J. (1979). "The Stress And Satisfaction". Education
top related