i hubungan kategori masalah dengan demografi di … · 4.5.1.6 lima masalah utama dalam sub skala...
Post on 21-Aug-2019
218 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
HUBUNGAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI ANTARA
PELAJAR TAHUN SATU SESI 2008/2009 YANG TINGGAL DI KOLEJ TUN
HUSSEIN ONN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR.
WELFERD BIN BAKAIT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
‘Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.’
Tandatangan : ..........................................
Nama Penulis : WELFERD BIN BAKAIT
Tarikh : ..........................................
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ayah dan ibuku yang tercinta,
Bakait Bin Garog
Sinuah Bt. Tinggayan
Abang,Kakak dan Adik,
Wilson Mosinggah
Mentin Mosinggah
Salbiah Eva Alvana Bakait
Stanley Bin Bakait
Eddy Yahzara Bakait
Khas untuk,
Julie Eleanor Sue Paunsin
Serta Rakan Seperjuangan,
4 SPH SESI 2008/2009
Terima kasih diatas segala sokongan, bantuan, dorongan dan pengorbanan yang telah
kamu berikan kepada saya secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga Tuhan
akan membalasnya dengan sebaik-baik…..
Terima Kasih!
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek
Sarjana Muda saya iaitu, Prof. Madya Syed Mohammed Syafeq Bin Syed Mansor
Alhabshi atas bimbingan dan dorongan sepanjang penyeliaan projek ini.
Saya juga mengucapkan sekalung penghargaan atas kerjasama daripada pihak
pengurusan Kolej Tun Hussein Onn dan pelajar-pelajar yang tinggal di Kolej Tun
Hussein Onn yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam
memberi kerjasama untuk menjayakan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang
banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini secara langsung atau tidak
langsung dan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan,
dorongan dan doa restu kepada saya. Terima Kasih.
Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat dalam membantu saya untuk menyiapkan kajian ini dengan
jayanya.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kategori-kategori masalah yang
dihadapi oleh pelajar tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein
Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Baharu. Kajian ini juga bertujuan
untuk mengenalpasti masalah yang menganggu dari segi demografi (jantina, fakulti,
bangsa dan kelayakan masuk universiti). Seramai 210 orang pelajar yang terdiri
daripada 99 orang pelajar lelaki dan 111 orang pelajar perempuan yang diperolehi
secara rawak berlapis. Instrumen kajian yang digunakan ialah ‘Senarai Semak
Masalah Pelajar’ (SSMP) yang dibangunkan oleh Syed Shafeq 2008. Data yang
diperolehi diproses menggunakan ‘Statistical Packages for the Social Scince’ (SPSS
11.5 Window). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga masalah yang paling
mengganggu iaitu sub skala pelajaran dan kerjaya masa depan (58.66%), masalah
kegiatan sosial dan rekreasi (55.90%) dan masalah moral dan agama (49.08%).
Kategori masalah yang kurang menganggu pula adalah berkaitan rumahtangga dan
kekeluargaan (39.41%), perhubungan psikologi sosial (37.00%) dan masalah
kesihatan dan pertumbuhan jasmani (26.90%). Dari segi demografi mengikut jantina,
tidak terdapat perbezaan masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu masalah
penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan peratus masing-masing, lelaki (52.76%)
dan perempuan (63.92%). Dari segi demografi mengikut bangsa, terdapat perbezaan
masalah yang paling menganggu iaitu Melayu menghadapi masalah penyesuaian dan
kerjaya masa depan (57.03%), manakala Cina dan India pula adalah sama iaitu
masalah kegiatan sosial dan rekreasi dengan peratus masing-masing (58.23%) dan
(57.41%). Dari segi demografi mengikut fakulti juga terdapat perbezaan masalah
yang dihadapi oleh mahasiswa mengikut fakulti iaitu bagi FPPSM, menghadapi
masalah kegiatan sosial dan rekreasi (60.85%), mahasiswa FP menghadapi masalah
moral dan agama (51.42%), bagi mahasiswa FKA dan FSKSM pula menghadapi
vi
masalah yang sama iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya masa depan dengan
peratus masing-masing (57.57%) dan (68.98%). Dari segi demografi mengikut
kelayakan masuk universiti pula terdapat perbezaan iaitu bagi lepasan Diploma dan
Matrikulasi menghadapi masalah yang sama iaitu masalah penyesuaian dan kerjaya
masa depan dengan peratus masing-masing (57.03%) dan (63.04%), dan lepasan
STPM pula menghadapi masalah kegiatan sosial dan rekreasi (59.35%). Beberapa
cadangan bagi mengatasi masalah dikemukakan di dalam kajian ini.
vii
ABSTRACT
This study is carried out to identify problem categories faced by first year student for
2008/2009 session that stay in Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor Baharu. The purpose of this study also is to identify the
problem faced by students in demographic aspect (sex, faculty, race and qualification
for entering university). As many as 210 students which comprises of 99 male
student and 111 female student achieved at random layered. Instrument used in this
study was ‘Senarai Semak Masalah Pelajar’ (SSMP) developed by Syed Shafeq
2008. Data achieved was processed use 'Statistical Packages for the Social Science'
(SPSS 11.5 Window). Result of this study showed that there is three problems most
intrude namely future education and career sub scale (58.66%), social activity and
recreation problem (55.90%), and moral and religion problem (49.08%). Problem
category just break in on at a little is related household and family (39.41%), social
psychology relationship (37.00%), and health problem and physical growth
(26.90%). From demographic aspect according to gender, there were no problem
difference faced by student namely adaptation and future career problem, with
percent respectively, men (52.76%) and woman (63.92%). From demographic aspect
according to race, there were problem difference most break in on which Malay face
adaptation and future career problem (57.03%), while Chinese and India face same
problem which are social activity and recreation problem with percent respectively
(58.23%) and (57.41%). From demographic aspect follow by faculty also found there
were problem difference faced by student that is for FPPSM, facing social activity
and recreation problem (60.85%), FP student facing moral and religion problem
(51.42%), meanwhile for FKA and FSKSM they face same problem namely
adaptation problem and future career with percent respectively (57.57%) and
(68.98%). From demographic aspect follow by qualification to entering university
viii
also had been differences. For Diploma and Matriculation graduate, they faces same
problem namely adaptation and future career problem with percent respectively
(57.03%) and (63.04%). This different with STPM graduate that they face social
activity and recreation problem (59.35%). Some suggestions to overcome the
problem addressed in this study.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS
TESIS i
PENGESAHAN PEMBIMBING ii
HALAMAN JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT ix
KANDUNGAN xi
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Kepentingan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Persoalan Kajian 5
1.7 Definisi Istilah 6
1.7.1 Pelajar 6
x
1.7.2 Masalah 6
1.7.3 Demografi 7
1.7.4 Kolej 7
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 8
2.1 Kajian-Kajian di Dalam dan Luar Negara 8
2.1.1 Kajian Dalam Negara 9
2.1.2 Kajian Luar Negara 11
2.2 Perbandingan Keputusan Kajian Yang
Dijalankan Oleh Tujuh Orang Pengkaji Lepas
Tentang 11 Kategori Masalah Dalam Nilai
Peratus (%). 12
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk Kajian 27
3.3 Tempat kajian 29
3.4 Subjek Kajian 29
3.5 Instrumen Kajian 29
3.5.1 Alat Ukur Bahagian A (Biodata) 30
3.5.2 Alat Ukur Bahagian B
(Kategori Masalah) 30
3.5.3 Kesahan Alat Kajian SSMP 30
3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian 31
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Pengelolaan Kajian 32
3.7.1 Pemprosesan Data 32
3.7.2 Kaedah Analisis Data 32
xi
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 35
4.3 Analisis Diskriptif Latar Belakang
Responden 35
4.4 Analisis Diskriptif Kategori Masalah 38
4.5 Analisis Diskriptif Kategori Masalah
Dari Sudut Demografi 50
4.6 Kesimpulan 73
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 76
5.2.1 Perbincangan Dapatan Kajian
Secara Umum 76
5.2.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Dari Segi Demografi 77
5.3 Rumusan 78
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Mahasiswa-Mahasiswa 79
5.4.2 Pihak Kolej 80
5.4.3 Pihak Universiti 80
5.4.4 Ibu Bapa 80
5.5 Kesimpulan 81
BAB VI BIBILOGRAFI 82
BAB VII LAMPIRAN
Lampiran A 85
Lampiran B 88
Lampiran C 102
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item soalan bagi persoalan kajian 28
3.4 Nilai ’Alpha’ Bagi Kategori Masalah 31
4.2.1 Nilai ‘Alpha’ Bagi Kategori Masalah Kajian Ini. 35
4.3.1 Taburan Bilangan Peratusan Responden Mengikut
Jantina 36
4.3.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa 36
4.3.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Fakulti 37
4.3.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Kelayakan Akademik Masuk Universiti 37
4.4.1 Kesimpulan Taburan Respon Pelajar-pelajar
Terhadap Item-item Dalam Kategoi Masalah
Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 38
4.4.2 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap
Item-item Dalam Sub Skala Masalah Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani. 39
4.4.3 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kewangan, Kaedah
Kehidupan dan Pekerjaan. 40
4.4.4 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan
Hiburan. 41
xiii
4.4.5 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Psikologi
Sosial. 42
4.4.6 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan
Psikologi (Emosi). 43
4.4.7: Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi,
Perkhawinan dan Seks. 44
4.4.8 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Rumahtangga dan Keluarga 45
4.4.9 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Moral dan Agama. 46
4.4.10 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik. 47
4.4.11 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Pelajaran dan Kerjaya
Masa Depan. 48
4.4.12 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran. 49
4.5.1.1 Kesimpulan Taburan lima Sub Skala Kategori
Masalah Utama Mengikut Jantina 50
4.5.1.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan
Sosial dan Rekreasi Mengikut Jantina. 51
4.5.1.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Masalah
Moral dan Agama Mengikut Jantina 52
4.5.1.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala
Penyesuaian Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah
Mengikut Jantina 53
4.5.1.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala
Penyesuaia Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut
Jantina 54
xiv
4.5.1.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum
Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Jantina 55
4.5.2.1 Kesimpulan Taburan Lima Masalah Utama Dalam
Sub Skala Mengikut Bangsa. 56
4.5.2.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Masalah
Kegiatan Sosial Dan Rekreasi Mengikut Bangsa 57
4.5.2.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Masalah
Moral Dan Agama Mengikut Bangsa. 58
4.5.2.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala
Penyesuaian Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah
Mengikut Bangsa. 59
4.5.2.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala
Penyesuaian Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut
Bangsa. 60
4.5.2.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum
Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Bangsa/Kaum. 61
4.5.3.1 Kesimpulan Taburan Lima Masalah Utama Dalam
Sub Skala Mengikut Fakulti. 62
4.5.3.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan
Sosial dan Rekreasi Mengikut Fakulti. 63
4.5.3.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral Dan
Agama Mengikut Fakulti. 64
4.5.3.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala
Penyesuaian Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah
Mengikut Fakulti. 65
4.5.3.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian
Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Fakulti. 66
4.5.3.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum
Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Fakulti. 67
4.5.4.1 Kesimpulan Taburan Lima Masalah Utama Dalam
Sub Skala Mengikut Mengikut Kelayakan Akademik
Masuk Universiti. 68
4.5.4.2 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kegiatan
Sosial Dan Rekreasi Mengikut Kelayakan Akademik
xv
Masuk Universiti. 69
4.5.4.3 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Moral Dan
Agama Kelayakan Akademik Masuk Universiti. 70
4.5.4.4 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian
Terhadap Kerja Dalam Bilik Kuliah Mengikut
Kelayakan Akademik Masuk Universiti. 71
4.5.4.5 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Penyesuaian
Dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Kelayakan
Akademik Masuk Universiti. 72
4.5.4.6 Lima Masalah Utama Dalam Sub Skala Kurikulum
Dan Kaedah Pengajaran Mengikut Kelayakan
Akademik Masuk Universiti. 73
xvi
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
Simbol
% - Peratus
& - dan
Singkatan
Bil - Bilangan
FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam
FP - Fakulti Pendidikan
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
FPPSM - Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
FSKSM - Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
JERIS - Jasmani Emosi Rohani Inteliktual dan Sosial
KTHO - Kolej Tun Hussein Onn
MPCL - Mooney Problem Check List
N,n - Jumlah Bilangan
P,p - Nilai “Alpha”
SPSS - Statistical Packages for Social Science
SSMP - Senarai Semak Masalah Pelajar
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
T - Tidak
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
Y - Ya
xvii
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual Penentuan Saiz Sampel
Berdasarkan Populasi Krejcie, R.V. dan
Morgan, D.W. (1970) dan Nilai
Kebolehpercayaan Kajian
(Nilai Alpha) Menggunakan SPSS 11.5 85
B Jadual 2.3 hingga 2.13 88
C Contoh Soal Selidik 100
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Saban hari, Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) semakin dikenali di
serata dunia dengan pelbagai ciptaan berkonsepkan teknologi serta kajian dalam
bidang sains. Ciptaan yang berkonsepkan sains dan teknologi ini telah memberikan
UTM pengiktirafan bertaraf antarabangsa pada 14 Mei 1972. Seiring dengan visi
universiti untuk menjadikan institusi pengajian ini sebagai pusat akademik yang
bertaraf dunia dan mencapai kecemerlangan teknologi melalui kreativiti.
Sehubungan dengan itu, pihak universiti juga amat menitik beratkan
penghasilan produk-produk yang berkualiti. Produk yang dimaksudkan di sini
adalah melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berkualiti dan seiring dengan falsafah
pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
inteliktual dan sosial atau lebih dikenali sebagai JERIS. Pihak universiti telah
mensasarkan setiap mahasiswa yang dilahirkan merupakan generasi yang
mempunyai sahsiah yang cemerlang, kompetatif dan juga kreatif.
Oleh itu, kajian secara analisis amat penting dijalankan bagi melihat
sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh mahasiswa. Justeru itu, sasaran oleh
pihak universiti untuk menghasilkan graduan yang berketrampilan dan memenuhi
keperluan aspirasi negara akan dapat dicapai kelak.
2
Pihak kerajaan kini telah menekankan supaya pembangunan modal insan
seharusnya selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kenyataan ini dipetik
dari laman web http://studentpower.blogdrive.com/comments?id=8 (April 28, 2006).
Manakala memetik kata-kata perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
kerajaan sentiasa memberi keutamaan untuk menambah nilai modal insan di
kalangan generasi muda bagi memastikan negara mempunyai tenaga yang terbaik
untuk masa depan yang cemerlang (BERNAMA, Julai 16, 2005). Maka, jelaslah di
sini bahawa penghasilan graduan yang cemerlang amat penting bagi memenuhi
keperluan negara. Oleh itu, beberapa langkah harus diambil untuk mengenal pasti
masalah yang mengekang pihak universiti dalam membentuk sekumpulan graduan
yang berkualiti seterusnya dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam era yang semakin mencabar ini, kehidupan moden yang dilalui oleh
masyarakat sedikit sebanyak telah mempengaruhi keperibadian serta moral
masyarakat secara tidak langsung. Perlakuan yang mendorong ke arah gejala-gejala
negatif semakin menular di kalangan masyarakat seperti berlakunya kes jenayah
rogol, cetak rompak, bohjan, bohsia, gigolo, buli, vandalisme, lumba haram, ragut,
terlibat dengan dadah dan bunuh hampir setiap hari kita dengar tidak mengira
pangkat, keturunan dan tahap pendidikan termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Walaupun pelajar IPT ini dikatakan tergolong dalam golongan cendekiawan
namun mereka juga tidak dapat lari daripada masalah yang membawa kepada
kehancuran seperti yang kita lihat dan dengar dari pelbagai sumber.
Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia, Selasa, 15 Febuari 2000 yang
bertajuk “Budaya Couple semakin serius di IPT”, seorang pemimpin mahasiswa,
Rosmaria Abdul Sahat, mendakwa bahawa budaya yang semakin menular itu antara
punca meningkatnya kes rogol yang dilakukan oleh teman lelaki sendiri. Keratan
3
akhbar ini pula menunjukkan terdapat masalah yang berkaitan dengan pergaulan
muda-mudi dan seks dikalangan mahasiswa.
Dalam keratan akhbar “The Star”, Isnin, 3 March 2008 yang bertajuk “Seks
bebas dan pembuangan bayi pelajar IPT”, dalam keratan akhbar tersebut mengatakan
bahawa kemelut buang bayi dan pergaulan seks bebas semakin serius melibatkan
golongan melayu khasnya pelajar IPT amat membimbangkan akibat pergaulan bebas
serta 'culture shock’.
Keratan akhbar Berita Harian, Isnin, 9 Julai 2008 yang bertajuk “Isu Pelajar
IPT Jual Maruah” pula menyatakan bahawa semakin ramai pelajar IPT menjual
kehormatan diri sebagai pelacur kelas atasan untuk mengejar kemewahan. Baru-baru
ini kes yang hampir sama juga telah terpampang semula di dada akhbar Utusan
Malaysia, Jumaat, 19 September 2008 yang bertajuk “Perlakuan sumbang siswa”
yang mengatakan bahawa terdapat mahasiswa yang tergamak melangkah ke realiti
’gigolo’ adalah kerana ingin mendapatkan duit untuk menampung kos pembelajaran
dan ingin hidup mewah. Menurut presiden Eksekutif Universiti Kuala Lumpur
(UniKL), Prof. Datuk Dr. Abdul Hakim, ’walaupun mereka tergolong di dalam
kumpulan inteliktual, namun imej yang dibawa bersama adalah sangat tidak
bermoral’.
Keadaan sedemikian sudah pasti akan memberi kesan negatif terhadap
pencapaian akademik pelajar sekiranya perlakuan tidak bermoral ini tidak dipantau
dan di ambil tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, mahasiswa tahun satu sesi
2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn telah dipilih sebagai sample
kajian untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi untuk tindakan
selanjutnya.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kategori masalah yang dihadapi
oleh mahasiswa tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn.
1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini sangat penting bagi mengenalpasti masalah-masalah yang boleh
menganggu mahasiswa tahun satu sesi 2008/2009 di Kolej Tun Hussein Onn serta
kaitannya dengan demografi (Jantina, Bangsa, Fakulti dan Kelayakan Masuk ke
Universiti) mahasiswa sewaktu mengikuti pengajian di Universiti Teknologi
Malaysia.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca masalah berdasarkan
beberapa kategori yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswa tahun satu sesi
2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn. Hasil kajian ini boleh dijadikan
sebagi satu panduan bagi pihak kolej, fakulti, Universiti, pengkaji lain, masyarakat,
badan bukan kerajaan dan ibu bapa dalam usaha membantu mahasiswa
menyelesaikan masalah yang dihadapi agar mereka dapat meningkatkan prestasi
akademik serta membina keterampilan yang lebih baik bagi memenuhi sasaran
Universiti bagi melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan
sekaligus menaikkan imej universiti di mata masyarakat dan juga di mata dunia
secara amnya.
5
1.5 Objektif Kajian
Secara keseluruhannya, objektif kajian ini adalah untuk meninjau kategori
masalah di kalangan mahasiswa tahun satu sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun
Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Objektif kajin ini
secara amnya pula adalah bertujuan untuk:
1.5.1 Mengenalpasti kategori masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tahun satu
sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn.
1.5.2 Mengenalpasti kategori masalah dengan demografi ( Jantina, Bangsa, Fakulti
dan Kelayakan Masuk ke Universiti)
1.6 Persoalan Kajian
1.6.1 Apakah kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh mahasiswa tahun satu
sesi 2008/2009 yang tinggal di Kolej Tun Hussein Onn?
1.6.2 Adakah kategori masalah dengan demografi ( Jantina, Bangsa, Fakulti dan
Kelayakan Masuk ke Universiti) signifikan atau saling berkait?
top related