i pelaksanaan pembelajaran melalui curriculum … · e-pembelajaran cidos di politeknik. empat...
Post on 01-Sep-2019
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MELALUI CURRICULUM INFORMATION
DOCUMENT ONLINE SYSTEM (CIDOS) DALAM MEMPERKASAKAN
PENGAJARAN PENSYARAH DI POLITEKNIK
NORFADZILAH BINTI MAKZIN
Laporan Projek Sarjana ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2016
iii
DEDIKASI
Teristimewa buatmu....
Untuk ayah dan ibu tersayang,
Makzin Bin Marof & Yang Chik Binti Dolah
Pengorbanan kalian mendidik dan membesarkanku
Akan ku kenang sepanjang hayatku.
Kepada suami tersayang,
Terima kasih diatas kesabaran, sokongan dan
semangat yang diberikan tanpa jemu kepadaku.
Jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana
Prof. Madya. Dr. Ahmad Rizal Bin Madar
Segala tunjuk ajar dan nasihat tidak pernah dilupakan
Tidak ketinggalan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak membantu
Semoga persahabatan kita kekal untuk selamanya
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi pujian dan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan
keizinan dan rahmat dariNya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana ini dengan
jayanya. Sesungguhnya kepercayaan di atas kekuasaan dan bantuan-Nya lah yang
menjadi sumber kekuatan kepada diri saya ini dalam menghadapi pelbagai cabaran
dan dugaan yang melanda semasa kerja-kerja menyiapkan Projek Sarjana ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada
penyelia saya untuk projek sarjana saya iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Bin
Madar, di atas kesabaran beliau memberi tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan
kepada saya sepanjang berada di bawah penyeliaan beliau. Tanpa bimbingan ikhlas
dari beliau, projek sarjana ini mungkin tidak akan berhasil.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah-
pensyarah, keluarga tersayang, dan rakan-rakan serta semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan projek ini.
Semoga Allah memberi rahmat dan hidayah serta balasan yang baik kepada kalian.
Sekian, Terima Kasih.
Norfadzilah Binti Makzin
Jun 2016
ABSTRAK
Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan
Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET), perubahan dari segi kaedah
e-pembelajaran berasaskan CIDOS diperkenalkan dalam kalangan pensyarah. Kajian
ini bertujuan mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep
e-pembelajaran CIDOS di politeknik. Empat aspek utama yang dinilai dalam kajian
iaitu aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah
dalam mengamalkan pembelajaran CIDOS. Kajian ini dilakukan ke atas pensyarah
politeknik di Jabatan Kejuruteraan. Empat buah politeknik terlibat dalam kajian ini
iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Melaka, Politeknik Port Dickson
dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Seramai 363 sampel terlibat dalam
penyelidikan ini melalui pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian.
Data yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science. Hasil kajian menunjukkan tahap
persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap
sederhana dengan purata keseluruhan nilai skor min 3.50 (SD = 0.38). Dapatan
kajian juga mendapati tahap kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dengan
konsep e-pembelajaran CIDOS berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min
3.45 (SD = 0.52). Manakala bagi menguji kekuatan hubungan antara persepsi dengan
kecenderungan pensyarah analisis Korelasi Pearson telah digunakan. Hasil kajian
menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kuat terhadap tahap persepsi
dengan kecenderungan pensyarah dalam menggunakan CIDOS dengan nilai korelasi
sebanyak 0.730. Kesimpulannya, pensyarah perlu mempersiapkan diri bukan sahaja
dengan persepsi yang baik, tetapi kecenderungan dan minat dalam melaksanakan
pembelajaran CIDOS seterusnya dapat memperkasakan pengajaran pensyarah dalam
bidang pendidikan yang kini makin mencabar.
Kata kunci: Persepsi, kecenderungan Pensyarah, E-Pembelajaran CIDOS.
ABSTRACT
In accordance with the demands of the Polytechnic Transformation leading TVET
education, changes in terms of e-learning methods based CIDOS introduced among
lecturers. In general, this study aims to identify the perception of lecturers on the
concept of e-learning in polytechnics CIDOS. Four major aspects considered in the
study of the aspects of readiness, usage, needs and challenges faced by lecturers in
teaching practice CIDOS. This study was done on a polytechnic lecturer at the
Department of Engineering. Four polytechnics involved in this study, namely
Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Kota Melaka, Politeknik Port Dickson and
Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. A total of 363 samples involved in this research
through the distribution of questionnaires as an instrument. Data obtained from the
questionnaires were analyzed using the Statistical Package for the Social Science.
The results showed that the level of lecturers perception of the concept of e-learning
CIDOS is moderate with an average overall score of 3.50 (SD = 0.38). The results
also showed the tendency of faculty to engage with e-learning concept CIDOS at a
moderate level with mean score 3.45 (SD = 0.52). The strength of the relationship
between the perception and tendency lecturer are been tested using Pearson
correlation analysis. The results showed that there were significant relationship to the
perception that strong tendency lecturer in using e-learning CIDOS correlation of
0.730. In conclusion, the lecturer must prepare not only the perception of good, but
the trend and interest in pursuing further education can empower CIDOS lecturers
teaching in the field of education, which is now more challenging.
Keywords: Perception, Tendency Lecturer, E-Learning CIDOS.
xii
SENARAI JADUAL
3.1 Jadual populasi dan sampel kajian 43
3.2 Pembahagian item soal selidik 44
3.3 Skala Likert 45
3.4 Kesahan item soal selidik 46
3.5 Interpretasi skor Alpha Cronbach 46
3.6 Keputusan nilai Alpha Cronbach 47
3.7 Kaedah analisis data 49
3.8 Pengkelasan nilai julat 50
3.9 Kekuatan nilai korelasi Pearson 50
4.1 Ujian normaliti berdasarkan nilai Skewness dan Kurtosis 54
4.2 Taburan responden mengikut politeknik 56
4.3 Taburan responden mengikut jabatan 57
4.4 Taburan responden mengikut jantina 57
4.5 Taburan responden mengikut umur 58
4.6 Taburan responden mengikut kelulusan tertinggi 59
4.7 Taburan responden mengikut pengalaman perkhidmatan 59
4.8 Analisis data bagi persepsi pensyarah politeknik terhadap
konsep e-pembelajaran CIDOS 61
4.9 Analisis data kesedaran pensyarah terhadap kepentingan
sistem 63
4.10 Analisis data pengetahuan awal pensyarah terhadap sistem
CIDOS 64
4.11 Analisis data persediaan pensyarah sebelum menggunakan
sistem 65
xiii
4.12 Tahap persepsi pensyarah dari aspek kesediaan dalam
melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS. 66
4.13 Perbezaan persepsi pensyarah dari aspek kesediaan terhadap
konsep e-pembelajaran CISOS mengikut politeknik 67
4.14 Analisis data kekerapan penggunaan pensyarah 68
4.15 Analisis data kecekapan penggunaan pensyarah 69
4.16 Tahap persepsi pensyarah dari aspek penggunaan 70
4.17 Perbezaan tahap persepsi pensyarah dari aspek penggunaan
dalam melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS
mengikut politeknik 71
4.18 Analisis data faktor sikap, minat dan keyakinan pensyarah 72
4.19 Analisis data faktor inovasi teknologi pensyarah 74
4.20 Tahap persepsi pensyarah dari aspek kemahuan 75
4.21 Perbezaan tahap persepsi pensyarah dari aspek kemahuan
dalam melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS
mengikut politeknik 75
4.22 Analisis data faktor masa dan jadual waktu 77
4.23 Analisis data infrastruktur 78
4.24 Analisis data kelancaran capaian sistem 79
4.25 Analisis data kemahiran menggunakan sistem 81
4.26 Tahap persepsi pensyarah dari aspek cabaran 82
4.27 Perbezaan tahap persepsi pensyarah dari aspek cabaran dalam
melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS mengikut
politeknik 83
4.28 Kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dengan
konsep e-pembelajaran CIDOS 84
4.29 Perbezaan tahap kecenderungan pensyarah dalam
melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS mengikut
politeknik 85
4.30 Data analisis kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan
e-pembelajaran CIDOS 86
4.31 Hubungan Korelasi Antara Aspek Kesediaan Dengan
Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui CIDOS 87
xiv
4.32 Hubungan Korelasi Antara Aspek Penggunaan Dengan
Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui CIDOS 88
4.33 Hubungan Korelasi Antara Aspek Kemahuan Dengan
Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui CIDOS 89
4.34 Hubungan Korelasi Antara Aspek Cabaran Dengan
Kecenderungan Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam
Pembelajaran Melalui CIDOS Secara Keseluruhan 90
xv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka konsep kajian 13
2.1 Model TAM 22
2.2 Antara muka utama CIDOS 26
2.3 Antara muka CIDOS yang mesra pengguna 27
2.4 Paparan aktiviti pembelajaran seperti perkongsian nota,
pra kuiz, tugasan amali dan penghantaran projek 27
3.1 Kerangka operasi kajian 41
4.1 Taburan data carta histogram 55
5.1 Kerangka Cadangan Pelaksanaan Pembelajaran Melalui
CIDOS di Politeknik 113
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Tujuan Kajian 9
viii
1.5 Objektif Kajian 9
1.6 Soalan Kajian 10
1.7 Hipotesis Kajian 10
1.8 Kepentingan Kajian 11
1.9 Batasan Kajian 12
1.10 Skop Kajian 12
1.11 Kerangka Konsep 12
1.12 Definisi Istilah dan Operasi 15
1.12.1 E-Pembelajaran 15
1.12.2 Curriculum Information Document
Online System (CIDOS) 16
1.12.3 Persepsi 16
1.12.4 Elemen Kesediaan 17
1.12.5 Elemen Penggunaan 17
1.12.6 Elemen Kemahuan 17
1.12.7 Elemen Cabaran 18
1.12.8 Elemen Kecenderungan 18
1.13 Rumusan 19
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 20
2.2 Model Kajian 21
2.3 Pengenalan Sistem CIDOS 24
2.4 E-Pembelajaran CIDOS 28
2.5 Persepsi Pensyarah 29
2.6 Aspek Kesediaan 30
2.7 Aspek Penggunaan 32
2.8 Aspek Kemahuan 33
ix
2.9 Aspek Cabaran 34
2.10 Kajian Lepas 36
2.11 Rumusan 37
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Kerangka Operasi 40
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42
3.5 Lokasi kajian 43
3.6 Instrumen Kajian 44
3.7 Kesahan Instrumen 45
3.8 Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 46
3.8.1 Kajian Rintis 47
3.9 Prosedur Pengumpulan Data 48
3.10 Kaedah Analisis Data 49
3.11 Rumusan 51
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisis Soal Selidik 53
4.3 Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 53
4.4 Analisis Taburan 54
4.5 Analisis Demografi 55
4.5.1 Politeknik 56
4.5.2 Jabatan 56
4.5.3 Jantina 57
4.5.4 Umur 58
4.5.5 Kelulusan Tertinggi 58
x
4.5.6 Pengalaman Perkhidmatan 59
4.6 Dapatan Kajian 60
4.6.1 Analisis Persepsi Pensyarah Terhadap
Konsep e-Pembelajaran CIDOS 61
4.6.2 Analisis Aspek Kesediaan Pensyarah
TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 62
4.6.3 Analisis Aspek Penggunaan Pensyarah
TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 67
4.6.4 Analisis Aspek Kemahuan Pensyarah
TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 71
4.6.5 Analisis Aspek Cabaran Pensyarah
TerhadapKonsep e-Pembelajaran CIDOS 76
4.6.6 Analisis Kecenderungan Pensyarah
Untuk Melibatkan Diri Dalam Konsep
e-Pembelajaran CIDOS 83
4.6.7 Analisis Hubung Antara Persepsi
Pensyarah Dengan Kecenderungan
Pensyarah Untuk Melibatkan Diri Dalam
e-Pembelajaran Melalui CIDOS 86
4.3 Rumusan 91
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Ringkasan 92
5.2 Rumusan Kajian 94
5.2.1 Rumusan Data Demografi 94
5.2.2 Rumusan Soalan Kajian 95
5.3 Perbincangan 97
5.3.1 Latar Belakang Responden 97
5.3.2 Persepsi Pensyarah Terhadap
e-Pembelajaran CIDOS 99
xi
5.3.3 Kecenderungan Pensyarah Terhadap
Penggunaan e-Pembelajaran CIDOS 106
5.3.4 Hubungan Antara Persepsi Dengan
Kecenderungan Pensyarah Untuk
Melibatkan Diri Dalam e-Pembelajaran
Melalui CIDOS 107
5.4 Kerangka Cadangan Pelaksanaan Pembelajaran
Melalui CIDOS Kesimpulan 109
5.5 Cadangan 114
5.5.1 Cadangan Terhadap Dapatan Kajian 114
5.5.2 Cadangan Bagi Kajian Lanjutan 116
5.6 Penutup 117
RUJUKAN 118
LAMPIRAN 128
xvi
SENARAI SINGKATAN
BPKK Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum
CAP Projek Agenda Kritikal
CIDOS Curriculum Information Development Online System
CMS Course Management System
DePAN Dasar e-Pembelajaran Negara
FPTV Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
ICT Information Communication Technology
IPT Institusi Pengajian Tinggi
JKA Jabatan Kejuruteraan Awam
JKE Jabatan Kejuruteraan Elektrk
JKM Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
JPA Jabatan Pengajian AM
JPP Jabatan Pendidikan Politeknik
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KPTM Kemanterian Pengajian Tinggi Malaysia
LMS Learning Management System
MOOCs Massive Open Online Courses
NKRA Bidang Keberhasilan Utama
PdP Pengajaran dan pembelajaran
PIS Politeknik Ibrahim Sultan
PKM Politeknik Kota Melaka
PMM Politeknik Merlimau Melaka
PPD Politeknik Port Dickson
PPPM (PT) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi)
PSA Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
PSPTN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
xvii
SD Sisihan Piawai
SLAB Skim Latihan Akademik Bumiputera
SLAI Skim Latihan Akademik IPTArty
SPSS Statistical Package of Social Science
TAM Model Penerimaan Teknologi
TRA Model Tindakan Bersebab
UTHM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
VLE Virtual Learning Management
WEB World Wide Web
xviii
SENARAI LAMPIRAN
A Carta Gantt 128
B Krejcie Morgan 129
C Borang Soal Selidik 130
D Borang Pengesahan Pakar 138
E Perincian Data Kajian Rintis 140
F Surat Kebenaran 141
G Analisis (Demografi) 146
H Analisis Kajian (Aspek Kesediaan) 148
I Analisis Kajian (Aspek Penggunaan) 152
J Analisis Kajian (Aspek Kemahuan) 155
K Analisis Kajian (Aspek Cabaran) 159
L Analisis Kajian (Kecenderungan) 164
M Analisis Kajian (Hubungan Korelasi – Pearson) 168
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Agenda kerajaan untuk membina dan membangunkan modal insan pada masa hadapan
adalah bergantung pada kualiti sistem pendidikan negara. Langkah kerajaan dalam
mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal Vokasional dan Latihan (TVET) adalah
merupakan satu tindakan baharu yang bertujuan meningkatkan imej dan kualiti
pendidikan sekaligus mengangkat martabat Malaysia ke arah status World Class
Education (Minghat et al., 2013). Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) memperkenalkan pelbagai perubahan bagi memantapkan sistem dan kualiti
pendidikan Negara. Matlamat utama perubahan yang dilakukan adalah untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik (Center for Academic
Excellent) bukan sahaja di rantau Asia malah di peringkat antarabangsa. Terbaru,
melalui pembentangan kertas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi) 2015-2035, kerajaan telah menggariskan sepuluh anjakan utama untuk
merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf
dunia (KPM, 2015). Lonjakan ini mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem
pendidikan tinggi. Melalui pembentangan kertas tersebut, Lonjakan ke-9 iaitu
pembelajaran dalam talian tahap global dilihat sebagai komponen penting pendidikan
tinggi bagi meningkatkan kadar akses pembelajaran atas talian dengan kandungan yang
2
berkualiti sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
pensyarah (KPM, 2015).
Masa depan pembelajaran atas talian bagi sistem pendidikan tinggi Malaysia
adalah berpaksikan kepada piawaian kualiti global, peningkatan akses serta ekuiti
yang memastikan kumpulan yang kurang berpeluang dapat memanfaatkannya (KPM,
2015). Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian berhasrat untuk menjadikan
pembelajaran dalam talian dan “blended learning” sebagai asas kepada kurikulum,
dengan memberi galakan agresif ke atas Massive Open Online Courses (MOOCs).
Menjelang tahun 2019, kerajaan menganggarkan 50% daripada keseluruhan kelas di
institusi di Malaysia akan disampaikan secara dalam talian. Pelbagai keberhasilan
yang ditetapkan oleh Dasar e-pembelajaran Negara (DePAN) masih perlu dicapai
terutama di Politeknik dan Kolej Komuniti (KPM, 2015). Pembelajaran atas talian
atau dikenali sebagai e-pembelajaran masih dikira baru kemunculannya di Malaysia
berbanding di Negara Barat (Krishan et al., 2011). Di peringkat politeknik
khususnya, proses pembelajaran melalui e-learning merupakan kaedah pembelajaran
atas talian yang berasaskan LMS (Learning Management System). Kaedah ini mula
diperkenalkan dan digunakan pada tahun 2010 yang dikenali secara umum sebagai
Curriculum Information Document Online System (CIDOS) e-learning. Melalui
kaedah ini proses PdP menjadi lebih mudah dan fleksibel dari segi tempat, masa,
kaedah serta bahan pengajaran.
Melalui surat edaran pelaksanaan dasar dan prinsip e-pembelajaran politeknik
yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), menuntut
transformasi perubahan dalam sistem penyampaian pendidikan yang menggabungkan
produktiviti, kreatif dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju
TVET serantau sekaligus memperkasakan penganjaran pensyarah di politeknik.
Ekoran itu, satu garis panduan telah ditetapkan melalui DePAN yang digunapakai
dalam pelaksanaan Dasar dan Prinsip e-Pembelajaran di Politeknik Malaysia.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam tempoh sedekad yang lalu, banyak kemajuan bidang sains dan teknologi yang
telah ditunjukkan. Kemajuan ini turut mempengaruhi perkembangan bidang lain
seperti komunikasi, perniagaan dan lain-lain. Bidang pendidikan Negara juga turut
merasai tempias arus kemajuan teknologi tersebut. Perubahan drastik ini bukan
sahaja dari aspek bahan pengajaran malah kaedah dan pendekatan pengajaran yang
diguna pakai juga memainkan peranan penting dalam pembangunan minda pelajar
(Harun, 2013). Penerapan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
merupakan elemen baru yang perlu diterap dalam sistem pendididikan Negara dalam
melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan tinggi malah mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tersebut serta mampu berfikir secara
kreatif dan inovasi yang lebih dinamik (Abdul Rashid, et al., 2010).
Selaras dengan tuntutan Transformasi Politeknik sebagai peneraju Pendidikan
TVET, perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta
penambahbaikan dalam sistem PdP institusi pendidikan telah dilakukan. Perubahan
yang dilakukan ini bukan sahaja melibatkan proses pembelajaran pelajar malah akan
turut mengubah persepsi pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pengajaran yang
lebih menarik. Hal ini sekaligus menentukan masa depan e-pembelajaran Politeknik
dapat terus diperkukuhkan selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN). Sehubungan itu, pensyarah merupakan salah satu komponen yang terlibat
secara langsung dalam proses penggunaan sistem e-pembelajaran. Menurut Poon,
Teng Low dan Fie Yong (2004), sikap dan persepsi pensyarah merupakan elemen
penting yang menyumbang kepada keberkesanan sistem e-pembelajaran.
Sehubungan itu, kajian yang dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap persepsi
pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS di politeknik.
Terdapat empat aspek penting yang wajib diberi keutamaan bagi memastikan
pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS dapat dilaksanakan iaitu aspek kesediaan,
penggunaan, kemahuan dan cabaran yang dihadapi pensyarah (Zainal Abidin, 2014
dan Jamia’an, 2010).
Aspek kesediaan pensyarah merupakan satu elemen penting yang berperanan
membantu pensyarah menyesuaikan diri dalam suasana dan melaksanakan kaedah
e-pembelajaran dengan berkesan. Elemen kesediaan seperti kesedaran pensyarah
4
terhadap kepentingan sistem, pengetahuan awal dan persediaan kemahiran perlu
diterapkan kepada pensyarah untuk mengelola dan memimpin pembelajaran atas
talian dengan berkesan (Zainal Abidin, 2014). Dalam hasil kajian yang dilaksanakan
oleh Omar dan Ahmad (2009) membuktikan bahawa tahap pengetahuan awal
pensyarah terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang
signifikan dengan kesediaan pembelajaran. Namun begitu, hasil kajian yang
dilakukan oleh Ahmad, Mustaffa dan Hussain (2013) yang menyatakan bahawa
tahap kesedaran pensyarah tentang kelebihan penggunaan CIDOS dalam pengajaran
Di Politeknik Merlimau adalah masih berada di tahap rendah iaitu sebanyak nilai
skor min 2.20. Hal ini menjelaskan bahawa pensyarah masih kurang kesedaran
terhadap kepentingan e-pembelajaran walaupun telah dikuatkuasakan
penggunaannya dalam PdP di politeknik. Selain itu juga, faktor kelemahan
pengetahuan awal dalam menggunakan platfrom e-pembelajaran turut membawa
kepada kurangnya minat pensyarah untuk mengamalkan pembelajaran berasaskan
CIDOS (Mohammed, 2015). Oleh itu, hal ini dilihat menjadi menghalang bagi
merealisasikan pembelajaran berbentuk atas talian di politeknik.
Aspek kedua yang dikaji adalah aspek penggunaan CIDOS di kalangan
pensyarah di mana kekerapan dan kecekapan pensyarah menggunakan sistem CIDOS
dinilai dan diukur. Kekerapan dan kecekapan pensyarah menggunaan CIDOS dapat
mempercepatkan proses perkongsian maklumat, bahan pengajaran, perlaksanaan kuiz
dan segala aktiviti yang berkaitan dengan PdP kerana ia dapat dilakukan secara atas
talian. Oleh itu, CIDOS merupakan medium terbaik yang digunakan oleh politeknik
bagi mengaplikasikan kaedah dan pendekatan e-pembelajaran (Mat Daud 2013).
Namun begitu, penggunaan CIDOS ini masih kurang digunakan oleh pensyarah di
politeknik. Melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh Yahya, Hussin dan
Mohammad Abdullah (2011) di Politeknik Merlimau Melaka menunjukkan bahawa
tahap kekerapan penggunaan e-pembelajaran melalui CIDOS di kalangan pensyarah
PMM masih berada di tahap sederhana. Kenyataan ini telah disokong dengan kajian
yang dilakukan oleh Mad, Marzuki dan Mansor (2011) di Politeknik Sultan Abdul
Aziz Shah menyatakan bahawa penggunaan aplikasi e-tutorial di dalam portal
CIDOS kalangan warga di politeknik juga berada di tahap yang sederhana. Ansary
(2009) turut berpendapat dalam kajiannya menyatakan kebanyakan Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang mengamalkan e-pembelajaran belum lagi
mencapai tahap yang tertinggi iaitu menggunakan sepenuhnya pembelajaran atas
5
talian. Oleh itu, perkara ini menyumbang kepada kegagalan misi untuk
melaksanakan 50% pembelajaran secara atas talian tidak tercapai oleh pihak JPP
(Zainal Abidin, 2014).
Seterusnya, aspek yang dikaji ialah kemahuan pensyarah yang dinilai melalui
sikap, minat dan keyakinan terdapat pembelajaran CIDOS. Melalui hasil kajian yang
telah dijalankan oleh Harun (2013), mendapati bahawa terdapat kumpulan pensyarah
yang menentang dan kurang berminat terhadap penggunaan dan pelaksanaan
pembelajaran melalui CIDOS. Kenyatan ini turut disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Mohd. Yusof et al. (2006) mendapati bahawa sekumpulan pensyarah
yang kurang berminat dengan penggunaan dan perlaksanaan e-pembelajaran kerana
ketidakyakinan pensyarah itu sendiri terhadap e-pembelajaran. Menurut Ab Rahman
(2008) juga berpendapat bahawa subjek yang diajar lebih mudah disempurnakan
dalam kelas kerana komunikasi sebenar lebih berkesan berbanding menggunakan
kaedah e-pembelajaran. Hal ini menyebabkan pembelajaran melalui CIDOS tidak
dapat diaplikasikan secara menyeluruh di semua politeknik.
Pelbagai kemudahan yang boleh digunakan melalui internet antaranya adalah
proses PdP melalui penggunaan CIDOS. Namun begitu masih ada sesetengah
pensyarah yang tidak tahu menggunakan kemudahan ini dalam aktiviti PdP mereka
walaupun pelbagai kursus dan bengkel telah dijalankan. Menurut Othman (2001),
terdapat sesetengah pensyarah yang masih mempunyai pemikiran bahawa
pembelajaran hanya berlaku di dalam kelas sahaja. Pemikiran sedemikian bukan
sahaja menyumbang kepada faktor kurangnya minat pensyarah dalam menggunakan
platform CIDOS dalam proses PdP mereka tetapi menyebabkan kecenderungan
pensyarah untuk melibatkan diri dalam platform ini berkurangan. Kenyataan ini turut
disokong oleh (Ab Rahman, 2008) dalam hasil kajiannya, mengatakan bahawa
terdapat sebahagian kecil pensyarah mempunyai persepsi yang negatif terhadap
e-pembelajaran dengan menganggap platform ini sebagai satu sistem yang rumit.
Selain itu juga, menurut Halim (2002) berpendapat bahawa portal yang digunakan
untuk e-pembelajaran sedang berkembang dan masih belum mantap lagi berdasarkan
kepada sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Rentetan daripada itu,
pensyarah sentiasa mencari perisian yang lebih mudah untuk menggantikan perisian
yang sedia ada. Faktor-faktor tersebut turut menyumbang kepada kurangnya amalan
pembelajaran CIDOS di politeknik.
6
Manakala aspek cabaran memfokuskan kepada isu-isu yang menjadi faktor
kepada kurangnya pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik. Menurut hasil
kajian yang dilakukan oleh Ahmad, Mustaffa dan Hussain (2013) mendapati
kekangan masa dalam penyediaan bahan pengajaran menjadi faktor kepada
pensyarah untuk tidak menggunakan CIDOS dalam proses pembelajaran.
Kemudahan akses internet yang tidak menyeluruh di sekitar politeknik turut
menyumbang kepada faktor kurangnya minat pensyarah untuk menggunakan
CIDOS. Oleh itu, kadar capaian sistem CIDOS perlu ditambahbaik untuk keselesaan
pengguna (Yahya, Hussin & Mohammad Abdullah, 2011). Selain itu, terdapat isu
berkaitan dengan capaian portal CIDOS yang lemah menyukarkan pensyarah untuk
melaksanakan e-pembelajaran di bilik kuliah. Hal ini juga menyumbang kepada
faktor kurangnya amalan pembelajaran CIDOS dalam kalangan pensyarah di
politeknik. Seperti kajian yang dilakukan oleh Mohd Ujang (2015) di Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mendapati masalah pencapaian portal CIDOS
tidak stabil merupakan cabaran besar bagi pensyarah yang ingin melaksanakan
aktiviti PdP berasaskan CIDOS. Faktor ini turut mendorong kepada kurangnya
penggunaan platform CIDOS dikalangan pelajar dan pensyarah.
Walaupun dasar e-pembelajaran di politeknik telah dikuatkuasakan mulai
Disember 2012 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, namun penguasaan
pensyarah terhadap segala aplikasi CIDOS dilihat kurang memberangsangkan (Ali,
2013). Tidak dapat disangkal lagi keberkesanan penggunaan pembelajaran atas talian
dapat memudahkan bagi para pensyarah dan pelajar. Namun, hal ini memerlukan
penguasaan pensyarah terhadap segala aplikasi computer untuk dimuatkan dalam
menghasilkan sesuatu proses pengajaran (Yasak, 2009). Penggunaan CIDOS
memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Justeru, bagi mengaplikasikan
e-pembelajaran ini dalam proses pengajaran menuntut kepada kemahiran daripada
pensyarah untuk menggunakannya. Hanya terdapat sebilangan kecil pensyarah yang
dapat mengendalikan dan menguasai platform CIDOS sepenuhnya. Oleh itu,
kegagalan pensyarah dalam menguasai kemahiran tersebut telah menjadi punca
kepada pembelajaran CIDOS tidak dilaksanakan (Yasak, 2009).
Kejayaan pengaplikasian pembelajaran melalui CIDOS banyak bergantung
kepada peranan pensyarah dalam memanfaatkan kemudahan yang terdapat dalam
CIDOS seperti untuk mengakses pelbagai maklumat dan sebagai platform untuk
berkomunikasi antara pensyarah dan pelajar. Semua usaha ini adalah untuk
7
menyokong ke arah pembelajaran berkesan dan efektif. Sekiranya pensyarah bijak
menggunakan platform ini sepenuhnya dalam proses PdP di bilik kuliah, para pelajar
akan memperolehi pengalaman pembelajaran baru (Ahmad, Mustaffa dan Hussain,
2013). Sehubungan itu, format pembelajaran politeknik berasaskan e-pembelajaran
atau dikenali sebagai CIDOS kini mendapat perhatian bagi mengatasi tahap
pemahaman pelajar yang rendah dalam pembelajaran kuliah. E-pembelajaran
merupakan kaedah pengajaran inovasi baru yang sesuai diaplikasikan di istitusi
pengajian tinggi (IPT) khususnya di politeknik di mana bentuk pengajaran
berasaskan teknologi dapat dipraktikkan bagi meningkatkan tahap pemahaman
pelajar semasa proses pembelajaran. Usaha pihak Kementerian Pengajian Tinggi
dalam mengubal DePAN dilihat selari dengan hasrat, misi dan visi Projek Agenda
Kritikal (CAP) dan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Kementerian Pengajian
Tinggi (Embi, 2010).
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikaji, kaedah pembelajaran berasaskan
CIDOS yang dilaksanakan di politeknik masih berada di tahap yang sederhana
(Yahya, Hussin dan Mohammad Abdullah, 2011). Walaupun pelaksanaan dasar dan
prinsip e-pembelajaran di politeknik telah dikuatkuasakan mulai 2012 namun tahap
penggunaan pembelajaran berasaskan CIDOS yang dilaksanakan di politeknik ini
masih ditahap yang rendah. Menurut Ahmad, Mustaffa dan Hussain (2013)
menyatakan bahawa tahap kekerapan penggunaan portal CIDOS oleh pensyarah di
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau berada di tahap yang rendah dengan
catatan skor min sebanyak 1.94. Kenyataan ini turut disokong oleh hasil kajian yang
dilakukan oleh Mad, Marzuki dan Mansor (2011) terhadap penggunaan aplikasi
e-tutorial di dalam portal CIDOS kalangan pensyarah di Politeknik Sultan Abdul
Aziz Shah adalah juga berada di tahap yang sederhana dengan cacatan min 3.49.
Oleh itu, kebanyakan IPT di Malaysia yang mengamalkan e-pembelajaran belum lagi
mencapai tahap yang tertinggi iaitu menggunakan sepenuhnya pembelajaran atas
talian (Ansary, 2009). Sehubungan itu, melalui kajian yang telah dilakukan jelaslah
bahawa pembelajaran berasaskan CIDOS masih belum mencapai sasaran JPP
8
berdasarkan keputusan CAP e-Pembelajaran KPM 2014 telah menetapkan bahawa
50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian (Zainal
Abidin, 2014).
Pelaksanaan pembelajaran atas talian di politeknik perlu mengambil kira
aspek kesediaan pensyarah dari segi kesedaran terhadap kepentingan sistem,
pengetahuan awal dan kemahiran yang diperlukan oleh pensyarah. Menurut Omar
dan Ahmad (2009) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terhadap hubungan yang
signifikan antara tahap pengetahuan awal dan kemahiran pensyarah dengan
kesediaan pembelajaran. Oleh itu, aspek ini dilihat menjadi tunjang utama kepada
keberkesanan terhadap pelaksanaan pembelajaran berkonsepkan CIDOS di
politeknik. Faktor isu dan cabaran dihadapi pensyarah turut menyumbang kepada
kurangnya amalan pembelajaran CIDOS di politeknik. Contohnya, kurangnya
kemahiran yang dimiliki oleh pensyarah telah gagal memberi manfaat kepada proses
pengajaran yang melibatkan penggunaan e-pembelajaran CIDOS (Yasak, 2009).
Selain itu juga, terdapat kumpulan pensyarah yang menentang dan kurang berminat
dengan penggunaan dan perlaksanaan e-pembelajaran CIDOS dan antara isu yang
diketengahkan ialah ketidakyakinan pensyarah itu sendiri terhadap e-pembelajaran
(Harun, 2013).
Faktor kelancaran capaian sistem e-pembelajaran di politeknik turut
mempengaruhi penggunaan pensyarah terhadap sistem. Kenyataan ini telah disokong
dengan kajian yang dilakukan oleh Yahya, Hussin & Mohammad Abdullah (2011)
yang menyatakan bahawa kadar capaian sistem CIDOS perlu ditambahbaik untuk
keselesaan pengguna, di mana nilai min mencatatkan jumlah sebanyak 4.48 mewakili
60.7% responden bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini menjadi cabaran bagi
pihak KPT dalam menyediakan sistem pembelajaran yang mengikut keperluan
piawaian kurikulum, teknologi semasa dan kemahiran yang diperlukan oleh
pensyarah. Berdasarkan penyataan masalah yang telah dihuraikan, dapat dirumuskan
bahawa pelaksanaan pembelajaran CIDOS di kalangan pensyarah politeknik adalah
masih berada pada tahap yang sederhana. Oleh itu, penyelidik melakukan satu kajian
untuk mengenal pasti tahap persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran
CIDOS dari empat aspek utama iaitu kesediaan, penggunaan, kemahuan dan cabaran.
9
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap
konsep e-pembelajaran CIDOS di politeknik dari aspek kesediaan, penggunaan,
kemahuan dan cabaran. Disamping itu, kajian juga bertujuan mengenal pasti tahap
kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan e-pembelajaran CIDOS.
Seterusnya, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara persepsi diri
pensyarah dengan kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dalam
e-pembelajaran melalui CIDOS.
1.5 Objektif Kajian
Bagi memastikan tujuan kajian ini dapat dicapai, objektif kajian telah dikenal pasti
seperti berikut:
i) Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran
CIDOS.
ii) Mengenal pasti kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan
e-pembelajaran CIDOS.
iii) Mengkaji hubungan antara persepsi dengan kecenderungan pensyarah
untuk melibatkan diri terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS.
Hasil daripada objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa soalan kajian telah
telah dikenal pasti bagi mencapai objektif kajian ini.
10
1.6 Soalan Kajian
Bagi memastikan objektif kajian tercapai dan seterusnya memastikan perjalanan
kajian terancang dan teratur, soalan kajian telah dikenal pasti seperti berikut:
i) Apakah persepsi pensyarah terhadap konsep e-pembelajaran CIDOS?
ii) Apakah tahap kecenderungan pensyarah terhadap penggunaan
e-pembelajaran CIDOS?
iii) Sejauhmanakah hubungan antara persepsi dengan kecenderungan
pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran melalui CIDOS?
Hasil daripada soalan kajian yang dibina, satu hipotesis telah dibangunkan bagi
kajian ini.
1.7 Hipotesis Kajian
Terdapat hipotesis atau jangkaan yang dirangka di awal kajian bagi menjawab
soalan kajian yang telah dinyatakan sebelum ini:
Hipotesis 1:
Ho: Tidak terdapat hubungan antara persepsi dengan kecenderungan
pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran CIDOS.
Ha: Terdapat hubungan antara persepsi dengan kecenderungan
pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran CIDOS.
11
1.8 Kepentingan Kajian
Penggunan teknologi e-pembelajaran di IPT bukan lagi satu pilihan, tetapi menjadi
satu keperluan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian dalam
mewujudkan sistem pembelajaran berasaskan elektronik dilaksanakan secara
optimum dan berkesan. Hal ini bagi memastikan bidang pendidikan bergerak seiring
dengan kemajuan teknologi dunia. Melalui satu kertas kerja yang dikeluarkan oleh
KPTM yang bertarikh 6 Disember 2012, pihak JPP telah diarahkan untuk
melaksanakan dasar e-pembelajaran Politeknik Malaysia dengan menggunakan
aplikasi CIDOS sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran.
Kajian tentang pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS ini mempunyai
kepentingan kepada beberapa pihak seperti pensyarah, pihak politeknik dan
khususnya kepada bidang pendidikan. Hasil kajian ini penting kepada pihak yang
dinyatakan kerana mereka terlibat secara langsung dalam usaha meningkatkan
aplikasi e-pembelajaran CIDOS sekaligus memberikan galakan khususnya kepada
para pendidik di politeknik untuk menggunakan CIDOS dalam proses PdP. Kajian
yang dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pihak politeknik dalam
menyediakan keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah PdP berbantu
multimedia.
Selain memberi manfaat kepada pensyarah dan pihak politeknik, kajian ini
juga diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam
pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik secara menyeluruh. Kajian ini juga
boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji di masa hadapan sebagai rujukan untuk
membuat kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran CIDOS.
Memandangkan pendekatan pembelajaran CIDOS masih ditahap yang sederhana di
bahagian politeknik, maka kajian ini diperlukan bagi menyokong pelaksanaan
pembelajaran CIDOS di institusi pendidikan di Malaysia. Oleh itu, diharap
penemuan dalam kajian ini dapat membantu dalam memperkembangkan lagi jumlah
pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik.
12
1.9 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, responden atau subjek kajian terdiri daripada pensyarah politeknik.
Pemilihan responden ini dibuat secara rawak. Politeknik yang terpilih untuk
dijalankan kajian ialah politeknik sekitar zon selatan yang melibatkan politeknik
sekitar 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Johor, Selangor dan Negeri
Sembilan. Pemilihan politeknik ini berdasarkan faktor kurangnya kajian yang
dilakukan terhadap konsep e-pembalajaran CIDOS yang melibatkan skala politeknik
yang besar. Kajian ini dijalankan terhadap tiga buah Jabatan Kejuruteraan iaitu
Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal. Kajian ini memerlukan tempoh masa selama dua semester melibatkan
dua fasa pelaksanaan iaitu kajian rintis dan pengumpulan data akhir.
1.10 Skop Kajian
Dalam memenuhi objektif kajian, kajian ini ditumpukan kepada usaha untuk
mendapatkan data dan maklumat tentang persepsi pensyarah terhadap konsep
e-pembelajaran CIDOS di politeknik dari aspek kesediaan, penggunaan, kemahuan
dan cabaran. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauhmanakah hubungan
yang terdapat antara persepsi pensyarah dengan kecenderungan pensyarah untuk
melibatkan diri dalam e-pembelajaran melalui CIDOS.
1.11 Kerangka Konsep
Kerangka konseptual merujuk pada satu set konsep yang berkaitan antara satu sama
lain dalam cara yang logikal yang berhubung dengan satu-satu fenomena yang dikaji
(Sabitha, 2009). Menurut Lim (2007), kerangka konsep kajian melibatkan koleksi
konsep yang menggabungkan konstruk atau pembolehubah utama kajian yang
13
difikirkan mempunyai hubungan antara satu sama lain yang ingin diselidik oleh
pengkaji. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep bagi kajian ini.
Rajah1.1: Kerangka Konsep Kajian
Adaptasi dan ubahsuai daripada Model Penerimaan Teknologi (TAM), (Naqvi, 2012)
Kerangka konsep kajian ini telah diadaptasi dan ubahsuai daripada TAM
yang telah diperkenalkan oleh Fred Davis pada tahun 1986. Model ini digunakan
dalam kajian untuk mendapatkan penerimaan maklum balas dan persepsi pengguna
terhadap pelaksanaan e-pembelajaran CIDOS dan seterusnya mempengaruhi
kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tersebut. Model
ini diterangkan secara terperinci di bahagian kajian literatur dalam Bab 2. Secara
amnya, kajian ini dilaksanakan terhadap persepsi pensyarah yang terlibat dalam
penggunaan sistem CIDOS yang digunakan sebagai medium utama dalam
melaksanakan pendekatan e-pembelajaran di politeknik. Kerangka konsep yang
dibangunkan adalah berdasarkan aliran responden untuk mengkaji persepsi
pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran CIDOS dalam memperkasakan
pengajaran pensyarah di politeknik. Proses kerangka konsep kajian menunjukkan
terdapat empat elemen penting yang diambil kira sebagai garis panduan dalam
mengukur pelaksanaan pembelajaran melalui CIDOS iaitu kesediaan, penggunaan,
Kemahuan
Sikap, Minat
dan Keyakinan
Inovasi
teknologi
Cabaran
Masa jadual
waktu.
Infrastruktur
Kelancaran
capaian sistem
Kemahiran
Penggunaan
Kekerapan
penggunaan
Kecekapan
penggunaan
Kesediaan
Kesedaran
terhadap
kepentingan
sistem
Pengetahuan
awal
Persediaan.
Persepsi Pensyarah terhadap e-Pembelajaran CIDOS
Kecenderungan Penglibatan Pensyarah
14
kemahuan dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah untuk mengaplikasikan
CIDOS.
Bagi elemen yang pertama, aspek kesediaan merujuk kepada kesedaran
terhadap kepentingan sistem CIDOS dan pengetahuan awal pensyarah menggunakan
terhadap sistem bagi melaksanakan e-pembelajaran di politeknik. Selain itu,
persediaan pensyarah sebelum menggunakan CIDOS juga turut diambil kira. Melalui
proses ini penyelidik dapat mengenal pasti pensyarah yang telah bersedia
sepenuhnya untuk menggunakan aplikasi CIDOS dalam PdP dengan melihat tahap
kesediaan pensyarah. Elemen kedua yang telah dikenal pasti untuk dikaji ialah
elemen penggunaan dimana dalam aspek ini faktor kekerapan dan kecekapan
pensyarah menggunakan sistem CIDOS diambil kira.
Kemahuan pensyarah dalam melaksanakan PdP melalui CIDOS merupakan
komponen ketiga yang dikaji oleh pennyelidik dalam kajian ini. Dalam komponen
ini kemahuan pensyarah diukur melalui sikap, minat dan keyakinan terhadap sistem
CIDOS. Selain itu kehendak dan kemahuan pensyarah itu sendiri dalam
menginovasikan aktiviti PdP turut diambil kira. Bagi elemen yang terakhir,
penyelidik juga mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam
melaksanaan e-pembelajaran melalui CIDOS. Antara item yang dikenal pasti dalam
elemen yang terakhir ialah berkaitan dengan isu jadual masa yang terhad
menyukarkan pelaksanaan e-pembelajaran dan cabaran terhadap kelemahan peralatan
dan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi menghalang pengaplikasian
pembelajaran melalui CIDOS oleh pensyarah.
Secara keseluruhnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
persepsi pensyarah terhadap penggunaan sistem CIDOS digunakapakai sebagai
medium utama e-pembelajaran di politeknik. Selain itu, kajian ini turut mengkaji
tahap kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri dalam e-pembelajaran CIDOS.
Kajin ini turut mengenal pasti sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan
antara persepsi dengan kecenderungan pensyarah untuk melaksanakan pembelajaran
berkonsepkan CIDOS dalam aktiviti PdP.
15
1.12 Definisi Istilah dan Operasi
Definisi istilah dan operasi yang diterangkan dalam bahagian ini adalah
berdasarkan kesesuaian kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengelakkan
kekeliruan dan tanggapan yang berbeza. Berikut disenaraikan definisi operasi
terhadap beberapa perkara penting untuk memudahkan pembaca memahami maksud
perkataan yang digunakan dalam kajian.
1.12.1 E-pembelajaran
Menurut Idrus dan Buntat (2006) menyatakan e-pembelajaran atau electronic
learning didefinasikan sebagai inovasi PdP baru yang menggunakan rangkaian
elektronik (LAN, WAN atau internet) dalam menyampaikan maklumat, isi
kandungan, interaksi atau pemudahcara. Pembelajaran ini mengaplikasikan
elektronik dalam penggunaan filem, studio multimedia, internet, animasi gambar
berdimensi dan teknologi multimedia. Manakala dalam konteks kajian ini,
e-pembelajaran di politeknik merujuk kepada penggunaan aplikasi CIDOS oleh
pensyarah.
16
1.12.2 Curriculum Information Document Online System (CIDOS)
CIDOS merujuk kepada Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management
System, LMS) dimana melalui platform ini memberikan inovasi baru terhadap
kaeadah PdP di politeknik (Jamil @ Amat, 2011). Platform yang telah dibangunkan
oleh JPP. Sistem CIDOS menjadi platform utama yang digunapakai di seluruh
politeknik Malaysia bagi mengaplikasikan kaedah dan pendekatan e-pembelajaran
(DePAN, 2009). CIDOS membolehkan proses PdP dijalankan secara atas talian di
mana pensyarah boleh memasukkan bahan pengajaran ke atas talian dan pelajar
boleh mengakses bahan pengajaran tersebut pada bila-bila masa dan di mana lokasi
yang mempunyai capaian internet. Menurut Ibrahim (2015), CIDOS menyediakan
ruang di mana pensyarah boleh berinteraksi dengan pelajar melalui ruangan seperti
forum, menyediakan dan mengemaskini bahan pengajaran dan memberi cadangan
pautan ke laman web ilmiah lain sebagai rujukan tambahan untuk subjek yang diajar
secara atas talian. Dalam konteks kajian ini, penyelidik ingin mengenal pasti tahap
persepsi pensyarah terhadap e-pembelajaran yang menggunakan sistem CIDOS di
politeknik.
1.12.3 Persepsi
Menurut Kamus Bahasa Nusantara (2003), persepsi diertikan sebagai pandangan atau
tanggapan dalam hati atau fikiran seseorang tentang sesuatu perkara. Dalam konteks
kajian ini, penyelidik ingin mengkaji sejauh mana persepsi pensyarah terhadap
konsep e-pembelajaran CIDOS di politeknik yang merangkumi empat aspek utama
iaitu aspek kesediaan pensyarah, tahap penggunaan, aspek kemahuan dan cabaran
yang dihadapi oleh pensyarah dalam melaksanakan e-pembelajaran CIDOS. Persepsi
pensyarah merupakan elemen penting bagi penyelidik kerana persepsi pensyarah
akan mempengaruhi kecenderungan penglibatan pensyarah terhadap penggunaan
e-pembelajaran CIDOS.
17
1.12.4 Elemen Kesediaan
Kesediaan merujuk kepada satu bentuk proses yang melibatkan pengintegrasian
aspek fizikal, mental, dan emosi seseorang insan dalam melaksanakan sesuatu
tindakan (Ying, 2016). Individu yang sudah bersedia untuk belajar mampu
menghayati dan memahami sesuatu pelajaran dengan lebih mudah berbanding
dengan individu yang masih belum bersedia di mana pada akhir pembelajaran
mereka akan berada dalam keadaan kekeliruan. Dalam kajian ini, tahap kesediaan
pensyarah dinilai berdasarkan tiga ciri utama iaitu kesedaran pensyarah terhadap
kepentingan sistem CIDOS, pengetahuan awal terhadap sistem dan persediaan yang
dilakukan oleh pensyarah sebelum menggunakan sistem CIDOS dalam pengajaran
mereka. Jesteru, kesediaan pensyarah dilihat penting untuk menentukan
keberkesanan aktiviti pengajaran agar mencapai objektif pembelajaran sesuatu
subjek.
1.12.5 Elemen Penggunaan
Penggunaan menurut Kamus Dewan (2007) ialah guna atau pakai. Dalam konteks
kajian ini, elemen penggunaan merujuk kepada tahap amalan yang dilaksanakan oleh
pensyarah terhadap e-pembelajaran CIDOS. Dua ciri utama yang menjadi menanda
aras kepada elemen penggunaan iaitu kekerapan pensyarah untuk penggunaan sistem
CIDOS dan kecekapan mengunakan sistem CIDOS.
1.12.6 Elemen Kemahuan
Kemahuan didefinisikan sebagai kehendak atau keinginan yang lahir dalam diri
individu yang dizahirkan melalui sikap dan perbuatan (Mohamed, 2011). Namun
dalam konteks kajian ini, elemen kemahuan merujuk sikap dan keyakinan pensyarah
dalam melaksanakan pembelajaran berkonsepkan CIDOS. Selain itu, faktor minat
18
pensyarah dalam menginovasikan teknologi dalam PdP dilihat sebagai pendorong
kepada elemen kemahuan pelaksanaan pembelajaran CIDOS di politeknik.
1.12.7 Elemen Cabaran
Menurut Kamus Dewan (2007) cabaran pula didefinisikan sebagai unsur dan faktor
yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang untuk melaksanakan sesuatu
tanggungjawab. Aspek cabaran dalam kajian ini merujuk kepada faktor yang
menghalang pelaksanaan e-pembelajaran CIDOS di kalangan pensyarah di
politeknik. Terdapat 4 faktor utama yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam kajian
ini iaitu faktor masa dan jadual waktu, faktor infrastruktur bilik kuliah dan keperluan
asas peralatan PdP, kelancaran capaian sistem CIDOS serta kemahiran pensyarah
menggunakan
sistem CIDOS.
1.12.8 Kecenderungan
Kecenderungan ditakrifkan sebagai tahap keinginan seseorang untuk bergerak ke
suatu arah atau suatu tujuan tertentu. Menurut Kamus Dewan (2007), kecenderungan
bermaksud kesukaan (keinginan, kemahuan). Dalam kajian ini, kecenderungan
pensyarah dikaji melalui minat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
berkonsepkan CIDOS dalam aktiviti PdP.
19
1.13 Rumusan
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan serba sedikit pengenalan tentang
sistem e-pembelajaran CIDOS yang diguna pakai untuk proses PdP di politeknik.
Dalam bab ini juga, penyelidik telah menghuraikan tentang latar belakang
masalah, penyataan masalah dan objektif kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan
mendapatkan data dan maklumat mengenai tahap persepsi pensyarah khususnya
dalam pelaksanaan pembelajaran melalui sistem CIDOS.
20
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang ditulis secara kritikal dan sistematik
ke atas dokumen–dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah untuk
memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan
(Chua, 2006). Dalam kajian ini, penyelidik mengetengahkan beberapa topik kajian
literatur yang berkaitan dengan persepsi pensyarah terhadap pelaksanaan pembelajaran
melalui Curriculum Information Document Online System (CIDOS) untuk dijadikan
objektif dan dan soalan kajian. Elemen persepsi yang dibincangkan adalah aspek
kesediaan pensyarah dalam menggunapakai platform CIDOS dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP), aspek penggunaan pensyarah mengaplikasikan CIDOS sebagai
medium utama pengajaran dan aspek kemahuan pensyarah yang diukur melalui sikap,
minat dan keyakinan terdapat platform CIDOS. Selain itu juga, aspek yang terakhir yang
dikaji oleh penyelidik ialah cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mendorong
kecenderungan pensyarah untuk melibatkan diri terhadap platform CIDOS. Kajian ini
juga digunakan untuk memantapkan hasil kajian yang akan dibincangkan dalam
Bab 5 nanti.
21
2.2 Model Kajian
Kerangka konsep kajian ini telah diadaptasi daripada salah satu model yang terkenal
berkaitan kepada penerimaan teknologi dan penggunaan iaitu model Technology
Acceptance Model (TAM) yang telah diperkenalkan oleh Fred Davis pada tahun 1986.
Menurut Davis (1986), model ini digunakan secara khususnya untuk model penerimaan
maklum balas dan persepsi pengguna terhadap suatu sistem maklumat dan seterusnya
akan mempengaruhi sikap dan perilaku pengguna. Model ini telah diadaptasi daripada
model Theory of Reasoned Action (TRA) dan penggunaan Model TAM adalah untuk
mendapatkan pengukuran yang lebih baik bagi menjangka dan menerangkan sesuatu
penggunaan sistem. Model TAM telah terbukti menjadi model teori dalam membantu
untuk menerangkan dan meramalkan tingkah laku pengguna teknologi maklumat
(Legris, Ingham dan Collerette, 2003). Oleh, model TAM ini dilihat sesuai dan
bertepatan untuk menjawab soalan kajian yang telah dikemukan dalam Bab 1.
Dalam model ini, terdapat dua pemboleh ubah yang diguna dalam penentukan
penerimaan pengguna terhadap sesuatu aplikasi atau teknologi baru. Pemboleh ubah
tersebut ialah kemanfaatan dan kemudahan penggunaan. Menurut Model TAM bukan
sahaja memberi fokus kepada persepsi kemanfaatan dan kemudahan pengguna terhadap
sesuatu aplikasi malah ianya akan turut mempengaruhi sikap atau keinginan pengguna
dalam mengaplikasikan teknologi baru tersebut (Wibowo, 2012). Pemboleh ubah
kemanfaatan dalam konteks kajian memberi maksud kepada tahap keyakinan individu
dalam menggunakan sesuatu sistem dan mempercayai sistem tersebut mampu mengubah
tahap prestasi pekerjaan yang dilakukan. Manakala pemboleh ubah yang seterusnya iaitu
kemudahan penggunaan pula didefinasikan sebagai tahap keyakinan individu dalam
menggunakan sesuatu sistem dan mempercayai sistem tersebut memberi lebih manfaat
dan kemudahan dalam tugasan yang dilakukan. Model TAM yang dikembangkan dari
teori psikologi, menjelaskan perilaku pengguna sistem berlandaskan beberapa elemen
seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.1.
22
Rajah 2.1: Model TAM (Naqvi, 2012)
Menurut Naqvi (2012), persepsi kemanfaatan pengguna terhadap teknologi
(preceived usefulness) dan persepsi kemudahan penggunaan (perceived ease to use)
akan mempengaruhi terhadap sikap penggunaan teknologi (attitude towards technology).
Sehubungan itu, sikap penggunaan teknologi akan menjurus kepada faktor
kecenderungan pengguna untuk melibatkan diri menggunakan teknologi (intention to
use technology) dan menghubungkan kepada penggunaan sebenar (actual usage
of technology).
(a) Persepsi Kemanfaatan (Perceived Usefullness)
Menurut Davis (1989), persepsi terhadap kemanfaatan didefinasikan sebagai keyakinan
pengguna dalam menggunakan sesuatu teknologi yang akan mendatangkan manfaat dan
meningkatkan prestasi kerja seseorang individu. Elemen kemanfaatan teknologi akan
memudahkan sesuatu pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti
pekerjaan individu.
Sikap terhadap
penggunaan
Persepsi
Kemanfaatan
Persepsi
Kemudahan
Penggunaan
Kecenderungan
Perilaku
Penggunaan
Sebenar
23
(b) Persepsi Kemudahan Penggunaan (Perceived Ease to Use)
Persepsi tentang kemudahan penggunaan teknologi bermaksud individu percaya bahawa
teknologi tersebut dapat digunakan dengan mudah dan bebas dari masalah
(Naqvi, 2012). Antara indikator kemudahan penggunaan teknologi ialah dimana individu
merasakan komputer mudah dikendalikan untuk melaksanakan tugasan kerja seperti di
tempat kerja mahupun institusi pelajaran.
(c) Sikap Terhadap Penggunaan ( Attitudes Towards Technology)
Sikap terhadap penggunaan dalam Model TAM dikonsepkan sebagai sikap berbentuk
penerimaan dan penolakan apabila individu menggunakan sesuatu teknologi (Teo, Su
Luan dan Sing, 2008). Penilitian daripada kajian ini menyatakan bahawa faktor sikap
sebagai salah satu aspek yang mempengaruhi perilaku individu terhadap penggunaan.
Menurut Park (2009) menyatakan bahawa sikap individu terdiri daripda unsur kognitif
(cognitive), afektif (affective) dan komponen-komponen yang berkaitan dengan perilaku
seseorang manusia (behavioral components).
(d) Kecenderungan Perilaku (Intention to Use Technology)
Elemen kecenderungan perilaku seseorang individu membawa maksud kepada
keinginan dan minat individu menggunakan teknologi tersebut (Davis, 1989). Dalam
konteks kajian ini, kecenderungan perilaku dapat dinilai melalui tahap penglibatan
pensyarah dalam mengaplikasikan pembelajaran CIDOS dalam pengajaran serta
motivasi untuk terus menggunakan teknologi tersebut. Selain itu juga, kecenderungan
24
perilaku pensyarah mampu dinilai berdasarkan kemampuannya dalam memotivasikan
pensyarah lain untuk menggunakan platform CIDOS dalam PdP.
(e) Penggunaan Sebenar (Actual Usage of Technology)
Penggunaan sebenar dinilai dalam bentuk frekuensi dan tempoh masa teknologi
digunakan. Tambahan pula, menurut Naqvi (2012) menyatakan bahawa jika individu
mempunyai keyakinan yang jitu terhadap sistem yang digunakan, ianya bukan sahaja
mampu meningkatkan produktiviti kerja malah dapat memberi kepuasan penggunaan
kepada sistem tersebut. Dengan kata lain, keyakinan pengguna mencerminkan kepuasan
pengguna terdapat sesuatu sistem yang digunakan.
2.3 Pengenalan Sistem CIDOS
Menurut Mat Daud (2013) melalui pengintegrasian perkakasan komputer, perisian,
elemen multimedia, kendalian atas talian, penyampaian sesuatu maklumat menjadi lebih
menarik dan mudah difahami. Dalam konteks pendidikan, gabungan komponen tersebut
dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System,
LMS). LMS adalah aplikasi perisian atau teknologi berasaskan web 2.0 yang direka
bertujuan untuk memudahkan perancangan, melaksana dan mentafsir proses
pembelajaran (DePAN, 2009). Selain itu, LMS juga dikenali sebagai CMS (Course
Management System) dan VLE (Virtual Learning Environment). Sistem LMS telah di
digunakan secara meluas dalam proses PdP di peringkat universiti dan juga pengajian
tinggi di seluruh dunia. Faktor utama yang menjadi tarikan untuk penggunaan LMS ialah
kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan
juga agak asas (Embi, 2010).
118
RUJUKAN
Ab Rahman, A. (2008). Sikap Pensyarah Terhadap Penggunaan Blackboard 6
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di UTHM. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Abdul Rashid, A. (2010). The Development of Working Design through
Characterized Technology Pedagogy and Content Knowledge in the
Elementary Schools. Instructional. Procedia: Social and Behavioral Sciences.
13th International Educational Technology Conference, 103 (November 26).
Abdul Rashid, A. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Cergas (M) Sdn. Bhd.
Ahmad, A. N., Mustaffa, M., Hussain, S.N. (2013). Penggunaan ICT Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran; Satu Kajian Di Jabatan Pengajian Am.
Politeknik Merlimau Melaka.
Ahmad, M. F. B. (2010). Kesediaan dan Kesedaran P&P berasaskan CIDOS di
Politeknik. Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi Pendidikan
Teknikal (My TEDT10). Sungai Petani, Kedah. 66-171
Ali, U.H. (2013). Aplikasi CIDOS dalam Kursus Aa212 Seni Dalam Islam di
Politeknik Ibrahim Sultan. Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan.
Al-Muhammadi, A. H., (2009, Mei 15). Manfaat ilmu cara terbaik hargai jasa guru:
Pendidik pikul tangungjawab berat bentuk generasi berdaya saing, pemimpin
masa depan. Berita Harian. Ms 41.
119
Atan, N. A., Fun, H. Y., Aris, B., dan Noor, N. M. (2006). Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Penggunaan E-Learning di Kalangan Pelajar Tahun Lima
Fakulti Pendidikan UTM. Proceeding of Konvensyen Teknologi Pendidikan
Ke-19, Langkawi, Kedah.
Bertram, D. (2013). Likert Scales: How to Use Them. 1217-1218.
Boon, Y., & Bohari, S. (2010). Kesediaan untuk menceburi bidang keusahawanan di
kalangan pelajar-pelajar Bumiputera Tingkatan Empat di tiga buah sekolah
sekitar Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Buntat, Y. & Sulaiman, N.A. ( 2010). Kesediaan Pelajar Wanita Melibatkan Diri
Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.
CELE Exchange (2010). Can The Physical Environment Have An Impact On The
Learning Environment?. Journal Of The OECD Centre.
Chua Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Asas Statistik Penyelidikan.
Kuala Lumpur: Mcgraw Hill.
Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) Untuk Istitusi Pengajian Tinggi. (2009).
Asia e University
Davis, F. D., (1986). A Technology Acceptance Model For Empirically Testing New
End-User Information System: Theory And Results. Doctoral dissertation.
Cambridge, MA: MIT Sloan School of Management.
Davis, F. D., (1989). Perceived Usefullness, Perceived Ease Of Use, And User
Acceptance Of Information Technology. MIS Quarterly, 13 (3), 319-339.
Embi, M.A. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan
e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, KPTM.
Embi, M.A., & Adun, M.N. (2010). E-Pembelajaran di IPTA Malaysia. Pusat
Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kementeriaan
Pengajian Tinggi Malaysia, KPTM.
120
Fishbein, M. & Ajzen, I., (1975). ‘Belief, Attitude, Intention, and Behavior: An
Introduction to Therory and Research. Reading, MA: Addison-Wesley
Halim, L. (2002). Reka Bentuk Dan Keberkesanan Pembelajaran Berbantu
Multimedia Pendekatan Konstruktivisme Bagi Sains KBSM. Jurnal
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 19-38.
Harun, J. (2013). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Menggunakan
Pendekatan Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi Topik Asas
Rekabentuk Laman Web. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Harun, N., Tahir, A., & Abdul Rahman, M. H. (2012). Kajian Persepsi Pelajar
Semester Satu Terhadap Pembelajaran Secara Atas Talian. Politeknik Sultan
Azlan shah, Malaysia.
Healey, J. F. (1999). Statistics - A Tool for Social Research, 5th edition. Wadsworth
Publishing Company.
Hill, R. (1998). What sample size is “enough” in internet survey research?
Interpersonal Computing and Technology: An Electronic Journal for the 21st
Century, 6(3-4).
Ibrahim, H., Abu Hassan, N. & Othman, S.N. (2015). Kesediaan Pelajar Politeknik
Sultan Azlan Shah Terhadap penggunaan E-Learning. Politeknik Sultan
Azlan Shah, Perak.
Ibrahim, R. (2005). Kesediaan Pelajar Wanita PTV Menjadi Pensyarah Teknikal di
Politeknik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.
Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Selangor: McGraw-
Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Idrus, W. & Buntat, Y. (2006). Aplikasi ‘E-Learning ‘ Dalam Pengajaran &
Pembelajaran Disekolah-Sekolah Malaysia : Isu Dan Cadangan
Perlaksanaannya. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Introduction to Theory and Research, Reading, MA: Addison-Wesley.
121
Jabatan Pengajian Tinggi Politeknik Malaysia (2010). Halatuju Transformasi
Politeknik. Kementerian Pengajian Tinggi.
Jamia’an, M. (2010). Tinjauan Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning)
dalam Kalangan Pensyarah-Pensyarah di Politeknik Mukah Sarawak.
Prosiding Kolokium Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Politeknik
Zon Sabah & Sarawak 2010.
Jamil @ Amat, F. & Retas, Z. (2011). Kesediaan Penggunaan E-learning di kalangan
Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik Merlimau
Melaka.
Johan, I. (2009). Tahap Kemahiran ICT dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Ekonomi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Johnson, R.B., & Christensen, L.B. (2004). Educational Research: Quantitative,
Qualitative & Mixed Approaches. New York: Pearson Education Inc.
Junaidi, J. & Azhari, N. (2010). Kajian Sejauh Manakah Pelajar Tahun Empat
Fakulti Pendidikan Menggunakan Perkhidmatan E-Learning Secara Wireless
di Sekitar Kampus UTM. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamaruddin, N. A. (2007). Kesediaan Pensyarah dari Segi Sikap, Kemahiran dan
Pengetahuan Terhadap Perlaksanaan Penerapan Kemahiran Insaniah di
UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Cetakan Pertama. Dewan Bahawa dan
Pustaka Brunei.
Kamus Dewan. (2007). Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2009). Laporan Indikator Pengajian Tinggi
Malaysia (2009-2013)
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-12010 (RMK-9)
122
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011). Dasar e-Pembelajaran Negara:
Institusi Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2015). Ringkasan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025. Kementerian
Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia .(2007). Pelan strategik Pengajian Tinggi
Negara Menjangkau tahun 2020.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Dasar dan Prinsip: Perancangan
dan Penyampaian Kurikulum. Kementerian Pengajian Tinggi.
Konting, M.M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research
Activities, Educational and Physiological Measurement. University of
Krishan, J., Mohamad Said, M. H. H., Atan, N. A., & Hassan, J. (2011). Faktor-
faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan. Jurnal Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia, 1150.
Legris, P., Ingham, J., dan Collerette, P. (2003). Why Do People Use Information
Technology? A Critical Review Of Technology Acceptance Model.
Information and Management, 40, 191-204.
Lim, C. H. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.
McGraw-Hill Companies.
Mad, N., Marzuki, S. S., Mansor, N. (2011). Mengenal Pasti Tahap Penggunaan
E-Tutorial Matematik Kejuruteraan 2 Dalam Kalangan Pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Perubatan). Politeknik Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah.
Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves:
Edusystem.
123
Mat Daud, K. A., Azizan, A. T., & Deraman, M. S. (2013). Penerimaan Dan
Kebolehgunaan Rekabentuk E-Pembelajaran (CIDOS) Sebagai Sistem
Pengurusan Pembelajaran Di Politeknik Malaysia. Universiti Malaysia
Kelantan.
Minghat, A. S., M. Yasin, R., Subari, K. & Noordin, M. K. (2013). Strategi
Kelesterian Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV).
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. 2nd International
Seminar on Quality and Affordable Education.
Minnesota, Duluth & Texas A. & M. University: Educational and
Psychological Measurement.
Mohamad, S.N.M., Salam, S., & Bakar, N. (2014). Lecturers’ Perceptions And
Attitudes Towards The Usage Of Online Learning At Polytechnic.
International journal of sciences commerce and humanities, Universiti
Teknikal Malaysia.
Mohamed Noor, H. (2001). Cabaran Pembelajaran Melalui IT: e-learning UTM,
Skudai, Johor. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Johor.
Mohamed, M.A. (2011). Penggunaan sistem e-Learning di Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Muda
Mohammed, I. (2015). Tahap Kesediaan Dan Kesedaran P&P Berasaskan
CIDOS Bagi Pensyarah Di Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
Politeknik Sultan Abdul Halim Muazzam Shah (Polimas). Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, Sarjana Muda.
Mohd Balwi, M. K., (2004). Perkembangan Pembangunan dan Penerimaan
E-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohd Khodri, A.F., & Ahmad @ Nasiman, N. (2011). Persepsi pensyarah terhadap
CIDOS (e-Learning) di Politeknik Merlimau, Melaka. Politeknik Merlimau.
National Conference on Technical Education And Career, Research Unit,
Department Of Polytechnic Education
124
Mohd Taib, H.S. & Ngah, N.A. (2003). Pertimbangan Sosioteknikal dalam Reka
Bentuk dan implementasi ICT. ICT dalam pendidikan dan latihan: Trend dan
isu. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia
Mohd Ujang, A. (2015). Center for eLearning and Teaching. Politeknik Sultan Abdul
Aziz Shah.
Mohd. Yusof, K., Tasir, Z., Harun, J., & Helmi, S. A. (2006). Promoting Problem-
Based Learning (PBL) in Engineering Courses at the Universiti Teknologi
Malaysia. Global J. of Engng. Educ., Vol.9, No.2.
Mungania, P. (2003). The ASTD E-learning Handbook. In D.F. Russ-Eft (Ed.).
Human Resource Development Quarterly, 14(4), 493-497
Naqvi, S. J., (2012). M-Services Adoption in Oman Using Technology Acceptance
Modelling Approach, Communications of the IBIMA.
National Information Technology Council, NITC’ (2001). [Dalam talian].
http://www.nitc.org.my/nita/index.html [2001, Jun 15].
Nesbit, C. John & Adesope, O.O. (2006). Learning with concept and knowledge
maps: A Meta-analysis. Review of Educational Research 76 (3):413-448.
Omar, R. & Ahmad, J. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan
e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172
Padraig, W. & Lawler, M. (2007). Investing in ICTs in educational in developing
countries: An evaluation of their impavt in Kenya. International Journal of
Education and Development Using Information and Communication
Technology (IJEDICT). 3 (1): 5-22.
Pallant, J. (2011). SPSS Survival manual: A step by step guide to data analysis using
SPSS for windows. 4rd ed. McGraw Hill: Open University Press.
Park, S. Y. (2009). An analysis of the Technology Acceptance Model in
Understanding University Student’s Behavioral Intention to Use e-Learning.
Educational technology and Society, 12 (3), 150-162.
125
Pettinati, M. C. & Cigognini M. E. (2007). Social networking theories and tools to
support connectivist learning activities. International Journal of Web-Based
Learning and Technologies, 2(3), 42-61.
Poon, W. C., Teng Low, K.L & Fie Yong, D.G. ( 2004). A Study Web Based
Learning (WBL) Environment in Malaysia. Journal of Educational
Management, Vol. 18 (6). 347-385.
Puteh, S.N. & Abd Salam, K.A., (2011). Tahap Kesediaan penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah. Jurnal pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34.
Ramdhani, N. (2007) Model Perilaku Pengguna IT. Fakulti of Psychology.
Universitas Gadjah Mada.
Ramli, S., Mohamad Zain, M.N., & Said @ Idrus, N.A. (2013). Kajian Penggunaan
CIDOS E-learning dalam Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah. Technical and Education
Colloqium (TEC) PTSB.
Rieber, L. P., & Welliver, P. W. (1989). Infusing educational technology into
mainstream educational computing. International Journal of Instructional
Media, 16 (1),21-32.
Rosseni, D. (2009). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya
E-Pembelajaran (eLSE) Versi 8.1 Menggunakan Model Pengukuran RASCH.
Journal of Quality Measurement and Analysis, 5(2), 12-27.
Sabitha Marican (2009). Penyelidikan Sains Sosial - Pendekatan Pragmatik. Batu
Caves: Edusystem Sdn. Bhd.
Saud, M. S., Abdul Rahman, M.A. & Shiung, T.K. (2006). Kajian Mengenai
Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar-Pelajar Jurusan
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Di IPTA. Universiti Teknoloi Malaysia.
1st International Malaysia Eucation Technology Convenstion.
126
Sulaiman, E. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Suleiman, W. A. (2012). Mengasah Kemahiran Literasi Digital. Sekolah Rendah
Beacon.
Teo, T., Su Luan, W., & Sing, C.C. (2008). A cross-cultural examination of the
intention to use technology between Singaporean and Malaysian pre-service
teachers: an application of the Technology Acceptance Model (TAM).
Educational Technology and Society, 11 (4), 265-280.
Ting, K. S (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-Learning) di
Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional di Institusi
Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor.
Wibowo (2012). Kajian Tentang Perilaku Pengguna Sistem Informasi dengan
Pendekatan Technology Acceptance Model (TAM).
Wiersma, W. (1995). Research methods in education: An introduction (6 th ed.).
Massachusetts: Allyn and Bacon.
Winarko dan Mahadewi (2013). Tinjaun Beberapa Model Teori Dasar Adoptasi
Teknologi Baru.
Yahaya, A., Hasyim, S., Ramli, J., Boon, Y., Hamdan, A.R. & Syed Mansur Al-
Habshi, S.M.S. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Teori,
Analisis dan Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.
Yahya, R., Hussin, N. & Mohammad Abdullah, N. (2011). Tahap Pengetahuan dan
Penggunaan Sistem CIDOS Dikalangan Pensyarah Politeknik Merlimau (PMM)
Satu Tinjauan. Politeknik Melimau, Melaka.
Yaman, A. (2011). Kesediaan Pensyarah Dalam Perlaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran (PnP) Menggunakan Pendekatan Outcome Based Education
(OBE) Di Politeknik Port Dickson. Politeknik Port Dickson.
127
Yasak, Z., Mohamad, B., Esa, A., Shabudin, S. (2009). Kaedah Pengajaran
Berasaskan Laman Web Terhadap Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik
Mekatronik Di Politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Teknologi 2009, 26-27 Oktober 2009. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Yassin, F., Sahari, N., & Salim, J. (2011). A Framework of Knowledge Sharing
through ICT for teachers in Malaysia. International Conference on Electrical
Engineering and Informatics.
Yusoff, R., Jamaludin, A.S. & Abdul Hameed, A. H. (2015). Tahap Kesediaan
Pelajar dalam Penggunaan Teknologi, Pedagogi, dan Kandungan (TPACK)
dalam Pembelajaran Kurikulum di IPT. Kolej Komuniti Bayan Baru.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Ying, Y. (2016). Kepentingan Kesediaan Belajar. Faculty of Humanities, BINUS
University.
Yusop, A. & Hassan, N.(2015). Kajian Persepsi Pensyarah Terhadap Aplikasi
‘E-Learning’ Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Komuniti
Kuantan. Kolej Komuniti Kuantan.
Zainal Abidin, Z. (2014). Garis Panduan Amalan Terbaik Konsep Pembelajaran
Teradun Bagi Politeknik-Politeknik Malaysia. Jabatan Pengajian Politeknik.
Zarwawi, N.F.F., (2015). Pelaksanaan pembelajaran Melalui Buku Teks Digital
dalam Memperkasakan Pengajaran Guru di Sekolah.
top related