ilmu qiraat 1_3 2014
Post on 09-Mar-2016
406 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
ILMU QIRAAT 1
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
2014
MINGGU KE-3
-
SAMBUNGAN MINGGU LEPAS
Faktor kemasyhuran Qiraat 7
MINGGU INI
Pengenalan ringkas Imam Asy-Syatibi dan Imam Al-Jazari
Latihan surah al-Fatihah
(Kaedah Idgham kabir & Isymam)
-
PENGENALAN RINGKAS
IMAM ASY-SYATIBI & IMAM AL-JAZARI
Pengenalan Matan Hirzul Amani
Biodata Imam Asy-Syatibi
Pengenalan Matan Ad-Durrah
Pengenalan Matan Toyyibah An-Nashr
Biodata Imam Al-Jazari
-
Matan Hirzul Amani
Matan ini ditulis oleh Imam asy-Syatibi dengan menjadikan kitab at-Taisir karya Imam ad-Dani sebagai sandaran utama.
Keistemewaan:
-memperkenalkan sistem kod (rumuz) yang diambil dari susunan abjad Bahasa Arab.
-sistem kod terbahagi kepada dua, kod individu & kod jamaie.
-
-Kod individu: iaitu satu abjad mewakili seorang Qari/perawi
-Kod jamaie: iaitu satu abjad atau satu perkataan mewakili sekumpulan Qari/perawi
-Keindahan Bahasa dan ketinggian aspek kesusasteraan.
Imam asy-Syatibi berusaha menulis seringkas yang mungkin, dengan menyebut satu cara bacaan tanpa mendetailkan bacaan untuk setiap qari/perawi
-
Metodologi Imam asy-Syatibi diterangkan secara terperinci dalam bab pendahuluan.
Walaupun matan ini bukan yang pertama ditulis, namun ia dianggap yang utama dan paling masyhur dalam bidang ini.
Matan ini mengandungi 1173 bait
Turut dikenali sebagai Matan asy-Syatibiyah
-
BIODATA IMAM ASY-SYATIBI
Nama: Al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad
Digelar: Abu Qasim atau Abu Muhammad asy-Syatibi al-Andalusi
Tempat lahir: Di Syatibah, sebuah kota ditimur Andalus (Sepanyol)
Tarikh lahir: tahun 538H
Tarikh wafat: 28 Jamadilakhir 590H, ketika berumur 52tahun
-
Disifatkan sebagai seorang yang buta, tetapi mempunyai kepintaran yang luar biasa.
Bergiat aktif dalam menuntut ilmu sejak kecil lagi.
Turut merantau semata-mata untuk mencari Ilmu.
Imam al-Qufati menceritakan bahawa masyarakat di Syatibah telah menjadikannya guru dan tempat rujukan berkaitan bacaan al-Quran sebelum usianya meningkat remaja.
-
Antara guru-gurunya:
Ilmu Qiraat:
1) Abu Abdullah Muhammad Bin Abu al-Ash
2) Ibnu Huzail (murid Imam ad-Dani)
Turut mempelajari kitab-kitab lain seperti Hadith dan Nahu karangan ulama yang terkenal antaranya Sibawaih, al-Mubarrad dan Ibn Qutaibah
-
Makam Imam Asy-Syatibi
-
MATAN AD-DURRAH
Ditulis oleh Imam Ibn Jazari
Menerangkan kaedah 3 imam (Abu Jaafar, Yaaqub dan Kholaf Asyir)
3 imam ini tidak disebut dalam Matan asy-Syatibi
Ia merupakan pelengkap kepada 10 Qiraat yang penerimaannya disepakati
Matan ini mengandungi 240 bait
-
MATAN TOYYIBAH AN-NASHR
Ditulis oleh Imam Ibn Jazari
Mengandungi 1015 bait
Persamaanya dengan Matan Hirzul Amani
-dari segi penggunaan istilah
-susunan bab
-penggunaan sistem kod(rumuz)
Metadologi Imam Ibn Jazari:
-syarat penerimaan sesuatu bacaan
-aspek-aspek tajwid seperti makhraj huruf, sifat huruf dan waqaf
-
BIODATA IMAM IBN JAZARI
Nama: Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Yusuf al-Umari ad-Dimasyqi
Gelaran: Ibn al-Jazari
Lahir: Pada malam 25 Ramadhan 751H di Damsyiq
Wafat: tahun 833H
-
Catatan
Ayahnya merupakan seorang peniaga dan sangat mengambil berat terhadap pendidikan anaknya
Seawal usia 13 tahun Imam Ibn al-Jazari telah dididik menghafal al-Quran
Ibn Jazari diiktiraf sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang melaut dalam beberapa disiplin ilmu seperti qiraat, hadis, fiqh, bahasa dan lain-lain.
Beliau gemar mengembara demi menuntut ilmu sejak kecil lagi
-
Guru-gurunya
Antara gurunya ialah Imam Ibn Kathir, tokoh Tafsir terkenal yang telah memberi ijazah kepadanya untuk berfatwa iaitu pada tahun 774H
Beliau juga memperoleh ijazah daripada gurunya Sheikh Islam al-Bulqini pada tahun 785H
Bertalaqqi dengan ulama di Mesir yang mempunyai sanad tertinggi ketika itu Abi Abdillah Muhammad Ibn al-Saigh. Qiraat Tujuh mengikut kitab Unwan, at-Taisir dan asy-Syatibiyyah
-
Turut bertalaqqi qiraat daripada gurunya Ibn al-Baghdadi
Di Madinah al-Munawarah, beliau bertalaqqi qiraat daripada Imam Masjid Nabawi yang bernama Abi Abdillah Muhammad Ibn Salih al-Khatib
-
Nafi Ibn
Kathir Abu
Amru Ibn
Amir Asim Hamzah
Al-Kisaie
Abu Jaafar
Yaaqub Kholaf Asyir
Matan Hirzul Amani / asy-Syatibiyyah
Matan ad-Durrah
Matan Toyyibah an-Nashr
Catatan: Rumusan Tokoh mengikut Matan
-
6 NOVEMBER 2014H / 13 Muharram 1436
top related