implikasi perbezaan individu
Post on 21-Feb-2016
2.673 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TAJUK
IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU
PENSYARAH
PROFESOR MADYA DR.SUPPIAH A/L NACHIAPPAN
DISEDIAKAN OLEH
KPP 6014
PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
THAMILMANI A/L SINNATAMBY M20141000419
KOGILAVANI A/P VIJAYAKUMAR M20141000413
PUVANESWARY A/P BATMANATHAN M20141000415
TELAGESWARY A/P BATMANATHAN M20141000414
1.0 PENDAHULUAN
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza diantara satu sama lain dari segi pelbagai aspek.
Pelbagai kajian telah dilakukan dan pelbagai teori telah dikemukakan bagi membuktikan
bahawa setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Khairul Yusri (2007) telah
menyatakan bahawa perbezaan individu dari segi ketidaksamaan apsek perkembangan secara
fizikal, mental, sosial, emosi dalam kalangan murid-murid. oleh sebab itu, para guru harus
memastikan bahawa aspek perbezaan dalam kalangan murid-murid dengan jelas supaya dapat
menggunakannya untuk mempengaruhi pembelajaran mereka.
Menurut Tang (1993), perbezaan adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara
ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelasaikan sesuatu
masalah. Guru-guru sering bersikap kurang prihatin terhadap aspek perbezaan individui dalam
sesuatu kelas. Hal ini kerana kebanyakan perbezaan ketara yang wujud seperti murid-murid
pemulihan, hiperaktif, disleksia dan masalah pembelajaran kronik sahaja sering dikenalpasti.
Oleh sebab itu, guru-guru tidak begitu fokus kepada aspek perbezaan lain-lain yang turut
memberi implikasi terhadap pengajaran dan juga pembelajaran murid-murid.
Selain itu, suatu kesedaran bahawa semua individu adalah berbeza daripada individu
yang lain harus dipunyai oleh guru-guru, ibu bapa dan masyarakat. Seorang bapa akan mendapati
bahawa anak bongsunya bersikap berlainan berbanding dengan anak sulungnya. Hal ini berlaku
disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu yang seiras walaupun kembar
seiras. Oleh sebab itu, sebagai insan yang bertanggungjawab guru-guru harus memahami
perbezaan individu dalam kalangan pelajar dan memberi perhatian tentang hal ini dalam proses
penyampaian ilmu.
2.0 PERBEZAAN GAYA BERFIKIR
Menurut Edward De Borno (1976) kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat
pelbagai persepktif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam situasi tertentu. Kenyataan ini
pula telah ditegaskan oleh John Dewey (1910) iaitu pemikiran merupakan aktiviti psikologikal
dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam situasi
1
yang dihadapi. Menurut Suppiah Nachiappan (2008) dalam bukunya yang bertajuk Psikologi
Pendidikan , perbezaan Gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya belajar murid.
Kedua-dua gaya yang dinyatakan adalah wujud daripada perbezaan individu.
2.1 Gaya Kognitif
Menurut Gesell.A (1954) , Gaya Kognitif merupakan cara seseorang individu mengingat ,
membuat persepsi dan mengingat kembali maklumat. Ia juga menerangkan bagaimana seseorang
individu memperoleh pengetahuan (kognisi) dan bagaimana mereka memproses pengetahuan
(konseptual) tersebut. Pernyataan ini disokong dimana menurut Woolfook (1988) dalam
artikelnya, Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai
persekitaran. Manakala Borich & Tombari menyatakan gaya kognitif adalah cara individu
memproses dan berfikir perkara yang dipelajarinya.
Menurut Garity (1985) gaya kognitif adalah cara –cara manusia memproses maklumat
dan pengalaman. Tambahan pula gaya kognitif dimaksudkan sifat-sifat memproses maklumat
yang mencerminkan cara biasa murid-murid melakukan persepsi ,pemikiran dan penyelesaian
masalah. Sebagai contoh , murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan
yang berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi
pertimbangan oleh guru terutamanya murid-murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan
mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan besar akan menjadi murid tercicir.
Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak -kanak
yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan
disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman
prasekolah.
Gaya kognitif murid-murid juga akan menentukan jenis pembelajaran mereka samada
auditori, visual, kinestetik dan sebagainya. Ia juga akan menetapkan tahap tumpuan mereka sama
ada mereka dapat memfokuskan terhadap sesuatu tugasan atau tidak. Jadi, dalam usaha
merapatkan perhubungan antara murid-murid maka guru-guru perlu memahami gaya kognitif
murid-murid mereka.
2
Gaya kognitif terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah gaya kognitif analisis,
gaya kognitif idealis, gaya kognitif pragmatik , gaya kognitif realisme dan gaya kognitif sintesis.
Ini telah dibuktikan oleh Vygotsky dimana gaya kognitif analisis ini menyebabkan murid-murid
mencari sesuatu keputusan untuk meramal. Murid-murid ini sentiasa mencari sesuatu keputusan
yang boleh diramalkan. Dengan ini murid-murid akan berfikir secara saintifik untuk mendapat
keputusan yang dikehendaki.
Seterusnya ialah bagi murid - murid yang mempunyai gaya kognitif idealis sentiasa
bersifat reseptif dan mengambil pandangan yang luas apabila berhadapan dengan sesuatu
masalah. Ciri-ciri yang sedia pada murid yang bersifat mementingkan aspek moral dan
kerohanian. Misalnya, murid-murid suka bertanya orang lain apabila menghadapi sebarang
kemusykilan. Golongan ini juga senang untuk berkerjasama dengan orang lain.
Bagi gaya kognitif pragmatik merujuk kepada pemikiran berpandukan pengalaman
praktikal dan pemerhatian dan bukannya berasaskan teori. Kenyataan ini disokong oleh Bramson
(2000), menurut beliau pemikir pragmatik adalah merupakan seorang yang fleksibel yang
mencari ganjaran langsung. Sebagai contoh, murid-murid yang mempunyai pemikiran pragmatik
hanya bertumpu kepada amalan-amalan praktikal. Bagi mereka pengalaman merupakan role
model terbaik.
Seterusnya pula bagi murid-murid yang berfikiran realis pula mereka menganggap dunia
realiti berdasarkan deria mereka. Contohnya , mereka yang berfikiran realism menumpukan
kepada apa yang dilihat secara fizikal. Bagi murid-murid yang berfikiran sintesis pula mereka
mampu mencari data dan maklumat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya,dalam
matapelajaran bahasa melayu penulisan murid berkebolehan untuk mengabungkan idea-idea
untuk menghasilkan sebuah karangan.
Berdasarkan teori piaget , merupakan teori utama dalam mengkaji bidang kajian
psikologi kognitif. Menurut Helen Gavin (1998), Piaget telah menekankan beberapa prinsip iaitu
tindakan permulaan secara berulang – ulang dalam menghasilkan struktur minda seseorang
murid dalam mencapai sesuatu matlamat. Misalnya , jika seorang guru ingin murid-muridnya
dapat mengira masalah matematik secara mental tanpa menggunakan kertas,pensel mahupun
alat tulis maka mereka perlu membuat banyak latihan sebelum mahir dalam sesuatu kemahiran.
3
Dengan ini kita dapat menyimpulkan bahawa latihan amat penting untuk memahirkan diri dalam
sesuatu kemahiran.
Namun demikian , Teori Piaget telah dikritik oleh Vygotsky. Menurut Suppiah
Nachiappan (2008) Vygotsky merupakan orang pertama yang banyak mengkritik teori yang
telah dinyatakan oleh Piaget. Vygotsky menegaskan bahawa guru harus menyokong seseorang
murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh , seseoarang guru harus membantu
dan membimbing seseorang murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah langkah demi langkah.
Bimbingan harus diberikan secara lanjut berdasarkan pada tahap seseorang murid.
Tuntasnya , proses pengajaran seharusnya memberikan peluang kepada murid-murid
untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Implikasi gaya kognitif terhadap pengajatran dan
pembelajaran ialah dapat menyediakan maklumat yang berguna kepada guru-guru mengenai
kaedah pengajaran mereka. Ia juga memberikan kepada penstrukturan kurikulum dan penilaian
dalam sekolah-sekolah. Pengenalpastian gaya kognitif juga membantu menentukan tahap inovasi
dalam kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian. Denag ini guru akan selalu peka terhadap gaya
kognitif dan kesannya terhadap persekitaran.
2.2 Gaya belajar
Gaya belajar merupakan cara yang digemari seseorang menggunakan keupayaan
belajarnya. Menurut Woolfook (1998) mengatakan gaya belajar ialah cara belajar seseorang
individu. Misalnya apabila guru mula memasuki bilik darjah, guru akan berhadapan dengan
berbagai ragam murid. Ada murid yang kelihatan ceria,peramah,suka berinteraksi dan ada juga
murid pendiam dan pemerhari sahaja. Senario ini terjadi kerana terdapat perbezaan individu
dalam pelbagai aspek. Seterusnya gaya belajar adalah variasi cara yang dimiliki oleh seseorang
untuk mengumpul dan menginterpretasi maklumat.
Menurut Mahani Razali (2003) Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung,
bebas , mengelak ,bekerjasama,bersaing dan mengelakkan diri. Witkin (1940) mengenalpasti
bahawa gaya belajar bergantung merupakan individu bergantung suka mempersepsi sesuatu
secara global manakala gaya belajar bebas pula suka mempersepsi sesuatu secara analitikal.
Gaya belajar juga boleh dikelaskan kepada tiga jenis. Antaranya ialah gaya belajar visual,
auditori, kinestetik. Pertama sekali gaya belajar visual iaitu gaya belajar yang lebih banyak
4
menggunakan alat pancaindera iaitu penglihatan sebagai alat untuk memperoleh pengetahuan.
Antara ciri-ciri yang ada pada murid yang memiliki gaya belajar visual ialah mudah memperoleh
pengetahuan terhadap apa yang dipelajarinya. Seterusnya ialah bagi gaya belajar auditori
merupakan gaya belajar yang lebih banyak menggunakan panca indear pendengaran untuk
memperoleh pengetahuan.Ciri-ciri yang dimiliki oleh murid pula ialah mudah bercerita, lebih
sukakan gurauan daripada membaca. Ketiga ialah gaya belajar kinestetik iaitu dimana
pembelajaran secara amali. Misalnya ciri –ciri murid tersebut ialah suka mempraktikan apa yang
dipelajarinya. Dengan adanya ketiga-tiga gaya belajar tersebut , guru dapat mengidentifikasikan
gaya belajar yang harus diajar. Parry dan Shipman iaitu dua orang tokoh yang banyak mengkaji
tentang hal-hal yang berkaitan dengan implikasi perbezaan individu telah mendapati sekurang-
kurang dua puluh perbezaan gaya belajar dalam kalangan individu. Oleh yang demikian setiap
guru diingatkan untuk bersedia sebelum pengajaran dimulakan.
Kolb(1984) menghasilkan inventori Gaya pembelajaran untuk membolehkan seseorang
individu mengenalpasti gaya belajar yang tersendiri. Antara konsep utama gaya belajar model
Kolb ialah pembelajaran disifatkan sebagai proses yang tiada penghujung. Ini tdapat dibuktikan
dengan kajian Dr.David Kolb iaitu beliau menegaskan bahawa manusia belajar melalui dua cara
iaitu mengamati dan memproses. Beliau juga telah menyatakan bahawa kitaran pembelajaran
yang lengkap terdiri daripada empat jenis. Ini dapat dibuktikan melalui teori pembelajaran
pengalaman dimana terdapat empat peringkat pengalaman yang telah dilalui oleh murid iaitu
pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, perkonsepan abstrak dan percubaan aktif. Hasil
daripada kempat-empat peringkat ini melahirkan individu dengan gaya belajar yang tersendiri
sama ada diverger, assimilator, konverger ataupun akomodator.
Seterusnya Menurut Honey dan Mumford (1992) mengatakan bahawa gaya belajar
sebagai penerangan terhadap sikap dan tingkah laku yang menentukan kecendurangan cara
pembelajaran individu. Konflik yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkait
rapat dengan perbezaan gaya belajar antara guru dan murid. Sebagai contoh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang murid yang cenderung untuk mempunyai gaya belajar
maka mereka boleh menggunakan pelbagai jenis gaya belajar.Ini adalah kerana pengamatan dan
pemprosesan maklumat yang berlaku pada murid adalah berbeza-beza.
5
Disini kita dapat membuat konklusi tentang gaya belajar adalah amat penting bagi
seseorang murid mahupun guru. Guru mempelbagaikan teknik pendekatan pengajaran,bahan dan
aktiviti mengikut tahap kecerdasan murid. Justeru guru berperanan sebagai pembimbing yang
sentiasa memotivasikan murid. Secara kesimpulannya perbezaan gaya berfikir dapat membantu
guru-guru dalam merancang proses - proses pengajaran dengan lebih sistematik. Guru yang
professional juga dapat mengajar dengan lebih professional. Selain itu guru perlu membuat
persediaan yang rapi bagi memastikan semua murid memperoleh maklumat dan ilmu yang
disampaikan. Setiap murid mempunyai gaya dan keupayaan berfikir yang berbeza. Menurut
Plato, tiada individu yang sama ; semua individu adalah berbeza secara semula jadi. Oleh yang
demikian untuk menjadi guru yang berkesan, guru perlu menyedari perkara ini dan memikirkan
pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk setiap murid. Setiap murid mempunyai
ciri-ciri yang berbeza sama ada dari segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan
perbezaan dalam proses pembelajaran.
2.3 Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran
Kamus Dewan (2007) menyifatkan perbezaan individu sebagai sifat tidak sama antara
atau ketidaksamaan antara individu. Takrifan ini juga turut disokong oleh Howard Gardner
(1983) yang menyatakan bahawa semua insan mempunyai aspek kognitif tertentu. Hal ini
membolehkan seseorang itu melihat kepada sesuatu masalah atau isu mengikut perspektifnya
sendiri. Seterusnya mereka juga dapat menyelesaikannya mengikut acuan sendiri. Tret yang
menentukan cara atau identity diri telah dibahagikan kepada sembilan kecerdasan baru-baru ini
oleh Howard Gardner. Maka, ia adalah sesuatu kemestian bagi seseorang guru untuk memandang
serius aspek penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Suppiah (2008) telah menyatakan bahawa objektif pembelajaran harus
ditentukan mengikut kemampuan murid. Perkara ini juga turut dibincangkan dalam Model Gaya
Pembelajaran Kolb(1984). Beliau telah menyatakan bahawa pelajar secara amnya terdiri
daripada empat kategori iaitu imaginatif dan kreatif, teori analisis, praktik dan intiutif dinamik.
Oleh sebab itu, objektif yang dapat memenuhi dan selaras dengan keperluan setiap murid dikelas
harus dirangka. Pada masa yang sama, objektif yang ditetapkan juga harus menjadi sesuatu yang
boleh direalisasikan oleh semua murid dengan pelbagai ciri-ciri.
6
Spencer (2003,p.251) telah menyatakan bahawa terdapat empat soalan penting yang
harus ditanyakan dalam diri seseorang guru sebelum menentukan sesutau objektif untuk subjek
yang hendak diajar. Persoalan seperti siapa yang saya akan ajar? ; Apa yang saya akan ajar? ;
Bagaimana Saya akan ajar? ; Bagaimana saya boleh ketahui samada murid telah memahami dan
mencapai isi pengajaran?. Persoalan yang dinayatakan oleh beliau amat sesuai dijadikan
sebagai sebuah panduan dalam merangka objektif pengajaran bagi menangani sebuah kelas
dengan perbezaan individu.
Persoalan pertama, harus diteliti dalam pelbagai aspek seperti bilangan murid, tahap
kecerdasan mereka. Tahap murid dalam sesutau kelas adalah berbeza seperti mana yang telah
dikaji. Dalam situasi yang sedemikian, guru harus berkebolehan untuk menentukan sebuah
objektif pengajaran yang boleh dicapai oleh semua tahap murid. tanpa bias terdapat segolongan
pelajar sahaja. oleh sebab itu, sebuah objektif yang umum harus ditetapkan terlebih dahulu dan
seterusnya objektif khusus yang sesuai bagi kumpulan murid yang berbeza harus ditentukan.
Misalanya, dalam suatu matapelajaran Bahasa Inggeris mungkin objektif boleh ditetapkan
seperti berikut.
Objektif umum :
2.1 Apply knowledge of sounds letters to recognise words in linear and non-linear texts.
Objektif Khusus :
2.1.1 (a) Able to recognise and articulate initial,medial and the final sounds in single syllable
words within given context.
2.1.2 Able to blend two to four phonemes into recognisable words and read them aloud.
Maka, objektif khusus yang sesuai dapat dipilh bagi memenuhi perbezaan individu dan
membolehkan semua murid dapat mencapai objektif pembelajaran mengikut tahap mereka tanpa
sebarang diskriminasi.
Seterusnya, persoalan bagaimana hendak diajar. Apabila objektif yang ditentukan cara ia
akan disampaikan juga harus diteliti. Pelbagai jenis aspek termasuk strategi, bahan dan penilaian
yang pelbagai harus di kaji terlebih dahulu sebelum membina objektif. Hal ini kerana Howard
Gardner telah menyatakan bahawa individu yang berbeza mempunyai kecerdasan yang berbeza.
7
Pada masa yang sama , terdapat juga individu yang mempunyai kebanyakan kecerdasan
kepelbagaian yang telah dikenalpasti. Maka, ia adalah sutau kemestian dimana guru harus
memilih suatu strategi yang dapat memenuhi perbezaan individu tanpa bias. Oleh sebab itu,
seseorang guru harus menggunakan sekurang-kurang dua strategi dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya ia dapat memenehui aspek perbezaan individu. Hal ini akan memastikan
bahawa objektif yang dibina memenuhi keperluan setiap murid. Begitu juga dengan aspek-aspek
seperti penilaian dan juga bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang meliputi aspek
visual, audio dan kinestatik juga boleh menjamin bahawa aspek perbezaan individu tidak
diketepikan.
Setersusnya, persoalan mengenai apa yang saya akan ajar dan juga bagaimana untuk
mengenalpasti sama ada murid telah berjaya menguasainya atau tidak juga harus ditumpukan
perhatian. Hal ini dapat dipastikan dengan menumpukan kepada apsek penilain dan juga
penelitian terhadap kurikukulum atau rubrik yang dibekalkan.
Suppiah (2008) telah menyatakan bahawa objektif pembelajaran yang dibina harus
mengambilkira aras sebagaimana yang disarankan dalam Taksonomi Bloom yang terdiri
daripada aras-aras seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Taksonomi
Bloom merupakan suatu garis panduan yang luas digunakan secara luas dalam pelbagai
matapelajaran pada pelbagai peringkat iaitu pembelajaran rendah hingga ke pembelajaran
peringkat menengah. Suppiah(2008) telah menyatakan bahawa aras murid perlu dikenalpasti
terlebih dahulu sebelum objektif pengajaran ditentukan.
Hal ini kerana ketidakpastian dalam tahap sebenar murid atau kebolehan murid akan
menyebabkan guru merangka sebuah objektif yang agak tinggi dan sukar untuk dicapai. Hal ini
akan membawa kepada kekecewaan dalam diri murid apabila mereka tidak dapat mencapainya.
Oleh sebab itu, tahap perkembangan bagi seseorang individu mungkin akan tergugat seperti yang
dinyatakan ole Erik Erikson dalam teori psikososial. Seterusnya, hal ini akan menyebabkan
murid tidak dapat mencapai tahap-tahap seterusnya. Maka, boleh dikatakan bahawa guru gagal
untuk memenuhi aspek perbezaan individu dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, Suppiah (2008) juga telah menyatakan bahawa guru juga harus sedar akan
pelbagai jenis masalah pembelajaran murid yang terdapat dalam kelas seperti murid keperluan
khas, murid pintar cerdas, murid lemah (slow learner), disleksia, diskalkulia, disgrafia dan
8
sebagainya. Hal ini kerana kesedaran mengenai masalah yang dihadapi oleh murid-murid adalah
sesuatu yang sangat penting bagi memastikan bahawa ia tidak menggugat proses pembinaan
objektif dan seterusnya menganggu proses menyampaikannya. Hal ini kerana kegagalan guru
dalam mengambilkira aspek ini akan membawa kepada kekecewaan. Misalnya, guru akan
terlepas pandang, seorang murid dan ia mungkin akan menyebabkan dia mengganggu murid lain
atau hilang minat terhadap pembelajaran.
Seterusnya, guru juga harus peka terhadap objektif yang ditetapkan bagi sesuatu
kumpulan murid. Hal ini kerana murid dengan masalah tertentu memerlukan pendekatan yang
berbeza misalnya kaedah koperatif, kolaboratif, kaedah individu, kaedah deduktif, kaedah
konstruktuvitis dan lain-lain. Pada masa yang sama, guru juga harus memastikan bahawa beliau
tidak mempunyai suatu anggapan bahawa muridnya boleh mengikuti objektif yang ditetapkan
secara am. Hal ini kerana kegagalan dalam membezakan murid mengikut ciri-ciri tertentu sudah
semestinya akan membawa kepada masalah dalam mencapai objektif pembelajaran.
Tuntasnya. Harus diingati bahawa objektif yang ditetapkan bukanya meliputi buku teks ,
kandungan rancangan pengajaran tahunan dan kehendak guru manakala ia harus mengambilkira
apsek perbezaan indivdu secara menyeluruh tanpa sebarang bias.
3.0 KESEDIAAN BELAJAR
Kesediaan belajar merupakan keadaan status diri individu yang sudi menerima maklumat
dari persekitaran dengan fikiran terbuka. Murid-murid harus berada dalam keadaan yang tenang
dan selamat bagi menjadikan murid bersedia untuk belajar dengan optima.Menrut Margaret E.
Gredler kesediaan belajar dapat didefiniskan sebagai “Keadaan individu pada satu titik
perkembangan fizikal, mental, emosi, atau sosial yang mencukupi untuk mengendalikan sesuatu
tugasan tertentu”. Menurut John C. Ruch , kesediaan adalah istilah untuk perkembangan tahap
kebolehan tertentu dan satu set minat tertentu. Dalam had keupayaan murid, seseorang murid
yang belum bersedia untuk menguasai konsep atau kemahiran yang diberikan boleh disediakan
untuk menguasainya melalui anggaran yang sistematik dan berurutan (atau dengan kata lain,
kesediaan mengajar). Guru perlu menilai kesediaan murid dan meneliti tahap pencapaian ataupun
peenerimaan murid terhadap pembelajaran yang sudah dijalankan sebelum memulakan
9
pengajaran di bilik darjah. Ini berfungsi untuk memastikan pengajaran yang akan dimulakan
adalah lebih efektif.
3.1 Jenis-Jenis Kesediaan Belajar
Terdapat tiga jenis kesediaan belajar, yang pertama ialah kesediaan kognitif. Kesediaan
kognitif berkaitan dengan perkembangan mental murid untuk membolehkan mereka memahami,
berfikir dan menaakul dalam persekitaran pembelajaran yang baru. Secara umum, kesediaan
kognitif ditingkatkan apabila umur meningkat. Contoh, pada peringkat permulaan, murid boleh
memahami pendapat yang berbeza dan mengingat kembali. Pada peringkat berikutnya, mereka
berupaya mengintergrasikan beberapa pendapat untuk menyelesaikan masalah.
Seterusnya ialah Kesediaan Psikomotor. Kesediaan psikomotor merujuk kepada
penguasaan kemahiran yang memerlukan tindakan fizikal. Ia merangkumi perkembangan otot,
tulang, sendi, kordinasi dan kawalan pergerakan tubuh badan. Dalam menguji kemahiran
psikomotor seperti menulis, melukis dan membaling bola, murid perlu menjalani latihan untuk
menghalusi kemahiran mereka. Oleh itu, latihan adalah penting. Sementara itu, penguasaan
kemahiran psikomotor berkait rapat dengan perkembangan intelek dan afektif. Untuk
memperoleh pencapaian cemerlang dalam kemahiran psikomotor, murid perlu mempunyai
intelektual yang tinggi dan sikap yang positif. Oleh itu, guru perlu melatih murid mereka
menguasai kemahiran fizikal seara bijak selain memahami konsep, peraturan dan strategi.
Kesediaan belajar yang seterusnya, kesediaan afektif. Hal ini berkaitrapat dengan emosi
atau perasaan seseorang bagi menyerlahkan potensi individu tersebut. Jika murid berada dalam
keadaan relaks dan tidak tegang, penerimaan terhadap pengajaran adalah lebih berkesan. Jika
emosi murid adalah sebaliknya, murid akan sukar menerima isi pelajaran yang diajar oleh
guru. Perkara ini juga boleh dikatkan dengan sikap, rasa ingin tahu, kerajinan, minat dan nilai
kemanusiaan dalam diri murid itu sendiri.
10
11
Jenis-jenis
Kesediaan
Faktor yang mempengaruhi
Ciri-ciri Kesediaan
KOGNITIF Kematangan mental Menyedari, memahami, berfikir, persepi,
AFEKTIF Kematangan emosi Sikap, minat, nilai, perasaan, keyakinan diri
PSIKOMOTOR Kematangan fizikal Kemahiran, manipulasi tangan & jari, oto-otot, sistem saraf, tulang
3.2 Faktor-Faktor Kesediaan Belajar
Kesediaan belajar terhasil dengan mengambilkira beberapa faktor yang mempengaruhi
murid-murid. Antara faktor-faktor yang membina kesediaan belajar ialah kematangan,
pengalaman, sikap positif murid, minat dan perbezaan individu dan perbezaan jantina.
Kematangan adalah perubahan-perubahan yang berlaku dalam tubuh badan manusia
individu secara semulajadi hasil daripada perubahan fizikal dan biologi merupakan faktor
kesediaan belajar. Terdapat beberapa kategori kematangan, iaitu fizikal, sosial, intelek dan juga
emosi.Kematangan fizikal ialah tumbesaran yang berlaku pada individu sehingga berumur 21
tahun, contohnya seperti ketinggian dan otot-otot. Kita boleh menilai kematangan fizikal melalui
kemahiran seperti manipulasi peralatan sukan, alat muzik, alat geometri dan sebagainya.
Kematangan sosial pula merupakan kebolehan murid-murid berinteraksi dan berkerjasama
dengan individu-individu dan masyarakat seperti dengan rakan sekelas. Kebolehan interpersonal
ini memudahkan murid berkongsi idea dan pemikiran secara fasih dan lancar kepada orang di
sekelilinginya. Seterusnya, kematangan intelek, iaitu mengenai tahap perkembangan otak untuk
menerima sesuatu pembelajaran. Secara ringkasnya, pelajar yang lemah perlu dibimbing melalui
pemulihan, manakala yang pintar dikembangkan lagi dengan aktiviti pengayaan. Kematangan
emosi pula meliputi kestabilan perasaan murid-murid yang merujuk kepada minat, keinginan
dan jugga kepuasan. Ransangan yang bersesuaian dan nilai kasih sayang perlu diamalkan guru.
12
Pengalaman-pengalaman yang disusun rapi dalam pembelajaran juga salah satu faktor
kesediaan belajar. Hal ini akan mempengaruhi kadar menyerap sesuatu isi pelajaran. Pengalaman
lalu akan menimbulkan motivasi tinggi murid-murid untuk menerokai permasalahan yang
dihadapi dalam pembelajaran kerana murid ini akan lebih bersedia.
Sikap positif murid juga mempengaruhi kesediaan belajar murid-murid. Sikap positif dan
semangat mendadak untu belajar akan membantu murid yang lemah untuk meningkatkan
pencapaian. Minat juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesediaan belajar.
Minat terhadap permainan catur dan pada masa yang sama memiliki kematangan intelek yang
tinggi, murid ini pasti akan mencapai kejayaan dalam pertandingan catur.
Perbezaan individu merupakan pengaruh besar dalam kesediaan belajar. Setiap murid
adalah unik dan memiliki potensi serta keupayaan yang berbeza dari aspek-aspek kognitif dan
fizikal, ini member kesan perbezaan terhadap kesediaan pembelajaran mereka.
Perbezaan jantina juga mempengaruhi kesediaan belajar. Lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan dalam perkembangan biologikal dan pertumbuhan fizikal. Dalam
perkembangan remaja, perempuan menunjukkan kadar perkembangan yang lebih cepat daripada
llelaki. Ini dapat dilihat dengan jelas bahawa perempuan lebih tinggi dan lebih matang daripada
lelaki daripada tahun empat hingga kepada tingkatan menengah rendah. Perbezaan dari segi
sikap dan minat di kalangan jantina akan mempengaruhi kesediaan belajar. Lelaki biasanya
lebih minat mengambil sains dan matematik manakala perempuan akan mengambil ekonomi
rumahtangga dan mata muridan lain. Perbezaan dalam nilai budaya terhadap jantina yang akan
mempengaruhi kesediaan belajar. Contoh, perempuan diharapkan bersopan santun, manakala
lelaki pula diharapkan bertingkah laku aktif dan agresif.
3.3 Cara-Cara Meningkatkan Kesediaan Belajar
Terdapat pelbagai cara boleh dijalankan untuk meningkatkan kesediaan belajar murid-
murid. cara yang paling utama ialah kaedah pengajaran yang melibatkan aktiviti seperti
berpasangan dan kumpulan serta pemilihan alat bahan mengajar yang sesuai dengan
pembelajaran.
Cara kedua, memadankan pembelajaraan dengan keperluan murid, iaitu bahan serta
aktiviti yang menyeronokkan dan mesimulasikan pemikiran murid harus dilaksanakan.Di
13
samping itu, pemeringkatan isi kandungan pelajaran juga penting untuk melancarkan
pembelajaran. Guru harus mengamalkan pengajaran sistematik dan efektif dengan menyusun
urut pengajaran mengikut tahap kesukaran dari mudah ke kompleks.
Pemulihan serta pengayaan boleh dilaksanakan terhadap murid-murid yang lemah dan
murid-murid yang pintar. Guru boleh menyoal soalan yang mudah kepada murid-murid lemah
agar mereka termotivasi, manakala aktiviti yang lebih mencabar diberikan kepada murid-murid.
Hal ini menjadikan guru mesti mengasingkan murid-murid cerdik dan kurang cerdik.
Akhir sekali ialah pengagihan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti sosial di sekolah.
Perkara ini membolehkan murid-murid memilih sendiri rakan-rakan mereka untuk sesuatu
aktiviti pembelajaran supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid. Contohnya
penyelesaian masalah matematik secara berasangan. Hal ini meingkatkan kesediaan emosi yang
tidak suka bekerja sendirian.
3.4 Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Implikasi kesediaan belajar terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah dari segi
kesesuaian isi pengajaran.Guru perlu memilih isi pengajaran yang sesuai kepada sebahagian
besar murid dalam bilik darjah. Guru perlu merancang aktiviti pengayaan bagi murid yang cepat
menerima pembelajaran. Bagi murid yang lambat belajar, bimbingan tambahan dan aktiviti
pemulihan perlu dibincangkan.
Seterusnya ialah guru perlu mempraktikkan urutan yang betul dalam pengajaran.Bahan
pengajaran perlu dirancang dengan baik supaya ianya bergerak daripada senang kepada susah,
daripada yang tahu kepada tidak tahu, daripada konkrit kepada abstrak, daripada umum kepada
khusus dan daripada dekat kepada yang jauh. Ini akan membantu guru memulakan pengajaran
mereka terhadap murid yang mempunyai kesediaan belajar yang rendah dan membimbing
mereka beransur-ansur ke arah matlamat pembelajaran.
Bukan itu sahaja,malah guru perlu mevariasikan aktiviti ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran.Guru merancang aktiviti pengajaran mereka dengan mengambil kira minat murid
mereka yang berbeza. Semasa mengendalikan aktiviti, murid digalakkan memilih aktiviti yang
sesuai dengan kebolehan mereka. Jika semua aktiviti perlu dilaksanakan oleh semua kumpulan,
14
guru boleh menyediakan stesen yang berbeza untuk murid mereka supaya setiap kumpulan boleh
mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut mengikut giliran.
Dari segi strategi pengajaran pula , guru digalakkan menggunakan pelbagai contoh,
kaedah dan bahan pengajaran semasa menjalankan pengajaran mereka. Dengan cara ini murid
yang berlaian kesediaan dapat mengikuti muridan tersebut.
4.0 GANGGUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan
terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat
atau termasuk sekolah. Sebenarnya ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap
sebagai perlakuan, persepsi, dan perasaan yang pada kebiasaanya dialami oleh ramai orang
dalam kehidupan harian.
Kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh pakar psikologi, didapati bahawa tingkah
laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi
atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam persekitaran mereka. Ini secara
langsung akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan seterusnya mengganggu kestabilan
dan keharmonian persekitarannya. Dalam konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian
terhadap masalah murid sekolah ini diberi kepada dua pecahan utama iaitu tingkah laku murid
bermasalah positif dan negatif. Perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif
dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah positif. Manakala tingkah laku bermasalah
negatif pula sering dikaitkan dengan perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif
berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.
Gangguan PdP daripada Murid Berkeperluan Khas (PKBP)
15
Murid-murid yang bermasalah tingkah laku berkeperluan khas merupakan antara individu
yang memiliki kepelbagaian tingkah laku. Apabila membicarakan isu ini secara analitikal
didapati guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah
laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang
tidak dapat dielak. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku
ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu
bergantung kepada seseorang, melanggar perintah, motivasi kendiri rendah, tidak mesra dengan
guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, , agresif, , sentiasa mempunyai perasaan negative,
memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, sering resah serta kurang
kepercayaan terhadap kebolehan diri dan perlakuan hiperaktif.
Menurut Lianna Pizzo dan Susan M Bruce (2010), masalah tersebut secara umumnya
telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah
laku dan disiplin di dalam kelas adalah seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari
guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam
mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Di
samping itu, bahan dan alat mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar dari masa ke
semasa. Jika perkara ini tidak dipandang serius maka murid-murid akan mengganggu guru
semasa PdP dijalankan. Murid-murid tidak akan mengendahkan guru yang bertungkus-lumus
mengajar.
Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid
keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat
aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif, mengada-ngada dan
sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh
kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar
di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain.
4.2 Gangguan PdP daripada Murid Hiperaktif
16
Murid yang hiperaktif merupakan antara murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri
dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan mengganggu murid lain serta guru yang
mengajar di kelas. Ibnu Syamsi (2005) dalam kajiannya turut menyatakan bahawa murid-murid
hiperaktif ini boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid lain jika perasaan tidak stabil.
Contohnya murid hiperaktif ini akan memanjat pagar tingkap kerana emosi tidak stabil mahupun
untuk menarik perhatian guru. Kemungkinan besar murid itu akan jatuh dan tercedera atau pagar
itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Ini secara langsung akan
mengganggu PdP guru serta membazirkan masa guru. Murid ini juga didapati akan mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam
kelas, membuat bising dan menganggu murid lain.
Kebiasaannya murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif ini adalah disebabkan oleh
kurang berdisiplin ketika di rumah ataupun kurang perhatian daripada ibu bapa yang sentiasa
sibuk dengan tugasan kerja. Secara langsung murid ini berkemungkinan mengalami tekanan
dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Sekiranya jumlah pergerakan sangat tinggi dan
impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir mereka boleh kerap mengetuk-ngetuk meja
dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.
4.3 Gangguan PdP Daripada Murid-Murid Tingkah Laku Bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran
merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas
dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara
umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran
seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang biasa berlaku di sekolah, murid X
yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid X itu suka bertanya tidak
putut- putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa
proses pembelajaran dan pengajaran berlaku . Ia juga memberi kesan kepada murid lain yang
sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan
17
memerlukan tumpuan serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid X
tersebut.
Selain itu, proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas akan mengalami
ketidakseimbangan sekiranya terdapat murid-murid bertingkah laku bermasalah positif seperti
cepat belajar dan pintar cerdas. Daripada pemerhatian didapati perilaku murid-murid sedemikian
akan menyebabkan gangguan emosi kepada murid dalam kelas itu sendiri, dan guru juga turut
akan menerima kesannya. Selain itu, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk
memperkatakan perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini
menyebabkan murid-murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa
rendah diri melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu
selain lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar. Ini secara
langsung akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Suppiah Nachiappan et.al
(2008) turut berpendapat bahawa murid cerdik mengganggu PdP dengan berkelakuan terlalu
proaktif, menyudahkan kerja-kerja cepat dan berani melawan.
Di samping itu, gerak-geri pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga
menyebabkan guru tidak selesa dan tidak berminat untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat
sekiranya guru tersebut kurang bijak mengawal tingkah laku murid-murid yang tidak diingini
dan tidak asertif dalam mengawal mereka. Contohnya, murid yang hiperaktif positif, ini apabila
diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang
menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan lebih awal.
Kebanyakan mereka mengganggu dan menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu
proses pembelajaran dan pengajaran. Murid yang menjadi pintar cerdas ini adalah murid yang
mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid PKBP ini merekalah yang lebih
berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.
Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat
mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru
boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.
18
4.4 Gangguan PdP daripada Murid-Murid Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan
akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di
kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam
bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti
tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku
merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif
kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam.
Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun
televisyen.
Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan
kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga
berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat
bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila
keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Walaubagaimanapun Axup & Gersch (2008) dalam kajian menyatakan bahawa
kebanyakan guru hanya bertanggapan bahawa murid-murid mencabar kekuatan mereka dengan
bertingkah laku disruptif. Namun ia juga berkait rapat dengan strategi pengurusan tingkah laku
murid oleh guru-guru. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid
tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri
ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi murid-murid
keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk mengikuti
pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan jasmani. Bagi
mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan
kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk
19
kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara
tidak langsung mengubah tingkah lakunya.
Menurut Khalim Zainal (2008) bagi mengatasi masalah tingkah laku ini guru seharusnya
mengabil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid
dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut cuma sekejap sahaja kerana murid ini cepat
bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran perdana guru
seharusnya berbincang dengan ibu bapa murid kerana ini berkemungkinan murid mengalami
masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar apa yang diminati oleh murid kerana
sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap murid ketika belajar.
5.0 PENUTUP
Menurut Suppiah Nachiappan et. al (2008), perbezaan individu merupakan elemen
penting yang perlu diambil berat dalam bidang psikologi pembelajaran terutamanya dalam
kalangan murid-murid sekolah. Perbezaan individu dalam kalangan murid dapat dikenalpasti dari
pelbagai aspek seperti fizikal emosi, kecerdasan, social, budaya, personality, bahasa dan etnik.
Tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan individu telah memberi impak yang besar terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
Maka guru-guru haruslah mengetahui pebagai strategi dan teknik serta perlu
melaksanakannya secara konsisten. Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya
dan gaya pembelajaran juga perlu diketahui guru dalam menyediakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk
mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang
sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik
kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah.
Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar
tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan
bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.
20
Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami
dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini
kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar
belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa,
status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial.
Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
21
RUJUKAN
Axup, T., & Gersch, I. (2008). The impact of challenging student behavior upon
teachers’ lives in a secondary school: teachers’ perceptions. British Journal of Special Education, 35(3), 144-151.
Ibnu Syamsi (2005). Management Tingkah laku Hiperaktif. Jurnal Pendidikan Khusus Vol 1 Nom 1 Juni, 2005.
Khalim Zainal (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9.
Lianna Pizzo; Susan M Bruce (2010). Language and Play in Students with Multiple Disabilities and Visual Impairmen. Journal of Visual Impairment & Blindness; May 2010; 104, 5; Academic Research Librarypg. 287
Mohd Khairuddin Abdullah Et.Al (2014). Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal For Educational Thinkers) Vol. 5, Pp. 59-77, ISSN 1985-3637 (Print)
Suppiah Nachiappan et.al (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd
22
Suppiah A/L Nachiappan (Ph. D.) Seri Lanang Jaya B. Hj. Rohani (Ph. D.) (2009) Peranan
Psikologi Pendidikan Dalam Membangunkan Pelajaran Berbentuk Cd Menggunakan
Peribahasa Pelajar Sekolah Rendah Melalui Analisis Hermeneutik Pedagogi. Fakulti Sains
Kognitif Dan Pembangunan Manusia Fakulti Bahasa
Baharin Abu, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar (2007).
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti
Pendidikan, UTM Johor. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Kajian. 19 Mac 2015, from
http://www.scribd.com/doc/3932226/kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-kemahiran-
belajar
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2005). HBEF2103
Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.
Kolb,D.A (1984) Experintel Learning :Experience as a source of learning and
Developmental.New Jersey:Prentice Hall. Gesell,A. The Ontogenesis of infant behavior, Dalam
Carmichael, L. (Ed.) Manual of Child Psychology, New York:Wiley, 1954.
Jerry Lawrence Bowling , (1998), Andrews, Lois Evelyn, (1983) ,An Examination Of
Spirituality Based On Howard Gardeners Theory Of Multiple Intelligence, The Southern Baptist
Theological Seminary, 63-84.
Theoretical Expansion of Erikson's Psychosocial Theory, Necessity or Postulating Two
Additional Adult Stages of Development, California school of professional psychology, 15-45.
Heitmeyer Jeanne Richesin,(1985), The Relationship Between Match/mismatch of cognitive
Learning Style of Fashion Merchandising Major, Cognitive Learning Style of Instructional
Settings and Level Of Student Achievement, The Florida State University College of Education,
72-79.
23
top related