ismul 'azhom
Post on 25-Jan-2017
27 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Doa Penyembuh Penyakit Kronik
3 AYAT AWAL SURAH AL-AN’AM
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah pertunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca (kandil), gelok itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
DO’A MOHON NUR PENERANG
Ya Allah! berikanlah cahaya dalam hatiku dan cahaya dalam kuburku….
dan cahaya pada pendengaranku, dan cahaya pada penglihatanku
dan cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku
dan cahaya pada darahku, dan cahaya pada dagingku, dan cahaya pada tulangku
dan cahaya di hadapanku, dan cahaya di belakangku
dan cahaya di kananku, dan cahaya di kiriku dan cahaya di atasku, dan cahaya di
bawahku dan dengan belas kasihanMu kerana
sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih…
AYAT TUJUH
DOA PENYERAHAN
“Wahai Tuhanku Yang Maha Lemah-lembut, Maha Mengasihani, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana! Daku adalah hamba yang bersifat
tergopoh gapah, lemah dan jahil. Daku mempunyai hajat tetapi daku tidak
mengetahui kesannya bagiku, sedangkan Engkau Maha Mengetahui. Sekiranya
hajatku ini baik kesannya bagi dunia dan akhiratku dan melindungiku dari api neraka maka kurniakan ia kepadaku pada saat yang
baik bagiku menerimanya. Jika kesudahannya buruk bagi dunia dan
akhiratku dan mendorongku ke neraka, maka jauhkan ia daripadaku dan
cabutkanlah keinginanku terhadapnya. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yang Maha Mengerti dan Maha Berdiri Dengan
Sendiri”.
Dan Kami adalah lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, - (Ayat 16 : Surah
Qaaf )
Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada. (Ayat 4 : Surah al-
Hadiid)
Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat
itu!”(Ayat 96 : Surah as-Saaffaat)
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun),
kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (Ayat 29 : Surah at-Takwiir)
Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.
DO’A SEBELUM TIDUR
“Allahumma Aslamtu Nafsi Ilaika Wa Wajjahtu Wajhi Ilaika Wa Fawwadhtu Amri Ilaika Wa Aljaktu Zhahri Ilaika
Raghbatan Wa Rahbatan Ilaika La Malja-a WalaManja Minka Illa Ilaika Amantu Bi Kitabikal-Ladzi Anzalta Wabi
Nabiyyikal-Ladzi Arsalta”
Wahai Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu dan aku menghadapkan wajahku kepadaMu dan
aku menyerahkan segala urusanku kepadaMu dan menyerahkan sepenuh kepercayaanku kepadaMu
dengan mengharapkan pahala dariMu dan takutkan azabMu, tiada yang dapat melarikan diri dariMu dan
tiada yang mendapat perlindungan dariMu melainkan terhadapMu jua. Aku beriman dengan
KitabMu yang telah Engkau turunkan dan beriman juga dengan Nabimu yang telah Engkau utuskan.
DO’A UNTUK IBUBAPA
“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
dapat berbuat amal yang Salih yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya
aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”
top related