isu-isu kontemporari tamadun islam dan tamadun barat

Post on 01-Dec-2015

211 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Isu-isu Kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Barat

ALIAA IRYANI ASHAIRI NAIM

KRISIS ALAM SEKITAR• Masalah pencemaran dan

kemerosotan kualiti alam sekitar merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan masa kini, baik di peringkat tempatan mahupun global.

• Permasalahan alam sekitar biasanya bersifat kompleks dan melibatkan perhubungan di antara banyak faktor.

• Sebahagian daripada masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini adalah berkait dengan keputusan yang dibuat di peringkat di peringkat individu.

Pandangan dan Sikap

Manusia Terhadap

Alam Sekitar

Dominasi (Dominati

on)

Kekhalifahan

(Stewardship)

Romantitisme

(Romanticism)

1. Domanisasi

• Pandangan ini membenarkan eksploitasi dan kawalan manusia terhadap alam sekitar demi memenuhi keperluan manusia.

• Alam semulajadi dianggap sebagai satu gedung sumber atau bahan untuk kehidupan.

• Alam semulajadi tidak mempunyai nilai intrinsik dan kepentingan tersendiri.

• Alam merupakan satu bentuk komoditi dan tertakluk kepada keperluan manusia.

• Manusia dan alam dilihat sebagai dua entiti yang terpisah.

2. Kekhalifaan

• Pandangan ini mengatakan bahawa manusia adalah khalifah di bumi dan bukannya tuan punya alam ini.

• Manusia bertanggungjawab di dalam memakmurkan alam dan bukan mengeksploitasinya secara sembarangan.

• Manusia dan alam semulajadi merupakan dua entiti yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara satu sama lain.

3. Romantisisme

• Pandangan ini meletakkan nilai intrinsik dan kegunaan kepada setiap bentuk.

• Spesis hidupan selain daripada manusia dilihat sebagai suatu entiti yang perlu dihormati haknya.

• Alam semulajadi perlu dihormati dan dijagai sebagai suatu yang suci.

• Pandangan ini menganggap bahawa manusia dan alam merupakan entiti yang sama.

• Manusia adalah sebahagian daripada alam.

PERSEPSI JIHAD

• Jihad adalah satu konsep Agama Islam yang murni. Ia merupakan satu cara bagaimana Agama Islam mampu dipertahankan daripada kemusnahan akibat serangan daripada musuh. Malangnya, jihad kurang difahami oleh masyarakat Barat.

• Media barat memutarbelitkan pengertian jihad dengan menggambarkan  jihad dengan keganasan dan pembunuhan

• Pengertian ini lebih jelas selepas Tragedi 11 September di New York  serta beberapa siri pengeboman berani mati. Muncullah gerakan seperti Jemaah Islamiah, Militan Malaysia dan Al-Maunah.

• Umat Islam bertindak balas dengan kekerasan perjuangan mereka yang dipanggil jihad.

• Barat menjatuhkan Islam dengan menjatuhkan kredibiliti pemimpin, meruntuhkan kestabilan ekonomi serta memecah belahkan perpaduan negara-negara Islam

• Masyarakat Barat juga tidak menerima pemikiran Agama Islam yang bersifat dogmatic (iaitu percaya kepada sesuatu dan mengikut kepercayaan itu tanpa menyoalkan kebenarannya)

• Sebenarnya masyarakat Barat menganggap jihad sebagai perbuataan orang fanatik. Masyarakat umum di Barat menolak pemikiran bahawa jihad adalah satu cara penyelesaian yang bertamadun.

• Pada pendapat mereka, cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah melalui proses perdamaian diplomasi.

• Ini berkait rapat dengan pemikiran sebahagian besar masyarakat Barat bahawa sitsem demokrasi merupakan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah kumpulan manusia yang berbeza hidup dalam keadaan aman bersama-sama.

• Pemikiran ini dapat dilihat daripada kesungguhan pihak Amiraka Syarikat untuk mewujudkan satu sistem demokrasi di Iraq pada hari ini.

ETIKA DALAM SAINS• Azizan Bahrudin ( 1986 ) menyatakan

bahawa bidang sains merupakan cabang ilmu yang menjadi fitrah kepada manusia dan tidak tertakluk dengan mana-mana agama tertentu.

• Namun begitu, apabila diperhatikan, banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. menyentuh secara umum dan khusus mengenai bidang sains ini

• Kegiatan sains dalam Tamadun Islam,seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain iaitu mestilah berpandu dan dibimbing oleh al-Quran Hadith nabi Muhammad S.A.W. 

• Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia,Muhamad Abu Zakaria al-razi, Bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintah oleh khalifah untuk membuat racun arsenik namun beliau menolak pelawaan khalifah tersebut kerana arsenik boleh membunuh.

• Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana  usaha dilakukan dengan  sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia  dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi.

• Pendekatan kedua ialah pendekatan yang  menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia.

• Ilmu sains Islam perlu dikaji sebagai satu keseluruhan dan dan saling kaitan dengan benda lain. Ini kerana ciptaan Allah merupakan satu kesatuan organik.

• Semasa kajian dan penyelidikan, pengkaji dan sarjana Islam perlu insaf terhadap kekuasaan Allah yang menentukan sesuatu yang berlaku. Mereka perlu lebih dekat kepada Allah dengan penemuan yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan.

Lima Teras Dalam Etika Sains Mengikut Islam

Tauhid Uluhiyyah

Khalifah

Tazkiyyah an-Nafs

Tauhid Rububiyya

h

Al-Falah

Tauhid Uluhiyyah

• Tauhid Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan.  Setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.

Tauhid Rububiyyah

• Tauhid Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia dan akan membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa  mereka wajib berusaha dan  juga mereka perlu berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan.

• Sikap berserah semata-mata (kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah) , iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada Penciptanya iaitu Allah.

Khalifah

• Manusia adalah khalifah  atau duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental, dan juga sumber-sumber material, untuk membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan.

• Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu. Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan mulia (al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). 

• Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan.

• Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan  puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta  kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya.

Tazkiyyah an-Nafs

• Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan  tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah.

• Manusia merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. 

• Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses  penyucian dinamik  yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.

Al-Falah

• Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan meyumbang kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai  menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.

SEKIAN TERIMA KASIH

top related