jabatan pelajaran sarawak
Post on 02-Aug-2015
58 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Profil JabatanJabatan Jabatan Pelajaran SarawakKetua
JabatanPengarahEncik Abdillah bin Adam
AlamatBangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, 93604 Kuching Sarawak
Nombor telefon
082-243201 / 253546 / 256195
Nombor faks 082-246750Laman web http://www.moe.gov.my/jpnsarawak
Alamat e-melMatlamat
Sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan dasar pendemokrasian pendidikan Jabatan Pelajaran Sarawak berusaha untuk mempertingkatkan mutu:
1. Perkhidmatan pelajaran yang diberi dan disediakan,2. Profesionalisma semua kakitangan pelajaran di semua peringkat,3. Alam dan budaya kerja,4. Pengurusan organisasi dan institusi pelajaran di semua peringkat,5. Sahsiah dan pencapaian akademik pelajar.
VisiOrganisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan pendidikan
CartaCarta Organisasi
MisiMemastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan di semua peringkat dilaksanakan secara paling berkesan untuk mencapai matlamat
Piagam PelangganKAMI WARGAJABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAKDENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAMBERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKANSELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru institut perguruan dan universiti dari Kementerian Pelajaran dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.
3. Memastikan semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh antara dua minggu hingga sebulan dari tarikh borang diterima.
4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu
Piagam Pelangganbulan dari tarikh penerimaan.
5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.
6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh ianya diterima.
7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran. 8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang
membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
9. Memastikan jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:
o sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh lima minit.
o menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pelajaran, PPG / PPDK dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh ianya diterima.
Struktur Organisasi Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan
PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN PELAJARAN SARAWAK
ABDILLAH BIN ADAM PENGARAH PELAJARAN SARAWAK
abdillah.adam@moe.gov.my
JAIDAH BINTI HAJI ALEKTIMBALAN PENGARAH PELAJARAN SARAWAK
jaidah.alek@moe.gov.my
VisiOrganisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan pendidikan
MisiMemastikan pengurusan semua aspek perkhidmatan pendidikan di semua peringkat dilaksanakan
secara paling berkesan untuk mencapai matlamat
Objektif
Memperluaskan kemasukan kanak-kanak ke sekolah sehingga 100% bilangan kohort umur dan menentukan setiap murid mendapat pendidikan formal dan tidak formal yang bermutu dengan sentiasa:
*Meningkatkan keberkesanan kepimpinan dan pengurusan sekolah;
* Meningkatkan tahap profesionalisme staf; * Memperbaiki keadaan fizikal bangunan dan kemudahan sekolah serta keceriaan alam
sekeliling; dan * Mempelbagaikan program kurikulum dan kokurikulum sekolah bagi menepati
kepelbagaian potensi, bakat dan minat para pelajar. * Mengadakan jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang seni, budaya dan warisan.
top related