jaringan maklumat pos malaysia berhad no. kdnhep : … · berita utama - pembayaran rebat tunai...
Post on 02-Mar-2019
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 1
No. KDNHEP : PP14292/8/2006BIL. 20-21 [KELUARAN 2/2008 & 3/2008]
JARINgAN MAKLUMAt Pos MALAysIA BERHADUNtUK EDARAN DALAMAN
• Kemeriahan Karnival Sukan Pos Malaysia ke 15
• Batik Glam di Makan Malam Tahunan 2008
• Pencarian Pos Malaysia All-Starz 2008 Tiba di Kemuncaknya
2 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
Team @ PosNetPENASIHATYBhg Datuk Abu Huraira Abu YazidPemangku Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
KETUA PENGARANGYBhg Datin Rohaiza HashimKetua Kumpulan Komunikasi Korporat
PENGARANGYazli Muhamad SalehPengurus, Bahagian Komunikasi Korporat
PENOLONG PENGARANGHazly DamanhuriPenolong Pengurus, Bahagian Komunikasi Korporat
JURUGAMBARAyob RamliBahagian Komunikasi KorporatMohd Rezuwan Mohd NoorBahagian Komunikasi Korporat
PENYUMBANGPosLajuPosNiagaBahagian Komunikasi Korporat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada setiap keluaran, kami paparkan kepada anda cerita-cerita serta peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku di Pos Malaysia.
Dari berita negeri hinggalah ke IbuPejabat di Kompleks Dayabumi. Dari berita warga kerja hinggalah ke berita korporat.
PosNet – Surat berita rasmi edaran dalaman Pos Malaysia kini telah hampir 4 tahun ‘bersiaran’. Pada keluaran ini kami tampilkan imej baru seiring dengan perubahan identiti korporat Pos Malaysia yang baru. Kami akan berubah dan terus berubah mengikut kesesuaian masa dan selera pembaca.
Berita utama di edisi ke 20 ini sudah pastinya mengenai pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan yang layak. Pastinya seluruh warga kerja Pos Malaysia telah berganding bahu dan berusaha keras bagi memastikan proses pembayaran tersebut berjalan dengan lancar. SYABAS warga Pos!
Di samping itu, pastinya kami muatkan berita-berita serta gambar-gambar menarik sepanjang Karnival Sukan Pos Malaysia ke 15, Makan Malam Tahunan 2008, dan tidak ketinggalan Pos Malaysia All-Starz 2008.
Pada sesetengah orang, gambar menceritakan seribu kenangan. Justeru di keluaran ini, kami muatkan lebih gambar untuk tatapan pembaca PosNet yang budiman. Enjoy….
The team @ PosNet
Pendapat anda keutamaan kami. Kongsikan bersama kami segala pandangan dan cadangan anda ke:Team @ PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951e-mel : hazly@pos.com.my / yazli@pos.com.my
notaPengarangkandunganBERITA UTAMA- Pembayaran REBAT TUNAI berjalan lancar 03
GEMPAK @ PosNet- Kemeriahan Karnival Sukan Pos Malaysia ke 15 06
- Batik Glam di Makan Malam Tahunan 2008
- Pencarian Pos Malaysia All-Starz 2008 Tiba di Kemuncaknya
KORPORAT @ PosNet- Mesyuarat Agung Tahunan ke 16 08
- Pelancaran Polisi ‘Whistleblowing’ 09
- Perjanjian Persefahaman di antara Pos Malaysia 08
dan Chemical Company of Malaysia (CCM)
- Pesta Buku 2008 08
- Minggu Saham Amanah Malaysia 2008 10
INFO@PosNet- Polisi ‘Whistleblowing’ 11
- Cawangan baru PosLaju di Cheras, Limbang & Sri Aman 12
- Terkini di PosOnline 12
SETEM & FILATELI @ PosNet 13
PERSONALITI @ PosNet 14
PUISI @ PosNet 14
visirakan kepercayaan anda
Your TruSTed PArTner
misiMeLaksanakan keceMerLangandaLaM setIap pekerjaan serta MeMBerIkan HasIL terBaIk
execuTe excellence IneverYThIng We do AndgenerATe BeST reTurnS
Datuk Abu Huraira
Yazli
Ayob
Datin Rohaiza
Hazel
Rezuwan
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 3
Selaras dengan keputusan Kerajaan untuk
memberikan rebat tunai kepada pemilik
kenderaan persendirian yang layak, Pos
Malaysia telah dilantik sebagai pengendali
untuk proses agihan tersebut.
Bagi memberikan penjelasan kepada
semua pemilik kenderaan, Pos Malaysia
telah pada 12 Jun 2008 mengadakan satu
Sidang Media bertempat di Dewan Sri Pos,
Kompleks Dayabumi. Antara panel utama
Sidang Media tersebut termasuk YBhg Datuk
Abu Huraira Abu Yazid, Pemangku Pengarah
Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
pembayaran REBAT TUNAIberjalan lancar
BeriTa UTamaPos Malaysia Berhad; YBhg Dato’ Haji Solah
Mat Hassan, Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan; dan YBhg Datuk
Ibrahim Mahaluddin Puteh, Timbalan Ketua
Setiausaha (Dasar) Kementerian Kewangan
Malaysia. Majlis tersebut turut dihadiri oleh
Barisan Pengurusan Kanan Pos Malaysia.
Seterusnya pada 14 Jun 2008,
iaitu hari pertama pembayaran rebat tunai
dilancarkan, satu lagi Sidang Media telah
diadakan di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
di mana ianya telah dipengerusikan oleh YB
Dato’ Shaziman Abu Mansur, Menteri Tenaga,
Air dan Komunikasi, dengan turut disertai
oleh YBhg Datuk Abu Huraira Abu Yazid,
Pemangku Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia. Pada
majlis tersebut, YB Dato’ Shaziman juga telah
meluangkan masa untuk melihat sendiri proses
pembayaran rebat tunai di Pejabat Pos Bandar
Baru Bangi. Sebelum itu, tepat jam 8.30 pagi
hari yang sama, YB Dato’ Shaziman juga telah
meninjau proses pembayaran rebat tunai di
Pejabat Pos Taman Tun Dr. Ismail.
Pada 26 Jun 2008, satu lagi Sidang
Media telah diadakan di Dewan Sri Pos,
4 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
BeriTa UTamaIbuPejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi
bagi memberikan penjelasan kepada pemilik
kenderaan mengenai perlaksanaan Fasa Kedua
pembayaran rebat tunai tersebut. Antara panel
utama Sidang Media tersebut termasuk YBhg
Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Pemangku
Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Pos Malaysia Berhad; Encik Zairi
Mat Ali, Pengarah Bahagian Korporat dan
Penyelidikan Jabatan Pengangkutan Jalan; dan
YBhg Datuk Aziyah Bahauddin, Setiausaha
Bahagian Analisa Cukai, Kementerian
Kewangan Malaysia. Majlis tersebut turut
dihadiri oleh Barisan Pengurusan Kanan Pos
Malaysia.
Pos Malaysia menerima maklum balas
yang sangat positif dari para pelanggannya
dan mereka sangat berpuashati dengan masa
menunggu dan perkhidmatan yang disediakan.
Atas perkhidmatan yang cemerlang itu juga, Pos
Malaysia telah menerima surat penghargaan
dari Menteri Kewangan Kedua, YB Tan Sri
Nor Mohamed Yakcop.
6 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
Karnival Sukan Pos Malaysia kali ke 15
telah diadakan dari 6 hingga 9 Jun 2008.
Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian
Kelantan telah dijadikan lokasi pertandingan
dan penginapan para peserta. Negeri Cik Siti
Wan Kembang ini telah melakukan persiapan
yang rapi bagi memastikan segala perancangan
berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Upacara Perasmian telah diadakan
di Padang Terbuka universiti tersebut pada
6 Jun 2008 jam 8.00 pagi. Yang Berusaha
Encik Mohamed Hazlan Mohamed Hussain,
Ketua Pegawai Operasi PosMel telah diberi
penghormatan untuk merasmikan karnival
sukan yang paling meriah pernah diadakan.
Perbarisan kontinjen memulakan acara sebelum
upacara menaikkan bendera serta persembahan
kebudayaan dari Negeri Kelantan.
Antara acara-acara sukan yang telah
dipertandingkan ialah Tenpin boling, Karom,
Badminton, Bola Jaring, Bola Sepak, Ping
Pong, Bola Tampar dan Sepak Takraw. Pada
tahun ini juga telah diperkenalkan satu lagi
acara iaitu futsal yang terbahagi kepada dua
kategori iaitu kategori veteran dan terbuka.
Sepanjang karnival ini berlangsung,
secara keseluruhannya atlet-atlet telah
menunjukkan semangat kesukanan yang
tinggi dan sentiasa bertindak positif dalam
semua acara.
“Kalah atau menang adat bertanding,
kami datang ke Kelantan bukan semata-mata
memburu kemenangan tetapi yang lebih
penting semangat kekeluargaan dan setiakawan
yang diterapkan dalam karnival sukan ini. Dan
saya amat menyokong jika ia diadakan pada
setiap tahun,” menurut seorang peserta.
Johan karnival sukan pada kali ini
disandang oleh Negeri Perak Darul Ridzuan.
Kehebatan negeri Perak dengan menjuarai
banyak acara telah membawa mereka sebagai
juara pada kali ini. Sudah tentu tuan rumah
akan datang iaitu Pos Malaysia Pulau Pinang
menjadikan Karnival Sukan di Kelantan sebagai
penanda aras dalam menjayakan karnival sukan
mereka yang akan datang. Terima kasih Negeri
Cik Siti Wan Kembang kita berkampung lagi
di Pulau Mutiara nanti!
kemeriahan Karnival Sukan Pos Malaysia ke 15GemPak @ PosNet
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 7
kemeriahan Karnival Sukan Pos Malaysia ke 15>> GemPak @ PosNet
20 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
Batik Glam di Makan
Malam Tahunan
2008
Pencarian Pos Malaysia
All-Starz 2008 Tiba
di Kemuncaknya
18 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
Pencarian Pos Malaysia All-Starz 2008 Tiba di KemuncaknyaEnam zon telah dijelajahi untuk
mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan warga kerja Pos Malaysia. Kemuncaknya ditentukan di Dewan Nurani, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan. Dua orang juri professional iaitu Cik Irmalailatulmunira dan Encik Shariful Akma pensyarah dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Malaysia (ASWARA) telah dilantik untuk mengadili pertandingan ini dari peringkat zon hingga peringkat akhir.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya ia dikenali sebagai Pertandingan Bakat Seni Pos & Koir namun kini ia lebih dikenali sebagai Pos Malaysia All-Starz. Pada tahun ini juga tiada peringkat separuh akhir diadakan tetapi seramai 12 orang peserta solo dan 5 kumpulan koir dibawa ke peringkat akhir.
Sabah terus mengungguli kategori koir untuk dua tahun berturut-turut mengenepikan saingan terdekat mereka Selangor di tempat kedua dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketiga. Sarawak sekadar berpuas hati di tempat keempat dan Kelantan di tempat kelima. Pada tahun ini mereka hanya perlu mendendangkan sebuah lagu yang sama sebagai menguji tahap kreativiti kumpulan masing-masing.
Bagi kategori solo, johan disandang oleh wakil dari Negeri Melaka, Saiful Bahari yang mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah, ‘Aku’. Persembahan yang meyakinkan dengan lagu Che Mek Molek nyanyian asal Dato’ M. Daud Kilau nampaknya belum mampu untuk membawa Ismail Atin dari Sarawak untuk bergelar johan All-Starz 2008. Beliau sekadar mendapat tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Harizam Koloni juga dari Sarawak dengan lagunya Mahakarya Cinta dendangan asal Faizal Tahir. Peserta-peserta lain yang turut bertanding ialah Effendy Md. Yatim (Johor), Joe Michael Linggi (Sabah), Rozi Jabidin (Kuala Lumpur), Sedek Hj Dris (Sarawak), Aziz Yusof (Kelantan), Ehsan Ali (Negeri Sembilan), Mohd Fadzil Mohammed (Terengganu), Sobry Ibrahim (Perak) dan Md. Nassir Jakle (Sabah).
Persembahan terbaik bagi kategori koir dimenangi oleh kumpulan koir negeri Sarawak manakala kategori solo disandang oleh Ismail Atin juga dari Sarawak. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Encik Mohamed Hazlan Mohamed Hussain, Ketua Pegawai Operasi PosMel, Tuan Haji Nadza Abdul, Ketua Pegawai Operasi PosLaju dan YBhg Datin Rohaiza Hashim, Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat.
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 19
Pencarian Pos Malaysia All-Starz 2008 Tiba di Kemuncaknya
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 17
Batik Glam di Makan Malam Tahunan 2008Makan Malam Tahunan Pos Malaysia
2008 telah berlangsung dengan meriah
di Grand Ballroom, Hotel Grand Riverview
Kota Bharu Kelantan pada 9 Jun 2008.
Kehadiran tetamu seramai lebih 1,600 orang
yang majoritinya terdiri daripada kontinjen
sukan dari seluruh Negara telah memeriahkan
suasana makan malam yang bertemakan Batik
Glamitu.IatelahdirasmikanolehTuanHaji
Nadza Abdul, Ketua Pegawai Operasi PosLaju
yang mewakili YBhg Datuk Abu Huraira
Abu Yazid serta turut dihadiri oleh barisan
pengurusan kanan Pos Malaysia.
Makan Malam Tahunan ini bertujuan
untuk terus merapatkan ukhuwah di kalangan
warga pos di seluruh Negara. Ini kerana
hanya inilah peluang keemasan yang ada
untuk mereka saling berkenalan dan bertanya
khabar.
“Kami amat mengalu-alukan agar
Majlis Makan Malam Tahunan dan Karnival
Sukan ini dapat diadakan pada setiap tahun
kerana kesannya amat positif terutama sekali
dalam memberikan motivasi dan sebagai
penghargaan yang cukup tinggi untuk kami
warga kerja Pos Malaysia” menurut seorang
peserta kontinjen.
Para tetamu pada malam itu telah
dihiburkan oleh pemenang-pemenang
pertandingan Pos Malaysia All-Starz 2008.
Namun yang paling istimewa adalah persembahan
oleh penyanyi rock terkenal yang mendapat
gelaran Papa Rock iaitu Ramli Sarip. Kemunculan
beliau telah mengundang jeritan dan sorakan
dari peminat-peminat setianya. Beliau telah
mendendangkan beberapa buah lagu yang cukup
mesra di telinga para tetamu pada malam itu.
Lagu-lagu seperti Bukan Kerana Nama, Nyanyian
Serambi, Syair Laila Majnun, Kamelia, Doa Buat
Kekasih dan Teratai membuatkan semua hadirin
turut menyanyi bersama.
Pada malam itu juga diumumkan negeri
seterusnya yang akan menjadi tuan rumah Karnival
Sukan dan pihak Majlis Penasihat Sukan Pos
Malaysia telah sebulat suara memilih Pulau Pinang
sebagai destinasi akan datang. Selain itu para tetamu
juga berpeluang memperolehi hadiah misteri melalui
cabutan bertuah dan kerusi bertuah. Hadiah utama
percutian ke pulau-pulau terkenal di Malaysia juga
turut disediakan sebagai lambang penghargaan
Pos Malaysia kepada warga kerjanya. Majlis yang
berakhir pada kira-kira jam 11.00 malam itu turut
menyaksikan dua orang yang bertuah menerima
gelaranKingdanQueenofBatikGlam.
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 21
Batik Glam di Makan
Malam Tahunan
2008
Pencarian Pos Malaysia
All-Starz 2008 Tiba
di Kemuncaknya
8 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
kOrPOraT @ PosNet
Mesyuarat Agung Tahunan ke 16Mesyuarat Agung Tahunan Pos Malaysia ke 16 telah diadakan pada
19 Jun 2008 di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC), Bukit Kiara
Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut adalah bagi mengumumkan
keputusan kewangan syarikat yang berakhir pada 31 Disember
2008, di samping mengumumkan pembayaran dividen kepada
pemegang saham. Mesyuarat juga mengumumkan mengenai
lengkapnya penstrukturan semula antara Pos Malaysia & Services
Holdings Berhad dan Pos Malaysia Berhad.
Pesta Buku2008Buat julung-julung kalinya Pos Malaysia telah menyertai
pameran BookFest@Malaysia 08 yang dianjurkan oleh
Popular Book Co. (M) Sdn Bhd. Ia telah berlangsung di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 24 Mei sehingga 1
Jun 2008.
Antara SBU yang menyertai pameran ini ialah
PosMel, PosLaju dan Filateli. Ruang pameran Pos Malaysia
telah mendapat sambutan yang hangat dimana orang ramai
mengambil peluang untuk memiliki setem peribadi mereka sendiri yang dijual pada harga promosi oleh Bahagian Setem & Filateli Pos Malaysia.
PoS MAlAySIA & CCMPos Malaysia dan Chemical Company of Malaysia
(CCM) telah menandatangani perjanjian strategik untuk
mempromosikan dan menjual produk kesihatan keluaran
syarikat mereka melalui PosNiaga eShop. Produk kesihatan
tersebut boleh didapati di www.posonline.com.my Sebanyak
36 jenis produk boleh didapati termasuk produk kesihatan
untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Perjanjian tersebut telah dilaksanakan ketika Minggu
Saham Amanah di Melaka pada 22 April 2008. Pos Malaysia
diwakili oleh YBhg Datuk Abu Huraira Abu Yazid selaku
Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan
CCM diwakili oleh Pengarahnya, YBhg Dato’ Dr. Mohamad
Hashim Ahmad Tajudin. Turut diundang sebagai saksi
perjanjian ialah T.Y.T Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun
Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaacob dan Tan Sri Adam
Kadir Pengerusi Pos Malaysia Berhad.
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 9
>> kOrPOraT @ PosNet
Pos Malaysia telah melancarkan Polisi
‘Whistleblowing’ pada 19 Jun 2008 di
Dewan Sri Pos, IbuPejabat Pos Malaysia,
Kompleks Dayabumi. Pelancaran tersebut telah
disempurnakan oleh YBhg Datuk Abu Huraira Abu
Yazid, Pemangku Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad. Majlis
yang dihadiri oleh warga kerja pelbagai peringkat
serta Pengurusan Kanan syarikat itu telah turut
dihadiri oleh Encik Wee Hoe Soon, Ahli Lembaga
Pengarah Pos Malaysia.
Polisi ‘Whistleblowing’ ini adalah
merupakan satu usaha syarikat untuk mewujudkan
budaya ketelusan di Pos Malaysia. Pos Malaysia
memerlukan wargakerjanya mengamalkan tahap
etika kerja yang tinggi dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawab. Komitmen Pos Malaysia ke
arah ketelusan, integriti dan akauntabiliti dapat
direalisasikan melalui pelaksanaan program ini
yang mana ianya telah diluluskan oleh Lembaga
Pengarah.
Pelancaran Polisi ‘Whistleblowing’
10 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
>> kOrPOraT @ PosNet
Minggu SAhAM AMAnAh
MAlAySiA 2008
Pada 20-28 April 2008, Pos Malaysia
telah mengambil bahagian dalam
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)
bertempat di Melaka International Trade
Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Ia telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Ia juga
turut dihadiri oleh YBhg Tan Sri Adam Kadir,
YBhg Datuk Abu Huraira Abu Yazid serta
Pengurus Negeri Melaka. YBhg Tan Sri Adam
telah menyampaikan cenderahati kepada YAB
Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
sewaktu lawatan beliau ke ruang pameran Pos
Malaysia. Turut serta sewaktu lawatan YAB
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah YAB
Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri
Melaka, YABhg Tun Dato’ Seri Ahmad Sarji
Abdul Hamid, Pengerusi Permodalan Nasional
Berhad (PNB), YBhg Tan Sri Dato’ Hamad
Kama Piah Che Othman, Presiden & Ketua
Pegawai Eksekutif, PNB serta tetamu-tetamu
kehormat yang lain.
Seramai lebih 60 warga kerja Pos
Malaysia telah bersama-sama mengendalikan
ruang pameran Pos Malaysia sepanjang acara
ini diadakan. Antara Unit Perniagaan Strategik
(SBU) yang turut serta di dalam pameran ini ialah
PosNiaga, PosMel, PosLaju dan PosLogistik.
Acara yang berlangsung selama 8 hari ini telah
mendapat sambutan yang memberangsangkan
dari dalam dan luar Negeri Melaka.
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 11
iNFO @ PosNet
Polisi‘Whistleblowing’Polisi ini memastikan aduan salahlaku yang disuarakan oleh wargakerja adalah sulit. Perihal
salahlaku yang boleh dilaporkan adalah seperti berikut:
• Amalan yang tidak beretika dalam aktiviti perakaunan, kawalan dalaman dan laporan
kewangan;
• Gangguanseksual
• Kesalahanjenayah(seperti“moneylaundering”,penyelewengan,rasuahdankorupsi);
• Mempunyaikepentinganperibadiyangbercanggahdengankepentingansyarikat;
• Amalanyangtidakberetika(sepertiketidakadilan,pakatanataumenyembunyikansebarang
penyelewengan dengan niat);
• Ketidakpatuhankepadapolisisyarikat;
• Merosakkanhartabendasyarikat.
Untuk makluman, Ahli Jawatankuasa Polisi ‘Whistleblowing’ ini adalah:
i. Tuan Haji Ithnin Haji Taib
Ketua Kumpulan, Keselamatan dan Penyiasatan
ii. Encik Mohd Lutfi Mat Lazim
Ketua Kewangan Korporat
iii. Encik Aziz Manas
Ketua Audit Dalaman
iv. Encik Mohd Rosdeen Hassan
Ketua Kumpulan, Teknologi Maklumat & Komunikasi
v. Encik Bahaman Kamaruzzaman
Ketua Kumpulan, Pejabat Pengurusan Transformasi
vi. YBhg Datin Rohaiza Hashim
Ketua Kumpulan, Komunikasi Korporat
vii. Puan Sabrina Albakri Abu Bakar
Ketua Kumpulan. Perundangan dan Kesetiausahaan
Carta Aliran proses aduan untuk Polisi “whistleblowing”
12 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
>> iNFO @ PosNet
CAwAngAn BAru PoSlAju diChERAS, lIMBANg & SRI AMAN
Terkini di PoSoNlINEPembayaran Cukai Tanah Kuala Lumpur dan Putrajaya di PosOnline.Mulai15April2008,pelangganPosOnlinetelahdapatmembuatpembayaranbilcukaiTanahdanGalianWilayahPersekutuanKuala
Lumpur dan Putrajaya. Kemudahan ini adalah tambahan kepada perkhidmatan pembayaran bil cukai tanah yang sedia ada iaitu Cukai
PejabatTanahdanGaliannegeriMelakadanPerak.
Jualan Produk Kesihatan Chemical Company of Malaysia (CCM)Anda kini boleh membeli produk kesihatan keluaran Chemical Company of Malaysia (CCM) secara online melalui PosNiaga eShop –
www.posonline.com.my
Bayaran bil agensiBermula 28 April yang lalu, anda boleh membuat pembayaran bil untuk Majlis Perbandaran Kangar, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis
Daerah Kemaman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yayasan Pahang, Yayasan Selangor dan Hospital Universiti Sains
Malaysia melalui PosOnline
PoSlAJU KUChINg SElATAN
no.11 & 12
ground Floor & 1st Floor
Premier 101 Commercial Centre
jalan Tun jugah
93250 kuchingPoSlAJU ChERAS
no 5 & 7, jalan 12/19A
Taman Shamelin Perkasa
Batu 3 ½ Cheras
56100 kuala lumpur
PoSlAJU SRI AMANlot 642, Blok 3jalan durian95000 Sri AmanSarawak
PerTukArAn CAwAngAn PoSlAju
KUChINg
PoSlAJU lIMBANg
d/A Pos Malaysia limbang
jalan Buang Siol
98700, limbang Sarawak
posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008] 13
SeTem & FiLaTeLi @ PosNet
SETEM PAPARKAN hAIWAN NoKTURNAlBuat pertama kalinya, koleksi khas setem
dan Sampul Surat Hari Pertama yang
memaparkan haiwan nokturnal dengan
Lembaran Mini yang bercahaya dalam
gelap (Glow-in-the-Dark) dikeluarkan
pada 13 Mac 2008. Satu ciri menarik
dalam ekologi dan tabiat haiwan
melibatkan kumpulan haiwan yang aktif
dan memburu mangsanya pada waktu
malam (nokturnal), yang bertentangan
dengan haiwan yang aktif pada waktu
siang (diurnal). Pelbagai jenis burung,
mamalia dan reptilia telah pun beransur-
ansur bertukar kepada cara hidup
nokturnal di atas sebab-sebab tertentu.
Oleh kerana cahaya amat kurang pada
waktu malam, ini haiwan nokturnal pada
lazimnya mempunyai penglihatan yang
lebih jelas di mana ini memudahkan
kerja memburu mangsa serta membantu
menyembunyikan diri dari buruan
haiwan pemangsa lain.
SETEM KhAS SIRI II AlAT & BAhAN KESENIAN
Setem khas Siri II Alat & Bahan Seni
dikeluarkan pada 10 Jun 2008. Ia
memaparkan imej-imej alat dan bahan
seni dari pelbagai kumpulan etnik di
Malaysia seperti batu giling, supu, dan
kukur kelapa yang memaparkan hasil
kerja tangan yang halus dan seni kreatif
yang indah yang terdapat di Malaysia.
Alat dan bahan kesenian lain seperti batu
kisar, celapa, parut kelapa dan mangkuk
tingkat juga merupakan alat tradisional
yang mempunyai nilai seni yang indah
dan tersendiri yang pernah digunakan
dalam kehidupan seharian dan dalam
majlis perkahwinan sehingga kini,
walaupun ada yang diubahsuai dengan
peredaran zaman moden kini.
SETEM KENANg-KENANgAN UlANg TAhUN KE-100 ST. JohN AMBUlANS MAlAySIASetem kenang-kenangan dan Sampul
Surat Hari Pertama Ulangtahun ke-100
St.John Ambulans Malaysia memaparkan
imej-imej yang berkaitan dengan identiti
mereka telah dilancarkan pada 22 Mei
2008. Pergerakan St. John ambulans
Malaysia bermula dengan penubuhan
Persatuan St. John Ambulans (SJAA) pada
tahun 1908 dan dihadkan di Angkatan
tentera dan Kereta Api Tanah Melayu.
Dari tahun 1938 Bahagian Briged St. John
Ambulans (SJAB) telah ditubuhkan di
sekolah-sekolah, pertubuhan-pertubuhan
kerajaan dan semua negeri di Malaya.
Semasa zaman pendudukan Jepun, ahli-
ahli Briged St.John Ambulans dengan
segera bertindak dan melibatkan diri
dalam Unit Ambulans Medan Peperangan
Tentera British, pertolongan cemas
dan Perkhidmatan Sukarela Perubatan
(Medical Auxiliary Service-MAS).
KolEKSI SETEM BERTEMAKAN RAMA-RAMAKoleksi setem dan Sampul Surat Hari
Pertama yang menampilkan spesies
rama-rama yang paling cantik dan unik
di Malaysia dikeluarkan pada 24 April
2008. Secara amnya, rama-rama adalah
serangga berwarna-warni dari kumpulan
Lepidoptera yang biasanya didapati
berterbangan pada waktu siang hari.
Makanan utama rama-rama terdiri dari
madu. Rama-rama memainkan peranan
penting sebagai ejen utama dalam proses
pendebungaan. Aktiviti memerhati
rama-rama kini merupakan hobi yang
semakin digemari ramai. Semakin banyak
spesies rama-rama diancam oleh kegiatan
pengumpul rama-rama dan memerlukan
perlindungan oleh undang-undang
negara.
14 posnet BIL. 20-21 [keLuaran 2/2008-3/2008]
PerSONaLiTi @ PosNet
SimaNJa @ PosNet
PUiSi @ PosNet
Mariati Mohd ArifJawatan : PengurusBahagian : Komunikasi KorporatStatus : BerkahwinMakanan Kegemaran : coklat dan SateWarna Kegemaran : Merah Jambuhobi : MelancongMatlamat di Pos Malaysia : Menjana dan berkongsi pengalaman
serta pengetahuan untuk kemajuan kerjaya yang lebih baik.
Muhammad Izzat Hakimy bin Muhamad HasimBerat : 3.01 kgTarikh lahir : 19hb Jun 2007Tempat lahir : hospital Bersalin razifnama Ibu : norul liza Abdul razakTempat Bertugas : Pejabat Pos Pelabuhan Kelangnama Bapa : Muhamad hasim Mostapa
Sahabat & Kawan
Dua nama, ertinya Cuma berbeza
Susah & Senang sahabat menemani
Duka nestapa sahabat setia
Senang bersama susah keseorangan
Itulah kawan, ibarat tikam dari belakang
Kata pujangga sahabat setia
Kawan api dalam sekam
Sahabat lilin membakat menerangi cahaya
Sahabat untuk dunia akhirat
Nukilan41439
Realiti HidupTika sendirianAku melayani fikiranBerfikir entah apa-apa entahDalam kekhusyukan berfikir ituAda juga aku fikirkanAkan kehidupan yang akan datangBila aku fikirkan semulaPada masa yang akan datangBagaimanakah aku ketika ituSedangkan aku sedarKetika ini aku masih lagi seperti duluKehidupan ini adakalanya ceria
Adakalanya murungAdakalanya susahAdakalanya senang
Bila ku fikir terlalu banyakMaka semakin banyak masalah yang timbulBila itu aku sedarLebih baik tidak memikirkannyaDan baru aku akuiSelagi kita hidupHadapilah kenyataan itu dengan
Penuh kesabaran dan keimananHidup hanya sekaliFikirkan yang terbaik untuk diri kitaDan nasib masa akan datangKita yang menentukan baik ataupun buruk
Diri kita
Jadilah diri kita sendiriKita tidak boleh menjadi orang lainDan itulah realiti kehidupan
Muhammad Fadli Bin IbrahimMPC (FT)
top related