jawapan pjk tingkatan 1
Post on 03-Sep-2015
446 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
1(a) Keupayaan jantung, salur darah dan sistem
respiratori untuk membekalkan oksigen kepada
otot secara berterusan semasa melakukan
aktiviti fizikal
(b) Kemampuan otot melakukan aktiviti berulang
kali dalam jangka masa yang lama
(c) Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk
mengatasi rintangan dengan menggunakan daya
yang maksimum
(d) Keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen
membenarkan anggota badan bergerak pada
julat pergerakan yang maksimum
2(a) Gabungan antara kekuatan otot dan kelajuan.
Kebolehan melakukan satu pergerakan yang
pantas dengan daya maksimum dalam masa
yang singkat
(b) Kebolehan seseorang bergerak pada masa yang
singkat ke satu arah tertentu
(c) Kebolehan seseorang bergerak dengan pantas
sambil bertukar arah atau posisi
1. Jantung 3. Tangan
2. Otot 4. Kaki
1. Bahu 5. Abdomen
2. Pangkal Lengan 6. Paha
3. Hujung Lengan 7. Betis
4. Dada
1(a) Lakukan aktiviti senamrobik di atas permukaan
lantai yang tidak terlalu keras
(b) Elakkan melompat, melonjak dan mengangkat
kaki terlalu tinggi
(c) Pastikan tempat melakukan aktiviti tidak
berbatu dan rata
2 (a) Gunakan bahagian bebola kaki dengan lutut
dibengkokkan sedikit ketika mendarat
(b) Jika dilakukan dalam kumpulan, pastikan
jarak yang selamat
3 (a) Pastikan kawasan larian selamat dan tidak
berbatu
(b) Pastikan kawasan larian jauh dari tempat laluan kenderaan
(c) Pastikan tiada benda tajam seperti kaca dan
sebagainya
1 (a) Pastikan permukaan tempat melakukan
aktiviti rata
(b) Lakukan aktiviti secara perlahan-lahan
(c) Aktiviti bangkit tubi dilakukan di atas tilam
2 Aktiviti dekam lunjur hendaklah dilakukan di
atas permukaan yang rata dan tidak berbatu
1 (a) Pastikan palang yang digunakan kukuh dan
tidak licin
(b) Laraskan ketinggian palang mengikut
kesesuaian
2 (a) Jangan mendongakkan kepala semasa
melakukan aktiviti ini
(b) Lakukan aktiviti di atas permukaan yang rata, tidak licin dan tidak berbatu atau gunakan
tilam
(c) Jika tiada pembantu, rapatkan bangku atau
peti lombol ke dinding
3 (a) Pastikan bangku yang digunakan kukuh dan
ketinggiannya sesuai
(b) Pastikan permukaan lantai tidak licin dan rata
(c) Rapatkan bangku ke dinding
Bab 1
-
1 (a) Jangan lakukan pergerakan mengenjut-enjut
(b) Aktiviti hendaklah dilakukan secara perlahan-
lahan
2 (a) Lakukan aktiviti di atas permukaan yang rata
dan tidak licin serta elakkan melakukan di
kawasan yang berbatu
(b) Gunakan tilam sebagai tempat mendarat
3 (a) Gunakan kasut yang sesuai
(b) Pastikan kawasan larian selamat, tidak berbatu
dan tiada benda yang tajam dan berbahaya
Kaedah Faedah
Kedudukan badan hampir tegak dan mata
memandang ke
hadapan
Tangan dihayun di sisi dalam keadaan selesa
Lutut tidak diangkat terlalu tinggi
Gunakan keseluruhan tapak kaki untuk
mendarat
Fungsi jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah
meningkat
Kandungan kolesterol dan glukosa dalam darah dapat dikurangkan
Mengawal berat badan
Penyakit diabetes dan darah tinggi dapat dikawal
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Dimulakan dengan berdiri dengan kaki
dibuka seluas bahu dan
tangan di sisi
Angkat serentak kedua-dua tumit dan berdiri di atas hujung
kaki
Turunkan kedua-dua tumit ke lantai
Kembali kepada posisi mula dan lakukan
aktiviti mengikut
kemampuan
Aktiviti harian dapat dilakukan dengan lebih
baik
Aktiviti dapat dilakukan secara berpanjangan dan
berulang-ulang
Risiko kecederaan atau kemalangan dapat
dikurangkan semasa
melakukan aktiviti
Baring menelentang. Kaki dibuka melebihi
luas bahu dan lutut
bengkok
Tangan rapat ke dada
Jarak di antara tumit dan punggung dalam
keadaan selesa
Angkat badan seberapa tinggi yang boleh
Dapat mengurangkan rasa tekanan
Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
Dapat membentuk postur yang baik
Membantu mengawal berat badan
Pastikan tangan rapat di dada
Kembali ke posisi mula dan ulang aktiviti
dalam masa 30 saat
Duduk melunjur secara berhadapan
Kaki dibuka dalam keadaan selesa dan
tapak kaki saling
bertemu
Kedua-dua tangan rapat dan lurus ke
hadapan separas bahu
Bongkokkan badan ke hadapan perlahan-
lahan
Sentuhkan kedua-dua hujung tangan ke lantai sejauh yang boleh
Tahan posisi ini selama 10 hingga 30
saat
Ulang aktiviti 8 hingga 12 kali
Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan
ketangkasan
Prestasi sukan dapat dipertingkatkan
Dapat mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan
semasa melakukan kerja
Posisi mula, berdiri menggunakan sebelah
kaki
Lompat ke hadapan dan mendarat
menggunakan kaki yang sama
Lakukan 6 hingga 12 kali lompatan,
kemudian tukar kepada
kaki yang sebelah lagi
Kekuatan otot dapat ditingkatkan
Prestasi sukan dapat ditingkatkan
Meningkatkan daya tahan otot
1. Menendang 4. Melakukan hantaran
2. Menyerkap 5. Menanduk
3. Mengelecek 6. Menjaga gol
1. Otot paha 3. Otot betis
2. Otot punggung
Bab 2
-
1. Menarik perhatian lawan 2. Menendang/menyepak pemain 3. Membentes dengan menggunakan kaki 4. Menolak pemain lawan 5. Menyiku pemain lawan 6. Menerjah pemain lawan 7. Mengangkat kaki terlalu tinggi 8. Membongkok semasa pemain lawan melompat
untuk menanduk
9. Melompat dan menendang ke arah pemain lawan 10. Merempuh dari belakang pemain lawan
1. Saiz bola
Ukur lilit 0.68 meter hingga 0.71 meter
Berat: 396 gram hingga 453 gram
Bentuk sfera
2. 11 orang pemain termasuk penjaga gol dalam
setiap pasukan
3. Diadili oleh seorang pengadil dan dibantu oleh 2
orang penjaga garisan
4. - Masa penuh: 90 minit
- Separuh masa: 45 minit
- Rehat antara separuh masa: 15 minit
5. Pemilihan tempat dan permulaan tendangan ditentukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang menang lambungan akan
membuat pemilihan tempat atau tendangan
permulaan
Tendangan permulaan dilakukan pada awal permainan, selepas jaringan gol dan
semasa permulaan separuh masa kedua
Tendangan dimulakan di pusat padang dengan menendang bola yang tidak bergerak ke
kawasan lawan
6. Pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila:
Berada lebih hampir dengan garisan gol pasukan lawan daripada bola dan pemain
lawan yang kedua terakhir, dan mengganggu
permainan
Mengganggu pasukan lawan
Cuba mendapatkan keuntungan dengan berada dalam kedudukan tersebut
7. Diberikan kepada pasukan yang menyerang
apabila pasukan bertahan melakukan kesalahan
dalam kawasan penaltinya sendiri
8. Tendangan percuma terus jaringan gol melalui tendangan ini dikira sah
Tendangan percuma tidak terus jaringan gol dikira sah jika bola telah disentuh oleh pemain
lain sebelum bola dijaringkan
9. Dilakukan apabila keseluruhan bola melintasi garis tepi sama ada di tanah atau di udara
Lontaran dilakukan oleh pasukan lawan kepada pemain yang terakhir menyentuh bola
10. Apabila pengadil memberhentikan permainan
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan gol atau garisan tepi
11. Dikira jika keseluruhan bola telah melintasi
garisan gol di antara dua tiang dan di bawah
palang gol
12. Tendangan gol diberikan kepada pasukan bertahan jika boleh disentuh kali terakhir oleh
pasukan yang menyerang
Tendangan dilakukan apabila bola melintasi garisan gol sama ada di tanah atau di udara,
kecuali di antara dua tiang gol dan di bawah
palang gol
Tendangan penjuru diberikan kepada pasukan yang menyerang jika bola disentuh kali
terakhir oleh pasukan yang bertahan
1. Melakukan hantaran 2. Menerima bola 3. Mengelak 4. Menghadang 5. Gerak kaki 6. Menjaring
1. Otot bahu 3. Otot paha
2. Otot pangkal lengan 4. Otot betis
1. Dalam kedudukan sedia. Berdiri dengan sebelah
kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua
belah tangan hampir ke dada, jari menghala ke
atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. Kaki
belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu,
luruskan tangan dan tolak bola dengan
pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada
aras dada. Ikut lajak.
-
2. Ketika menerima bola, kedua-dua belah kaki di
atas tanah. Sebelah kaki melangkah. Lakukan
hantaran sebelum sebelah kaki lagi mendarat.
3. Tumpuan mata sentiasa ke arah bola datang.
Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Kemudian, hulurkan tangan ke hadapan dengan
jari dan kedua-dua tapak tangan menghadap satu
sama lain. Terima bola dengan keadaan ibu jari
sentiasa di belakang bola. Bengkokkan siku
semasa bola menyentuh jari, bawa bola ke badan.
Pindahkan berat badan ke kaki belakang semasa
menerima bola.
4. Dalam kedudukan sedia, bongkokkan badan ke
satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, dan
bergerak ke arah bertentangan.
5. Teknik-teknik menghadang ialah dengan berdiri
menghadap pemain lawan, berdiri
membelakangkan pemain lawan, berdiri di sisi
pemain lawan dan berdiri di belakang pemain
lawan.
6. Dalam kedudukan sedia, berdiri, sebelah kaki di
hadapan. Kedua-dua belah tangan memegang
bola. Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di
belakang bola. Bengkokkan siku dan bawa bola
ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.
Luruskan lutut dan tolak bola ke sasaran dengan
meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan
tangan serta jari-jari. Ikut lajak.
1. Pakaian
2. (a) meningkatkan suhu badan
(b) mengurangkan risiko otot-otot terkoyak
atau kejang
(c) mengurangkan risiko kecederaan otot
3. mendatangkan kecederaan.
4. padang
5. (a) membengkokkan lutut
(b) menggunakan bebola kaki
(c) tidak merapatkan kedua-dua belah kaki
6. Tiang
1. Tempoh keseluruhan permainan terdapat 4
sukuan yang mana setiap satunya selama 15
minit. Tempoh rehat antara sukuan pertama
dengan sukuan kedua dan antara sukuan
ketiga dengan sukuan keempat ialah 3 minit
dan rehat separuh masa ialah 5 minit.
2. Pemain dilarang mengheret atau
menggelongsorkan kaki semasa mendarat,
meloncat atau melompat dengan mana-mana
kaki.
3. Pemain dilarang menghalang pihak lawan
yang memegang bola atau tanpa bola kurang
daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira
daripada kaki yang pertama mendarat.
4. Pemain dilarang melakukan sentuhan
dengan pemain lawan, seperti menjatuhkan
pemain lawan, menolak, menyiku,
memegang, meluru dan merebahkan badan,
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
5. Bola tidak boleh dihantar melintasi dua
kawasan (kawasan tengah atau bulatan gol).
Bola mesti disentuh atau ditangkap oleh
pemain lain dalam kawasan itu.
6. Pemain hanya dibenarkan bermain dalam
kawasan tertentu bergantung kepada
posisinya.
1. Grip (memegang bet) 3. Pukulan
2. Servis 4. Smesy
1. Otot abdomen
2. Otot belakang badan
1. (a) Kelima-lima jari mengenggam pemegang
seperti berjabat tangan. Posisi ibu jari dan jari
telunjuk di bahagian permukaan bet yang
berlainan. Pemegang bet digenggam
sepenuhnya jari tengah, jari manis dan jari
kelingking. Jari telunjuk lurus sementara ibu
jari dibengkokkan sedikit. Pegang bet dalam
keadaan selesa.
-
(b) Kedudukan ibu jari dan jari telunjuk
menggenggam pemegang seperti memegang
pen. Sementara jari-jari lain dibengkokkan
sedikit di bahagian belakang bet. Bet
dipegang dalam keadaan selesa.
2. (a) Dalam kedudukan bersedia. Letakkan bola di
atas tapak tangan dengan meluruskan jari-
jari. Kemudian, kilas badan dan ayun tangan
ke belakang. Jika bola di tangan kiri,
pindahkan berat badan ke kaki kanan.
Lambung bola dan kilaskan badan serentak
dengan ayunan tangan. Pukul bola sebaik
sahaja bola jatuh. Pindahkan berat badan ke
kaki kiri.
(b) Dalam kedudukan sedia, letakkan bola di atas
tapak tangan dengan jari-jari diluruskan. Bawa
bet menyilang badan dan kilaskan badan.
Pindahkan berat badan ke kaki kiri. Lambung
bola dan kilaskan badan serentak dengan
ayunan tangan ke hadapan. Bola dipukul
sebaik sahaja jatuh. Pindahkan berat badan ke
kaki hadapan.
3. (a) Kilaskan badan dan ayunkan tangan ke
belakang. Pindahkan berat badan ke kaki
belakang. Pandang bola dan bawa bet rapat
ke badan. Kemudian, kilaskan badan
bersama ayunan tangan ke hadapan. Pukul
bola yang melantun dari meja pada
kedudukan bola yang sesuai. Kemudian,
pindahkan semula berat badan ke kaki
hadapan.
(b) Bawa bet menyilang ke sisi badan. Kilaskan
badan dan pindahkan berat badan ke kaki
belakang. Mata beri tumpuan pada bola.
Serentak dengan ayunan tangan ke hadapan,
balas kilas badan. Pada kedudukan bola
yang sesuai, pukul bola yang telah melantun
dari meja. Pindahkan semula berat badan ke
kaki hadapan.
4. Ayunkan tangan ke belakang lebih jauh. Semasa
ayunan ke hadapan, pindahkan berat badan
sepenuhnya ke kaki hadapan. Apabila bet
menyentuh bola, lakukan pukulan dengan
pantas dan ikut lajak sepenuhnya.
1. Menyentuh meja dengan tangan yang tidak
memegang bet
2. Menggerakkan meja
3. Menyentuh jaring atau tiang jaring semasa dalam
reli
1. Lelaki / Wanita 100 meter 2. Lelaki / Wanita 200 meter 3. Lelaki / Wanita 400 meter
1. (c) 3. (d)
2. (a) 4. (b)
1(a)
Pastikan jarak yang sesuai dari garisan mula
dengan bahagian hadapan dan belakang blok
permulaan.
Kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan
blok permulaan.
Jari diletakkan di belakang garisan permulaan
mengikut keselesaan.
Kedudukan tangan melebihi luas bahu dan
dalam keadaan selesa.
Bahu ke hadapan sedikit dan tangan lurus
tetapi dalam keadaan selesa.
Kepala dan leher dalam satu garisan dengan
tulang belakang.
Tumpukan mata 1 hingga 2 meter ke hadapan
dan kawal pernafasan.
(b)
Kawal pernafasan. Pinggul diangkat perlahan-
lahan sehingga melebihi aras bahu.
Kepala dan leher dalam satu garisan dengan
tulang belakang.
Bahu ke hadapan sedikit daripada tangan dan
tumpukan mata ke hadapan.
-
Lutut kaki hadapan membuat sudut 90 darjah.
Lutut kaki belakang membuat sudut 120
darjah.
Kaki ditolak kuat pada blok permulaan.
2. - Luruskan kaki hadapan serta-merta dan
lutut kaki belakang dibawa ke hadapan.
- Tangan diayun untuk mengimbangi aksi
kaki.
- Badan masih lagi membongkok ke
hadapan 5 hingga 6 meter yang pertama.
- Elakkan melompat ke hadapan untuk
langkah pertama.
3. Langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.
Berlari di atas bebola kaki dan bengkokkan
siku kira-kira 90 darjah.
4. Terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan
sehingga melepasi garisan penamat.
Bawa ke hadapan bahagian dada atau torso dan
badan dicondongkan sedikit.
1. Pakaian mestilah sesuai dengan acara di balapan
dan selesa
2. Pakai kasut khas (spike) yang sesuai dengan
permukaan balapan
1. Perlumbaan dimulakan dengan tembakan pistol
2. Sekiranya perlumbaan batal, pelepas-ulang
menembak pistol sekali lagi serta-merta dan
memanggil semula semua peserta
3. Amaran akan diberikan kepada peserta yang
melakukan kesalahan
4. Permulaan yang baharu akan dilakukan
5. Jika peserta yang sama melakukan kesalahan, dia
akan disingkirkan daripada bertanding
6. Peserta hendaklah berlari di lorong masing-
masing
1. Letakkan peluru di bahagian pangkal tiga jari
yang terpanjang
2. Renggangkan sedikit ketiga-tiga jari
3. Pastikan peluru tidak berada pada tapak tangan
4. Bawa peluru ke leher, ke bawah sedikit daripada
dagu
5. Siku menghala keluar badan dengan pangkal
lengan membuat sudut 45 dengan badan
1. Fasa persediaan
2. Fasa gelongsor
3. Fasa lontaran
4. Fasa ikut lajak
Fasa Persediaan
3, 1, 4, 2
Fasa Gelongsor
2, 1, 3
Fasa Lontaran
1, 4, 2, 3
1. Lontaran hendaklah dimulakan oleh pelontar di
dalam bulatan
2. Peluru hendaklah dilontar melalui atas bahu
dengan menggunakan sebelah tangan sahaja
3. Pelontar dibolehkan menyentuh bahagian dalam
lengkungan besi atau blok penahan
4. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam
sektor lontaran
5. Pelontar hendaklah keluar melalui bahagian
belakang bulatan, selepas peluru mendarat
-
1 (a) Gimnastik artistik
(b) Gimnastik irama
(c) Gimnastik pendidikan
(d) Pergerakan kreatif
2 (a) Khemah bentuk kubah
(b) Khemah bentuk A
1. Kekuatan otot 3. Imbangan
2. Ketangkasan 4. Koordinasi
1 (a) Kawasan yang selamat
(b) Terdapat kemudahan asas
(c) Kawasan yang menarik dan selesa
2 (a) Bentangkan hamparan (ground sheet)
(b) Tiang dan palang dipasang dan disambung
dengan betul
(c) Ketuk pancang di keempat-empat penjuru
(d) Ikat tali khemah kepada pancang di keempat-
empat penjuru supaya kukuh
(e) Bentangkan pelindung khemah (fly sheet)
1 (a) Lakukan aktiviti memanaskan badan dan aktiviti
menyejukkan badan
(b) Pastikan kawasan dan peralatan yang digunakan
adalah selamat
(c) Lakukan aktiviti di bawah pengawasan guru
(d) Lakukan aktiviti dengan kehadiran pembantu
2 (a) Pakai pakaian yang sesuai
(b) Lakukan aktiviti memanaskan badan, regangan
dan aktiviti menyejukkan badan
(c) Pastikan alatan yang digunakan tidak
membahayakan orang lain dan diri sendiri
(d) Elakkan daripada melakukan enjutan bagi
mengelakkan kecederaan semasa aktiviti
regangan
3 (a) Lakukan aktiviti mengikut kemampuan
(b) Gunakan ruang dengan bijak dan berkesan
(c) Patuhi arahan dan panduan guru
(d) Hendaklah memakai pakaian dan kasut yang
sesuai
4 (a) Pastikan tempat melakukan aktiviti terhindar
daripada bahaya
(b) Lakukan aktiviti mengikut kemampuan
(c) Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan
(d) Lakukan aktiviti dengan bantuan rakan dan
diawasi oleh guru
1 (a) (i) bola sepak, bola jaring
(ii) bola tenis
(b) (i) kayu hoki, kayu pemukul sofbol
(ii) lembing
(c) peluru, cakera, bola segar
2 (a) Rasuah
(b) Penggunaan bahan terlarang
(c) Amalan yang tidak jujur
1 (a) Diletakkan di sebelah bawah pada rak
simpanan
(b) Diletakkan di sebelah atas pada rak simpanan
2 (a) Disimpan secara menegak supaya mudah
diambil dan boleh menjimatkan ruang
(b) Lembing Disimpan secara menegak di
bahagian sudut stor dengan matanya menghala
ke bawah
3. Diletakkan di sebelah bawah pada rak
simpanan dan di tempat yang khusus bagi
mengelakkan daripada terjatuh dan mudah
tergolek
1. bawah
2. Penyusunan
3. rak simpanan
4. bola tenis
5. menegak
6. bawah
Bab 3
-
7. menegak, menjimatkan
8 (a) memudahkan pengambilan dan penyimpanan
alatan
(b) memudahkan pengiraan alatan
(c) menjimatkan ruang
(d) menjamin keselamatan pengguna
1. Pengasingan alatan sukan yang rosak 2. Langkah keselamatan 3. Rekod keluar masuk 4. Peraturan meminjam alatan sukan 5. Pembelian alatan sukan 6. Pelupusan alatan sukan 7. Penyelenggaraan alatan sukan 8. Buku stok alatan sukan 9. Jadual giliran bertugas
1. Mencemarkan nama dan masa depan ahli sukan
yang terlibat
2. Mencemarkan imej pasukan dan negara
3. Individu atau pasukan yang melakukan
kesalahan/tidak jujur dalam permainan akan
dikenakan tindakan penyertaan akan dibatalkan
dan pasukan atau pemain dikenakan
penggantungan
4. Pemain terdedah kepada risiko kecederaan yang
tinggi akibat pergaduhan atau tindakan kasar
pihak lawan
5. Negara berkemungkinan kehilangan pemain-
pemain yang berbakat disebabkan kecederaan
yang dialami dan kehilangan minat untuk terus
bermain
Malnutrisi merupakan keadaan yang berpunca
daripada kekurangan zat makanan seperti vitamin,
mineral, protein, karbohidrat, lemak dan serat dalam
pemakanan seseorang individu. Selain itu, malnutrisi
juga disebabkan masalah penghadaman dan
penyerapan makanan di dalam tubuh.
Perkahwinan merupakan penyatuan atau ikatan
secara sah antara seorang lelaki dengan seorang
wanita sebagai pasangan suami isteri.
Simpton Kesan
Cirit-birit, dehidrasi
serta rambut dan kulit
menjadi kering
Proses pembesaran dan
perkembangan mental
terjejas teruk
Keletihan, pucat, kebas
dibahagian kaki dan
tangan
serta tiada selera makan
Pembesaran sel darah
merah, cirit-birit dan
mengurangkan sel darah
putih dan platelet
di dalam darah
Tulang menjadi lemah,
rapuh dan mudah patah
Pembesaran terbantut
disebabkan tulang lemah
dan rapuh
Keletihan, anemia,
gingivitis dan
pendarahan pada
lapisan kulit
Mudah letih dan kurang
aktif
Sukar melihat dalam gelap atau pada waktu
malam
Mengehadkan kemampuan untuk
bergerak pada waktu
malam
Kaki dan tangan
mengecil serta perut
buncit
Proses pembesaran dan
perkembangan mental
terencat
1. Melayan mereka dengan mesra dan lemah-lembut
supaya mereka berasa dihargai dan tidak tersisih.
2. Tidak memandang rendah dan menghina mereka.
3. Mengutamakan kebajikan mereka dan membantu
mereka pada waktu yang tertentu atau pada saat
mereka memerlukan.
4. Memberikan perhatian dan layanan yang baik
kepada orang yang sedang sakit bagi
mengurangkan penderitaan mereka.
5. Ahli keluarga dan masyarakat sekeliling
seharusnya memberikan sokongan dan
menunjukkan sikap prihatin kepada mereka.
1. Kita harus melayani warga tua dengan senyuman
dan lemah-lembut supaya mereka berasa dihargai
dan tidak tersisih daripada masyarakat.
Bab 4
-
2. Kita perlu menyediakan tempat yang selesa
kepada ahli keluarga yang sakit dan sentiasa
menemani mereka ketika mereka memerlukan
bantuan. Perhatian dan layanan yang baik akan
menjadi penawar kepada mereka.
3. Kita harus memberi bantuan dan menunjukkan
keprihatinan kepada mereka bagi mengurangkan
penderitaan yang mereka alami.
1. Hormat-menghormati sesama ahli keluarga
2. Saling membantu ahli keluarga pada saat-saat
yang diperlukan
3. Bertimbang rasa dengan setiap perlakuan atau
keputusan yang diambil
4. Memberikan kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi terhadap ahli keluarga
1 (a) Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi
(b) Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan
(c) Kumpulan susu dan hasil tenusu
(d) Kumpulan daging, ayam, telur, ikan dan
kekacang
(e) Lemak, minyak dan gula
2 (a) Lemak, minyak dan gula
(b) Susu dan hasil tenusu
(c) Sayur-sayuran dan buah-buahan
(d) Bijirin, hasil bijirin dan ubi
1 (a) Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh
(b) Meningkatkan sistem pertahanan badan
(c) Membina otot dan tubuh yang sihat
(d) Membina tulang dan gigi yang kuat
(e) Membantu pembinaan tulang
1. Respon yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu berhadapan dengan konflik atau
pelbagai situasi lain yang menyebabkan tekanan
2 (a) Rujuk penasihat ibu bapa, guru kaunseling, guru agama
(b) Laksanakan cadangan dan nasihat
(c) Nilai tindakan yang diambil sama ada berkesan
atau sebaliknya
3. Positif - Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan
berfikiran positif
Negatif - Menjejaskan hubungan dengan orang lain,
murung, suka mengasingkan diri dan
melakukan tindakan yang membahayakan
diri
1. Penyalahgunaan bahan ialah menggunakan bahan-bahan yang boleh menyebabkan ketagih
secara berlebihan atau tujuan lain selain daripada
tujuan sebenarnya. Perbuatan penyalahgunaan
bahan seperti dadah dan ubat adalah salah di sisi
undang-undang dan agama. Bahan-bahan tersebut
boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan
seseorang itu hilang pertimbangan serta
membahayakan diri sendiri dan orang lain.
2 (a) Keruntuhan akhlak
Disisihkan masyarakat
Menjejaskan prestasi kerja
Terdedah kepada jangkitan HIV
(b) Negara akan kerugian kerana kehilangan
bakal pemimpin yang berwibawa
Menjatuhkan martabat dan imej negara
Kadar jenayah dan gejala sosial semakin
meningkat
Negara kehilangan tenaga kerja daripada
golongan muda
1. Morfin, heroin, morfin, ganja, candu, kodein - Dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan
2. Kapsul, pil, serbuk, cecair - ditelan Krim - Disapu pada tempat yang sakit
-
1 (a) Keperluan asas
(b) Keselamatan
(c) Sumber maklumat
(d) Membuat keputusan
(e) Bersuara
(f) Ganti rugi
(g) Mendapat pendidikan pengguna
(h) Menikmati alam sekitar yang sihat dan selamat
2 (a) Kesedaran mengkritik bagi mendapatkan
barangan yang sempurna
(b) Melibatkan diri dengan kegiatan sosial
(c) Mempunyai tanggungjawab sosial untuk tidak
menjejaskan kepentingan orang lain
(d) Bersatu padu dalam memperjuangkan hak
(e) Bertanggungjawab terhadap alam semula jadi
1. Mengawal cetak rompak
Menetapkan dan mengawal harga barangan
keperluan harian
Membuat pemeriksaan tanda harga barangan
kawalan
Memastikan pengguna mendapat perkhidmatan
yang sewajarnya daripada peniaga
2. Memperjuangkan hak pengguna
Membawa aduan pengguna ke Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
3. Membantu mempercepat proses tuntutan terhadap
peniaga jika pengguna tidak berpuas hati dengan
barangan atau perkhidmatan yang diterima
1. menetapkan
2. tanda harga
3. maklum balas
4. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA)
5. Tribunal Tuntutan Pengguna
6. tuntutan
7. perundangan
8. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna.
Danger (Bahaya) Sebelum memulakan usaha
bantuan mula, pastikan diri
kamu, mangsa dan orang
lain yang berada di tempat
kejadian selamat daripada
punca yang
membahayakan.
Response (Gerak
balas)
Pastikan mangsa dalam
keadaan sedar dengan
menggoncangkan badan
dengan lembut sambil
bertanyakan soalan.
Airways (Saluran pernafasan)
Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada
objek yang menghalang
pernafasan seperti lidah
atau
sisa makanan.
Breathing (Bernafas) Pastikan mangsa masih
bernafas dengan cara
melihat
pergerakan turun naik
dadanya.
Circulation (Peredaran
darah)
Periksa denyutan nadi
mangsa di bahagian leher.
Bab 6
top related