jenis prosa tradisional
Post on 21-Jan-2016
645 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Jenis Prosa Tradisional(Mitos & Lagenda)
Oleh :Nur Syahirah binti Abu Bakar
Noor Arinah binti SanipMohamad Faiz bin Abdol Samad
Cerita Mitos
MITOSDefinisi:
Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benar-benar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia
agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan
menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar
berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita
tentang Tuhan, dewa dan Nabi.
FUNGSI CERITA MITOS
Menggambarkan dan memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya, asal usul raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan peristiwa luar biasa. Dalam teks Sulalatus Salatin, kemasukan Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar dislamkan oleh Nabi Muhammad melalui mimpinya.
Kritikan sosial. Ia menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Contoh, mitos alegori singapura di langgar todak menyindir kezaliman Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga terbelah di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang todak
Menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah negeri.Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di tempat
tersebut. Contoh, pembukaan Melaka kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan baginda. Pelanduk
merupakan binatang kecil yang selalunya takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil pada suatu hari nanti akan
muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan kuasa lain
Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya
sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan
raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai
benar-benar berlaku.
CIRI-CIRI CERITA MITOS
Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah certa tentang dewa –dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan
dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan
kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.
Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-
sejarah iaitu zaman “animisme”. Semua
masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan
animisme.
Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat
sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar
dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan
melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja di Palembang, Singapura dan akhirnya
menjadi raja negeri Melaka.
Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga
terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah
Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai
yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Sempena dengan peristiwa yang
luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang
dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat
melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut
besar.
Jenis-jenis cerita mitos
Contohnya, asal usul kejadian tiga buah gunung di Perak yang berasal daripada manusia
menjadi batu kerana disumpah oleh Sang Gedembai. Cerita Mitos Asal-usul Isi Dunia adalah mitos yang dipengaruhi oleh unsur
Islam. Cerita ada kaitan dengan Allah s.w.t. dan watak para nabi iaitu Nabi Adam a.s. dan
Zulkarnain, anaknya yang bongsu. Zulkarnain telah diangkat ke langit dan menyebabkan
kekaguman kepada bidadari di dalam Syurga. Keistimewaan anak-anak Iskandar Zulkarnain ini menyebabkan mereka diangkat menjadi raja di
Benua Rom, Benua Cina dan di Tanah Jawi (Melayu).
Cerita mitos asal usul benda, binatang, kejadian alam dan manusia.
Contohnya, pembukaan Singapura diambil sempena nama seekor singa
yang tangkas, pantas dan dapat mengghaibkan diri yang dijumpai oleh Sang Nila Utama sewaktu berburu di
Temasik. Singa itu digambarkan dengan hebat iatu sebesar kambing randuk, berkepala hitam, berdada putih dan
berbadan merah.
Cerita mitos asal usul nama tempat dan negeri.
Cerita tentang tokoh-tokoh tertentu. Contoh, dikatakan raja-raja Melaka berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang merupakan tokoh terkemuka dunia.
Dalam teks Sulalatus Salatin juga terdapat banyak unsur mitos terutama yang berkaitan dengan Iskandar
Zulkarnain. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Nabi Khidir. Iskandar dikatakan mempunyai dua
tanduk yang luarbiasa. Tanduk yang menimbulkan kegerunan kepada manusia lain itu telah dikerat dan
terhasillah 6 perkara daripadanya iaitu Mahkota sanggohani, lembing lembuara, gemala sati, tudung saji, pinang pasir dan sirih udang. Raja Suran pula dikaitkan
dengan Nabi Sulaiman. Dia telah meminta Raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari
perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberi kepada anak-anaknya. Raja Merah Silu dan Raja Kecil Besar pula
dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua mereka telah bermimpi menerima Islam dari Nabi
Muhammad s.a.w.
Cerita mitos dinasti.
Kedatangan islam digambarkan dengan penuh ketakjuban. Contohnya, Raja Kecil Besar
bermimpi Nabi Muhammad mengislamkannya, pada esoknya, didapati badannya berbau wangi
dan telah dikhatankan. Ini adalah untuk menunjukkan Islam datang ke Melaka terus daripada Rasulullah tanpa perantaraan dan melambangkan orang-orang mulia sahaja
berupaya menemui Rasulullah dalam mimpi
Cerita mitos kedatangan Islam.
Ia merupakan peristiwa yang luar biasa sifatnya
bertujuan menyindir golongan raja
Cerita mitos alegori atau simbolik.
Cerita Legenda
Konsep Cerita LegendaCerita legenda adalah hasil kesusasteraan
rakyat yang berbentuk naratif lisan. Disifatkan sebagai satu penulisan sejarah
tempatan dalam masyarakat lama. Cerita mengenai kebesaran atau
keluarbiasaan seseorang tokoh. Cerita juga dianggap sebagai suatu kejadian
yang sungguh-sungguh terjadi .
Ciri-ciri legenda Oleh yang empunya cerita dianggap sebagai
suatu kejadian yang benar-benar pernah terjadi. Bersifat sekuler (keduniawian), terjadinya pada
masa yang belum begitu lampau, dan bertempat di dunia seperti yang kita kenal sekarang. Tokoh utama dalam legenda adalah manusia.
“Sejarah” kolektif, maksudnya sejarah yang banyak mengalami distorsi kerana seringkali jauh berbeza dengan kisah aslinya.
Bersifat migration/dapat berpindah-pindah, sehingga dikenal luas di daerah-daerah yang berbeda.
Bersifat siklus, iaitu sekelompok cerita yang berkisar pada suatu tokoh atau kejadian tertentu, misalnya di Jawa legenda-legenda mengenai Panji.
Jenis-jenis cerita legenda 1. Legenda Tokoh (pemimpin / pahlawan)• merupakan cerita mengenai tokoh-tokoh
tertentu yang dianggap benar-benar terjadi.• Contoh, tokoh-tokoh yang disanjung oleh
masyarakat tempatan, contohnya watak Hang Tuah di Melaka, Mahsuri di Langkawi dan Puteri Sa’dong di Kelantan. Hang Tuah disanjung kerana kepahlawanannya. Mahsuri dan Puteri Sa’dong kerana kecantikannya.
2. Legenda Nama Tempat• menceritakan tempat yang mendapat
nama daripada tokoh legenda.
• Contoh, Kampung tok Pasai diberi nama sempena dengan seorang Pasai yang dapat membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi di tempat itu.
3. Legenda keagamaan (keramat)
• meliputi cerita-cerita tentang kekeramatan, pusara, atau pokok yang dipercayai berpuaka @ memiliki roh orang terkenal di tempat itu.
• Contoh, pusara Mahsuri di Langkawi dan perigi Hang Tuah di Melaka yang dikatakan tidak pernah kering airnya
4. Legenda Tempatan• mengisahkan tokoh-tokoh legenda di
sesuatu tempat @ negeri, tetapi kadang-kadang ia berkembang menjadi legenda kebangsaan.
• Contoh, Puteri Saadong dan Tok Janggut di Kelantan serta cerita Mahsuri di Kedah
Gaya Bahasa
• HIPERBOLA: Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
• Fungsi : Untuk memukau pembaca• Contoh : cakap-cakap gunung. Isinya
lembah sampah
• ONOMATOPOEIA: Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.• Fungsi : menimbulkan irama untuk
mengindahkan pendengaran• Contoh : angin menderu ru ru ru
• INVERSI: Pembalikan kata / ayat / rangkaikata
• Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi
• Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) , samar waktu (sepatutnya: waktu samar)
• SIMILE: Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama.
• Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama
• Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika, bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu.
Terima kasih…
top related