jurnal minggu 12
Post on 10-Dec-2015
232 Views
Preview:
TRANSCRIPT
JURNAL MINGGU 12
Bil Jurnal Ke 12
Minggu Praktikum Kedua belas
Tarikh Peristiwa 14 April hingga 18 April 2014
Tajuk Jurnal Displin Murid
1. Masalah/Peristiwa
Sepanjang minggu saya berpraktikum, saya dapat melihat setiap kali murid
dari bilik darjah ke kawasan padang untuk melakukan aktiviti Pendidikan
Jasmani, murid yang berkenaan hendaklah beratur dalam dua barisan iaitu
barisan lelaki dan perempuan sambil meletakkan jari telunjuk pada bibir /
mulut murid dan berjalan di dalam barisan sehingga sampai di padang
terutama murid tahap satu.
2. Analisis
Budaya ini sudah diterapkan di seluruh sekolah dan sangat berkesan dari
aspek kawalan disiplin. Murid akan kurang berborak sesama sendiri dalam
keadaan begitu di sepanjang perjalanan ke tapak kelas yang seterusnya. Jika
murid didapati berborak, guru hanya perlu menggunakan frasa ‘tangan kat
mana?’ dan secara langsung murid tersebut akan menguncikan jarinya pada
bibir / mulut. Budaya ini bukan sahaja dapat mendisiplinkan murid malah guru
dapat mengawal segala tingkah laku murid dengan lebih efektif dan berkesan.
3. Cadangan dan tindakan :
Tindakan ini akan saya aplikasikan juga bagi murid saya terutama apabila
murid hendak berjalan masuk ke dalam bengkel Kemahiran Hidup. Tindakan
seperti ini seharusnya dititkberatkan kerana murid akan lebih berdisiplin dan
tidak menganggu rakannya yang lain terutama apabila berjalan di luar kelas.
Saya mendapati apabila setiap kali murid hendak berjalan menuju ke
kawasan bengkel atau pun makmal, mereka sering kali akan berlari dan tidak
kurang juga akan membuat bising di luar kelas. Oleh hal yang demikian, saya
kira langkah ini merupakan langkah pertama bagi mengawa permasalahan
tersebut. Dengan adanya tindakan ini, guru akan dapat mengawal murid
khususnya murid yang nakal dengan lebih proaktif. Perkara ini mungkin
nampak remeh namun bagi pandangan saya budaya seperti ini harus
dilaksanakan dari semasa ke semasa. Dengan jumlah murid yang sangat
ramai dalam sebuah kelas dan latar belakang yang berbeza ditambah pula
dengan sikap dan karenah yang pelbagai sudah pasti seorang guru akan
memikirkan cara bagaimana untuk memainkan peranan dalam menguruskan
tingkah laku dan disiplin mereka. Oleh itu, budaya seperti ini diharapkan
dapat membantu guru dan mendidik murid menjadi insan yang lebih
berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Saya juga
menyedari bahawa pada zaman yang serba moden ini, murid semakin hari
semakin lupa untuk menerapkan dirinya dengan budaya yang positif dek
kerana pengaruh sekeliling mereka. Maka, adalah menjadi tugas guru untuk
sentiasa mengingatkan dan membentuk mereka agar menjadi lebih baik.
4. Tempoh masa dan tindakan susulan.
Saya akan terus mengamalkan budaya ini di sepanjang tempoh praktikum
kerana saya banyak menggunakan kawasan bengkel dan padang berbanding
dalam bilik darjah dan budaya ini boleh membantu saya mengawal murid di
sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut.
Di semak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah penyelia
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
Tandatangan : Tandatangan :
top related