jurnal minggu 3

Post on 05-Oct-2015

6 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 3/12Minggu Praktikum : Minggu Ketiga Tarikh Peristiwa / Kejadian : 17 FEBRUARU 2015 Tajuk Jurnal : Murid tidak mengambil bahagian dalam aktiviti luar.

a) Masalah / PeristiwaPada hari Selasa bersamaan 17 Februari 2015, saya telah menghadapi masalah semasa melaksanakan aktiviti luar dengan pasangan praktikum iaitu Nuriati Bt Sabu bagi standard pembelajaran PFK 2.1.12 Berlari dengan lakuan yang betul dalam jarak yang tertentu. Antara masalah yang dihadapi ialah terdapat beberapa orang murid hilang tumpuan semasa aktiviti luar dijalankan di padang. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan guru terpaksa mengambil masa dalam mengawal dan menarik perhatian murid semula untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

b) AnalisisMasalah ini timbul apabila terdapat sebuah kelas dari tahap satu menggunakan kawasan padang pada waktu yang sama. Berdasarkan pemerhatian, murid prasekolah mudah tertarik dengan aktiviti yang dijalankan bagi tahap satu. Hal ini menyebabkan, terdapat segelintir murid tidak menumpukan perhatian pada aktiviti berlari yang dijalankan pada hari tersebut. Tambahan pula, guru tidak menetapkan kawasan aktiviti bagi murid prasekolah pada hari tersebut. Oleh itu, murid tahap satu telah berkongsi kawasan aktiviti luar yang dijalankan bagi murid prasekolah. Perkara ini telah menimbulkan sedikit gangguan terhadap proses P&P aktiviti luar seperti murid hilang tumpuan dan murid tidak dapat menjalankan aktiviti berlari dengan lancar.

c) Cadangan Tindakan Susulan d) Sebelum melaksanakan aktiviti luar, saya akan menggunakan skital bagi menandakan kawasan aktiviti luar bagi murid prasekolah bagi mengelakkan murid tahap satu menggunakan kawasan permainan yang sama. e) Saya akan menggunakan suara yang lebih jelas dan terang dalam menyampaikan arahan kepada murid agar mereka memahami arahan yang disampaikan dan tidak mudah hilang tumpuan semasa berada di padang. f) Semasa melaksanakan aktiviti, saya akan mengingatkan murid untuk menjalani aktiviti luar dengan baik dan tidak mengganggu P&P kelas lain bagi menghindarkan sebarang masalah. g) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

h) Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Aktiviti luar yang dijalankan dua kali seminggu selama 40 minit akan membantu memperkembangkan kemahiran motor kasar mahupun motor halus kanak-kanak. Perancangan yang teliti dan perlaksanaan aktiviti yang bermakna dengan suasana yang selesa dan kondusif tanpa sebarang gangguan akan membantu murid menjalani aktiviti luar . Sekiranya, guru dapat mengaplikasikan teknik ini dengan baik, maka pelajar akan dapat mencapai objektif pembelajaran secara menyeluruh.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : _______________________ Tandatangan : _______________________Nama : _______________________ Nama : _______________________Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________

top related