kajian kes aplikasi model rekabentuk instruksional dalam p&p (koswer pendidikan)
Post on 06-Jun-2015
5.359 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kajian Kes Aplikasi ModelRekabentuk Instruksional dalam P&P
Tajuk : CHEMISTRY FORM 4 TEACHING COURSEWARE
Oleh :
ROSIADI BIN TAJUDINMOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLI
NOORASHIKIN BINTI NAZIRSITI HUZAIMA BINTI JAMRI
ISI KANDUNGAN
1. MAKLUMAT PORTAL
2. PERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN
2.1. BEHAVIORIST
2.2. COGNITIVIST
2.3. CONSTRUCTIVIST
3. APLIKASI STRATEGI INSTRUKSIONAL
3.1. STRATEGI YANG DIGUNAKAN
3.2. HURAIAN STRATEGI
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5. KAEDAH PENGINTEGRASIAN
BAHAN RUJUKAN
Muka Surat
1
1-3
3-5
6-7
8
8-16
17-19
20-25
26
BAHAGIAN A: MAKLUMAT CD-ROM
Tajuk : CHEMISTRY FORM 4 Teaching Courseware
Matapelajaran : Chemistry
Peringkat : SPM
Penerbit : Curriculum Development Centre,
Ministry of Education Malaysia
a) Behaviorist
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa
pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam
suatu situasi. Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme, perubahan tingkah laku yang
berlaku dalam diri seseorang individu adalah disebabkan oleh pengalaman. Pembelajaran
adalah dari hasil tindakbalas pelajar dengan rangsangan luar yang diterima dalam suasana
pembelajaran. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata
dan dapat diperhatikan.
Di dalam perisian kursus Chemistry Form 4 ini, kami mendapati terdapat beberapa
penerapan unsur-unsur behaviorisme di dalamnya. Paling nyata, secara umum kita dapat
melihat peranan atau keupayaan perisian kursus ini dalam mengubah tingkah laku pelajar
daripada keadaan tidak tahu atau tidak memahami konsep kimia kepada memahami
konsep yang terdapat dalam matapelajaran kimia itu sendiri.
Perisian kursus ini mengandungi beberapa komponen bagi setiap tajuk yang
dikemukakan. Komponen-komponen tersebut termasuklah Introduction, Content,
Activity, Evaluation, Summary dan Extension. Di dalam komponen Introduction, koswer
BAHAGIAN B: PERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN
ini telah menyatakan secara jelas objektif pengajaran yang ingin dicapai bagi setiap topik.
(Rajah 1.1). Objektif pembelajaran menerangkan tingkah laku yang diharapkan daripada
pelajar. Objektif pembelajaran ini dinyatakan sebagai rangsangan kepada pelajar untuk
cuba memahami kandungan yang ingin disampaikan di dalam topik tersebut.
Rajah 1.1
Koswer ini menyediakan capaian kandungan berbentuk non linear. Ini bererti
pelajar boleh memilih mana-mana topik atau latihan yang ingin mereka pelajari. Pelajar
mempunyai ruang untuk membuat latihan sendiri berdasarkan kehendak mereka.
Selain itu, koswer ini juga membenarkan proses pengulangan dilakukan.
Pengulangan ini boleh dilakukan dengan mengklik pada butang Replay (Rajah 1.2).
Seperti yang kita ketahui, pengulangan merupakan konsep penting dalam teori
behaviorisme. Proses pengulangan membantu pelajar untuk memahami konsep yang cuba
disampaikan dengan lebih jelas.
Objektif Pembelajaran
Rajah 1.2
Dalam pengajaran dan pembelajaran pelbagai subjek, mazhab ini menganggap
pembelajaran adalah satu hal latihan. Latihan adalah perlu untuk mewujudkan kebiasaan
atau sesuatu tabiat. Penggunaan bahan-bahan sokongan, contoh-contoh yang jelas dan
rancangan-rancangan pembelajaran yang menarik dan berkesan perlu disediakan untuk
mendapatkan kesan rangsangan gerak balas yang sempurna (Kamarudin & Siti Hajar,
2004).
Koswer ini juga turut menyediakan latih tubi untuk pelajar menjawab beberapa
bentuk soalan bagi menguji penguasaan pelajar terhadap topik-topik tertentu yang
terdapat dalam koswer tersebut. Bagi setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar,
maklum balas diberikan secara automatik kepada mereka. Penglibatan dan perhatian
pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau maklum balas dengan tujuan
untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap respon
pelajar perlu diberikan maklumbalas yang positif. Setiap kali pelajar memberikan respon
yang benar maka ia perlu diberi motivasi. Setiap kali pelajar berjaya melakukan sesuatu
aktiviti ataupun memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan
Pengulangan (Replay)
ganjaran untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya.
(Rajah 1.3).
Rajah 1.3
b) Cognitivist
Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar
mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula
segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Ahli psikologi kognitif
menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan
secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap
sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan
perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti
pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran.
Unsur-unsur kognitif banyak diterapkan dalam perisian kursus ini. Misalnya
dibahagian permulaan pembelajaran setiap topik, terdapat komponen Introduction.
Komponen ini bertindak sebagai set induksi kepada topik yang tersebut. Di dalam set
induksi ini, perkaitan di antara di antara apa yang telah dipelajari dengan apa yang bakal
Maklum balas positif
diiajar dibuat. Di samping itu, perkaitan juga turut dibuat dengan pengalaman sedia ada
pelajar. Apabila pelajar dapat membuat perkaitan di antara apa yang telah dipelajari atau
apa yang telah diketahui, maka ini akan dapat memudahkan mereka membuat perkaitan
dan seterusnya memahami isi pengajaran yang cuba disampaikan.
Contohnya, komponen Introduction yang terdapat dalam Lesson 61. Di sini
terdapat satu aktiviti ringkas yang memerlukan pelajar mengelaskan beberapa jenis bateri
ke dalam kategori Reachargeable dan Non-rechargeable. Pengetahuan pelajar mengenai
jenis bateri ini telah dipelajari dalam topik yang sebelumnya iaitu Lesson 60. Secara tidak
langsung pelajar dapat membuat perkaitan di antara kedua-dua topik tersebut. Ini secara
tidak langsung dapat membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman
mereka dalam topik sebelumnya. (Rajah 1.4)
Rajah 1.4
Selain itu, koswer ini juga menyokong pembelajaran pelajar dengan
menggabungkan pelbagai elemen multimedia. Penggunaan pelbagai elemen ini dapat
membantu pelajar menstrukturkan pengetahuan dan seterusnya memahami isi pengajaran
yang disampaikan dengan jelas. Misalnya dalam Rajah 1.5 di bawah menunjukkan proses
terhasilnya tenaga elektrik daripada voltaic sel mudah. Penerangan kepada proses ini
ditunjukkan dengan jelas melalui penggunaan grafik berserta animasi pergerakan elektron
di samping sokongan daripada elemen teks dan juga suara latar yang menerangkan proses
tersebut.
Rajah 1.5
Selain daripada itu, bahan pengajaran setiap topik disusun daripada yang pengajaran
yang senang ke sukar. Susunan sebegini mampu meningkatkan pemahaman pelajar dan
membantu pelajar menstrukturkan pengetahuan dengan lebih baik. Dengan cara ini,
pengetahuan pelajar dapat dibina secara berperingkat sekaligus mengukuhkan lagi
pemahaman mereka.
Koswer ini juga mengandungi komponen Summary. Di dalam komponen ini, kandungan
bagi setiap topik dirumuskan dalam bentuk poin-poin penting. Dengan ini, ia dapat
membantu pelajar menstrukturkan maklumat supaya maklumat boleh disimpan dalam
ingatan dan dicapai dengan mudah. Pelajar juga akan dapat mengingat semula apa yang
telah dipelajari dengan baik. (Rajah 1.6)
Teks
Grafik dan animasi
Rajah 1.6
Koswer ini juga mengandungi komponen Glossary. Ruangan ini membenarkan
pengguna untuk mengetahui maksud bagi istilah-istilah tertentu yang terdapat dalam
koswer tersebut. Ini dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran yang disampaikan
dengan lebih jelas lagi. (Rajah 1.7)
Rajah 1.7
c) Constructivist
Di dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang
diberikan oleh pendidik tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa
yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Secara umumnya, pelajar akan belajar melalui
pengalaman yang diperolehi secara sendiri. Menurut Jonassen(1991), pengetahuan
seseorang individu berasaskan kepada persepsi fizikal dan pengalaman sosial yang
difahami oleh akal fikiran seseorang. Manakala menurut Perkins (1986), pengetahuan
adalah terbina hasil dari reka bentuk pelajar di dalam minda di mana pengetahuan
dibentuk apabila pelajar terlibat secara aktif di dalam proses pembentukan pengetahuan
dan bukan hanya menginterpretasi dan menerima apa yang diberikan kepada mereka.
Menurut Merrill (1992) terdapat beberapa andaian yang boleh dibuat terhadap
konstruktivisme iaitu:
i. Pengetahuan dibentuk melalui pengalaman.
ii. Pembelajaran adalah interpretasi individu terhadap persekitarannya.
iii. Pembelajaran adalah satu proses yang aktif yang dibina melalui pengalaman
seseorang.
iv. Perkembangan konsep dibentuk melalui perkongsian pandangan dan
pembelajaran secara kolaboratif.
v. Pembelajaran dibina di dalam situasi sebenar.
Berdasarkan prinsip tersebut kami mendapati bahawa unsur-unsur ini banyak terdapat
dalam koswer ini. Misalnya penggunaan contoh buat tomato sebagai contoh bateri di
mana ditunjukkan bagaimana jam LCD boleh dikuasakan menggunakan bateri yang
terkandung dalam sebiji buah tomato. Contoh sebegini dapat membantu pelajar untuk
mengaitkan pengalaman sedia ada dan objek yang biasa terdapat dipersekitaran mereka
dengan apa yang bakal mereka pelajari. (Rajah 1.8)
Rajah 1.8
Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah
dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat
membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan
melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja
amali. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis dan mempersembahkan maklumat.
Dalam koswer ini misalnya, pelajar diberikan peluang untuk melakukan
eskperimen berbentuk interaktif. Contohnya dalam Lesson 60 (Voltaic Cell and Daniell
Cell) pelajar perlu meletakkan metal yang berbeza pada setiap wayar di dalam
electrolyte. Dalam hal ini pelajar akan mengklik dan meletakkan salah satu metal yang
diberikan kepada wayar hitam dan wayar merah dan seterusnya membuat pemerhatian
terhadap bacaan pada voltmeter. Pelajar boleh mengulang ujikaji dengan menukar
kedudukan metal dan sebagainya. Berdasarkan eksperimen sebegini, pelajar akan dapat
membuat satu kesimpulan terhadap bagaimana sesuatu voltaic cell dibina.
Kesimpulan yang diperolehi oleh pelajar dengan cara cuba dan jaya ini
menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap masalah yang diberikan. Oleh
itu, kaedah ini dapat menggalakkan perkembangan pemikiran aras tinggi pelajarkerana
mereka dikehendaki menganalisi dan mensintesis maklumat dan bukan hanya
menyatakan atau menghurai fakta aras rendah. (Rajah 1.9)
Rajah 1.9
Selain itu, komponen Extension yang terdapat dalam koswer ini juga membantu
pelajar untuk mendapat pengetahuan yang lebih tentang sesuatu topik. Pelajar dapat
membuat aplikasi terhadap pengetahuan yang dipelajari dalam keseluruhan topik tersebut
di samping membuat rujukan tambahan melalui buku atau internet untuk menyelesaikan
tugasan atau permasalahan yang diberikan. (Rajah 1.10)
Rajah 1.10
A) Kenalpasti strategi yang digunakan.
Strategi yang dikenalpasti digunakan dalam CD koswer ini adalah:
1. Kuliah
2. Demonstrasi
3. Perbincangan
4. Penemuan
5. Inkuiri / Penyiasatan
6. Penyelesaian masalah
7. Permainan
8. Simulasi
9. Kaedah tutorial.
B) Huraikan pelaksanaan strategi berkenaan dengan merujuk kepada contoh-
contoh dari bahan berkenaan.
1. Kuliah
Kaedah kuliah merupakan cara penyampaian maklumat yang paling awal dan
disampaikan satu hala dari punca ke penerima. Dalam konteks ini, punca adalah CD
koswer itu sendiri manakala penerima adalah pelajar yang menggunakan CD tersebut.
Semua pelajar boleh melihat maklumat yang sama, bergantung kepada pilihan yang
dibuat semasa menggunakan CD ini.
Koswer ini dikatakan menggunakan kaedah kuliah kerana pelajar iaitu penerima
maklumat menerima maklumat secara pasif. Ini disebabkan cara persembahan kuliah
adalah dalam bentuk satu hala. Selain itu, isi kuliah disampaikan secara berstruktur dan
tersusun. Ini membolehkan maklumat disampaikan dengan cepat. Gambar rajah di bawah
BAHAGIAN C: APLIKASI STRATEGI INSTRUKSIONAL
menunjukkan isi kuliah yang berstruktur, lebih tersusun dan mudah disampaikan kepada
penerima melalui penggunaan koswer ini.
Rajah 2.1
2. Demonstrasi
Demonstrasi merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran
asas komputer dan teknologi maklumat. Teknik ini juga dikenali sebagai tunjukcara.
Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu
isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang disampaikan.
Melalui CD koswer ini, strategi demonstrasi digunakan untuk menunjukkan
sesuatu eksperimen kepada pelajar. Rajah di bawah merupakan salah satu contoh di mana
strategi demonstrasi digunakan.
Rajah 2.2
Melalui strategi ini, satu eksperimen peneutralan telah ditunjukkan. Langkah yang
perlu diikuti dalam melaksanakan eksperimen ini ditunjukkan dengan jelas. Ini termasuk
bermula dari penyusunan radas, penyediaan bahan eksperimen dan seterusnya langkah-
langkah yang membawa kepada hasil eksperimen yang dikaji. Melalui kaedah ini, dapat
memberi gambaran yang jelas kepada pelajar bagaimana sesuatu eksperimen itu
dilaksanakan. Seseorang pelajar itu juga boleh mengulang semula demonstrasi yang
ditunjukkan sekiranya terdapat kemusykilan sebelum melakukan eksperimen yang
sebenar semasa di dalam makmal.
Di samping itu, antara kelebihan kaedah demonstrasi yang ditunjukkan adalah
seperti berikut:
Pelajar telah dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan
tepat.
Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk
melaksanakannya.
Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk
belajar.
Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki
kualiti pengetahuan pelajar.
3. Perbincangan
Perbincangan ialah kaedah dan strategi yang melibatkan aktiviti perbualan di
antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-
tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen asas komputer dan
teknologi maklumat . Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas
komputer dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia
kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan guru
menjelaskan tujuan diadakan perbincangan , ini bagi membolehkan pelajar membuat
persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan.
Dalam CD koswer ini, kaedah perbincangan boleh dilihat dalam rajah berikut:
Rajah 2.3
Aktiviti ini merupakan aktiviti tambahan di mana mengkehendaki pelajar untuk
mencari maklumat tambahan yang diperlukan. Seterusnya maklumat ini akan digunakan
di dalam kelas semasa sesi perbincangan. Semasa sesi perbincangan, pelajar memainkan
peranan dengan aktif memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk. Pelajar
akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan dan pada peringkat akhir rumusan dibuat
oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru. Perbincangan dijalankan secara
keseluruhan kelas.
Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah dapat
dimanafaatkan oleh guru dan pelajar, antaranya ialah
Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat
memberikan idea mengenai cara-cara untuk menghasilkan pelbagai jenis
sabun yang berlainan PH.
maklumat secara luas dan bebas, sistematik dan tepat.
Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan
soalan dan pandangan mereka mengenai tajuk dengan jelas.
Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan
berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping
memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang
positif. Kemahiran lisan dapat dapat diperkukuhkan.
4. Penemuan
Pembelajaran Penemuan Berpandu merupakan pendekatan inovatif yang
menggunakan teknologi baru untuk meningkatkan proses instruksi dan pembelajaran
tetapi masih mengekalkan peranan tradisi guru sebagai penentu arah pembelajaran
pelajar. (Yusup & Razmah, 1999). Guru menggunakan pendekatan sistem dalam
merancang dan melaksanakan stategi instruksi tetapi penggunaan multimedia menjadi
tumpuan utama dalam mengawal proses pembelajaran.
Dalam koswer ini terdapat banyak strategi penemuan yang digunakan. Salah
satunya adalah seperti rajah berikut.
Rajah 2.4
Dalam rajah di atas, pelajar boleh mempelajari topik keupayaan sel dengan
menggunakan kaedah penemuan. Dalam kaedah ini, pelajar boleh mengukur sendiri
keupayaan sel dengan menggunakan logam yang berlainan jenis. Kaedah ini dinamakan
kaedah penemuan kerana pelajar memilih sendiri logam yang ingin diuji dan
mendapatkan jawapan berdasarkan pilihan pelajar sendiri.
5. Inkuiri / Penyiasatan
Inkuiri adalah satu perasaan ingin tahu di dalam diri pelajar yang mendorong
mereka untuk membuat penyiasatan. Ia adalah satu pendekatan saintifik dan menjurus
kepada proses penyelesaian masalah. Pendekatan ini lebih sesuai untuk pelajar yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi dan mungkin menimbulkan masalah kepada pelajar
yang lemah.
Rajah 2.5
Berdasarkan rajah yang diambil daripada Koswer Kimia Tingkatan 4 di atas,
strategi inkuiri dan penyiasatan dikenalpasti. Dalam rajah tersebut, terdapat suara narrator
yang menyebut bahawa sebiji buah tomato boleh mengalirkan arus voltan. Pernyataan ini
adalah sesuatu yang baru bagi pelajar dan ini akan menggalakkan rasa ingin tahu pelajar
untuk menyiasat lebih lanjut mengenai fakta yang diberikan. Dengan adanya perasaan
inkuiri, mendorong pelajar untuk membuat penyiasatan dengan lebih lanjut lagi.
Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal
dikalangan pelajar. Pelajar yang terlibat dengan kaedah ini akan berpuas hati apabila
mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses
pembelajaran. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang
lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti.
6. Penyelesaian masalah
Kaedah penyelesaian masalah ini melibatkan pengguna menyelesaikan sesuatu
masalah yang mencabar. Ia melibatkan pembelajaran aras tinggi kerana masalah tidak
boleh diselesaikan dengan penggunaan pembelajaran aras rendah seperti menghafal atau
mengingat fakta.
Rajah berikut merupakan contoh strategi penyelesaian masalah yang digunakan
dalam koswer Kimia Tingkatan 4.
Rajah 2.6
Pelajar akan diberi masalah-masalah yang berkaitan yang perlu diselesaikan dan
dari pengalaman menyelesaikan masalah tersebut, pelajar akan dapat membentuk satu
model minda mengenai sesuatu konsep. Pembentukan konsep secara kendiri oleh pelajar
akan melibatkan proses generalisasi dan perkaitan maklumat seperti yang dibincangkan
oleh ahli psikologi pemprosesan maklumat.
7. Permainan
Koswer ini mempunyai strategi permainan di mana mampu memberi pengalaman
belajar yang menyeronokkan kepada pelajar kerana ianya berdasarkan prinsip kalah atau
menang. Namun begitu, konsep yang ingin diterapkan adalah belajar sambil bermain dan
bukannya bermain sambil belajar. Melalui koswer ini, strategi permainan banyak
digunakan terutamanya paha bahagian aktiviti. Contoh penggunaan strategi permainan
dalam koswer ini ditunjukkan dalam rajah berikut.
Rajah 2.7
Selalunya, permainan yang baik merangkumi penggunaan pengetahuan dan
kemahiran yang telah dipelajari untuk mengatasi sesuatu situati atau masalah yang
disediakan. Strategi permainan yang digunakan boleh merangsang interaksi pelajar di
mana bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. Selain itu, permainan juga
menyediakan konteks pembelajaran serta bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan
dan juga pengayaan.
8. Simulasi
Perisian yang berbentuk simulasi akan menyediakan suasana pembelajaran yang
cuba menyerupai keadaan atau fenomena sebenar di mana ianya berlaku. Komputer akan
memberikan satu visual atau penjelasan tentang sesuatu situasi dan pelajar akan
berpeluang berinteraksi dengan komputer bagi menangani keadaan atau situasi yang telah
ditetapkan.
Contoh simulasi yang digunakan dalam koswer ini adalah seperti rajah berikut:
Rajah 2.8
Dalam aktiviti ini, pelajar akan berinteraksi dengan koswer dengan hanya
mengklik mana-mana logam yang dikehendaki untuk diletakkan ke dalam sel. Dengan
cara ini, pelajar berpeluang menyelesaikan masalah dengan mencuba sendiri eksperimen
yang disediakan.
Pembelajaran menerusi kaedah simulasi juga akan meminta pelajar untuk
menganalisis, membuat keputusan dan bertindak untuk mendapat situasi yang baru.
Simulasi yang baik mempunyai kandungan teks, grafik, animasi, bunyi dan permasalahan
yang sesuai serta bermakna kepada pelajar. Simulasi juga berguna untuk menggantikan
proses pembelajaran menerusi situasi sebenar yang mungkin memerlukan kos
perlaksanaan yang tinggi, membahayakan serta memakan masa yang panjang serta sukar
untuk dikendalikan.
9. Kaedah tutorial
Perisian yang menggunakan kaedah tutorial sebagai strategi pengajaran akan
mengajar atau menjelaskan sesuatu konsep kepada pelajar melalui pemberian contoh-
contoh yang bersesuaian. Ia juga akan diiringi dengan soalan-soalan yang digunakan bagi
tujuan pengukuhan. Jawapan yang diberikan oleh pelajar dan sejauh mana pelajar
memahami konsep yang telah diajar akan dinilai oleh sistem pembelajaran tersebut.
Koswer ini juga dikenalpasti mempunyai strategi tutorial kerana di samping menjelaskan
konsep dan contoh yang sesuai, ia juga mempunyau soalan-soalan latihan sebagai
pengukuhan. Soalan pengukuhan dalam koswer ini boleh dilihat dalam rajah berikut:
Rajah 2.9
Sesebuah perisian berbentuk tutorial yang baik akan menganalisis tahap
pencapaian pelajar terlebih dahulu sebelum mereka mula belajar. Berdasarkan analisis
yang dibuat, pelajar akan diberi beberapa pilihan mengenai tahap pembelajaran yang
ingin mereka lalui. Jika pelajar telah mencapai tahap kefahaman yang dikehendaki,
mereka boleh meneruskan pembelajaran mereka kepada bahan yang lebih sukar. Jika
tidak, sistem pembelajaran akan mencadangkan supaya pelajar mengulangi semula isi
pelajaran dan soalan yang telah dipelajari sehinggalah mereka mencapai tahap yang
diperlukan.
1. Sediakan pautan / senarai rujukan
Dalam koswer ini terdapat bahagian extension. Dalam ruangan ini, diberikan aktiviti
sebagai pengayaan dan pengetahuan tambahan kepada pelajar. Kebanyakan aktiviti yang
dimasukkan dalam ruangan ini tidak terdapat dalam silibus. Ini adalah bertujuan untuk
menggalakkan pelajar memperkembangakan lagi pengetahuan mereka terutamanya
kepada pelajar yang berkebolehan. Namun begitu, ruangan ini tidak menyediakan dari
mana maklumat boleh diperolehi sebagai rujukan. Oleh itu, dicadangkan agar disertakan
senarai rujukan atau pautan yang boleh dirujuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
maklumat yang diminta oleh aktiviti berkenaan.
2. Penilaian keseluruhan CD
Secara keseluruhannya, koswer ini mempunyai sebanyak 20 topik. Dalam setiap topik
terdapat pengenalan, kandungan, aktiviti, penilaian, rumusan dan juga aktiviti tambahan.
Penilaian di dalam koswer ini terdapat pada bahagian akhir setiap topik. Dicadangkan
BAHAGIAN D : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
bahawa penilaian untuk keseluruhan CD dimasukkan. Penilaian ini bermaksud penilaian
yang merangkumi semua topik yang terdapat dalam koswer berkenaan. Ini adalah supaya
dapat mengukur pengetahuan dan penguasaan keseluruhan kandungan koswer tersebut.
Di samping ini penilaian keseluruhan juga mampu memberi maklum balas kepada pelajar
samada mereka perlu mengulang balik mana-mana topik di dalam koswer berkenaan
yang masih belum dikuasai lagi.
3. Penggunaan peta minda dalam rumusan
Di dalam koswer ini terdapat 20 topik di mana setiap topik ada disediakan bahagian
rumusan. Penyediaan rumusan ini adalah baik kerana menyediakan medium untuk pelajar
melihat semula isi kandungan setiap topik yang telah dipelajari. Namun begitu bahagian
rumusan ini boleh diperbaiki lagi kerana rumusan yang dinyatakan adalah dalam bentuk
pernyataan. Dicadangkan agar rumusan dinyatakan dalam bentuk peta minda. Ini kerana
melalui peta minda akan memudahkan lagi pelajar untuk menggambarkan keseluruhan isi
kandungan yang telah dipelajari. Selain itu, penggunaan peta minda juga mampu
menguatkan lagi daya ingatan pelajar dalam mengingati sesuatu fakta.
4. Sediakan jawapan terus dalam aktiviti
Adanya ruangan aktiviti di dalam koswer tersebut adalah sesuatu yang baik kerana
aktiviti tersebut boleh digunakan semasa dalam kelas. Ia menggalakkan interaksi antara
pelajar dan juga guru. Namun begitu terdapat kelemahan pada koswer tersebut di mana
jawapan aktiviti hanya diberikan setelah kesemua soalan aktiviti diselesaikan. Keadaan
ini kurang sesuai sekiranya seseorang guru itu ingin melaksanakan aktiviti ini bersama-
sama dengan pelajar. Ini kerana guru tidak akan dapat membincangkan jawapan kepada
soalan satu persatu tetapi terpaksa menunggu sehingga kesemua soalan habis dijawab
terlebih dahulu barulah jawapan yang betul diberikan. Oleh itu, dicadangkan agar
jawapan untuk aktiviti disediakan setiap kali satu soalan telah dijawab.
b) Cadangan kaedah pengintegrasian bahan berkenaan dalam P&P.
Koswer Kimia Tingkatan 4 boleh diitegrasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjag. Berikut merupakan cadangan
pengintegrasian koswer ini dalam P&P:
i. Set Induksi : Pelajar akan ditunjukkan video yang terdapat di dalam
koswer sebagai pengenalan untuk menimbulkan perasaan ingin tahu di
dalam diri pelajar. Topik yang dipilih adalah penitratan. Dengan menonton
video ini, akan memberi idea awal kepada pelajar tentang cara-cara
meneutralkan sesuatu larutan.
ii. Langkah 1: Dalam langkah ini, guru akan menerangkan secara teori
kepada pelajar bagaimana proses penitratan berlaku. Semasa menerangkan
proses ini, video simulasi mengenai pergerakan ion dan molekul akan
ditayangkan melalui koswer Kimia yang digunakan. Melalui tayangan
video ini, akan memberikan gambaran dengan lebih jelas dan tepat lagi
kepada pelajar bagaimana proses penitratan itu berlaku. Setelah itu, guru
akan menayangkan video di mana menunjukkan langkah yang perlu
diikuti untuk membuat eksperimen penitratan. Eksperimen yang
ditunjukkan adalah untuk menyelesaikan masalah yang diberi di dalam
koswer berkeaan. Pelajar perlu melihat dengan teliti cara-cara
pengendalian radas serta langkah-langkah yang perlu diikuti dalam
menjalankan eksperimen. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah demontrasi
atau tunjuk cara.
iii. Langkah 2 : Dalam langkah ini, pelajar perlu mengaplikasikan semula apa
yang telah dilihat dan dipelajari semasa langkah satu. Dalam langkah ini,
guru akan memberikan satu permasalahan dan pelajar akan menyelesaikan
masalah tersebut dengan melakukan sendiri eksperimen penitratan.
Langkah ini juga untuk menguji samada pelajar boleh mengendalikan
radas dengan betul dan adalah mereka faham tentang langkah-langkah
menjalankan eksperimen penitratan. Sekiranya mereka berjaya
mendapatkan hasil yang betul bermakna mereka telah faham tetapi
sekiranya eksperimen tidak mendapat hasil seperti yang dilaksanakan,
mereka perlulah mencari ralat semasa menjalankan eksperimen.
iv. Langkah 3 : Setelah pelajar menyelesaikan eksperimen. Guru akan
membuat rumasan dan menerangkan method lain yang boleh digunakan
untuk melakukan penitratan. Guru akan menggunakan video yang terdapat
di dalam koswer iaitu pada kandungan 4 dan 5 (content 4 and 5). Ini
sebagai pengetahuan tambahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini
yang boleh digunakan untuk melalukan penitratan.
v. Langkah 4 : Seterusnya adalah langkah untuk menguji kefahaman pelajar.
Di dalam langkah ini, pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan akan diberikan 5 soalan untuk diselesaikan. Soalan ini
didapati daripada koswer Kimia iaitu pada bahagian aktiviti. Kumpulan
yang menjawab betul dengan banyak akan dikira sebagai pemenang.
Sekiranya markah sama, satu soalan bonus akan diberikan sebagai
penentuan pemenang. Dengan melakukan aktiviti ini, pemahaman pelajar
dapat diuji dan di samping itu dapat meningkat motivasi serta minat
pelajar untuk terus belajar.
vi. Penutup : Dalam langkah penutup ini, pelajar akan diminta untuk
menghasilkan satu peta minda mengenai topik yang dipelajari pada hari
tersebut. Pelajar perlu menyenaraikan sejauh mana pemahaman mereka
terhadap topik berkenaan. Sebelum kelas tamat, guru akan menyedarkan
satu lembaran kerja yang mempunyai soalan-soalan latih tubi. Lembaran
kerja ini dicetak daripada Kowser Kimia Tingkatan 4. Soalan-soalan ini
diberikan kepada pelajar sebagai kerja rumah supaya mereka boleh
mengulangkaji dan menguji kefahaman semasa di rumah.
LESSON PLAN
School : Sabah science Secondary SchoolSubject : ChemistryDate : 16th June 2008 Form : 4 AlphaTime : 9.00AM – 10.20AM [ 80 minutes]Number of students : 30 Attendees : / 30Topic : Lesson 70 (Titration)
Learning objectives : At the end of this lesson, student should be able to Describe acid-base titration
Determine the end point of titration during neutralization
Solve numerical problems involving neutralization reaction to calculate either concentration or volume of solutions
Teaching stepsStep Content / Skill Learning Activities Materials/
NotesInduction Set
5 minutes(9:00 – 9:05)
Prepare students to physically and mentally ready to learn.
Give the overall picture about what the lesson they will learn
Students watch the introduction of lesson 79 on topic titration.
Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Introduction)
Step 110 minutes
(9:05 – 9:15)
Theory on molecules and ion movement.
Steps involve in
Students listen the theory explanation by teacher on how titration process occurs.
Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Content 1)
titration experiment
Students watch the steps involved in titration experiment.
Step 225 minutes
(9:15 – 9:40)
Doing experiment and handling the apparatus
Students were given new problem and asked to solve it by doing an experiment.
Students handling the apparatus and do experiment based on the steps that they learn in step 1.
Step 315 minutes
(9:35 – 9:50)
Another method of doing titration
Students watch the courseware on another method that can be used to do titration
Students listen to the teacher’s explanation.
Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Content 4)
Step 415 minutes
(9:50 – 10:05)
Exercise and group activity.
Students are divided into two groups. Each group will be given 5 problems and have to solve it by calculation.
Group who get the highest marks is considered as the winner.
Courseware Chemistry Form 4- Lesson 79 (Activity 1)
Conclusion5 minutes(10:20 – 10:25)
Students explaining the lesson learned.
Students are asked to draw a mind map about what they have learned.
Students are given printed activity sheets that were taken from the courseware as their homework.
Printed activity sheet.
Rujukan:
E-Pendidikan, dicapai pada 22th Mei 2008, daripada (http://E-Pendidikan .Net)
Jabatan Pelajaran Perak, dicapai pada 29th April 2008, daripada
(http://jpnperak.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=5)
Myschoolnet, dicapai pada 5th mei 2008, daripada
(http://myschoolnet.ppk.kpm.my/prog_kdp/explore.htm)
Teaching Courseware Chemistry Form 4, Ministry of education.
Rajah 5.1
top related