kaum bidayuh
Post on 12-Aug-2015
407 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BUKU SKRAP KAUM BIDAYUH
SEJARAH KAUM BIDAYUH
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang berhijrah dari Kalimantan Barat Indonesia
ke Sarawa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan Bidayuh
mendakwa bahawa nenek moyang mereka berasal dari Kalimantan Barat, Jawa,
Sumatrala dan ada juga yang menyatakana bahawa mereka adalah penduduk
asal Sarawak. Penempatan Bidayuh terawal adalah berpusat di Ulu Padawan dan
Mikabuh Rabak di Daerah Kuching, Bung Bratak, Dorod Singai dan Gunung
Serembu di Daerah Bau, Bung Bagak dan Sedemak di Daerah Lundu.
Pada zaman dahulu, Bidayuh telah dikenali sebagai " Dayak Darat". Walau
bagaimanapun, hari ini mereka lebih suka dikenali sebagai "'Bidayuh". Dalam
bahasa mereka, "Bi" bermaksud "Rakyat" dan "Dayuh" bermaksud "Tanah". Oleh
itu, perkataan "Bidayuh" bermaksud "Orang Tanah".
Terdapat 29 kumpulan Bidayuh di Sarawak. Di daerah Kuching 11 kumpulan, di
daerah Bau 5 kumpulan, di daerah Lundu 3 kumpulan dan di daerah Serian 10
kumpulan. Berdasarkan rekod yang disimpan di Pejabat Daerah Kuching, Bau,
Lundu dan Serian, terdapat 96 Kampung di Kuching, 63 di Bau, 41 di Lundu dan
135 di Daerah Serian.Secara keseluruhannya, orang Bidayuh adalah mesra,
merendah diri, amanah dan mesra pada semua orang.
BAHASA KAUM BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang
terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,
pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan.
Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa
mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku
kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain
sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan.
Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut
“makan” ialah “ma-an” manakala suku Bidayuh dari kawasan
Padawan pula menyebut “makan” sebagai “man”.
KEPERCAYAAN BIDAYUH
Pada mulanya kepercayaan kaum Bidayuh adalah animisme. Tetapi semasa
penjajahan British mubaligh Kristian telah menyebarkan agama Kristian dan
majoriti mereka adalah Kristian dan hanya 3 peratus sahaja beragama Islam.
Bidayuh Bau mempunyai tradisi yang unik iaitu mengantung badan orang yang
mati di atas pokok dan tinggalkan mayat tersebut sehingga reput. Rangka yang
tertinggal diatas pokok sebagai peringatan kepada simati. Tradisi ini jarang
dilakukan pada masa kini.
PAKAIAN KAUM BIDAYUH
Warna hitam adalah warna utama pakaian tradisi orang Bidayuh.
Manakala warna putih, kuning, dan merah ialah warna kombinasi.
Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau
kepala kain berwarna warni adalah pelengkap hiasan kepala wanita
Bidayuh. Pakaian lelaki Bidayuh biasanya sepasang baju dan seluar
berwarna hitam. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan lelaki
Bidayuh.
RUMAH PANJANG BIDAYUH
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang.
Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak
jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi
tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur
rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur
rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang
kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu,
manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai
rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh
manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3
bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat
kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa
sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya
meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan
keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan
sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di
kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar
rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup
dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah
pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan
aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual,
membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah
juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan
seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu
seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah
bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat
Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak
bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk
menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada,
jagung dan sebagainya.
TARIAN KAUM BIDAYUH
Tarian kaum Bidayuh yang terkenal ialah:
1. Tolak Bala – biasanya ditarikan sebelum
musim menuai bagi mendoakan Tuhan
agar tuaian tahun ini banyak dan ahli
keluarga jauhi daripada malang.
2. Langgi Julang – ditarikan semasa ketua
kampung atau penghulu dipilih.
3. Rajang Beuh – ditarikan selepas musim
menuai atau semasa menyambut tetamu.
PESTA KAUM BIDAYUHPesta Birumuh atau Rami Onu Gawai merupakan majlis
perhimpunan masyarakat Bidayuh bagi meraikan hasil tanaman
dan tuaian padi. Pesta tersebut sering dirai oleh masyarakat
Bidayuh selepas menjalankan aktiviti tanaman dan ‘beruma’
atau menuai padi.
Pada malam Rabu , masyarakat Bidayuh meraikan Pesta
Birumuh sempena sambutan Hari Gawai. Dalam masyarakat
Bidayuh, ‘umuh’ bererti padi dan ‘berumuh’ bererti pertanian
padi.
Pesta Birumuh adalah festival budaya untuk meraikan tradisi
Bidayuh dalam penanaman padi. Menurut kepercayaan
masyarakat Bidayuh beras mempunyai roh atau jiwa yang
harus dihormati. Beras tidak boleh di sia-sia dan pembaziran
akan menyinggung semangat padi dan boleh mempengaruhi
hasil tuaian padi berikutnya. Padi juga merupakan tanda
kekayaan seseorang yang akan dijelaskan menerusi jumlah
stok beras yang dimiliki.
PANTANG LARANG DAN KEBUDAYAAN KAUM BIDAYUHMENGANDUNG
Bagi masyarakat kaum Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut
bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang
bencana buruk.
Semasa isteri mengandung, terdapat beberapa pantang larang dan adat yang perlu diamalkan. Antaranya adalah
seperti adat menawar perut, berpantang larang dan persiapan menyambut kelahiran.
1. Upacara Menawar Perut
Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayangite akan diadakan untuk
menggalakkan anak dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang
berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan tersebut membaca mentera, tubuh
perempuan mengandung itu akan dibalut dengan kain bertujuan untuk menghalau segala keburukan dan
kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang
ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut
dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut
perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.
2. Pantang Larang
Semasa mengandung, si isteri serta suaminya hendaklah mengamalkan pantang larang tersebut:-
Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri.
Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi gila dan
sukar untuk bersalin.
Si suami dilarang keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau ‘umot sanja’ yang akan
mengganggu anak dalam kandungan tersebut.
Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana risau akan menjangkiti
anak dalam kandungan itu dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.
dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir
menjadi sumbing.
Si suami dilarang memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak
akan mati semasa dilahirkan.
Si suami juga dilarang mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan
mengalami tumpah darah.
Dilarang melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam
perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.
Sekiranya si suami menebang pokok pisang ketika isterinya mengandung ini akan menyebabkan bayi
yang akan lahir itu mati.
Selain itu juga, terdapat banyak lagi pantang larang yang harus diamalkan mengikut kepercayaan Bidayuh.
3. Persiapan Menyambut Kelahiran
Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang
kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan
selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati,
dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti.
Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit
semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.
Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan
ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu
atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk
menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.
Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk
gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut
dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk
itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali.
Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke
penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air
selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak
ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang
sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah,
dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.
Memotong Tali Pusat
Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu
urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk
memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa
lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti
yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu.
Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya
dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa
yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan
untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.
Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi
tadi. Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut
dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan
menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di
tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu
kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada
minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk.
setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu
dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk
mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga
hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan
tanggal dengan sendirinya.
Kenduri Selepas Bersalin
Sebagai tanda penghargaan atas khidmat
bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan akan
menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan
bersama bagi menandakan kelahiran anak tadi.
Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah
berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta
wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit.
Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali
wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit.
Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh
hari tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya
bidan dan pembantunya tadi dibenarkan
memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.
Menyimpan dan Menanam Uri
Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi
tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur
dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api
dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu
sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut
adat masyarakat Bidayuh, kendi yang
mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si
anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak
perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api
dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan.
Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan
masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh
menyebabkan si anak perempuan tadi pandai
membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula
pandai membuat kerja-kerja di sawah.
Menjaga Tali Pusat
Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan
sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat
mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di
atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula
hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak
tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas upacara di
atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang
selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja
berikut adalah dilarang;
o Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta
belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.
o Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana
dikhuatiri si anak akan jatuh sakit.
o kerana bimbang si anak mendapat batuk.
o Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah
dan dimakan dengan garam nipah sahaja.
o Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak
atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan
kerana perut akan menjadi kembung.
Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang
pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu
atau si anak jatuh sakit.
Perlindungan Daripada Kome
Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh
yang tajam yang diikat bersama digantung pada
siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi
sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya
daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh
semangat jahat atau kome dan juga hantu yang
dipanggil kok-anak.
Menamakan Anak
Kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe .
Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk
anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan
semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak
itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh
sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah
menamakannya semula samada dengan nama timangan atau
nama baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh
mengganggu roh mereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah
keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga
mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama
baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat
jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh
menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.
PERKAHWINAN
Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan
monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu
perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada
keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh
juga melarang perkahwinan antara sepupu.
Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota
kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah
namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka
dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan
kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan
perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka
berkahwin.
Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila
seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal
mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi.
Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan
atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan yang
terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka.
Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih
pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.
Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan.
Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat
dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan
melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah terutama bagi anak
sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan
kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh
pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan,
pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.
Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa
lampau ialah 16 tahun, manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas
memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik orang
perantaraan perempuan . Antara lain, perantara perempuan tersebut
akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin
kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan
pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan
tersebut.
KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera
menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut
mpesan iaitu kata-kata terakhir atau pesanan kepada si mati. Mayat dimandikan
dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan
kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini
seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke
kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudara-
mara si mati sudah berkumpul.
Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk
kampung
yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan
yang diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa
mayat dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan
dikemas serta lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan
untukmengelak semangat si mati masuk atau datang ke bilik tersebut. Mayat
masyarakat Bidayuh akan dibakar atau ditanam dengan menjalankan beberapa
adat-adat tertentu.Ini mengikut adat bagi Bidayuh di kawasan tersebut.
Selepas pengebumian,ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan
rumah si mati selama paling kurang 4 hari. Sementara penduduk kampungnya
pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama 2 hari. Ini adalah sebagai upacara
berkabung dan menghormati si mati.
top related