kekangan dan batasan yang sering wujud semasa menjalankan sesuatu program latihan
Post on 06-Jun-2015
2.091 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEKANGAN DAN BATASAN YANG SERING WUJUD SEMASA MENJALANKAN SESUATU PROGRAM LATIHAN. Program Latihan dan Pembangunan
Definisi mudah mengenai pendidikan latihan dan pembangunan adalah seperti
berikut:
Pendidikan - proses mendapatkan pengetahuan. Contohnya belajar mengenali apa itu kereta.
Latihan - proses mendapatkan kemahiran. Contohnya belajar memandu kereta.
Pembangunan - proses meningkatkan kemahiran. Contohnya belajar memandu pelbagai jenis kenderaan dan akhirnya boleh mengajar memandu.
Secara amnya, pendidikan adalah sinonim dengan pengajaran formal dan
mendapatkan kelulusan tertentu manakala latihan pula sinonim dengan
mendapatkan kemahiran segera melalui latihan jangka pendek. Pembangunan
pula sinonim dengan meningkatkan kemahiran melalui latihan jangka panjang.
Ketiga-tiga keperluan ini adalah saling berkaitan dalam sesuatu program latihan
dan semasa menjalankan sesuatu program latihan.
Sesebuah organisasi terdiri daripada pekerja iaitu manusia dan melalui usaha
mereka organisasi dapat mencapai matlamatnya. Objektif organisasi
merangkumi pelbagai aspek termasuk pengeluaran produk hinggalah kepada
penyediaan perkhidmatan.
Melalui latihan dan pembangunan, seseorang pekerja akan dapat:
Meningkatkan prestasi dalam pekerjaan dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi;
Menikmati ganjaran dalam bentuk kewangan atau kenaikan pangkat;
Memiliki kelayakan tambahan atau kelulusan akademik yang lebih tinggi;
Memperbaiki kualiti pekerjaan dengan mengurangkan pembaziran dan kesilapan; dan
Mencapai kepuasan kerja.
Manakala faedah kepada pihak organisasi adalah seperti berikut:-
Peningkatan dalam prestasi organisasi;
Pengurangan dalam kos melalui pengurangan kesilapan; dan
Pemilikan pekerja terlatih dalam berbagai bidang.
Dalam setiap latihan yang dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi pastinya
akan terdapat kekangan dan batasan yang sering wujud semasa pihak
pengurusan menjalankan sesuatu program latihan bagi meningkatkan prestasi
pekerja dan seterusnya dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah
digariskan oleh sesebuah organisasi itu. Kekangan dan batasan ini adalah
bermaksud perkara yang mengganggu atau sebagai penghalang perjalanan
sebelum, semasa ataupun selepas sesuatu latihan yang dijalankan. Bagi
melaksnakan sesuatu program latihan pihak pengurusan perlulah mengenal
pasti kepentingan latihan, keperluan latihan, keperluan perancangan latihan.
PERANCANGAN
Dalam keadaan persekitaran yang sentiasa berubah, kemahiran yang ada
pada masa ini mungkin akan menjadi tidak relevan lagi pada masa akan datang.
Oleh itu perancangan yang rapi terhadap latihan dan pembangunan di sesebuah
organisasi amat perlu diberi perhatian. Dalam merancang latihan dan
pembangunan, empat peringkat berikut boleh dijadikan panduan, iaitu:
Mengenalpasti keperluan latihan;
Merancang untuk memenuhi keperluan latihan;
Melaksanakan perancangan; dan
Menilai pelaksanaan perancangan.
Mengenalpasti keperluan latihan
Mengenalpasti keperluan latihan di pelbagai peringkat organisasi seperti
bahagian, cawangan atau unit. Ia juga boleh dilakukan mengikut kumpulan
pekerja seperti kumpulan pengurusan dan profesional atau kumpulan sokongan
serta di peringkat individu. Sekiranya pihak organisasi tidak mengenal pasti
keperluan latihan terlebih dahulu, maka latihan yang akan dilaksanakan itu tidak
akan berjalan dengan lancar kerana tidak dapat menyediakan keperluan yang
secukupnya seperti siapa yang akan menghadiri latihan tersebut, peralatan yang
diperlukan semasa latihan, dan lain-lain lagi yang diperlukan dalam latihan itu.
Dua pendekatan boleh dilaksanakan iaitu:
Di peringkat makro di mana dikenalpasti keperluan latihan bagi
keseluruhan organisasi. Ia akan memakan masa dan kos yang tinggi.
Namun hasilnya adalah untuk jangka panjang; dan
Di peringkat mikro di mana dikenalpasti keperluan latihan bagi bahagian
atau unit kecil. Ia tidak memerlukan masa dan kos yang tinggi tetapi
kesannya adalah sekadar untuk jangka pendek.
Antara cara yang boleh digunakan untuk mengenalpasti keperluan latihan dalam
sesebuah organisasi adalah seperti berikut:
Laporan penilaian prestasi tahunan;
Temuduga;
Soalselidik; Pemerhatian;
Kajian semula organisasi; dan
Analisa pekerjaan.
Merancang untuk memenuhi keperluan latihan
Keperluan latihan yang telah dikenalpasti di dalam sesebuah organisasi
itu boleh dijadikan asas untuk merancang latihan. Keperluan latihan perlu
dibandingkan dengan kemahiran yang sedia ada dalam organisasi bagi
menentukan jurangnya. Jurang inilah yang perlu dipenuhi melalui pelaksanaan
program latihan.
Program latihan boleh dilaksanakan secara dalaman atau pun luaran dengan
melibatkan institusi latihan yang ada. Semua perancangan latihan seeloknya
didokumenkan supaya:
Pelaksanaan yang dilakukan kelak akan mengikut perancangan yang ditetapkan;
Mudah mendapat komitmen dari semua pihak;
Mudah untuk melaksanakannya seperti dari segi penyediaan masa dan kos; dan
Dapat memastikan latihan memenuhi objektif yang ditetapkan.
Melaksanakan perancangan
Perancangan latihan yang telah ditetapkan bolehlah dilaksanakan sama ada
secara dalaman, iaitu oleh organisasi itu sendiri, atau dijalankan secara luaran
oleh institusi latihan.Antara cara-cara memberi latihan yang boleh dilaksanakan
adalah seperti berikut:
Syarahan, ceramah atau kuliah;
Memainkan peranan (role play);
Kajian kes;
Perbincangan kumpulan;
Permainan pengurusan (management games);
Arahan kerja;
Pusingan kerja; dan
Latihan di tempat kerja.
Menilai pelaksanaan perancangan
Apabila perancangan latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan
bagi mengetahui keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah
dijalankan. Antara cara penilaian yang boleh dilakukan ialah:
Temuduga sebelum dan selepas latihan;
Soalselidik sebelum dan selepas latihan;
Pemerhatian;
Penilaian semasa latihan dijalankan;
Ujian/peperiksaan;
Menilai hasil kerja selepas latihan;
Penilaian prestasi;
Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.
PROGRAM LATIHAN
Program latihan adalah satu program yang dibentuk untuk melatih individu
atau satu kumpulan manusia bagi mencapai satu-satu objektif atau tahap yang
diinginkan oleh individu yang lain dalam sesebuah organisasi atau dalam satu
kumpulan. Program latihan tidak terhad kepada manusia sahaja, tetapi terdapat
juga program latihan yang direka bagi melatih haiwan.
Melalui program latihan objektif yang diingini akan dikenal pasti dan
dicapai mengikut kehendak yang telah ditetapkan. Terdapat pelbagai contoh
jenis program latihan yang boleh dijalankan seperti,pertama pembangunan
refleks, dimana latihan ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran individu
dalam sesuatu kerja. Jenis latihan ini lebih kepada kemahiran individu tersebut.
Kedua latihan memori, latihan ini pula lebih kepada kognitif atau pemahaman
individu itu, latihan jenis ini kurang menggunakan tenaga tetapi lebih kepada
bentuk pemikiran.
Yang ketiga ialah latihan prosedur, latihan ini turut melibatkan
penggunaan skill atau kemahiran individu dalam membentuk atau membuat
sesuatu kerja mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Dan yang terakhir skali
ialah latihan pengubahan sikap, latihan ini adalah satu bentuk latihan yang
istimewa kerana ia melibatkan sikap dan juga perilaku individu yang sukar di uba
atau dibentuk.
Bagi program latihan dalam organisasi pula terdapat beberapa jenis
program latihan yang boleh dijalankan bagi kegunaan organisasi tersebut.
Pertama kita lihat program latihan orientasi pekerja, program latihan ini dibentuk
bagi pekerja baru untuk lebih mengenali dan juga memahami organisasi
tersebut. Tujuan program latihan ini adalah untuk memperkenalkan pekerja baru
kepada syarikat, memberikan semangat atau keyakinan kepada pekerja baru
yang baru sahaja memulakan kerja, memberikan penerimaan pekerja baru
terhadap organisasi dan juga mempertingkatkan komitmen pekerja setelah muila
bekerja kelak. Dengan program latihan seperti ini, pelbagai masalah yang
dihadapi oleh pekerja baru dapat diatasi dengan cepat dan mudah. Dan ini
mempermudahkan lagi proses bekerja pekerja tersebut.
Yang kedua ialah program latihan induksi pekerja, jenis program latihan
ini juga melibatkan pekerja baru yang masih tidak mempunyai pengalam
mengenai organisasi atau tugasan individu tersebut. Biasanya program latihan
ini dijalankan oleh pihak pengurusan sumber manusia atau ketua jabatan bagi
melatih pekerja baru untuk lebih bersedia dalam tugasan mereka. Yang ketiga
ialah program latihan semasa keja atau on the job training. Jenis program latihan
ini melibatkan pekerja baru dan juga lama bagi memantapkan lagi kualiti kerja
mereka. Latihan ini dijalankan semasa mereka bekerja, dimana sambil mereka
melakukan kerja mereka akan dilatih melakukan kerja dengan lebih baik dan
berkualiti.
Manakala jenis program latihan yang keempat pula ialah program latihan
luar pejabat. Jenis latihan ini dijalankan diluar dari organisasi atau pejabat dan
juga tidak melibatkan masa kerja mereka. Program latihan ini tidak mengangu
waktu kerja seperti program latihan semasa kerja kerana ia dijalankan diluar
waktu kerja dan juga luar dari kawasan kerja. Ia memberikan gambaran atau
contoh bagi suasana kerja yang sebenar yang perlu dipraktikan oleh pekerja itu
sendiri. Jenis program latihan ini mempunyai pelbagai cara dan bentuk yang
boleh dijalankan mengikut kesesuain tempat, masa dan juga individu tersebut.
Faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kekangan dan juga batasan dalam program latihan
Faktor kewangan dan sumber
Dalam menjalankan sesuatu program latihan, sumber kewangan dan juga
sumber-sumber lain adalah penting dalam kejayaan sesebuah program latihan
tersebut. Dari segi sumber lain sebagai contoh ialah tempat untuk menjalankan
program latihan, dimana jika tempat yang disediakan tidak sesuai dan selesa ia
dapat menjejaskan hasil program tersebut. Sumber lain ialah tenaga pengajar,
dimana tenaga pengajar yang betul-betul pakar adalah diperlukan untuk
menentukan para pelatih mendapat ilmu dan pengalaman yang mencukupi.
Dalam ssuatu program latihan ia memerlukan sumber kewangan yang banyak
dan kos untuk menjalankan sesuatu latihan adalah tinggi.
Oleh itu bagi organisasi yang kecil dan tidak mempunyai sumber
kewangan yang mencukupi tidak dapat menjalankan program latihan yang
mentap dan mengikut keperluan latihan tersebut. Oleh kerana itu kebanyakan
organisasi akan melakukan kajian dan penelitian yang lebih terperinci sebelum
menjalankan sesebuah program latihan, ini untuk memastikan latihan tersebut
betul-betul diperlukan dan memberikan pulangan kepada organisasi mereka.
Faktor masa yang terhad
Masa memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah program
latihan. Bukan semua individu mempunyai masa dan kelapangan bagi
menghadiri program latihan. Dalam faktor ini bagi sesetengah pihak berfikiran
dimana program latihan adalah membuang masa. Masa perlulah cukup bagi
menjalankan program latihan dan juga tidak bertindih dengan kerja peserta.
Bayak telah terjadi dimana peserta terpaksa meninggalkan program latihan
kerana perlu melakukan kerja yang lebih penting.
Dari segi lain program latihan memerlukan masa yang cukup bagi peserta
mendapatkan input yang mencukupi dan jika sesuatu program latihan itu
dijalankan dalam masa yang singkat peserta hanya mendapat sedikit dari
sasaran yang telah ditetapkan. Selain itu sesuatu program yang dijalankan juga
memerlukan penilaian untuk memastikan kejayaan latihan tersebut, ini juga
mengambil masa yang lama untuk membuat analisa bagi latihan tersebut.
Suasana latihan
Merujuk kepada tanggapan seseorang individu yang menghadiri latihan itu
suasana persekitaran latihan yang berbeza dengan persekitaran kerja yang
sebenar akan menjadikan pelatih yg menghadiri latihan itu akan berasa tidak
selesa dan menjadikan mereka susah untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran latihan. Dalam melaksanakan sesuatu latihan pihak pengurusan
juga perlu menitik beratkan suasana latihan agar proses pembelajaran yang
dalam diaplikasikan dengan lancar di organisasi.
Sokongan Pengurusan dan Rakan Sekerja
Sokongan pihak pengurusan terhadap program latihan adalah amat
penting kerana pihak pengurusan perlu tahu betapa pentingnya latihan ini
terhadap pembangunan kerjaya bagi pekerja dan seterusnya mencapai matlamat
organisasi. Pihak pengurusn perlu menberi penekanan dan sokongan tentang
kepentingan menghadiri program latihan kepada pekerja bagi menjalani program
latihan yang di rancang di organisasi itu sendiri ataupun di pusat-pusat latihan
yang terdapat di Malaysia ini.
Penekanan juga harus diberikan kepada kandungan latihan kerana
peyediaan kandungan latihan perlu selaran dengan kerja yang dilakukan oleh
pelatih. Apabila sokongan daripada pihak pengurusan itu tinggi maka semakin
banyak proses pemindahan dapat dilakukan oleh pelatih itu dan
mengaplikasikannya di ogranisasi dimana pelatih itu bekerja.
Pada tahap permulaannya pelatih perlu di dedahkan dengan tahap asas
iaitu membenarkan pelatih menghadiri latihan dan seterusnya mengaplikasikan
latihan yang dipelajari semasa menjalani latihan ke tempat kerja. Manakala
peringakat seterusnya adalah tahap tertinggi dimana membenarkan pekerja
tersebut menyertai program latihan sebagai tenaga pengajar. Perkara ini akan
dapat membantu organisasi apabila mengambilan pekerja baru dilakukan.
Pelatih yang menghadiri latihan tersebut akan dapat menjadi mentor kepada
pekerja baru tersebut dalam melakukan kerjanya.
Pihak pengurusan juga perlu mengiktirafkan kemahiran dan pengetahuan
yang dimiliki oleh pelatih itu semasa menjalini latihan dan bukannya
mengabaikan keblehan dan kemahiran yang dipelajari oleh pelatih itu dan
menganggapnya sebagai sia-sia. Pelatih itu juga dapat berkongsi pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang dipelajarinya semasa menjalani latihan
tersebut kepada rakan sekerja yang lain dan seterusnya dapat bersama-sama
memajukan lagi organisasi.
Seterunya adalah sokongan rakan sekerja, pada kebiasaanya apabila
seseorang pekerja itu terpilih bagi menghadiri sesuatu program latihan, pastinya
akan timbul perasaan ketidakpuasan hati dikalangan rakan sekerja. Perkara
yang seharusnya dilakukan adalah rakan sekerja perlu memberi sokongan
kepada pekerja itu bagi manjalani latihan dan seterusnya mengakui kemahiran
dan pengetahuan yang diperolehi pekerja tersebut semasa menghadiri latihan
itu.
Faktor-faktor lain
Selain dari faktor-faktor utama di atas, terdapat juga faktor lain seperti
penjadualan program tersebut, objektif atau matlamat latihan yang tidak
terperinci dan juga kawalan semasa latihan tersebut. Dari segi penjadualan,
program perlulah selaras dan mengikut peruntukan masa yang telah ditetapkan
jika tidak masa mungkin tidak cukup atau terlebih masa. Selain itu masa peserta
juga perlu selaras dengan masa program tersebut, jika tidak kemungkinan
peserta tidak dapat menghadiri program tersebut.
Sebelum sesuatu program latihan dijalankan, peserta perlu diberikan
penerangan yang terperinci mengenai objektif dan juga tujuan latihan tersebut.
Jika tidak peserta akan hilang arah dan mereka akan tidak dapat memberikan
perhatian yang secukupnya dalam program tersebut. Kawalan perlulah
secukupnya untuk memastikan keselamatan peserta dan juga tiada peserta akan
lalai dalam perkara lain, kawalan disini bermaksud kawalan keselamatan dan
juga kawalan terhadap peserta itu sendiri supaya dapat memberikan sepenuh
penumpuan terhadap program latihan tersebut.
top related