kemahiran berkomunikasi secara berkesan · pdf file2.2 pengertian komunikasi 12 2.3 tujuan...
Post on 06-Feb-2018
318 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM)
FATHIAH BINTI.MUSTAFFA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PZS 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : FATHIAH BINTI MUSTAFFA (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ALAMAT TETAP: 198, KG. ALOR MELINTANG, SAYED MAHUSSAIN B. SAYED AHMAD MK. GUNONG, Nama Penyelia 05150, ALOR STAR, KEDAH. Tarikh: 28 APRIL 2009 Tarikh: 28 APRIL 2009
CACATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak yang berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ……………………………………… Nama Penyelia : Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad Tarikh : ……………………………………….
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI SECARA BERKESAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM)
FATHIAH BINTI.MUSTAFFA
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : Fathiah Binti Mustaffa
Tarikh : 28 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Khas buat Ayahanda Allahyarham Mustaffa Bin Ahmad dan
Bonda Fauziah Binti Ismail
yang amat disayangi dan disanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari
anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbanan tidak akan anakanda
lupakan hingga ke akhir hayat. Segala kenangan yang terukir menjadi kekuatan dan
semangatku untuk selamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahanda.
Adinda-adindaku, Muhammad Nasuha dan
Muhammad Farhan
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi
masa depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan Ayahanda dan Bonda tercinta dan
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah sepertimana yang diimpikan mereka..
Tidak lupa buat Pensyarah
sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.
Sahabat-sahabat Seperjuangan.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar
kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku
buat selama-lamanya. Kalian tetap di hatiku selamanya.
Salam penuh kasih sayang...Selamat berjuang sahabat-sahabatku...
Ukhuwah Fillah Abadan Abada...
iv
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta
salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk
membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia
Ustaz Sayed Mahussain Bin Sayed Ahmad selaku penyelia dan pembimbing
penyelidik kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk
ajar dan panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan
dalam menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah
S.W.T. melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada ibu tercinta serta keluarga yang
tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM, Perpustakaan Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya (UM)dan lain-lain kerana menyediakan bahan-bahan ilmiah
yang berguna kepada penyelidik. Tidak ketinggalan juga kepada teman-teman
seperjuangan, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama
yang baik dan berkongsi idea kepada penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita
diberkati Allah S.W.T.
Akhir kalam, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
Amin.
Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran-kemahiran berkomunikasi
secara berkesan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga adalah bagi
mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan serta bagi
mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara
berkesan. Seramai 102 orang responden dari kalangan pelajar kursus Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi Malaysia, bagi sesi
2008/2009 telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi 40 item soalan.
Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS)
versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal
selidik ini ialah α= 0.891. Purata min dari objektif pertama iaitu mengenalpasti
kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan ialah 4.05. Manakala objektif
kedua ialah mengenalpasti halangan-halangan dalam berkomunikasi secara berkesan,
menunjukkan purata min soalan sebanyak 4.24. Purata min bagi objektif ketiga iaitu
mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara
berkesan pula ialah 4.21. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara
keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi secara
berkesan dalam kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam) berada pada tahap yang tinggi dengan purata min keseluruhan ialah 4.17. Kajian
ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-
pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk kajian pada masa akan
datang.
vi
ABSTRACT
This study aims to examine effective communication skills among students from
Faculty of Education. It was also to identify the problems that affect the effective
communications and find ways to solve the problems occurred. There were 102
respondents involved in this study and all of them are taking Bachelor of Science with
Education (Islamic Studies), Universiti Teknologi Malaysia for the 2008/2009 session
This study used quantitative method by which a set of questionnaire was distributed to
all of the respondents. The questionnaire consisted 40 questions. The data of this study
were analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14.0 to
obtain mode, mean and percentage. The findings, the reliability of the questionnaire was
α= 0.891. The results showed that the mean for objective number 1 were 4.05, objective
number 2 were 4.24 and objective number 3 were 4.21. The data of the findings was put
in a table. Overall the findings showed that the mean of effective communication skills
among students of Islamic Studies was high which 4.17 were respectively. At the end of
this study some recommendations were put forward for the future researchers.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan/ Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Kemahiran 10 1.8.2 Berkomunikasi 10 1.8.3 Berkesan 10
viii
1.8.4 Pelajar 11
1.9 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 12 2.2 Pengertian Komunikasi 12 2.3 Tujuan Komunikasi 15 2.4 Mesej Dalam Komunikasi 21 2.5 Jenis-jenis Komunikasi 22
2.5.1 Komunikasi Lisan 22 2.5.2 Komunikasi Bukan Lisan 24
2.5.2.1 Prinsip Komunikasi Bukan Lisan 25
2.5.2.2 Fungsi Komunikasi Bukan Lisan 27 2.6 Kemahiran-kemahiran Komunikasi 28
2.6.1 Komunikasi Intrapersonal 28
2.6.2 Komunikasi antara individu 30
2.6.3 Komunikasi Awam 32
2.6.4 Komunikasi Massa 33
2.7 Halangan-halangan dalam berkomunikasi 35
2.8 Langkah-langkah mengatasi halangan komunikasi 41
2.9 Komunikasi yang berkesan 46
2.10 Model Komunikasi 48
2.10.1 Model Lasswell 48
2.10.2 Model Shannon dan Weaver 49
2.11 Kajian Lepas 50 2.12 Kesimpulan 52
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 53
3.2 Reka Bentuk Kajian 53
3.3 Tempat Kajian 54
3.4 Populasi Kajian 55
3.5 Sampel Kajian 55
3.6 Instrumen Kajian 56
3.6.1 Pengumpulan Data Primer 56
3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 59 3.7 Tatacara Kajian 60
3.7.1 Kajian Rintis 60
3.7.2 Kajian Sebenar 60
3.8 Analisis Data 62
3.9 Jangka Masa Kajian 62
3.10 Kesimpulan 63
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 64
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 65
4.2.1 Jantina 65
4.2.2 Umur 66
4.2.3 Tahun Pengajian 66
4.2.4 Aliran Pendidikan 67
4.2.5 Kelayakan Pendidikan 68
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 68
4.3.1 Maklumat mengenai kemahiran-kemahiran
berkomunikasi secara berkesan.
x
4.4 Analisis Data (Bahagian C) 79
4.4.1 Maklumat mengenai halangan-halangan
berkomunikasi secara berkesan.
4.5 Analisis Data (Bahagian D) 85
4.5.1 Maklumat mengenai langkah-langkah
mengatasi masalah berkomunikasi secara
berkesan.
4.6 Analisis Keseluruhan 90
4.7 Kesimpulan 94
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 95
5.2 Perbincangan 96
5.2.1 Perbincangan Maklumat dan
Latar Belakang Responden 96
5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif
Soal Selidik 98
5.2.2.1 Analisis Deskriptif terhadap kemahiran-
kemahiran untuk berkomunikasi
secara berkesan 98
5.2.2.2 Analisis Deskriptif terhadap halangan-
halangan untuk berkomunikasi
secara berkesan 100
5.2.2.3 Analisis Deskriptif terhadap langkah-
langkah untuk mengatasi masalah
dalam berkomunikasi secara berkesan 102
5.3 Rumusan
5.3.1 Kemahiran-kemahiran untuk
berkomunikasi secara berkesan 104
5.3.2 Halangan-halangan untuk
berkomunikasi secara berkesan 104
5.3.3 Langkah-langkah untuk mengatasi
xi
masalah dalam berkomunikasi secara berkesan 105
5.4 Cadangan
5.4.1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) 105
5.4.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan
Sosial (PPIPS) 106
5.4.3 Pelajar 107
5.5 Kajian Lanjutan 108
5.6 Kesimpulan 109
BIBLIOGRAFI 110
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan skala Likert 58
3.2 Nilai skor min 58
3.3 Klasifikasi Item 59
3.4 Tatacara kajian 61
4.1 Taburan responden mengikut jantina 65
4.2 Taburan responden mengikut umur 66
4.3 Taburan responden mengikut tahun pengajian 66
4.4 Taburan responden mengikut aliran pendidikan 67
4.5 Taburan responden mengikut kelayakan pendidikan 68
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 69
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 69
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 70
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 70
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 71
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 71
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 72
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 72
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 73
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 73
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 74
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 74
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 75
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 75
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 76
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 76
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 77
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 77
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 78
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 78
xiii
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 79
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 80
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 80
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 81
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 81
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 82
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 82
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 83
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 84
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 84
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 85
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 85
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 86
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 86
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 87
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 87
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 88
4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 88
4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 89
4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 89
4.46 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti kemahiran
kemahiran berkomunikasi secara berkesan. 90
4.47 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti halangan-
halangan dalam berkomunikasi secara berkesan. 92
4.48 Rumusan dapatan kajian bagi mengenalpasti langkah-
langkah mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. 93
xiv
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
% - Peratus
N - Jumlah Responden
α Alpha
BSc. - Bachelor of Science (Sarjana Muda Sains)
Keb. - Kebangsaan
KS - Kurang Setuju
Men. - Menengah
PPIPS - Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
RTM - Radio Televisyen Malaysia
S - Setuju
s.a.w - Sallallahu alaihi wasallam
Sek. - Sekolah
SMA - Sekolah Menengah Agama
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPSS - Statistical Packages for the Social Science
SS - Sangat Setuju
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T - Subhanahu Wa Taala
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UM - Universiti Malaya
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
Lampiran A Borang Soal Selidik
Lampiran B Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menjalani kehidupan seharian, kehidupan manusia sentiasa diwarnai
dengan pelbagai ragam manusia di sekeliling. Setiap anggota masyarakat saling
berhubung antara satu sama lain untuk melaksanakan kehendak dan tanggungjawab
sebagai seorang insan dan khalifah yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Dengan itu,
menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk mentadbir dan memakmurkan bumi
ciptaan Allah ini, di samping untuk beribadat kepada Nya. Firman Allah S.W.T:
$ tΒ uρ àMø) n= yz £⎯Åg ø:$# }§Ρ M} $#uρ ωÎ) Èβρ ߉ç7 ÷èu‹ Ï9 ∩∈∉∪
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
(Surah al-Dzariyaat : Ayat 56)
Oleh itu, apabila setiap manusia saling berhubung antara satu sama lain, akan
wujudlah aktiviti yang dikenali sebagai berkomunikasi. Komunikasi adalah satu
2
perkara yang sangat penting dan menjadi nadi kepada perkembangan sosial.
Komunikasi sememangnya tidak akan wujud tanpa manusia. Walau bagaimanapun,
keberkesanan proses komunikasi juga bergantung sepenuhnya kepada individu yang
mempraktikkan aktiviti berkomunikasi. Individu yang gagal berkomunikasi dengan
baik dianggap sebagai satu kerugian kepada dirinya dan juga masyarakat. Firman
Allah S.W.T:
ô⎯ tΒuρ ß⎯|¡ ômr& Zωöθ s% ⎯ £ϑÏiΒ !%tæ yŠ ’n< Î) «!$# Ÿ≅Ïϑ tãuρ $ [sÎ=≈|¹
Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada(mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang saleh”.
(Surah Fussilat : Ayat 33)
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa proses komunikasi adalah
suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri,
dengan orang lain dan juga dengan persekitarannya. Begitu juga dengan peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mengajar dan mendidik pelajar. Jelaslah
di sini bahawa tugas seseorang guru tidak dapat dipisahkan daripada proses
berkomunikasi dengan pelajar untuk menyampaikan ilmu kerana ia adalah amanah
Allah S.W.T. Oleh sebab itu, mereka perlu berhati-hati untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan ini.
Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada
individu lain. Apatah lagi dalam dunia pendidikan. Tidak dapat dinafikan lagi
peranan komunikasi dalam bidang pendidikan memberikan impak yang besar
kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru
yang memiliki kemahiran berkomunikasi akan dipandang sebagai seorang yang
mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Mereka dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran
3
berkomunikasi merupakan satu bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian
pelajar dan mendampingi pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara
mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Jika diperhatikan, terdapat banyak masalah yang membelenggu kehidupan
masyarakat pada hari ini. Hampir setiap hari, masyarakat negara ini sering
dikejutkan dengan berita-berita tentang masalah yang melanda negara terutamanya
yang melibatkan guru dan pelajar. Media massa juga sama ada media cetak
mahupun media elektronik seringkali memaparkan berita-berita yang berkaitan
masalah tersebut. Masalah ini timbul disebabkan kelemahan dalam proses
berkomunikasi di kalangan guru dan pelajar. Lantaran itu, timbul pelbagai masalah
yang mencalarkan imej guru sebagai pendidik.
Dalam Islam, komunikasi amat penting dalam kehidupan manusia kerana
dengan wujudnya komunikasi maka akan wujudlah proses berkenalan antara satu
sama lain sekaligus dapat mencetuskan kemesraan di samping mengeratkan
hubungan silaturrahim sesama manusia.
Al-Syahid Imam Hasan al-Banna pernah berpesan dalam sepuluh wasiatnya
iaitu “Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara ikhwanul Muslimin yang saudara
bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas
dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan”. Oleh itu, jelaslah bahawa
ulama’ Islam terdahulu juga amat mementingkan komunikasi untuk saling
mengenali antara satu sama lain bagi menyampaikan dakwah.
4
Jika dilihat dalam masyarakat pada hari ini, masalah komunikasi sering
dianggap sebagai sesuatu yang remeh dan dipandang mudah. Bagi masyarakat,
kemahiran berkomunikasi memang wujud dalam diri setiap individu yang
diciptakan oleh Allah S.W.T. Dari aspek keberkesanannya pula, masyarakat tidak
mempedulikannya. Terdapat juga di kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa
perkara yang penting adalah komunikasi dan bukan keberkesanannya. Oleh itu,
disebabkan sikap segelintir masyarakat yang sedemikian, masalah ini menjadi
semakin parah dalam kehidupan seharian terutamanya di kalangan insan yang
bergelar guru atau pendidik.
Masalah ini secara tidak langsung mencalarkan imej guru pada pandangan
masyarakat. Selama ini, guru dianggap sebagai insan yang banyak berjasa dan
sanggup berkorban apa sahaja untuk anak bangsa. Tetapi, apa yang berlaku pada
hari ini adalah sebaliknya. Guru yang dianggap sebagai ’role model’ di kalangan
masyarakat tidak lagi memainkan peranannya sebagai contoh terbaik untuk para
pelajar. Dalam beberapa kes sebelum ini, terdapat segelintir guru yang sanggup
menggunakan kata-kata kesat, kotor dan berunsur lucah dengan sengaja terhadap
para pelajar. Tidak dinafikan juga, walaupun terdapat segelintir pelajar yang
bermasalah di sekolah, seseorang guru tidak boleh bertindak melampaui batas dalam
menghukum pelajar untuk memberi kesedaran kepada mereka. Hal ini menunjukkan
bahawa terdapat masalah komunikasi yang berlaku di kalangan guru kerana kurang
keberkesanannya dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar.
Oleh itu, kemahiran berkomunikasi di kalangan bakal guru perlu
dipertingkatkan dan dimantapkan lagi untuk mengembalikan kegemilangan dalam
bidang pendidikan. Secara tidak langsung, ia dapat mengembalikan imej guru yang
semakin terjejas disebabkan sikap segelintir guru yang tidak menggunakan
kemahiran berkomunikasi dengan cara yang betul dan berkesan. Firman Allah
S.W.T:
5
äí ÷Š$# 4’n< Î) È≅‹ Î6y™ y7 În/u‘ Ïπ yϑ õ3 Ït ø: $$Î/ Ïπ sà Ïãöθyϑø9$#uρ Ïπ uΖ|¡ ptø: $# (
Maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik”.
(Surah al- Nahl : Ayat 125)
Dalam Islam, seseorang guru juga dikenali sebagai da’ie, murabbi dan
mursyid iaitu masing-masing membawa maksud pendidik. Guru berperanan sebagai
pemimpin, pembimbing dan pengajar masyarakat. Mereka diharapkan dapat
memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. Oleh itu,
di samping mengajar, mereka juga diharap dapat membentuk nilai dan akhlak yang
murni di kalangan generasi muda. Menurut Zawawi Hj. Ahmad dalam Ahmad
Mohd. Salleh (2003), guru juga perlu mengamalkan konsep ’kepimpinan melalui
teladan’. Guru adalah insan yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk
menyampaikan ilmu di samping menyeru kepada kebenaran dan mencegah
kemungkaran. Firman Allah S.W.T:
⎯ä3 tF ø9uρ öΝ ä3ΨÏiΒ ×π ¨Β é& tβθ ããô‰tƒ ’n< Î) Î ösƒ ø: $# tβρããΒ ù'tƒuρ Å∃ρã÷èpRùQ $$ Î/ tβ öθyγ ÷Ζ tƒuρ Ç⎯tã Ì s3Ψßϑ ø9$# 7 Í× ¯≈s9'ρ é&uρ ãΝèδ šχθßsÎ= ø ßϑø9$# ∩⊇⊃⊆∪
Maksudnya: ”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.
(Surah al-’Imran : Ayat 104)
Begitu juga dengan masalah komunikasi yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Mereka merupakan bakal guru yang akan
6
berkecimpung dalam dunia pendidikan pada masa akan datang. Apabila menyebut
istilah ’bakal guru’, sudah pastilah ia tidak dapat dipisahkan daripada proses
interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang aktif untuk mempersiapkan dan
membiasakan diri mereka dengan dunia pendidikan yang sebenarnya.
Sebenarnya, masalah komunikasi yang dihadapi oleh mereka bukanlah
begitu ketara dan membimbangkan. Penyelidik mendapati ada di kalangan mereka
yang mampu berkomunikasi dengan baik. Cuma, terdapat segelintir sahaja pelajar
yang menghadapi masalah dalam berkomunikasi. Masalah ini berkemungkinan
timbul disebabkan oleh kurang keyakinan diri, kurang terdedah dengan interaksi
sosial bersama masyarakat sekeliling dan sebagainya. Komunikasi yang berkesan
perlu diterapkan di kalangan bakal guru kerana mereka akan berdepan dengan
kehidupan bermasyarakat. Menurut Abdul Halim El-Muhammadi dalam Ahmad
Mohd. Salleh (2003), menegaskan bahawa guru merupakan ejen kepada
keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan,
maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen
yang menyampaikan tidak efektif.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk dan membimbing
pelajar ke arah kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Dengan itu, setiap
pendidik perlu memiliki kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk
memudahkan dan melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
1.3 Penyataaan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai
membuat kajian dengan lebih terperinci kerana komunikasi yang baik dan berkesan
7
di kalangan guru amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik mendapati bahawa terdapat masalah berkomunikasi secara berkesan
dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam),
Universiti Teknologi Malaysia. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan
sewajarnya, dibimbangi ia akan mendatangkan kesan kepada mereka apabila berada
di dalam dunia pendidikan kelak. Melalui kajian ini, mereka dapat mengenalpasti
kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dan seterusnya
mengambil langkah yang bijak sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam
mengaplikasikan kemahiran tersebut. Jadi, masalah ini telah mendorong penyelidik
untuk membuat kajian tentang kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam
kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM bagi
sesi 2008/2009.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan
dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam).
1.4.2 Mengenalpasti halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan
dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam).
1.4.3 Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam
berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan (Pengajian Islam).
8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif, persoalan kajian yang akan dikaji ialah:
1.5.1 Apakah kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan?
1.5.2 Apakah halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan?
1.5.3 Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi
secara berkesan?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik melakukan penyelidikan ini untuk memberikan pendedahan
kepada pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Ini adalah
kerana pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) merupakan
bakal pendidik yang akan menempuh alam pekerjaan sebagai seorang guru. Justeru
itu, kemahiran tersebut perlu diberikan penekanan agar mereka dapat melengkapkan
diri dengan kemahiran berkomunikasi untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penyelidik, bakal
pendidik dan juga pendidik serta kepada pihak-pihak tertentu yang dibahagikan
kepada dua sasaran utama.
9
1.6.1 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)
Pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk
penambahbaikkan di dalam kurikulum ataupun silibus pengajaran dan pembelajaran
di kalangan pelajar-pelajar UTM.
1.6.2 Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Berdasarkan kajian yang dijalankan diharap dapat dimanfaatkan terutamanya
kepada Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran apabila menceburkan diri
dalam dunia perguruan kelak. Segala dapatan boleh dijadikan panduan untuk
memantapkan lagi keberkesanan komunikasi khususnya dalam bidang pendidikan.
1.7 Batasan Kajian
Fokus kajian adalah untuk mengenalpasti kemahiran berkomunikasi secara
berkesan dalam kalangan pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Kajian tertumpu
kepada pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) bagi sesi
2008/2009 dengan melibatkan pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat. Rasional
pemilihan responden adalah kerana responden merupakan pelajar yang bakal
bergelar guru serta pendidik anak bangsa kelak. Jumlah responden adalah seramai
102 orang pelajar.
10
1.8 Definisi Istilah
Istilah-istilah yang digunakan di dalam kajian ini membawa maksud
tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan penyelidik menjalankan
penyelidikan supaya tidak terkeliru dengan istilah umum.
1.8.1 Kemahiran
Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah kemahiran berasal
daripada perkataan mahir yang bermaksud terlatih untuk mengerjakan sesuatu,
cekap, lancar dan pandai. Manakala istilah kemahiran pula bermaksud kecekapan
dan kepandaian. (Kamus Dewan, 2002: 841).
1.8.2 Berkomunikasi
Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah berkomunikasi
bermaksud berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio,
telefon dan sebagainya), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-
tukar pendapat dan sebagainya). (Kamus Dewan, 2002: 698).
1.8.3 Berkesan
Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah berkesan membawa
maksud meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas
(tanda) dan berbekas. Selain itu juga, berkesan juga bermaksud menimbulkan hasil
(kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan
(perkembangan dan sebagainya), efektif, mendatangkan sesuatu pengaruh kepada
11
pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan
sebagainya (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau
perasaan dan sebagainya). (Kamus Dewan, 2002: 663).
1.8.4 Pelajar
Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002) istilah pelajar merujuk kepada
orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya),
orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).
Pelajar yang dimaksudkan di sini ialah pelajar-pelajar Universiti Teknologi
Malaysia yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam) bagi sesi 2008/2009 dengan melibatkan pelajar tahun satu, dua, tiga dan
empat. (Kamus Dewan, 2002: 18).
1.9 Kesimpulan
Dalam bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang pengenalan, latar
belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Selain itu, bab 1 ini juga
merupakan asas penyelidikan bagi penyelidik untuk kajian selanjutnya.
top related