kemantapan pembangunan jiwa pendidik di … · langsung dan tidak dalam ... sebenar seorang...
Post on 29-Mar-2019
239 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
TENGKU NORZAINI BINTI TENGKU IBRAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGASAHAN STATUS TESIS O
JUDUL: KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALA,NG^TN
PELA,JAB TAHUN AKIITR FAIq.ILTI P$NDIDIFAN. UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA. SKUDAI. JOIIOR
Saya
SESIPENGAJIAN :ZOllDOl.Z
TENGKU NORZAINI BINTI TSNGKU IBNAHTM
mengaku membenarl$n tesis ffi@* ini disimpn di Perpustakaan
Univeniti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
l. Tesis adalatr hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2, Perpusakaan Universiti Telmologi Malaysia diharkan menrbuat salinan untuk
tujuan peng{ian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan menrbuat salinan tesis ini sebagai bahan per-tukarrt antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( { )
f_] sur,rr
f.] Tf,RHAn
t]l TTDAKTERHAT)
6o,(TANDATANGAN PENI.JLIS)
AlamatTetap:
Lorrong 2, Krmpung T*nnl Lot"21610 Merchang Mamng,Terenggrnu llarul Iman.
Taritft: JANUARI2012
(Mengadtmgi maklumat yang berdarjah keselanatanatau kepmtingan Malaysia seperti yang temaktub didalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
(Mengandungi makhmrat TERflAD yang telatr ditentukanOleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
DR BOEANA BINTI HAMZAN
(NAMA PENYELIA)
Tarikh: JANUARI2012
Disahkan oleh
PSZ 19:16(Pin6.ll97)
CATATAN T Potongyangtidakbedcnaart** Jenis t€sis ini SULIT dau TERIIAD, sila lryir*an srrat dripada pihak behasa/mganisa$iberkenaan dengm menyatalsan sekali sebab de teryoh tesis ini perlu dikelckan sebagoiSIILIT atauTERIIAD.
o Tesis dimat$dkan sbasai tssis bagi ljauah Dokton Falmfah dan Sajana secara peuyelidikan
aau diserasi bagi pengjian secara kerja kursus dan penyelidikan atsu Laporan PSM.
r
3filsffiigAt{Pts?{YnLIa
*Se)4e drui MEil* myreM refu @* ini& p&rym saya keryc foi fue&da@*rtpn sapkqr* ini sdde mo*udri dsi ssgi *op &n*ualiti tffirk
ejrm pwresra @ Sqjaffi lffi Ttulo$ kta@idik'{tCes*lr,ryhi@}
Taneeffi
NsmPeqelk: D*.
: 13 XAHUidRI?Ill2
KEMANTAPAN PEMBANGUNAN JIWA PENDIDIK DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TENGKU NORZAINI BINTI TENGKU IBRAHIM
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2012
llt
PENGAI(UAI\
rya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan',i "saya akui ka
yang tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbernya".
o,F__r_r___,_ -qLJ.ranffrTangan :........
Nama Penulis : TENGKTI N,ORfiAIm BINTI TENGKU IBRAIIIMTarikh : 13 JANUARI2012
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat yang teristimewa,
Ayah dan Bondaku yang dikasihi lagi disayangi
Tengku Ibrahim bin Tengku Ali dan Tengku Kamariah binti Tengku Husin,
Yang tidak pernah putus asa berdoa,
memberikan dorongan dan semangat untukku,
Tiada apa yang dapat dibicarakan hanya
doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakmu ini.
Juga kepada saudara mara dan rakan seperjuangan yang banyak membantu sepanjang
pengajianku, memenuhi dan menegur segala kekurangan,
tidak dapat diungkapkan atas jasa-jasa kalian yang membantu,
semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan,
menjadi manfaat bersama dihari-hari yang mendatang.
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan kalian semua.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang akan dapat membalasnya.
Jasamu takkan ku lupa selamanya.
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinnya,
dapatlah saya menyiapkan projek sarjana muda ini. Saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih dan penghargaan kepada Dr Rohana binti Hamzah selaku penyelia
Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat serta tunjuk ajar
yang diberikan sepanjang tempoh penyelidik menjalankan kajian ini. Segala ilmu
yang diberikan amat berharga dan akan dikenang sepanjang hayat.
Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada keluarga yang disayangi kerana
banyak memberi bantuan dari segala aspek sehingga tamatnya kajian ini. Semoga
mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Buat rakan-rakan yang dikasihi,
terima kasih di atas bantuan dan sokongan yang diberikan selama ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak dalam menjalankan kajian ini. Semoga Allah sahaja yang dapat
membalas budi baik kalian. Amin.
vi
ABSTRAK
Sistem pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti
merupakan agenda utama untuk membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bergantung kepada amanah besar yang wajar dilaksanakan dengan penuh komitmen,
prihatin dan dedikasi oleh pendidik. Kurangnya kesedaran terhadap makna dan tugas
sebenar seorang pendidik hanya akan merugikan generasi muda. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kemantapan pembangunan jiwa pendidik di kalangan
pelajar Tahun akhir di Fakulti Pendidikan. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif
deskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik. Lapan puluh sembilan
responden yang dipilih adalah terdiri daripada kursus SPH, SPJ dan SPE yang mana
merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan UTM. Kajian rintis telah
dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik dengan menggunakan Alpha
Cronbach. Nilai kebolehpercayaaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan set soalan ini
adalah 0.927. Data-data yang telah dikumpul diperoleh diproses dan dianalisis
dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS)
version 15.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil analisis kajian
mendapati bahawa kemantapan pembangunan jiwa pendidik di kalangan pelajar
tahun akhir berada pada tahap tinggi dan memperoleh nilai min sebanyak 3.79 yang
mana diukur dari aspek etika, peranan, profesional dan akhlak. Kemantapan
pembangunan jiwa pendidik dari aspek ciri-ciri profesional perlu diberi penekanan
kerana memperoleh nilai min pada tahap sederhana iaitu sebanyak 3.66. Oleh itu,
diharapkan satu penyelidikan diadakan pada masa akan datang yang bertujuan untuk
mempertingkatkan lagi ciri-ciri profesional bakal pendidik bagi melahirkan pendidik
yang benar-benar memiliki jiwa pendidik untuk meneruskan perjuangan melahirkan
generasi yang mampu memimpin proses membangunkan ketamadunan negara.
vii
ABSTRACT
Education system is the main agenda in producing high quality human capital
to develop our country in the future. It depends on trust that should be implemented
with full commitment, caring and dedication by the educators. Lack awareness of the
meaning and the real task of an educator will harm the future of young generation.
Therefore, the purpose of this study is to determine strength of educator’s soul
development among final year students. This method research used is quantitative
using descriptive research design. A set of questionnaire is using Cronbach Alpha.
The value of reliability in Cronbach Alpha for the whole set of questions was 0.927.
Eighty-nine respondents have been selected from the SPH, SPJ, and SPE, courses.
They are final year student at UTM's Faculty of Education. The data obtained has
been processed and analyzed by using the software "Statistical Package for Social
Science" (SPSS) version 15.0 for frequencies, percentages and mean. The finding
from this study shown that, the strength of educator’s soul development among final
year students at a high level and obtains the mean value at 3.79 which is refer to four
criteria such as ethic, roles, professional and moral. However, aspect from
professional characteristics should be emphasized that the value of the mean at a
moderate level of 3.66. Therefore, the researcher hopes that this research will be
conduct in the future to enhance the effectiveness of characteristic for educator. So
that, educators would be able to produce a good generations for those who are really
wants to be an educator. Next, it may lead to a civilization country.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii-xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1-2
1.2 Latar belakang masalah 3-6
1.3 Penyataan masalah 6
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Skop dan batasan kajian 8-9
1.7 Kepentingan kajian 9
ix
1.7.1 Pelajar 9
1.7.2 Pendidik 10
1.7.3 Pensyarah 10
1.7.4 Kementerian PendidikanMalaysia 10-11
1.8 Kerangka kajian 11-13
1.9 Definisi terminologi 14
1.9.1 Kemantapan 14
1.9.2 Pembangunan 14
1.9.3 Jiwa 15
1.9.4 Pendidik 15
1.9.5 Jiwa pendidik 16
1.9.6 Beretika 16
1.9.7 Pemangkin 16-17
1.9.8 Profesionalisme 17
1.9.9 Kualiti peribadi 17
1.10 Penutup 18
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19-20
2.2 Kepentingan pendidik yang beretika untuk lebih
berketrampilan 20
2.2.1 Kod Etika Guru 21-24
2.3 Peranan pendidik berlandaskan etika dan nilai 24
2.3.1 Perbezaan pendidik dan Pengajar 25-26
2.3.2 Kepentingan ilmu 26-29
2.4 Profesionalisme dalam diri seorang pendidik 29
2.4.1 Ciri-ciri profesional 30-31
2.5 Pemantapan pembentukan akidah teras
perubahan dan kemajuan 32
2.5.1 Pembersihan jiwa 32
2.5.2 Sifat-sifat pendidik 33-34
x
2.5.3 Akhlak mercu kesempurnaan 35
2.5.4 Akhlak pendidik 35
2.7 Penutup 36
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Kaedah penyelidikan 38
3.3 Rekabentuk kajian 38-39
3.4 Lokasi kajian 39-40
3.5 Populasi dan sampel kajian 40-41
3.6 Instrumen kajian 41-43
3.7 Kajian rintis 43-44
3.7.1 Kesahan soal selidik 44-45
3.7.2 Kebolehpercayaan 45
3.8 Prosedur kajian 46-47
3.9 Analisis data 48-50
3.10 Penutup 51
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 52-53
4.2 Analisis bahagian A:Demografi responden 53
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 53-54
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 54
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 55
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan
Tertinggi 56
4.3 Analisis Bahagian B 57
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 58-60
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 60-63
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 3 63-64
xi
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 65-66
4.4 Penutup
67
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan 69-70
5.3 Perbincangan 71
5.3.1 Bahagian A:Perbincangan Bahagian
Demografi Responden 71-72
5.3.2 Bahagian B:Perbincangan Persoalan
Kajian 72
5.3.2.1 Kepentingan pendidik yang
beretika untuk lebih
berketrampilan. 72-74
5.3.2.2 Peranan pendidik sebagai pemangkin
masyarakat yang menggalas
amanat besar dalam menjalankan tugas 75-76
5.3.2.3 Ciri-ciri Profesional Sebagai
Seorang Pendidik 76-78
5.3.2.4 Tahap Penghayatan Pembentukan
Kualiti Peribadi Pendidik yang Sebenar 78-80
5.4 Cadangan tindakan 81
5.5 Cadangan kajian lanjutan 82
5.6 Penutup 83
BIBLIOGRAFI 84-87
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan populasi pelajar 41
3.2 Spesifikasi item soal selidik 42
3.3 Skala likert untuk mengetahui tahap
Kemantapan pembangunan jiwa pendidik
43
3.4 Menunjukkan beberapa item soal selidik
diubahsuai bagi membuat penambahbaikan
45
3.5 Jadual analisis tahap persetujuan responden 59
3.6 Jadual selang Skala min 50
4.5 Jumlah keseluruhan min dan tahap mengikut
empat persoalan kajian
57
4.6 Taburan nilai min setiap item respoden
terhadap kepentingan pendidik yang beretika
untuk mewujudkan seorang pendidik yang
berketerampilan.
58
4.7 Taburan nilai min setiap item respoden
terhadap peranan pendidik
61
4.8 Taburan nilai min bagi setiap item respoden
terhadap ciri-ciri profesional sebagai pendidik.
63
4.9 Taburan nilai min setiap item respoden
terhadap tahap penghayatan kualiti peribadi
pendidik yang sebenar.
65
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model yang diinovasi dari Model of Teacher
Effectiveness dari Hay Mcber
13
3.1 Prosedur kajian 47
4.1 Carta pai taburan Responden Berdasarkan
Jantina
53
4.2 Carta bar Taburan Responden Berdasarkan
Bangsa
54
4.3 Carta pai taburan Responden Berdasarkan
Kursus
55
4.4 Carta bar Taburan responden Berdasarkan
Kelulusan Tertinggi mengikut kekerapan dan
peratus
56
xiv
SENARAI SIMBOL
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek
% - Peratus
ƒ - Kekerapan
SPE - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Elektrik )
SPJ - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Pelajar
B Surat Pengesahan Instrumen
C Contoh Instrumen soal selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-
berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan
(Mok Soon Sang, 2003). Anak-anak adalah permata negara, ibu bapa dan masyarakat
perlu memberi kesedaran tentang hubungan sesama manusia, komitmen dan
hubungannya dengan hukum Allah S.W.T. Oleh itu, dalam mendepani dunia yang
semakin maju anak-anak perlu diberikan pendidikan yang tepat bagi menangkis
segala perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.
Guru adalah unsur penting dalam dunia pendidikan dan mempunyai pengaruh
yang besar terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan. Keperibadian dan amalan
pengajaran guru mempunyai pengaruh yang besar kepada minda jiwa pelajar. Pada
usia muda ini mereka akan melihat dan mengikuti segala tingkah laku, pergerakan
dan perkataan guru. Murid akan lebih kuat terpengaruh dengan sikap dan penampilan
guru berbanding dengan orang lain. Apatah lagi masa murid banyak dihabiskan
2
dengan guru. Oleh itu, guru sewajarnya memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum
memperbaiki anak muridnya (Kamarul dan Ab. Halim, 2007).
Tugas dan peranan guru merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu
dipikul untuk membentuk modal insan yang sempurna dari segi keperibadian serta
kecemerlangan dalam hidup. Selain itu, guru juga memerlukan komitmen yang tinggi
serta mempunyai niat yang ikhlas dalam mendidik pelajar. Menurut Jahangir
Mahmud (2010), terdapat tiga unsur yang penting harus ada di sebalik semua yang
kita lakukan dan keseluruhannnya dalam niat untuk mendidik. Antaranya ialah untuk
mencari keredhaan Allah, ikhlas kepada semua dan menggunakan cara yang
diajarkan dalam Islam. Oleh sebab itu, guru perlu memainkan pelbagai peranannya
untuk menanangi masalah pelajar, keperluan dan harapan dalam pendidikan. Di
antara peranan guru ialah pengurus dan fasilitator pembelajaran, ahli psikologi,
kaunseling serta pakar rujuk, perancang kurikulum, pelajar yang professional dan
berterusan, innovator, penyelidik dan penilai, agen perubahan dan pemimpin.
Bagi memainkan peranan-peranan tersebut secara berkesan, seseorang
pendidik hendaklah memiliki sifat dan kualiti yang baik dari segi peribadi,
professional dan sosial. Pendidik yang memiliki kriteria tersebut mampu melahirkan
anak bangsa berketerampilan dalam membangunkan diri ke arah kecemerlangan
dalam hidup di dunia dan akhirat. Menurut Kamarul dan Ab. Halim (2007),
kewibawaan pendidik muslim adalah sangat penting dalam usaha melaksanakan
tugas mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan. Keunggulan dan
keluhuran peribadi Rasulullah s.a.w. jika dapat diterapkan dalam setiap diri pendidik
akan dapat menjadi role model kepada para pelajar.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebelakangan ini isu tentang pendidik menjadi satu persoalan di mana,
pendidik itu sendiri tidak memiliki sifat dan sikap seorang pendidik yang sepatutnya
perlu ada dalam melahirkan guru yang komited dengan kerja sebagai pendidik.
Menurut Mok Soon Sang (2003), di antara sifat yang perlu ada di dalam diri seorang
pendidik adalah baik hati, jenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin dan kepimpinan.
Sifat-sifat tersebut dapat melahirkan seorang pendidik yamg memiliki ciri-ciri
kejujuran, berpandangan jauh, berinspirasi, ketrampilan, adil, menyokong, berfikiran
terbuka, bijak, berterus terang, boleh diharapkan dan bekerjasama (Kouzes dan
Posner, 1993). Justeru itu, pendidik yang berkesan tidak semata-mata
menitikberatkan aspek pencapaian akademik dan peperiksaan awam semata-mata
tetapi bertekad untuk menyampaikan input-input bagi melahirkan pelajar sekolah
yang menyeluruh (holistik) seperti mana yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan
arah haluan, asas, dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam
bidang pendidikan. Antara kandungan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
(Chew Hook Liong, 1999)
4
Berdasarkan kepada Falsafah pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan
di atas, maka Matlamat Pendidikan Negara melahirkan insan yang baik dan berusaha
mencapai kesempurnaan supaya menjadi warganegara Malaysia yang cemerlang
dalam aspek dunia dan akhirat (Mok Soon Sang, 2003).
Pembangunan modal insan seharusnya bermula daripada peringkat akar umbi
lagi. Justeru itu, dalam usaha „melentur buluh biarlah dari rebungnya‟, tidak dapat
dinafikan bahawa profesion perguruan memainkan peranan yang amat penting.
Masyarakat umum mengharapkan seseorang guru bertanggungjawab memajukan
masyarakat dengan tingkah laku yang baik, rajin bekerja, dedikasi bertugas dan tidak
melanggar norma-norma masyarakat. Bagi Ibu bapa pula, kerana sibuk dengan tugas
masing-masing, mereka mengharapkan guru mengasuh dan mendidik serta mengajar
anak mereka bersungguh-sungguh supaya lulus dalam peperiksaan. Kepada mereka,
guru yang baik dan rajin biasanya dapat dibuktikan dari kemajuan dalam pelajaran
dan peperiksaan murid-murid. Manakala, murid-murid pula berharap guru mereka
seorang yang baik, bertimbang rasa, pengasih, rajin mengajar, adil dan peramah (Eh
Chot Cha Chan, 1980).
Sesetengah pendidik hari ini ada yang bersikap negatif terhadap mata
pelajaran yang diajar. Ini adalah kerana, terdapat ramai guru yang tidak mempunyai
pengkhususan dan terlatih dalam bidang tertentu mengajar matapelajaran yang bukan
bidang mereka. Ada segelintir guru juga tidak meminati matapelajaran yang diajar
serta tidak mempunyai kepakaran pengetahuan bidang tersebut yang menjadikan
mereka tidak profesional dan memberi kesan buruk kepada pelajar. Menurut Eh Chot
Cha Chan (1980), sejak kebelakangan ini profesion perguruan tercemar oleh
perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir guru. Ada guru yang aktif berniaga iaitu
sebagai agen insuran, jurujual kereta, agen pelancongan, kontraktor, membuka kedai
perabot, dan sebagainya sehingga tugas mereka sebagai guru diabaikan. Ibu bapa
merasa tidak berpuas hati menyebabkan Kementerian Pelajaran, melalui Pengarah
Pelajaran Negeri, mengarahkan guru besar supaya memberi kata dua kepada guru-
5
guru berkenaan sama ada ingin berniaga atau terus menjadi guru. Lebih malang lagi
terdapat guru yang ditangkap kerana mengedar dadah dan terlibat dalam kegiatan
anti-nasional.
Sudah menjadi lumrah alam dan fitrah azali bahawa dalam setandan kelapa
itu pasti ada sebuah dua yang komeng atau yang telah ditebuk tupai. Demikian juga
dalam setandan pisang. Pasti ada sesisir dua yang mengkal dan tidak membesar.
Begitu juga keadaan dan senario dalam profession perguruan. Dalam ratusan ribu
bilangan guru, pasti ada segelintir yang buruk akhlak, iltizam dan personaliti mereka.
Guru-guru yang demikian menerjunkan diri ke dalam profesion perguruan
kerana terpaksa atau sukar untuk mendapatkan kerjaya lain yang menjadi idaman
jiwa. Justeru, mereka menjadikan wadah perguruan sebagai platform untuk
menampung kitaran hidup yang begitu mendesak. Dengan semangat yang rapuh
dan tuntutan nafsu yang rakus terhadap harta benda dan wang ringgit maka mereka
menjalani tugas sebagai seorang pendidik itu sebagai kerjaya sampingan sahaja.
Mereka lebih banyak melakukan kerja-kerja bukan teras seperti mengajar tuisyen,
berniaga di pasar-pasar malam, bekerja sambilan atau di pusat-pusat siber yang
menjanjikan imbuhan dan gaji yang lebih lumayan (Zainal bin Haji Bujang,
2008:14-15)
Menurut Kamarul dan Ab. Halim (2007), sifat yang perlu dimilki oleh
seorang pendidik adalah ketokohan memimpin, keperibadian mulia, bersifat kasih
sayang dan berjiwa luhur. Kebijaksanaan pendidik dalam melaksanakan
tanggungjawab membimbing dan memimpin anak didik, akan melengkapkan diri
mereka sebagai pendidik yang profesional dan berwibawa. Setiap pendidik perlu
berusaha menyemai nilai positif kepada diri masing-masing untuk menjadi pendidik
yang terbaik dengan persediaan yang mantap sama ada dari segi ilmu pengetahuan,
keluhuran budi, kewibawaan dan keterampilan diri. Maka, satu kajian perlu
6
dijalankan bagi melihat tahap kemantapan pembangunan jiwa pendidik yang selari
dengan peranannya dalam melahirkan lebih ramai guru yang cemerlang dari segi
rohani dan akhlak.
1.3 Pernyataan masalah
Sesetengah golongan pendidik hari ini nampaknya begitu pasti tentang jenis
sikap yang perlu diwarisi dan diwariskan. Lantas seperti orang buta yang memimpin
orang buta, akhirnya kedua-duanya terjatuh ke dalam lubang. Jadi, macam manakah
sebagai pendidik boleh membentuk generasi akan datang, jika pendidik itu sendiri
belum tahu atau belum jelas tentang kehendak dan ciri-ciri generasi akan datang.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kemantapan pembangunan
jiwa pendidik berdasarkan aspek kepentingan pendidik yang beretika, ciri-ciri
professional seorang pendidik, merealisasikan peranan pendidik dan tanggungjawab
sebagai pemangkin transformasi pembangunan diri pelajar, dan penghayatan
pembentukan kualiti peribadi pendidik yang mana merupakan aspek penting dalam
menemui tahap pembangunan jiwa pendidik yang sebenar pada masa ini bersesuaian
untuk bakal guru, pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan dalam mendepani cabaran
„memanusiakan manusia‟.
7
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas, enam
objektif kajian telah digariskan. Antara objektif yang tersebut ialah:
i) Mengenalpasti latar belakang responden dari segi jantina, program/kursus,
umur dan bangsa.
ii) Mengenalpasti kepentingan pendidik yang beretika untuk mewujudkan
seorang pendidik yang berketerampilan bagi pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
iii) Mengenalpasti peranan pendidik sebagai pemangkin masyarakat yang
menggalas amanat besar dalam menjalankan tugas untuk pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
iv) Mengenalpasti ciri-ciri profesional sebagai seorang pendidik tahun akhir
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
v) Mengenalpasti penghayatan pembentukan kualiti peribadi pendidik di
kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
vi) Mengenalpasti kemantapan pembangunan jiwa pendidik di kalangan pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan, Univesiti Teknologi Malaysia.
8
1.5 Persoalan Kajian
Dilihat dari masalah yang diutarakan, persoalan-persoalan utama yang
menjadi kajian penyelidik ialah:
i) Apakah kepentingan pendidik yang beretika untuk mewujudkan seorang
pendidik yang berketerampilan bagi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia?
ii) Apakah peranan pendidik sebagai pemangkin masyarakat yang menggalas
amanat besar dalam menjalankan tugas untuk pelajar tahun akhir Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?
iii) Apakah ciri-ciri profesionalisme sebagai seorang pendidik kepada pelajar
tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia?
iv) Apakah tahap penghayatan pembentukan kualiti peribadi pendidik yang
sebenar di kalangan pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia?
top related