kemudahan sokongan keusahawanan
Post on 02-Jun-2018
259 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
1/13
PPI3012
BUDAYA KEUSAHAWANAN
TUGASAN 4
KEMUDAHAN KEUSAHAWANAN DAN
PERKHIDMATAN SOKONGAN UNTUK
USAHAWAN
NAMA : TANI ANAK RANTAINO.MATRIK : D20122061856
GROUP : B
PROGRAM : ISM KEJURUTERAAN PERISIAN (AC10)
FAKULTI : FSKIK
NAMA PENSYARAH: Pn.NORSAMSINAR BINTI SAMSUDIN
TARIKH HANTAR: 28 NOVEMBER 2014
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
2/13
[1]
ISI KANDUNGAN
Pengertian keusahawanan ....................................................................... 2
Masalah-masalah yang dihadapi Usahawan ........................................... 3
Kemudahan dan perkhidmatan sokongan keusahawanan .................... 5
RUJUKAN ................................................................................................ 12
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
3/13
[2]
Pengertian keusahawanan
Keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai peri laku atau gaya usahawan
bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaan, mengembang dan
mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya iaitu dikenalpasti
sebagai yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk
mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada sesuatu barangan dan perkhidmatan di
dalam ekonomi, iaitu aktiviti sebagai seorang usahawan.
Menurut Histrich dan Peter(1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik
untuk mencipta dimana menanggung risiko besar didalam equity, masa dan komitmen
kerjaya atau proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan
usaha, risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya.
Sebaliknya Kuratko dan Hodgetts(2004) mendefinisikan keusahawanan sebagai suatu
proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam
sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan,
pendidikan dan kelembagaan(institution).
Di dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai Entrepreneur
yang diambil daripada bahasa Perancis entrepremdre yang membawa maksud
memikul tugas atau mencuba. Selain itu, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang
mengendalikan sesebuah perniagaan dan berani mengambil risiko di dalam perniagaan
yang diceburinya. Menurut McClelland(1961), usahawan adalah individu yang berdaya
inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan yang
berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai
kawalan dalaman yang tinggi. Schumpeter(1934), mentakrifkan usahawan sebagai
individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya
sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh
individu usahawan tersebut.
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
4/13
[3]
Masalah-masalah yang dihadapi Usahawan
Pembangunan usahawan khususnya usahawan Bumiputera merupakan satu
Agenda Nasional yang perlu dihayati dan dijayakan oleh rakyat terutamanya di
kalangan usahawan itu sendiri. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan
kepada usahawan bumiputera dalam usaha membantu mereka meningkatkan
perkembangan perniagaan khususnya meningkatkan taraf ekonomi mereka. Di dalam
persekitaran global yang lebih kompetitif, usahawan perlu menumpukan lebih usaha
kepada meningkatkan kepakaran dan kemahiran untuk menjamin negara boleh berdaya
saing di peringkat antarabangsa. Usahawan perlu melengkapkan diri dengan
pengusaan pengetahuan, inovasi, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
Antara masalah-masalah sektor keusahawanan yang dikenal pasti ialah dari segi
konsep pemasaran. Masalah pemasaran perniagaan timbul akibat persaingan yang
hebat dalam pasaran yang dibahagikan mengikut kaum. Suasana ini menyulitkan lagi
jika sesebuah industri itu dianggap sebagai industri yang mudah diceburi. Misalnya
kebanyakan usahawan baru di dalam industri makanan mampu mengusahakan industri
kicap, mee kuning atau roti.
Di samping masalah persaingan, ada pula masalah berkaitan dengan saluran
pemasaran. Masalah sistem saluran pemasaran timbul kerana pertama, usahawan-
usahawan khususnya bumiputera tidak mendapat naungann di bawah sistem ini dan
kedua, disebabkan sikap dingin semasa menjalankan kerja-kerja pemasaran sendiri.
Masalah rantaian saluran pemasaran adalah suatu masalah yang membendung
perkembangan kegiatan ekonomi di kalangan bumiputera. Selain itu, usahawan
bumiputera juga menghadapi masalah di dalam persaingan harga dengan usahawan-
usahawan yang lain. Hal ini kerana pembezaan harga yang diperoleh daripada
pembekal-pembekal.
Seterusnya, masalah yang sering dihadapi oleh usahawqan-usahawan baru
ialah lokasi perniagaan yang tidak sesuai mahupun strategik. Usahawan-usahawan
yang baru lazimnya tidak mempunyai pengalaman dalam soal memilih tapak
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
5/13
[4]
perniagaan mereka. Keputusan dibuat berpandukan nasihat serta pengalaman
daripada peniaga-peniaga yang sudah lama berniaga. Usahawan-usahawan baru
biasanya akan mengambil kos sewa bangunan atau tapak dahulu apabila menilai dan
menentukan lokasi perniagaan. Faktor potensi langganan dan nama baik sesuatu
tempat itu dinilai selepas mengkaji kos sewa tapak atau tempat perniagaan yang
kurang strategik akan memberikan kesan langsung kepada prestasi sesebuah
perniagaan khususnya implikasi kos langganan.
Masalah seterusnya ialah prestasi kualiti kerja, terutamanya kepada usahawan
yang mengusahakan kilang-kilang industri. Ini kerana agensi-agensi kerajaan
terutamanya yang terlibat dalam kerja-kerja piawaian dan penyelidikan mempunyai
pandangan yang sama dengan institusi-institusi kewangan mengenai kualiti kerja di
kalangan sektor pengilang-pengilang kecil. Prestasi kualiti kerja ini adalah akibat
daripada keupayaan yang terhad di kalangan pengilang-pengilang kecil bagi
menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang memerlukan belanja yang besar.
Selain daripada itu, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam bidang
keusahawan khususnya dalam aspek latihan dan runding cara seperti MEDEC,NPC
dan MARA menimbulkan soal pembiayaan modal perniagaan sebagai punca masalah
usahawan sewaktu atau selepas perniagaan dimulakan. Masalah ini menyebabkan
berlakunya masalah kekurangan modal pusingan. Kerap kali jumlah keperluan modal
yang dikenal pasti dan dirancang oleh usahawan didapati tidak mencukupi semasa
perniagaan dimulakan. Masalah pembiayaan modal perniagaan memang menjadi
dilema kepada usahawan-usahawan baru. Kekurangan harta-harta yang dapat
digunakan sebagai cagaran serta keupayaan meyakinkan penjamin adalah halangan
bagi mendapatkan kemudahan pinjaman dari institusi-institusi kewangan. Di samping
itu, ketiadaan institusi-institusi alternative yang berpotensi dalam masyarakat sekeliling
turut menyebabkan masalah pembiayaan modal dalam perniagaan menjadi suatu
dilema.
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
6/13
[5]
Kemudahan dan perkhidmatan sokongan keusahawanan
Pengalaman pihak kerajaan dan institusi-institusi kewangan mengenali dan
memahami masalah yang dihadapi oleh sektor keusahawanan di Malaysiamembolehkan institusi-institusi ini mengemukakan skim-skim sokongan bagi
membangunkan sektor tersebut.
Di Malaysia, kerajaan mengambil inisiatif utama dalam membantu sektor
keusahawanan. Peranan kerajaan dapat dilihat melalui penubuhan kementerian khas
iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan yang sebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Perusahaan Awam dan sebuah badan berkanun SMIDEC atau Small
Business Development Corporation di bawah Kementerian Perindustrian dan
Perdagangan Antarabangsa. Kedua-dua institusi ini bertanggungjawab membentuk
dasar-dasar kewangan dan pencukaian bagi menyelaraskan sistem bantuan sokongan
kepada perniagaan kecil dan sederhana. Bantuan-bantuan sokongan yang disediakan
mengenakan beberapa syarat tertentu dengan tujuan menjamin keberkesanan sesuatu
skim yang ditawarkan. Syarat-syarat ini boleh jadi dalam bentuk jaminan dan
pengalaman dalam bidang perniagaan atau sasaran-sasaran kegiatan ekonomi yang
diberi keutamaan oleh pihak kerajaan.
Malah, pelbagai jenis bantuan dan kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk
membantu usahawan. Diantaranya ialah seperti kemudahan pembiayaan kewangan,
khidmat pemasaran, khidmat penyelidikan dan pembangunan dan pengkomersilan hasil
penyelidikan, khidmat latihan teknikal dan keusahawanan, kemudahan infrastruktur dan
khidmat jaringan perniagaan dan kebajikan keusahawanan.
Manakala, bantuan-bantuan di dalam bentuk peluang perniagaan dan
pemasaran diberi melalui badan-badan dan agensi-agensi kerajaan. Peluang-peluang
dan pemasaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat dalam negara dan
peringkat antarabangsa.
Pada peringkat dalam negara, terdapat konsep yang khusus bagi membantu
usahawan mendapatkan peluang-peluang perniagaan. Agensi-agensi dan badan
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
7/13
[6]
kerajaan yang terlibat dengan konsep paying ini ialah Persatuan Kontraktor yang
sebelum ini dikenali sebagai PESAKABUMI di bawah Kementerian Kerja Raya, Majlis
Amanah Rakyat atau MARA melalui Kayu Sedia, Kementerian Perdagangan dan
Perindustrian melalui Unit Penyertaan Bumiputera, FAMA, Bank Pembangunan
Malaysia Berhad melalui Besta Distributors dan Prosper melalui Kementerian
Pembangunan Usahawan.
Pada peringkat antarabangsa pula, peluang-peluang perniagaan dikendalikan
oleh MATRADE atau Perdagangan Antarabangsa Malaysia. MATRADE melalui
rantaian pesuruhjaya perdagangannya di seluruh dunia termasuk di beberapa buah
negara Eropah, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Timur Tengah, Asia Timur dan
Asia Tenggara menyediakan maklumat-maklumat mengenai peluang-peluang import
dan eksport di peringkat antabangsa.
Kemudahan pembiayaan kewangan merupakan usaha kerajaan untuk
membantu usahawan mendapatkan sumber pembiayaan untuk memulakan projek
perniagaan atau mengembangkan perniagaan pada tahap yang lebih besar.
Kemudahan pembiayaan kewangan untuk modal tetap dan modal pusingan perniagaan
disediakan oleh institusi-institusi kewangan dan agensi serta badan kerajaan yang
tertentu sahaja. Institusi-institusi kewangan tersebut terdiri daripada bank-bank
perdagangan, syarikat-syarikat kewangan, syarikat-syarikat sewa pajak dan syarikat
pemfaktoran. Syarikat-syarikat dan bank yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan yang
menjalankan urusan pinjaman ditakrifkan sebagai institusi kewangan. Syarikat-syarikat
yang terlibat ialah MIDF atau Malaysian Industrial Development Finance dan
Pembangunan Leasing Sendirian Berhad, Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia (CGC),
Kementerian Pembangunan lUar Bandar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia melalui SMIDEC dan MIDF. Manakala, bank-bank yang berkaitan
ialah Bank Pertanian Malaysia Berhad, Industrial Development Bank, Bank Bumipputra
Malaysia Berhad, Sabah Development Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.
Bank Islam Malaysia Berhad yang turut terlibat dalam memberi kemudahan
kewangan kepada sektor perniagaan dan perindustrian bagi mengukuhkan lagi
kegiatan urusan bank dan perniagaan secara keseluruhan. Institusi-institusi kewangan
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
8/13
[7]
menyediakan lapan kemudahan utama untuk kegunaan perniagaan iaitu overdraf bank,
pinjaman bermasa, skim pinjaman khas(CGC), tabung pelaburan baru, kemudahan
diskaun akaun belum terima, surat kredit, sewa pajak dan sewa beli.
Kemudahan overdraf bank ini membolehkan perniagaan yang mempunyai akaun
semasa dalam sesebuah bank perdagangan mengeluarkan cek melebihi simpanan
sebenar yang dimiliki dalam akaun semasanya. Had jumlah overdraf yang dibenarkan
tertakluk kepada rekod pelanggan dengan bank yang berkenaan dan budi bicara bank
tersebut. Dalam keadaan yang tertentu bank-bank mengenakan syarat cagaranbagi
kemudahan overdraf. Kemudahan ini dapat digunakan bagi membiayai modal pusingan.
Overdraf bank terhad sehingga RM50,000.00. lazimnya, bank memerlukan cagaran
daripada pemohon yang baru. Faedah yang dikenakan berdasarkan baki overdraf
setiap hari.
Seterusnya ialah kemudahan sokongan pinjaman bermasa. Kemudahan
pinjaman bermasa ini disediakan oleh bank-bank perdagangan dan syarikat kewangan
dan ia merupakan urusan pinjaman biasa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut.
Pinjaman ini dikenakan faedah serta memerlukan cagaran. Tempoh masa pinjaman
adalah antara 1 hingga 5 tahun. Skim Pinjaman Khas ini adalah suatu kemudahan
kewangan yang disediakan khusus untuk pembangunan sector keusahawanan. Skim ini
dianjurkan oleh Kerajaan Pusat dan dikawal sepenuhnya oleh Perbadanan Jaminan
Kredit. Di bawah skim pinjaman khas ini, kemudahan yang ditawarkan ialah diantaranya
seperti Skim Jaminan Usahawan Kecil antara RM10000 hingga RM50000, Skim
Jaminan Utama Baru yang khusus bagi menggalakkan pertumbuhan dalam sektor
pembuatan dan sektor yang diutamakan oleh Kerajaan Malaysia. Seterusnya ialah
Skim jaminan untuk Perbankan Tanpa Faedah, Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan
Bersepadu yang dikhususkan untuk sektor berasaskan besi, plastic, elektrik dan
elektronik, kimia dan bahan farmasi, Skim Jaminan Laluan Terus dan akhir sekali
adalah Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Belia.
Tabung pelaburan baru adalah suatu kemudahan pinjaman untuk sektor
perniagaan dan perindustrian. Kemudahan ini ditawarkan oleh bank-bank perdagangan
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
9/13
[8]
dengan kadar faedah yang rendah berbanding kadar faedah pinjaman biasa. Skim ini
dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia.
Selain itu, terdapat juga diskaun akaun belum terima yang diwujudkan kepada
usahawan. Diskaun Akaun Belum Terima ini adalah kemudahan bank membeli segala
bil-bil jualan secara kredit daripada pelanggan dengan mendiskaun pada kadar yang
tertentu. Hanya bank-bank perdagangan yang tertentu sahaja seperti Maybank
Factoring yang ada menawarkan kemudahan ini. Kadar diskaun yang dikenakan
bergantung kepada kemungkinan bank mendapat balik segala hutang. Kemudahan ini
dapat menolong mengatasi masalah modal pusingan dalam perniagaan yang seringkali
dihadapi oleh para usahawan.
Seterusnya, Letter of Credit(LC) pula adalah kemudahan yang disediakan oleh
Bank Perdagangan dengan mendahulukan bayaran kepada pengeksport luar negeri
yang menuntut bayaran daripada pengimport di Malaysia. Bank akan mengenakan
faedah serta caj perkhidmatan mengikut tempoh masa yang dipohon oleh pelanggan.
Kemudahan ini biasanya digunakan oleh pengimport bahan-bahan mentah barangan
dagangan.
Institusi-institusi kewangan khususnya syarikat-syarikat sewa pajak menyediakan
kemudahan sewa pajak bagi perniagaan yang ingin menggunakan mesin tanpa
memilikinya. Kemudahan ini dapat mengelakkan wang perniagaan yang sangat
diperlukan dalam urusan harian daripada terikat dalam aset seperti mesin. Bayaran di
bawah kemudahan sewa pajak ini adalah secara bulanan dan jumlah yang dibayar lebih
kecil daripada jumlah mengikut kaedah sewa beli.
Hal ini demikian kerana kemudahan sewa beli menawarkan kemudahan kepada
pelanggan untuk membayar secara beransur-ansur setiap bulan bagi membeli
sesebuah aset. Hak milik aset tersebut dituntut bersama oleh syarikat kewangan dan
pelanggan berkenaan selagi bayaran ansuran belum terjejas. Kadar faedah akan
dikenakan ke atas jumlah wang yang disimpan bagi membeli aset tersebut. Kemudahan
ini digunakan oleh pelanggan yang ingin menggunakan dan memiliki sesebuah aset
tetapi tidak mempunyai wang yang diperlukan untuk membeli secara tunai.
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
10/13
[9]
Oleh yang demikian, kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh pihak
kerajaan ini melalui agensi dan Kementerian tertentu telah memberikan banyak
alternatif kepada ushawan-usahawan kecil bagi mencari sumber-sumber pembiayaan.
Contoh agensi yang ulung adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Manakala,
Kementerian yang terlibat dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan
pula ialah Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
MARA merupakan suatu agensi yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada
pengusaha-pengusaha bumiputera untuk modal tetap dan modal pusingan. Pemberian
pinjaman ini tertakluk kepada beberapa syarat tertentu dan had pinjaman ditetapkan
sehingga RM250,000.00. Kementerian Belia dan Sukan pula menyediakan kemudahan
pembiayaan modal perniagaan di bawah skim Rancangan Belia Niaga. Had pinjaman
disediakan sehingga RM30,000.00 mengikut penilaian daya maju projek yang
dilaksanakan. Manakala, Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula menyediakan
kemudahan pembiayaan bagi membangunkan industry kampung. Kemudahan yang
ditawarkan ialah membiayai pembelian aset tetap seperti mesin pembinaan bangunan
kilang.
Selain itu, di dalam perkhidmatan sokongan kepada keusahawanan pula khidmat
runding cara seringkali disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi seperti Unit
Penyelidikan dan Perundingan Perindustrian (IRCU), Universiti Sains Malaysia,
seterusnya ialah Fakulti Kejuruteraan di Universiti Malaya, Pusat Pembangunan
Perusahaan Kecil (SBDC) Universiti Putra Malaysia serta Pusat Pembangunan
Usahawan Malaysia (MEDEC) di Universiti Teknologi Mara.
Di dalam sektor swasta, terdapat beberapa syarikat yang menjalankan khidmat
runding cara dalam industri-industri yang khusus, termasuk juga syarikat-syarikat asing
di Malaysia. Agensi-agensi kerajaan yang disebutkan itu memberikan khidmat nasihat
daripada segi pengurusan dan perkhidmatan teknikal. Agensi-agensi tersebut
mengenakan bayaran minimum untuk kemudahan khimat nasihat ini. Misalnya, MARDI
memberikan khidmat nasihat di bawah skim kilang bimbingannya. Satu perubahan
besar di dalam membantu sektor perkilangan tidak kira kecil atau besar ialah
pelaksanaan incubator perindustrian yang dilakukan oleh SIRIM dan unit bahagiannya
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
11/13
[10]
iaitu MIDEC. Konsep pelaksanaan incubator ini menyediakan kemudahan khidmat
kepakaran dan penggunaan mesin bagi pengusaha-pengusaha.
Institusi-institusi pengajian tinggi menyediakan khidmat nasihat dan penyelidikan
bagi sektor perkilangan dan pembuatan. Inisiatif utama dijalankan oleh Fakulti
Kejuruteraan, Universiti Malaya. Manakala, perlaksanaan konsep inkubator
perindustrian dipelopori oleh Universiti Malaya.Sementara itu Universiti Sains Malaysia
dengan Unit Perkhidmatan Perindustriannya pula menyediakan khidmat runding cara
dan penyelidikan bagi sektor perindustrian. Institusi-institusi pengajian tinggi yang lain
mempunyai bahagian seperti MEDEC di UITM dan pusat perniagaan kecil di UPM
menawarkan khidmat nasihat daripada segi pengurusan perniagaan.
Kemudahan kursus-kursus latihan keusahawanan adalah bantuan sokongan
secara tidak langsung bagi membangunkan sektor perniagaan kecil. Kursus-kursus
keusahawanan ini merangkumi kursus-kursus yang khusus dalam aspek-aspek
pengurusan yang tertentu. Kedua-dua, kerajaan dan sektor swasta menawarkan
kemudahan bagi mengikuti kursus-kursus keusahawanan ini. Agensi-agensi kerajaan
yang terlibat dalam mengendalikan kursus keusahawanan ini adalah seperti Pusat
Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC, UiTM), Pusat Daya Pengeluaran Negara
(NPC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
Badan-badan profesional seperti Institut Pemasaran Asia (AIM), Institut
Pengurusan Malaysia (MIM), Institut Pengurusan Personel Malaysia (MPIM) dan
Syarikat-syarikat Rundingan turut mengendalikan kursus yang berkaitan dengan
pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Selain daripada itu, bantuan juga diberikan dalam bentuk prasarana iaitu
kemudahan asas seperti jalan raya, jalan kereta api, pelabuhan, rangkaian telefon dan
internet, kawasan perindustrian, bangunan kedai dan bangunan kilang (premis) serta
bekalan elektrik dan air yang cekap dan mencukupi. Terdapat beberapa agensi yang
terlibat di dalam menyediakan kemudahan prasarana ini. Di antaranya ialah, UDA
Holdings Berhad yang menyediakan kawasan dan premis perniagaan, Majlis Amanah
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
12/13
[11]
Rakyat (MARA) juga menyediakan kawasan industry dan premis perniagaan,
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pula terlibat dalam menyediakan kawasan
industry sahaja. Selebihnya seperti Syarikat Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan
SESCO yang menyediakan perkhidmatan elektrik, Jabatan Bekalan Air untuk bejalan
air bersih, Syarikat Telekom Malaysia bagi kemudahan telefon dan internet, JARING
iaitu syarikat pembekal internet serta akhir sekali KTM, Syarikat keretapi Tanah Melayu
Berhad untuk kemudahan rangkaian kereta api.
Dalam bentuk galakan dan insentif, kerajaan mengambil langkah dalam
memberikan galakan dan insentif agar usahawan tempatan dapat terus kekal dan
meneroka pasaran baru sehingga ke luar negara. Jenis galakan yang diberikan
misalnya tahap perintis yang berfungsi sebagai pengecualian cukai untuk suatu tempoh
seperti 5 atau 10 tahun. Kedua ialah Duti Import iaitu cukai yang dikenakan ke atas
barangan yang diimport atau dibeli daripada negara luar. Ketiga ialah Kuata iaitu had
yang dikenakan terhadap jumlah barangan yang dibeli dari luar negara. Seterusnya
ialah galakan eksport yang bermaksud pengurangan ke atas cukai eksport. Terakhir
sekali ialah Embargo iaitu jenis galakan yang bermaksud dasar memulaukan barangan
daripada negara-negara tertentu.
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi khidmat bantuan seta sokongan
keusahawanan yang telah disediakan kepada golongan usahawan. Golongan
usahawan hendaklah berani serta cekap merebut peluang yang disediakan oleh
pelbagai pihak di dalam usaha memajukan perniagaan mereka sendiri. Niat ikhlas dan
hendak berjaya di dalam sesebuah perniagaan hendaklah sentiasa dipupuk dari
permulaan perniagaan lagi supaya kesan yang tidak diingini dapat dielakkan lebih awal.
-
8/10/2019 Kemudahan Sokongan Keusahawanan
13/13
top related