kerja kursus sejarah (tingkatan 3)
Post on 20-Jun-2015
2.968 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kerja Kursus Sejarah
Nama Pelajar : Amanda Ng Wen Wei
Tingkatan : 3 Batai
Nombor Kad Pengenalan : XXXXXX-XX-XXXX
Nama dan Alamat Sekolah : SMK Damansara Jaya
Jalan SS22A/1, Damansara Jaya
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Tajuk Kerja Kursus : Permainan Tradisional Gasing
Guru Penilai : Puan Noor Arbaiah
Skor :
Tandatangan Guru Penilai :
PERMAINAN TRADISIONAL GASING
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan 1
Objektif Kajian 2
Kaedah Kajian 3
Hasil Kajian 4-9
Rumusan 10
Esei 11-12
Lampiran 13-16
Rujukan 17
PENGHARGAAN
Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Sejarah ini yang
bertajuk Permainan Tradisional Gasing. Terdapat beberapa pihak yang memberi
kerjasama kepada saya semasa membuat projek ini. Oleh sebab itu, saya mahu
mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
penilai saya iaitu Puan Noor Arbaiah kerana telah sudi memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya untuk membuat projek ini. Selain itu, saya ingin berterima kasih
kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya untuk membuat projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan juga membawa saya ke
muzium untuk mengumpul maklumat tentang permainan tradisional gasing. Akhirnya,
saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-
kawan saya iaitu Tong Pui Yee, Koh Hui Yin dan Low Sue-Yin yang telah memberi
bantuan dan keterangan kepada saya. Tanpa pertolongan semua orang tersebut,
kemungkinan besar saya tidak dapat menyiapkan projek ini. Oleh itu, jasa mereka akan
dikenang sepanjang hidup saya.
1
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai dalam Kerja Kursus Sejarah.
1. Kerja Kursus Sejarah ini membolehkan saya mengkaji permainan tradisional
seperti gasing dengan terperinci.
2. Kerja kursus ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya
peninggalan nenek moyang saya dahulu.
3. Saya dapat membuat kajian terperinci berkaitan permainan tradisional secara
rasional.
4. Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling
bantu-membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin
bersama-sama kawan-kawan saya iaitu Tong Pui Yee, Koh Hui Yin dan Low
Sue-Yin.
2
KAEDAH KAJIAN
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam Kerja Kursus Sejarah.
1. Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah
untuk mengkaji permainan tradisional iaitu permainan gasing.
2. Saya telah mewawancara bapa saya iaitu Ng Quek Biau bagi mendapatkan
maklumat mengenai permainan tradisional.
3. Saya juga telah melayari laman Internet bagi mengetahui latar belakang,
tujuan, cara dan alat yang digunakan untuk bermain permainan gasing dengan
terperinci.
4. Saya juga telah melawat Muzium Negara bagi mendapatkan maklumat
tambahan tentang permainan yang saya kaji.
3
HASIL KAJIAN
Permainan Tradisional : Permainan Gasing
Nama Permainan
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing tidak mempunyai nama yang lain tetapi mempunyai
pelbagai jenis bentuk. Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing
sukan. Permainan gasing tradisional terdapat pelbagai jenis dan
bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat tertentu oleh golongan
tertentu sahaja. Jenis gasing yang terdapat di Malaysia adalah seperti gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu,
gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Peraturan dan cara
mengendalikannya juga berlainan mengikut kampung, daerah dan
ketua permainan.
Gerakan gasing berdasarkan efek giroskopik. Gasing biasanya berputar
terhuyung-huyung untuk beberapa saat hingga interaksi bagian kaki (paksi) dengan
permukaan tanah membuatnya tegak. Setelah gasing berputar tegak untuk sementara
waktu, momentum sudut dan efek giroskopik berkurang sedikit demi sedikit hingga
akhirnya bagian badan terjatuh secara kasar ke permukaan tanah.
4
Latar Belakang
Asal-usul
Terdapat pelbagai cerita yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan
inilah yang menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan
negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah
berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, agak
leper dan licin. Ia pula mudah dipusing dengan tangan. Buah yang lama dan ligat
pusingannya dikira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan
ialah memusingkan buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah
ini dan diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan
seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang bermaknategak dan kuat
semasa berpusing. daripada istilah inilah dikatakan bermulanya permainan gasing.
Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada
permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya, kanak-kanak
ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir
kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi. Seutaas tali digunakan untuk
memusingkannya kerana memusingkan dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak
tahan lama.
Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang
berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang
5
yang berbentuk leper dan bulat. Apabila dilemparkan alat ini berpusing ligat dan
melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk
mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai
satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai
sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa hinggalah seperti bentuk
seperti gasing yang terdapat pada hari ini.
Negeri yang mempopularkan permainan ini
Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ialah negeri Kelantan.
Terdapat Gelanggang Seni di Kota Bharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan gasing
dan juga lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para
pengunjung dan hanya terdapat pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Gelanggang ini
merupakan pusat perkembangan negeri Kelantan dan ditubuhkan sejak tahun 1978.
Gasing timah dan gasing leper Kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja.
Kaum/etnik yang terlibat
Permainan tradisional gasing merupakan permainan rakyat yang popular dalam
kalangan orang Melayu. Permainan ini telah dimainkan oleh orang dewasa, remaja dan
juga kanak-kanak. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana
saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. Selain itu, permainan tradisional gasing juga
popular di beberapa negara Asia lain termasuk Jepun, Taiwan, China dan Vietnam. Orang
Melayu adalah salah satu kaum yang mempopularkan permainan tradisional ini.
6
Tujuan dimainkan
Tujuan gasing dimainkan adalah untuk mengisi masa lapang dengan baik. Selain
itu, gasing turut berperanan sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat.
Permainan gasing juga dapat menguji kemahiran, kecekapan, kemahiran mengatur
strategi, di dalam pasukan. Di samping itu, tujuan bermain gasing adalah untuk
memartabatkan permainan tradisional nenek moyang kita. Pada zaman dahulu, gasing
juga dimainkan selepas pesta menuai padi. Seterusnya, gasing juga merupakan suatu
permainan yang menentukan maruah diri dan kampung. Pada masa kini, gasing
merupakan salah satu tarikan pelancong di Malaysia.
Alat-alat yang digunakan
Alat-alat yang digunakan untuk membuat gasing ialah kayu dan tali. Kayu yang
digunakan adalah daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang. Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk
gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke
dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika
melarik.Tali gasing pula dibuat daripada kulit pokok bebaru tetapi sekarang tali gasing
dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang
tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan
pergerakan tali gasing.
7
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan
timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima
kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk
kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat
pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja. Pada masa kini terdapat juga gasing yang
dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik.
Cara dimainkan
Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya.
Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara
satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing
membezakan sifat gasing dan membentuk sistem permainan yang turut berbeza. Dalam
permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran melilit, memusing,
memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing uri atau gasing pangkah.
Gasing uri biasanya dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Dua orang
pemain diperlukan semasa memainkan gasing ini. Seorang pemain akan memegang
sebuah cokok. Cokok ini diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip.
Seorang lagi pemain akan memegang sebuah lopak yang diperbuat daripada kayu dan
8
berbentuk pancung. Di hujung lopak itu dilekatkan dengan logam. Bong adalah tempat
permainan gasing yang berbentuk bulat dan dibuat di atas tanah yang keras. Semasa
gasing berpusing, juru cokok akan memindahkan gasing ke atas lopak yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama akan dikira sebagai
pemenang.
Gasing pangkah pula dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk
gasing lawan. Gasing jenis ini dimainkan secara berkumpulan. Satu pasukan terdiri
daripada dua hingga lima orang. Undian akan dilakukan untuk menentukan pasukan
menanti dan pasukan memangkah. Pasukan yang mana gasingnya bertahan paling lama
akan menjadi pasukan memangkah pertama. Pasukan menanti akan memulakan
permainan dengan melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Apabila selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong akan dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopak. Jika salah satu gasing pasukan menanti berpusing lebih lama, mereka tidak akan
diberi markah sebaliknya ditukarkan menjadi pasukan memangkah dan pasukan
memangkah tadi akan menjadi pasukan menanti pula.
9
RUMUSAN
Selepas menjalankan kajian ini, saya amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat resam yang
terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali
dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional tanah air sendiri.Bak kata perpatah
melayu, tak kenal maka tak cinta.
Selepas kajian ini, saya lebih menghayati keunikan permainan ini. Tradisi dan
budaya bangsa yang begitu unik dan indah ini pastilah akan saya cuba amalkan. Jika
semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami adat-adat permainan
dengan mendalam, maka akan timbul semangat bersefahaman dan hormat-hormati natara
kaum. Persefahaman yang timbul ini bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang
pertelingkahan dan perselisihan faham yang mungkin berlaku antara kaum malah dapat
menjalinkan semangat muhibah atau semangat masyarakat antara kaum.
Semangat muhibah yang wujud ini membolehkan perpaduan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga
dapat berganding bahu dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta
sehinggakan semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.
10
TUGASAN 2 : ESEI
Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan
dan permainan ?
Modal insan yang patriotik di sini bermaksud bagaimana membentuk insan yang
berjiwa cintakan negara dan bangsanya. Aktiviti sukan atau permainan yang ternyata
dapat membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.
Melalui permainan seperti permainan gasing, insan yang cinta akan negara dan
bangsa dapatlah dibentuk. Hal ini adalah kerana melalui permainan ini, kita dapat
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa serta negara dengan mempelajari dan
meneruskan permainan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan
permainan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan
patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui permainan ini, kita dapat menunjukkan
bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Selain itu, kita juga dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di
antara masyarakat majmuk melalui permainan tradisional seperti permainan wau,
congkak dan gasing. Permainan seperti ini menyebabkan kita bekerjasama dan tolong-
menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang
dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.
11
Permainan seperti gasing, wau dan sebagainya memerlukan pemain melebihi dua
orang. Jadi bagi melicinkan permainan ini, disiplin yang tinggi mesti
ditunjukkan.Permainan seperti ini juga memerlukan pemain yang mempamerkan sikap
bertindak wajar serta mematuhi undang-undang dan peraturan permainan. Jika keadaan
ini disemai berterusan, murid yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan
negara dapat melahirkan.
Permainan tradisional juga memerlukan pemain yang mempamerkan sikap
kerajinan dan kegigihan dalam menjayakan permainan. Kita mesti menunjukkan sikap
bekerjasama bagi menjayakan sejenis permainan yang biasanya dilakukan secara
berpasukan. Dalam sesuatu pertandingan, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah
menghadapi cabaran bagi memenangi pertandingan. Sikap rajin, tabah dan bekerjasama
ini akan menjadikan warganegara memajukan negara.
12
LAMPIRAN
Gambar-gambar permainan tradisional gasing
Gasing Tanjung Gasing Jantung
Gasing Kuno Gasing Uri Kelantan
Gasing Baba Gasing Leper Kelantan
13
Peta di mana permainan tradisional gasing dimainkan
Negeri Kelantan
14
Cara bermain permainan tradisional gasing
15
Dokumen orang yang diwanwancara
Muka depan kad pengenalan orang sumber
Muka belakang kad pengenalan orang sumber
16
RUJUKAN
1. Buku ilmiah
Zakaria Abdullah, 1992, Kebudayaan Rakyat Di Malaysia, Ampang, Selangor
Pam Publishing (M) Sdn. Bhd.
2. Orang sumber
Ng Quek Biau, 51 tahun, No. 35, SS23/7 Taman Sea 47400, Petaling Jaya.
3. Melawat tempat kajian
Muzium Negara Malaysia, Jalan Damansara, 50566 Kuala Lumpur.
4. Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing
http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm
http://zamhi34.blogspot.com/
5. Majalah
e@siswa, Mei 2008, halaman 64
17
top related