kertas kerja english day
Post on 14-Dec-2014
1.178 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
14390 BANDAR BAHARU
2012
KERTAS KONSEP
“ENGLISH DAY”
MBI PROGRAM
2
1. RASIONAL
Pelaksanaan program “English Day” ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu dalam
peningkatan pengguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid di sekolah ini. Adalah
diharapkan pelaksanaan program ini mampu menyediakan dan memberi ruang(exposure) yang
menggalakkan dan kondusif kepada semua murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam
kegiatan harian mereka.
Pengwajiban penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan bagi satu hari seminggu
mampu melatih murid untuk menjadi lebih berani dan tidak malu untuk bertutur kerana semua
warga sekolah perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang hari. Adalah diharapkan agar
program ini akan dapat membantu murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dan seterusnya
dapat melahirkan murid yang berkebolehan.
Justeru itu, pemilihan program ini sebagai salah satu daripada program di dalam program-
program Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBI) yang dicetuskan oleh Kementerian Pendidikan
adalah bertepatan dalam memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah
diharapkan agar program ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua warga
sekolah bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
3
2. OBJEKTIF PROGRAM
Untuk menggalakkan murid dan semua warga sekolah menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pertuturan seharian.
Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri untuk
menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan murid dalam subjek Bahasa
Inggeris di sekolah ini.
Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi murid-murid untuk
menggunakan Bahasa Inggeris.
Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk menguasai Bahasa
Inggeris demi masa depan mereka.
Bagi melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dalam kehidupan harian mereka.
4
3. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM ENGLISH DAY
SK SG KECHIL ILIR
BANDAR BAHARU, KEDAH
PENASIHAT :
GURU BESAR SKSKI
PENGERUSI :
EN ABDUL WAHID BIN AYOB
PENGERUSI PANITIA BAHASA INGGERIS
SETIAUSAHA :
EN MOHD AZNIZAM BIN ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA:
PN SALMAH BT HAMID
PN JAMSIAH BT JAAFAR
MISS TAN TZE YUEN
MR. CHANDRA
SEMUA GURU SKSKI
5
4. KAEDAH PELAKSANAAN
Program ini dijalankan setiap hari Isnin pada setiap minggu. Semua warga sekolah digalakkan
menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua kegiatan mereka di sepanjang hari. Sebarang
aktiviti di sekolah seperti pengumumam dan ucapan selamat hendaklah dibuat menggunakan
Bahasa Inggeris bagi menggalakkan dan memberi contoh yang baik kepada semua murid. Pihak
sekolah perlu memastikan suasana yang menggalakkan bagi memberi keselesaan kepada
murid-murid untuk cuba menggunakan Bahasa Inggeris.
Kerjasama daripada semua guru dalam memberi galakan kepada murid-murid adalah
memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan semua murid memberi kerjasama dan
perhatian yang sewajarnya terhadap kelancaran dan keiayaan perjalanan program ini. Pihak
guru boleh memulakan aktiviti ataupun usaha seperti menegur murid dengan bertanya khabar
ataupun mengucapkan selamat.
Murid-murid perlu dididik dan digalakkan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris walaupun
membuat kesilapan ataupun menggunakan broken English. Sebarang bentuk hukuman ataupun
denda hendaklah dielakkan bagi memupuk minat dan kecintaan murid untuk menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan harian.
6
5. PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu murid-murid untuk
lebih berkeyakinan dan tidak rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris sesama rakan
ataupun dengan warga sekolah yang lain. Kerjasama daripada semua pihak di sekolah sama ada
dari peringkat pengurusan mahupun para guru yang lain adalah amat kritikal dan membantu di
dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga segala yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan semaksimun yang mungkin dalam mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
7
5.0 KAEDAH PEMANTAUAN
top related