kertas kerja ibubapa tahun 6
Post on 01-Jul-2015
1.525 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Unit Bimbingan & Kaunseling Page 1
KERTAS CADANGAN PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
1. Nama Program :Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud
2. Pengenalan.
Menjaga anak perkara mudah hanya perlu memastikan makan minum dan pakai mereka tetapi
anak - anak adalah lebih berat dan tidak boleh diberi kepada orang lain baik pengasuh, penjaga
di taska atau tadika apa lagi pembantu rumah. Mendidik anak zaman moden adalah cabaran
terkini. Cabaran dalaman dan luaran. Seperti cabaran dalaman iaitu tv, internet, lagu – lagu
dan budaya barat yang negatif . Manakala cabaran luaran pula adalah pengaruh rakan
sebaya. Ibubapa kena kenal siapa rakan sebaya anak- anak dan memastikan berada
dalam persekitaran yang baik
3. Rasional.
Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua Ibubapa yang menyertainya mendapat
manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial anak-anak
mereka.
Ia juga turut menyalurkan maklumat yang sesuai dan perlu kepada ibubapa yang
mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Siri ceramah dan
informasi yang diberikan oleh penceramah jemputan serta Guru Besar dapat memberikan
impak kepada ibubapa yang hadir dari segi kawalan emosi dan teknik mengawal tingkahlaku
anak mereka supaya menjurus kepada prilaku pelajar yang cemerlang. Penekanan tambahan
yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut
diamalkan agar anak-anak mereka berakhlak mulia.
4. Matlamat
4.1 Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik
4.2 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah yang positif
4.3 Prestasi pelajar meningkat dan dapat mengharumkan nama sekolah
5. Objektif.
5.1 Peserta mengenali serta tahu pestasi semasa anak mereka dalam akademik
5.2 Peserta tahu tentang perkembangan aktiviti akademik anak mereka di sekolah
5.3 Peserta tahu tentang keperluan anak mereka dari segi bahan latihan dan buku kerja
6. Tema
“ Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang ”
7. Jangkamasa Orientasi
Program ini dijalankan pada sesi pagi selama 2 jam pada 8 & 9 Mac 2011
8. Tempat :
Kantin SKHMC
9. Kumpulan Sasaran.
Semua Ibu Bapa Tahun 6 Sesi 2011.
PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Unit Bimbingan & Kaunseling Page 2
10. Kaedah Perlaksanaan
10.1. Taklimat
10.2. Ceramah
11. Jawatankuasa.
Penasihat : Guru Besar
Pengerusi . : Guru Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : Guru Kanan Pentadbiran.
Penyelaras Program : Guru Bimbingan & Kaunseling
Setiausaha : Penyelaras Tahun 6
AJK : Guru Kelas /Akademik Tahun 6
12. JADUAL PROGRAM.
BIL AKTIVITI WAKTU TINDAKAN
1. Kata aluan Pengacara Majlis mengalu-alukan kedatangan Ibu Bapa
8.00 –8.10 pg Guru Bimbingan
2. Bacaan Doa
8.10 – 8.13 pg Ustaz Khairuddin
2. Taklimat oleh Tuan Guru Besar En. Mohammad Rosli Bin Jaafar
8.15 – 8.55 pg Guru Besar
3. Ceramah Keibubapaan Tuan Hj Nadzaruddin Bin Hj Abdul Razak
9.00 pg – 9.45 pg
Penceramah Jemputan
4. REHAT 9.50 – 10.20
12. Penilaian
12.1. Berdasarkan penglibatan dan minat peserta dalam taklimat dan ceramah yang
diberikan.
12.2. Ulasan, pemerhatian dan pendapat Tuan Guru Besar dan penceramah.
12.3. Reaksi dan perubahan tingkahlaku anak peserta khususnya dalam bidang akademik
PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Unit Bimbingan & Kaunseling Page 3
13. Penutup.
Adalah diharapkan semua Ibubapa yang telah mengikuti program ini akan info yang
sepatutnya ada dalam memastikan anak mereka sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan
UPSR 2011.
Disediakan oleh, Disemak dan disokong,
Disahkan oleh,
PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6
Unit Bimbingan & Kaunseling Page 4
CARTA ALIRAN
PROGRAM MINGGU ORIENTASI TAHUN 4
Bermula
Menyediakan Kertas Cadangan
Mendapat kelulusan Guru Besar
gURUPengetgU/PIBG
Mengenalpasti Penceramah
Hantar laporan
Menyediakan Laporan
Penilaian
Menyediakan bahan/alatan dan
Melaksanakan Program
Menghantar surat Jemputan
Penceramah
top related