kertas kerja pjk suaian
Post on 13-Dec-2015
32 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT, TERENGGANU.
KERTAS KERJA
LAWATAN ILMIAH KE SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
BANDAR INDERA MAHKOTA 2, KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR.
ANJURAN :
6 PISMP
AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
BESUT, TERENGGANU.
1.0 PENDAHULUAN
Unit 6 PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan melaksanakan lawatan ke
Sekolah Pendidikan Khas, Bandar Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang. Lawatan ini
diwajibkan kepada semua pelajar semester 6 PISMP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
bagi memenuhi keperluan jadual 3 subjek Pendidikan Jasmani Suaian (PJM3143). Lawatan
ini juga dinilai sebagai kerja kursus projek bagi subjek tersebut. Dalam program ini, pelajar-
pelajar secara tidak langsung dapat menambah pengalaman dalam merangka proses
pengajaran dan pembelajaran serta dapat menyelami penderitaan dan kesukaran yang
dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti kanak-kanak berkeperluan khas.
Secara umumnya lawatan ini mampu memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mendekatkan diri dengan kanak-kanak berkeperluan khas dan mendalami cara mereka
mendapatkan pendidikan.
2.0 RASIONAL
Sekolah Kebangsaan Pendidikah Khas Kuantan ini dipilih berdasarkan berkeperluan
khas masalah pembelajaran dan pendengaran dimana sekolah tersebut adalah satu-
satunya sekolah berkeperluan khas yang mempunyai pelbagai jenis kategori berkeperluan
khas. Antara masalah pembelajaran yang terlibat termasuklah autisme, down syndrome
dan slow learner.
Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih
mengenai cara kanak-kanak berkeperluan khas ini mendapat pendidikan dari segi semua
perkara bukan sahaja dari segi pemerolehan ilmu pengetahuan akan tetapi apa yang
diuatamakan lagi adalah memberi peluang kepada kanak-kanak ini menguruskan diri
mereka sendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Melalui program ini, guru pelatih
dapat membentuk sikap dan pandangan yang positif terhadap kanak-kanak berkeperluan
khas. Hal ini secara langsung dapat menghasilkan satu platform semangat simpati dan
penyayang antara guru-guru pelatih dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang dilawati.
Selain itu juga, menerusi lawatan ini, boleh meningkatkan tahap kesedaran guru pelatih
bahawa kanak-kanak berkeperluan khas juga berhak mendapat pendidikan sama rata
seperti kanak-kanak yang normal.
Lawatan ini juga merupakan satu aspirasi bagi sistem pendidikan Malaysia yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi mencapai
keberhasilan sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh. Dari aspek akses, aktiviti
lawatan ini menepati aspirasi yang terkandung dalam PPPM. Salah satu daripadanya ialah
akses yang memberi satu peluang pendidikan di mana pengajaran dan pembelajaran
bukan sahaja terhad untuk kanak-kanak yang normal semata-mata, namun kanak-kanak
berkeperluan khas juga layak mendapatkan pendidikan berbekalkan dengan kerjasama
badan kerajaan (GO) dan badan bukan kerajaan (NGO) supaya peluang pendidikan oleh
setiap individu mencapai potensi diri dan keseramataan diri individu tersebut. Oleh itu,
lawatan ini diadakan bagi mendapatkan maklumat dan pendidikan yang lebih mendalam
dan terperinci dari pihak sekolah berpendidikan khas terutama dalam cara memberikan
pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Melihat kepada anjakan yang ke-9 pula berkaitan dengan kerjasama antara ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti
lawatan ini dapat memupuk dan menjalinkan kerjasama antara guru pelatih dari IPG
Kampus Sultan Mizan dengan pihak komuniti luar dalam proses melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.
3.0 OBJEKTIF
Menerusi lawatan ini, antara objektif yang ingin dicapai ialah :
3.1 Meningkatkan kemahiran mengendalikan proses PdP untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
3.2 Meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan keperluan kanak-kanak istimewa
melalui temu bual dengan guru dan pemerhatian di sekolah.
3.3 Menerapkan rasa simpati,kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kanak-
kanak berkeperluan khas.
3.4 Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpersonal’ dalam suasana yang mencabar dimana
kumpulan sasaran praktikal adalah kanak-kanak berkeperluan khas yang kurang
keyakinan diri dan tidak pandai berdikari.
3.5 Menggembirakan kanak-kanak berkeperluan khas yang memerlukan perhatian
dengan aktiviti yang menceriakan.
3.6 Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan
melalui pemerhatian terhadap golongan kanak-kanak berkeperluan khas.
4.0 TARIKH LAWATAN
Program lawatan unit Pendidikan Jasmani Kesihatan 1 dan 2 Semester 6
ambilan Januari 2013 ini akan diadakan pada hari Khamis, 23 Julai 2015 bermula
jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Rombongan bertolak pada jam 4.00 petang 22
Julai 2015.
5.0 TEMPAT LAWATAN
Lawatan ini akan diadakan di SK Pendidikan Khas Kuantan, Bandar
Indera Mahkota 2, 25200, Kuantan, Pahang.
6.0 PESERTA
Seramai 30 orang guru pelatih menyertai lawatan ini. Para pelatih terdiri
daripada pelajar-pelajar PISMP Semester 6 ambilan Januari 2013 Pendidikan
Jasmani Kesihatan 1 dan 2 yang terdiri daripada 11 orang guru pelatih lelaki dan 19
orang guru pelatih perempuan. Sila rujuk di LAMPIRAN I.
7.0 PENSYARAH PENGIRING
Pensyarah pengiring yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak
pentadbiran IPG Kampus Sultan Mizan adalah :
1. Encik Zarizi Bin Ab Rahman.
8.0 AHLI JAWATANKUASA LAWATAN ILMIAH PISMP PENDIDIKAN JASMANI
KESIHATAN 1 DAN 2 SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2013.
Rujuk di LAMPIRAN II.
9.0 ANGGARAN KEWANGAN
BIL PERBELANJAAN KUANTITI HARGA
SEUNIT
JUMLAH
1 Guru Pelatih 6PISMP Pendidikan
Jasmani Kesihatan 1 dan 2.
23 Julai 2015 :
i. Sarapan pagi X 1 hari
ii. Makan tengahari X 1 hari
iii. Minum petang X 1 hari
30 Orang
RM 3
RM 5
RM 3
RM 330.00
Peruntukan
IPG
2 Cenderamata kepada pihak Sekolah
Pendidikan Khas Kuantan, Pahang.
1 Peruntukan
IPG
JUMLAH RM 330.00
10.0 PENGANGKUTAN
Pengangkutan peserta IPG Kampus Sultan Mizan akan disediakan oleh pihak
pentadbiran institut sendiri dan maklumat pengangkutan adalah seperti berikut :
a) Bas IPG Kampus Sultan Mizan
11.0 PENGINAPAN
Menginap di premis kerajaan - Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang.
12.0 JADUAL PROGRAM
Rujuk di LAMPIRAN III.
13.0 JADUAL 3 KURSUS
Rujuk di LAMPIRAN IV.
14.0 PENUTUP
Lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas Kuantan, Pahang ini diharapkan dapat
memberi ilmu dan pengetahuan kepada guru pelatih kelak bagi mengendalikan
kanak-kanak kurang upaya terutama dalam Pendidikan Jasmani Suaian. Selain itu,
guru pelatih dapat pengalaman secara terus melalui amali yang dilakukan bersama-
sama dengan kanak-kanak kurang upaya yang ada di sekolah ini. Guru pelatih dapat
memenuhi kandungan kursus Pendidikan Jasmani Suaian dengan lebih mendalam
serta lebih berkesan secara teori dan amali. Hubungan antara pihak IPG Kampus
Sultan Mizan dan pihak sekolah Pendidikan Khas juga dapat dieratkan dengan
adanya lawatan ini.
Disediakan oleh :
…….............……………………..
MUHAMMAD ARIFFUDDIN BIN SUKIAT
Setiausaha Lawatan,
Sekolah Pendidikan Khas,
Bandar Indera Mahkota 2,
Kuantan, Pahang.
Disemak oleh :
…….............……………………..
MOHAMAD HANIF BIN MAMAT
Pengerusi Lawatan,
Sekolah Pendidikan Khas,
Bandar Indera Mahkota 2,
Kuantan, Pahang.
Melalui :
……………………………………
EN. ZARIZI BIN AB RAHMAN
Pensyarah Penyelaras,
Subjek Pendidikan Jasmani Suaian,
IPG Kampus Sultan Mizan.
Besut, Terengganu
Disemak oleh:
…………………………………
EN. KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN
Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPG Kampus Sultan Mizan
Besut, Terengganu.
Disemak oleh:
………………………...................
TN. HAJI BAHARUDDIN BIN HUSSIN
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu
Diluluskan oleh :
……………………………….
Dr. HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DIN
Pengarah,
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.
Dengan ini, saya meluluskan / tidak meluluskan program ini.
Ulasan :
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
LAMPIRAN I
SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN ILMIAH PISMP PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN 1 DAN 2 SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2013
Tutor : En Zarizi Bin Ab RahmanUnit : Pendidikan Jasmani Kesihatan 1
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Tutor : En. Fadil Bin Ibrahim
Unit : Pendidikan Jasmani Kesihatan 2
LAMPIRAN II
AHLI JAWATANKUASA LAWATAN KE SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS, BANDAR
INDERA MAHKOTA 2, KUANTAN, PAHANG.
Penaung : Dr. Hj Mohd Aziz Bin Mohd Din (Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)
Penasihat : En. Zarizi B. Ab. Rahman(Pensyarah Subjek Pendidikan Jasmani Suaian)
Pengerusi : Mohamad Hanif Bin Mamat
Naib Pengerusi : Noratiqah Hanim Binti Mohd Roslin
Setiausaha : Muhammad Ariffudin Bin Sukiat
Bendahari : Nurul Amiliani Binti Azmi
JK Pengangkutan : Muhammad Hidhir bin Abd Ghani
JK Makanan : Aida Sakira Binti Mamat JK Sumbangan, Hadiah : Wan Nurzaleha Binti Wan Zaidi& Cenderahati
JK Dokumentasi : Muhamad Tajuddin Bin Abdul Manap
JK AktivitI : Muhammad Fabil Bin Abu Hassan
JK Pengacara Majlis : Siti Suhaila Binti Mat Hassan
LAMPIRAN I
TENTATIF PROGRAM
Tarikh : 22 Julai 2015 (Rabu)
JANGKA MASA AKTIVITI
4.00 petang Bertolak ke tempat penginapan dari IPG Kampus Sultan Mizan.
Tarikh : 23 Julai 2015 (Khamis)
JANGKA MASA AKTIVITI
7.30 pagi Bertolak dari tempat penginapan ke Sekolah Pendidikan Khas
Kuantan, Pahang.
8.30 pagi Tiba di Sekolah Pendidikan Khas Kuantan, Pahang.
Taklimat daripada pentadbir sekolah.
(Pengenalan ringkas kepada pelaksanaan program kepada kanak-
kanak berkeperluan khas)
9.30 pagi Lawatan ke sekitar Sekolah Pendidikan Khas Kuantan.
Melihat demo pengajaran yang disampaikan oleh guru sekolah
pendidikan khas.
11.00 pagi Aktiviti antara guru pelatih dibantu oleh guru dengan pelajar-pelajar
berkeperluan khas masalah pendengaran dan masalah
pembelajaran.
1.00 tengahari Majlis penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.
Makan tengahari.
2.30 petang Bertolak balik ke tempat penginapan.
LAMPIRAN IV
JADUAL 3 : RINGKASAN MAKLUMAT BAGI SETIAP KURSUS/MODUL
1. Nama Kursus/Modul Pendidikan Jasmani SuaianAdapted Physical Education
2. Kod Kursus PJM3142
3. Nama Pensyarah Akademik
En Zarizi b Ab. Rahman
4. Rasional Kursus/Modul dalam Program
Melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan profesionalisme dalam bidang Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
5. Semester dan Tahun ditawarkan
Semester 2, Tahun 3
6. Jumlah Jam Pembelajaran
Bersemuka Bukan Bersemuka
Jumlah Jam Pembelajaran
Terbimbing dan Pembelajaran Kendiri
K = KuliahT = TutorialA = AmaliP= Pentaksiran
K T A P
32.5 808 7 30 2.5
7. Nilai Kredit 2(1+1)
8. Prasyarat (jika ada) Tiada
9. Objektif Pembelajaran
Pelajar dapat :
1. Memahami konsep, teori dan falsafah dalam kurikulum Pendidikan
Jasmani Suaian.
2. Memahami kriteria pemilihan aktiviti dan kepentingannya dalam
Pendidikan Jasmani Suaian..
3. Memahami pelbagai aspek dan kemahiran yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian.
10. Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes, CLO)
1. Menghubungkaitkan teori-teori dan falsafah pendidikan dengan kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian.
2. Mengenalpasti kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid kurang upaya.
3. Mengintergrasikan kemahiran mengajar dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
4. Menganalisa kesesuaian pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian.
5. Berkomunikasi dengan golongan istimewa dalam pelbagai situasi dan keadaan.
12. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Serta Pentaksiran
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Kuliah
2. Amali
3. Pembentangan4. Perbincangan
Strategi Pentaksiran:
Pencapaian pelajar dalam kursus ini ditentukan menerusi dua (2) bentuk pentaksiran, iaitu peperiksaan (40%) dan kerja kursus (60%). Soalan peperiksaan akan digubal oleh panel pensyarah bidang kursus berdasarkan buku pelaksanaan kerja kursus dan peperiksaan dan ditadbirkan pada akhir semester dan secara berpusat.
13. Sinopsis Kursus ini meliputi sejarah dan perkembangan kurikulum pendidikan jasmani suaian di Malaysia yang menjelaskan hubungkait falsafah dan teori pembelajaran dengan hala tuju pendidikan kebangsaan. Justeru itu kepentingan dan konsep kurikulum pendidikan jasmani, sukatan dan tafsirannya serta kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani suaian, aspek pedagogi untuk murid kurang upaya akan dilaksanakan melalui aktiviti dan penilaian pengajaran mikro.
This course includes the history and development of adapted physical education in Malaysia; the relationship of theories and philosophies towards national education policy. Thus the importance and concepts of physical education, the interpretation of curriculum, criteria in choosing adapted physical education acitivities, the pedagogical aspects for the disable will be stress in carrying out and evaluating micro teaching.
14. Mod Penyampaian Kuliah, Tutorial dan Amali
15. Kaedah dan Jenis Pentaksiran
Peperiksaan : 40%Kerja Kursus : 60%
18.Kerangka Kursus/Modul dan Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) setiap tajuk.
Inte
raks
i B
erse
muk
a
Inte
raks
iB
ukan
B
erse
muk
a
Jum
lah
Kul
iah
Am
ali
Tut
oria
l
Pen
taks
iran
Pem
bela
jara
n K
endi
ri (
s/s
kulia
h)La
in-la
in
(Tug
asa
n,
ulan
gka
ji dl
l)
1. Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani suaian
• Pendidikan jasmani di sekolah• Pendidikan jasmani dalam masyarakat orang
kurang upaya• Pendidikan jasmani suaian untuk murid kurang
upaya di Malaysia
1 1 2
2. Konsep, teori dan falsafah pembentukan kurikulum pendidikan jasmani suaian untuk murid kurang upaya
• Konsep dan definisi pendidikan jasmani suaian• Falsafah pendidikan kebangsaan dan
hubungannya dengan pendidikan jasmani suaian
• Pendidikan jasmani untuk semua
1 1 2 4
3. Kepentingan pendidikan jasmani suaian• Pertumbuhan dan perkembangan fizikal• Perkembangan kognitif• Perkembangan afektif• Faktor motivasi untuk murid kurang upaya
1 1 2 4
4. Konsep dalam pembentukan kurikulum pendidikan jasmani suaian
• Konsep, definisi dan matlamat• Hala tuju kurikulum• Proses pembentukan kurikulum
1 1 2 4
5. Huraian dan tafsiran sukatan pelajaran pendidikan jasmani suaian di Malaysia
• Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani suaian
• Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani suaian
1 1 2 4
6. Kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani suaian
• Infrastruktur dan tenaga pengajar• Perkembangan murid• Peralatan dan kemudahan• Persekitaran budaya dan tempat
1 1 2 4
7. Persediaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian
• Rancangan kerja tahunan dan semester• Rancangan kerja harian kelas bersepadu
(inclusion)• Rancangan kerja harian kelas bersendirian
(separated)
2 2 4 8
8. Strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani suaian
• Strategi, kaedah dan teknik.• Lawatan amali/ ilmiah
10 10
9. Pengajaran Mikro• Pelaksanaan pengajaran mikro• Penilaian dan analisis pengajaran mikro
16 16
10. Penilaian dalam pengajaran pendidikan jasmani suaian• Penilaian formatif - hasil pembelajaran• Penilaian sumatif - tahap kecergasan
4 4
Kerja Kursus / Amali 14 14
Ulangkaji Peperiksaan 3.5 3.5
Peperiksaan 2.5 2.5
Jumlah 8 30 7 2.5 15 17.5 80
19. Rujukan Asas Arthur S. Daniels and Evelyn A. Davies (2002). Adapted physical education (5th ed.) San Francisco, CA: Harper and Row Publishers.
Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Rujukan Tambahan Kelly, L.E. & Melograno, V.J. (2004). Developing the physical education curriculum: An achievement-based approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
Mosston, M., & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.) San Francisco, CA: Benjamin Cummings.
Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics.
Wuest, D.A., & Bucher, C. A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th edition). Boston: WCB McGraw-Hill.
20. Maklumat Tambahan Tiada.
top related