kertas kerja selipar justinrangeu
Post on 28-Sep-2015
86 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPGPJ1212T) Dengan Kepujian
Pendidikan Rendah Ambilan Februari 2012
KERTAS KERJA
PERMAINAN TRADISIONAL
Tajuk:Permainan Tradisional Baling Tuju Selipar
SUBJEK PJM3123 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN
KUMPULAN PENGAJIAN : PPGPJ1212T
TEMPAT AKTIVITI :DEWAN SRI SAMARAHAN IPGKTAR
TARIKH : 25 APRIL 2015
MASA AKTIVITI : 0800 - 1400
PENSYARAH : 1.Puan Candrawati Binti Ibrahim
Penyelaras PPGPJ1212
2.Puan Salmi Binti Haji Lilek
Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani
IPGKTAR
1.PENDAHULUAN
Subjek PJM3123 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalahmerupakan subjek major bagi Kumpulan Pengajian PPGPJ1212T. Pada semester limaini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuahkarnival yang dinamakan Karnival Permainan Tradisional. Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival Permainan Tradisional ini turut menjemput beberapa kumpulan pengajian yang lain untuk menyertainya. Karnival ini akan mengetengahkan temaPermainan Tradisional .
2. RASIONAL
Rasional program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta Pendidikan Jasmani. Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam silibus subjek PJM33123. Di samping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-kemahiran dalam diri masing-masing.Perkara yang sangat diberikan keutamaan juga adalah mendedahkan para pelatih kepada permaianan tradisional yang menjadi warisan rakyat malaysia.Permainan baling Selipar adalah permainan tradisional yang akan diketengahkan oleh saya dan akan dikelolakan bersama dengan penerangan permainan dan syarat-syarat serta peraturan permainan.
3.OBJEKTIF
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran pertandingan permainan tradisional ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;
3.1Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta
pentadbiranuntukpenganjuran acara ataupun pertandingan.
3.2Memberikan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru pelatih untuk
mengendalikan sebarang aktiviti ketika berada di sekolah nanti.
3.3Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang
dilaksanakan.
3.4Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
3.5Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui
penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.
3.6Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru pelatih dalam menyertai
aktivitiyangdijalankan.
3.7Mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri.
3.8Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari serta mengenali
permainantradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.
3.9Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang
dilaksanakan.
3.1 Menyemai sikap menghargai permainan tradisional seterusnya mengetahui lebih
banyak permainan tradisional sebagai bahan untuk dikongsikan bersama anak didik
disekolah nanti
4.Nama permainan tradisional.
4.1 Permainan tradisonal baling tuju selipar/kaki tiga
5. CARA-CARA PERMAINAN
5.1. Mula-mula,bahagikan pemaian kepada 2 kumpulan
5.2. Kemudian ambil 3 biji selipar susun berdiri bentuk segi tiga
Pilih pasukan A atau b yang akan memulakan permainan,bermakna kalau
kumpulan A yang mulakan permaian,kumpulan B menjadi penjaga untuk
menghalang kumpulan A dari menyusun semula selipar dan mematikansemua
pemain kumpulan A.Untuk memilih,boleh menggunakan alternatif seperti
melambung duit syiling ataupun Osom.
5..3 Sebiji selipar lagi digunakan sebagai pembaling untuk menjatuhkan selipar
yang disusun tadi.Sekiranya terjatuh,ahli pasukan A hendaklah lari untuk
mengelak dari di baling oleh pasukan B dan mencari peluang untuk menyusun
semula selipar ke kedudukan asal.Pasukan B hendaklah menggunakan selipar
yang digunakan untuk menjatuhkan susunan selipar tadi untuk membaling
pasukan A.
5.4. Sesiapa dari pasukan A tadi terkena balingan selipar,maka dikira
mati.Sekiranya semua ahli kumpulan A mati dan tidak sempat menyusun
selipar,maka semua ahli kumpulan A dikira mati dan bertukar giliran pemain
kepada kumpulan B pula.
6. Peraturan permainan
1. Setiap peserta hanya boleh membuat 3 kali balingan untuk menjatuhkan Selipar yang disusun.
2. Jika semua pemain dalam pasukan yang membaling tidak dapat menjatuhkan selipar,maka giliran pasukan yang menjaga pula untuk meneruskan permainan.
3. Balingan untuk mematikan lawan adalah dari paras pinggang ke bawah sahaja.Ini untuk mengelakkan kecederaan.
4. Sebanyak 5 markah akan diberikan kepada pasukan yang berjaya mendirikan
Selipar kaki tiga yang terlah tumbang.
5. Setiap pasukan yang membaling kaki tiga diberi tempoh 5 minit untuk melakukan percubaan.
7.SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
A). JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL BALING
SELIPAR MENUJU SASARAN TAHUN 2015
PENAUNG : TUAN PENGARAH IPGKTAR
PENSYARAH PENASIHAT;1. PUAN SALMI BINTI HAJI LILEK
2. PUAN CHANDRAWATI BINTI IBRAHIM
PENGERUSI ;ENCIK JUSTIN ANAK RANGEU
SETIAUSAHA ;ENCIK ZAIDI BIN HANAFI
BENDAHARI ;ENCIK JUSTIN ANAK RANGEU
B).JAWATANKUASA KECIL/PELAKSANA
1. AHLI JAWATANKUASA PUBLISITI DAN DOKUMENTASI
ENCIK JUSTIN ANAK RANGEU
2. AHLI JAWATANKUASA MAKANAN DAN MINUMAN
ENCIK ZAIDI BIN HANAFI
3. AHLI JAWATANKUASA URUSETIA DAN PROTOKOL
ENCIK JUSTIN ANAK RANGEU
4. AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN
ENCIK ZAIDI BIN HANAFI
5. AHLI JAWATANKUASA CENDERAHATI DAN HADIAH
ENCIK JUSTIN ANAK RANGEU
6.AHLI JAWATANKUASA PERALATAN
ENCIK ZAIDI BIN HANAFI
7.AHLI JAWATANKUASA PENGADILAN DAN PENGHAKIMAN
ENCIK JUSTIN ANAK RANGEU
8.ANGGARAN KOS/PERBELANJAAN
BIL.
PERKARA
ANGGARAN
HARGA
SEUNIT
KUANTITI
JUMLAH
1.
GULA BATU
RM1.00
30
RM30.00
2.
SELIPAR 3 PASANG
RM10.00
3
RM30.00
3.
BANNER
RM60.00
1
RM60.00
4.
ALAT TULIS
RM30.00
2
RM60.00
JUMLAH BESAR
RM180.00
9.PERALATAN DAN TEKNIKAL
BIL.
PERKARA
KUANTITI
1.
PORTABLE MICROPHONE
1 BUAH
2.
HEALER
1 BUAH
3.
EXTENSION CABLE
3 BUAH
4.
SPEAKER
1 BUAH
5.
PAPAN MARKAH
1 BUAH
6.
BORANG PEMARKAHAN
20 HELAI
7.
BORANG PENDAFTARAN
10 HELAI
10. BORANG PENYERTAAN (URUSETIA)
Nama acara/Permainan ;.
Masa permainan ;..
Penyelia acara/permainan ;..
BIL.
NAMA PESERTA
NO.KAD PENGENALAN
TANDATANGAN
DISEDIAKAN OLEH,
(KETUA PENYELARAS AKTIVITI
11. BORANG KEPUTUSAN PERLAWANAN
NAMA ACARA/PERMAINAN:
KEDUDUKAN
NAMA PASUKAN/WAKIL MURID/PESERTA
CATATAN
12. NAMA ACARA/PERMAINAN:.
KEDUDUKAN
NAMA PASUKAN/MURID
MURID
13.PENUTUP
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu yang amat perlu sebagai persediaan guru-guru pelatih Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPG) sebelum melangkah jejak ke pintu sekolah kelak. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru pelatih PISMP-IPG dan dapat membantu dalam menghadapi cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang.
Disemak oleh,
.
(PUAN CANDRAWATI BINTI IBRAHIM)
PensyarahPenasihat
Disahkan oleh,
..
(Puan salmi Binti Haji Lilek)
Ketua Jabatan,
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
top related