kertas konsep perkhemahan big
Post on 16-Apr-2017
646 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pelajar Program PPGSekolah Kebangsaan MalimKM6 Jalan Malim75250 MELAKA
Guru BesarSekolah Kebangsaan MalimKM6 Jalan Malim75250 MELAKA
Tuan,
MEMOHON KELULUSAN MENGADAKAN KURSUS BINA INSAN GURU (BIG), PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa semua guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2011 adalah dikehendaki melaksana dan menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) sebagai memenuhi keperluan sebahagian daripada syarat lulus kursus Program PPG yang sedang diikuti. Oleh yang demikian pihak kami merancang mengadakan Perkhemahan Integrasi di Sekolah Kebangsaan Malim. Program ini akan diadakan seperti yang berikut:
Tarikh : 14 hingga 15 September 2012 (Jumaat dan Sabtu)Masa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim.Bil. Murid : 150 orangBil. Guru : 50 orang
3. Sehubungan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan permohonan ini. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja Perkhemahan Integrasi tersebut dan surat arahan perlaksanaan dari IPG Kampus Islam sebagai rujukan tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
............................................................(MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAIN)Setiausaha
Ketua Polis Balai Ruj. Kami : SKMM900-7/5(03/2012)Balai Polis Malim , Ruj. Tuan :Jalan Malim,75200 Melaka.
Tuan,
PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.
Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.
Tarikh : 14 hingga 15 September 2012Hari : Jumaat dan SabtuMasa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka
4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan senarai nama guru dan murid yang menyertai untuk tindakan pihak tuan.
5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………..................
Pegawai Perubatan Ruj. Kami : SKMM900-7/5(08/2012)Polikelinik Komuniti Cheng , Ruj. Tuan :Cheng, Melaka.
Tuan,
PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.
Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.
Tarikh : 14 hingga 15 September 2012Hari : Jumaat dan SabtuMasa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka
4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan senarai nama guru dan murid yang menyertai untuk tindakan pihak tuan.
5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………..................MMAZNITAH BTE MOHAMAD ZAINSetiausaha Program
Pengarah Pelajaran Negeri Ruj. Kami : SKMM900-7/5(04/2012) Jabatan Pelajaran Melaka, Ruj. Tuan :Jalan Istana Bukit BeruangMelaka(u/p: Unit Perhubungan)
Tuan,
PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.
Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.
Tarikh : 14 dan 15 September 2012Hari : Jumaat dan SabtuMasa : 3.00 petang 14 September hingga 2.00 petang 15 SeptemberTempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka
4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan senarai nama guru dan murid yang menyertai untuk tindakan pihak tuan.
5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………..................MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAINSetiausaha Program
s.k.Unit Kokurikulum JPNPejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah Fail
Ibu/Bapa/Penjaga Ruj. Kami : Sekolah Kebangsaan Malim, Ruj. Tuan :KM. 6, Jalan Malim,75250 Melaka.
Tuan,
PEMBERITAHUAN PERKHEMAHAN INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM 2012.
Perkara diatas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sukacita dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan Malim akan mengadakan Perkhemahan Integrasi 2012. Program ini merupakan program yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dalam takwin tahunan berdasarkan arahan dan perkeliling daripada Jabatan Pelajaran Melaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Ketetapan perkhemahan adalah seperti dibawah.
Tarikh : 14 DAN 15 SEPTEMBER 2012Hari : JUMAAT DAN SABTUMasa Daftar : 3.00 PETANG 14 SEPTEMBER 2012Masa Balik : 2.00 PETANG 15 SEPTEMBER 2012Tempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka
4. Bersama ini pihak sekolah menyertakan borang jawapan penyertaan, kebenaran ibupapa/penjaga yang perlu dikembalikan sebelum 12 September 2012 untuk tindakan pihak tuan.
5. Sehubungan dengan ini kami pihak sekolah berharap agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………………..................MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAINSetiausaha Program
s.k.Fail
SURAT AKUAN KEBENARAN IBUBAPA / PENJAGA
Saya ………………………………………. No. Kad Pengenalan ……………………………………Beralamat di ………………………………………………………………………………………………. No. Telefon …………… Mengaku ibubapa/penjaga kepada pelajar bernama di bawah
Nama Pelajar …………………………………………………………………………………….Tahun ……………………… No. Kad Pengenalan / ………………………………………..
Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada pelajar ini untuk menyertai :Nama Program : PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
SK MALIMTarikh : 14 DAN 15 SEPTEMBER 2012Hari : SABTUMasa Daftar : 3.00 PTG 14 SEPTEMBERMasa Tamat Program: 2.00 PTG 15 SEPTEMBER Tempat : SEK.KEB.MALIM
2. SAYA FAHAM pihak SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM dan Penganjur akan mengambil segala langkah keselamatan yang sewajarnya. Saya mengaku TIDAK AKAN MEMBUAT SEBARANG TUNTUTAN ATAU MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU PERINTAH MAHKAMAH terhadap pihak SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM atau wakilnya yang bertanggungjawab atau Penganjur Program atau majlis di atas sekiranya berlaku apa-apa kemalangan, kecelakaan yang menyebabkan kecederaan, kecacatan atau kehilangan anggota badan atau kehilangan nyawa pelajar sepanjang menyertai program ini termasuk semasa perjalanan pergi dan balik.3. Saya juga membenarkan pihak SEKOLAH KEBANGSAAN MALIM atau penganjur program atau wakilnya untuk memberikan rawatan sewajarnya sekiranya perlu kepada pelajar di atas.4. Saya dengan ini mengakui bahawa pelajar di atas ADA / TIDAK ADA* mengidap penyakit kronik/berjangkit.
Nyatakan (jika ada) ………………………….…………. * bulatkan yang berkenaan.Tandatangan Ibu Bapa/
Tarikh : ………………………… Penjaga : …………………………….PENGAKUAN SAKSISaya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan di atas adalah benar.Tarikh : …………………………….. Tandatangan Saksi : …………………………………...
Nama : ……………………………………. No. Kad Pengenalan :
…………………………………….
Jawatan : …………………………………….BAHAGIAN A (BUTIRAN DIRI PESERTA)
NAMA MURID
TAHUN
UNIT BERUNIFORM
NAMA IBUBAPA/PENJAGA
NO.KAD PENGENALAN IBUBAPA/PENJAGA
ALAMAT
NO.TELEFON RUMAH
NO.TELEFON BIMBIT IBUBAPA/PENJAGAORANG PERLU DIHUBUNGI BILA KECEMASAN DAN NO. TELEFON
ALAHAN/PENYAKIT KRONIK
UBAT-UBATAN YANG DIAMBIL RUJUK PEGAWAI PERUBATAN
BAHAGIAN B (PENGAKUAN IBUBAPA/PENJAGA
Saya ibubapa/penjaga peserta seperti nama di atas mengakui membenarkan anak dibawah jagaan saya menyertai program ini dan membenarkan/tidak membenarkan pihak sekolah membuat tindakan sewajarnya sekiranya perlu bagi pihak saya.
Tandatangan :
Nama :
No.Kad Pengenalan :
1. Rasional
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum
di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dijalankan
secara ‘hands on’ dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi,
bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan
bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para
peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Seterusnya,
perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak
langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran
kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti
‘jungle tracking’, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna ,
tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada
memperolehi dan mengamalkan kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta
mencabar.
2. Latar Belakang
Selaras dengan rasional di atas, Kumpulan PPG Sekolah Kebangsaan Malim dengan
kerjasama Kumpulan PPG Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan IPG
Perguruan Islam akan menganjurkan Perkhemahan Integrasi 2012 dengan hasrat
memberi peluang kepada murid menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar
dengan cita-cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta
seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Program ini juga diharapkan
dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi di
kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran
membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum
demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.
3. Matlamat
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan
intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Untuk membantu
merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah
bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri
positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah
dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan
agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan
prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina
sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,menghargai
dan mencintai nilai- nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.
4. Objektif:
4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
4.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti- aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.
4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak
dan mencabar.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti
masing- masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
4.7 Membimbing murid-murid menghayati dan mengamalkan rukun-rukun
beragama dan kehidupan bermoral.
5. Tema
“1 MALAYSIA”
6. Konsep PelaksanaanPerkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “ Pembelajaran melalui aktiviti”.
Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan
menggabungkan unsur-unsur berikut :
6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.
6.2 Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan.
6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi.
6.4 Pengukuhan disiplin kendiri.
6.5 Pengukuhan disiplin berpasukan.
6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan.
6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi.
6.8 Penyemaian ciri-ciri kepimpinan berwibawa.
6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan
Harmonis.
6.10 Memupuk cita-cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.
7. Aktiviti Aktiviti yang akan diadakan adalah:.
7.1 Malaysia cergas
7.2 Mendirikan dan menghiaskan khemah mengikut unit.
7.3 Latihan dalam kumpulan.
7.4 Ikatan asas
7.5 Kraftangan / kebudayaan asas
7.6 Asas Kembara
7.7 Taskirah dan Moral
8. Ketetapan Perlaksanaan8.1 Tarikh : 14 dan 15 September 2012
8.2 Hari : Jumaat dan Sabtu
8.3 Tempat : Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka.
8.4 Pendaftaran
a) Tarikh : 14 September 2012
b) Hari : Jumaat
c) Masa : 3.00 petang
8.5 Tetamu Kehormat : Puan Asmah Bte Latip (Guru Besar SK Malim)
9. Maklumat PenyertaanTerbuka kepada murid tahun 4,5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Malim. Anggaran bilangan
peserta perkhemahan ialah seramai 150 orang.
10. Ahli Jawatankuasa
10.1 AJK Induk
Penaung : Puan Asmah Bte Latip
Guru Besar SK Malim
Penasihat : 1.Puan Nor Annisa Bte Kadri
Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Islam
2. Major Zainal Abidin Bin Shamsudin
Penyelaras BIG
Pengerusi : Encik Mohd Najib Bin Mohamad Sanny
Tim.Pengerusi : Encik Hasri Bin Ishak
Setiausaha : Puan Maznitah Bte Mohamad Zain
Penyelaras : Encik Muhd Faidzal Bin Hassan
Bendahari : Puan Maznah Bte Abd Rani
Ajk kecil
Ketua Unit 1 : Puan Hanizah Bte Hassan
Ketua Unit 2 : Puan Aini Zakiah Bte Zakaria
Ketua Unit 3 : Puan Zubaidah Bte Sulaiman
Ketua Unit 4 : Puan Suzana Bte Yusoff
Ketua Unit 5 : Puan Mazilah Bte Ahmad
10.2 AJK Pelaksanaan
Penaung : Puan Asmah Bte Latip
Penasihat : Puan Nor Annisa Bte Kadri Major Zainal Abidin Bin Shamsudin
Pengerusi : Encik Mohd Najib Bin Mohamad Sanny
Tim.Pengerusi : Encik Hasri Bin Ishak
Setiausaha : Puan Maznitah Bte Mohamad Zain
Penyelaras : Encik Muhd Faidzal Hassan
Bendahari : Puan Maznah Bte Abd Rani
Kem Komandon : Encik Hasri Bin Ishak
Jawatankuasa
Jawatankuasa Tugasan
Urusetia
Encik Hasri Ishak
Encik Mohd Najib Bin Mohamad Sanny
Encik Muhd Faidzal Bin Hassan
Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan
Sentiasa menghebahkan segala maklumat terkini.
Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru bertugas
Melantik hakim-hakim pertandingan
Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan
Mengendalikan acara majlis penutup
Menyediakan kain rentang perkhemahan
Urusetia Hadiah
Puan Maznah Bte Ab.Rani
Puan Hanizah Bte Hassan
Menyediakan dan menyiapkan hadiah untuk pertandingan dan memastikan hadiah dan cendermata cukup.
Menguruskan pengagihan ketika majlis penutup
Pendaftaran/Pengurusan Peserta
Pn.Aini Zakiah Bte Zakaria
Semua Ketua Unit Beruniform
Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta unit masing-masing
Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan
Menyediakan jadual guru bertugas unit masing-masing
Memastikan penyediaan senarai semak peralatan lebih awal
Memastikan disiplin peserta sebelum, semasa dan selepas perkhemahan
Menerima pendaftaran masuk peserta.
Menyediakan senarai peserta untuk diserahkan kepada urusetia dan kem komandan
Menyediakan guru pemimpin unit untuk bermalam
Khemah dan Alatan
Puan Zubaidah Bte Sulaiman
Puan Mazilah Bte Ahmad
Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan dan penginapan mengikut unit
Menyediakan khemah dan tempat tidur yang mencukupi bagi keperluan peserta dan guru
Memastikan keselamatan penginapan sentiasa dijamin. (bermalam)
Memastikan setiap khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan
Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya terdapat pinjaman khemah dan alatan berkaitan dengan penginapan .
Kerohanian
Encik Mohd Najib Bin Mohammad Sanny
Menyediakan jadual bertugas imam dan bilal mengikut waktu solat
Mengendali taskirah dan mengendalikan aktiviti yang berkaitan dengan kerohanian murid bukan islam
Makan / Minum
Puan Maznitah Bte Mohamad Zain
Puan Suzana Bte Yusoff
Menyediakan makanan dan minuman yangmencukupi bagi semua guru dan murid-murid yang terlibat
Menyediakan jadual pengagihan serta menu makanan setiap waktu makan sepanjang hari perkhemahan dijalankan
Menyediakan jadual tugasan menyaji makanan
Memastikan semua keperluan untuk makan mencukupi
Keselamatan / Kecemasan/Kebersihan
Encik Muhd Faidzal Bin Hassan
Semua Ketua Unit
Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan berada dalam keadaaan yang amat baik.
Menyediakan bekalan ubat- ubatan serta peti rawatan yang sempurna dan mencukupi
Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan kawasan perkhemahan
Membuat makluman kepada pihak polis berhubung dengan perkhemahan yang dilaksanakan
Membuat makluman kepada klinik kesihatan berdekatan berhubung bantuan kecemasan semasa perkhemahan
Memberi taklimat keselamatan kepada semua peserta dari masa ke semasa
Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan diletakkan di urusetia
Menyedia petugas untuk tugasan malam (menginap)
Apresiasi Seni/Kebudayaan/Kembara
Encik Hasri Bin Ishak
Menentukan jenis persembahan serta aktiviti dan syarat-yaratnya.
Menyediakan borang penghakiman
Mengurus perjalanan pertandingan kebudayaan dan aktiviti kembara.
Memastikan tempat aktiviti selamat, sesuai dan dikemas selepas digunakan.
Memberi taklimat kepada peserta persembahan pada waktu pendaftaran masuk.
Malaysia Cergas
Puan Suzana Bte Yusoff
Mengendalikan perjalanan senaman pagi selama tempoh perkhemahan berlangsung.
Merangka aktiviti rekreasi ketika waktu aktiviti
11. Jadual Aktiviti
HARI JUMAAT (14 September 2012)
3.00 – 2.15 ptg : Pendaftaran Peserta
3.15 – 3.30 ptg : Taklimat Ringkas
3.30 – 4.45 ptg : Aktiviti 1
Ice Breaking / Pembentukan Kumpulan
4.45 – 5.30 ptg : Rehat dan Minum Petang
5.30 – 6.45 ptg : Aktiviti 2
Memasang Khemah
6.45 – 9.00 mlm : Pengurusan Diri / Solat Asar / Makan Malam
Solat Magrib
Tazkirah / Motivasi
Solat Isyak
9.00 – 11.00 mlm : Aktiviti 3
Kembara Malam/menyediakan makanan
Ikhtiar Hidup
12.00 mlm : Tidur
HARI SABTU (15 Sept 2012)
4.30 – 5.00 pagi : Pengurusan Diri
5.00 – 6.30 pagi : Solat Subuh
Tazkirah / Motivasi
6.30 – 7.30 pagi : Aktiviti 4
Senaman Pagi
7.30 – 8.00 pagi : Serapan pagi / Rehat
8.00 – 9.00 pagi : Aktiviti 5
Ikatan Asas
9.00 – 10.00 pagi : Aktiviti 6
Pertolongan Cemas
10.30 – 11.30 tgh : Aktiviti 7
Latihan Kebudayaan
11.30 – 12.20 ptg : Aktiviti 8
Pertandingan Persembahan
12.20 ptg : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Makan Tengahari
2.00 ptg : Bersurai
12.Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Butiran Jumlah
1 Makan Peserta RM 8.00 X 150 orang RM 1200.00
2 Makan AJK (Guru) RM 16.00 X 50 orang RM 800.00
3 Cenderahati RM 50.00 X 10 RM 500.00
4Cenderahati Fasilitator dan sekolah
RM 800.00
5 Perbelanjaan Aktiviti
LDK
1. Kertas Mahjong
2. Marker pen
3. Pen warna
RM 110.00
KEMBARA
1. Lampu suluh
2. Kompas
RM 150.00
IKATAN
1. TaliRM150.00
IKHTIAR HIDUP
1. Telur dan kentang
2. Mancis
RM 22.00
6 Sijil Penyertaan RM 100.00
7 Photostat dan Fail RM 150.00
8 Kecemasan RM 118.00
Jumlah RM 4200.00
Anggaran Sumber Kewangan
Peruntukan Kokurikulum RM 1200.00Sumbangan Pelajar PPG IPGKPM dan IPGKI RM 3000.00Jumlah Pendapatan RM 4200.0
13. Peraturan tetap perkhemahan
13.1 Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran
bertulis dari ibu bapa atau penjaga
13.2 Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa
menyertai perkhemahan.
13.3 Setiap peserta dikehendaki sentiasa berada di kawasan perkhemahan yang
telah ditetapkan.
13.4 Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan,
kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.
13.5 Dilarang membawa masuk sebarang bentuk senjata, sebarang peralatan yang
bahaya, adalah dilarang
13.6 Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang
– barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik seperti walkman,
telefon bimbit, serta lampu suluh.
13.7 Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan
larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana
termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan
kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.
13.8 Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan
oleh kem komanden atau wakilnya dari semasa ke semasa, khususnya semasa
melaksanakan aktiviti-aktiviti di sepanjang perkhemahan.
13.9 Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
13.10 Semua peserta perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.
13.11 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak
penganjur.
13.12 Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan oleh kem komandan.
13.13 Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan oleh kem
komandan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
14. Penutupan
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Integrasi tahun 2012 dapat
dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan. Kerjasama daripada
para guru, ibubapa dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk
menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah.
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak
serta sokongan dan bantuan ihsan dari semua pihak secara langsung atau tidak
langsung. Semoga tema “1 Malaysia” dapat direalisasikan semasa
perkhemahan itu nanti.15. KESIMPULAN
Diharapkan perkhemahan dapat berjalan dengan lancar dan menepati kehendak objektif serta
matlamat perkhemahan.
Disediakan oleh,
MAZNITAH BTE MOHAMAD ZAIN
Setiausaha
Perkhemahan Integrasi
top related