kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar
Post on 01-Jul-2015
14.503 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
UNIT 9
KESAN PENEROKAAN SUMBER
KE ATAS ALAM SEKITAR
Objektif
Di akhir unit ini, anda akan dapat :
•Menyenaraikankesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia
•Menghuraikan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia
Kesan-kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Penerokaan sumber seperti sumber mineral, sumber hutan, petroleum dan gas asli di Malaysia merupakan kegiatan yang penting bagi pembangunan negara . Walau bagaimanapun, penerokaan sumber yang tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Kesan ini termasuklah kemusnahan hutan , kejadian hakisan dan banjir. Oleh itu penerokaan sumber secara lestari perlulah dilaksanakan bagi mencapai pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama akan memelihara alam sekitar.
Pengenalan
Perubahan Pandang DaratPerubahan pandang darat itu terdiri daripada komponen-komponen fizikal seperti bukit, paya, atau dikenali sebagai pandang darat fizikal yang mengalami perubahan akibat aktiviti manusia seperti perlombongan dan perhutanan.
Kaedah kapal korek dan lombong dedah meninggalkanlubang-lubang yang membentuk kolam bekas lombong
Penerokaan petroleum dan gas asli dipenuhi rangkaian paip serta tangki-tangki simpanan bahan bakar berkenaan.
Perubahan pandang darat
Pembinaan empangan
Perubahan pandang darat
Pembinaan lebuh raya
Kegiatan perhutanan menyebabkan kawasan hutan yang luas menjadi gondol dan gersang. Pembinaan empangan seperti Empangan Chenderoh dan Empangan Kenyir bagi menjana kuasa elektrik pula mengubah landskap kawasan hutan tebal menjadi kawasan takungan air yang luas.
Pembinaan lebuh raya meneyebabkan sebahagian besar kawasan nutan ditebang dan dimusnahkan.
Penerokaan sumber semula jadi tanpa pengurusan yang cekap boleh mengakibatkan sumber berkenaan pupus. Sumber semula jadi mineral seperti bijih timah, petroleum, dan gas asli merupakan sumber yang tidak dapat diperbaharui. Penerokaan sumber tersebut secara berterusan boleh menyebabkan sumber tersebut kehabisan. Sebagai contohnya, sumber petroleum dan gas asli di negara kita dijangka akan kehabisan dalam tempoh 40 tahun. Lombong bijih besi di Bukit Besi dan lombong bijih timah di Sungai Lembing, Pahang telah ditutup kerana tidak ekonomik untuk diusahakan.
Kepupusan sumber mineral
Kepupusan sumber hutan
Penerokaan sumber hutan pula menyebabkan bekalan kayu balak pada masa depan akan semakin berkurangan kerana pokok-pokok yang ditanam mengambil masa yang lama untuk tumbesar. Selain itu pembukaan tanah untuk pertanian atau pembangunan wilayah akan menyebabkan beberapa spesies flora dan fauna yang belum dikenalpasti kegunaannya di masa hadapan pupus begitu sahaja. Peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik menyebabkan lebih banyak empangan hidroelektrik dibina kawasan hutan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai spesies flora dan fauna menghadapi risiko kepupusan. Hal ini demikian kerana habitat haiwan di kawasan hutan termusnah serta ekosistem hutan dan rantaian makanan haiwan terjejas. Sebagai contohnya, spesies hidupan liar seperti badak Sumatra, beruang, orang utan, gajah, dan harimau semakin berkurangan di negara kita.
MenurutJabatan Kajicuaca Malaysia, suhu di negara kita menunjukkan trend yang meningkat bagi masa 40 tahun hingga 50 tahun yang lepas terutamanya di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Cameron Highland yang mempunyai purata suhu 18°C telah menunjukkan peningkatan antara 2°C ke 3°C suhu sejak kebelakangan ini kesan penerokaan hutan. Penerokaan sumber terutamanya sumber hutan mengakibatkan peningkatan suhu di negara kita. Jika trend ini berterusan, kesan peningkatan suhu akan meluas dan ini akan menjejaskan kegiatan ekonomi seperti pertanian di kawasan tersebut. Penerokaan hutan menyebabkan tanah kehilangan litupan tumbuhan menyebabkan bumi menerima pancaran matahari secara terus. Hal ini mengakibatkan proses perpeluhan oleh tumbuh-tumbuhan semakin berkurangan, peratus kelembapan udara menurun, dan udara menjadi kering. Di samping itu, imbangan gas juga terganggu kerana kandungan karbon dioksida dalam udara semakin meningkat manakala oksigen semakin berkurangan.
Peningkatan suhu bumi
Aktiviti pemusnahan
hutan
Pembersihan hutan mengakibatkan tanah kehilangan litupan tumbuhan dan menyebabkan permukaan tanah terdedah kepada agen hakisan seperti angin dan air mengalir. Keadaan ini menjadikan struktur tanah longgar dan cerun bukit tidak stabil. Penebangan hutan bakau yang menjadi pelindung semula jadi pantai di beberapa kawasan di negara kita seperti seperti di kawasan Matang di Perak dan Kuala Rompin di Pahang menyebabkan hakisan pantai yang serius.
Kejadian tanah runtuh
Kesan Kegiatan Penebangan Hutan Terhadap Alam Sekitar
Pembalakan secara tidak terancang
•tiada akar cengkaman
•tanih tandus
•hakisan tanih
Pembinaan jalan
Penebangan hutan
•gersang atau tandus
•hakisan tanih
•cerun bukit yang curam
•tanih yang terhakis
•dasar sungai cetek
•banjir
Kejadian banjir
Pembakaran hutan
Pencemaran udara dan air
•hutan musnah
Pembalakan
•hidupan liar akan kehilangan habitat
Pertanian pindah
•tanih hilang kesuburan
•tanah runtuh
FELDA dan FELCRA
•flora dan fauna yang musnah
•rantaian makanan terganggu
Petempatan
Kesan kegiatan manusia akibat
pemusnahan hutan
KESAN PENEROKAAN
SUMBER
1.Lengkapkan carta minda di bawah tentang kesan-kesan penerokaan sumber ke atas alam sekitar:
2. Berikan sebab-sebab peningkatan suhu di Malaysia?a.b.c.3. Apakah akan berlaku kepada keadaan cuaca dan iklim Malaysia 20 tahun akan datang. Bincangkan.4. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.Mengapakah kita perlu5. Bagaimanakah aktiviti penerokaan sumber mengubah lanskap semulajadi
Jawab soalan-soalan objektif di bawah:
Suhu setempat meningkat. Flora dan fauna terjejas
1. Keadaan di atas terjadi kerana
A. Usaha carigali petroleum
B. Penebangan hutan
C. Peghutanan semula
D. Menebusguna paya
Empangan Kenyir
Empangan Batang Ai
2.Kesan pembinaan empangan di atas adalah
I. Air tercemar
II. Berlaku banjir
III. Habitat haiwan terancam
IV. Kawasan tadahan berkurang
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
Sungai Perak dan Sungai Gombak
3. Aktiviti yang dijalankan di sungai-sungai di atas telah menyebabkan pencemaran sungai yang
dipenuhi kelodak. Aktiviti tersebut adalah
A. Perikanan
B. Perlombongan
C. Pelancongan
D. Perindustrian
4. Mengakah kawasan pembalakan menyebabkan sungai melimpahkan air dan menyebabkan banjir berlaku
I. Jumlah hujan tahunan akan meningkat
II. Dasar sungai cetek penuh kelodak
III. Sungai tidak dapat menampung air yang banyak
IV. Air hujan menjadi air larian permukaan bumi
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
top related