kesedaran atlit universiti teknologi malaysia (utm ... · exostosis, sesamositis, hallux valgus,...
Post on 26-Apr-2019
226 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KESEDARAN ATLIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP
KEPENTINGAN STOKIN KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL ATAU
BERSUKAN.
LAU HWEI HSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : KESEDARAN ATLIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP
KEPENTINGAN STOKIN KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL ATAU
BERSUKAN.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : LAU HWEI HSIA____ ______ ___ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 2-I, JALAN LADA 18E, PUAN HALIJAH BINTI IBRAHIM
96000 SIBU, SARAWAK. Tarikh : 5 APRIL 2006 Tarikh : 5 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
Nama Penyelia:
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : PUAN HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh : APRIL 2006
KESEDARAN ATLIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) TERHADAP KEPENTINGAN STOKIN KETIKA MELAKUKAN AKTIVITI
FIZIKAL ATAU BERSUKAN.
LAU HWEI HSIA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ....................................................
Nama Penulis : LAU HWEI HSIA
Tarikh : APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Khas untuk ayah dan emak yang tersayang.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan, dorongan dan kasih
sayang selama ini.
Semoga Tuhan sahaja yang membalas jasa dan budi baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan
kerana dengan berkat dan limpah kasih kurnia-Nya penulis berjaya menyiapkan projek
sarjana muda ini tepat pada masanya
Di sini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada
penyelia projek Puan Halijah Binti Ibrahim kerana beliau telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga saya yang selama tidak
henti-henti memberikan dorongan dan sokongan yang sepenuhnya tidak kira dari segi
moral mahupun kewangan kepada saya.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan atas bantuan dan sokongan yang diberikan dalam usaha untuk menyiapkan
projek penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Stokin berperanan menutup dan melindungi kaki. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengukur tahap kesedaran atlit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap
kepentingan stokin ketika melakukan aktiviti fizikal atau bersukan. Seramai 70 orang
atlit UTM (perempuan = 27 dan lelaki = 43) yang dipilih secara rawak menjawab soal
selidik yang diberikan. Soal selidik yang dibentuk mengandungi empat bahagian iaitu
bahagian A mengenai biodata subjek, bahagian B mengenai pengetahuan tentang serabut
stokin, bahagian C tentang peranan stokin dan bahagian D mengenai kesedaran tentang
pemerolehan maklumat berkaitan dengan stokin. Analisis data menunjukkan bahawa
91.43% atlit mempunyai pengetahuan tentang serabut stokin dan 97.14% atlit
mempunyai pemahaman tentang peranan stokin. Akan tetapi, hanya seramai 18.57%
atlit mempunyai kesedaran tentang keperluan memperoleh maklumat berkaitan dengan
stokin. Kesimpulannya, kebanyakan atlit UTM mempunyai pengetahuan mengenai
serabut stokin dan peranan stokin tetapi mempunyai kesedaran yang rendah terhadap
pemerolehan maklumat berkaitan dengan stokin. Pemakaian stokin yang sesuai dapat
mencegah kecederaan kaki semasa bersukan dan boleh meningkatkan prestasi.
vi
ABSTRACT
The role of sock is to cover and protect foot. The purpose of this research was to
measure the level of awareness on University Technology Malaysia (UTM) athlete about
the importance of sock while performing physical activity or exercise. Seventy athletes
had been randomly selected (female = 27 and male = 43) to answer the questionnaires.
A set of questionnaires were divided into 4 parts, part A was regarding on subject’s
background, part B was about knowledge on sock fiber, part C on the functions of sock
and part D was about the awareness on requirement to obtain information on sock.
Analyzed data showed that 91.43% of athletes had the knowledge on the fiber of the
sock and 97.14% of athletes knew the functions of sock. However, only 18.57% of
athletes were aware on requirement to obtain information on sock. As a conclusion,
most of the UTM athletes had knowledge on fiber and functions of sock but had little
awareness on requirement to get information on sock. By wearing the proper sock
during exercise, foot injuries can be prevented and performance can be enhanced.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Kekangan Kajian 9
viii
1.8 Definisi Konsep 10
1.9 Penutup 10
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Penutup 17
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 18
3.2 Rekabentuk Kajian 18
3.3 Sampel 19
3.4 Tempat penyelidikan 19
3.5 Borang Soal Selidik 19
3.6 Prosedur Kajian 20
3.7 Penutup 21
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 22
4.2 Bahagian A : Biodata Subjek 23
4.3 Analisis Bahagian B, Bahagian C 26
dan Bahagian D
4.4 Analisis Kesedaran Subjek Terhadap 32
Kepentingan Stokin Semasa Melakukan
Aktiviti Fizikal atau Bersukan
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
ix
CADANGAN
5.1 Pengenalan 33
5.2 Ringkasan Kajian 33
5.3 Perbincangan 34
5.4 Cadangan 36
5.5 Rumusan 37
BIBLIOGRAFI 38
LAMPIRAN 40
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pengukuran Saiz Stokin 3
4.2 Bahagian A : Biodata Subjek 23
4.3.1 Bahagian B: Mengukur Pengetahuan Subjek 26
Terhadap serabut Stokin
4.3.2 Bahagian C: Mengukur Pemahaman Subjek 29
Terhadap Peranan Stokin
4.3.3 Bahagian D : Mengukur Kesedaran Subjek 30
Terhadap Isu-isu Stokin
4.3.4 Analisis Kesedaran Subjek Terhadap 32
Kepentingan Stokin Semasa Melakukan
Aktiviti Fizikal atau Bersukan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkataan stokin (sock) datang daripada perkataan bahasa latin iaitu “soccus”.
Stokin adalah berfungsi sebagai pelindung dan penutup kepada kaki iaitu bahagian atas
kaki, tapak kaki dan jari kaki. Stokin berupaya mengurangkan geseran antara kaki
dengan kasut dan mengelakkan kaki daripada melecet. Stokin juga berperanan untuk
mengelakkan kaki daripada berasa kesejukkan dan untuk menjaga keselesaan kaki.
Stokin dipakai bersama dengan kasut untuk menutup bahagian kaki. Kasut –
kasut yang dinyatakan adalah seperti kasut sukan, but, atau kasut biasa yang dipakai
untuk kesenggangan. Kadang kala stokin juga perlu dipakai walaupun seseorang itu
memakai kasut yang jenis jari kaki terdedah iaitu “open toed”, seperti sandal. Akan
tetapi ia juga bergantung kepada fesyen seseorang. Di samping itu, seseorang itu juga
boleh memakai stokin walaupun mereka berada dalam rumah atau bangunan dengan
mengikut keselesaan setiap individu.
Stokin diperbuat daripada pelbagai jenis serabut yang berlainan. Serabut-serabut
ini adalah terdiri daripada serabut asli dan serabut tiruan. Antara serabut-serabut asli
adalah seperti kapas dan bulu biri-biri manakala contoh-contoh serabut tiruan adalah
seperti “lycra” atau “spandex”, “CoolMax”, akrilik (acrylic) dan sebagainya.
2
Bulu biri-biri ialah sejenis serabut asli. Bulu biri-biri mempunyai kebolehan
mengalihkan kelembapan yang diserap dengan berkesan. Selain daripada itu, ia juga
mempunyai kelebihan dalam pengekalan bentuk jika dibanding dengan material lain.
Kini, banyak pengilang menggunakan bulu kambing biri-biri merino dalam usaha
menghasilkan stokin. Ini adalah kerana ia merupakan serabut yang bermutu tinggi yang
bersifat lembut dan tidak akan mengakibatkan kulit berasa gatal
Kapas campuran (cotton blends) adalah sejenis serabut campuran yang
mempunyai 60 peratus atau kurang daripada 60% kandungan kapas. Stokin yang
berserabut kapas campuran boleh menawarkan kelembutan dan menjaga keselesaan
kaki. Stokin jenis ini biasanya bercampur dengan serabut nilon, akrilik atau rayon yang
merupakan sejenis benang atau fabrik buatan. Kesemua material atau serabut tambahan
ini meningkatkan keupayaan stokin untuk mengalihkan kelembapan yang diserap dan
menjaga kekeringan kaki. Ini penting untuk mengelakkan kaki daripada melecet.
Serabut “CoolMax” merupakan sejenis serabut tiruan. Stokin berserabut
“CoolMax” boleh mengalihkan kelembapan yang diserap dengan berkesan dan
mempercepatkan proses pengeringan dengan menggunakan cara pembinaan serabut 4
saluran (4-channel fiber). Oleh kerana serabut “CoolMax” adalah ringan, cepat kering
dan mampu mengalihkan kelembapan yang diserap dengan berkesan maka ia merupakan
material serabut yang khas untuk stokin yang dipakai untuk aktiviti perlumbaan dan
larian di bawah cuaca yang panas.
“Lycra” atau “spandex” merupakan serabut tiruan. Spandex membantu dalam
pemanjangan fabrik. Ini adalah kerana stokin yang berserabut spandex lebih mudah
meregang berbanding dengan serabut lain. Dengan ini, stokin itu dapat mengikut bentuk
kaki. Selain daripada itu, serabut spandex juga boleh menjaga keselesaan kaki.
Akrilik juga merupakan sejenis serabut tiruan. Serabut akrilik merupakan
serabut stokin utama yang digunakan oleh kebanyakkan pengilang jenama stokin yang
popular. Ini adalah disebabkan sifat-sifat atau ciri-ciri serabut akrilik yang ringan,
3
lembut dan cepat kering. Selain daripada itu, serabut akrilik juga tahan lama dan serba
guna.
Kecederaan melecet (blister) merupakan penyakit yang kerap dihidapi oleh
rekrut iaitu askar baru dalam angkatan tentera Amerika Syarikat. Oleh yang demikian,
mereka membuat kajian tersendiri dan dalam kajian itu menunjukkan bahawa kebolehan
stokin pelbagai sistem (kombinasi pelbagai stokin) boleh mengelakkan kaki daripada
melecet. Diharapkan kajian yang dilakukan ini boleh dijadikan satu penyelidikan sains
bertaraf tinggi yang menentukan kesan memakai kombinasi pelbagai serabut stokin
dalam pencegahan kecederaan kaki.
Memandangkan kesan memakai stokin yang tidak sesuai akan mengakibatkan
kecederaan melecet jadi atlit perlu memakai stokin yang tidak terlalu ketat dan terlalu
besar iaitu sesuai dengan saiz kaki. Untuk mencari dan membeli stokin yang sesuai dan
padan dengan saiz kaki anda, anda boleh merujuk kepada jadual di bawah.
PENGUKURAN SAIZ STOKIN
Saiz kasut perempuan (US) Saiz kasut lelaki (US) Saiz stokin (inci)
4-6 - S (7-9)
6.5-10 5-8.5 M (8.5-11)
10.5-13 9-12.5 L (10-13)
- 13-16 XL (13-15)
Semasa tahun 1980an penyelidik klinikal mengakui bahawa banyak kemajuan
penting telah berlaku. Kemajuan itu adalah berkaitan dengan teknologi dan teknik
membuat gentian stokin. Kini, stokin muncul sebagai peralatan sukan yang berteknologi
tinggi yang boleh diaplikasikan dari aspek perubatan. Banyak kajian telah dijalankan
terhadap pelbagai populasi pesakit termasuk atlit untuk menentukan peranan stokin
dalam pencegahan patologi.
4
Berikut merupakan patologi tapak kaki yang akan dialami oleh atlit akibat
memakai stokin yang berlainan.
(a) Toenails : Subungual hematoma, onychomycosis, onychogryphosis
(b) Integument: friction blisters, hyperkeratosis, heloma dura/molle
(c) Mechanical or Shear Induced Injury of Subcutaneous tissue: capsulitis,
bursitis, calcaneal fat pad atrophy
(d) Mechanical or Shear Injury Against Bone Prominence: retrocalcaneal
exostosis, sesamositis, hallux valgus, tailor’s bunion, accessory navicular, tibial
crest periostitis, medial and lateral malleolar contusion
1.2 Latar belakang masalah
Sebagai seorang atlit, latihan adalah diperlukan untuk mengekalkan dan
meningkatkan prestasi mereka. Menggunakan peralatan –peralatan yang sesuai dan
berada dalam keadaan sempurna serta memakai pakaian yang sesuai semasa berlatih
merupakan satu perkara sangat penting untuk seseorang atlit. Ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan risiko dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam kecederaan. Selain
itu, prestasi turut boleh ditingkatkan dengan menggunakan peralatan yang sesuai.
Ramai orang sering kali mengaitkan kecederaan kaki yang dialami dengan kasut
yang dipakai. Dengan memakai kasut yang tidak sesuai dengan kaki merupakan salah
satu faktor berlakunya kecederaan. Menurut Janiss Garza (2005), selain daripada kasut,
stokin juga turut memainkan peranan penting dalam pencegahan kecederaan kaki.
Ramai orang mengabaikan peranan stokin dalam pencegahan kecederaan bahagian kaki
dan menganggap pemakaian stokin hanya merupakan satu fesyen sahaja.
5
Oleh yang demikian memilih stokin yang sesuai untuk bersukan adalah sangat
penting. Terdapat pelbagai jenis stokin dijual di pasaran, terdapat stokin yang dibuat
daripada kapas, bulu biri-biri, serabut tiruan dan sebagainya. Akan tetapi bukan semua
jenis serabut stokin sesuai dipakai untuk bersukan.
Pemakaian stokin yang sesuai dengan bidang sukan yang diceburi adalah sangat
penting untuk mengelakkan diri daripada tercedera. Berikut merupakan spesifikasi jenis
stokin dengan jenis sukan.
(i) Rekabentuk dan aktiviti sukan
(a) Over-the-calf: Besbol, bola keranjang, aktiviti luar, ski, “snowboard”,
bola sepak
(b) Mid-calf: Aktiviti meluncur
(c) Slouch: Aerobik
(d) Crew: Larian, golf, tenis, permainan raket (racquetbal), “hiking”
(ii) Struktur pembinaan
(a) Thin or Thin Double Layer Outdoor(liners): Berbasikal, larian
(perlumbaan), ski
(b) Padded or Thick Double-Layer : Joging, ski, “hiking”, tenis, bola
keranjang
6
(iii) Jenis-jenis serabut
(a) Acrylic:Golf, Tenis, “Hiking”
(b) Acrylic/Wool: Aktiviti luar - sejuk
(c) Acrylic/Thermax: Aktiviti luar – sejuk
(d) Acrylic/CoolMax: Aktiviti luar - panas
(e) CoolMax: Larian, berbasikal, penjaga garisan
(f) MicroSafe: Sarung terapeutik (Therapeutic Hosiery), contohnya diabetes
Stokin membantu untuk menyerap peluh dan membawanya ke kawasan di mana
perudaraannya lebih baik dan boleh menyejat dan mengeringkan peluh yang dikeluarkan
oleh kelenjar peluh. Stokin juga menolong dalam penyerapan peluh dan menjaga
kepanasan, kekeringan dan keleselesaian apabila berada dalam persekitaran yang sejuk.
Menurut “acrylic council” (1993), satu kajian telah dilakukan terhadap pelari
yang memakai stokin serabut tiruan dengan stokin kapas. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa stokin kapas menjadi tegang dan bentuknya bertukar apabila
basah. Ini akan menyebabkan stokin menjadi kedut jika dibandingkan dengan stokin
serabut akrilik. Selain itu, stokin kapas akan menjadi kesat dan kasar selepas banyak kali
dicuci. Akibatnya pelari mempunyai risiko untuk mengalami kerengsaan pada
permukaan kulit atlit
Memakai stokin yang tidak bersesuaian semasa melakukan aktiviti fizikal akan
mengakibatkan kecederaan kaki. Melecet merupakan kecederaan kaki yang biasa
dialami oleh atlit. Selain daripada melecet, penyakit kulit lain juga boleh dijangkiti
akibat tidak memakai stokin yang sesuai.
7
Atlit perlu mempunyai kesedaran dalam memilih stokin yang betul dan sesuai
dengan sukan yang mereka ceburi bagi mengelakkan kecederaan kaki. Ini penting
kerana ia boleh mengurangkan kecederaan kaki dan meningkatkan prestasi.
1.3 Penyataan masalah
Atlit sering kali mengalami masalah dengan kecederaan kaki. Terutamanya bagi
atlit yang mengambil acara larian jarak jauh dan sukan yang memerlukan banyak
pergerakan kaki seperti jenis permainan yang menggunakan raket dan sebagainya.
Memandangkan atlit UTM masih tidak mendapat keputusan yang cermelang
dalam pertandingan sukan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti Malaysia
(MASUM) jika berbanding dengan universiti-universiti yang lain. Ini mungkin adalah
disebabkan sesetengah atlit UTM mengalami kecederaan semasa melakukan latihan atau
pertandingan sehingga mereka tidak dapat melakukan yang terbaik semasa pertandingan.
Jadi penyelidik menjalankan kajian ini kerana ingin mengetahui kesedaraan dan
keprihatian atlit universiti teknologi Malaysia (UTM) terhadap kepentingan stokin dalam
pencegahan kecederaan kaki. Idea untuk membuat kajian terhadap kesedaran atlit
universiti teknologi Malaysia mengenai stokin dalam pecegahan kecederaan dicetuskan
apabila memerhatikan kawan-kawan sekeliling yang merupakan atlit-atlit UTM sentiasa
mengalami cedera semasa menjalankan latihan. Akan tetapi sesetengah daripada mereka
hanya menyalahkan masalah kasut sahaja dan tidak pernah memikirkan stokin yang
dipakai.
8
1.4 Objektif
Objektif kajian ini adalah seperti berikut
1.4.1 Mengenalpasti sama ada atlit Universiti Teknologi Malayasia (UTM) Skudai,
Johor mempunyai pengetahuan terhadap stokin yang dipakai oleh mereka.
1.4.2 Mengetahui peranan stokin dalam mencegah sesetengah kecederaan kaki yang
dihadapi oleh atlit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor
1.4.3 Mengetahui kesedaran atlit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor
terhadap pemerolehan maklumat berkaitan dengan stokin dan kecederaan kaki.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini telah menimbulkan beberapa persoalan. Antaranya:
1.5.1 Adakah atlit UTM mempunyai pengetahuan tentang serabut stokin?
1.5.2 Adakah atlit UTM mengetahui peranan stokin dalam sukan?
9
1.5.3 Adakah atlit UTM sedar dengan keperluan untuk memperolehi maklumat
berkaitan dengan stokin?
1.6 Kepentingan penyelidikan
Kajian ini penting untuk dijalankan untuk mengetahui sejauh mana kesedaran
atlit Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor terhadap kepentingan stokin semasa
melakukan aktiviti fizikal atau bersukan. Kajian ini penting kerana memandangkan
kurang kajian yang mengenai stokin dijalankan di Malaysia. Seperti yang diperhatikan,
kebanyakkan kajian adalah dijalankan oleh Negara barat. Contohnya kajian yang
dijalankan oleh Richie; “friction blisters and sock fiber composition study”. Oleh kerana
itu, penyelidik berharap dengan melalui kajian ini lebih ramai orang akan memahami
kepentingan stokin.
Kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada jurulatih dan atlit. Selain itu, atlit
boleh mengelakkan diri daripada tercedera dengan memakai stokin yang sesuai. Dengan
ini, atlit akan bertanding dalam keadaan yang bebas daripada sebarang kecederaan kaki
dan menunjukkan prestasi yang terbaik di arena pertandingan.
1.7 Kekangan
1.7.1 Kecederaan kaki responden mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti
kasut atau kesilapan kemahiran semasa bersukan.
10
1.8 Definisi konsep
1.8.1 Akrilik
Serabut tiruan yang dibuat melalui proses kimia.
1.8.2 Nilon
Bahan tiruan yang kukuh dan kenyal yang boleh dibentuk menjadi bebenang atau
gentian dan digunakan untuk membuat tali, tekstil, dan lain-lain.
1.9 Penutup
Bab 1 telah membincangkan tentang latar belakang masalah, objektif kajian,
persoalan kajian dan kepentingan kajian serta batasan kajian. Bab 2 akan
membincangkan tentang sorotan kajian.
top related